oleh Mohammed Al Shafey
Seorang ulama sunni telah dibunuh oleh dua orang lelaki bersenjata di hadapan sebuah masjid di mana beliau mengajar di wilayah tenggara Sistan-Baluchestan, pihak berkuasa Iran melaporkan.
Molawi Sheikh Ali Dehvari telah dibunuh di Bandar Saravan selepas meninggalkan masjid pada pagi Isnin hari kejadian. Kedua-dua lelaki yang disyaki melakukan pembunuhan kemudiannya segera beredar dengan menaiki motosikal. Serangan terbaru ini menyusuli serangan seumpamanya yang kerap berlaku terhadap ulama-ulama sunni di wilayah tersebut.
Masyarakat Sunni di Iran dilarang daripada membangunkan masjid walaupun di kawasan penempatan yang majoritinya terdiri daripada penduduk sunni. Ulama Syiah, Ayatolah Ali Tashkiri telah mendakwa pada bulan yang lepas bahawa terdapat lebih daripada 7000 buah masjid dan 37000 pelajar sunni di Iran disokong dan dibantu oleh kerajaan Iran. Walaubagaimanapun, satu sumber yang dipercayai telah mendedahkan kepada Asharq Al-Awsat bahawa angka-angka tersebut telah diperbesar-besarkan.
Sumber tersebut turut mendedahkan ulama-ulama sunni di Iran kini menghadapi tindakan keras dan tidak dibenarkan menyampaikan kuliah dan khutbah samada di masjid atau dimana-mana kecuali mendapat keizinan Kementerian Budaya Dan Bimbingan Islam. Kuliah-kuliah juga dipantau ketat oleh pihak berkuasa negara tersebut.
http://www.asharq-e.com/news.asp?section=1&id=14699
Tuesday, November 18, 2008
Di Iran : Imam Sunni Dibunuh Kejam
Posted by Allahyarham achit at 7:12 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment