? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, November 20, 2008

Sebuah Perhatian: Anugerah Buatmu Sayang


Banyak perkara yang saya belajar dalam enam bulan ini.

Belajar tentang kasih sayang, dalam bahasa yang lebih berpijak dan boleh dirasa.

Sentuhan kasih sayang ibu dan bapa kepada anak-anak serta kasih sayang suami terhadap isteri dan sebaliknya harus betul terjemahannya. Dengan terjemahan perbuatan yang salah untuk memberi makna kasih sayang, kurnia boleh jadi bala. Kebaikan boleh berakhir dengan keburukan.

PELBAGAI MAKNA

Sazali di zaman P.Ramlee menerima terjemahan kasih sayang dari bapanya sebagai kemewahan, manja dan menurut segala kemahuan. Terjemahan makna kasih sayang sebegini adalah pilihan yang sering jadi keutamaan orang yang hidup dalam upaya. Anak-anak serta isteri dan suami dimanjakan dengan wang, dengan segala material, kerana ia dianggap sebagai makna dan tanda kasih sayang.

Ada juga orang kita yang menterjemahkan kasih sayang dengan cara yang sebalik. “Sayang isteri tinggal-tinggalkan. Sayang anak tangan-tangankan!”, lunak bunyi peribahasa. Tetapi ada yang mendera anak dengan tiket kasih sayang. Yang ditambat di pohon berkerengga, yang dilibas dengan tali pinggang, yang dirotan bukan kepalang.

Setelah dianugerahkan Bidadari, saya bertemu dengan seribu satu pengalaman yang akhirnya menjuruskan saya kepada pengertian yang boleh saya pegang sebagai makna kasih sayang.

Itulah PERHATIAN.

Isteri yang cantik serba serbi, tetapi kelalaian,ke egoan pula dilambakkan sebagai gantian kepada perhatian yang didambakan oleh isteri dan suaminya, keluarga serta anak-anak itu tidak bahagia. Mereka sunyi menderita.

Tatkala melihat ada insan malang di dalam rancangan BERSAMAMU di TV3 yang berjamu makan hanya dengan sagu dan siput babi, anak-anak ini mungkin ketika menjamah chicken chop sendirian di rumah, merasakan bahawa dialah yang miskin, kerana makan siput babi bersama ibu bapa adalah lebih bahagia dari hidangan mewah dijamah sendirian. Itulah nilai sebuah perhatian… kasih sayang.

Takala melihat Bollewood yang begitu bahagia dan menyentuk jiwa ingin pula kita menjadi seperti itu..tetapi dimanakah usaha kita ke arah itu malah bukan setakat itu tetapi juga perancangan dan usaha kearah kebahagiaan di AKHIRAT juga langsung tidak dtitik beratkan.

Perhatian itulah dambaan semua orang. Nafkah perhatian diperlukan oleh mereka, sama seperti mereka berhajatkan kepada makan dan minum seharian.

Wahai ibu bapa yang SIBUK, jangan korbankan perhatian kepada anak-anak. Paksakan diri untuk ada sejam dua dalam sehari yang kita adalah ibu dan bapa kepada mereka. Itulah hadiah paling bermakna dari kita buat mereka.

Wahai para suami dan isteri yang lalai, Kembalilah pada Allah dan ingatlah bahawa pasanganmu menantimu dengan penuh kemaafan dan kasih sayang dan memerlukan belaian. Paksalah dirimu mendekati yang Maha Esa dan bentuklah dirimu dengan sebaik-baiknya. Berilah kasih sayangmu secukupnya terhadap pasanganmu kerna itulah satunya harta dan HAKmu sebelum dikembalikan kepada Yang Empunya ASAL...

HADIAH BUAT HUMAIRAH

Sempena ulangtahun kelahiran AMELIA BT ZAINUDDIN (HUMAIRAH)yang ke-20, saya memilih untuk memberikan hadiah terbaik buatnya.

Sehari suntuk bersama ingin bersama Humairah… moga engkau besar menjadi isteri yang solehah, sayang.


Birthday Girl


Sayang abang

Seronoknya!

0 comments: