? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, February 23, 2009

GAY...

Kebebasan yang dihormati oleh Islam hanyalah kebebasan berfikir bukan kebebasan seks atau nafsu syahwat. Lantaran itu dikawalnya dengan peraturan perkahwinan antara dua pasangan yang berlainan sahaja bukan sesama jenis. Kemahuan nafsu harus disalurkan kepada tempatnya yang disediakan.

Sesungguhnya generasi manusia ini akan hancur tanpa peraturan dan pengawasan tersebut. Anda tidak akan lahir dan dapat mencabar agama Allah tanpa sunah dan peraturan tersebut. Sedangkan anda sudah mengenali Islam tetapi tidak mendapat petunjuk-Nya, lantas anda ingin keluar dari agama yang diredhai-Nya. Dalam hal ini Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Agama yang diterima-Nya hanyalah Islam (surah al-Imran ayat 96).

Kerana ajarannya sesuai dengan kejadian seluruh manusia di setiap masa dan tempat. Buktinya segala ajaran adalah selaras dengan sunah dan kejadian-Nya. Jadi siapa yang tidak mahu menjadikan dirinya selaras dengan sunah dan peraturan-Nya maka dia selamanya berada dalam azab sengsara di dunia dan akhirat.

Sebelum ini anda telah berada dalam kebenaran tetapi tidak dapat mengecapi kemanisannya. Anda tidak dapat melihat keindahan, kewarasan dan kesaksamaannya. Ini kerana Islam itu agama fitrah dan suci. Ajarannya menentang segala keburukan zahir dan batin yang nyata dan tersembunyi. Allah berfirman yang bermaksud: Allah sekali-kali tidak pernah memerintahkan dengan kejelikan Dan firman-

Nya lagi bermaksud: jauhilah segala bentuk kejahatan yang zahir dan yang tersembunyi (surah al-An‘am ayat 151).

Orang yang diri dan hatinya bersih akan mengenal dan menerima kesucian dan kebersihan itu, Islam memang menghormati hak dan kebebasan setiap manusia untuk beriman atau tidak tetapi salah satu hendaklah pasti dan tetap, jangan berulang-ulang atau menggelabah (bercelaru). Bila sesiapa memilih Yahudi atau Kristian atau sebagainya tidak ada siapa yang boleh menghalang dan mengganggunya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Siapa ingin beriman hendaklah dia beriman siapa yang hendakkan kufur biarlah dia kufur (surah al- Kahfi ayat 29). Tetapi bila dia sudah memilih atau berada dalam Islam maka pastikan dia benar-benar bersedia dan ikhlas untuk menghayati segala ajarannya dengan jujur dan amanah. Jangan sesiapa cuba mempermain atau memperolokkannya dan cuba mempersendakannya. Untuk memaksa Islam supaya menerima permainan dan perbuatan keji dan bodoh ini, adalah kerja yang sia-sia. Mendesak Islam untuk memberi kebebasan bagi mereka yang ingin meruntuhkannya adalah kerja keji yang menjadi permainan orang-orang kurang siuman sahaja.

Amalan di luar tabii atau di luar fitrah ini sangat besar bahayanya yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit berbahaya seperti HIV dan lain-lainnya yang sehingga hari ini belum ditemui ubatnya.

Barangkali ubat yang paling sesuai dan mujarab ialah apa yang diceritakan al-Quran tentang apa yang dilakukan terhadap kaum Nabi Lut kerana perlakuan keji dan penyakitnya sama iaitu permasalahan manusia yang terkeluar dari landasan sunah alam raya. Jadi punca permasalahannya bukan sunah itu yang harus berubah-ubah tetapi alam raya atau planet ini yang harus bergerak mengelilingi berpusat dan berpaksikan kepadanya.

Makhluk

Anda juga sebahagian dari alam raya makhluk kejadian Allah yang pasti berubah dan merubah pandangan dan kejadian diri anda berpaksikan peraturan Allah. Ini semua pasti berlaku secara sukarela atau terpaksa. Kerana segala makhluk kejadian-Nya termasuk anda juga pernah diarahkan demikian dan mereka semuanya menerima arahan-Nya untuk taat setia kepada ketuhanan-Nya.

Anda tidak boleh batalkan perjanjian tersebut sesuka hati. Oleh yang demikian anda dinasihatkan menyedari hakikat ini sebelum terlanjur lebih jauh. Anda dilahirkan sebagai manusia yang cerdik dan sepatutnya tidak terpengaruh dengan kawan dan persekitaran yang akan memesong dan menyesatkan fikiran anda sehingga bercelaru sehingga tidak dapat membezakan antara yang suci, baik dan subur dan antara yang najis, kotor, menjijikkan dan busuk.

Anda jangan silap faham bahawa khunsa (berapa ramai di kalangan mereka yang tidak terlibat dengan kerja seperti gay ini). Itu adalah kejadian Allah. Manakala gay pula adalah perbuatan dan pilihan songsang manusia yang terpengaruh dengan dorongan dan ajakan syaitan. Allah berfirman bermaksud: Syaitan menjanjikan kemiskinan dan menyuruh kamu dengan kejahatan (surah al-Baqarah ayat 268).

Anda harus ingat bahawa dosa syirik adalah satu dosa yang tidak boleh dimaafkan sekiranya seseorang itu mati dalam kekufuran dan syirik tersebut. Walau bagaimanapun ianya akan diampun juga sekiranya seseorang itu sempat bertaubat dan bersyahadah sebelum ajalnya. Sedangkan dosa lain semuanya akan mendapat keampunan Allah. Apalagi sekiranya hamba itu dapat bertaubat sebagai taubat yang nasuha. Hamba tadi perlu benar-benar mengaku dengan kesalahan tersebut dan bertaubat daripadanya. Allah amat hampir dengan hamba-Nya. Allah berfirman bermaksud: Kami lebih hampir kepadanya (hamba-Ku) dari urat lehernya sendiri (surah Qaaf ayat 16).

Pintu taubat sentiasa terbuka luas di hadapan hamba-Nya siang dan malam. Kita sahaja yang sengaja menjauhkan diri dari pintu tersebut. Sebagaimana yang dikatakan tidak ada satu agama pun, apa lagi agama langit yang menerima amalan buruk seperti itu (homoseksual) melainkan agama yang telah dipengaruhi perubahan oleh tangan manusia dan diajak berkompromi dan mendapat sokongan ramai.

Islam bukan agama murahan seperti itu. Ianya agama yang tetap asli dan terpelihara sehingga hari kiamat. Saya doakan mudah-

mudahan anda berhenti dari perbuatan keji dan menjijikkan itu dan bertaubat serta kembali ke pangkal jalan yang diredhai-Nya. Wallahualam.


Memakai gelang tangan berubat

SOALAN: Adakah orang lelaki boleh memakai gelang tangan bertujuan untuk berubat dan bukan daripada emas?

– Sayuti Zakaria, Bukit Sekilau,

Kuantan,Pahang.


JAWAPAN: Hukum menyerupai wanita memang tidak dibenarkan sama ada melalui pakaian, lagak, perbuatan dan sebagainya. Namun dari segi hukum berubat ada yang ditegah dan ada yang dibenarkan. Adapun yang ditegah itu ialah melalui bomoh, ramalan jampi mantera yang bertentangan dengan ajaran Islam dan melalui amalan sihir jin dan sebagainya. Sedangkan berubat dengan bacaan ayat suci al-Fatihah dan lainnya dibenarkan sekalipun dengan menerima bayaran dan juga cara saintifik yang jelas berkesan dan diakui ramai.

Persoalan

Jadi persoalan anda ini mungkin dapat dikategori dari jenis ini (tidak dilarang) malah disuruh agama seperti kita berubat dengan madu, berjumpa doktor dan sebagainya.

Cuma cara memakai gelang magnet tersebut hendaklah tidak seperti gelang yang boleh dikatakan gelang seperti bentuk perhiasan wanita dan pakailah di tempat yang tersembunyi bukan di tempat yang biasa (tempat terbuka) dipakai untuk perhiasan. Tetapi bila berlaku khilaf ulama dalam satu hukum itu, maka digalakkan seseorang itu meninggalkanya untuk menjauhkan diri daripadanya (khilaf tersebut). Kata ulama: “keluarkan diri dari suatu perselisihan (khilaf) itu digalakkan”, tanpa memaksa orang lain untuk mengikuti dan menerima pendapatnya sahaja. Begitulah dalam segala hukum khilaf yang lainnya. Wallahualam.

- ALAMATKAN kemusykilan anda kepada Kemusykilan Anda Dijawab, Yadim, Jalan Perdana 50480 Kuala Lumpur atau e-mel mingguan@utusan.com.my. Nyatakan nama penuh dan nama samaran untuk siaran.

0 comments: