? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, November 17, 2008

JIKA PERKAHWINAN KEDUA ITU TIDAK DAPAT DIELAKKAN

Kajian oleh seorang ahli akademik Islam Prof. Dr. Kamal Ibrahim Musa dari Universiti Kuwait , mendapati ramai anak orang Islam yang hidup bersama ayah atau ibu tiri tidak mendapat kasih sayang yang sepenuhnya. Mereka biasanya hidup dalam keadaan yang menyedihkan dan kadang-kadang ditimpa tekanan jiwa.

Perkahwinan kedua banyak bergantung kepada kematangan suami isteri dan kebijaksanaan mereka dalam menangani sebarang permasaalahan yang timbul. Anak-anak yang telah sedia ada akan mudah menerima saudara mereka yang baru dari ibu atau ayah yang lain jika mereka bijak berperanan. Mereka perlu mengambil kira perasaan anak-anak dan pendidikan mereka . Hubungan dalam keluarga ini sebenarnya tidaklah bergantung kepada latar belakang pendidikan seseorang itu semata-mata . Banyak bukti menunjukkan golongan yang tidak berpelajaran sekalipun mampu menyelesaikan masalah yang timbul dalam situasi seperti ini .


Masaalah Perkahwinan Kedua

Kebahagiaan sukar diwujudkan apabila satu pihak merasa cemburu dengan keterlaluan terhadap pasangannya yang dilihat terlalu mengambil berat soal anaknya . Apa yang ditakuti jika perasaan tersebut bermaharajalela hingga membawa kepada rasa benci , prasangka dengki dan seterusnya dendam . Apabila seseorang wanita itu telahpun memiliki anak hasil perkahwinan terdahulu , dia perlu bijak membahagikan kasih sayangnya di antara suami dan anaknya itu . Golongan suami biasanya mengharapkan perhatian yang lebih disebabkan rasa ego dan sombong . Anak-anak juga berhak mendapat kasih sayang secukupnya terutamanya dalam usia meningkat dewasa . Di sinilah terletaknya kebijaksanaan seseorang wanita itu bertindak .Jika dia berjaya melepasi ujian ini bermakna dia telah dapat menyelesaikan banyak perkara dan mengelakkan sebarang kekeruhan .Jika dia dikurniakan zuriat yang lain pula , hasil dari perkahwinan kedua itu , ini dapat menambahkan lagi suasana ceria dan kasih sayang yang telah wujud sebelum itu .

Seseorang suami pula hendaklah memastikan dirinya tidak hanya tunduk pada arahan dan permintaan isteri tanpa mengambil kira perasaan dan keperluan anaknya dari perkahwinan yang terdahulu .Ketegasannya penting untuk mengelakkan anak-anak dari menjadi mangsa .Perkara ini sewajarnya dipertahankan sejak awal dan dijadikan prinsip .Ini bagi mengelakkan isteri yang baru mengambil kesempatan atas ketidak prihatinan suami dalam mempertahankan hak anak-anaknya sendiri .Keadaan kedua ini sebenarnya lebih kritikal dari keadaan yang pertama kerana faktor kesibukan kerja suami dan perkara-perkara lain yang berkaitan .Suami biasanya jarang berada di rumah dan kesempatan ini digunakan oleh isteri untuk bertindak sesuka hati untuk kepentingannya .Amanah pendidikan yang dipertanggungjawabkan oleh suami untuk mendidik anak-anak sebaliknya digunakan untuk menyeksa dan menganiaya mereka .Suami yang balik dalam keadaan penat lebih bersedia untuk mendengar perkembangan rumahtangganya dari isteri yang melayani makan dan minumnya apabila sampai ke rumah berbanding dengan laporan yang dibuat oleh anak-anak .

Sesetengah kajian yang dibuat menunjukkan ramai lelaki menaruh perasaan benci kepada golongan wanita disebabkan pengalaman pahit yang dilalui bersama ‘permaisuri’ ayah .Walaupun mereka telahpun melepasi satu tahap kehidupan itu dan tidak lagi bergantung kepada ayah , tetapi pengalaman pahit tersebut masih lagi menghantui dan ini mempengaruhi mereka untuk berlaku kejam kepada golongan wanita.

Dari sini jelaslah kepada kita keperluan untuk berlaku adil dari sudut kasih sayang kepada anak-anak.Kefahaman kepada perkara ini dan mengamalkannya dapat membendung fenomena ini dari terus berlaku .Usaha untuk mewujudkan keharmonian rumahtangga sepatutnya dijadikan agenda penting dalam pembentukan sesebuah keluarga .Semua jalan ke arah perselisihan dan pergaduhan hendaklah dielakkan.


Ibu Bapa Perlu Membiasakan Diri Dengan Anak-anak tiri .

Prof. Samir Husain dari fakulti pendidikan , Universiti Of Cairo mencadangkan agar pasangan yang berkahwin yang telah sedia memiliki anak dari perkahwinan sebelum itu perlu membiasakan diri dengan anak pasangan mereka. Mereka perlu menunjukkan kasih sayang dan menghormati perasaan mereka sebagai manusia.Mereka juga mempunyai hak-hak yang tidak boleh diabaikan. Individu tersebut mestilah cuba mempamerkan kemesraan dalam setiap aktiviti dan interaksi harian .Sebagai contohnya ini ibu bapa yang ada kemampuan boleh membuktikan kasih sayang dan keprihatinan mereka melalui sesi tunjuk ajar dalam pelajaran.Anak-anak pasti menghargai pertolongan yang diberikan itu .Selain itu , suasana di dapur , di ruang tamu ketika seisi keluarga menonton t.v dan sebagainya sewajarnya dipenuhi dengan rangsangan-rangsangan yang dapat mengeratkan jalinan perasaan antara setiap anggota keluarga .

Suami atau isteri hendaklah bertindak sebagai perangsang kepada anak-anak tiri mereka.Mereka hendaklah dilihat sebagai ‘orang baru’ yang dahagakan panduan dan bimbingan golongan yang lebih berpengalaman.Janganlah perkara ini dilihat sebagai satu beban yang maha berat yang terpikul di atas bahu mereka .Suami atau isteri hendaklah menjadikan tanggungjawab ini sebagai teknik meraih kasih sayang pasangan mereka di samping mengharapkan ganjaran dari Allah s.w.t . Apakah mereka tidak menyedari bahawa pasangan mereka tentu merasa gembira melihat peranan yang dimainkan itu.

Anak-anak adalah insan baru yang tidak berdosa.Kasih sayang serta tunjuk ajar yang diberikan dapat membentuk mereka menjadi manusia yang baik dan berguna kepada masyarakat.Indivdu terbabit hendaklah menganggap masalah anak sebagai masalahnya yang perlu diselesaikan. Keadilan dalam hubungan juga perlulah dijadikan teras agar tiada sesiapa yang teraniaya.

Majoriti beranggapan wanita mestilah mengutamakan suami lebih dari anak-anaknya dengan alasan suami menjadi tempat pergantungannya dan anak-anak.Oleh itu wanita diajar dari kecil untuk berkhidmat kepada suami sebagai surirumah sahaja dan dilarang untuk mempersoalkan sebarang tindakannya.Biar mati anak jangan mati suami.Keadaan-keadaan seperti ini menyebabkan suami bermaharajalela dan bertindak mengikut perasaannya tanpa menghiraukan isteri .

Jika perkara ini berlaku dalam perkahwinan pertama tanpa melibatkan pihak yang lain ia tidak membimbangkan berbanding dengan keadaan kedua apabila anak-anak kepada pasangan tidak bersedia menghadapi sikap bapa tiri mereka.Mereka bukan sahaja menganggap ayah mementingkan diri sendiri malah turut melabelkannya sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan .Keadaan akan menjadi lebih tegang apabila suami memaksa isteri agar menghantar anak-anak ke rumah orang-orang lain untuk dibesarkan.

Seperkara lagi yang sering berlaku dalam masyarakat ialah sikap ibu atau bapa tiri yang cekap ‘berlakon’ di hadapan pasangannya.Mereka menunjukkan kasih sayang terhadap anak-anak ketika berada dihadapan pasangannya , sedangkan apabila berada di belakangnya mereka membuat berbagai penganiayaan kepada mereka. Tindakan berpura-pura ini sebenarnya mengakibatkan tekanan perasaan kepada anak-anak. Tidak mustahil anak-anak belajar sikap ‘hipokrit’ darinya secara tidak langsung. Kelak dia boleh membesar sebagai seorang penjenayah yang cekap menyembunyikan jenayah yang dilakukannya.


Perkahwinan Kedua Sebagai Penyelesaian

Anak-anak kecil sangat rapat dengan ibunya pada beberapa tahun awal sejak dilahirkan.Anak-anak perempuan biasanya lebih sensitif dari anak-anak lelaki ketika ketiadaan ibu .Di sinilah pentingnya pengganti ibu mendampingi anak-anak yang sedang merasa kehilangan itu .Jika pengganti ini dapat mengisi kekosongan tersebut secara bijaksana , insyaalLah anak-anak akan menyayanginya seperti ibu yang terdahulu.

Jelaslah kepada kita betapa perkahwinan kedua itu penting bukan sahaja kepada pasangan suami atau isteri malah kepada anak-anak yang sudah kehilangan tempat bergantung dan tempat mengadu.Peranan individu itu akan dilaksanakan dengan jayanya bila dia dapat menghayati tugas itu serta mempraktikkannya dengan bijak , sempurna , dedikasi dan amanah. Semua ini dapat dibina menerusi kursus pendidikan kekeluargaan yang disertai dari masa ke masa.


Nasihat Kepada Bakal Pengantin Perkahwinan Kedua

Nasihat kepada individu yang bakal menghadapi perkahwinan kedua ialah dia perlu menyelidik bakal pasangannya terlebih dahulu lebih dari risikan yang dibuat sebelum perkahwinan pertama . Perkahwinan kedua memerlukan darinya agar meletakkan syarat-syarat yang dapat membendung keadaan tidak sihat dari berlaku . Kepentingan anak-anak hendaklah diberikan perhatian . Wanita perlu memastikan yang dia tidak mengutamakan sebelah pihak sahaja sehingga mengabaikan pihak yang lain . Peranannya tetap berada di nombor satu sebelum peranan pihak-pihak lain seperti masjid , sekolah dan rakan-rakan .
Akhir sekali , sebagai cadangan , pihak-pihak lain juga sepatutnya berperanan membantu dan mendidik serta meringankan masalah yang dihadapi oleh golongan-golongan yang tidak bernasib baik itu . Pihak sekolah sebagai contohnya hendaklah menyediakan bahan-bahan yang berkaitan ke arah memberi kefahaman yang jelas terhadap para pelajar berdasarkan prinsip-prinsip Islam seperti qada’ dan qadar , sabar dan sifat-sifat mahmudah yang lain . Media juga berperanan besar dalam membantu menyelesaikan kekusutan-kekusutan yang timbul disamping memperbanyakkan bahan-bahan bercirikan kekeluargaan Islam yang unggul untuk dicontohi .

0 comments: