Kejatuhan Kaum Islam
Islam kita weh, kejatuhan
Sebab karut masuk tambahan
Al-Qur’an Hadis terbulang-baling
Hadis firman dapat ubahan
Maksud hakiki berpecahan
Puding bengkok kena perguling
Akwal ulama penyudahan
Barang apa semuanya burhan
Orang kemudian ikut keliling
Benar salah tidak payahan
Semua Islam punya suruhan
Terima tidak boleh menggeleng!
Kalau ada arif johan
Ilmu dan akal bawa suluhan
Dengan metanya kena hambaling
Bidaah sesat jadi tuduhan
Jadi hakim seperti tuhan
Ulama jadid disangka maling
(Zaa’ba dalam “Utusan Melayu” 26 Ogos 1919)
Monday, November 17, 2008
Puisi :Kejatuhan Kaum Islam
Posted by Allahyarham achit at 9:25 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment