? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, November 20, 2008

al-Shahwah

Setiap insan di dalam perjalanan mereka menuju
kedewasaan pasti akan melalui beberapa peringkat
hidup bermula daripada bayi kepada kanak-kanak,
remaja sehinggalah dewasa. Setiap peringkat ini memiliki
ciri-cirinya yang tersendiri. Bayi sentiasa perlukan
penjagaan, kanak-kanak asyik bermain, remaja sentiasa
bersemangat manakala dewasa bersifat matang lagi cermat.
Demikianlah juga dengan gerakan kebangkitan Islam
mutakhir ini. Alhamdulillah, gerakan ini kini sudah mula
kelihatan dan dirasai di seluruh pelusuk dunia, sama ada di
negara yang majoritinya Islam atau bukan Islam. Akan tetapi
jika dianalisa dengan mendalam, boleh dikatakan bahawa
gerakan kebangkitan ini lebih memiliki ciri-ciri
bersemangat daripada berilmu, bersifat terburu-buru
daripada bertenang, bersifat cuai daripada cermat dan
bersifat baru daripada matang. Dalam ertikata lain, gerakan
kebangkitan Islam mutakhir ini lebih mirip kepada ciri-ciri
remaja yang dalam perjalanan menuju kedewasaan.
Inilah analisa Syaikh Yusuf al-Qaradhawi dan di atas analisa
inilah beliau menulis buku yang khas bertujuan
membimbing gerakan kebangkitan yang bersifat remaja ini
ke arah kedewasaan yang sepenuhnya. Dalam
bimbingannya ini Syaikh al-Qaradhawi telah menggariskan
sepuluh poin utama, iaitu:
Pertama: Beralih daripada format dan simbol kepada
hakikat dan kandungan. Pada zahirnya kelihatan gerakan
kebangkitan Islam hanya menumpukan perhatian kepada
perkara-perkara yang mencorakkan simbol dan
meninggalkan isi kandungannya yang jauh lebih penting.
Umpama seseorang yang selalu membesar-besarkan
kedudukan jari telunjuk di dalam bacaan tasyahud solat
tetapi di waktu yang sama meninggalkan perbincangan
tentang sebab, tujuan dan kepentingan tuntutan solat itu
sendiri secara keseluruhannya.
Kedua: Beralih daripada perdebatan kepada perbuatan.
Sebahagian gerakan Islam gemar membakar tenaga
mengungkit kesalahan dan kelemahan gerakan yang lain.
Di waktu yang sama gerakan itu sendiri tidak berbuat apaapa
yang bermanfaat secara menyeluruh kepada Islam dan
umatnya. Sikap sebegini perlu berubah. Tenaga dan masa
seharusnya dibakar demi manfaat Islam dan umatnya
manakala apa-apa kelemahan atau kesalahan gerakan lain
seharusnya dibetulkan secara positif.
Ketiga: Beralih daripada sikap emosional kepada sikap
ilmiah. Kerana semangat yang berlandaskan emosi tanpa
kematangan yang berlandaskan ilmu, didapati sebahagian
gerakan Islam cenderungkan mengkritik, melabel dan
menghukum sesama umat Islam tanpa berlandaskan ilmu
yang sebenar. Bahkan di dalam tindakan itu sendiri jelas
terserlah sifat-sifat kejahilan yang keamatan. Sikap sebegini
perlu berubah, seharusnya semangat itu didirikan di atas
ilmu atau sekurang-kurangnya selari dengan tahap ilmu.
Keempat: Beralih daripada sikap menumpukan perhatian
dalam masalah cabang kepada masalah pokok. Seringkali
gerakan Islam menumpukan perhatian hanya kepada
oleh Hafiz Firdaus Abdullah (www.al-firdaus.com)
4
BULETIN AL-NIDAA’
masalah cabang, seperti membaca Basmalah dengan kuat
atau perlahan di dalam solat berjamaah tetapi diwaktu yang
sama meninggalkan masalah pokok, seperti orang yang
tidak bersolat jamaah langsung. Seharusnya gerakan Islam
memberi tumpuan yang mendalam kepada masalah pokok
dan bersikap toleran dalam masalah cabang. Apa guna
mengukuhkan cabang jika pokoknya sendiri amat lemah ?
Kelima: Beralih daripada sikap menyulitkan kepada sikap
memudahkan. Islam adalah agama yang sentiasa berciricirikan
kemudahan. Akan tetapi sayang sekali sebahagian
gerakan Islam memiliki ciri-ciri menyulitkan sehingga
menyebabkan banyak orang menjauhi Islam, umpama
mereka ada yang memaksa seseorang yang baru hendak
memeluk Islam dengan amalan bersunat padahal amalan
ini bukanlah sepatutnya menjadi agenda pertama di dalam
dakwah kepada kaum bukan Islam.
Keenam: Beralih daripada sikap jumud dan taklid kepada
sikap ijtihad dan pembaharuan. Di antara gerakan Islam
masih ada yang berpendapat bahawa pintu-pintu ijtihad
telah ditutup dan pembaharuan hukum Islam adalah tidak
perlu. Mereka memaksa umat Islam untuk bertaklid kepada
mazhab-mazhab tertentu sahaja dan apa-apa perkembangan
terbaru dalam tamadun manusia adalah sesuatu yang harus
ditinggalkan kerana ia, kononnya, tidak dirangkumi oleh
syari’at Islam. Sikap negatif seperti ini perlu diubah,
pertama kerana para imam mazhab sendiri tidak memaksa
umat Islam untuk bertaklid kepada mazhab mereka dan
kedua, para imam mazhab sendiri berubah-ubah fatwa
mereka selari dengan peredaran zaman dan tamadun semasa
kehidupan mereka sendiri.
Ketujuh: Beralih daripada sikap Eksklusif kepada sikap
Inklusif. Eksklusif ialah sikap mengunggulkan diri sendiri
dan menyisihkan orang lain manakala Inklusif ialah sikap
merendahkan diri sendiri agar sama rata mencakupi semua
orang. Malang sekali sikap eksklusif, yang mirip kepada
sifat Iblis yang enggan bersujud kepada Adam alaihi salam,
telah menjadi ciri-ciri sebahagian gerakan Islam. Masingmasing
mengunggulkan gerakan sendiri sehingga akhirnya
menjadilah gerakan Islam sesuatu yang berpisah-pisah.
Seharusnya sifat eksklusif ini dikikis dan diterapkan sikap
inklusif yang berciri-cirikan jamaah dan kerjasama.
Kelapan: Beralih daripada sikap berlebih-lebihan kepada
sikap bersederhana. Islam adalah agama pertengahan, apa
yang berpisah daripada pertengahan ini disebut sebagai
berlebih-lebihan (Ghuluw). Agama pertengahan ini tidak
condong ke sikap remeh dan tidak juga condong kepada
sikap fanatik. Sayang sekali ada di antara gerakan Islam
yang condong ke arah meremehkan syari’at Islam
sepertimana aliran liberalisme. Ada juga yang condong ke
arah berlebih-lebihan seperti aliran fanatisme. Yang benar
gerakan Islam harus berada di antara kedua-duannya kerana
DOA:
Bersumber dari Abu Darda’, dia berkata,Rasulullah (s.a.w)
bersabda: “Setiap seorang hamba muslim yang mau
mendoakan saudaranya sedang dia tidak ada, maka malaikat
akan berkata: ‘Semoga kamu juga begitu itu’.”

0 comments: