? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, July 29, 2009

Kehidupan Umar bin Abdul Aziz Penuh Kesederhanaan

1. Yunus bin Abi Syabib berkata: “Aku melihat Umar bin Abdul Aziz tawaf di sekeliling ka’bah dalam keadaan tali pinggangnya tenggelam dalam lipatan perutnya kerana gemuknya. Ini sebelum beliau menjadi khalifah. Setelah mana beliau menjadi Khalifah, kalau aku hendak aku boleh menghitung bilangan tulang rusuknya tanpa aku menyentuhnya, pasti aku boleh melakukannya.”

Komen:
Ini kerana kepimpinan bukan kemuliaan tetapi suatu amanah yang berat. Ini benar-benar dihayati oleh Umar sehingga jawatan menyebabkan dia kurus. Bukannya seperti kebanyakan pimpinan sekarang yang menyebabkan jawatan pimpinan menjadi rebutan dan jambatan untuk menuju kemewahan. Kita lihat bagaimana putera raja yang hidupnya semakin lama semakin mewah. Berikut potongan berita tersebut: "Sebuah pesawat gergasi Airbus A380 yang berharga £300 juta (RM1.68 bilion) direka khas untuk seorang kerabat diraja dari Asia Barat, lapor sebuah akhbar semalam. Namun, apabila pengubahsuaian pesawat itu siap tiga tahun lagi, ia bakal menjadi jet peribadi terbesar di dunia."


2. Khalifah Abu Ja’far bin Mansur telah bertanya kepada anak Umar bin Abdul Aziz “Berapakah banyak wang simpanan Umar ketika beliau mula-mula memegang jawatan khalifah?” Anaknya menjawab “40 ribu dinar (wang emas).” Abu Ja’far bertanya lagi “Berapa pula ketika beliau wafat?” Anaknya menjawab “4 ratus dinar, kalau dia panjang umur lagi pastilah semakin berkurangan.”

Komen:
Umar memegang jawatan Khalifah bukannya untuk menghimpun duit. Ini kerana keseronokan menghimpun duit boleh melalaikan seorang dari menjalankan kewajipan agamanya.


Firman Allah swt:
ألهاكم التكاثر . حتى زرتم المقابر

“Perbuatan kamu yang saling berbangga dengan harta itu melalaikan kamu dari ketaatan dan bersedia untuk keakhirat.sehinggalah kamu mati dan ditanam di kubur.”
(At-Takasur: 1-2)


Kita lihat bagaimana pemimpin di zaman sekarang, walaupun gaji sudah banyak tetapi ia tidak membuatkan pemimpin itu puas. Lihat sahaja seorang menteri di Britain yang meminta perbelanjaan yang melampau dengan mengorbankan duit rakyat. Menteri Kehakiman, Shahid Malik digantung tugas kerana membuat tuntutan perumahan lebih AS$98,000 (RM347,841) dalam tempoh tiga tahun.


3. Maslamah bin Malik berkata: Aku telah menziarahi Umar bin Abdul Aziz ketika beliau sakit dan aku dapati bajunya kotor. Aku berkata kepada isterinnya Fatimah “Hai Fatimah basuhlah baju Amirul Mukminin.” Jawab Fatimah “Aku basuh insyaAllah.” Apabila aku menziarahinya semula aku dapati bajunya masih lagi kotor. Aku pun berkata “Hai Fatimah, bukankah aku telah menyuruhmu membasuh baju Amirul Mukminin. Sesungguhnya manusia menziarahinya.” Fatimah menjawab “Demi Allah, bajunya hanya ada satu.”

Komen:
Beliau hanya mempunyai sehelai baju. Namun pemimpin sekarang bertukar kenderaan seperti tukar baju. Rakyat menderita tidak ada rumah dan perlindungan tetapi mereka sibuk bincang pasal hendak tukar kenderaan. Baru sahaja naik jadi exco sudah tukar kereta dan rumah mewah. Pemimpin yang jahat pada zaman ini sibuk dengan makan duit rakyat, adapun pemimpin yang dianggap baik sibuk dengan masalah ekonomi dan menjadikannya masalah utama. Kurang sibuk tentang hukum Allah yg diabaikan, kemaksiatan berleluasa, kejahilan rakyat terhadap agama dan perkara yang berkait dengan pembangunan rohani.








4. Amru bin Muhajir telah menyebut: “Sesungguhnya Umar bin Abdul Aziz menyalakan pelita kerajaan hanya untuk urusan orang-orang Islam. Apabila telah selesai urusan tersebut beliau akan memadamnya dan menggunakan pelitanya sendiri.”

Komen:
Penyalahgunaan wang rakyat terjadi dimana-mana. Saya memperingatkan diri saya dan pemegang amanah rakyat walaupun dalam lingkungan yang sedikit supaya tidak menyalahgunakan amanah. Lihat orang yang telah mati dalam peperangan. Para sahabat menyatakan dia syahid.


Namun Rasulullah saw bersabda:
كلا إني رأيته في النار في بردة غلها

“Dia tidak sama sekali mendapat pahala syahid. Sesungguhnya aku melihatnya berada di dalam neraka kerana sehelai selimut yang dia khianati.”
(Hr Muslim)



5. Suatu hari Umar bin Abdul Aziz berkata kepada isterinya “Wahai Fatimah, adakah engkau mempunyai duit dirham (perak) untuk aku membeli anggur?” Isterinya menjawab “Tidak ada.” Umar bertanya lagi “Engkau ada duit fulus (tembaga)?” Fatimah menjawab “Tidak ada.” Fatimah mengadap suaminya, seraya berkata “Engkau adalah amirul mukminin tetapi tidak ada duit langsung untuk membeli anggur.” Umar menjawab: هذا أهون علينا معالجة الأغلال غدا في جهنم “Perkara ini lebih mudah untuk kita hadapi daripada menghadapi belenggu di neraka jahannam pada hari kiamat kelak.”

Komen:
Umar tidak ada elaun makanan dan sebagainya. Tetapi kita lihat bagaimana satu ketika; bagaimana elaun hari raya untuk menteri, exco dan wakil rakyat bernilai RM250,000 setahun di sebuah negeri di Malaysia. Umar hendak menjamah anggur pun tiada duit. Pemimpin sekarang segala-galanya ada elaun. Ini adalah penyalah gunaan wang rakyat. Wang inilah yang boleh menghancurkan bangsa disebabkan perebutan, rasuah, kes jenayah dan sebagainya. Semuanya berpunca dari wang.


Nabi saw bersabda:
لكل أمة فتنة وفتنة أمتي المال

“Setiap ummatku mempunyai fitnah yang boleh merosakkan mereka. Fitnah umatku adalah harta.”
(Hr Tirmizi)

syair si para-para

Wahai zaujahku,
Aku mengerti di mana kamu,
Kamu sedang letih berjuang,
Kamu sedang lelah berdakwah,
Malah kau juga aku yakin sedang memelihara dirimu dari menjadi bahan fitnah.

Aku tidak tahu siapa kamu,
Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu,
Kerna itu, aku tidak pernah memandang wanita lain,
Pandanganku ku tundukkan, bual bicara mesra dengan wanita ku elakkan,
Kerna semua itu hanya layak untukmu.

Yang ada di sisiku Ayat-Ayat Cinta Allah iaitu Al-quran.
Yang ada di sisiku kitab-kitab ilmu yang menjadi pencerahan dalam kehidupan kita nanti.

Zaujahku,
Persiapkan dirimu dengan ketabahan hati,
Kerna jalan yang akan kita lalui ini sangat berat,
Maka tabahkanlah hatimu untuk menjadi sayap kiriku,
Isilah mana-mana kekurangn dalam diriku,
Dan engkau jualah yang aku harapkan menjadi pembakar semangatku tika mana aku lemah.

Zaujahku, aku belum pernah memandang fizikalmu,
Kerana nikmat memandangmu hanya aku inginkan setelah kita diijab kabulkan,
Dan pandanganku terhadapmu bukanlah pandangan nafsu,
Sebaliknya dengan pandangan dakwah,
Kerna kau adalah sayap kiri perjuanganku dan pencetak generasi mujahidin.

Kerana itu,
Kita seharusnya bersedia zaujahku,
Perkahwinan kita adalah marhalah dakwah.





Dari Sang Akhwat

Wahai zaujku,
Aku mengerti kau sedang menungguku,
Aku mengerti kau merinduiku,
Namun segalanya kau tundukkan kerna kau tidak mengenal siapa aku.

Aku tau kau sedang berjuang,
Kau sedang lelah berdakwah,
Ke sana sini dengan pelbagai program dakwah,
Sehingga kadang kala kau merasa lemah.

Namun sabarlah,
Aku sedang menunggumu,
Aku juga sedang letih seperti kamu,
Kerana setianya padaku,
Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat hati,
Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku,
Kerana perasaanku telah aku simpankan untukmu,
Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu.

Zaujku,
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,
Kerna, aku mendambakan seorang zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti, Bukan paras rupa semata-mata.

Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadahmu.






"Ya Allah, kami saling merindui, namun kami tidak pernah mengenal antara satu sama lain, oleh kerana Kau telah menutup pandangan kami dengan hijab yang sangat tebal. Namun, kami yakin Engkau menghijab kami agar kami sentiasa melengkapkan diri dengan segala bekal yang diperlukan. Kami memohon agar hijab di antara kami segera terbuka bila mana kami benar-benar bersedia. Pernikahan kami adalah marhalah dakwah dan kasih sayang antara kami hanyalah satu..Menuju redhaMu"

Bisikan Syahadah di Ringlet

Aku mengerling ke arah jam di pergelangan tangan. Pukul 6.00 petang. Hari tampak makin kelam, siang kian berangkat pergi. Kujeling Auzan yang begitu fokus memandu. Saiful di kerusi belakang asyik memerhati gunung-ganang yang menggamit pandangan. Rabbani dan Rahman pula kelihatan begitu letih.

Keadaan di Kuala Lumpur amat sesak, serasa perjalanan ke Cameron Highland ini begitu memenatkan. Inilah kali pertama aku mendaki kawasan yang cukup dingin ini. Bayu yang mengelus memang menyegarkan, amat mendamaikan. Namun singgahanku ini bukanlah sekadar liburan, tetapi kupunya satu misi agung. MengIslamkan Amar Thapa. Akalku segera mengenang apabila lelaki Nepal itu menghubungiku Jumaat yang sudah. Dia menyatakan keinginan untuk memeluk Islam. Katanya dia kini bekerja di Cameron Highland. Cameron Highland? Letaknya jauh beratus batu. Sedangkan harga petrol naik mendadak.



Lamunanku terhenti. Kereta yang berselisih membunyikan hon. Di batu penanda tertera jelas jarak menuju Ringlet tinggal lagi 20 kilometer. Aku mengeluh panjang. Hujung minggu sebegini sewajarnya aku luangkan bersama famili. Inilah detik rehatku yang paling tepat. Selaku aktivis, waktu kerjaku bukan hanya sembilan pagi hingga enam petang. Adakalanya hingga larut malam. Silap-silap, bermalam di pejabat atau mungkin di merata-rata tempat. Berjalan ke sini sana seakan-akan jadi suatu rutin. Termasuk apa yang aku alami sekarang, berjaulah beratus kilometer ke kawasan pedalaman – demi mengIslamkan Amar! Entah-entah, Amar ini masih ragu-ragu, lalu tiba-tiba dia enggan memeluk Islam. Buang masa saja!

Astaghfirullah, cepat-cepatku beristighfar. Ah! Lelaki itu cukup bernilai; walau hanya dia seorang. PengIslamannya adalah satu rahmat. Namun, seandainya dia menolak Islam, itu dikira sebagai suatu muhasabah. Allah Ta'ala Maha Penentu. Kita buat kerja kita, selebihnya serah pada Tuhan. Hanya Allah Ta'ala yang berkuasa memberi petunjuk, sedangkan kita hanya menunjuk ajar. Usah riak dan angkuh, seakan-akan kita yang melempar hidayah. Cukup hanya kita pimpin sedaya mampu, lalu kita bergantung pada Rabb.



Ya Allah! Bukakanlah pintu hati Amar agar dia menerima Islam.



Telefon bimbit kucapai, langsung tujuh digit didail. Amar cepat-cepat menjawab. Suaranya ceria. Mungkin sudah tidak mampu membendung sabar.



"Saya ada di depan Bank CIMB, kita jumpa di sana."



Wira meluncur laju. Auzan sibuk mencari tapak parkir yang sesuai. Sangkaanku tentang pekan Ringlet benar-benar meleset. Tercetus di minda; kawasan ini kampung yang tidak membangun, desa yang mundur. Telahanku salah. Walaupun tidak begitu pesat, bandar ini tetap meriah. Cuacanya pula agak sederhana, tidak terlalu sejuk. Mungkin tidak sesejuk Tanah Rata yang mendekati puncak. Kedengaran jelas suara kaum Cina berpadu mengiramakan koir di sebuah dewan agama. Kereta diletak berhampiran. Aku turun terlebih dahulu, langsung berseloroh,



"Antum turun sekali ya. Takutlah ana kena culik ke nanti."



Sambil menapak perlahan, aku tertinjau-tinjau. Bagaimana agaknya rupa Amar? Kata Saiful, bangsa Nepal ini warna kulitnya cerah dan bermata sepet. Ada tiga kelibat berseluar ala militari, lagaknya seperti menanti seseorang. Dua daripadanya macam sebangsa, manakala seorang lagi kulitnya sedikit gelap persis orang India. Sengaja kudail nombor Amar, ingin menduga apakah dia salah seorang dari mereka. Tangannya giat menyeluk poket mencapai telefon. Sah, pemuda tinggi kurus itu ialah Amar! Aku menghampiri mereka. Masing-masing tersenyum lebar. Tangan dihulur, hangat terasa. Moga pertemuan kali pertama ini mencipta sejarah pengIslamanmu Amar!

Empat yang lain turut bersalam erat. Lalu mereka bertiga kuajak duduk di kedai makan yang berdekatan. Sambil berjalan, kubuka kantung mesej selular. Mesej ringkas dari Pakcik Muhammad dibaca berulang kali.



"Terangkan rukun Islam kepada dia, fahamkan dia makna dua kalimah syahadah yang akan dia ucapkan. Jika dia mahu, maka terima syahadahnya. Kalau boleh biar ada orang Islam di sana yang saksikan dan temankan dia untuk buat pendaftaran di Jabatan Agama Islam Pahang."



Proses yang pertama bagiku agak mudah. Cukup sekadar menerangkan perkara-perkara asas kepercayaan Islam. Namun tindakan susulan itu yang agak merisaukan. Rasanya agak sukar mengenalpasti orang Islam yang sudi menolong. Tidak ramai orang Melayu yang sanggup untuk membantu dalam hal sebegini, apalagi Amar ialah rakyat asing. Komuniti Muslim di sini juga tidak begitu besar. Dari mana agaknya pertolongan itu akan datang? Allah Ta'ala. Aku ada Tuhan di sisi. Bantuan dari Tuhan pasti akan datang mengiringi. Tidak mengapa, urusan teknikal itu biar diketepikan dulu. Paling penting, akidah pemuda ini mesti diluruskan.

"Saya Shob Bahadur, dan ini Joy Dass dari Bangladesh."

Pemuda bertubuh tegap itu memperkenalkan diri. Joy tersipu-sipu malu. Bahasa Melayu Shob agak pelat, tapi masih boleh difahami. Dia duduk bersetentang dengan Amar yang sedari tadi tunduk. Mungkin rasa takut membalut hati. Bertukar agama bukanlah perkara main-main. Ini melibatkan hidup dan mati! Aku turut rasa gentar. Inilah pengalaman sulungku mensyahadahkan bakal saudara baru. Jantung berdetak kencang. Auzan, Saiful dan Rahman memandang tepat ke arahku. Suasana senyap sunyi. Rabbani pula gigih mencari sudut gambar yang menarik untuk dirakam. Syukurilllah, kehadiran mereka berempat benar-benar menguatkan keyakinanku. Aku mendehem, langsung membuka bicara,



"Baiklah, saya dengar Amar ingin memeluk Islam. Shob pun berminat juga ke?"

Sengaja kusenyum ramah, ingin meleraikan tembok yang masih meninggi di antara kami. Amar dan Shob mengangguk serentak. Aku menambah ringkas,

"Joy pula?"

Joy hanya tersengih, Shob membalas dalam nada berbisik,

"Joy tak berminat. Lagipun dia amat susah untuk menerima Islam setelah diceritakan."

Rupanya bukan satu, tapi ada dua pemuda berharga yang jiwanya sedang terbuka luas. Sementara pemuda yang ketiga masih hatinya masih terkatup rapat. Moga-moga Allah Ta'ala menerangi kalbumu dengan nur Iman, Joy!


"Jadi boleh saya tahu kenapa Amar dan Shob ingin memeluk Islam?"


Soalan ini sengaja kutanya, demi menduga apakah sebab mereka ingin menganut agama tauhid ini. Lalu Amar menjawab tersekat-sekat,

"Kami ingin masuk Islam sejak berada di Nepal, tapi di sana agak susah. Sebab orang Islam sangat sedikit. Jadi, kami mahu ambil peluang di Malaysia untuk masuk Islam."

Shob mengiyakan jawapan Amar. Syukur dan hamdallah bersatu. Rupa-rupanya hasrat untuk memeluk Islam sudah lama berbuah di jiwa Amar dan Shob. Cuma perlu diserikan dengan didikan agar buahnya ranum dan harum. Lalu dengan izin Allah Azzawajalla, buah itu boleh dipetik, menyerikan lagi taman-taman orang yang beriman. Semoga niat kudus itu tetap mekar mewangi, hingga hela nafas yang terakhir. Meyakini keinginan Amar dan Shob yang membuak-buak, aku mula bersyarah khutbah syahadah. Tidak panjang, cukup hanya menjelaskan pokok ajaran Islam.

"Apa yang membezakan Islam dengan agama lain ialah konsep ketuhanan. Di dalam Islam, kami hanya percaya dan yakin akan kewujudan satu Tuhan, iaitu Allah Ta'ala. Segala apa yang kami lakukan di bumi ini hanyalah untuk Allah Ta'ala, sebagai Pencipta manusia dan juga alam semesta."


Amar dan Shob mengangguk. Joy sekadar memerhati dari jauh.


"Selain itu, kami juga percaya dan yakin bahawa Nabi Muhamad Solallahu 'alaihi wassalam ialah pesuruh Allah Ta'ala. Dia merupakan Nabi Allah Ta'ala."

Aku berhenti di situ. Berehat sejenak selepas intipati syahadah dirungkai secara ringkas.

"Amar dan Shob faham?"

Sengaja kupanggil nama mereka sebagai ganti nama, agar keadaan jadi lebih mesra. Kesuraman ini mesti dilenyapkan. Amar dan Shob lalu berbual dalam bahasa yang tidak kufahami. Mungkin keduanya berbincang tentang apa yang aku katakan tadi. Joy pula sibuk bertanya Rahman; sambil merujuk pada terjemahan Al-Quran Bahasa Inggeris yang turut dibawa bersama. Kebetulan, beberapa naskhah kitab yang dibawa Rabbani amat membantu sebagai bahan rujukan dan sokongan. Tiba-tiba Shob menjawab,


"Saya faham, dia tak fahamlah."


Sambil sedikit mendongak ke arah Amar.

"Dia susah faham Bahasa Melayu, kena cakap perlahan-lahan."

Baru kutahu, Shob pandai berbahasa Melayu, tetapi tidak mampu berbahasa Inggeris. Amar pula mampu berbahasa Inggeris, namun sukar memahami Bahasa Melayu. Sedangkan Joy gagal menguasai kedua-dua bahasa, hanya faham sikit-sikit lantaran hijrahnya ke tanahair amat mutakhir. Aku tersenyum sendiri, atau mungkin kalamku terlalu cepat! Lalu kusampaikan penerangan secara dwibahasa; selepasku berbahasa Melayu, aku terjemahkan dalam Bahasa Inggeris bagi meraikan kedua-dua lelaki ini. Kefahaman Amar dan Shob nampaknya semakin jelas. Tapi dari riak paras mereka, tampak seolah-olah mereka menyembunyikan sesuatu. Ada yang benda yang membuku di hati, namun tidak mahu diluahkan. Seraya aku menambah,



"Islam agama yang mudah. Pengamalan Islam boleh dilaksanakan secara berperingkat. Seperti solat. Saudara baru seperti kalian sudah pasti tidak mahir bersolat. Maka, kalian tidak wajib bersolat sehingga Amar dan Shob tahu bagaimana untuk bersolat. Begitu juga membaca Al-Quran. InsyaAllah, kalian akan didatangi seorang ustaz untuk mengajarkan kaifiat solat, tilawah Al-Quran serta lain-lain ibadah yang wajib dilakukan."

Kuucapkan panjang lebar. Auzan lantas menambah,

"Paling penting, hati kita semua. Jika kita betul-betul ikhlas ingin menganut Islam, maka kita belajar perlahan-lahan. Solat dan puasa itu wajib kalian lakukan kelak, tapi pastikan kalian terlebih dahulu memahami dan menghadami ajaran Islam yang suci."

Teh 'O' suam yang masih bersisa dalam gelas diteguknya penuh berhati-hati. Amar, Shob dan Joy mengangguk lagi. Kumula memancing perlahan-lahan,



"Asalkan Amar dan Shob percaya dan yakin bahawa Tuhan itu satu, dan Nabi Muhammad Sollahu 'alaihi wassalam itu pesuruh Allah Ta'ala, maka kalian sudah meyakini Islam itu agama yang benar. Tentang solat, tadarus Al-Quran dan puasa, itu bisa dipelajari kemudian. Perlahan-lahan, sampai kalian menguasai ilmu-ilmu itu."




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Semua diam. Lima belas minit yang sudah azan Maghrib berkumandang di corong radio. Diikuti alunan irama nasyid kontemporari. Lalu kini Mulan Jameela mendendangkan lagu 'Makhluk Tuhan Paling Seksi'. Tidak. Bagiku, dakwah sedikit rumit untuk berlangsung dalam bi'ah sebegini. Langsung kudekati pekerja kedai itu dan memohon izin untuk mengubah saluran. Cepat-cepat dia mematikan radio. Sungguh, dia amat memahami. Moga Allah Azzawajalla membalas jasa murninya! Amar mengangkat wajah, mengajukan soalan,

"Bagaimana untuk jadi Muslim yang baik?"

Maha Suci Allah, pemuda ini begitu tulus! Dia bukan hanya mahu menganut Islam semata-mata, seperti majoriti Muslim serata benua. Tetapi dia ingin menjadi Muslim yang soleh. Pertanyaannya menampar hatiku halus. Sepanjang 23 tahun dihidupkan di muka bumi Tuhan, jarang sekali, aku menyoalku diriku sendiri; apakah aku sendiri Muslim yang benar-benar bertaqwa? Mukmin yang selayaknya dijanjikan rahmat dan maghfirah dari Tuhan. Ya Allah, dari-Mu aku datang dan pada-Mu aku pasti kembali. Aku mencari jawapan serata benak,



"Untuk jadi Muslim yang baik, pertamanya perlu meyakini keesaan Allah Ta'ala sebagai Rabb sekalian alam. Juga yakin bahawa Nabi Muhamad Solallahu 'alaihi wassalam. Seterusnya mengimani rukun-rukun Iman yakni yakin dengan wujudnya malaikat, nabi-nabi Allah Azzawajalla, kitab-kitab Tuhan, hari kiamat juga qada' dan qadar. Semua itu akan dipelajari nanti."

Sengaja kutenangkan hati mereka dengan ayat penutup ini.

"Selain itu, kita mesti lakukan pada yang disuruh oleh Allah Ta'ala. Rukun Islam yang lima wajib dipatuhi. Syahadah yang akan saya ajar sebentar lagi, bersolat fardhu, puasa dalam masa sebulan."

Dua lagi rukun tidakku tekankan sepenuhnya. Khuatir Amar dan Shob jadi makin keliru. Proses tarbiah sepatutnya berjalan secara berperingkat. Hikayat sirah Nabawiyah sudah membuktikan! Satu soalan yang sudah kuduga terpacul dari bibir nipis Shob,



"Tentang 'potong', untuk masuk Islam memang terus kena 'potong' ke?"

Rabbani dan Saiful serentak tersenyum manis. Rahman terpinga-pinga. Aku turut tersengih. Selama ini aku hanya menadah telinga dari para penceramah yang mengkisahkan bahawa berkhatan ialah antara punca yang menghalang cita-cita untuk diIslamkan. Lazimnya isu ini jadi bahan lawak bagi menggamatkan suasana kuliah, dan jarang sekali untuk kita fikirkan sungguh-sungguh. Kalaulah kita berada di tempat mereka. Kujejak balasan yang sarat hikmah. "

Bila Amar dan Shob betul-betul bersedia untuk 'potong', maka 'potong'lah. Jika masih belum bersedia untuk di'potong', tak bermakna kalian bukan Muslim yang baik. Fahami isi ajaran Islam dahulu, itu jauh lebih utama."

Lirik mataku dan Shob berlaga sejeda. Dapatku baca riak kelegaan di wajahnya. Langsung Auzan memperincikan kaedah berkhatan berserta sebab disyariatkan amalan ini. Ibadah yang sekian lama wujud, hatta sebelum era kenabian Muhammad Solallahu 'alaihi wassalam.



Jarum jam tepat menuju angka lapan dan enam. Dari jam tujuh hingga lapan setengah malam, butir bicara kami tidak putus-putus. Bermacam pertanyaan ditimbulkan, lalu aku berikhtiar menyelesaikan seboleh mampu. Auzan, Rahman, Saiful dan Rabbani yang setia teguh di sisi, banyak membantuku merungkai persoalan. Terima kasih, wahai teman seperjuangan! Waktu Isyak kian menjengah. Kukira inilah detik terbaik bagi untukku mensyahadahkan kedua-dua pemuda ini. Tidak semena-mena pengalaman bersyahadah tokoh pendakwah, Lim Joo Soon terbit di ufuk minda. Ujar beliau melalui ceramahnya; beliau hanya berjaya bersyahadah selepas setengah jam! Bukan angkara sendiri, tetapi rencana pegawai yang mengIslamkan. Masakan, kalimah yang dilafazkan diharap begitu sempurna tajwidnya! Mana mungkin kepelatan ini dapat dibuang di kala genting sebegini, detik meluruskan akidah ke Siratul Mustakim. Menurut hematku, bunyi yang sudah menyerupai syahadatain sudah cukup memadai. Tunjuk satu-satu, beri peluang seluas-luasnya untuk dia menurut apa yang diajarkan. Diikuti dengan melafazkan terjemahan kalimah syahadah menerusi bahasa yang mudah difahami. Ya Rabb, permudahkanlah urusanku ini. Lembutkanlah hati Amar dan Shob untuk menerima Islam! Aku berdehem beberapa kali mencari kekuatan,



"Amar dan Shob benar-benar percaya dan yakin bahawa Tuhan itu satu? Iaitu Allah Ta'ala yang menciptakan manusia dan segenap alam cakerawala?"

Anak mata Amar dan Shob kupandang tepat bergilir-gilir. Dua-dua mengangguk. Langsung kutambah,

"Amar dan Shob juga percaya dan yakin bahawa Nabi Muhammad Solallahu 'alaihi wassalam itu pesuruh Allah Azzawajalla?"

Dua-dua mengangguk. Tawakal setinggi angkasa kusandarkan pada Tuhan.

"Alhamdulillah, hakikatnya kepercayaan Amar dan Shob serupa dengan kepercayaan orang Islam. Kalian begitu hampir dengan Islam. Apa pun, untuk menjadi Muslim, kalian perlu bersyahadah. Mudah saja, saya akan ajarkan perlahan-lahan. Boleh?"



Jantung berdegup deras menanti reaksi. Dua-dua mengangguk. Tangisku hampir-hampir terhambur. Sungguh, penantian itu suatu penderitaan. Namun penghujungnya indah andai sabar jadi perisai. Tanpa alpa pada kehendak dan kuasa Tuhan!

"Baik, biar saya ajar Amar dahulu."

Tanganku erat menyalami Amar, lalu kudekatkan mulut ke telinganya. Perlahan-lahan, kubisikkan syahadatain yang mulia di telinga lelaki ini. Amar menurut perlahan-lahan butir demi butir.

"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah Ta'ala, dan Nabi Muhammad Solallahu 'alaihi wassalam itu pesuruh Allah."

Umat Nabi Muhammad Solallahu 'alaihi wassalam bertambah seorang. Puji dan puja untuk Allah Azzawajalla, selesai sudah urusan mengIslamkan Amar. Kubingkas bangkit lalu melabuhkan punggung di sebelah kiri Shob. Kualunkan kalimah penyaksian, telinganya setia menadah. Tanpa keraguan, dia menyambut sedaya mungkin. Umat Nabi Muhammad Solallahu 'alaihi wassalam bertambah lagi seorang. Syahdu, syukur dan hamdallah bersatu, mencetus kegirangan. Lafaz tahmid bergema di mana-mana, biarpun hanya di kalangan lapan pemuda yang asyik menyelongkar kebenaran. Pelbagai aksi dirakam menerusi lensa kamera. Terasa kehangatan ukhwah yang terbina di atas batu asas yang bernama akidah. Joy turut kelihatan gembira. Pemuda suku abad yang agak pendiam itu mulanya hanya tersenyum, tapi kini ngomelnya makin banyak. Kuharap suatu hari nanti, Joy akan turut berkongsi anutan bersama Amar dan Shob. Juga aku, Auzan, Rabbani, Saiful dan Rahman. Mengabdikan diri ke hadrat Allah Ta'ala Yang Maha Esa. Tiba-tiba Amar mengumumkan sesuatu.



"Kami ada minta tolong kawan kami untuk petik beberapa sayur-sayuran, sebagai hadiah buat kalian. Terimalah dari kami, beberapa biji kobis dan timun."

Langsung dia terseringai. Shob dan Joy pula mengangguk bersetuju. Mulianya hati kalian. Moga-moga Islam akan bertambah mulia dengan pengIslaman Amar dan Shob! Dua bungkusan besar berisi sayur segar-bugar diterima Rahman. Semoga pulangnya Amar dan Shob ke pangkuan Islam bakal menjadi simbol abadi sebuah persahabatan yang terukir mewah di atas menara syahadah. Kalian saudara kami, di dunia jua di akhirat! Berikrarlah, keakraban yang tercipta tidak akan putus biarpun dicincang oleh musuh-musuh agama. Munajat dipanjatkan, moga-moga pertemuan singkat ini kelak akan dikurniai lindungan 'arasy Allah Ta'ala yang mulia. Ya Rabb, satukan hati-hati kami! Amin. Amin. Amin. Tidak semena-mena Joy mendekatiku.

"Saya juga mahu masuk Islam."



Joy memohon penuh optimis. Air mata sudah tidak terkawal lagi. Allah Maha Besar! Rencana agung Tuhan menewaskan segala macam rancangan makhluk. Allah Ta'ala pemilik tunggal jiwa semua manusia. Hanya Tuhan yang berhak menganugerahkan hidayah, dan kini permata syahadah datang bertamu di kalbu Joy. Jiwa yang benar-benar mencintai kebenaran. Sisa air di pelupuk mata diseka lembut.

"Alhamdulillah, mari saya syahadahkan."

Tangan Joy kugenggam ketat. Kalimah syahadah dibisikkan lambat-lambat, Joy mengikut penuh fasih. Umat Nabi Muhammad Solallahu 'alaihi wassalam bertambah lagi. Perjumpaan hampir dua jam ini akhirnya berakhir. Masing-masing saling berpelukan, tirai yang memisahkan semakin terlerai, moga-moga leraian ini dinilai sebagai ibadah di sisi Tuhan. Sungguh, perpisahan itu memedihkan! Namun penawarnya nantiasa tersedia, penyembuhnya ada di samping kita; saling mendo'akan sesama saudara seagama. Ya Rabb, berkatilah kehidupan Amar, Shob dan Joy!




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Solat jama' takhir dikerjakan di Surau An-Nur. Tenang, setenang kalbu yang baru disimbahi cahaya iman. Bacaan do'a diaminkan. Moga-moga taqwa yang mewarnai diri kekal lestari hingga hujung nyawa. Usah dipersia walau sesaat nikmat iman kurniaan Tuhan. Kerana begitu ramai yang dahagakannya.

Penipuan Jurutera Komputer

Dunia memang penipuan, ada penipuan yang dapat kita jangkakan, ada pula penipuan yang tidak dijangkakan. Berita yang disiarkan oleh five tv UK semalam, menarik saya untuk mencoretkan sedikit nasihat kepada pembaca berkenaan penipuan serius yang dilakukan oleh kedai-kedai baiki komputer. Laporan dan kajian yang dilakukan adalah di beberapa buah kedai di London, tetapi saya yakin ia mungkin sahaja berlaku di tempat lain khususnya Malaysia.

Menurut laporan itu, pihak penyiasatan sengaja merosakkan sedikit komputer mereka dengan melonggarkan internal cip memori (amat muda untuk dibaiki). Kemudian, menyerahkannya ke beberapa buah kedai komputer untuk proses baikpulih.

Apa yang menarik, pada masa yang sama, mereka memasang sejenis alat khusus tersembunyi di komputer masing-masing berupa kamera, yang boleh merakam wajah techichan di hadapan screen komputer dan juga apa sahaja page

Keputusan yang diperolehi amat mengejutkan iaitu :-


yang ditekan oleh technician tersebut.

1. Hanya satu kedai yang jujur terus terang memberitahu hanya kerosakan kecil dan ia dibaiki tanpa bayaran.

2. Semua kedai lain (hampir 5 buah), didapati membuka fail peribadi pemilik computer, melihat gambar peribadi pemilik computer, malah lebih dahsyat mereka turut menyalin sebahagian gambar dan maklumat peribadi.

3. Mereka juga cuba berkali-kali untuk akses ke laman internet banking yang digunakan oleh pemilik komputer, tetapi gagal kerana di dalam kes ini komputer yang dihantar adalah dirancang dan pemilik sengaja memasukkan butiran palsu. Ini bermakna jika orang biasa yang kerap memasuki internet banking melalui komputer kita yang rosak ini, maka dengan mudah pihak technician komputer boleh mencuri segala maklumat, malah boleh mengakses akaun bank kita juga.

4. Mereka juga boleh mengakses segala akaun email dan sebagainya kerana password kita yang boleh diperolehi dari komputer kita.

5. Mereka juga didapati menipu pelanggan apabila mengatakan kerosakan serius, ada yang mencadangkan pelanggan agar menukar motherboard computer yang berniali GBP 130 (RM750), sedangkan pihak penyiasat sengaja melonggar satu memori cip sahaja. Bayangkan bagaiamana penipuan sebegini dengan mudah berlaku dalam industry pembaikpulihan computer. Dalam kes ini, dua pihak telah membayar ‘refund' kepada pihak penyiasatan apabila penipuan mereka dibongkarkan sejurus selepas itu. Malangnya, syarikat yang menipu bukan hanya syarikat kecil tetapi termasuk syarikat gergasi seperti PC World!.


Berdasarkan laporan di atas, saya suka menasihatkan orang ramai agar berifkir panjang dan membuat pilihan sebaik-baiknya sebelum menghantar lap top atau desktop anda untuk pemulihan.

Anda mungkin tiada gambar peribadi sexy yang ingin dirisaukan, tetapi bagaimana dengan maklumat perbankan internet, email, facebook dan sebagainya.

Jika ada peniaga, mekanik atau technichan computer yang membaca tulisan ini, sedarlah segala tindakan tersebut adalah haram di sisi Islam, dan segala keuntungan hasil penipuan juga haram.

Seseorang peniaga mungkin dengan mudah boleh memperolehi keuntungan ganda hasil menukar benda yang tidak perlu, tetapi ia merupakan satu penipuan yang hanya melayakkan seseorang untuk berada di neraka Allah swt. Hal yang sama juga mungkin berlaku semasa kita membaiki kereta, ditukarnya benda yang tidak rosak atau sengaja dirosakkan bahagian yang tidak rosak agar boleh mendapat caj yang lebih.

Beringat-ingatlah..

Duhai Hawa Sanggupkah Anda Bermadu?

Editor: arisHa27


Kenapa wanita enggan berpoligami?

Ramai dan kebanyakan isteri paling fobia dengan istilah ‘madu’, mereka sanggup berbuat apa sahaja termasuk meminta pertolongan bomoh dan melakukan perbuatan khurafat asalkan diri tidak di dua tiga atau empatkan (dimadukan). Sesungguhnya, ‘mengharamkan’ dan membenci apa yang dihalalkan oleh agama secara tidak lansung bermakna kita mengingkari suruhan agama. Ini boleh mengundang dosa. Mungkin ramai yang tidak menyedarinya dan mungkin juga ada yang sedar, tapi berpura-pura tidak tahu, malahan memberi pelbagai alasan dan masih lagi ingin menolak sekeras-kerasnya poligami.

Kenapa para isteri menolak poligami?


Antara faktor utama adalah persekitaran, masyarakat sering menggambarkan perkara yang negatif apabila melibatkan soal poligami, tak kurang ramai yang mencemuh dan memandang serong apabila wanita dimadukan atau bermadu. Isteri kedua, ketiga dan keempat sering dituduh sebagai perampas, dan sering didoakan agar pernikahan tidak berkekalan. Siapa yang sanggup terjun ke 'lombong cemuhan dan fitnah?, mungkin ada tapi tak ramai yang sanggup menahan telinga mendengar cemuhan dan kutukan dari masyarakat.

Faktor media dan pengalaman dari mereka yang pernah bermadu, sering menggambarkan hidup yang penuh dengan derita, sengsara dan tunggang langgang setelah bermadu menjadi antara faktor mereka enggan bermadu. Jarang lelaki dapat berbuat adil dengan isteri-isteri mereka, kerana selalunya niat mereka berpoligami serong, bukan kerana Allah tapi kerana tuntutan nafsu semata-mata, maka, bila nafsu mengawal diri, pasti pincanglah sesuatu institusi. Ada suami mengabaikan nafkah zahir dan batin isteri pertama setelah ada pengganti yang baru, lebih menyedihkan, isteri pertama di aniaya dan anak-anak menjadi mangsa.

Lelaki sering menjadikan 'Sunnah Nabi' sebagai alasan untuk berpoligami namun malangnya suruhan serta tuntutan Nabi dan agama yang lain-lainnya ditolak tepi dan diabaikan. Sudahnya, meranalah seluruh isi keluarga. Kebahagiaan yang ingin dikecapi sebaliknya derita yang diperolehi. Dan mungkin juga, ada satu pihak menangis demi membahagiakan pihak yang lain. Isteri juga enggan bermadu kerana ada di antara mereka terlupa bahawa setiap apa yang kita miliki di dunia ini adalah semuanya pinjaman dari Dia yang Esa. Mereka yakin dan percaya, suami adalah hak milik isteri. Apaila ini terjadi, mereka takut kehilangan hak milik mereka apatah lagi berkongsi hak milik dengan wanita lain.


Emosi yang sembilan gagal dikawal akal yang satu, lalu sering terjadi, mereka lebih rela diceraikan daripada dimadukan. Kedua-duanya halal, tapi satu dibenci dalam Islam dan satu lagi dituntut jika kena caranya. Namun masih ramai yang tidak menerima secara positif. Syaitan sudah bersumpah untuk membawa anak cucu adam bersama mereka ke neraka kelak, maka syaitan sentiasa berusaha untuk menyesatkan dan memberi perkhabaran palsu kepada manusia.

Syaitan sering membisikkan perkara-perkara yang negatif ke dalam diri manusia maka siapa yang tidak kuat imannya sering tergoda dan terpengaruh. Malah percaya dengan bisikan syaitan lalu takut dan ragu-ragu untuk berbuat kebaikan dan ketaatan kepada Allah malahan bersenang hati untuk melakukan kejahatan yang bertentangan dengan tuntutan Agama. Selain itu, manusia sering dihidapi penyakit rohani atau penyakit hati yang sukar di lihat apatah lagi untuk di ubati.

Antara penyakit hati yang paling merbahaya adalah ‘keras hati’. Dimana mereka tidak takut atau gerun bila melakukan kejahatan dan tidak pula berasa seronok bila melakukan ketaatan kepada Allah. Penyakit hati yang lain pula antaranya adalah tamak, dengki, cemburu, iri hati. Dan adakalanya, apabila penyakit ini kian parah, mereka sanggup menganiaya manusia lain pula. Maka, kerana adanya penyakit hati ini, tak ramai antara kita yang sanggup mengambil risiko bermadu atau dimadukan.

Kesimpulannya:

Demikianlah antara faktor kenapa kebanyakan wanita enggan berpoligami. Seandainya, punca-punca itu dapat di kikis atau dibuang, nescaya, para isteri tidak lagi gentar dengan istilah bermadu. Jika semuanya baik lelaki atau wanita sedar hakikat sebenar sebuah pernikahan, insyaAllah, walau apa jua ujian dan dugaan mendatang, sesebuah institusi kekeluargaan itu pasti tetap akan berdiri kukuh.


Pernikahan adalah ibarat sebuah bahtera yang berlayar dilautan luas. Suami adalah nakhoda dan isteri (isteri-isteri) adalah pembantu. Jika nakhoda itu bijak mengemudi kapal, bistari mengawal anak-anak kapal, berfikir sebelum membuat sebarang keputusan, tahu arah yang ingin dituju tanpa was-was, InsyaAllah kapal tidak akan sesat dan selamat sampai ke destinasi yang ingin di tuju.


Namun, harus diingatkan juga, tanpa bantuan dan persefahaman dari pembantu kapal, bahtera itu mungkin berada statik tiada kemajuan atau lebih teruk dari itu, bahtera itu mungkin akan karam. Hancur dan musnah. Dalam pernikahan, mesti ada tolak ansur, perlu ada give and take. Baik isteri mahupun suami haruslah saling menghormati dan saling menghargai. Harus ada yang mendengar bila satu pihak bercerita dan begitu pula sebaliknya.

Perhubungan dua hala adalah penting. Komunikasi antara suami isteri serta anak-anak perlu dijaga, agar jika ada sebarang masalah yang timbul, dapat dibincangkan dan diselesaikan dengan baik. Lebih penting dari itu, niat bernikah juga kena betul. Jangan diselewengkan. Jika niat ikhlas kerana Allah dan agama, insyaAllah walau apa jua dugaan mendatang, tiada apa yang mampu menggoyahnya. Tidak kira suami bernikah satu atau empat, jika asas agama adalah kukuh, kebahagiaan dalam berumah tangga sedikit pun tidak akan goyah.

Hidup di dunia sementara, kehidupan di akhirat itu kekal abadi. Jadi, harus disematkan dalam diri dan jiwa, cita-cita yang paling utama adalah bahagia di syurga kerana itulah yang paling abadi. Kita manusia hanya merancang, namun Allah jualah yang Maha Mengetahui. Dalam apa jua tindakan atau keputusan yang diambil, mohonlah petunjuk dari Ilahi. InsyaAllah selamat dunia dan akhirat.


Madu jangan terus ditelan, hempedu jangan terus dibuang, kerana di sebalik manis dan pahit itu, mungkin ada racun atau penawar yang tersembunyi.






GLOSSORI:

1) Poligami: Amalan beristeri lebih daripada satu.
2) Statik: Tidak berubah-ubah atau tidak aktif.
3) Faktor: Punca



Artikel asal: karya Hasniza Ibrahim@Asniza di www.semut2comel.blogspot.com

Adakah H1N1 Merupakan Propaganda Yahudi Untuk

Sehingga hari ini, dilaporkan 429 kematian diseluruh dunia disebabkan oleh virus H1N1. Laporan ini dikeluarkan berdasarkan statistik yang dibuat merangkumi 135 buah negara. Jumlah kematian tersebut jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan jumlah jangkitan yang dilaporkan iaitu 94,450 kes. Berdasarkan perkiraan, kadar kematian ini hanyalah 0.45%, iaitu kurang daripada 1%[1]. Adakah ia bermakna bahawa penyebaran virus ini bukanlah suatu yang membimbangkan?

Pelbagai langkah keselamatan yang telah dilakukan oleh negara-negara seantero dunia bagi memastikan virus tersebut tidak menular masuk ke dalam negara mereka. Jakarta sebagai contoh telah mengambil langkah dengan memberi 73,000 vaksin kepada pusat kesihatan awam dan hospital di seluruh bandar tersebut[2]. Burma dan Singapura pula tidak ketinggalan dengan perancangan mengawal pergerakan masuk dan keluar penumpang di lapangan terbang masing-masing, dengan mengambil suhu badan para penumpang dan menggunakan pengimbas suhu badan (thermal scanner)[3].

Kata-kata ‘mencegah lebih baik daripda merawat' (prevention is better than cure) adalah apa yang diamalkan, untuk mengelak daripada perkara-perkara yang tidak diingini daripada terjadi di dalam sesebuah negara. Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari iaitu, "Allah SWT tidak akan menurunkan sesuatu penyakit tanpa turut memberi penawarnya." Melalui hadis ini, kita dapati bahawa setiap penyakit pasti ada penawar ataupun ubatnya yang disediakan oleh Allah SWT. Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa sehingga hari ini, masih ada penyakit yang tidak ditemui penawarnya.Tetapi, hadis tersebut juga membawa makna bahawa mencegah adalah salah satu cara untuk merawat bagi penyakit-penyakit yang masih tidak ditemui ubatnya ini. Malah tidak dapat dinafikan bahawa mencegah adalah salah satu bentuk antidote yang berkesan!

Dalam usaha semua negara di atas muka bumi ini bersiap sedia menghadapi sebarang serangan yang bakal dibuat oleh virus ini, timbul beberapa persoalan yang mungkin tidak pernah terfikir oleh kita.


Senjata Biologi

Pernahkah anda dengar tentang ‘senjata biologi' (biological weapon)? Mungkin ada antara kita yang pernah dengar tentangnya, tetapi tidak begitu mengetahui mengenainya. Mungkin kerana sikap diri yang merasakan tidak perlu untuk mengetahui tentang sesuatu yang tidak berkaitan dengan diri sendiri. Sedangkan perlu untuk diketahui bahawa seseorang yang cetek ilmunya akan mudah ditindas dan dieksploitasi oleh pihak-pihak tertentu. Maka, sewajarnya sebagai seorang individu muslim,untuk sentiasa bersiap sedia dan berwaspada dengan keadaan sekeliling. Musuh; sama ada yang mampu dikesan oleh pancindera ataupun tidak, sentiasa berlegar-legar untuk menjatuhkan kita. Musuh ini terkadang bukan sahaja berniat tidak baik terhadap umat Islam, malah kepada sesiapa sahaja yang pada pandangan mereka yang tidak memberi manfaat kepada mereka.



Gambar Hiasan


Senjata biologi ini boleh ditakrifkan sebagai ‘senjata' yang diperbuat menggunakan agen seperti mikrob (bakteria, virus dan lain-lain) untuk melumpuhkan musuh. Agen ini akan merosakkan proses biologi (biological process) sel-sel badan manusia atau pun haiwan serta tumbuhan, yang dianggap sebagai ‘musuh' tadi. Ciri-ciri yang membolehkan pemilihan kepada sesuatu agen ini ialah ianya murah serta mudah didapati, senang untuk dipindahkan daripada satu individu ke satu individu yang lain, dan bertoksik tinggi[4].

Virus influenza H1N1 berasal daripada virus influenza type A. Virus dikategorikan sebagai benda bukan hidup (non living thing), tetapi, berbeza dengan benda bukan hidup yang lain, virus mampu membiak dengan bantuan sel rumah (host cell)[5]. Kebiasaannya, sel rumah yang digunakan untuk tujuan pembiakan virus ini ialah sel-sel badan manusia, haiwan mahupun tumbuhan-tumbuhan. Hal ini adalah kerana, sel-sel ini mempunyai keupayaan untuk memberi nutrient kepada virus tersebut untuk membiak.

Bagi mereka yang mempunyai ilmu tentang ini, sudah tentu mereka akan mempunyai pandangan yang lebih jauh ke hadapan. Maka, bukanlah suatu yang mustahil jika ada pihak yang mendakwa bahawa virus influenza H1N1 ini, adalah salah satu bentuk penyerangan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tertentu.

Trudeau Institute

Dakwaan-dakwaan yang dilakukan adalah berdasarkan kepada beberapa bukti dan perkaitan yang mungkin mempunyai hubung kaitnya. Antaranya ialah apabila Pengarah Makmal Universiti of Rockefeller diberi anugerah perubatan beberapa hari sebelum berita tentang influenza ini terjadi. Pengarah tersebut juga merupakan Ketua Pengarah di sebuah institut penyelidikan vaksin yang dilantik oleh kerajaan Amerika, Trudeau Institute . Institut ini juga bekerjasama dengan Kementerian Pertahanan Amerika. Individu yang dimaksudkan ialah Dr. Ralph Steinman[6]. Kepakaran yang dimiliki oleh beliau dalam bidang "dendritic cells" dan pemvaksinan memungkinkan beliau dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu. "Dendritic cells" berperanan dalam menghasilkan tindak balas terhadap immune badan. "Dendritic cells" ini juga memainkan peranan penting dalam sistem pertahanan badan kerana ia termasuk di dalam sistem pertahanan pertama (primary immune response),[7]. Apabila suatu mikroorganisma berbahaya bertindak untuk menyerang badan manusia, sistem pertahanan pertama memainkan peranan yang penting dalam mengawal kemasukan mikroorganisma tersebut. Jadi, peranan yang dimainkan oleh sel tersebut adalahyang terpenting. Seseorang yang mempunyai pengetahuan tentang nya mampu memanipulasi, mahupun mengawal fungsinya. Jadi, apabila apabila ada pihak yang mahu menggunakan senjata biologi sebagai alat untuk menyerang, adalah suatu yang penting untuk mereka ketahui proses perjalanan sistem pertahanan badan manusia.



Trudeau Institute


Dakwaan yang kedua pula ialah berdasarkan ucapan yang telah dibuat oleh Dr. David L. Woodland, iaitu Presiden dan Direktor Trudeau Institute[8]. Ucapan tersebut dibuat oleh beliau pada bulan Oktober tahun 2008, iaitu lebih kurang 5 bulan sebelum virus influenza H1N1 menghantui penduduk dunia. Institut tersebut turut diberi bantuan sebanyak $1.6 million atas tujuan pembiayaan untuk pembangunan vaksin bagi sesuatu pandemic influenza[9]. Apabila diteliti ucapan yang dibuat oleh beliau, beliau seperti dapat menjangka bahawa satu pandemic akan muncul di atas muka bumi ini. Jadi, timbul suatu keraguan diatas ucapan tersebut. Apakah beliau, mahupun pihak-pihak yang bersekutu mempunyai suatu kuasa yang membolehkan mereka menjangkakan dan meramal sesuatu yang terkehadapan? Ataupun adakah mereka yang mendalangi pandemic tersebut? Hanya Allah yang lebih Mengetahui.

Peristiwa runtuhan World Trade Center (WTC) pada 11 September 2001, juga di dakwa sebagai salah satu muslihat yang dibuat oleh pihak tertentu untuk memburukkan nama Islam. Bermula daripada tarikh tersebut perkataan "terrorism" semakin mendapat tempat di bibir penduduk dunia. Penggunaan istilah tersebut di dakwa digunakan oleh pihak tersebut dalam usaha mereka mendesak U.S Senate untuk membuka semula Biological Weapon Programme yang pernah ditutup dibawah Protokol Geneva[10]. Secara generalnya, protokol ini telah menghentikan sebarang penggunan senjata biologi, dimana boleh dikatakan seluruh negara telah menandatangai protokol ini sebagai persetujuan. Namun, ada pihak yang menjadikan peristiwa 11 September sebagai alasan untuk menggunakan kembali senjata biologi ini dengan alasan bahawa ada kemungkinan "terrorist" menggunakan senjata biologi dalam serangan-serangan gerila[11].

Bukanlah suatu yang mudah untuk menentukan sama ada sesuatu pandemic yang terjadi itu adalah hasil daripada serangan secara biologi oleh pihak yang tertentu, ataupun tidak. Jika benar ia adalah suatu penyakit yang telah dirancang dengan hebatnya, sudah tentu si perancang akan berusaha untuk menafikan segala perbuatannya. Penafian demi penafian akan dibuat, dalam masa yang sama segala bukti akan cuba ditutup dan dikaburkan agar agenda mereka yang sebenar tidak kelihatan. Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah juga.

Waspada dan Beringatlah

Bagi pihak yang yakin dengan usaha penyerangan menggunakan senjata biologi ini, sudah pasti penyiasatan demi penyiasatan akan dilakukan sehingga mereka dapat membongkar satu demi satu kebenaran. Seharusnya, sebagai salah seorang penduduk di muka bumi ini, kita perlu untuk sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling. Apabila sekali kita telah dicerahkan dengan satu pembongkaran dan diberi maklumat tentang sesuatu, tentang kepincangan sesuatu, usah lagi berdiam diri, sebaliknya bertindaklah. Jikalau pun kita tidak mampu untuk menyiasat hingga ke akar umbi, paling tidak, beringatlah! Apabila muncul satu demi satu musibah dan masalah, ligatkan akal untuk berfikir mengenainya. Bukan bersangka buruk terhadap sesetengah pihak semata, tetapi berfikir juga untuk menyelamatkan ummah. Jika benar ianya adalah perancangan daripada pihak musuh, kita berikhtiar untuk ‘menyelamatkan' diri dan masyarakat sekeliling. Sebagai contoh, dengan berfikir untuk ‘menyelamatkan' diri dan masyarakat daripada dijangkiti oleh virus influenza H1N1, ia sedikit sebanyak dapat membantu umat Islam ini sendiri. Istilah ‘menyelamatkan' ini merangkumi melindungi mereka (umat Islam) yang membantu membawa agama Allah ini, agar tiada yang menjadi ‘mangsa korban' bagi influenza ini.

Bukan itu sahaja, malah umat Islam juga diberi kelebihan dan kekuatan dengan berdoa. Maka, manfaatkanlah segala kelebihan dan kekuatan yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada kita, sebagai umat Islam, disamping bersyukur kepada-Nya, kerana diberi nikmat Islam ini. Disebut oleh Allah SWT di dalam Surah Ghafir, ayat 60,


Dan Tuhanmu berfirman, "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina."


Mensyukuri nikmat keberadaan di dalam Islam perlu difikir secara dalam-dalam, terutama apabila kini, dunia dilanda dengan masalah pelbagai penyakit. Islam banyak mengajar umatnya nilai-nilai yang sebenarnya mampu menyelamatkan umatnya, jika kita berusaha mengikutinya sebaik mungkin. Melihat kepada hadis ke-23 daripada himpunan 40 hadis Imam Nawawi, ada dinyatakan bahawa "Kebersihan adalah sebahagian daripada iman....".

Kebersihan yang dititikberatkan oleh Islam bukan sahaja kebersihan jasmani, tetapi juga rohani. Apabila dilihat kepada langkah berjaga-jaga yang diambil oleh masyarakat sekarang, semuanya akan menitikberatkan tentang kebersihan. Antaranya ialah membasuh tangan selepas dan sebelum menyentuh sesuatu untuk mengelakkan daripada penyebaran virus dan penggunaan sanitizer. Dalam sedar atau tidak sebenarnya setiap masa pun kita (umat Islam) akan berada dalam keadaan yang bersih, kerana sebelum solat, kita dituntut untuk bersuci, iaitu berwuduk. Dalam masa kita berwuduk itu juga, bukankah kita dituntut untuk membasuh tangan hingga ke siku? Jadi, tanpa perlu untuk menunggu pandemic pun sebenarnya umat Islam sentiasa membersihkan diri mereka. Paling kurang pun, 5 kali sehari.

Kita juga perlu ingat bahawa kesibukan kita menjaga keselamatan diri dan masyarakat sekeliling, bukanlah bermakna kita perlu melepaskan tanggungjawab kita terhadap masyarakat Islam yang berada di negara yang tertindas seperti Palestine, masyarakat Islam Uighur dan lain-lain. Sedangkan terdapat juga hadis Rasulullah SAW yang menyebut tentang persaudaraan sesama Islam.


.... Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya...[12]


Jadi, tiada alasan untuk sekali pun untuk kita melupakan saudara seagama kita yang lain. Luangkan masa kita, walau sekejap cuma, selepas menunaikan solat, untuk mendoakan kesejahteraan mereka. Bersiap sedialah kita dalam menjalankan hak-hak syahadah dalam hidup sehari-hari ini!


Disediakan oleh,
Nur Syamimi Mohamad Napis
Setiausaha Media I iLuvislam.com

Kelesuan Dan Tingkatan Dalam Mendidik Anak- Anak

Akhir-akhir ini dunia pendidikan seakan-akan menangis melihat keadaan pelajar di sekolah-sekolah yang melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak mencerminkan keperibadian yang baik. Ada bilik darjah yang dibakar, ada murid yang ingin membakar rumah gurunya, ada pula pelajar yang terbabit dengan jenayah. Gejala apakah ini?

Dahulu, dalam sejarah Melayu, sekolah dianggap satu tempat yang mulia di mana pelajar bersungguh-sungguh menuntut ilmu untuk dijadikan bekalan pada masa depan. Guru adalah pengganti orang tua yang terkadang dihormati melebihi hormat seorang anak kepada ayahnya. Tetapi hari ini sekolah yang mulia itu ada yang mula dibakar oleh pelajarnya dan juga guru yang sepatutnya dihormati kini menjadi mangsa kenakalan para pelajar. Hati kecil kita mungkin terdetik persoalan kenapa terjadi perubahan yang besar di kalangan para pelajar kita pada hari ini? Lalu siapakah pula yang boleh dipertanggungjawabkan atas ketempangan masalah sosial yang melanda generasi muda kita? Adakah ibu bapa, guru atau pelajar itu sendiri?

Apa yang menghairankan, masalah sosial ini amat ketara melibatkan pelajar yang berasal daripada kaum Melayu. Di manakah puncanya? Bagi menjawab persoalan-persoalan ini, elok kita cuba merenung dan mendalami bagaimana sistem pendidikan anak-anak menurut kaca mata Islam. Ini merangkumi fasa-fasa tertentu mengikut peningkatan usia seseorang manusia itu.

Sebelum kelahiran:

Dipetik dari peristiwa yang pernah dilalui oleh bapa imam Abu Hanifah:

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapanya.
"tuan, bagaimana tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya?"
jawab bapa Imam Abu Hanifah: "Aku mendidik anakku 40 tahun sebelum beliau dilahirkan"

Peristiwa ini memiliki makna falsafah yang mendalam. Apa maknanya? Pakar kesihatan dan ahli jiwa berpendapat bahawa keadaan orang tuanya mempengaruhi sifat dan perilaku anak-anak yang akan lahir. Ertinya, perbuatan dan sikap orang tua sedikit sebanyak mempengaruhi perkembangan fizikal dan mental bayi yang akan lahir. Di antara pendapat pakar itu dengan peristiwa diatas sebenarnya memiliki kesesuaian dan sealiran. Ini kerana makna hakikat mendidik anak ‘40 tahun sebelum kelahirannya’ adalah dengan cara mendidik diri setiap orang tua itu sendiri terlebih dahulu dengan melakukan aktiviti-aktiviti kebajikan dan meninggalkan semua bentuk maksiat.

Mungkin inilah yang dikatakan orang Arab dalam satu syair: “ Kaifama takun yakun abna’aka ” yang bermakna bagaimana kamu hari ini,begitu pulalah anak-anakmu pada masa hadapan.






Seorang ayah dan ibu kadang-kadang lupa dan leka dengan menganggap perbuatan dan sikap mereka ketika ini tidak memiliki hubung kait dengan masa depan anak-anak mereka. Padahal setiap orang tua sebenarnya bukan hanya mewariskan harta kepada anak mereka tetapi juga akan mewariskan sikap dan pandangan hidup.

Setelah kelahiran:

Rasulullah s.a.w membahagikan pendidikan anak selepas kelahiran ini kepada empat tingkatan,iaitu:

Pertama:
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini,Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih yang tidak bertepi dan sayang yang tidak terbatas. Biarkan anak-anak pada masa ini bermandikan kasih sayang.

Kedua:
Umur 7 – 14 tahun. Pada masa ini Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk mula menanamkan disiplin kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya apabila enggan mengerjakan solat.

Berdasarkan kajian pakar-pakar jiwa anak, sememangnyalah pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada saat ini pula seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.

Ketiga:
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah menukar penanaman disiplin dengan cara yang agak keras kepada yang rasional. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.

Keempat:
Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini , orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa. Dalam kehidupan kita sebagai muslim,kadang-kadang pendidikan yang diajar oleh Rasul itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali.

Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan menyuruhnya solat pada tahun 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya, bahkan marah kepada ibu bapanya apabila disuruh sembahyang. Apabila seorang anak enggan melaksanakan kewajipannya yang tertinggi, iaitu solat, maka perintah siapa yang akan dia dengar dan lakukan? Padahal hakikat solat mampu mencegah seseorang untuk tidak melakukan perbuatan keji dan mungkar.

Dengan kata lain, dapat disimpulkan bahawa perbuatan samseng yang dilakukan oleh pelajar muslim di sekolah mereka, sebenarnya terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan tidak berperanannya hikmah solat dalam diri mereka yang berpunca daripada cara mendidik yang salah. Sebahagian orang tua ada yang menanamkan pendidikan disiplin kepada anak secara membuta-tuli tanpa melihat umur dan perkembangan kedewasaan anak sehingga anak berasa dizalimi oleh orang tua dari segi hak-hak tertentu.

Natijah daripada sikap seperti ini akan menjadikan anak-anak jauh daripada orang tua dan menganggap rumah sebagai penjara, lalu mereka terdorong untuk mencari ketenangan diluar rumah. Dalam Islam persekitaran memiliki peranan yang penting dalam pendidikan anak sehingga wajarlah apabila kita dianjurkan untuk melihat jiran di kawasan yang akan diduduki. Sebab jiran yang baik lebih mulia daripada saudara yang jauh. Anak-anak sangat mudah dipengaruhi oleh persekitarannya. Oleh sebab itu, tinggal di suatu tempat dengan persekitaran yang baik adalah modal penting membentuk sahsiah anak untuk menjadi generasi yang baik.

Kesimpulannya, pendidikan anak mestilah dimulakan daripada pendidikan orang tua itu sendiri dan ia bermula di rumah. Kedua, kita perlulah menghayati peringkat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w dalam pendidikan anak-anak dan ketiga pilihlah persekitaran yang baik untuk anak-anak. Persekitaran yang baik ini bermakna bukan hanya baik daripada keadaan fizikal tapi baik juga daripada segi mental dan kehidupan beragama.



Sumber: http://kongrespendidikan.blogspot.com

Ali bin Abi Talib

‘Alī bin Abī Thālib (Bahasa Arab: علي بن أﺑﻲ طالب) (Bahasa Persia: علی پسر ابو طالب)‎ (599 – 661) adalah salah seorang pemeluk Islam pertama dan juga keluarga dari Nabi Muhammad. Menurut Islam Sunni, ia adalah Khalifah terakhir dari Khulafaur Rasyidin. Sedangkan Syi'ah berpendapat bahwa ia adalah Imam sekaligus Khalifah pertama yang dipilih oleh Rasulullah Muhammad SAW. Uniknya meskipun Sunni tidak mengakui konsep Imamah mereka setuju memanggil Ali dengan sebutan Imam, sehingga Ali menjadi satu-satunya Khalifah yang sekaligus juga Imam. Ali adalah sepupu dari Muhammad, dan setelah menikah dengan Fatimah az-Zahra, ia menjadi menantu Muhammad.

Bagian dari artikel tentang
Imam Syi'ah
Dua Belas Imam


--------------------------------------------------------------------------------

Ali bin Abi Thalib

Hasan al-Mujtaba

Husain asy-Syahid

Ali Zainal Abidin

Muhammad al-Baqir

Ja'far ash-Shadiq

Musa al-Kadzim

Ali ar-Ridha

Muhammad al-Jawad

Ali al-Hadi

Hasan al-Asykari

Muhammad al-Mahdi


--------------------------------------------------------------------------------

lihat • bicara • sunting
Daftar isi [sembunyikan]
1 Perbedaan pandangan mengenai pribadi Ali bin Abi Thalib
1.1 Syi'ah
1.2 Sunni
1.3 Sufi
2 Riwayat Hidup
2.1 Kelahiran & Kehidupan Keluarga
2.1.1 Kelahiran
2.1.2 Kehidupan Awal
2.2 Masa Remaja
2.3 Kehidupan di Mekkah sampai Hijrah ke Madinah
2.4 Kehidupan di Madinah
2.4.1 Perkawinan
2.4.2 Julukan
2.4.3 Pertempuran yang diikuti pada masa Nabi saw
2.4.3.1 Perang Badar
2.4.3.2 Perang Khandaq
2.4.3.3 Perang Khaibar
2.4.3.4 Peperangan lainnya
2.5 Setelah Nabi wafat
2.6 Sebagai khalifah
3 Keturunan
4 Lihat pula
5 Referensi
6 Pranala luar
6.1 Beberapa surat dab kotbah Ali yang sangat terkenal
6.2 Biografi Sunni
6.3 Biografi Syiah



[sunting] Perbedaan pandangan mengenai pribadi Ali bin Abi Thalib

[sunting] Syi'ah
Syi'ah berpendapat bahwa Ali adalah khalifah yang berhak menggantikan Nabi Muhammad, dan sudah ditunjuk oleh Beliau atas perintah Allah di Ghadir Khum. Syi'ah meninggikan kedudukan Ali atas Sahabat Nabi yang lain, seperti Abu Bakar dan Umar bin Khattab.

Syi'ah selalu menambahkan nama Ali bin Abi Thalib dengan Alayhi Salam (AS) atau semoga Allah melimpahkan keselamatan dan kesejahteraan.


[sunting] Sunni
Sebagian Sunni yaitu mereka yang menjadi anggota Bani Umayyah dan para pendukungnya memandang Ali sama dengan Sahabat Nabi yang lain.

Sunni menambahkan nama Ali dengan Radhiyallahu Anhu (RA) atau semoga Allah melimpahkan Ridha (ke-suka-an)nya. Tambahan ini sama sebagaimana yang juga diberikan kepada Sahabat Nabi yang lain.


[sunting] Sufi
Sufi menambahkan nama Ali bin Abi Thalib dengan Karramallahu Wajhah (KW) atau semoga Allah me-mulia-kan wajahnya. Doa kaum Sufi ini sangat unik, berdasar riwayat bahwa beliau tidak suka menggunakan wajahnya untuk melihat hal-hal buruk bahkan yang kurang sopan sekalipun. Dibuktikan dalam sebagian riwayat bahwa beliau tidak suka memandang ke bawah bila sedang berhubungan intim dengan istri. Sedangkan riwayat-riwayat lain menyebutkan dalam banyak pertempuran (duel-tanding), bila pakaian musuh terbuka bagian bawah terkena sobekan pedang beliau, maka Ali enggan meneruskan duel hingga musuhnya lebih dulu memperbaiki pakaiannya.

Ali bin Abi Thalib dianggap oleh kaum Sufi sebagai Imam dalam ilmu hikmah (divine wisdom) dan futuwwah (spiritual warriorship). Dari beliau bermunculan cabang-cabang tarekat (thoriqoh) atau spiritual-brotherhood. Hampir seluruh pendiri tarekat Sufi, adalah keturunan beliau sesuai dengan catatan nasab yang resmi mereka miliki. Seperti pada tarekat Qadiriyyah dengan pendirinya Syekh Abdul Qadir Jaelani, yang merupakan keturunan langsung dari Ali melalui anaknya Hasan bin Ali seperti yang tercantum dalam kitab manaqib Syekh Abdul Qadir Jilani (karya Syekh Ja'far Barzanji) dan banyak kitab-kitab lainnya.


[sunting] Riwayat Hidup

[sunting] Kelahiran & Kehidupan Keluarga

[sunting] Kelahiran
Ali dilahirkan di Mekkah, daerah Hejaz, Jazirah Arab, pada tanggal 13 Rajab. Menurut sejarawan, Ali dilahirkan 10 tahun sebelum dimulainya kenabian Muhammad, sekitar tahun 599 Masehi[1] atau 600[2](perkiraan). Muslim Syi'ah percaya bahwa Ali dilahirkan di dalam Ka'bah. Usia Ali terhadap Nabi Muhammad masih diperselisihkan hingga kini, sebagian riwayat menyebut berbeda 25 tahun, ada yang berbeda 27 tahun, ada yang 30 tahun bahkan 32 tahun.

Beliau bernama asli Haydar bin Abu Thalib, paman Nabi Muhammad SAW. Haydar yang berarti Singa adalah harapan keluarga Abu Thalib untuk mempunyai penerus yang dapat menjadi tokoh pemberani dan disegani diantara kalangan Quraisy Mekkah.

Setelah mengetahui sepupu yang baru lahir diberi nama Haydar, Nabi SAW terkesan tidak suka, karena itu mulai memanggil dengan Ali yang berarti Tinggi(derajat di sisi Allah).


[sunting] Kehidupan Awal
Ali dilahirkan dari ibu yang bernama Fatimah binti Asad, dimana Asad merupakan anak dari Hasyim, sehingga menjadikan Ali, merupakan keturunan Hasyim dari sisi bapak dan ibu.

Kelahiran Ali bin Abi Thalib banyak memberi hiburan bagi Nabi SAW karena beliau tidak punya anak laki-laki. Uzur dan faqir nya keluarga Abu Thalib memberi kesempatan bagi Nabi SAW bersama istri beliau Khadijah untuk mengasuh Ali dan menjadikannya putra angkat. Hal ini sekaligus untuk membalas jasa kepada Abu Thalib yang telah mengasuh Nabi sejak beliau kecil hingga dewasa, sehingga sedari kecil Ali sudah bersama dengan Muhammad.

Dalam biografi asing (Barat), hubungan Ali kepada Nabi Muhammad SAW dilukiskan seperti Yohanes Pembaptis (Nabi Yahya) kepada Yesus (Nabi Isa). Dalam riwayat-riwayat Syi'ah dan sebagian riwayat Sunni, hubungan tersebut dilukiskan seperti Nabi Harun kepada Nabi Musa.


[sunting] Masa Remaja
Ketika Nabi Muhammad SAW menerima wahyu, riwayat-riwayat lama seperti Ibnu Ishaq menjelaskan Ali adalah lelaki pertama yang mempercayai wahyu tesebut atau orang ke 2 yang percaya setelah Khadijah istri Nabi sendiri. Pada titik ini Ali berusia sekitar 10 tahun.

Pada usia remaja setelah wahyu turun, Ali banyak belajar langsung dari Nabi SAW karena sebagai anak asuh, berkesempatan selalu dekat dengan Nabi hal ini berkelanjutan hingga beliau menjadi menantu Nabi. Hal inilah yang menjadi bukti bagi sebagian kaum Sufi bahwa ada pelajaran-pelajaran tertentu masalah ruhani (spirituality dalam bahasa Inggris atau kaum Salaf lebih suka menyebut istilah 'Ihsan') atau yang kemudian dikenal dengan istilah Tasawuf yang diajarkan Nabi khusus kepada beliau tapi tidak kepada Murid-murid atau Sahabat-sahabat yang lain.

Karena bila ilmu Syari'ah atau hukum-hukum agama Islam baik yang mengatur ibadah maupun kemasyarakatan semua yang diterima Nabi harus disampaikan dan diajarkan kepada umatnya, sementara masalah ruhani hanya bisa diberikan kepada orang-orang tertentu dengan kapasitas masing-masing.

Didikan langsung dari Nabi kepada Ali dalam semua aspek ilmu Islam baik aspek zhahir (exterior)atau syariah dan bathin (interior) atau tasawuf menggembleng Ali menjadi seorang pemuda yang sangat cerdas, berani dan bijak.


[sunting] Kehidupan di Mekkah sampai Hijrah ke Madinah
Ali bersedia tidur di kamar Nabi untuk mengelabui orang-orang Quraisy yang akan menggagalkan hijrah Nabi. Beliau tidur menampakkan kesan Nabi yang tidur sehingga masuk waktu menjelang pagi mereka mengetahui Ali yang tidur, sudah tertinggal satu malam perjalanan oleh Nabi yang telah meloloskan diri ke Madinah bersama Abu Bakar.


[sunting] Kehidupan di Madinah

[sunting] Perkawinan
Setelah masa hijrah dan tinggal di Madinah, Ali dinikahkan Nabi dengan putri kesayangannya Fatimah az-Zahra yang banyak dinanti para pemuda. Nabi menimbang Ali yang paling tepat dalam banyak hal seperti Nasab keluarga yang se-rumpun (Bani Hasyim), yang paling dulu mempercayai ke-nabi-an Muhammad (setelah Khadijah), yang selalu belajar di bawah Nabi dan banyak hal lain.


[sunting] Julukan
Ketika Muhammad mencari Ali menantunya, ternyata Ali sedang tidur. Bagian atas pakaiannya tersingkap dan debu mengotori punggungnya. Melihat itu Muhammad pun lalu duduk dan membersihkan punggung Ali sambil berkata, "Duduklah wahai Abu Turab, duduklah." Turab yang berarti debu atau tanah dalam bahasa Arab. Julukan tersebut adalah julukan yang paling disukai oleh Ali.


[sunting] Pertempuran yang diikuti pada masa Nabi saw

[sunting] Perang Badar
Beberapa saat setelah menikah, pecahlah perang Badar, perang pertama dalam sejarah Islam. Di sini Ali betul-betul menjadi pahlawan disamping Hamzah, paman Nabi. Banyaknya Quraisy Mekkah yang tewas di tangan Ali masih dalam perselisihan, tapi semua sepakat beliau menjadi bintang lapangan dalam usia yang masih sangat muda sekitar 25 tahun.


[sunting] Perang Khandaq
Perang Khandak juga menjadi saksi nyata keberanian Ali bin Abi Thalib ketika memerangi Amar bin Abdi Wud . Dengan satu tebasan pedangnya yang bernama dzulfikar,Amar bin Abdi Wud terbelah menjadi dua bagian.


[sunting] Perang Khaibar
Setelah Perjanjian Hudaibiyah yang memuat perjanjian perdamaian antara kaum Muslimin dengan Yahudi, dikemudian hari Yahudi mengkhianati perjanjian tersebut sehingga pecah perang melawan Yahudi yang bertahan di Benteng Khaibar yang sangat kokoh, biasa disebut dengan perang Khaibar. Di saat para sahabat tidak mampu membuka benteng Khaibar, Nabi saw bersabda:

"Besok, akan aku serahkan bendera kepada seseorang yang tidak akan melarikan diri, dia akan menyerang berulang-ulang dan Allah akan mengaruniakan kemenangan baginya. Allah dan Rasul-Nya mencintainya dan dia mencintai Allah dan Rasul-Nya".
Maka, seluruh sahabat pun berangan-angan untuk mendapatkan kemuliaan tersebut. Namun, temyata Ali bin Abi Thalib yang mendapat kehormatan itu serta mampu menghancurkan benteng Khaibar dan berhasil membunuh seorang prajurit musuh yang berani bernama Marhab lalu menebasnya dengan sekali pukul hingga terbelah menjadi dua bagian.


[sunting] Peperangan lainnya
Hampir semua peperangan beliau ikuti kecuali perang Tabuk karena mewakili nabi Muhammad untuk menjaga kota Madinah.


[sunting] Setelah Nabi wafat
Sampai disini hampir semua pihak sepakat tentang riwayat Ali bin Abi Thalib, perbedaan pendapat mulai tampak ketika Nabi Muhammad wafat. Syi'ah berpendapat sudah ada wasiat (berdasar riwayat Ghadir Khum) bahwa Ali harus menjadi Khalifah bila Nabi SAW wafat. Tetapi Sunni tidak sependapat, sehingga pada saat Ali dan Fatimah masih berada dalam suasana duka orang-orang Quraisy bersepakat untuk membaiat Abu Bakar.

Menurut riwayat dari Al-Ya'qubi dalam kitab Tarikh-nya Jilid II Menyebutkan suatu peristiwa sebagai berikut. Dalam perjalan pulang ke Madinah seusai menunaikan ibadah haji ( Hijjatul-Wada'),malam hari Rasulullah saw bersama rombongan tiba di suatu tempat dekat Jifrah yang dikenal denagan nama "GHADIR KHUM." Hari itu adalah hari ke-18 bulan Dzulhijah. Ia keluar dari kemahnya kemudia berkhutbah di depan jamaah sambil memegang tangan Imam Ali Bin Abi Tholib r.a.Dalam khutbahnya itu antara lain beliau berkata : "Barang siapa menanggap aku ini pemimpinnya, maka Ali adalah pemimpinnya.Ya Allah, pimpinlah orang yang mengakui kepemimpinannya dan musuhilah orang yang memusuhinya"

Pengangkatan Abu Bakar sebagai Khalifah tentu tidak disetujui keluarga Nabi Ahlul Baitdan pengikutnya. Beberapa riwayat berbeda pendapat waktu pem-bai'at-an Ali bin Abi Thalib terhadap Abu Bakar sebagai Khalifah pengganti Rasulullah. Ada yang meriwayatkan setelah Nabi dimakamkan, ada yang beberapa hari setelah itu, riwayat yang terbanyak adalah Ali mem-bai'at Abu Bakar setelah Fatimah meninggal, yaitu enam bulan setelah meninggalnya Rasulullah demi mencegah perpecahan dalam ummat

Ada yang menyatakan bahwa Ali belum pantas untuk menyandang jabatan Khalifah karena umurnya yang masih muda, ada pula yang menyatakan bahwa kekhalifahan dan kenabian sebaiknya tidak berada di tangan Bani Hasyim.


[sunting] Sebagai khalifah
Peristiwa pembunuhan terhadap Khalifah Utsman bin Affan mengakibatkan kegentingan di seluruh dunia Islam yang waktu itu sudah membentang sampai ke Persia dan Afrika Utara. Pemberontak yang waktu itu menguasai Madinah tidak mempunyai pilihan lain selain Ali bin Abi Thalib sebagai khalifah, waktu itu Ali berusaha menolak, tetapi Zubair bin Awwam dan Talhah bin Ubaidillah memaksa beliau, sehingga akhirnya Ali menerima bai'at mereka. Menjadikan Ali satu-satunya Khalifah yang dibai'at secara massal, karena khalifah sebelumnya dipilih melalui cara yang berbeda-beda.

Sebagai Khalifah ke-4 yang memerintah selama sekitar 5 tahun. Masa pemerintahannya mewarisi kekacauan yang terjadi saat masa pemerintah Khalifah sebelumnya, Utsman bin Affan. Untuk pertama kalinya perang saudara antara umat Muslim terjadi saat masa pemerintahannya, Perang Jamal. 20.000 pasukan pimpinan Ali melawan 30.000 pasukan pimpinan Zubair bin Awwam, Talhah bin Ubaidillah, dan Ummul mu'minin Aisyah binti Abu Bakar, janda Rasulullah. Perang tersebut dimenangkan oleh pihak Ali.

Peristiwa pembunuhan Khalifah Utsman bin Affan yang menurut berbagai kalangan waktu itu kurang dapat diselesaikan karena fitnah yang sudah terlanjur meluas dan sudah diisyaratkan (akan terjadi) oleh Nabi Muhammad SAW ketika beliau masih hidup, dan diperparah oleh hasutan-hasutan para pembangkang yang ada sejak zaman Utsman bin Affan, menyebabkan perpecahan di kalangan kaum muslim sehingga menyebabkan perang tersebut. Tidak hanya selesai di situ, konflik berkepanjangan terjadi hingga akhir pemerintahannya. Perang Shiffin yang melemahkan kekhalifannya juga berawal dari masalah tersebut.

Ali bin Abi Thalib, seseorang yang memiliki kecakapan dalam bidang militer dan strategi perang, mengalami kesulitan dalam administrasi negara karena kekacauan luar biasa yang ditinggalkan pemerintahan sebelumya. Ia meninggal di usia 63 tahun karena pembunuhan oleh Abdrrahman bin Muljam, seseorang yang berasal dari golongan Khawarij (pembangkang) saat mengimami shalat subuh di masjid Kufah, pada tanggal 19 Ramadhan, dan Ali menghembuskan nafas terakhirnya pada tanggal 21 Ramadhan tahun 40 Hijriyah. Ali dikuburkan secara rahasia di Najaf, bahkan ada beberapa riwayat yang menyatakan bahwa ia dikubur di tempat lain.

Didahului oleh:
Utsman bin Affan Khalifah (Sunni) tahun 656–661 Digantikan oleh:
Muawiyah I
Didahului oleh:
Muhammad Imam Syi'ah (Syi'ah) tahun 632–661 Digantikan oleh:
Hasan bin Ali


[sunting] Keturunan
Artikel utama untuk bagian ini adalah: Keturunan Ali bin Abi Thalib
Ali memiliki delapan istri setelah meninggalnya Fatimah az-Zahra[3] dan memiliki keseluruhan 36 orang anak. Dua anak laki-lakinya yang terkenal, lahir dari anak Nabi Muhammad, Fatimah, adalah Hasan dan Husain.

Keturunan Ali melalui Fatimah dikenal dengan Syarif atau Sayyid, yang merupakan gelar kehormatan dalam Bahasa Arab, Syarif berarti bangsawan dan Sayyed berarti tuan. Sebagai keturunan langsung dari Muhammad, mereka dihormati oleh Sunni dan Syi'ah.

Menurut riwayat, Ali bin Abi Thalib memiliki 36 orang anak yang terdiri dari 18 anak laki-laki dan 18 anak perempuan. Sampai saat ini keturunan itu masih tersebar, dan dikenal dengan Alawiyin atau Alawiyah. Sampai saat ini keturunan Ali bin Abi Thalib kerap digelari Sayyid.

Anak laki-laki Anak perempuan
Hasan al-Mujtaba Zainab al-Kubra
Husain asy-Syahid Zainab al-Sughra
Muhammad bin al-Hanafiah Ummu Kaltsum
Abbas al-Akbar (dijuluki Abu Fadl) Ramlah al-Kubra
Abdullah al-Akbar Ramlah al-Sughra
Ja'far al-Akbar Nafisah
Utsman al-Akbar Ruqaiyah al-Sughra
Muhammad al-Ashghar Ruqaiyah al-Kubra
Abdullah al-Ashghar Maimunah
Abdullah (yang dijuluki Abu Ali) Zainab al-Sughra
‘Aun Ummu Hani
Yahya Fathimah al-Sughra
Muhammad al-Ausath Umamah
Utsman al-Ashghar Khadijah al-Sughra
Abbas al-Ashghar Ummu al-Hasan
Ja'far al-Ashghar Ummu Salamah
Umar al-Ashghar Hamamah
Umar al-Akbar Ummu Kiram


[sunting] Lihat pula
Fatimah az-Zahra
Rabithah Alawiyah
Ahlul Bait
Sayyid

[sunting] Referensi
^ Truth Wisdom & Justice
^ Birth of Imam Ali (a.s).
^ The Life of Hadrat Ali

[sunting] Pranala luar
Ali bin Abi Talib oleh I. K. Poonawala dan E. Kohlberg dalam Encyclopedia Iranica
Ali, artikel pada Enyclopaedia Britannica Online

[sunting] Beberapa surat dab kotbah Ali yang sangat terkenal
Imam Ali ibn Abi Talib Nahjul Balagha
Order to Maalik al-Ashtar, governor of Egypt (UN Legal Committee, member states voted that the document should be considered as one of the sources of International Law.) The United Nation and Imam Ali’s Constitution
A advice ti his son Hasan ib Ali (This letter contains ethical advisement)
185 Sermon about the Oneness of Allah

[sunting] Biografi Sunni
Biography from USC's MSA website

[sunting] Biografi Syiah
The Life of the Commander of the Faithful Ali b. Abu Talib by Shaykh Mufid in Kitab al-Irshad
The Commander of the Faithful: ‘Ali ibn Abi Talib
Website devoted to the Life of Imam Ali ibn Abi Talib
Imam Ali ibn Abi Talib
The Last Will of Ali ibn Abi Talib
Alavi Bohras - The Walaayat and Love for Maulaa 'Ali
[tampilkan]l • d • sDaftar sahabat nabi

Abbad bin Bishir
Abbas bin Abdul-Muththalib
Abdullah bin Abbas
Abdullah bin Abdul-Asad
Abdullah bin Hudhafah as-Sahmi
Abdullah bin Ja'far
Abdullah bin Mas'ud
Abdullah bin Rawahah
Abdullah bin Salam
Abdullah bin Ubay
Abdullah bin Umar
Abdullah bin Ummi-Maktum
Abdullah bin Zubair
Abdurrahman bin Abi Bakar
Abdurrahman bin Auf
Abu Ayyub al-Ansari
Abu Bakar
Abu Dujana
Abu Dzar Al-Ghiffari
Abu Fuhayra
Abu Hudhaifah bin al-Mughirah
Abu Hurairah
Abu Lubaba bin Abd al-Mundzir
Abu Musa al-Ashari
Abu Qatadah
Abu Sufyan
Abu Sufyan bin Harits
Abu Thalib
Abu Ubaidah bin al-Jarrah
Abu al-Aas bin al-Rabiah
Abu al-Dardaa

Abu Hudhayfah bin Utbah
Abu Sa'id al-Khudri
Akib bin Usaid
Al-Ala'a Al-Hadrami
Al-Baraa bin Malik al-Ansari
Al-Nahdiah
Ali bin Abi Thalib
Aminah binti Wahab
Amir bin al-Jamuh
Ammar bin Yasir
Amru bin Ash
An-Numan bin Muqarrin
Anas bin Malik
Ashaab
Aqil bin Abu Thalib
Bashir bin Sa'ad
Bilal bin Rabah
Bilal bin al-Harits
Fadl bin Abbas
Fatimah binti Asad
Fatimah binti Hizam
Fayruz al-Daylami
Habibah binti Ubaidillah
Halimah As-Sa'diyah
Hamzah bin Abdul-Muththalib
Haritsah binti al-Muammil
Hatib bin Abi Baitah
Hisyam bin Al-Aas
Hudhayfah bin al-Yaman
Hujr bin Adi
Ikrimah bin Abu Jahal

Ja'far bin Abi Thalib
Julaybib
Khabbab bin al-Aratt
Khadijah binti Khuwailid
Khalid bin Sa`id
Khalid bin Walid
Khubaib bin Adi
Khunais bin Hudhaifa
Kumail bin Ziyad
Khuzaimah bin Tsabit
Layla binti al-Minhal
Lubabah binti al-Harith
Lubaynah
Malik bin Dinar
Malik al-Dar
Malik bin Ashter
Malik bin Nuwayrah
Miqdad bin Aswad
Mua'dz bin Jabal
Muhammad bin Abu Bakar
Muawiyah bin Abu Sufyan
Muhammad bin Maslamah
Mughira bin Shu'ba
Mus'ab bin Umair
Nawfal bin Khuwaylid
Qatadah
Rab'ah bin Umayah
Rabi'ah bin Harits
Sa'ad bin ar-Rabi'
Sa'ad bin Abi Waqqas
Saffiyah binti Abdul-Muththalib

Sa’id bin Al-Ash
Said bin Amir al-Jumahi
Said bin Zayd
Salim Mawla Abu Hudhayfah
Salman al-Farisi
Suhayb Ar-Rummi
Sumayyah binti Khayyat
Thalhah bin Ubaidillah
Thalib bin Abu Thalib
Ubaidah bin Harits
Ubay bin Kaab
Umamah binti Zainab
Umar bin Khattab
Ummi Kultsum binti Ali
Ummi Kultsum binti Jarwila Khuzima
Ummi Syarik
Ummi Ubays
`Uqbah bin Amir
Urwah bin Mas'ud
Usamah bin Zaid
Utbah bin Ghazwan
Utsman bin Affan
Utsman bin Hunaif
Uwais al-Qarny
Wahab bin Abd Manaf
Wahsyi
Waraqah bin Naufal
Zaid bin Arqam
Zaid bin Haritsah
Zaid bin Tsabit
Zainab binti Ali
Zubair bin Awwam







Artikel mengenai biografi tokoh Islam ini adalah suatu tulisan rintisan. Anda dapat membantu Wikipedia mengembangkannya.


Diperoleh dari "http://id.wikipedia.org/wiki/Ali_bin_Abi_Thalib"
Kategori: Sahabat Nabi | Rintisan biografi tokoh Islam | Khulafa'ur Rasyidin | Ahlul Bait | Bani Hasyim | Imam Syi'ah | Kelahiran 599 | Kematian 661 | Tokoh yang dibunuh | Poligamis | Pemimpin agama yang dibunuh

Tuesday, July 28, 2009

HALAWATUL UKHUWAH...

"Nikmat paling manis apabila ALLAH TAALA mentarbiah kita dengan pelbagai ujian.. Namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan yang memberikan suntikan semangat perjuangan. Alirkan Halawatul Ukhuwah kesungguhan dalam perjuangan melalui RABITAH HATI.."

UKHUWAH........ Terlalu indah diungkapkan dan terlalu manis pabila dihiasi dengan kasih sayang kejujuran dan keikhlasan... Ukhuwah... Tidak semua manusia menghargai sebuah ukhuwah tersebut... kekadang..kerana sebuah ukhuwah,air mata sering menitis kerananya.. Ukhuwah... ukhuwah itu terlalu bererti buatku YA ALLAH...... Rahmatilah dan redhailah ukhuwah kami...

Coretan ini kutujukan khas buat insan yang bergelar sahabat-teman-kawan-rakan.... sahabat.. coretan ini dari hati yang ingin mengerti..untuk harga sebuah ukhuwah yang sering tidak diambil peduli.. sahabat... ukhuwah persis untaian tasbih..ada awal dan akhirnya..dicantum kerana-NYA..diratib juga kerana-NYA.

Ukhuwah itu terlalu indahkan?? Titik pertemuan ukhuwah yang sebenarnya adalah semuanya kerana RABBUL IZZATI.. sahabat.. Demi ALLAH,saya menyayangi kamu semua.. bukankah mengasihi temannya lebih dari diri sendiri dan hanya kerana ILAHI INSYAALLAH akan beroleh halawatul iman juga... sahabat....

sabda Rasullulah S.A.w.."umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim.."

Tidak rugikan andai kita bersahabat ukhuwah fillah kerana ALLAH.. Mengertikah kamu tentang erti menyayangi?? Erti menyayangi diri itu menyayanginya dari seksa ALLAH dengan meninggalkan maksiat serta bertaubat disamping taat dan ikhlas,manakala erti menyayangi orang lain pula adalah tidak menyakiti seorang muslim..

sahabat.. Bila berbicara tentang ukhuwah,kasih cinta dan sayang.. kita sering mempersoalkan apakah makna disebalik perkataan tersebut dan pentingnya dalam kehidupan kita.Dan semua perkataan tersebut dimajmukkan dalam UKHUWAH.. Ukhuwah merupakan satu pemberian daripada ALLAH TAALA kepada hambaNYA yang ikhlas dan Auliya'nya yang suci dan bersih.

Ukhuwah merupakan kekuatan iman. Tiada ukhuwah tanpa iman dan tidak sempurna iman seseorang tanpa ukhuwah islamiyah sepertimana firman ALLAH S.W.T yang bermaksud.. "sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.."(AL-HUJARAT:10)

sahabat... Nilaian ukhuwah sangat tinggi menyebabkan ianya tidak dapat dibeli dengan harta ataupun diwariskan. Ianya merupakan roh yang ALLAH hidupkan ke dalam hati orang-orang yang beriman bila-bila masa sahaja yang dikehendaki-NYA supaya mereka bersatu..

Mari kita renungi keutamaan berukhuwah...
-Terpancar sinar cahaya daripada wajah-wajah mereka..
-Mendapat perlindungan 'Arasy ALLAH S.W.T pada hari kiamat kelak
-Dimasukkan ke dalam syurga ALLAH dan mendapat keredhaanNYA
-Diampunkan dosa-dosa mereka
-Akan mendapat kasih sayang ALLAH
-sesungguhnya mereka inilah yang akan mendapat halawatul iman sahabat....

Tahukah ukhuwah itu dibina bagaimana?? ukhuwah...perlulah ikhlas kerana ALLAH dan mestilah disertai dengan iman dan taqwa. ukhuwah juga perlulah berlandaskan manhaj islam iaitu bersama-sama berjanji untuk menegakkan syariat ALLAH dan menjadikan RASULULLAH sebagai rujukan dalam setiap keadaan.

sahabat, ukhuwah didirikan atas dasar nasihat menasihati kerana ALLAH DAN tidak lupa juga ukhuwah dalam keadaan susah dan senang................. Sahabat... ukhuwah merupakan pemberian RABBANI yang dianugerahkan ALLAH ke dalam hati hamba-hambaNYA yang ikhlas menerima dan beriman.

ukhuwah dapat diselami apabila kita:

"sekiranya seseorang menyukai saudaranya,hendaklah dia beritahu saudara tersebut bahawa dia menyayanginya." (sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD & TARMIZI)

"sekiranya berpisah,maka mintalah saudaranya untuk mendoakan dirinya semasa ghaib." (sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD & TARMIZI)

"hendaklah memaniskan muka dan bersalaman setiap kali bertemu."

"memperbanyakkan ziarah saudaranya dari semasa ke semasa" "hendaklah ucapkan tahniah tatkala berjaya dalam apa jua keadaan>"

"hendaklah memberi hadiah pada waktu-waktu tertentu"

"hendaklah prihatin keadaan saudaranya dan sentiasa menghlurkan bantuan apabila diperlukan." "memenuhi hak ukhuwah secara sempurna."

sahabat.... Saya mengasihimu kerana ALLAH dan ku pinta kasihiku kerana ALLAH juga. ku garapkan coretan ini khas buat yang bergelar sahabat.. yang mengenaliku sebagai sahabat teman kawan dan rakan...... Moga indah ukhuwah kita bertemu dan berpisah kerana ALLAH TAALA RABBUL IZZATI YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG…..

Nasihat Yang Menghasilkan Diam

Kalaamuna lafzun mufeedun kastaqim…

Itu petikan daripada Alfiyyah Ibn Malik, kitab yang digunakan semasa belajar Nahu Arab.

Kalam di sisi kami ialah lafaz yang bermanfaat seperti, “beristiqamahlah!”

Ibn ‘Aqil mensyarahkan Alfiyyah Ibn Malik dengan penjelasan yang menarik. Menurut Ibn ‘Aqil, KAMI yang dimaksudkan di dalam bait syair di atas ialah Ahli Nahu. Kata Ahli Nahu, “di sisi kami apa yang dikatakan sebagai kalam ialah lafaz-lafaz yang bermanfaat”. Contohnya ialah ‘istiqamahlah’.

Bagaimanakah lafaz ‘istiqamahlah’ boleh dianggap bermanfaat?


Ia dianggap bermanfaat kerana ia adalah lafaz yang menghasilkan DIAM, tanda mesej yang mahu disampaikan itu difahami seperti yang sepatutnya. Berbeza dengan ungkapan, “saya pergi ke”. Ia tidak difahami dan tidak menghasilkan DIAM. Orang pasti mahu bertanya, “pergi ke MANA?”

Itulah definisi Ahli Nahu.

Saya turut menumpang sama.

Setelah dua buku berkaitan cinta dinukilkan, harapannya ialah banyak soalan terjawab. Tetapi email di bawah memberikan indikasi, ada sesuatu yang tercicir daripada dua buku saya.

Ikuti perbualan kami:

SOALAN

“Assalamualaikum ustaz.

Saya sudah membaca buku ustaz, Aku Terima Nikahnya dan Bercinta Sampai ke Syurga. Terima kasih atas buah tangan ustaz yang banyak membantu saya menempuh kehidupan. Teruskan menulis.

Saya ada satu masalah peribadi yang sangat rumit, dan saya memerlukan pandangan daripada ustaz.

Saya sudah bertunang semenjak setahun yang lalu. Tunang saya adalah seorang lelaki yang baik. Tetapi kami tidak pernah berjumpa dalam erti kata keluar makan atau bersiar bersama-sama. Hanya sesekali berhubung dengan telefon dan sms. Saya di Kuala Lumpur dan beliau bekerja jauh di seberang.

Masalah peribadi yang saya maksudkan ialah, saya jatuh hati dengan seorang jejaka di tempat kerja saya, dan beliau pula ada suami orang. Kami sering bertemu di tempat kerja, dan urusan kerja seharian rupa-rupanya tanpa sedar membibitkan percintaan di antara kami. Saya tahu yang beliau suami orang dan beliau juga tahu yang saya sudah bertunang. Tetapi kami tidak dapat membohongi diri masing-masing tentang perasaan ini.

Saya khuatir perbuatan saya ini menzalimi tunang saya dan isteri jejaka tersebut.

Saya sudah puas bersolat hajat meminta petunjuk dari Allah, membaca al-Quran dan berdoa, tetapi saya masih belum mempunyai kekuatan untuk menolak cinta ini.

Saya memerlukan satu nasihat yang tegas dan kuat dari ustaz. Mudah-mudahan dengan nasihat itu saya bertemu dengan kekuatan yang tidak saya temui selama ini.

Terima kasih atas kesudian membaca email saya. Harap ada balasan daripada pihak ustaz. Saya setia menanti.

Wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Gadis KL”

JAWAPAN

Assalamualaikum wa Rahmatullah wa Barakaatuh.

Terima kasih atas kiriman email saudari. Terima kasih juga kerana membeli dan membaca buku saya.

Sesungguhnya segala yang perlu diperkatakan, telah saya perkatakan di dalam kedua-dua buku yang saudari baca. Justeru jika saudari masih memerlukan satu nasihat lain yang lebih tegas dan kuat dari saya, hanya yang satu ini sahaja yang belum saya nukilkan.



Ambillah lilin, nyalakan ia dan letakkan satu daripada sepuluh jari saudari di api lilin itu. Hitunglah berapa saat saudari mampu bertahan akan kepanasan api lilin yang membakar dan menghanguskan satu daripada sembilan jari saudari.

Jika saudari melepasi proses pertama ini, letakkanlah pula jari kedua hingga ke jari yang ke sepuluh.

Rasalah sendiri panasnya api.

Sesungguhnya kepanasan api lilin itu, hanyalah secebis daripada kepanasan api Neraka dan Murka Allah yang menanti manusia yang menzalimi manusia yang lain.

Dalam lambakan kata-kata yang banyak dan pelbagai itu, mungkin kepanasan api Nerakalah yang sudah dilupakan manusia.



“Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar (di Akhirat kelak), mudah-mudahan mereka itu kembali (bertaubat)” [Al-Sajdah 32: 21]

Rabbanaa Aatinaa fi al-Dunyaa Hasanah, wa fi al-Aakhiraati Hasanah, wa Qinaa ‘Adzaaba al-Naar!

Ameen.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG


ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Saifulislam.Com mengalu-alukan sumbangan anda untuk menampung perjalanan server. Klik di sini untuk menyumbang. Terima kasih... [Abu Saif]

Thursday, July 23, 2009

wahabi

Akidah Wahhabi sememangnya banyak bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah bahkan amat berbeda dengan akidah yang dibawa oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad.
Sebagai contoh akidah mengenai kewujudan Allah, kita dapati ajaran Wahhabi pada satu masa mereka mendakwa 'Allah zatNya berada di dalam langit' kemudian pada masa yang lain pula mereka mendakwa 'Allah berada di atas langit' dan pada yang lain pula kita dapati Wahhabi mempercayai 'Allah duduk di atas kerusi yang berada di atas langit' dan pada masa yang lain pula lagi kita dapati Wahhabi mempercayai 'Allah berada dan bertempat di kawasan Arasy' pula, dan lebih pelik pada masa yang lain pula akidah mereka 'Allah berada dan bertempat di atas Arasy'.
Sedangkan kesemua tempat-tempat itu amat berbeda antara satu sama lain. Kerana itulah Ulama Ahli Sunnah menaikkan slogan akidah Islam sebenar iaitu " Allah Ada Tanpa Bertempat" yang bererti Allah tidak diliputi oleh tempat kerana Allah tidak memerlukan mana-mana tempat samaada langit, kerusi atau Arasy.
Akidah Wahhabi yang menukar-nukar tempat bagi Allah mengikut dakwaan mereka hakikatnya adalah mempermainkan kewujudan Allah dan ilmu asas akidah mengenal Allah itu sendiri.

Apabila didapati banyak pertukaran-perubahan akidah mereka sendiri perihal kewujudan Allah dapatlah disimpulkan akidah mereka berbolak-balik berubah-ubah bertukar-tukar khususnya dalam masaalah beriman dengan Allah.

Kesemua tadi menunjukkan akidah Wahhabi tidak tetap dan tidak setia dek kerana mereka menyalah-tafsirkan nas-nas agama maka tidak peliklah akidah mereka amat mengelirukan.
Sepastinya jika seseorang itu mengikut Wahhabi akan banyak terkeliru dan tersalah-anggap dengan agama Islam sebenar.

Berdasarkan kajian akidah fahaman Wahhabi harus ditolak kerana menganggu-gugat perpaduan umat Islam dan inilah yang telah difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan & JAKIM.

*PENTING:-

MALAYSIA MENOLAK DAN MENYEKAT AJARAN WAHHABIYAH BERDASARKAN:-

- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-12 PADA TAHUN 1985,KALI KE-14 PADA TAHUN 1985,KALI KE-16 PADA TAHUN 1986,KALI KE-40 PADA TAHUN 1996,KALI KE-42 PADA TAHUN 1997, KALI KE-44 PADA TAHUN 1998,

DAN

-MESYUARAT PANEL KAJIAN AQIDAH JAKIM KALI KE-14 PADA TAHUN 2000,KALI KE-20 PADA TAHUN 2002 DAN KALI KE-23 PADA TAHUN 2003.

KESEMUA KEPUTUSAN ADALAH MENYEKAT AJARAN WAHHABIYAH KERANA MENGGUGAT PERPADUAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA.

SUMBER DARI:

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

DAN

JAWATANKUASA PENYELARASAN PENYELIDIKAN ISLAM KEBANGSAAN (JAPPIS)

Wassalam.

www.ustaz-rasyiq.blogspot.com

AL-QODARIYYAH BUKAN KELOMPOK ISLAM- sabda Nabi

Soalan:
Apakah aqidah Al-Qodariyyah? Dan apakah penghukuman terhadap mereka?

________

Jawapan:
Al-Qodariyyah adalah satu kelompoak yang mendakwa manusia yang mencipta amalannnya sendiri bukan Allah, setelah Allah memberi manusia itu kekuatan maka manusia mampu mencipta perbuatannya sendiri daripada tidak ada kepada ada. Demikianlah aqidah kelompok Al-Qodariyah. Mereka juga terkenal dengan nama Al-Mu'tazilah dan aqidah mereka itu adalah terkeluar dari akidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah sebenar.


PENGHUKUMAN TERHADAP AL-QODARIYYAH
Rasulullah menghukum kelompok Al-Qodariyyah sebagai Majusi pada umat ini (Riwayat Abu Daud & Disahihkan oleh Al-Hakim). Sudah pastinya Majusi bukanlah beragama Islam. Ini bererti Rasulullah mengeluarkan mereka dari daerah keislaman.

Abdullah Bin Umar radhiyallahu 'anhuma sering menolak fahaman Al-Qodariyyah ini begitu juga Ibnu 'Abbas menjelaskan dengan lafaz beliau: "Kenyataan dan kata-kata kelompok Al-Qodariyyah adalah KUFUR".
Imam Saidina 'Ali pernah berkata kepada seorang yang berakidah Al-Qodariyyah : "Kalau kamu kembali beraqidah seperti ini maka aku akan potong kepala kamu".
Begitu juga Imam Hasan bin 'Ali bin Abi Tolib dan Imam Al-Mujtahid Abdullah bin Mubarak kerap memberi peringatan kepada dua orang tokoh Al-Qodariyyah iaitu Thaur Bin Yazid dan 'Amru bin 'Ubaid agar tidak berpegang dengan aqidah tersebut dan agar terus kembali kepada aqidah Islam.

Disana terlalu ramai ulama menolak aqidah kelompok Al-Qodariyyah ini dan menyifatkan mereka sebagai KAFIR dan MUSYRIK antaranya kita dapati Imam Malik pernah ditanya mengenai penikahan dengan kelompok Al-Qodariyyah lalu beliau menolak menikahan seorang muslimah dengan kelompok itu lantas membaca ayat Allah yang bermaksud: " Hamba yang mukmin lebih baik daripada orang yang Musyrik" (Al-baqoroh ayat 221) ayat tersebut bererti tidak sah berkahwin dengan orang musyrik dan Imam Malik menyifatkan Al-Qodariyyah itu sebagai Musyrik (Rujuk Ibnul 'Arabiy Al-Maliky dan Imam Zakasyi menukilkannya dalam syarahnya ke atas kitab Usul oleh Ibnu Al-Subki).


AL-QODARIYYAH BUKAN ISLAM LAGI- SABDA NABI

Dan ramai lagi ulama Islam termasuk Imam Abu hanifah, Imam Asy-Syafi'e, Imam Ahmad bin hambal dan selainnya menghukum kelompok muktazilah Al-Qodariyyah itu sebagai BUKAN ISLAM.

Masakan tidak, sedangkan Insan yang paling mulia dan ma'sum Nabi Muhammad telah menjelaskan perihal kelompok Al-Qodariyyah ini sebagai BUKAN ISLAM berdasarkand dari hadith baginda yang sohih :

صنفان من أمتي ليس لهما نصيب في الاسلام القدرية و المرجئة

Sabda Nabi Muhammad yang bermaksud:
" Dua kelompok dari umatku yang BUKAN ISLAM mereka adalah AL-QODARIYYAH dan Al-Murjiah ".
Hadith Nabawi Sohih riwayat Ibnu Jarir At-Tobary dalam Tahzib Al-Aathaar daripada Ibnu Umar dan juga riwayat Imam Baihaqy dalam kitab Al-Qodar daripada Ibnu 'Abbas marfu'an dengan pelbagai silsilah perawi yang banyak.

Maka jangan terkeliru dengan pendapat yang berlainan dengan hadith nabi.
wassalam.

www.ustaz-rasyiq.blogspot.com

PENJELASAN PENTING ISU MURTAD

Soalan:
Assalamualaikum. Ustaz…kawan saya pernah menyebut satu perkataan: “Aku bukan muslim”. Adakah dia jatuh murtad sebab sebut perkataan macam tu?

Jawapan:
Wa'alaykumsalam.

MUQADDIMAH

Ketahuilah bahawa dalam agama Islam, seseorang muslim itu boleh terbatal islam dan imannya (murtad) disebabkan antara tiga perkara. Pertama ‘Riddah I’tiqad’: Akidah yang murtad, kedua ‘Riddatul Fi’ly’ : Perbuatan yang murtad, ketiga ‘Riddatul Qauly’: Bicara lidah yang murtad. Ini adalah hukum Islam dan Ijmak Ulama yang tidak harus dipertikaikan lagi dan ia bukan masaalah khilafiyyah. Murtad bererti seseorang yang asalnya Bergama Islam telah dihukum terkeluar dari agama Islam dan bukan muslim lagi dan dinamakan sebagai si murtad atau kafir.


SENARAI ULAMA ISLAM YANG MENJELASKAN PEMBAHAGIAN MURTAD DAN KUFUR ITU TERBAHAGI KEPADA TIGA: KUFUR AQIDAH, KUFUR PERBUATAN DAN KUFUR LISAN.

Bagi memudahkan para pengkaji, dibawah ini disenaraikan sebahagian (sebenarnya banyak lagi) ulama Islam yang telah menjelaskan hukum murtad dan kufur itu mungkin berlaku dengan antara tiga perkara iaitu akidah yang kufur, perbuatan yang kufur dan tutur bicara lidah yang kufur.
Kesemua syirik besar itu adalah kufur dan kesemua murtad juga adalah kufur terkeluar dari Islam.
Senarai sebahagian ulama yang membahagikan kufur kepada tiga:

- Syeikh Ibnu Hajar Al-Haitamy dalam kitab Fathul Jawad Bi Syarhil Irsyad jilid 2 m/s 298 cetakan Mustofa Al-Baabiy Al-Halaby Kaherah.
- Imam Nawawi Asy-Syafi’e dalam Raudahtul Tolibin pada Kitab Ar-Riddah juzuk 10 m/s91 Cetakan Zuhair Syawisy Beirut.
- Syeikh Al-Hatthob Al-Maliky dalam kitab Mawahibul Jalil Bi Syarh Mukhtasor Kholil cetakan Darul Fikr Beirut.
- Syeikh Muhammad ‘Illaisy Al-Maliky dalam kitab Manhul Jalil Syarh Muktasor Kholil juzuk 9 m/s 205 cetakan Darul Fikr Beirut.
- Al-Faqif Ibnu ‘Abidin Al-Hanafy dalam kitab Raddul Muhtar ‘Ala Ad-Durril Mukhtar pada Bab Riddah jilid 3 m/s 283 cetakan Dar Ihyaul Turath Al-‘Araby Beirut.
- Syeikh Tajuddin As-Subki dalam kitab Tobaqoot Asy-Syafi’eyyah jilid 1 m/s 91 cetakan ‘Isa Al-Baabiy Al-Halaby Kaherah.
- Imam Al-Buhuty Al-Hambaly dalam kitab Syarh Muhtaha Al-Iradaat pada Bab Hukmul Murtad jilid 3 m/s 386 cetakan Darul Fikr Beirut.
- Gabungan Ulama Yaman melalui Maktab At-Tauhid Wal Irsyad Yaman dan diiktiraf oleh ulama-ulama Al-Azhar dan seluruh dunia.
- Dan selain mereka.

Seluruh ulama di atas dan selainnya menjelaskan murtad itu berlaku disebabkan antara tiga perkara iaitu akidah yang kufur, perbuatan yang kufur, dan bicara lidah yang kufur.
Maka sesiapa yag mengatakan: "Aku bukan muslim" maka dalam islam dia dianggap melakukan Riddatul Qauly iaitu dia telah murtad disebabkan tutur bicara lidahnya menyebut perkataan yang menyebabkan dia murtad. Wajib ke atasnya kembali kepada Islam dengan mengucap dua kalimah Syahadah dengan niat memeluk Islam semula.


PENJELASAN

Dalam kesempatan kali ini saya ingin menegur, menasihat dan menolak secara ilmiah beberapa fahaman yang silap pada perkara yang amat bahaya ini. Tujuannya bukan kerana menolak para pengkaji ilmu secara semborono tetapi menilai secara benar dan jujur sesuatu pandangan yang mengunakan nama Islam agar umat tidak bercelaru.
Difokuskan untuk lebih ringkas bagi kali ini pada kes yang ketiga iaitu ‘Riddatul Qauly’: murtad dan kufur yang disebabkan dari perkataan atau lidah.

Dalam islam sekiranya seseorang muslim itu menutur perkataan yang bahaya seperti perkataan yang mempunyai unsur menghina Allah, para Nabi dan para Rasul, menghina Al-Quran, memperlekeh dan mempersenda perkara yang berkaitan dengan tanda-tanda Islam, maka dia telah pun murtad. Sebagai contoh seseorang itu berkata: “Aku musuh Allah”, “Aku tidak takut kepada Allah”, “Al-Quran itu tidak berfaedah”, “Aku bukan orang Islam”, “Allah itu sama dan serupa dengan makhluk” dan selainnya dari perkataan-perkataan kufur maka orang yang menuturkan perkataan tersebut terkeluar dari Islam serta merta dan dihukum sebagai murtad walaupun dia sedang marah atau bergurau atau bermain-main ketika-mana dia menyebut perkataan seumpama tadi. Inilah yang telah dinaskan oleh ulama Islam.

Begitu juga dalam keadaan biasa (tidak mukrah bil qotl) sekiranya seseorang muslim itu menyebut atau menutur dengan lidahnya perkataan yang kufur maka dia jatuh ke dalam hukum murtad sudah tidak muslim lagi walaupun dia tidak mahu keluar dari agama Islam. Sebagai contoh jika itu menyebut perkataan: “Aku bukan orang Islam” maka dia telah jatuh kafir terkeluar dari Islam walaupun dirinya sendiri tidak memilih selain dari Islam itu sebagai agamanya. Samalah hukumnya jika ketika dia menuturkan perkataan kufur tadi dia berkeadaan marah, bergurau-senda, bermain-main atau sengaja dan bukan tersalah cakap.


PENCERAHAN PENJELASAN

Hukum berbeza jika orang itu berkeadaan (mukrah bil qotl) iaitu dipaksa bunuh. Ini dikira dia berada dalam keadaan yang khusus berbeda dengan keadaan biasa.Mukrah Bil Qotl adalah seperti: jika seseorang muslim itu ditangkap oleh orang kafir dalam peperangan kemudian dia dipaksa oleh orang kafir tadi untuk menyebut perkataan “Aku bukan orang Islam” dan jika tidak menyebutnya orang kafir itu memberitahu akan membunuh orang islam tadi. Dalam keadaan ini jika orang islam tadi menyebut perkataan “Aku bukan orang Islam” dan hatinya tidak meredhoi dan tidak setuju dengan perkataan itu maka dia tidak jatuh hukum murtad. Ia berbeza dengan seseorang menyebut perkataan tadi dalam keadaan tidak dipaksa bunuh atau dalam keadaan biasa seperti dalam keadaan bergurau, marah dan selainnya. Ini kerana jika dia menutur perkataan tersebut dalam keadaan selain (mukrah bil qotl) dipaksa bunuh maka dia jatuh murtad.


KENYATAAN YANG SILAP

Terdapat beberapa kenyataan yang silap pada menerangkan isu murtad ini. Antara kenyataan yang salah dan bercanggah dengan syarak adalah:
“Seorang muslim itu tidak dikira murtad terkeluar dari Islam dan tidak boleh dihukum ke atasnya sebagai murtad kecuali dia rela untuk menjadi kafir dan diikuti dengan perbuatan yang kufur”.

Penting!
Kenyataan di atas adalah salah dan bercanggah dengan hukum Islam kerana seolah-olah tidak menghukum murtad kepada seorang yang telah menghina Allah melalui ucapan lidahnya kecuali dia rela hati untuk keluar Islam sedangkan dalam Islam seorang yang menghina Allah dengan lidahnya walaupun dia tidak berniat dan tidak rela untuk keluar dari Islam (murtad) dia tetap dihukum sebagai murtad.

Penting!
Hukum Islam sebenar seperti mana yang telah dijelaskan oleh ulama Islam adalah:
Sekiranya seseorang muslim itu menyebut atau menutur dengan lidahnya perkataan yang kufur maka dia tetap jatuh ke dalam hukum murtad sudah tidak muslim lagi walaupun dia tidak mahu keluar dari agama Islam, walaupun dia tidak rela dirinya menjadi kafir maka dia tetap murtad dan kafir. Sebagai contoh jika itu menyebut perkataan: “Aku bukan orang Islam” maka dia telah jatuh kafir terkeluar dari Islam walaupun dirinya sendiri tidak memilih selain dari Islam itu sebagai agamanya.

Rujuk penjelasan seperti di atas oleh ulama Islam:
- Muhammad Al-‘Abbas Al-Hanafy dalam kitab Al-Fatawa Al-Mahdiyyah Fil Waqoi’il Masyriyyah pada Bab At-Ta’zir War Riddah dan pada Bab Hadul Qozaf Wal Bughot jilid 2 m/s 27.
- Syeikh Mulla ‘Aly AL-Qory dalam kitab Syarh Fiqhul Akbar m/s 165
- Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany dalam Fathul Bary Syarh Sohih Al-Bukhary jilid 12 m/s 300, 301 dan 302.
- Imam An-Nawawi dalam kitab Raudhatul Tolibin jilid 10 m/s 68.
- Syeikh Abu Al-Muzhoffar ‘Aalamakir dalam kitab Al-Fatawa Al-Hindiyyah jilid 2 m/s 261.
- Dan selain mereka.

Awasi murtad yang disebabkan dari lidah dek ucapan yang terkeluar dari Islam.
Semoga Allah merahmati dan memelihara akidah kita.

P/S: Masaalah berkaitan Murtad ini perlulah ditanya kepada yang mahir dalam permasaalahan murtad dan gejalanya. Jangan tanya sebarangan ustaz bimbang jawapan yang kurang tepat menghambat jiwa.

Disediakan oleh: www.ustaz-rasyiq.blogspot.com