Emm...Malam semalam sempat juga saya mendengar perbincangan di IKIM.FM tentang isu remaja walau terlalu lewat saya memasang radio....Namun lintasan fikiran yang terlalu lama saya simpan terlalu ingin saya sampaikan pada kalian...
Satu ketika dahulu saya juga pernah menjadi sebahagian remaja yang bermasalah...Inginkan kebahagian dan perhatian...perasaan ingin berpasangan...namun dengan cara apa yang saya harus ambil untuk mencari keredhaan Allah kerna hasrat saya untuk mendirikan rumah tangga telah dihalang oleh kedua ibubapa saya dan si dia atas alasan pasangan saya tersebut masih dalam pembelajaran dan harus ditumpukan 100% terhadap perkara tersebut...
Emm persoalannya adakah sesudah berkahwin kita terhalang untuk belajar sedangkan Rasul S.A.W menggalakkan kita menimba ilmu(serta pengalaman) walau ke Negeri China walau sampai ke Liang Lahat...Mungkin ibubapa menjadi fobia kerana persekitaran masyarakat terutamanya remaja yang terlalu awal berkahwin bercerai-berai malahan menambahkan lagi beban ibubapa yang sepatutnya perkara ini tidak berlaku, namun jika kita lihat perkata ini secara teliti ketakwaan kepada Allah yang paling penting walau apa pun yang kita buat didunia ini kerna tanpa ia segala yang kita lakukan tidak mencapai target yang kita hendaki dan tiada ketenangan terhadap hasilnya...
Berbalik kepada tajuk asal...saya cadangkan agar pihak yang berwajib membuka minda ibubapa tentang hal ini...cadangan saya wujudkan satu kumpulan yang di pertanggungjawabkan untuk merisik dan meminang untuk lelaki yang ingin bernikah dengan pasangannya...biar ibubapa mengetahui bahawa isu ini serius kerana melibatkan "generasi yang bersih"...
p/s : maaflah jika ada yang tidak faham tentang tulisan saya ini...tapi luahan hati saya telah saya sampaikan...moga menjadi titik tolak dalam mengembalikan maruah manusia yang menganut agama Allah ini...Insya Allah...
Thursday, November 20, 2008
luahan dan pedoman....
Posted by Allahyarham achit at 4:07 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment