? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, February 23, 2009

MELIHAT ALLAH

Setiap yang ada itu harus dilihat. Begitu juga wujud Allah boleh dilihat, tetapi ianya tidak akan berlaku di dunia ini (mustahil berlaku) selain dalam mimpi atau dengan hati dan cahaya keimanan. Sebab itu Musa mohon untuk melihatnya tetapi jawab Allah: Kamu tidak akan dapat melihat-Ku (di dunia ini) tetapi lihatlah kepada bukit itu, sekiranya bukit itu dapat bertetap di tempatnya maka kamu akan dapat melihat-Ku” (surah al-Araf ayat 143). Musa tahu hakikat ini semuanya tetapi kerana terlampau rindunya sewaktu datang menghadap-Nya di waktu yang Kami tetapkan, lalu terkeluar permohonan tersebut dari mulutnya.

Ternyata bila Allah tajalli (menzahirkan kehebatan-Nya ke bukit itu lalu jadilah bukit itu hancur seperti debu. Sehingga akhirnya Musa tersungkur dan jatuh pengsan. Dan bila dia sedar lalu berkata: Maha suci Engkau (ya Allah!) aku bertaubat kepada-Mu dan aku adalah sebahagian orang (benar-benar) berimam kepada-Mu sambungan akhir ayat (surah al-Araf ayat 143). Jadi apa yang dapat difahami bahawa hukum melihat Allah itu adalah harus tetapi mustahil berlaku di dunia ini. Tetapi pada hari akhirat memang akan berlaku. Ini seperti firman Allah s.w.t.: Muka pada hari itu akan berseri-seri melihat dan memandang kepada Tuhannya (surah al-Qiamah ayat 22-23).

Dan lagi syarat yang diberikan untuk melihat-Nya itu juga adalah harus, bila syarat suatu itu harus maka suatu itu juga (masyrutnya) adalah harus. Kita janganlah mengingkari nikmat melihat Allah ini kerana nikmat yang paling agung ini tidak akan dikurniakan kepada mereka yang menafikannya seperti kaum Muktazilah dan mereka yang sesat. Dalam hal ini Allah berfirman bermaksud: Untuk mereka yang (berusaha melakukan) kebaikan itu balasan syurga dan tambahan (satu kebaikan lagi) (surahYunus ayat 26). Kata ulama: Maksud satu tambahan kebaikan itu ialah nikmat melihat kepada Allah yang tidak ada sebarang nikmat lain dapat mengatasinya.

Kesimpulannya isu melihat Allah ini adalah merupakan kesalahan dan tidak harus diminta oleh sesiapapun. Sebab itu Musa bertaubat dari kesilapannya dan lupa bahawa Allah itu Maha Suci dari sebarang tempat yang tertentu sehingga dapat dilihat. Nabi Ibrahim tidak memintanya tetapi meminta untuk melihat rahsia kejadian-Nya sahaja. Allah berfirman bermaksud: Tuhanku perlihatkan kepadaku bagaimana Engkau hidupkan orang yang sudah mati, firman-Nya apakah kamu belum beriman (dengan kekuasaan-Ku) jawabnya; bahkan! Tetapi untuk penetapan dan keyakinan hatiku (surah al-Baqarah 260).

Anda perlu sedar bahawa berapa banyak perkara dari perbuatan manusia sendiri sudah lemah fikiran kita untuk memikirnya seperti peralatan perhubungan sekarang dan kecanggihan ciptaan sains. Di mana pada suatu masa dahulu perkara tersebut termasuk dalam perkara mustahil dan tidak masuk akal tetapi hari ini semuanya di hadapan mata. Allah berfirman bermaksud: Akan Kami perlihatkan mereka akan tanda kekuasaan Kami dari ufuk-ufuk langit dan pada diri mereka juga sehingga terbukti jelas bahawa al-Quran itu adalah benar (dari Allah) (surah Fusillat ayat 53). Tambahan pula sekiranya Allah dapat dilihat maka hilanglah hikmat dan tujuan kejadian alam dunia sebagai negeri tempat ujian ini kerana semua manusia akan beriman dan bertuhankan-Nya tidak ada se- orang pun yang syirik kepada-Nya. Dan juga batal dan sia-sialah kejadian syurga dan neraka-Nya. Wallahualam.


Tangguh mandi wajib
SOALAN: Saya mengalami demam campak yang agak teruk di muka dan tubuh badan. Kebetulan pula saya ingin mandi wajib selepas selesai haid. Tetapi keluarga menasihatkan saya jangan mandi, untuk mengelakkan kulit badan pecah dan meninggalkan parut. Adakah cara lain untuk mengatasinya?

– Siti Payung,

Klebang Besar, Melaka.

JAWAPAN: Anda patut mendengar nasihat keluarga anda tersebut demi untuk kebaikan diri sendiri. Ini kerana penyakit tersebut boleh menyebabkan kesan buruk sebagaimana yang diketahui umum. Begitu juga pada pendapat pakar perubatan, anda boleh melakukan tayamum sebagai ganti mandi wajib tadi. Kerana pada masa Rasulullah pernah berlaku di kalangan sahabat yang mati kesejukan akibat mandi wajib tersebut. Caranya amatlah mudah iaitu dengan menepuk dua tangan sebanyak dua kali, kali pertama untuk menyapu muka dan kali kedua untuk tangannya. Justeru dua anggota itu saja yang wajib disapu sebagai anggota tayamum. Apabila anda sudah bertayamum maka anda tidak perlu melakukan mandi wajib lagi. Dalam agama kita ini banyak kemudahan dan kelonggaran yang diberikan sesuai dengan keadaan dan kemampuan masing-masing. Wallahualam.

- ALAMATKAN kemusykilan anda kepada Kemusykilan Anda Dijawab, Yadim, Jalan Perdana 50480 Kuala Lumpur atau e-mel mingguan@utusan.com.my. Nyatakan nama penuh dan nama samaran untuk siaran.

0 comments: