? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, November 17, 2008

Kahwin Guna Internet

Jawapan oleh Sheikh Nâyif al-Hamad hakim yang bersidang di Mahkamah mukim Rimâh:


Jawapan bergantung kepada cara akad itu di buat ketika online. Terdapat 3 kemungkinan:





Perkahwinan berlangsung mengunakan program seperti Messenger, yang mempunyai suara dan gambar video.



Dalam keadaan itu , selama mana semua rukun perkahwinan dan syaratnya di ikuti , mala tiada masalah berakad nikah dengan cara tersebut. Akad tersebut adalah Sah.









Perkahwinan mengambil tempat dengan program yang mengunakan komunikasi Audio sahaja.

Hukumnya adalah sama seperti berkahwin mengunakan telefon. Kedua –dua saksi dalam akad dengan jelas dapat mengenal pasti suara antara suara wali dan suami , jika saksi tersebut tidak hadir secara zahir bersama pihak berkenaan . Akad tersebut Sah





Jika saksi yang berjauhan tidak dapat untuk mengenal pasti suara suami atau wali ,maka perkahwinan itu tidak sah . Ini kerana salah satu dari syarat sah perkahwinan adalah kepastian identiti pengantin. Ini tidak dapat di buat jika saksi tidak mempunyai cara mengenal pasti siapa pengantinnya.


Perkahwinan di langsungkan melalui Email atau program yang hanya membolehkan komunikasi bertulis e.g SMS.
Pada pendapat saya perkahwinan tersebut tidak sah , atas beberapa sebab:-








A) Ia mudah bagi penggodam komputer memasuki akaun e-mail tersebut dan memalsukan mel tersebut.








B) Adalah tidak mungkin untuk memastikan identiti sebenar orang yang menghantar e-mail atau SMS berkenaan.






C) Cara perkahwinan tersebut dengan cara yang terlalu berahsia . Tiada elemen yang menunjukan ia boleh di ambil kira sebagai pengumuman .








D) PENTING : apabila mengunakan E-mail , ijab dan kabul diantara si suami dan wali wanita, tidak berlangsung dalam satu majlis.





Oleh sebab itu , jelas bahawa akad nikah melalui e-mail atau seumpamanya adalah tidak sah.

Wallahu’alam (Allah Maha Mengetahui)

0 comments: