? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, September 14, 2008

Plugin Wordpress Yang Mengagumkan

Usaha untuk memastikan software yang kita gunakan sentiasa dikemaskini adalah suatu rutin biasa bagi pengguna komputer. Apatah lagi software yang kritikal seperti antivirus. Ia perlu up-to-date sentiasa.

Sama jugalah kesnya dengan operation system komputer masing-masing. Masih adakah yang menggunakan Windows 95?

Mengemaskini sistem itu perlu agar kita bergerak dengan apa yang lebih baik dari semalam biar pun yang semalam itu adalah yang terbaik pada harinya.

Begitulah halnya juga dengan sistem kehidupan kita… masih adakah yang bersolat di umur 40 tahun berbekalkan ilmu solat yang dipelajarinya ketika berusia 16 tahun dulu? Orang ini bukan sahaja tidak cemerlang dalam solatnya, malah masih kebudak-budakan dalam mengurus hubungannya dengan Allah.

Sebab itu datang pesanan yang baik di dalam Islam:

“Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke persemadian” [tidak disahihkan sebagai Hadith Nabawi]

KEMASKINI WORDPRESS

Selain memberikan perhatian kepada isi kandungan artikel dan mood perbincangan di saifulislam.com, saya juga memandang serius kepada hal-hal di belakang tabir. Design blog ini cuba diubahsuai dari semasa ke semasa, kemudahan pembaca disediakan dengan pelbagai plugin untuk email, cetak, carian arkib dan sebagainya… semua itu adalah sebahagian daripada budaya Itqan iaitu buat kerja betul, betul-betul.

Tetapi apa yang paling penting, ialah rumah kepada saifulislam.com ini sendiri iaitu Wordpress.

Usaha untuk mengemaskinikan wordpress sebagai sistem yang menggerakkan saifulislam.com tidaklah semudah proses update antivirus atau windows di komputer kita. Ia seumpama melakukan renovasi rumah dalam keadaan kita duduk di rumah tersebut. Jika salah paku yang diusik atau tiang yang ditarik, mahu sahaja runtuh bumbung menghempap lantai. Saya sudah beberapa kali sejuk tangan kerana insiden-insiden sedemikian.

Namun wordpress tetap perlu dipastikan up-to-date untuk memastikan ciri-ciri keselamatannya lebih baik dari semalam, dan plugin lain juga berfungsi dengan baik.

Semalam, saya dikejutkan dengan penemuan sebuah plugin yang AMAT menarik. Zirona Open Source Consulting telah memperkenalkan The Instant Upgrade Plugin untuk proses memasang wordpress terkini ke blog anda dengan hanya beberapa klik.



Setelah membaca review pembaca yang telah menggunakannya, dan memahami punca-punca mengapa sesetengah pembaca menghadapi beberapa masalah teknikal semasa mencubanya, saya mempunyai keyakinan sehingga 80% untuk menggunakan plugin ini. Proses backup [pentingnya antara hidup dan mati] dilakukan, plugin tersebut saya unzip dan kemudian muat naik ke folder plugin wordpress di server saya dan kemudian dipastikan semua folder di dalam plugin ini rewritable, saya memulakan proses kemaskini wordpress.

Sungguh tidak disangka-sangka, ianya semudah ABC! Alhamdulillah.

Kini saifulislam.com menggunakan wordpress terkini versi 2.5.1 dan bukan sahaja itu, malah seluruh plugin diperiksa secara otomatik dan update dilakukan dengan begitu efisyen.

Saya amat menyukai plugin ini dan mencadangkannya kepada sahabat-sahabat yang menggunakan wordpress untuk memanfaatkannya. Jika anda berpuas hati, bagus juga jika disumbangkan sedikit ’saguhati’ kepada pembina plugin ini sebagai tanda sokongan dan penghargaan kita kepadanya.

Ia bukan sahaja selamat, malah telah mempercepatkan proses berbanding secara manual sebanyak 30 kali ganda, dengan selamat!

Ingat, buat kerja betul, betul-betul!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

0 comments: