? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, September 14, 2008

Cyrus (Kaurush) Itu Adalah Dzulqarnain

Kebelakangan ini, saya banyak menerima soalan daripada sahabat-sahabat tentang komentar saya berhubung dengan hakikat Alexander the Great dan kaitannya dengan Dzulqarnain berdasarkan kacamata Islam. Di dalam kitab karangan Sheikh Solah Abdul Fattah al-Khalidi bertajuk Ma’a Qasas as-Sabiqeen fee al-Quran – Duroos fee al-Iman wa ad-Da’wah wa al-Jihad ­– Jilid 2 (Darul Qalam-Damascus, 1989), beliau telah mengumpulkan pendapat-pendapat Ulama dan kesimpulan berasaskan firman Allah SWT di dalam surah al-Kahf ayat 83 – 98 serta riwayat-riwayat yang sahih dan muktamad.


Berikut adalah sebahagian daripada kesimpulan yang telah saya ringkaskan. Namun Tafsir Surah al-Kahf ayat 83 – 89 belum sempat dibentangkan secara terpeinci tetapi bakal menyusul Insya Allah. Semoga bermanfaat kepada kita semua, Ameen.


SIAPAKAH DZULQARNAIN?


Diskusi mengenai biografi Dzulqarnain mestilah bermula dengan membuat keputusan tentang siapakah sebenarnya beliau.


- Pendapat Pertama:

o Beliau sezaman dengan Ibrahim Alayhissalaam.

o Dikatakan beliau bertemu dengan Ibrahim di Palestin

o Profesor Muhammad Khayr Ramadhan Yusuf memilih pendapat ini dengan menyatakan bahawa ia pendapat yang dipilih oleh para muarrikh yang tsiqah.

o Mereka yang beliau maksudkan adalah: Abu Hayyan (penulis al-Bahr al-Muhith), al-Qurtubi (penulis al-Jami’ li Ahkaam al-Quran), Sheikh Ege [??????] (penulis Tafsir Jami’ al-Bayaan), az-Zamakhsyari (penulis Tafsir al-Kasyaf), an-Nasafi (Tafsir Madarik at-Tanzil), Sulayman al-Jamal dan Ahmad as-Sowi di dalam hasyiah mereka terhadap Tafsir al-Jalalayn, al-Alusi (penulis Ruh al-Ma’aani), al-Azraqi, Ibnu Iyas (penulis Bada’ie az-Zuhoor fi Waqa’ie ad-Duhoor) dan Ali Duka (penulis Muhadharah al-Awa’il).

o Walau bagaimana pun tiada dalil yang muktamad dikemukakan oleh kesemua pihak di atas maka tiada ruang terhadap penerimaan pendapat mereka.

- Pendapat Kedua:

o Dzulqarnain itu adalah Alexander the Macedon

o Iaitu Alexander the Macedon, lahir di Macedonia tahun 356SM.

o Ayahnya adalah Philip, Raja Macedonia ketika itu.

o Philip menyerahkan anaknya Alexander kepada ahli falsafah, Aristotle untuk dididik.

o Philip mati ketika Alexander berusia 20 tahun lalu beliau mengambil alih takhta iaitu pada tahun 336SM.

o Selepas dua tahun menaiki takhta, beliau menyerang Parsi dan mengalahkan Raja Dara pada tahun 333SM lalu terus menawan Syam dan Iraq, seterusnya menawan India.

o Dalam tempoh 10 tahun pemerintahannya, beliau telah menawan hampir semua kerajaan yang wujud di masa itu.

o Kemudian beliau kembali ke Greece (Yunan).

o Di dalam perjalanan pulang, Alexander singgah di Babylon di Iraq untuk berehat.

o Beliau ditimpa demam panas selama 11 hari lalu meninggal dunia pada tahun 323SM ketika berusia 33 tahun.

o Digelar Dzulqarnain (Yang Memiliki Dua Tanduk) kerana berjaya menguasai kerajaan Yunan dan Parsi yang merupakan dua kuasa terbesar pada masa itu.

o Di antara yang berpendapat bahawa Alexander ini adalah Dzulqarnain yang disebutkan di dalam al-Quran, adalah majoriti ahli tafsir dan muarrikh seperti:

§ Al-Mas’udi, al-Maqrizi, ats-Tsa’labi, al-Idrisi, ar-Razi, Abu Hayyan, an-Nasafi, Abu al-Mas’ud, al-Alusi, al-Qasimi dan Muhammad Farid Wajdi

o Pendapat ini adalah batil kerana al-Quran menerangkan sifat-sifat Dzulqarnain sebagai seorang mukmin yang beriman, adil, zuhud terhadap harta dll.

o Ia berbeza dengan semua keterangan mengenai Alexander the Macedon yang musyrik, menyembah tuhan-tuhan Yunan, bergelumang dengan maksiat zina dan arak.


- Pendapat ketiga

o Beliau adalah salah seorang daripada Raja-raja Arab Hamir, bernama As-Sha’b Dzi Maratsid bin al-Harith bin ar-Ra’ish (????? ?? ????? ?? ?????? ?? ??????) atau Abu Bakr (atau Abu Karb) Umair bin Afriqish Al-Hamiri (???? ?? ?????? ???????) yang memerintah di antara tahun 300M – 320M

o Mereka yang berpendapat seperti ini adalah Wahab bin Munabbih, Kaab al-Ahbar, Muhammad Raghib at-Tabbakh.

o Pendapat ini langsung tiada bersandarkan kepada sebarang dalil kecuali perasaan cenderung kepada membanggakan bangsa Arab.


- Pendapat keempat

o Iaitu Dzulqarnain ini adalah Raja Kaurush (????) / Cyrus dari Parsi

o Iaitu yang telah menggabungkan kerajaan Lydia dan Media

o Memerintah selama 30 tahun iaitu daripada 559 SM – 539SM

o Ulama yang bersetuju dengan pendapat ini adalah:

§ Abu al-Kalam Aazad (??? ?????? ????) di dalam kitabnya Yas’aloonaka ‘an Dzil Qarnain (??????? ?? ?? ???????) serta Dr. Abdul ‘Aleem Abdul Rahman Khadar di dalam kitabnya Qissah Dzil Qarnain.

o Kaurush atau Cyrus disebut:


Parsi
????

Arab
???? / ??????

Yahudi
????

Greek
???????




CYRUS / KAURUSH


- Kaurush memerintah Parsi di era awal Sejarah Iran Parsi iaitu sebelum serangan Alexander the Macedon

- Parsi di masa itu terbahagi dua iaitu Kerajaan Faris di Selatan dan Media di Utara

- Apabila Kaurush menaiki takhta pada tahun 559SM, beliau telah menyatukan kedua-kedua kerajaan itu.

- Beliau mengembangkan empayarnya dengan tujuan membebaskan orang ramai yang dizalimi.

- Peperangannya yang masyhur adalah:

1. Peperangan di Barat menentang Rom

2. Peperangan di Timur

3. Peperangan di Utara


PEPERANGAN DI BARAT MENENTANG ROM


- Yunan pada masa itu adalah kerajaan yang berjiran iaitu Kerajaan Lydia yang terletak di utara Asia Minor dan mencakupi hingga ke Laut Hitam dan Laut Aegean

- Peperangan sentiasa berlarutan di antara Lydia (Yunan) dan Media (Parsi)

- Lydia pada masa itu diperintah oleh Raja Croesus

- Apabila Kaurush menaiki takhta, Croesus telah mengisytiharkan perang terhadap beliau.

- Kaurush telah menyiapkan bala tenteranya dan bergerak ke barat menuju Lydia sehingga mencetuskan dua pertempuran yang besar iaitu Patria dan Sardis.

- Croesus mengalami kekalahan dan Kerajaan Lydia telah ditundukkan menjadi sebahagian wilayah yang dikuasai oleh Kaurush.

- Kaurush melayan kaum Yunan yang kalah itu dengan baik dan adil

- Peperangan ini adalah peperangan pertama sebagaimana yang diisyaratkan oleh al-Quran. Ibukota Lydia iaitu Sardis terletak di Laut Aegean berhampiran bandar Izmir di Turki hari ini.

- Dr Abdul Aleem Abdul Rahman Khadar menjelaskan sifat di kawasan Laut Aegean berhampiran Izmir itu menyerupai sifat matahari yang tenggelam di lumpur hitam sebagaimana yang dibahasakan oleh al-Quran surah al-Kahf ayat 86. Keterangan lanjut terdapat di dalam kitabnya (Mafahim Geografiyyah fee al-Qasas al-Qurani)


PEPERANGAN DI TIMUR


- Pada masa yang sama, di sempadan Timur terhadap kabilah yang berpindah randah, melakukan pelbagai fasad di pinggiran kerajaan Kaurush.

- Selepas menewaskan Croesus, Kaurush menuju ke timur dan menundukkan kabilah-kabilah tersebut.

- Pembukaan kawasan Timur itu mencecah Sungai Sind, meliputi wilayah Isfahan, Khurasan, Qum dan lain-lain.

- Kabilah-kabilah tersebut hidup berpindah randah dan tidak memiliki rumah. Oleh kerana itu mereka tidak mempunyai sebarang teduhan bagi melindungi mereka apabila cuaca meningkat panas sebagaimana yang disebutkan di dalam surah al-Kahf ayat 90.


PEPERANGAN DI UTARA BERHADAPAN DENGAN YA’JUJ DAN MA’JUJ


- Selepas mengukuhkan kedudukannya di Barat (mengalahkan Kerajaan Lydia), dan di Timur (menewaskan kabilah-kabilah perosak) serta sempadan Selatan (penawanan Babylon), Kaurush bergerak ke Utara untuk mengukuhkan sempadan di sana.

- Kawasan Utara yang dimaksudkan adalah daerah Georgia, Adzerbaijan dan Armenia yang terletak di selatan Pergunungan Kokaz (Caucasian)

- Seluruh kawasan tersebut adalah bergunung-ganang dan tiada laluan dari Utara ke Selatan kecuali dengan melalui Daryal Pass

- Kawasan selatan Pergunungan Kokaz didiami oleh kaum Kochia dan kawasan utara pula didiami oleh kaum Moghol yang liar dan ganas iaitu kabilah Scythian atau Ya’juj dan Ma’juj sebagaimana yang diterangkan oleh al-Quran.

- Kaum Kochia adalah kaum yang disifatkan oleh surah al-Kahf ayat 93 sebagai kaum yang hampir-hampir tidak mengerti sebarang perkataan.

- Mereka meminta kepada Kaurush supaya membantu mereka menghadapi serangan kaum Scythian itu.

- Kaurush telah bermastautin di kawasan kaum Kochia selama 9 tahun untuk membina tembok yang membentengi Daryal Pass dari serangan Ya’juj dan Ma’juj tersebut.


TEMBOK DZULQARNAIN DI DARYAL PASS


- Al-Qasimi menghuraikan berkenaan hal ini menyebut “Pendapat yang terpilih adalah tembok ini wujud di kawasan Daghistan yang kini di bawah penguasaan Russia iaitu di antara bandar Darband dan Khuzar. Di antara dua bandar ini terdapat suatu laluan sempit yang telah dikenali semenjak dulu hingga sekarang sebagai “The Barrier” (????). Di situ terdapat suatu benteng yang dikenali sebagai “The Iron Gate” (??? ??????) iaitu suatu binaan tua yang terletak di antara dua gunung. Ia masyhur di kalangan Arab sebagai Gunung Qaf.

- Pergunungan Caucasian itu juga amat tinggi serta banjarannya begitu panjang. Tidak mungkin banjaran tersebut dapat dilepasi kecuali melalui Daryal Pass sahaja yang terletak benar-benar di pertengahan banjaran tersebut. Banjaran berkenaan adalah sepanjang 1200km dan tiada laluan lain kecuali Daryal Pass sahaja.


KESUDAHAN CYRUS DAN EMPAYARNYA


- Cyrus menaiki takhta pada tahun 559SM dan memerintah selama 30 tahun.

- Berdasarkan pembahagian kawasan hari ini, empayar Cyrus meliputi Palestin, Jordan, Lebanon, Syria, Turki, Iraq, Iran, Armenia, Georgia, Azerbaijan, utara Pakistan, Afghanistan dan Turkistan.

- Berkemungkinan, kekuasaannya ke atas kawasan-kawasan tersebut menyebabkan beliau digelar sebagai Dzulqarnain.

- Beliau meninggal dunia pada tahun 529SM.

- Selepas kematian Cyrus, pemerintahannya diwarisi oleh anak lelaki beliau Cambyses.

- Cambyses telah menawan Mesir pada 525SM.

- Penduduk Media di bawah kepimpinan Gaumata telah memberontak.

- Cambyses pergi ke Mesir untuk menundukkan pemberontakan tetapi mati dalam perjalanan di Syam.

- Oleh kerana Cyrus tiada anak selain Cambyses, maka pemerintahan diserahkan kepada anak saudara beliau iaitu Darius.

- Selepas kematian Darius, pemerintahan diwarisi oleh Ardashir (Artaxerxes) dan dialah yang telah diserang oleh Alexander the Macedon hingga terbunuh dan dengan itu berakhirlah pemerintahan kerajaan yang diasaskan oleh Cyrus (Kaurush).


AKHLAK CYRUS DAN AKHLAK DZULQARNAIN


- Dzulqarnain sebagaimana yang digambarkan oleh al-Quran merupakan seorang pemimpin yang adil.

- Cyrus juga terbukti sifatnya sebagai adil, berlaku baik dan belas kasihan seperti yang ditunjukkan beliau ketika menawan kerajaan Lydia dan melayan Raja yang ditawan, Croesus.

- Bapa Sejarah Yunan, Herodotus memberikan kesaksian: “Cyrus adalah seorang pemimpin yang mulia dan amat pemurah. Beliau tidak sibuk mengumpulkan harta sebagaimana raja-raja yang lain bahkan sebaliknya, beliau amat pemurah dan suka memberi. Beliau bersusah payah membantu golongan yang ditindas, sentiasa menyukai perkara kebaikan untuk sekalian manusia.

- Begitu juga dengan Xenophon, ahli sejarah Yunan, turut memberikan kesaksian yang sama terhadap ketinggian akhlak Cyrus


CYRUS BERIMAN DENGAN ALLAH


- Al-Quran secara jelas menerangkan bahawa Dzulqarnain beriman dengan Allah, sentiasa mengingatiNya, bersyukur dengan segala nikmat pemberianNya dan mengiktiraf segala kurniaan dan kemuliaanNya.

- Abu al-Kalam Aazar menjelaskan bahawa akidah Cyrus itu adalah berasaskan Tauhid kepada Allah, beliau menyembahNya dan mengikhlaskan diri kepada agamaNya.

- Cyrus itu mengikut agama Zoroaster (Zoroastrian) yang dahulunya berasaskan kepada Tauhid.

- Beliau telah meninggalkan agama lama kerajaan Mada (Medes) iaitu agama Majusi.

- Selepas kematian Cyrus, penganut agama Majusi telah bangun menentang agama Zoroaster.

- Zoroastrian di zaman Cyrus adalah ahli Tauhid yang beriman dengan Allah. Akan tetapi agama tersebut telah terseleweng oleh komuniti Majusi.

- Umat Islam tidak pernah melupakan asas Tauhid pada Zoroastrian. Rasulullah SAW pernah bersabda (????? ??? ??? ??? ??????) yang bermaksud, “lakukanlah kepada mereka sebagaimana yang dilakukan kepada Ahli Kitab dari kalangan Yahudi dan Nasrani”. Kerana itulah umat Islam mengambil jizyah daripada mereka.

- Dalam erti kata yang lain, Zoroastrian itu adalah agama Samawi yang telah mengalami nasib yang sama seperti Yahudi dan Kristian, iaitu kepercayaan rosak dan terseleweng oleh perbuatan manusia.

- Abu al-Kalam Aazad menyimpulkan bahawa Zoroaster itu adalah Nabi yang diutuskan kepada bangsa Parsi dan Cyrus adalah pengikut kepadanya sebelum agama itu kemudiaannya terseleweng. Wallahu A’lam

ABU SAIF, Kuala Lumpur 2 Februari 2005



__ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Perkongsian anda, biar pun hanya secawan kopi amat bermakna dalam usaha menampung perjalanan saifulislam.com ini. Terima kasih

0 comments: