? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, February 12, 2009

abuya

Usiamu kini 43,

Insan yang amat kukagumi.

Kenapa??



Engkau menjadikanku anak yang bahagia dan bangga berpabakan
dirimu…

Mengapa???



Terlalu banyak untuk kuhuraikan keistimewaan dirimu…

Akan ku coretkan sebahagiannya,

Sebagai tanda kasihku padamu..



Pemimpin dan Bapa yang adil,

Kau tidak pernah membezakan layanan antara orang-orang yang
berdamping denganmu,

Jua di antara kami anak-anakmu,

Siapa yang bersalah dialah yang akan ditegur..



Juga bijak mengawal emosimu,

Diammu menandakan kemarahan,,

Kau mudah memaafkan insan yang menyakitimu..

Mengapa aku sukar??

Akan ku

cuba

mencontohi sunnah nabi….



Bijak menguruskan masa.

Walaupun kau sibuk dengan tugasanmu sebagai Da’ie,

Kau masih punya masa untuk bersenda gurau,

Dengan keluarga dan pekerja..



Tegas dalam kemesraanmu,

Bijak mengawal situasi agar dirimu sentiasa dihormati,

Bukan ditakuti,

Kau juga berani menegakkan hak,

Kerna kau yakin Ar-Razzak ialah Allah,

Bukan dari tangan manusia…



Aku kagum melihat dirimu,

Kau hanya akan melelapkan dirimu setelah ‘iadah hafazan atau
melazimi kitab-kitab ilmiah,

Bangun pula sebelum subuh untuk menunaikan kefardhuan di
rumah Allah,

Tidak letihkah????

“rehat seorang Da’ie menunjukkan kelalainnya”

Oh, kerna itukah rutin harianmu sentiasa padat dengan
aktiviti dakwah??



Sentiasa melazimi Ilmu,

Kau menyampaikan juga menimba ilmu,

Walaupun kini kau sudah mempunyai kerjaya yang tetap,

Kau tetap ingin mendatangi ilmu,

Bukan kerna kelulusan,

Atau gelaran duniawi,



Aku pernah bertanyakan kau

Ah senang sungguh kau menjawabnya

“Buya belajar kerana Ilmu bukan kerana dunia”



Dulu aku pernah ragu
dengan tindakanmu,

Kami anak-anakmu disuruh mendalami agama dan menghafaz
Quran,

Sebagai pilihan pengajian,

Kau tidak memaksa,

Bahkan memberi pendorong dan pilihan pada kami..



Keraguanku berasaskan duniawi,

Adakah kerjaya yang menjanjikan ganjaran lumayan dengan
lulusan agama,

Apatah lagi diriku perempuan???

“Buya tak perlukan kekayaan kamu, Cuma buya harap anak-anak
buya jadi anak solehah dan hidup dengan syariat Islam”



Sekarang aku memahami tindakanmu,

Walaupun Adik-adikku ade juga yang memberontak,

Bukan mudah untuk menghafaz Al-Quran dan mengamalkan kandungannya,

Mungkin merasakan kongkongan,

Sedangkan kongkongan itu adalah kemerdekaan dalam memelihara
maruah diri dan agama,



“Jiwa yang sunyi dari Al-Quran ibarat rumah kosong yang
dipenuhi syaitan, sebab itulah abuya nak sekurang-kurangnya ada quran dalam
diri anak-anak buya walaupun tidak bergelar Al-Hafiz Hafizah”

Ketenangan itu kini wujud dalam diriku..



“Siapa yang inginkan kemuliaan berjaga malamlah”

Kate-kate ini kau coretkan di helaian kertas sebagai
pendorong untukku

terus tekun menuntut ilmu di Dataran Syam

Jordan

ini…

Akan ku

cuba

banggakan dirimu dengan kejayaanku…

Amiiiiin



Syukran atas haluan hidup yang kau tunjukkan..

Aku mengerti kini…………….

0 comments: