? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, November 20, 2008

Larangan Meminta Jawatan Pemimpin

Oleh: Ustaz Mohd Asri Zainul Abidin
kuasa menentu dan memilih untuk tidak memilih mereka
yang tamakkan kuasa.
Al-Qadhi al-Baidawi (meninggal 537H) dalam
mensyarahkan persoalan minta jawatan kepimpinan
berkata: “Tidak sepatutnya bagi yang berakal bergembira
dengan suatu kelazatan yang akan diikuti dengan
penyesalan”.
Berkata al-Muhallah (meninggal 435H) pula: Keinginan
untuk memperolehi kuasa adalah sebab berlaku peperangan
di kalangan manusia kerananya sehingga ditumpahkan
darah, dicemari harta dan maruah.2
Justeru itu, Islam menghalang jawatan daripada jatuh ke
tangan mereka yang tamakkannya dengan membuat kaedah
sesiapa yang meminta maka dia tidak dilantik. Ini dapat
menyelamatkan dua perkara bahaya:-
i. Amanah kepimpinan jatuh ke tangan mereka yang tidak
takutkan Allah dan tidak memahami bahawa kepimpinan
akan dipersoalkan di Akhirat.
ii. Berlakunya perebutan kuasa di kalangan umat yang
akhirnya membawa kehancuran.
1 Riwayat al-Bukhari dan Muslim 2 Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari, 15/22. Dar al-Fikr, Beirut.
gambar sebagai hiasan sahaja
6
BULETIN AL-NIDAA’
Persoalan kepimpinan di dalam Islam bukan sahaja
melibatkan perkara kepakaran tetapi juga membabit
persoalan keberkatan dan pertolongan Allah yang bakal
turun kepada kepimpinan yang beriman dan bertaqwa. Oleh
itu dalam hadith yang lain, yang diriwayatkan oleh al-
Bukhari dan Muslim, baginda Nabi s.a.w. menasihati
sahabatnya Abd Rahman bin Samurah:-
“Wahai Abd. Rahman! Jangan engkau meminta jawatan
pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan
permintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya
engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu”.3
Kata al-Hafiz Ibn Hajar al-Ásqalani (meninggal 852H)
dalam Fath al-Bari: “Maksud hadith di atas ialah sesiapa
yang meminta jawatan pemimpin lalu diberikan kepadanya
maka dia tidak diberikan bantuan disebabkan
keinginannya...” Katanya lagi: “Sesiapa yang tidak
mendapat bantuan daripada Allah terhadap pekerjaannya
maka dia tidak akan mempunyai kemampuan melaksanakan
pekerjaan tersebut. Oleh itu maka tidak sepatutnya diterima
permintaannya (untuk menjadi pemimpin)”4
Dalam kata lain, sesiapa yang meminta jawatan, maka Allah
tidak akan menolongnya jika dia memerintah. Sesiapa yang
tidak ditolong Allah tentu dia gagal melaksanakan amanah
seperti yang dikehendaki Allah, sama ada yang kecil ataupun
yang besar dan dalam apa urusan sekalipun. Orang yang
tidak dibantu Allah adalah nyata kegagalannya dari awal lagi,
maka wajar dia dihalang dari diberi jawatan berkenaan.
Namun ini bukanlah bererti mustahil untuk dia melakukan
kebaikan dan keadilan pada orang dibawahnya. Ada
pemimpin yang kafir tetapi dapat melakukan kebaikan dan
keadilan. Ini adalah hasil daripada usaha dan
kesungguhannya bersama dengan keizinan Allah. Namun
pertolongan Allah dengan keberkatan dan rahmat Nya tidak
akan diperolehi jika seseorang tamakkan kuasa.
Di sudut yang lain, mereka yang menuntut jawatan
sebenarnya telah meletak keistimewaan atau kelayakan pada
sendiri. Ini adalah lambang keegoan, sedangkan Allah telah
berfirman di dalam Surah an-Najm ayat 32:-
“Janganlah kamu menyatakan diri kamu suci..”
Kata Ábd Rahman ibn Nasir al-Sa’di dalam tafsirnya: “Ayat
bermaksud jangan kamu memberitahu manusia mengenai
kesucian (kebaikan) jiwamu kerana mencari pujian di sisi
mereka”5
Meminta jawatan adalah suatu bentuk menuntut diiktiraf
kelebihan diri di hadapan orang lain. Sedangkan Islam
mahu supaya jawatan dipikul oleh mereka yang dibaluti
dirinya dengan tanggungjawab, kesedaran dan penuh rendah
diri di hadapan Allah dan memahami benar-benar ianya
merupakan amanah dan beban bukan tempat kemegahan.
Kata Muhammad Ábd al-Qadir Abu Faris dalam An-Nizam
as-Siyasi fi al-Islam: “Secara umumnya meminta menjadi
pemimpin adalah dilarang di dalam Islam. Dalil-dalil dari
al-Qur’an dan as-Sunnah yang ada mengukuh hukum haram
atau sekurang-kurangnya makruhnya perkara tersebut.”6
Oleh itu para pemimpin yang beriman hendaklah
memastikan mereka yang dilantik menguasai apa-apa
urusan orang Islam terdiri dari kalangan yang dibantu
perlaksanaan kerjanya oleh Allah ke arah kebaikan dunia
dan akhirat. Hendaklah dielakkan dari melantik mereka
yang tidak dibantu Allah. Antara cara yang diajar oleh Nabi
s.a.w. untuk mengenal individu yang tidak dibantu oleh
Allah ialah orang meminta jawatan. Kata al-Imam al-
Syaukani (meninggal 1255H): “Kesimpulan, apabila
seseorang yang meminta jawatan tidak mendapat
pertolongan Allah, maka apa-apa jawatan yang dipegangnya
akan menjatuhkannya dalam kesusahan dan kerugian dunia,
dan akhirat, maka tidak dihalalkan melantik orang seperti
itu?”7
Namun begitu, para ulama Islam seperti al-Imam al-
Mawardi (meninggal 450H) di dalam Al-Ahkam as-
Sultaniyyah menyebut bahawa adakalanya meminta jawatan
memperolehi pahala sekiranya tujuannya untuk
menegakkan kebenaran dan dibimbangi orang yang tidak
layak mendapat tempat tersebut8.
Pendapat al-Mawardi ini bersesuaian dengan sabda Nabi
s.a.w. di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud:
“Sesiapa yang meminta jawatan qadhi muslimin sehingga
dia memperolehinya kemudian keadilannya mengatasi
kezalimannya maka baginya syurga”.9
Ertinya, asalnya di dalam sistem siasah Islam individu di
larang merebut jawatan kepimpinan umat atau memintanya,
namun larangan tersebut dikecualikan dalam keadaan
darurat atau tuntutan yang amat sangat daripada sesuatu
keadaan di mana jika golongan yang soleh tidak
mengambilnya, maka ianya akan jatuh ke tangan golongan
mungkar.
(Bersambung ke muka surat 14)
3 Riwayat al-Bukhari dan Muslim
4 Ibid, jilid 15, ms 19
5 Tafsir al-Karim ar-Rahman, ms 763 Muassasah al-Risalah, Beirut
6 An-Nizam as-Siyasi fi al-Islami, ms 190. Ctk Dar al-Furqan, Jordan
7 Al-Syauki, Nail al-Autar, 9/159 cetakan Dar al-Jail, Beirut
8 Al-Mawardi, Al-Ahkam al-Sultaniyyah, ms 95, ctk Dar al-Kutub al-Ílmiyyah , Beirut.
9 Riwayat Abu Daud, sanadnya hasan

0 comments: