? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, November 20, 2008

selamat tinggal cinta

“ Tak apalah, kau turutkan saja kehendak mama mu Jep, lagipun aku tak mahu kau menjadi anak derhaka, cinta tanpa restu takkan ke mana..” aku rela tapi sumpah aku kecewa, duhai hati tabahlah engkau, aku tidak mahu air mata menjadi peneman kami petang ini, kemungkinan besar ini adalah pertemuan kami yang terakhir,
“ Tapi Sal,sayangku padamu masih menebal...bukan sehari dua kita jalin benang percintaan ini,5 tahun Sal ”.Walaupun aku redha dengan perpisahan yang bakal tercipta,tapi dalam hati ini hanya tuhan sahaja yang tahu betapa aku terkilan diperlakukan sebegini, bercinta bermesra dan akhirnya aku sendiri yang kecewa, kenapa selama 5 tahun Japni Janifah Jumaat memberikan aku harapan, tapi hari ini dia sendiri yang hancurkan,adakah kerana aku ini wanita.Kalau ku tahu inilah penghujungnya cinta kami, aku takkan merelakan hatiku ini menyambut salam perkenalan yang kau hulurkan dulu, sungguh.
“ Percayalah Sal, aku tidak langsung cintakan Ida,ini pilihan mamaku” Mudahnya kau berikan alasan,dimana janji-janji manismu dahulu…aku lah ratu,aku lah nyawa…aku jugalah segala-galanya

**************************************************************************************************************************
Semalaman aku tidak lena tidur, memikirkan nasib diri, aku rasakan dunia ini tidak adil,kenapa kesengsaraan menjadi peneman hidupku? Setelah kematian abah tercinta semasa aku bertarung dengan SPM, abang sulung yang menganti tempat ayah pula menghidap stroke,hanya ibu menjadi penguat semangat ku dan abang, namun sinar yang aku harapkan malap jua di tengah jalan semasa aku melangkah kaki ke Universiti, ibu pula menyambut seruan ilahi dan pada masa itulah Jap hadir, dialah pemberi semangat dikala aku lemah, dialah peniup minat semasa aku seakan hilang arah dalam pelajaran dan dia jugalah menitip kata-kata perangsang semasa aku merintih untung nasibku, tapi kini dia pula pergi tinggalkan aku, adilkah dunia?
“ Sal,semua itu ketentuan Ilahi,tiada jodoh dengan Jep bukan penghujung dalam hidupmu,hidup kita masih panjang Sal ” Kak Linda selalu menasihati aku yang 2 tahun lebih junior darinya tatkala melihat mataku bengkak dan merah, dan sekarang hanya Kak Linda yang ku kenali semenjak semester pertama melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah sarjana yang memahami situasi aku.” Sal kesal kak, kenapa mudah benar hati Jap beralih arah? perkenalan kami yang disemai selama 5 tahun dilupakan hanya sekelip mata? Adilkah akak?..” Kak Linda menggelingkan kepalanya,mungkin kasihan dengan keadaan aku ataupun menganggap aku terlalu bodoh untuk menyeksa diri kerana lelaki. “ Jangan biarkan Jep menjadi anak derhaka Sal, bila derhaka dengan ibu ayah kita tak akan dapat mencium bau syurga, Sal mau ke Jep jadi anak derhaka kerana Sal “ Aku memang malu alah dengan Kak Linda kerana setiap butir bicaranya kadang-kadang mempunyai maksud yang mendalam.

*********************************************************************************************************************
6 bulan lalu
“ SAL, AKU BAHAGIA BERSAMAMU…SUNGGUH, AKU BOLEH MATI ANDAI KAU TIADA DI SISI ” aku tersenyum sendiri bila membaca SMS yang dihantar Jep, aku tidak percaya bila ada yang mengatakan cinta jarak jauh mendatangkan banyak masalah dan tidak kemana,buktinya aku dan Jep bahagia hingga hari ni, aku di Utara dia pula di Selatan dan jika ada kelapangan ataupun cuti semesta tiba Jep akan turun ke Utara begitu juga aku, tiada masalah pun.Setiap kali aku usai solat, selepas mendoakan kesejahteraan arwah ibu dan abah aku akan titipkan doa supaya aku dan Jep disatukan dengan ikatan yang sah, bagiku Jep adalah segala-galanya.

*************************************************************************************************************************
Selepas sebulan aku ditinggalkan Jep, aku sedikit sebanyak sudah boleh menerima keadaan, Kak Linda lah yang banyak memainkan peranan dalam usaha memujuk hatiku yang sudah hancur lebur, hanya tuhan saja yang tahu betapa sakitnya aku untuk mengutip kembali sisa-sisa hatiku yang hancur berkecai itu untuk dicantum kembali,pedih, luluh, geram, hampa semua bergabung menjadi satu.
Hari ini hari sabtu, bermakna malam ini adalah malam minggu, aku mengajak kak Linda keluar untuk mendapat angin segar, berkurung dalam bilik membuatkan kepala aku berdenyut, mungkin keadaan cuaca yang tidak menentu di tambah pula sekarang semua pelajar sedang demam dengan peperiksaan akhir,destinasi kami ke sebuah tempat lepak yang selalu dikunjungi aku dan Jep,aku kesana bukan untuk mengutip kembali memori aku dan Jep tapi tempat itulah yang akan ku kunjung jika aku berasa tertekan,Kak Linda pun suka akan tempat itu, baginya tempat itu sesuai untuk menenangkan jiwa sambil menginsafi diri betapa kerdilnya kita dibumi tuhan ini,itulah antara sebab mengapa aku mengangumi Kak Linda, dia sentiasa tidak lupa pada Ilahi walau dalam setuasi apa sekali pun bukan seperti aku yang kadang-kadang alpa dengan kesibukkan ku sebagai pelajar, Ya Allah ampunilah aku….
Malam itu aku banyak mendengar dari bercakap, mendengar celoteh Kak Linda tentang kehidupan, tentang motivasi diri tidak ketinggalan juga tentang alam akhirat, aku pelik dengan Kak Linda, bagiku dia sepatutnya menjadi ustazah ataupun kounselor bukannya menghabiskan masanya belajar ilmu seni halus seperti sekarang,perasaan pelik itu hanya ku simpan dalam hati, malas aku nak bertanya, aku tahu kalau aku bertanya sudah pasti jawapannya akan berjela, Kak Linda oh Kak Linda.
Tiba-tiba mata aku tertumpu pada sepasang kekasih agakku, yang sedang mesra bertepuk tampar, berpujuk rayu, berpeluk sakan, mesra sungguh!!! Dan apa yang pasti aku cam lelaki itu, kenapa pula aku tidak cam sedangkan dia mengenakan baju kemeja yang aku hadiahkan, baju kemeja biru muda berpetak kecil itu aku yang hadiakan semasa hari lahirnya yang ke-25 ,aku tak silap lagi itu Japni Janifah Jumaat, dia sedang bercengkarama disini sedangkan aku berminggu-minggu terpaksa memujuk hati melupakan semua kenangan aku bersamanya,aku gagahkan kaki melangkah kearah pasangan itu, kepastian akan ku perolehi malam ini.
“ Jep..bila turun penang ni?’ nampak jelas wajah Jep yang terkejut, kalau ditoreh dengan pisau sekali pun pasti darah tak akan keluar, “ Ini ke Ida yang kononnya menjadi pilihan mama kau tu? Yang kau kata kau terpaksa terima tu, kau jangan lah guna alasan mama kau Jep, kalau kau kata aku sudah tidak di perlukan aku boleh terima dengan rela..” aku berkata dengan kata-kata yang tersekat-sekat, aku nampak rasa serba salah di wajah Jep, mungkin sekarang dia dipersimpangan, antara aku dan ida, antara kasihnya terhadap Ida dan mungkin kasihan terhadap aku. “ Aku masih ingat lagi Jep kata-kata kau dahulu, kalau kita tak cinta dan sayangkan sesorang kita tak akan bagi orang tu pegang tangan kita pun, sekarang dah terbuktikan Jep” Ida nampaknya bingung dalam situasi ini, mungkin dia mengangap dirinya perampas,tapi bukan salah Ida mungkin salah aku dan Jep, pesanan arwah abah yang menasihati aku jangan sesekali salahkan orang lain bila kita ditimpa masalah kuat ku pengang hingga hari ini.” Kau tak mengerti Sal, apa yang kau nampak tak sama seperti yang kau fikirkan,aku boleh jelaskan segala-galanya Sal”. Kak Linda hilang kata-kata melihat situasi kami, aku merasakan masaku terbuang selama 5 tahun, 5 tahun aku setia dengan Jap dan sepanjang 5 tahun itu jugalah aku memanjatkan doa kepada Ilahi supaya aku menjadi suri hidup Jep tak habis-habis dugaan menjengah dalam hidupku, “ Sal aku minta maaf, sebaiknya aku berterus terang, aku dan Ida akan berkhawin hujung tahun ini, aku tak tahu kenapa ini semua berlaku” Ya Allah dugaan apakah ini, baru sahaja hati yang lebur ku kutip menjadi satu,tapi untuk kali ini hatiku terus menjadi debu yang tak bisa aku cantumkan lagi, “ Tapi kenapa Jep? Apa salah aku? Kenapa baru sekarang…kenapa bukan 5 tahun lepas?? Cakaplah Jep cuma sepatah, kesalahan apa yang aku telah lakukan sehingga kau boleh merubah hati sampai begini” Kali ini airmata ku tak tertahan lagi, sedih dipermainkan, kecewa dengan keputusan Jep yang aku anggap terlalu mudah dan dendamku pada lelaki mula berbunga. Jep kehilangan kata-kata mungkin, dia memandang Kak Linda nampak benar dimatanya mengharapkan Kak Linda menjadi penyelamat keadaan,tapi Kak Linda Cuma jungkit bahu,berani buat berani tanggung mungkin itu lah kata-kata yang hendak di katakan oleh Kak Linda.

****************************************************************************************************************************
Hari ini

Angin petang di negeri di bawah bayu mendamaikan jiwaku, di kawasan air terjun inilah aku suka menghabiskan masaku dihujung minggu, jika tidak ditemani anak didik ku, aku bisa datang ke sini bersendirian,aku senang sekali di sini jauh dari hiruk-pikuk kesesakan jalan raya jiwaku juga rasa sungguh tenang, bila bersendirian begini, aku mula teringat pada Kak Linda, hampir 2 tahun aku tak bersua muka dengannya, selepas aku menamatkan zaman kampus ku dan diterima menjadi pendidik di bumi sabah ini, kami hanya berutus khabar melalui SMS sahaja, dan berita terbaru aku terima, dia sekarang mengandung lagi anak kedua, Alhamdulillah dia mendapat suami yang sangat baik melayan dirinya lebih dari puteri, betullah kata orang Wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik…. Aku mengeluh panjang, apa khabar agaknya Jep sekarang, mungkin dia sekarang gembira disamping permata hatinya,sedangkan aku sampai hari ini sukar untuk membuka pintu hati untuk insan yang bergelar lelaki, sehinggakan ramai rakan sejawatku heran dengan sikapku yang agak dingin dengan guru-guru lelaki, mereka tidak pernah berada di tempat aku, tak pernah merasai diri ditinggalkan,dipermainkan atau lebih tepat lagi ditipu oleh insan yang bernama lelaki.
“ KISAH LAMA JANGAN DIINGAT SAL, YANG BERLALU JADIKAN SEJARAH, MULAKAN HIDUP BARU” sms dari Kak Linda yang tak putus-putus memujuk aku supaya menerima sahaja kehadiran kamal yang telah lama menagih kasih dariku, bukan semudah itu Kak Linda, perasaan benci pada lelaki seakan sebati dalam hidup, bukan kata 2 tahun, 20 tahun pun belum tentu aku dapat melupakan apa yang telah Jep lakukan padaku, aku ditinggalkan tanpa aku tahu apa sebenarnya salah aku. “ ANDAI KATA JEP INGIN KEMBALI PADA SAL,SAL BOLEH KE TERIMA DIA “ itu SMS terbaru aku terima dari Kak Linda, aku berasa ada sedikit keanehan pada SMS Kak Linda kali ini, Kak Linda yang ku kenal takkan bercakap sesuatu benda yang sia-sia, yang kosong tak berasas.Mungkin ada cerita yang ingin disampaikan,walaupun Jep penah menghancurkan hati aku sehingga lumat menjadi debu namun hingga kesaat ini dia masih kuingati, kesian Kamal yang tak jemu-jemu menungu dan memujuk aku menjadi suri hidupnya,maafkan aku Kamal, aku tidak sanggup lagi membenarkan hatiku hancur buat kali kedua,biarlah keadaan menentukan segala-galanya, usah kau bercerita pasal setia, kasih, cinta dan sayang padaku kerana ungkapan itulah yang mengheret aku kelembah sengsara sehingga aku hampir-hampir kandas dalam pelajaranku, kali ini aku sudah tidak sanggup lagi membenarkan sesiapa sahaja menghancurkan hati aku. Tidak akan!!! Itu muktamad.

****************************************************************************************************************************
“ Cikgu Salfika ada tamu dari semenanjung nak jumpa cikgu, dia tunggu kat bilik tamu ” Umum Cikgu Murni membuatkan tumpuanku pada kertas peperiksaan pelajarku terganggu seketika,tamu dari semenanjung? Siapa yer,tak mungkin Kak Linda, dalam keadaan sarat mengandung tak mungkin dia terbang kesini, tak mungkin juga kamal, setahu aku dia sekarang berada di Kemboja menyiapkan tesisnya, dalam keadaan tertanya-tanya aku melangkah laju ke tingkat bawah di mana bilik tamu diletakkan.
Di bilik tamu darahku seakan-akan terhenti mengalir,aku kenal lelaki itu, baju itu juga ku kenal, baju biru muda berpetak kecil itu, tapi kenapa orangnya seakan-akan berubah, lain benar dari yang ku kenal dulu,berjambang semacam tak terurus, “ Sal..aku Jap Sal “ Ah..aku hampir tak mengenalinya kenapa sampai jadi berubah sampai sebegitu. “ Macam mana tahu Sal ada kat sini, ni misti Kak Linda yang bagitau “ aku cuba bermain dengan kata-kata supaya tak nampak aku gemuruh berjumpa denganya, “ Sal, aku datang nak mintak maaf Sal,aku bersalah dengan kau Sal “ kenapa selepas bertahun baru sekarang perkataan maaf baru nak diucap?pelik sungguh sikap lelaki,buat salah dan minta maaf senang!! Tanpa memikir perasaan insan yang dilukai, dalam situasi ini aku perlu pandai mengawal keadaan, jangan nampak kelemahan aku,” Tak payah lah nak minta maaf Jep, benda dah berlalu dah lama pun,sekarangpun hati aku sudah boleh menerima keadaan, tapi satu sahaja yang aku tak paham, setiap kali aku sudah dapat menerima hakikat, aku muncul semula” biar Jep tahu aku bukan kemaruk sangat untuk menagih kasih dari lelaki. “ Aku tak bahagia Sal, mungkin ini balasan tuhan pada aku, aku dah pun berpisah dengan Ida,lama aku cari kau Sal,sekarang baru aku jumpa” Ya Allah kenapa kau Jep, masjid yang kau bina tak dikekalkan hingga ke anak cucu, aku tak sangka kau sampai bercerai dengan Ida.apa punca apa masalah, seharusnya perkara sebegini tidak berlaku dalam hidup kau Jef. “ Sal aku tidak malu untuk mengajak kau menyambung semula apa yang terputus dulu”
Ungkapan dari mulut Jep itu membuat aku semakin benci padanya, dia letakkan aku sebagai pilihan kedua dalam hidupnya,gagal dengan Ida,baru dia merangkak mencari aku, rendahnya tempat aku di sisi kau Jep.Apa yang mampu aku lakukan hanya menggelengkan kepala, aku kehilangan kata-kata. “ Maaf Jep, pintu hati aku sudah rapat tertutup, bukan sahaja untuk kau, tapi untuk semua lelaki, dimana kau letak aku di hatimu??” Aku bangun dan melangkah keluar, setitik air mataku gugur juga, terlalu sdih kerana aku diletakkan sebagai pilihan kedua dalam hidup Jep.Selamat tinggal cinta.

0 comments: