? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, September 14, 2008

Islam dan Barat: Menguji Pendirian

Soalan yang diberi tidaklah begitu susah, tetapi lambakan bahan bacaan yang terlalu banyak menyebabkan kami sukar memberi fokus.

Saya sendiri kebingungan. Tidak pasti hendak menjawab bagaimana.

Berikut adalah dua soalan yang saya terima siang tadi.

Explain why Muhammad Abduh believed that Muslims could not become strong and prosperous until they acquired modern science from Europe. What recommendations did he make to achieve that?
Explain how Sayyid Ahmad Khan attempted to reconcile between Science and Faith.
Apabila kita mahu membuat pendirian berhubung dengan isu hubungan Islam dan Barat, sandarannya tidak boleh mengelak daripada mengetahui, memahami dan mendalami perkembangan yang berlaku sebelum era modenisasi semasa. Banyak persoalan hari ini, akar umbinya tertanam di sana.

PENJAJAHAN

Selepas pengusiran umat Islam terakhir dari Semenanjung Iberia pada 1492, dunia Islam mula mengalami suatu cabaran baru berupa kunjungan perniagaan hingga kepada penjajahan oleh kuasa Barat. Goa jatuh pada tahun 1508, Melaka menyusul pada 1511.

Sedikit demi sedikit tanah umat Islam dimamah kuasa Barat. Benua India mengalami penjajahan dan penguasaan langsung oleh British, khususnya selepas 1857, manakala Mesir pula mula mengalami pengalaman yang sama semenjak ketibaan Napoleon Bonaparte pada 1798 bersama saintisnya.

Dunia Islam berdepan dengan kolonialisasi Barat!

MALANGNYA

Umat Islam sejak sekian lama percaya terhadap kebenaran agama mereka, dan ketinggian pegangan hidup ini. Mereka mempunyai sandaran sejarah yang hebat dan meyakinkan. Namun semenjak sekurang-kurangnya kurun ke-12, Dunia Islam mengalami kejumudan dan gagal menghasilkan sesuatu yang signifikan kepada kehidupan manusia sejagat.

Inilah yang menjadi igauan umat Islam semasa berdepan dengan kuasa Barat. Mereka rasa kuat namun kekuatan itu tertanam di dalam sejarah. Hakikatnya mereka lemah. Bukan sahaja lemah malah keliru. Tidak hairan, ketika Napoleon Bonaparte dan saintisnya membuat demonstrasi uji kaji kimia di Mesir, ulama’ ketika itu teruja dan memberi komen, “sesungguhnya ini adalah sihir yang nyata!”

Semenjak di era Rifa’ah Rafi’ al-Tahtawi (1801 - 1873), usaha untuk memahami Barat dan mencari sumber kekuatan mereka sudah dilakukan. Al-Tahtawi sudah pun berusaha, khususnya di bidang pendidikan, untuk menyedarkan umat Islam agar menghargai apa yang baik dari Barat. demi kebaikan umat Islam.

“Sesiapa sahaja yang runsingkan umat ini, pasti akan menempuh pengalaman seperti al-Tahtawi”, saya bercakap sendiri.

Pengalaman al-Tahtawi banyak mirip kepada apa yang saya sendiri alami.

Al-Tahtawi dihantar oleh Muhammad Ali Pasha bertugas sebagai Imam kepada Tentera Mesir yang mengikuti latihan di Paris. Walaupun al-Tahtawi hanya bertugas sebagai Imam, namun kehidupannya selama 4 tahun di Paris, lebih mirip kepada kehidupan seorang pelajar. Beliau membaca buku-buku yang mencorak pemikiran Eropah, menganalisa persekitaran, mempelajari Bahasa Perancis… dan akhirnya tidak dapat lari daripada membuat kesimpulan yang sama, iaitu… belajarlah tentang Barat, atau Muslim akan terus tertindas melarat.

PENERUSAN

Namun seruan Al-Tahtawi belum cukup menyerlah. Era berikutnya menyaksikan seorang lagi tokoh penting yang juga memberikan tindak balas terhadap dominasi Barat, iaitulah Jamal al-Din al-Afghani (1838-1897).

Namun idea Pan-Islam beliau banyak tertumpu kepada agenda siasah, bersama Sultan Abdul Hamid II yang berkawan juga berlawan dengan beliau. Begitu juga dengan cita-cita besar Al-Afghani mahu mendamaikan Sunni Osmaniyyah dengan Syiah Safavid yang banyak memakan masa dan tenaga beliau. Akan tetapi jasa Al-Afghani tetap besar, khususnya pada menzahirkan dengan jelas masalah sebenar umat Islam ketika itu.

Memang sukar untuk membantu jika yang bermasalah itu rasa dirinya tidak perlu dibantu. Al-Afghani berjaya menimbulkan kesedaran bahawa umat Islam dalam kecemasan. Kejayaan beliau dan Sultan Abdul Hamid II dalam mendefinasikan ideologi politik Islam bernama Pan-Islam, demi berdepan dengan serangan ideologi dan militari Barat, adalah sesuatu yang penting untuk dikenang dan diteladani.

MUHAMMAD ABDUH DAN PERANANNYA

Akan saya sambung selepas ini… Insya Allah

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

0 comments: