? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, November 17, 2008

advantage dalam "MUSIBAH"

Menurut Ibn Qayyim dalam kitab Zad al-Ma'ad, musibah yang berlaku boleh diringankan dengan cara-cara di bawah:

1. Mengikut petunjuk Allah dan mengikhlaskan ibadah kepada-Nya.
2. Mencari ilmu yang syar'iy. Jika membaca di internet sahaja tidak memadai. Mesti mendampingi para asatizah yang dapat membimbing.
3. Bertaubat daripada dosa-dosa, mempersembahkan diri dengan sebenar-benarnya kepada Allah.
4. Mengamalkan zikir secara berterusan dalam semua kondisi kerana zikir ini mempunyai kesan yang sangat menakjubkan, menghilangkan kedukaan dan perasaan bimbang.
5. Berbuat baik kepada semua makhluk kerana berbuat baik akan menyebabkan dada kita lapang. Dengar album “Petua Menjadi insan paling ceria” oleh Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah kamsah
6. Melakukan mujahadah untuk mengikis sifat-sifat negative.
7. Jangan berlebihan dalam sesuatu urusan seperti memandang, berbicara, mendengar, makan dan bergaul. Dengannya akan menyebabkan seseorang menikmati hati yang lapang serta jauh daripada perasaan sempit dada.
8. Menyibukkan diri dengan kegiatan ilmu dan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.
9. Memikirkan tentang pencapaian hari ini tanpa menyusahkan diri dengan peristiwa-peristiwa sedih yang berlaku pada masa lampau atau kebimbangan-kebimbangan akan datang.
10. Melihat orang-orang yang kurang bernasib baik dalam hal-hal kewangan dan kesihatan serta rezeki.
11. Melihat ujian secara objektif bagaimana untuk menyelesaikannya.
12. Kuakan semangat agar tidak dikuasai oleh angan-angan dan khayalan yang timbul daripada pemikiran-pemikiran buruk.
13. Menyerahkan setiap urusan kepada Allah, berbaik sangka dalam ketetapan qadha` dan qadar-Nya.
14. Orang yang berakal tahu bahawa kehidupan orang yang beriman sebenarnya terletak pada kebahagian dan ketenangan. Kehidupan itu bersifat sebentar, maka tentulah amat merugikan jika ia dipenuhi dengan perasaan sedih.
15. Apabila ditimpa kesusahan, hendaklah dia memikirkan tentang kenikmatan yang telah dinikmatinya selama ini. Pada waktu itu dia akan menyedari betapa banyaknya nikmat yang di perolehi selama ini. Dengan itu dia akan lebih tabah menghadapi kesusahannya.
16. Kalau seseorang menyakitinya dengan sesuatu cara, hendaklah dia meyakini bahawa kejahatannya itu tidak akan memudaratkannya sama sekali melainkan dengan izin Allah. Kemudaratan itu hanya akan memudaratkan yang empunya dirinya sahaja.
17. Hendaklah mengharapkan balasan daripada Allah dalam segala gerak kerja yang dilakukan, bukannya mengharap daripada manusia kerana jika mengharap daripada manusia semata-mata kita akan rasa tak dihargai.
18. Memikirkan tentang perkara-perkara yang memberi manfaat, dan berusaha merealisasikannya, bukan terlalu banyak berfikir secara negative sehingga boleh mengekang daripada berjaya.
19. Memberi sepenuh concentration pada apa yang sedang dilakukan sehingga membuahkan hasil yang paling maksimum. Orang jadi kaya sebab masuk skim yang berbagai. Kita mempunyai komitmen sendiri. Tapi sebab terlalu tamak kita balun semua sekali sebelum yang pertama mendatangkan hasil. Idea kononnya nak diversify. Kita kena tahu jutawan-jutawan yang ada di atas muka bumi melakukan diversify bila bisnes dah matang dan dah stable, bukannya pada peringkat awal.
20. Hendaklah menghargai nikmat persaudaraan, perkahwinan dan persahabatan. Janganlah dicari-cari kelemahan pihak yang lain, nanti kita akan kecewa. Jangan terlalu perfectionistlah. Jangan sibuk menghitung aib orang lain. Lihat secara objektif dan bincangkan dengan hikmah agar terbit penyelesaian yang mendatangkan keharmonian dalam keluarga. Tanganilah dengan hikmah, nanti ada umur dan kesempatan kita akan bincangkan perselisihan yang pernah berlaku dengan para isteri dan bagaimana menyelesaikannya bila kena pada surahnya. Firman Allah dalam hubungan suami isteri cthnya, surah al-Nisa` ayat 19-20 maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). Dan jika kamu hendak mengambil isteri (baharu) menggantikan isteri (lama yang kamu ceraikan) sedang kamu telahpun memberikan kepada seseorang di antaranya (isteri yang diceraikan itu) harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil sedikitpun dari harta itu. Patutkah kamu mengambilnya dengan cara yang tidak benar dan (yang menyebabkan) dosa yang nyata?


21. Banyakkan berdoa supaya dikurniakan kebaikan dalam segala urusan dunia.

22. Berjihad pada jalan Allah.
Menurut al-Syeikh Ab Rahman al-Sa'diy dalam kitabnya al-Wasa`il al-Mufidah, amalkan petua-petua ini ia merupakan saranan yang sungguh bermanfaat bagi berbagai penyakit jiwa sekaligus penyembuh yang sangat ampuh untuk menghilangkan kegoncangan jiwa bagi yang mengamalkannya secara jujur dan penuh keikhlasan. Sebahagian besar ulamak telah menyarankannya utk diamalkan dan alhamdulilLah ia memberi faedah dan kesan yg sangat luar biasa dahsyatnya pada pengobatan itu.


23. Dan yang terakhir Jika ada peluang beli CD Petua menangani stres yang diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn Bhd disampaikan oleh Dato` Dr Mohammad Fadzilah Kamsah.

0 comments: