? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, November 17, 2008

PANDANGAN YANG NEUTRAL TERHADAP IMAM AL-GHAZALI & IBN TAYMIYYA

Para pengunjung tolong baca idea ni dengan hati yang lapang, jauhi sifat hasad keranaia merosakkan amalan kita , jadilah seperti mereka yang Allah gambarkan dalam al-Quran menrusi firmanNya dalam ayat ke 10 surah al-Hasyr :

"Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu".

Saya mengucapkan ribuan terima ksih atas kprihatinan glgn tertentu mmpertahankan aqidah umat Islam tapi jangan mudah menghukum kesesatan glgn yg menyumbang utk Islam.KIta ni tak tahu apa yg telah kita sumbangkan utk agama Allah. Sila baca soalan dan jwp di bawah yg dijab oleh orang yang matang dalam ilmunya .


assalamualaikum, saya ada satu kemusykilan tentang satu golongan yg lebih dikenali dgn nama "wahabi" yang mana saya dgr terlalu bnyk pendapat yg mengaitkan tentang golongan ini..jd,saya mahu mendapat penjelasan mutlak tentang hal ini.biasanya ianya dikaitkan dgn penduduk arab saudi...adakah fahaman ini tergolong dalam ahlisunnah waljamaah..ini kerana terdapat ramai ulama tanah melayu yg memulau kitab2 hasil karangan ibnu taimiah...dan begitu pulak yang berlaku sebaliknya fahaman wahabi ini memulau karangan imam al ghazali..apa yang saya tahu sahabat yg sezaman dgn ibnu taimiah dulu pernah mengkafirkan ibnu taimiah...sedangkan dia adalah golongan sahabat,jd inilah satu dari masalah umat islam yg hanya mengundang perpecahan...adakah golongan ini adalah pengamal cr hidup salaf...jd saya harap mendapat penjelasan yg teliti...wslm
Wahabi adalah satu gelaran yang diberi kepada golongan yang mengikut kaedah dan manhaj dakwah yang dibawa oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab ( 1115 – 1206H ) yang dilahirkan di Uyainah, Arab Saudi. Beliau yang bermazhab Hanbali selalu menyeru agar ummat Islam meninggalkan taksub bermazhab. Penekanan juga diberikan dalam aspek pembersihan aqidah dengan cara yang agak tegas. Sesuai dengan zamannya yang banyak tersebar amalan-amalan khurafat dan syirik seperti pemujaan kubur-kubur yang dianggap kepunyaan wali, menyembelih binatang untuk kubur-kubur tersebut dan meninggalkan syariat dalam urusan kehidupan yang merupakan kesan serangan dan tekanan gerakan perang salib. Manhaj ini jelas dilihat di Arab Saudi kerana kerajaannya banyak merujuk dan membuat keputusan berdasarkan ulama-ulama beraliran manhaj ini. Tidak seperti negara-negara lain, para ulama tidak diendahkan oleh pemerintah-pemerintah mereka yang Sekular.Ibnu Taimiyah ialah seorang ulama pada awal kurun ke 8 Hijrah. Beliau bukan sahabat Rasulullah. Beliau juga seorang yang bermazhab Hanbali dan sering menyeru agar ditinggalkan taksub bermazhab. Berani memperkatakan kebenaran melalui ucapan dan tulisan. Beliau juga turut bersama tentera-tentera Islam berjihad menentang Tatar. Beliau telah syahid pada tahun 728H semasa tahanan di Kota Damsyiq. Beliau digelar Syeikhul Islam kerana keluasan ilmu dan peranannya yang besar kepada ummat Islam.Imam Ghazali Abu Hamid Muhammad bin Muhammad, Hujjatul Islam adalah seorang tokoh yang sangat unik dalam sejarah ummat Islam kerana beliau mempunyai kehebatan dalam pelbagai aspek ilmu Islam seperti Fiqh, Usul Fiqh, Tasauf, Falsafah dan ilmu kemasyarakatan. Beliau yang dilahirkan di Parsi pada tahun 450H adalah bermazhab Syafie. Beliau banyak mengarang untuk menolak fahaman-fahaman falsafah Yunani yang meresap ke dalam masyarakat Islam. Kitab Ihya’ Ulumiddin merupakan peninggalan beliau yang besar manfaat dan kesannya kepada ummat Islam sehingga ke hari ini.Satu perkara yang mesti difahami, tiada seorang di muka bumi ini yang ma’sum ( terpelihara daripada kesilapan) melainkan Baginda Rasulullah S.A.W. Oleh itu, para ulama juga tidak dapat lari dari kemungkinan tersilap di dalam berijtihad. Sekiranya ijtihad mereka betul mereka memperolehi dua pahala. Sekiranya salah, tetap mendapat satu pahala. Perpecahan berlaku dalam masyarakat kerana sifat taksub mereka kepada seorang tokoh. Sedangkan sepatutnya kita mestilah “taksub” kepada kebenaran walaupun daripada siapa ia datang. Tuduhan kafir kepada ulama-ulama ini serta larangan penyebaran kitab-kitab mereka adalah dilakukan oleh golongan yang taksub dan tidak mencontohi ulama-ulama itu sendiri yang sentiasa tunduk patuh kepada kebenaran walaupun ianya datang dari mulut musuh. Ulama-ulama di atas tergolong di dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah insyaAllah.

0 comments: