? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, February 10, 2009

Secebis Nota Kaki

Hari ini begitu banyak kesedihan yang menimpa jiwa saya.

Saya tidak sendirian, malah perasaan itu dikongsi bersama dengan jutaan rakyat Malaysia yang menyambut berita kematian mengejut MP Haji Roslan Shaharom dari Parlimen Bukit Gantang. Saya tidak mengenali al-marhum YB secara peribadi tetapi sering mengikuti perkembangannya kerana adik al-marhum tinggal serumah dengan saya semasa kami mengharungi medan menuntut ilmu di Jordan dulu.


Takziah buat keluarga al-marhum.

Kesedihan itu ditambah lagi dengan kejutan perletakan jawatan V Arumugam sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, Kedah.

Biar pun politik negara menjadi begitu meruncing, kepentingan politik dalam mencatur kehidupan ini mendesak kita semua untuk berstamina tinggi menekuni, mempelajari, memahami dan bertindak pada tahap seoptimum mungkin. Tidak mudah, malah sentiasa mengundang lelah.

SECEBIS BERITA GEMBIRA

Namun dalam kesedihan itu, terhasil jua secebis khabar gembira. Untuk saya, dan pembaca Saifulislam.Com serta Ummusaif.Com.



Hari ini, saya mendapat tahu yang perkhidmatan internet berkuasa tinggi P1 W1MAX telah sampai ke kawasan perumahan kediaman kami. Setelah lama bersabar melayan internet connection yang amat perlahan menggunakan Celcom 3G, dan kegagalan pihak TM menyediakan port untuk perkhidmatan streamyx, saya dengan tidak berlengah lagi segera mendaftarkan diri untuk P1 W1MAX.

Subhanallah, urusannya cepat dan mudah. Dalam tempoh dua jam selepas pendaftaran, P1 W1MAX telah pun sedia memberikan perkhidmatannya yang amat mengagumkan. Modem yang comel dan mudah, terus berfungsi secara plug and play tanpa memerlukan proses installation yang merimaskan.

Ini adalah entri pertama saya menggunakan P1 W1MAX. Hanya 15 minit untuk menyiapkan dan menyiarkannya.

Saya perlu ke Langkawi pagi ini. Sekembalinya saya esok, Insya Allah saya akan cuba hubungkan modem P1 W1MAX ini dengan router agar penggunaannya dapat dikongsi secara multi laptop.

Semoga dengan kemudahan ini, saya akan lebih prolifik dengan penggunaan masa yang lebih ringkas dan padat, menjana hasil mahsul di blog ini, yang diharapkan dapat menjadi perkongsian kebaikan yang bermakna buat kita semua.

Somehow, tidak sia-sia saya berulang kali mengundi di www.p1.com.my untuk melobi mereka melebarkan perkhidmatan ke kawasan Ampang ini.



“Ada pun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah Engkau sebut-sebutkan sebagai bersyukur kepada-Nya” [al-Dhuha 93: 11]

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang


__ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Perkongsian anda, biar pun hanya secawan kopi amat bermakna dalam usaha menampung perjalanan saifulislam.com ini. Terima kasih

0 comments: