? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, November 18, 2008

KITABUL MU’MIN

Diterjemahkan secara bebas oleh Mohammad
Husayn

[Diterjemahkan daripada buku Kitabul Mukminin, Status Of A Believer In
World And Hereafter,Oleh Maulana Syed Murtadha Husayn, PeerMohamad
Ebrahim Trust, Karachi, 1974.]

Latarbelakang Penyusun Kitab Ini

Bapa kepada Husayn bin Saeed ialah Hamad bin Saeed bin Mehran adalah
seorang bekas hamba Imam Zainal Abidin AS. Beliau merupakan seorang syi’ah
yang mukhlis dan amat cinta kepada pelajaran. Beliau namakan dua orang
puteranya, yang tua bernama Hasan dan adiknya bernama Husayn (pengarang
kitab ini). Husayn dilahirkan pada kira-kira di antara 185H-190H dan dikenali
sebagai pengikut Imam Ali Redha AS. Husayn dan abangnya Hasan dikenali
sebagai tokoh-tokoh yang tsiqah dalam periwayatan hadith. Mereka telah
menulis kitab-kitab Tauhid dan Usuluddin. Mereka memperolehi pendidikan
daripada ulama Islam pada ketika itu dan juga menjadi murid kepada Imam-
imam pada zamannya. Mereka berdua mempunyai akal yang cerdas dan amat
cinta kepada ilmu pengetahun. Dikatakan kedua bersaudara ini telah menyusun
30 buah kitab dan kitab-kitab ini amat dikenali di kalangan ulama.
Ibn Nadim berkata, “Hasan dan Husayn merupakan dua orang putera Saeed
adalah pengikut Imam Ali Redha AS dan ulama besar pada ketika itu. Mereka
pakar dalam bidang Tauhid, Sejarah, Hadith, Fadail Keturunan Nabi SAWAW
dan lain-lain bidang dalam mazhab Syi’ah. Mereka tinggal di Kufah dan dari
kelompok “Ahwaz.”(Al-Fihrist, hlm. 310).
Husayn bin Saeed mendapat penghormatan melihat dan menjadi murid kepada
tiga Imam AS iaitu Imam Ali Redha AS, Imam Mohammad al-Taqi AS dan Imam
Ali Naqi AS. Beliau amat dihormati dan dipercayai oleh para ulama dan ahli
hadith pada zamannya.

Kitab ini mengandungi 199 hadith; 2 daripada Nabi SAWA, 4 daripada Amirul
Mu’minin Ali AS, 2 daripada Imam Ali Zainal Abidin AS, 37 daripada Imam
Mohammad al-Baqir AS, satu daripada Imam Musa al-Kazim AS, 3 daripada
Imam Ali Redha AS, dan lain-lain daripada Imam Ja’far al-Sadiq AS.
Kebanyakan hadith-hadith ini telah juga disebut dalam kitab-kitab hadith Ahlul
Sunnah. Umumnya riwayat-riwayat ini disebutkan tanpa menyebut perawiperawinya
tetapi dalam kitab-kitab lain perawi-perawinya telah disebutkan secara
lengkap. Allamah Noori berkata,”Kitabul Mu’min hasil susunan Husayn bin Saeed
adalah salah satu daripada 30 kitab hadith yang sahih dan dipercayai.”

Kitab ini mengandungi tajuk-tajuk berikut:

1) Kadar Beratnya Penderitaan Orang-orang Mu’min

2) Kemuliaan Dan Ganjaran Yang Di Jamin oleh Allah SWT Kepada

Mu’min

3) Persaudaraan Di Kalangan Mu’min


4)
Hak-hak Orang Mu’min Ke atas Saudaranya

5)
Balasan Syurga Bagi Orang Yang Membantu Memenuhi Keperluan
Dan KesusahanOrang-orang Mu’min Serta Memberikan kemudahan
Kepada Mereka

6) Ziarah Orang Mu’min Yang Sakit
7) Tentang Balasan Syurga Kerana Memberi Makan dan Pakaian Serta
Membayarkan Hutang Orang Mu’min
8) Tentang Perkara Yang Tidak Patut Dilakukan Kepada Orang-orang
Mu’min

Bab I

Kadar Beratnya Penderitaan Orang-orang Mu’min

1.
Zurarah berkata bahawa beliau telah mendengar daripada Aba Ja’far
Imam Muhammad Baqir AS, katanya,”Terdapat semua kebaikan dalam
apa yang ditetapkan Allah kepada orang-orang beriman.”
2.
Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata,”Apa yang ditetapkan Allah ke atas
orang-orang mukmin adalah baik untuk dirinya.”Kemudian Imam
membacakan ayat Qur’an seperti berikut:
“Allah menyelamatkan orang-orang mukmin daripada kejahatan pengikutpengikut
fir’aun.” (45: 41)
dan malahan mereka telah merampas kuasa dan membunuhnya. Maka Allah
menyelamatkannya daripada mereka iaitu dengan melindunginya daripada
jatuh ke jalan kesesatan bersama mereka.

3.
Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata,”Jika orang-oang mukmin mengetahui
betapa banyaknya anugerah Ilahi kepada mereka ketika mereka
mengalami penderitaan, nescaya dia akan mengharapkan dirinya
dipotong-potong dengan gunting.”
Pencinta Ahlul Bait AS Di Uji Dengan Penderitaan Kemiskinan Dan Kematian

4.
Saad bin Turaif berkata beliau bersama Hazrat Imam Muhammad Baqir
AS ketika Jameelul Azraq datang dan mereka mula bercakap-cakap
tentang penderitaan para Syi’ah dan apa yang telah dilakukan terhadap
mereka. Pada saat ini Hazrat Imam Muhammad al-Baqir AS berkata
dalam majlis itu,”Ada di kalangan Syi’ah menemui Hazrat Imam Zainal
Abidin AS dan Abdullah bin Abbas RA dan mereka menyatakan tentang
penderitaan yang mereka alami melebihi daripada golongan yang lain.
Mereka juga menemui Imam Husayn AS dan menyatakan hal yang sama
kepadanya. Imam Husayn berkata kepada mereka,”Demi Allah,
penderitaan, kemiskinan dan kematian adalah lebih dekat kepada mereka
yang mencintai kami. seperti kuda-kuda berlari dan air yang mengalir

deras sampai ke destinasi masing-masing dan awaslah jika ini tidak
berlaku, mereka bukanlah dari kami.”

Nota: Hadith ini menunjukkan pada zaman Muawiyah berkuasa, golongan
Syi’ah Ali AS berada dalam tekanan yang hebat dari pihak penguasa seperti
pembunuhan. Pada ketika itu berpegang teguh kepada Ahlul Bait AS bererti
mengundang penderitaan, kemiskinan dan kematian. Selain daripada ini,
pada zaman Imam Ali Zainal Abidin dan pada zaman ayahandanya Imam
Husayn AS mempunyai pengikut-pengikut seperti Abdullah bin Abbas RA.

5.
Asbugh bin Nubatah berkata beliau bersama Amirul Mu’minin Ali AS,
ketika seorang lelaki menemuinya dan mengisytiharkan sumpah bahawa
dia (lelaki itu) mencintainya (Amirul Mu’minin Ali AS). Amirul Mu’minin AS
berkata kepadanya:”Baiklah, cinta kami ditetapkan kepada mereka yang
mencintai kami. Ia adalah suatu takdir. Sekarang, bersedialah untuk
menghadapi kemiskinan kerana aku telah mendengar Nabi SAWAW
berkata kemiskinan akan menimpa para pencinta kami lebih cepat
daripada banjir yang sampai ke suatu lembah.”
Nota: Amirul Mu’minin AS ingin menyatakan kepada orang itu bahawa setiap
para pengikutnya yang sebenar hendaklah sentiasa berpegang kukuh kepada
iman dalam setiap keadaan yang menimpanya.

6.
Fuzail bin Yasar berkata bahawa dia mendengar Imam Ja’far al-Sadiq AS
berkata syaitan dan keturunannya akan sentiasa berlegar-legar keatas
mukmin seperti mana lalat terbang berlegar-legar menghurungi seketul
daging.
Kesabaran Ketika Menghadapi Penderitaan Memperolehi Ganjaran dari
Allah SWT

7.
Imam Muhammad al-Baqir dan Imam Ja’far al-Sadiq berkata bahawa
orang-orang Mu’min yang ditimpa kesusahan dan bersabar akan diberikan
ganjaran oleh Allah SWT dengan pahala seribu syuhuda.
8.
Abul Hasan Imam Musa al-Kazim AS berkata,”Barang siapa di kalangan
Syi’ah kami menghadapi penderitaannya dengan kesabaran dan
keteguhan iman akan menerima ganjaran pahala seribu syuhada.
9.
Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata bahawa Allah berfirman kepada Nabi
Musa AS,”Wahai Musa, Aku tidak menjadikan sesiapa jua kekasihKu
selain makhlukKu orang-orang Mu’min. Kadang-kadang Aku
menimpakannya penderitaan yang sebenarnya lebih baik untuknya. Aku
berikannya apa yang terbaik untuknya dan menjauhkannya daripadanya
untuk perkara yang lebih baik untuknya. Maka, dia hendaklah bersabar
menghadapi penderitaan dengan kesabaran. Dia hendaklah redha
dengan takdirKu dan bersyukur ke atas pemberianKu. Dan apabila dia
bersikap demikian, Aku memasukkannya di kalangan orang-orang yang

beriman, kerana dia bertindak mengikut ketentuanKu dan taat kepada
perintahKu.”

Penderitaan Adalah Kafarah Kepada Dosa

10.Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata Nabi Musa bin Imran AS mempunyai
seorang saudara dalam iman, yang amat dicintainya dan dihormatinya.
Pada suatu ketika seorang lelaki datang menemui saudaranya itu dan
meminta kepadanya pergi menemui seorang raja yang zalim dari
kalangan Bani Israil. Saudara Nabi Musa AS itu berkata dia tidak
hubungan dengan raja tersebut dan tidak pernah meminta lelaki itu
sebarang pertolongan. Lelaki itu berkeras juga dan berkata Allah akan
memberikan ganjaran yang besar kepadanya jika saudara Nabi Musa itu
memenuhi hajatnya pergi menemui raja tersebut. Saudara Nabi Musa itu
akhirnya pergi juga kerana berasa kasihan kepada lelaki itu. Ketika raja itu
melihat saudara Nabi Musa AS yang alim itu, raja itu amat
menghormatinya dan memberikannya apa juga yang dikehendakinya.
Kemudian selang beberapa hari, raja tersebut ditimpa sakit dan meninggal
dunia. Ketika itu ramai orang hadir untuk membawa mayatnya dan semua
pasar di negara itu ditutup kerana berkabung dan meratapi kematian raja
tersebut. Kemudian dengan takdir Allah, saudara Musa AS yang alim itu
meninggal dunia pada hari yang sama. Tetapi disebabkan dia tinggal
sendirian dan menutup pintu rumahnya dari dalam, maka tidak ada
sesiapa pun yang tahu tentang kematiannya. Hal ini berlaku sehingga tiga
hari. Begitu juga Nabi Musa AS tidak mengunjunginya selama tiga hari.
Pada hari keempat Nabi Musa berfikir tentang saudaranya itu dan pergi ke
rumahnya. Apabila Nabi Musa membuka pintu dan masuk ke dalam
rumah, beliau mendapati saudaranya itu telah meninggal dunia. Ulat-ulat
sedang menyelusuri tubuhnya dan membaham wajahnya. Melihat
keadaan ini Nabi Musa amat terharu dan berdoa kepada Allah,”Tuhanku,
musuh Engkau mati dan sekumpulan ramai orang berkumpul
meratapinya. Dan pada masa yang sama’sahabat’Mu meninggal dunia
dan ulat-ulat memakan tubuh dan wajahnya.” Allah SWT menjawab
kepada Nabi Musa AS,”Wahai Musa, ‘sahabat’Ku pergi menemui orang
zalim itu dan meminta pertolongan daripadanya. Raja zalim itu
menghormatinya dan memberikan apa juga permintaannya. Justeru,
sebagai ganjaran di dunia, Aku kumpulkan di dunia ini rakyatnya
meratapinya supaya dia tidak lagi meminta kepadaKu di akhirat kelak.
Dan aku izinkan ulat di atas tubuh orang mu’min itu kerana dia telah pergi
menemui raja zalim itu dan meminta sesuatu, daripada berdoa kepadaKu.
Dengan cara ini Aku mahu supaya tidak ada lagi dosa yang tinggal ke
atasnya yang akan menerima balasan di akhirat kelak.”

11.Imam Muhammad al-Baqir AS berkata jika Allah SWT mahu memberikan
kemuliaan kepada seseorang, dan orang itu ada dosa-dosa dalam


hisabnya, Dia (Allah SWT) mengizinkannya menderita dengan beberapa
penyakit; jika tidak demikian, Dia meletakkannya dalam keadaan
kemiskinan; dan jika tidak demikian Dia meningkatkan penderitaannya
pada saat kematiannya. Dan apabila Allah mahu menghina seseorang
dan orang itu mempunyai beberapa amal baiknya dalam hisabnya, Dia
akan memberikannya kesihatan yang baik; jika tidak demikian Dia
memberikannya dengan kekayaan; jika tidak demikian, Dia
mengurangkan penderitaannya pada saat kematiannya.

12.Imam yang sama meriwayatkan Allah SWT mengisytiharkan dengan
bersumpah bahawa apabila seseorang menghajatkan rahmatNya, Dia
akan menghukumnya di atas segala amal buruknya di dunia ini, kadangkadang
dengan mengurangkan sumber rezekinya, kadang-kadang
dengan penyakit pada tubuhnya dan kadang-kadang dengan meresahkan
fikirannya. Dan jika masih berbaki lagi amal buruknya itu, penderitaan di
saat kematiannya akan ditingkatkan. Begitu juga Allah SWT
mengisytiharkan jika seseorang patut mendapat kemurkaanNya, dia akan
dibalas segala kebaikannya di dunia ini dan kadang-kadang dengan
meningkatkan sumber rezekinya, kadang-kadang dengan kesihatan tubuh
badannya yang baik dan kadang-kadang dengan memberikan keselesaan
dalam fikirannya. Dan jika masih berbaki, maka penderitaan di saat
kematiannya dikurangkan.

13.Imam yang sama AS berkata bahawa seorang Nabi dari kalangan Nabinabi
Bani Israil berjalan melewati seorang mu’min yang baru sahaja
meninggal dunia di sebabkan terhempap tembok yang jatuh. Sebahagian
daripada anggota tubuhnya berada di bawah tembok dan sebahagian lagi
tubuhnya di luar tembok. Bahagian tubuhnya yang di luar tembok di
makan anjing dan burung-burung pemakan bangkai. Selepas
menyaksikan kejadian ini, Nabi berkenaan memasuki sebuah kota di
mana ada orang besar baru sahaja meninggal dunia. Tubuhnya di
bungkus dengan kain sutera dan wangi-wangian di bakar di sekelilingnya.
Menyaksikan dua keadaan yang bertentangan itu, Nabi berkenaan rasa
amat hairan. Dia berkata,”Wahai Tuhanku, tidak diragui, Engkau Maha
Berkuasa. Engkau tidak pernah melakukan kezaliman kepada makhlukmakhlukMu.
Tetapi aku kini bingung untuk memahami mengapa lelaki
yang beriman itu menemui kematiannya dalam keadaan yang
menyedihkan padahal lelaki yang tidak pernah beriman kepadaMu itu
menemui saat kematiannya secara aman dan di hormati.” Allah SWT
mewahyukan kepada Nabi tersebut,”Tidak diragui Aku Maha Berkuasa.
Rahsia kejadian yang bertentangan itu disebabkan orang yang beriman itu
mempunyai dosa, maka Aku tidak mahu menghukumnya di akhirat kelak,
maka dia menemui kematiannya seperti itu yang akan menghapuskan
dosa-dosanya daripada dirinya. Dan orang kafir itu mempunyai beberapa
amal kebaikan ketika hidupnya, maka Aku mengizinkan kesenangan di
dunia ini diberikan kepadanya sebagai balasan terhadap amal
kebaikannya itu. Dan pada hari akhirat kelak dia tidak mempunyai apaapa
lagi amal kebaikan.”


14.Ibn Abi Umair meriwayatkan daripada senarai periwayat-periwayat,
bahawa Nabi Musa AS sedang berjalan di tepi tebing sungai. Pada ketika
itu seorang nelayan datang ke tempat itu dan terus bersujud kepada
matahari dan berdoa kepadanya. Selepas menyembah matahari itu, dia
terus mencampakkan jaringnya ke sungai dan dalam tempoh masa yang
singkat, dia dapat menarik jaringnya itu ke darat dengan ikan yang
banyak. Kemudian dia mencampakkan jaringnya sekali lagi dan kali ini
juga jaringnya dipenuhi ikan. Dia terus mengulangi perbuatannya untuk
kali ketiga dengan hasil yang sama dan dengan hati yang puas dia pergi
dari situ dengan hasil tangkapannya itu. Selepas beberapa ketika seorang
yang lain datang ke tebing sungai itu. Dia mengambil wudhuk dan berdiri
mengerjakan solat kepada Allah. Selepas mengungkapkan doa dan
tunduk kepada Allah, doa terus mencampakkan jaringnya ke dalam
sungai tetapi apabila diangkatnya jaringnya itu tiada ada seekor ikanpun
yang terlekat. Dia mencampakkan lagi jaringnya ke dalam sungai itu dan
hasilnya masih lagi kosong. Dia mencampakkan jaringnya ke dalam
sungai buat kali ketiga tetapi hasilnya tetap juga kosong. Kemudian pada
kali keempat, dia berjaya mendapat seekor ikan yang kecil. Pada saat ini,
dia bersyukur kepada Allah, memuji-mujiNya dan berlalu dari situ dengan
ikan kecil tersebut.

Melihat perkara ini, Nabi Musa AS amat takjub dan menyeru kepada
Allah,”Tuhanku, orang pertama datang dan secara terang-terang mengingkari
perintahMu dengan menyembah matahari. Tetapi setiap kali dia
mencampakkan jaringnya ke dalam sungai dia berjaya mendapat ikan yang
banyak sehingga dia berpuasa hati dan berlalu dari tebing sungai ini.
Kemudian orang kedua datang ke tebing sungai ini, beliau merupakan orang
yang beriman, mengambil wudhuk dan berdiri berdoa kepadaMu. Dia memujimuji
kemurahan rahmatMu dan berdoa kepadaMu dengan bersungguhsungguh
tetapi untuk kali ketiga berturut, dia tidak mendapat walau seekor
ikan pun. Pada kali keempat, dia hanya memperolehi seekor ikan yang kecil.
Walaupun demikian dia tetap bersyukur kepadaMu dan memuji kemurahan
rahmatMu. Tuhanku, aku tidak mengetahui mengapa Engkau mengizinkan
perbezaan ini.”

Allah SWT memerintahkan Nabi Musa AS melihat kejadian itu dari sudut
pandangan kanan. Di situ Nabi Musa AS dapat melihat Allah SWT
memberikan ganjaran kepada orang beriman itu di akhirat kelak. Kemudian
Nabi Musa AS diperintahkan melihat pada sisi kiri pula. Maka di situ dia akan
dapat melihat apakah balasan yang disediakan untuknya pada hari akhirat
kepada orang kafir itu. Kemudian Allah berfirman kepada Nabi Musa
AS,’Wahai Musa, dengan hasil yang terakhir dan muktamad itu apakah yang
akan diperolehi oleh orang kafir dan apakah kerugian yang akan menimpa
orang-orang yang beriman?”


Pada peringkat ini, Nabi Musa AS terus bersujud dan berkata,”Tuhanku,
adalah menjadi kewajipan kepada orang-orang yang beriman kepadaMu
redha kepada apa yang Engkau berikan kepada mereka.”

Sentiasa Bersabar Kepada Kehendak Allah

15.Ishaq bin Ammar berkata beliau mendengar Imam Ja’far al-Sadiq AS
berkata,”Asas kepada ketaatan kepada Allah adalah redha kepada apa
Allah takdirkan kepada seseorang sama ada hal itu dia sukai atau tidak
sukai kerana apa sahaja yang Allah takdirkan adalah baik.”

16.Yunus bin Ribat melaporkan beliau mendengar Imam Ja’far al-Sadiq AS
berkata para pengikut kebenaran akan sentiasa mengalami penderitaan
tetapi jangka masa mereka memperolehi keamanan dan kesenangan
akan berkekalan.

17.Simaah berkata bahawa dia mendengar Imam Ja’far al-Sadiq AS
berkata,”Allah telah mengizinkan musuh-musuhNya melakukan terhadap
‘sahabat-sahabat’Nya (orang-orang beriman) menjadi mangsa mereka
dalam dunia ini.

Orang Ramai Membenci Orang Yang Mencintai Allah

18.Mufazzal bin Umar meriwayatkan dia bersama Imam Ja’far al-Sadiq AS
ketika seorang menyatakan kepada Imam bahawa ada setengah orang
yang mendakwa bahawa apabila Allah mencintai seseorang, Dia akan
meletakkan perasaan cinta di hati-hati orang ramai kepada orang ini, dan
apabila Allah membenci seseorang, Dia meletakkan perasaan benci
kepadanya di hati-hati orang ramai.

Mufazzal berkata pada ketika itu Imam sedang berbaring di atas tilam tetapi
ketika mendengar perkara ini, beliau bangkit dan berkata,”Tidak seperti itu
tetapi apabila Allah mencintai seseorang, Dia akan membiarkan orang ramai
berpaling daripadanya. Mereka akan membuat fitnah terhadapnya dan hal ini
akan menambahkan ganjaran pahala kepadanya di akhirat dan
menambahkan dosa-dosa mereka. Dan apabila Allah membenci seseorang,
Dia mengizinkan orang ramai mencintai orang itu. Mereka akan menyatakan
perkara-perkara yang menambahkan dosa-dosa mereka dan dosa orang itu.
Katakan kepadaku adakah sesesiapa yang lebih mencintai Allah daripada
Nabi Yahya bin Zakaria AS pada ketika itu? Tetapi kita mengetahui orang
ramai berpaling daripadanya dan melakukan perkara yang mereka lakukan
(akhirnya mereka membunuhnya). Begitu juga adakah ada sesiapa yang
mencintai Allah lebih daripada Imam Husayn AS pada masa hidupnya?
Tetapi kamu mengetahui oang ramai berpaling daripadanya dan
membunuhnya tanpa belas kasihan. Siapakah pula yang lebih membenci
Allah daripada si polan dan si polan? Tetapi kamu semua melihat apakah


yang dikatakan oleh orang ramai terhadap mereka ini. Maka amatlah salah
apa yang didakwa oleh mereka itu.”

19.Zaid –e-Shahham berkata Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata,”Apabila Allah
mencintai seseorang Dia mengizinkan mereka berpaling daripadanya.”

20.Abu Hamzah Thumai meriwayatkan dia mendengar Imam Muhammad
Baqir AS berkata Allah SWT bersumpah bahawa orang-orang beriman
akan ditimpa empat perkara penderitaan. Pertama, dan yang paling
mudah, orang beriman yang lain akan cemburu kepadanya. Kedua,
apabila orang-orang munafiq akan mengikuti langkahnya dan
mengganggunya. Ketiga, apabila syaitan akan datang untuk berusaha
untuk menjauhkannya daripada jalan yang lurus. Keempat, apabila orang
kafir menganggap memeranginya sebagai perang suci. Maka,
bagaimanakah seorang mu’min dapat menjauhkan diri daripada perkaraperkara
ini? Soal Imam kepada mereka.

Kenikmatan Dunia Di jauhkan Daripada Orang-orang Beriman

21.Hamran meriwayatkan kepada Imam Kelima, Muhammad al-Baqir AS,
berkata,”Seorang Mu’min mempunyai kemuliaan pada pandangan Allah,
dan jika dia meminta kepadaNya seluruh isi syurga, Dia tidak akan
menolak doanya itu. Dan ia tidak akan mengurangkan kerajaan Allah
Yang Maha Berkuasa. Tetapi jika orang yang sama ini, berdoa kepada
Allah untuk mendapat sekaki tanah di dunia ini, Dia akan menolak doa
tersebut. Sebaliknya seorang kafir yang amat dibenci Allah, jika dia
memintaNya untuk seisi dunia ini Dia akan memberikannya. Dan
pemberian itu tidak akan mengurangkan sedikitpun kerajaanNya. Tetapi
jika orang kafir itu meminta sekaki tanah di syurga, dia pasti tidak akan
mendapatkannya. Allah mengirimkan penderitaan dunia kepada orang-
orang mu’min umpama seseorang mengirimkan hadiah kepada
keluarganya. Dan Allah Yang Maha Berkuasa melindungi orang-orang
beriman daripada keuntungan dunia sama seperti seorang doctor
melindungi pesakitnya daripada apa-apa yang membahayakan dirinya.”

22.Mohammad bin Ajlaan meriwayatkan dia mendengar Imam Ja’far al-Sadiq
AS berkata,”Ada beberapa orang yang dipilih Allah. Orang-orang yang
apabila kesusahan menimpa kehidupan mereka, maka orang-orang itu
pergi menemui mereka. Dan apabila keamanan dan kemewahan
diperolehi, mereka memberikannya kepada orang lain.Tetapi pada masa
yang sama orang-orang pilihan Allah ini mempunyai cahaya dalam diri
mereka yang menerangi seluruh bumi.”

23.Abu Hamzah meriwayatkan Imam Mohammad al-Baqir AS berkata,”Allah
mempunyai orang-orang pilihan yang dipelihara daripada semua
penderitaan. Mereka hidup dengan aman, mendapat rezeki mereka
dengan aman dan mati dengan tenang. Mereka akan dibangkitkan dalam
keadaan aman dan masuk ke syurga dengan aman.”


Nota: Hadith ini menunjukkan bahawa tidak semestinya semua orang
Mu’min mengalami penderitaan.

24.Yazid bin Khalifa meriwayatkan bahawa Ima Ja’far al-Sadiq As
berkata,”Allah tidak pernah mentakdirkan sebarang sesuatu kepada
orang-orang mu’min melainkan apa yang baik baginya.”

25.Imam yang sama AS berkata bahawa Allah memelihara orang-orang
mu’min jauh daripada perkara-perkara yang tidak disukaiNya walaupun ia
disukai orang-orang beriman tersebut umpama tuan unta memelihara
unta-untanya daripada perkara-perkara yang mendatangkan kemudaratan
kepada unta-unta tersebut.

26.Imam yang sama AS berkata Allah memelihara orang-orang beriman.
Tidak ada satu haripun daripada 40 hari berlalu tanpa satu penyakit pada
tubuhnya, atau perkara yang buruk menimpanya atau hartanya atau lain-
lain perkara yang buruk tetapi segala nasib buruk yang menimpanya itu
akan meningkatkan ganjaran pahala kepadanya di akhirat kelak.

27.Ibn Hamran berkata, bahawa beliau mendengar Imam Ja’far al-Sadiq As
berkata,”Tidak ada satu haripun daripada 40 hari berlalu ke atas seorang
mu’min tanpa sesuatu hal yang mengejutkannya dan peningkatan
ganjaran pahala di akhirat kelak. Kadang-kadang dia sendiri tidak
mengetahui dari mana datangnya ganjaran itu ketika di akhirat nanti.”

28.Diriwayatkan bahawa Imam yang tersebut di atas AS berkata,”Tidak ada
satu haripun berlalu selama 40 hari ke atas orang mu’min tanpa ada
sesuatu kesakitan yang menimpa dirinya atau kehilangan hartanya atau
lain-lain nasib buruk yang menimpanya yang akan mendapat ganjaran
pahala daripada Allah SWT.”

29.Imam yang sama AS berkata,”Seorang mu’min tidak terlepas daripada
salah satu daripada tiga kesusahan:

i. Masalah salah seorang daripada anggota keluarganya.
ii. Jiran yang menyusahkan dirinya.
iii. Seseorang yang sering mengganggunya dalam urusannya.
Dan kadang-kadang semua kesusahan ini datang sekaligus. Jika seorang
mu’min melarikan diri ke gunung sekalipun, di sana juga syaitan akan turut
mengganggunya. Tetapi walau bagaimanapun keadaannya Allah SWT akan
memelihara keimanannya.”

30.Mohammad bin Muslim berkata dia mendengar Imam Ja’far al-Sadiq AS
berkata,”Tidak terlepas 40 hari berlalu kepada seorang mu’min tanpa ada
sebarang perkara yang mengejutkannya dan kesedihan melandanya dan
ia mengingatkannya kepada Allah Yang Maha Berkuasa.”


31.Abu Salah berkata, ketika dia bersama Imam Ja’far al-Sadiq AS, datang
seorang syi’ah kepada Imam AS mengadu bahawa bapanya dan
saudaranya berpaling dan menentangnya dan teman-temannya telah
meninggalkannya kerana keimanannya itu. “Sama ada dipihak yang betul
dan salah kedua-duanya mendapat kekuasaan disebaliknya. Dan setiap
satu menjadi rendah di bawah kekuasaan lawannya. Paling kurang,
seorang mu’min menerima daripada penguasaan pihak yang salah ialah
bapa dan saudaranya menentangnya dan teman-temannya
meninggalkannya. Jika seorang mu’min mendapat keselesaan di bawah
penguasaan pihak yang salah, dia akan mengalami penderitaan sama
ada pada tubuhnya, atau hartanya atau keluarganya, sebagai ganti
kepada keselesaan tersebut. Hanya selepas mengalami penderitaan dia
layak menerima keselesaan yang kekal di bawah kekuasaan yang Benar.
Justeru, bersabarlah dan tunggulah saat yang lebih baik datang kepada
anda.”

32.Imam Zainal Abidin atau Imam Mohammad al-Baqir AS berkata,”Apabila
jenazah seorang mu’min dimandikan, malaikat akan menyoal ruhnya
sama ada ia mahu kembali ke tubuhnya. Ruhnya menjawab ia tidak mahu
lagi kembali ke tempat yang menempuh penderitaan, penyiksaan dan
kesedihan.”

Orang-orang Mu’min Menderita Supaya Mereka Tidak Mencintai Dunia Ini

33.Imam Mohammad al-Baqir AS meriwayatkan Nabi SAWA berkata,”Allah
mengizinkan dunia membawa penderitaan dan kemiskinan kepada orang
mu’min, supaya mereka tidak mencintainya.”

34.Sabah bin Sababah berkata dia berkata kepada Imam Ja’far al-Sadiq
AS,”Adakah penderitaan orang mu’min kerana dosa-dosanya?” Imam
menjawab,”Tidak semestinya. Kadang-kadang Allah suka mendengar
aduan dan doa-doa dari hamba-hambaNya dan sebagai balasannya Dia
akan meningkatkan ganjaran kebaikan dan menghapuskan keburukan
daripada dirinya dan menyediakan ganjaran di Hari Pengadilan kelak.”

35.Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata,”Allah menjelaskan kepada mahlukmakhluknya,
orang beriman tentang penderitaan dunia dan kesusahan
yang dihadapinya seperti mana seorang saudaranya menerangkan
kepada saudaranya yang lain sesuatu yang akan menyebabkan
saudaranya itu tidak menyukainya. Allah berfirman kepada mu’min
bahawa Dia tidak akan menjadikannya miskin untuk menghinanya.
Kemudian Allah menunjukkan kepadanya apa yang telah Dia sediakan
untuknya di akhirat kelak. Pada ketika ini, orang mu’min bersyukur kepada
Allah dan berkata bahawa dia tidaklah peduli lagi kepada kesusahan dan
penderitaan.”

Lebih Banyak Penderitaan Maka Lebih Besar Ganjaran Pahala


36.Abu Abdillah, Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata,”Minuman yang terbaik
adalah sifat sabar seseorang yang menahan kemarahannya apabila ia
marah. Kerana, lebih banyak penderitaan, lebih banyak ganjaran pahala;
dan Allah tidak akan menyintai seseorang sehingga Dia mengujinya
dengan penderitaan.”

37.Imam Ja’far al-Sadiq AS meriwayatkan dari Nabi SAWA bahawa Allah
mengisytiharkan,”Terdapat di kalangan mu’min, makhluk pilihanKu, di
mana urusan keimanan mereka tidak dapat berjalan tanpa kekayaan dan
kesihatan. Maka Aku sediakan mereka dengan kekayaan dan kesihatan
yang baik; dan dengan cara ini urusan keimanan mereka dapat berjalan
dengan sempurna. Tetapi ada di kalangan mu’min makhluk pilihanKu di
mana urusan keimanan mereka tidak dapat berjalan sempurna tanpa
kemiskinan dan penyakit. Maka mereka menderita daripada perkaraperkara
tersebut demi kepentingan iman mereka.”

38.Imam ke-enam Ja’far al-Sadiq AS berkata Allah telah mengambil
perjanjian daripada orang mu’min bahawa kadang-kadang kata-katanya
diterima (oleh orang lain) atau dibohongi dan kadang-kadang dendamnya
tidak akan dibalas kepada musuhnya dalam dunia ini.

39.Mohammad al-Baqir AS berkata apabila Allah mencintai seseorang Dia
mengujinya dengan penderitaan dan kesusahan. Dan apabila orang itu
berdoa kepada Allah untuk penyembuhan, Dia berkata kepada orang
itu,”Doamu Aku sambut dan Aku boleh menyembuhkan kamu daripada
penderitaanmu. Tetapi ganjaran yang aku sediakan untukmu (di akhirat)
adalah lebih baik untukmu.”

40.Abu Hamzah meriwayatkan daripada Imam Ja’far al-Sadiq AS
berkata,”Wahai Thabit, sesungguhnya apabila Allah mencintai seseorang
Dia akan meletakkannya dalam penderitaan, walaupun berlalunya hari
dan malam kepada anda dan kita semua.”

41.Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata bahawa sahabat-sahabat Nabi Isa AS
mengadu kepadanya tentang apa yang diperlakukan kepada mereka oleh
orang ramai. Nabi Isa AS menjawab kepada mereka bahawa orang
mu’min adalah sentiasa dibenci oleh masyarakat mereka. Tetapi dia
berkata, iman mereka adalah umpama bijian gandum yang mempunyai
nilai dan rasa tetapi tidak mudah untuk memperolehinya.”

42.Abdul A’ala bin A’ayan berkata dia mendengar Imam Ja’far al-Sadiq AS
berkata kepada sahabat-sahabatnya,”Jika kalian sebenar-benarnya
ikhwan dan sahabatku, kalian hendaklah bersedia untuk berhadapan
dengan permusuhan dan kebencian daripada orang ramai, jika tidak
demikian kalian tidak boleh menjadi sahabat-sahabatku.”


Dunia Adalah Penjara Kepada Orang Mu’min

43.Mohammad bin Ajlan meriwayatkan bahawa ketika dia bersama Imam
Ja’far al-Sadiq AS, datang seorang Syi’ah dari Kufah mengadu kepada
Imam tentang penderitaan dan kesusahan yang dia alami. Imam AS
menasihatkannya supaya bersabar dan mengharapkan semoga Allah
melepaskannya dari hal tersebut. Kemudian selepas tidak berkata-kata
beberapa saat Imam AS menyatakan kepada orang ini,”Katakan
kepadaku tentang penjara Kufah. Apakah yang menghalang daripada
memasukinya?” Orang itu menjawab bahawa ia adalah penjara kecil
bawah tanah yang keadaannya amat buruk sekali.” Pada ketika ini, Imam
AS berkata kepadanya,”Tidakkah anda ketahui bahawa dunia ini umpama
penjara kepada orang mu’min? Maka bagaimana anda dapat mencapai
kegembiraan dan kekayaan apabila berada dalam penjara?”

44.Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata bahawa apabila Allah mencintai
seseorang, Dia akan mengutuskan seorang malaikat yang memeliharanya
dalam penderitaan dan sakit. Jika orang itu sembuh daripada penderitaan
dan penyakit, maka dia akan mengalami penderitaan yang lebih besar
lagi. Keadaan ini diwujudkan supaya dia sentiasa berpaling kepada Allah
dan Allah suka kepada suaranya apabila dia berdoa.”

45.Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata Allah mengetahui tentang orang-orang
mu’min yang tidak akan tercapai kedudukan yang dikhaskan untuknya
tanpa penyakit, atau kesedihan tentang anak-anaknya. Maka mereka
mengalami penderitaan tersebut untuk membantu mereka mencapai
kedudukan yang dikhaskan untuknya di akhirat kelak.”

46.Imam Mohammad al-Baqir AS meriwayatkan dari Nabi SAWA bahawa dia
berkata,”Sesungguhnya amat besar kemuliaan orang mu’min: apa yang
Allah tetapkan untuk mereka, adalah semuanya baik untuknya. Jika dia
diletakkan dalam keadaan penderitaan, dia bersabar, dan jika dia terlepas
dari penderitaan itu, dia bersyukur kepada Allah.”

47.Imam Mohammad al-Baqir AS berkata,”Allah memberikan kesenangan
nikmat dunia ini kepada mereka yang Dia cintai dan kepada mereka yang
Dia benci. Tetapi kesenangan nikmat syurga hanya dikhaskan kepada
mereka yang Dia cintai sahaja. Kadang-kadang seorang mu’min berdoa
kepada Allah untuk mendapatkan sehasta tanah di dunia ini dan doanya
ditolak. Tetapi apabila dia berdoa untuk mendapatkan kesenangan
syurga, doanya tidak pernah ditolak. Sebaliknya kadang-kadang seorang
kafir mendapat apa yang ia inginkan di dunia ini tetapi jika dia memohon
untuk mendapatkan sehasta tanah di syurga dia tidak akan
mendapatkannya.”

48.Imam Ja’far al-Sadiq As berkata, Allah berfirman kepada orang
mu’min,”Makhluk pilihanKu apabila Aku tolak kamu daripada sesuatu, Aku
lakukan itu demi kepentinganmu sendiri. Maka bersabarlah mengalami


penderitaan dn bersyukur di atas pemberianKu. Kamu akan di nilai
sebagai salah seorang orang yang beriman.”

49.Imam Ja’far al-Sadiq As berkata pada suatu ketika Nabi SAWA tersenyum
lebar di hadapan sahabat-sahabatnya dan bertanya,”Tahukan kalian
mengapa aku tersenyum?” Mereka tidak tahu dan meminta Nabi SAWA
menyatakannya kepada mereka. “Aku fikirkan orang-orang Islam amat
beruntung apabila Allah menetapkan sesuatu perkara ke atas mereka, ia
adalah demi keuntungan dan kepentingan diri orang tersebut.”

50.Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata, “Di syurga nanti ada suatu kedudukan
untuk sebahagian daripada orang mu’min yang tidak mampu dicapai oleh
mereka melainkan dengan penyakit pada tubuhnya atau kerugian dalam
hartanya ( ketika di dunia ini).”

Bab 2

Kemuliaan Dan Ganjaran Yang Di Jamin oleh Allah SWT Kepada Mu’min

1. Zurarah bin A’ayan berkata dia bersama Imam Ja’far al-Sadiq AS ketika
datang seseorang menemui Imam bertanyakan ayat Qur’an:
“Sesiapa yang datang dengan amal baik, akan diberikan balasan pahala sepuluh
kali ganda.” (6:166)
Orang itu bertanya Imam sama ada ayat ini juga ditujukan kepada mereka yang
tidak percaya kepada Imamah. Imam AS menjawab,”Tidak ia hanya dikhususkan
untuk mereka yang beriman kepada Imamah Imam-imam dari keluarga Nabi
sahaja.”


2. Yaqoob bin Shuaib berkata dia mendengar Imam Ja’far al-Sadiq AS
berkata,”Tidak diberikan ganjaran pahala oleh Allah SWT kepada seseorang
melainkan orang-orang mu’min yang sebenarnya.”
3. Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata,”Apabila seorang mu’min yang sebenarnya
melakukan amal kebajikan, ganjaran pahala baginya akan bertambah tujuh puluh
kali kerana Allah SWT telah berfirman dalam kitab suciNya,
“Allah menambahkan balasan kepada mereka yang Dia kehendaki.”(2: 261)
Orang Mu’min Adalah Cahaya Syurga

4. Imam yang sama AS berkata,”Cahaya orang mu’min terang benderang di
syurga seperti bintang berkerlipan ke bumi. Orang mu’min adalah ‘teman’ Allah.
Dia (Allah) menolong mereka dan amat mengasihani mereka. Mereka tidak
berkata kecuali apa yang benar dan tidak takutkan sesuatu kecuali Allah SWT.
Apabila dua orang mu’min bertemu, dan mereka berjabat tangan, Allah
memberikan anugerah rahmat ke atas mereka dan dosa-dosa mereka
digugurkan dari diri-diri mereka.”

Kelebihan Orang Mu’min

5. Imam Mohammad al-Baqir AS berkata,”Sifat-sifat Allah tidak dapat dijelaskan.
Bagaimana mungkin sifat-sifatNya dapat dijelaskan apabila Dia berfirman,
“Mereka tidak mengetahuiNya dengan sebenar-benarnya?” (6:90)
Maka apa yang dikatakan tentang puji-pujian ke atasNya adalah sebenarnya
jauh berkurang daripada apa yang sewajarnya. Demikian juga sifat-sifat
keutamaan Nabi SAWA tidak dapat dinyatakan (diungkapakan dengan kata-kata)
dengan sebenar-benarnya apabila Allah mengangkatnya dari bumi ke ArasyNya
dan dibawa hampir denganNya dan membuatkan ketaatan kepadanya sama
seperti ketaatan kepada Yang Maha Berkuasa? Allah menyatakan hal ini dalam
al-Qur’an,
“Lakukan apa yang Nabi perintahkan ke atasmu dan jauhkan daripada apa yang
Nabi larang kamu melakukannya.”(59:7)

Dalam hal yang sama sifat-sifat kelebihan orang mu’min yang menjadi pilihan
Allah (Imam-imam dari keluarga Nabi SAWA) juga tidak dapat diungkapkan
dengan kata-kata, kerana Allah telah menghilangkan kekotoran dari mereka dan
menyucikan mereka dengan sebersih-bersihnya. Begitu juga sifat-sifat kelebihan
orang-orang mu’min yang menjadi pengikut Imam-imam ini AS tidak dapat
dijelaskan dengan kata-kata kerana mereka ini sangat dimuliakan di hadapan
Allah SWT, maka apabila dua orang daripada mereka berjabat tangan, dosadosa
mereka pun gugur ke bumi seperti dedaun bergururan di musim luruh.”

6. Malik bin A’ayan al-Juhani berkata dia pergi menemui Imam Mohammad al-
Baqir AS dengan harapan ingin mendapatkan penjelasan tentang mereka, tetapi
sebelum dia dapat mengungkapkannya, Imam AS mula berkata perkara yang
sama dan berkata,”Wahai Malik, bersangka baiklah terhadap Allah. Jangan
berfikir anda telah sampai ke tahap yang sebenarnya. Sesungguhnya anda tidak
dapat sampai ke hadnya ketika memuji dan mengungkapkan sifat-sifat Nabi
SAWA kerana sifat-sifat beliau SAWA tidak dapat diungkapkan ke suatu had
tertentu. Begitu juga anda tidak akan sampai ke suatu had tentang diri-diri kami
dengan mengungkapkannya. Wahai Malik, anda tidak akan dapat, walau untuk
mengungkapkan dengan sebenar-benarnya suatu penjelasan yang sempurna
dan lengkap tentang kualiti seorang mu’min. Seorang mu’min adalah orang yang
dimuliakan di hadapan Penciptanya, justeru apabila dia bertemu seorang mu’min
dan berjabat tangan dengannya sebagai suatu tanda cinta dan hormat, Allah
menurunkan rahmat ke atas mereka, dan dosa-dosa mereka berguguran dari
diri-diri mereka sehinggalah mereka berpisah, dan apabila mereka berpisah tidak
ada dosa-dosa mereka yang tertinggal. Maka, bagaimanakah anda mengetahui
had kualiti orang-orang ini yang amat di muliakan dan dicintai Allah?”
7. Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata,”Apabila dua orang mu’min bertemu, seratus
rahmat turun ke atas mereka. Tetapi sembilan puluh sembilan daripada rahmat
tersebut adalah untuk orang yang paling besar cintanya terhadap saudara
mu’minnya itu.”

8. Abu Ubaidah meriwayatkan ketika dia bersama Imam Mohammad al-Baqir AS
dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah. Dia berkata apabila dia berhenti untuk
berehat atau memulakan perjalanan, Imam AS akan berjabat tangan dengannya.
Dia bertanya Imam AS mengapa hal itu dilakukannya. Imam AS berkata,”Apabila
dua orang mu’min bertemu, dan berjabat tangan, dan mereka berlalu selepas itu,
semua dosa-dosanya akan dihapuskan dari mereka.”
9. Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata, “Tidak ada di kalangan makhluk yang
mengetahui (dapat mengungkapkan) sifat-sifat (kebesaran dan keagungan) Allah
yang sebenar-benarnya. Begitu juga tidak ada sesiapa yang dapat mengetahui
(dapat mengungkapkan dengan kata-kata) sifat-sifat kelebihan Nabi SAWA, para
Imam Ahlul Bait AS, demikian juga sifat-sifat keutamaan orang mu’min yang
menjadi pengikut Imam AS (kerana ia lebih besar daripada apa yang mereka
ungkapkan).”
10. Safwan, penjaga unta berkata bahawa dia mendengar Imam AS berkata,
“Apabila dua orang mu’min bertemu dan berjabat tangan, orang yang
mempunyai rasa kasih yang lebih besar kadarnya daripada saudaranya itu
adalah lebih tinggi imannya. Apabila mereka berjabat tangan dan memuji Allah
semua dosa-dosa mereka diampunkan.”
Janganlah Menghina Seorang Mu’min

11. Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata pada suatu hari Jibril datang kepada Nabi
SAWA dan berkata, “Wahai Mohammad SAWA, Tuhan Engkau berkata barang
siapa menghina pilihanNya daripada kalangan mu’min dia telah mengisytiharkan
perang menentang Allah SWT. Wahai Nabi, Allah mengisytiharkan langkah
terbaik untuk mendekatkan seorang mu’min kepadaNya ialah dengan
menunaikan solat wajib lima waktu secara ikhlas dan jika seorang mu’min
menambahkan solat-solat sunat kepada yang wajib itu, Allah akan mencintaiNya;
dan apabila Allah mula mencintai seorang manusia, maka pendengarannya akan
menjadi pendengaranNya, Allah menjadi penglihatannya, tangannya dan kakinya
ketika dia berjalan.”
Wahai Nabi!, Allah mengisytiharkan Dia tidak akan mempercepatkan kematian
seorang mu’min yang tidak menyukainya kerana Allah tidak suka
menyebabkannya rasa demikian.”

“Allah Yang Maha Berkuasa berfirman bahawa ada di kalangan orang-orang
mu’min yang tidak dapat kebaikan tanpa kemiskinan dan jika mereka ditukar
kehidupan mereka daripada miskin kepada kaya, ia akan merosakkannya. Tetapi
ada di kalangan mereka, yang tidak mencapai kebaikan tanpa kekayaan dan jika
mereka ditukar daripada kaya kepada miskin, ia akan merosakkannya. Kadangkadang
seorang mu’min berdoa kepada Allah untuk mendapatkan sesuatu tetapi
doanya ditolak kerana sesuatu yang dipintanya itu amat berbahaya kepada
dirinya dalam pengetahuan Allah.”


12. Imam Mohammad al-Baqir AS berkata Allah SWT berfirman, “Barang siapa
yang menghina sahabatKu, dia telah mengisytiharkan perang ke atasKu.
Langkah yang terbaik bagi seorang mu’min untuk mendekatkan dirinya
kepadaKu ialah melakukan solat wajib harian. Dan apabila seorang mu’min
menambahkannya dengan solat-solat sunat, Aku mula mencintainya. Dan
apabila Aku mencintainya Aku menjadi telinga kepada pendengarannya, mata
kepada penglihatannya, menjadi tangan kepada tindakannya dan kaki ketika dia
berjalan. Jika dia berdoa kepadaKu, Aku menyambut doanya dan jika dia
memintaKu sesuatu hajat, Aku menunaikan hajatnya itu. Aku tidak
menangguhkan sesuatu perkara kecuali kematian seorang mu’min kerana dia
tidak menyukainya dan Aku tidak menyukai apa yang dia tidak suka.”
13. Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata bahawa Allah mengisytiharkan, “Barang
siapa menghina sahabatKu, dia mengisytiharkan perang ke atasKu dan Aku
akan menolong sahabatKu lebih cepat. Aku tidak menunda keputusanKu
melainkan dalam soal kematian seorang mu’min, kerana Aku aku suka
menjemputnya datang kepadaKu tetapi dia tidak menyukai kematian. Maka aku
tangguhkan kematiannya untuk beberapa lama. Dia berdoa kepadaKu dan Aku
tunaikan permintaannya itu. Dia menyeruKu dan Aku menyahut seruannya. Jika
hanya tinggal seorang sahaja orang mu’min di dunia, ia sudah mencukupi
bagiKu untuk mengekalkan keseluruhan dunia ini hanya untuknya. Aku
memberikan kepada orang mu’min kasih sayang yang besar kepada orang
mu’min kerana keimanannya dan ia tidak berasa kesunyian dan memerlukan
yang lain.”
Dosa-dosa Orang Mu’min Di Ampunkan

14. Imam Mohammad Baqir AS berkata, “Jika dosa-dosa seorang mu’min seluas
padang pasir atau lautan, Allah SWT akan mengampunkannya dengan
rahmatNya. Tetapi ia tidak bermakna kalian menjadi berani dan lancing
melakukan dosa-dosa.”
15. Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata, “Semua dosa-dosa orang-orang mu’min
akan diampunkan sebelum mereka meninggalkan dunia ini. Sesungguhnya
mereka akan berada bersama-sama kami.”
16. Abu Samit berkata, apabila dia pergi menemui Imam Ja’far al-Sadiq AS,
Imam AS berkata kepadanya, “Berita baik, berita baik.” Kemudian Imam AS
berkata, “Wahai Abu Samit, tidak syak lagi, Allah akan mengampunkan orang
mu’min, walaupun ketika dia bertemu denganNya dosa-dosa yang sedemikian
banyaknya.” Abu Samit berkata dia bertanya Imam AS apakah Allah akan
mengampunkan mu’min walaupun ketika ia menemuiNya nanti dengan dosa
yang sebesar batu-batu itu. Imam AS mengulangi jawapan dua kali untuk
menegaskannya.
17. Seorang perawi berkata, dia berkata kepada Imam Mohammad al-Baqir AS,
ketika Imam AS berkata di luar kota Mekah, iaitu dia mempunyai suatu perkara

untuk dinyatakan kepadanya. Imam AS menasihatkannya menyatakan apa yang
dia inginkan katakan ketika di Mekah. Kemudian apabila berada di Mekah, dia
pergi menemui Imam dan mengulangi permintaannya itu. Imam
menasihatkannya menemuinya di Mina. Akhirnya apabila Imam AS berada di
Mina, perawi itu menemuinya dan berkata dia telah melakukan dosa yang amat
besar dan tidak ada sesiapa yang mengetahuinya kecuali Allah tetapi dia berada
malu terhadap perbuatan dosanya itu dan membuat pengakuan di hadapan
Imam AS untuk bertaubat. Imam AS berkata kepadanya, “Janganlah anda
bimbang, pada Hari Pengadilan kelak, apabila orang mu’min akan berdiri di
hadapan Allah, Dia akan mendedahkan semua dosa-dosa mereka satu persatu
dan akan mengampunkannya semua tetapi tidak ada orang lain yang tahu
kecuali dirinya sendiri.”

Menurut riwayat yang lain, Imam AS berkata, “Allah tidak akan mendedahkan
dosa-dosa yang mereka berasa amat malu dan kemudian Dia akan menukarkan
dosa-dosanya itu dengan amal kebajikan kerana Dia berfirman, “Allah akan
menukarkan amal-amal buruk mereka dengan amal-amal yang baik.” (25: 70).

Doa Orang Mu’min Akan Di Kabulkan Secara Tertangguh

18. Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata apabila orang kafir berdoa kepada Allah,
Allah memerintahkan malaikatNya menunaikan permintaan orang tersebut
dengan segera kerana Dia tidak suka mendengar suaranya lagi, tetapi apabila
seorang mu’min berdoa kepadaNya, Dia memerintahkan malaikatNya
menangguhkan penerimaannya kerana Allah menyukai suaranya. Pada Hari
Pengadilan, Allah akan berkata kepadanya, “Kamu berdoa kepadaKu untuk
mendapatkan perkara-perkara tersebut tetapi Aku menangguhkan
penerimaannya untuk ganjaran pada hari ini.” Pada ketika itu, orang mu’min
tersebut akan bergembira lantaran tidak mendapat perkara tersebut di dunia.”
19. Imam Ja’far al-Sadiq berkata kepada salah seorang daripada sahabatsahabatnya
bahawa Allah mengabulkan doa-doa orang mu’min. Orang tersebut
memandang Imam dengan kehairan dan kegembiraan. Pada ketika itu Imam AS
berkata, “Tidak syak lagi, Allah Maha Pemurah kepada makhluk-makhlukNya
yang baik.”
Rahmat Kepada Orang-orang Mu’min

20. Ibn Abil Bilad meriwayatkan daripada bapanya bahawa dia mendengar Imam
AS berkata, “Apabila seorang mu’min meninggal dunia, dua malaikat yang ada di
sisi naik ke langit dan berkata kepada Allah bahawa si polan telah meninggal
dunia. Kemudian Allah memerintahkan mereka kembali ke kubur orang mu’min
itu dan beribadat di sana sehingga Hari Pengadilan, supaya dapat dituliskan
amal kebajikan yang dilakukan oleh mereka itu ke dalam buku amal kebajikan
orang mu’min tersebut.”

21. Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata bahawa mimpi-mimpi orang mu’min adalah
sebahagian daripada kenabian, dan sebahagian daripada orang mu’min
mendapat satu pertiga daripadanya.”
22. Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata apabila Allah mencintai seorang mu’min,
Dia melindungiNya daripada kejahatan, membuatkannya berpuas hati dan
memberikan ganjaran pahala di hadapannya. Dan apabila Allah membenci
seseorang, Dia meninggalkan urusannya kepada dirinya sendiri dan meletakkan
kemiskinan di hadapannya..”
23. Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata kadang-kadang seseorang berdoa kepada
Allah dan Allah memerintahkan Jibril menangguhkan penerimaannya kerana Dia
suka mendengar doa berkali-kali.
24. Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata keadaan orang mu’min adalah sama
coraknya dengan keadaan Nabi-nabi justeru ia tidak menjadi jahat.
25. Safwan, seorang penungggang unta berkata dia mendengar Imam Ja’far al-
Sadiq AS berkata kematian seorang mu’min adalah satu kerugian kepada
keimanan (Islam).
26. Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata bahawa amal baik seorang mu’min adalah
persiapan bagi kesenangannya di syurga seperti mana seseorang mengirimkan
hamba-hambanya untuk melayaninya. Kemudian Imam AS menbacakan ayat
Qur’an, “Barang siapa yang melakukan amal baik, maka untuk diri mereka
sendirilah mereka menyiapkan (tempat yang menyenangkan).”(30:44)
27. Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata bahawa Allah menjauhkan kejahatan
daripada mu’min seperti seseorang menjauhkan unta-untanya daripada untaunta
milik orang lain.
28. Imam Muhammad al-Baqir AS berkata bahawa apabila dua orang mu’min
bertemu dan berjabat tangan, Allah akan meletakkan tanganNya di atas tangan
orang yang mempunyai rasa cinta yang lebih besar kepada saudaranya.
29. Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata bahawa tidak ada yang memberi manfaat
kepada seseorang yang kafir maka begitu juga tidak ada apa yang memberikan
keburukan kepada seorang yang mempunyai iman.
30. Imam Mohammad al-Baqir AS berkata bahawa Allah SWT berfirman, “Aku
tidak akan menangguhkan sesuatu kehendakKu kecuali dalam kematian seorang
mu’min kerana Aku suka memangggilnya kembali tetap dia tidak menyukainya.
Dan jika ada hanya seorang mu’min yang tinggal di dunia, dia adalah cukup
bagiKu di kalangan makhluk-makhlukKu dan aku akan menyediakan baginya
dengan cinta di atas keimanannya maka dia tidak lagi memerlukan yang lain.”
31. Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata apabila seorang mu’min meninggal dunia
seorang diri, jauh daripada tempat tinggalnya, di mana tidak ada seorang pun

yang meratapinya, amal solehnya naik ke langit dan dua malaikat di sisinya
meratapi kematiannya.”

32. Diriwayatkan daripada Imam Kelima atau Keenam AS bahawa beliau AS
berkata, “Semua dosa mu’min akan diampunkan maka sepatutnya dia
memulakan kehidupannya dengan diri yang bersih tetapi pemberian ini hanya
untuk orang-orang mu’min sahaja.”
33. Ishaq bin Ammar meriwayatkan bahawa dia mendengar Imam Ja’far al-Sadiq
AS berkata Allah menjadikan segolongan pilihanNya daripada kalangan mu’min
yang dipeliharaNya daripada segala penderitaan. Mereka di lahirkan dalam
keadaan tenang, hidup dengan tenang, mati dalam keadaan tenang, dan masuk
syurga dalam keadaan tenang.
Bab III

Persaudaraan Di Kalangan Mu’min

1.
Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata semua orang mu’min adalah bersaudara
dan jika salah seorang daripada mereka ditimpa kecelakaan maka
mereka semua tidak akan duduk diam tanpa berbuat apa.
2.
Imam Mohammad al-Baqir AS dan Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata
bahawa orang-orang mu’min adalah umpama satu tubuh jika salah satu
daripada anggotanya hilang, maka seluruh tubuh akan merasainya.
3.
Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata seorang mu’min adalah saudara kepada
mu’min-mu’min yang lain. Mereka umpama satu tubuh. Jika satu anggota
cedera, seluruh tubuh akan merasainya. Ruh dihubungkan kepada Allah
SWT umpama cahaya matahari dihubungkan dengan matahari.
4.
Jabir meriwayatkan bahawa dia mengeluh di hadapan Imam Mohammad
al-Baqir AS dan berkata bahawa kadang-kadang dia (Jabir) berduka
tanpa sebarang sebab; dan kedukaannya itu dapat dilihat pada wajahnya
oleh keluarga dan teman-temannya. Imam AS berkata,”Memang
begitulah.” Kemudian Jabir bertanya Imam AS kenapa hal itu terjadi.
Imam AS berkata, “Apakah yang akan engkau lakukan apabila
mengetahui sebabnya?” Jabir menjawab bahawa dia hanya ingin tahu
sahaja sebabnya. Pada ketika ini Imam AS berkata, “Wahai Jabir Allah
menjadikan orang-orang mu’min daripada tanah syurga dan dicampur
dengan wangi-wangian. Maka semua orang mu’min adalah bersaudara,
dan apabila ada di kalangan mereka berdukacita di suatu tempat lain di
dunia ini, maka yang lain-lain akan merasainya.

5.
Imam Mohammad al-Baqir AS berkata bahawa orang-orang mu’min
umpama saudara sebenar kerana Allah menjadikan mereka daripada
tanah syurga dan dicampur dengan wangi-wangian.
6.
Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata, “Semua ruh dikumpulkan kepada
beberapa kumpulan dan mereka akan mencium bau di antara mereka
seperti kuda-kuda melakukannya. Kemudian mereka yang mengenali
sesama mereka dikumpulkan dalam satu kumpulan. Jika seorang mu’min
pergi ke masjid dan di sana ada ramai orang dan hanya seorang daripada
mereka mu’min, orang mu’min yang datang itu akan tertarik kepadanya
dan duduk di sisinya.
7.
Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata, “Tidak ada sesiapa boleh menjadi
mu’min sehinggga dia menjadikan saudara seimannya seperti satu
anggota pada satu tubuh, jika salah satu daripada anggotanya sakit maka
seluruh tubuhnya berasa sakit.”
8.
Imam AS yang sama, “Setiap orang mempunyai sesuatu yang melegakan
dan menghiburkannya tetapi seorang mu’min mempunyai saudara
mu’min yang memberikan kelegaan dan menghiburkannya seperti
burung-burung dalam jenis yang sama.”
9.
Imam AS yang sama berkata, “Orang-orang mu’min umpama satu tubuh,
jika salah satu daripada anggota tubuhnya sakit, seluruh tubuh turut
merasa kesakitan.”
Bab IV

Hak-hak Orang Mu’min Ke atas Saudaranya

Moalla bin Khunais meriwayatkan bahawa dia bertanya Imam Ja’far al-Sadiq AS
tentang hak-hak seorang mu’min ke atas saudara semu’minnya. Imam AS
berkata, “Aku amat belas terhadapmu maka aku bimbang engkau tidak akan
dapat melakukan hal yang aku akan katakan kepadamu atau engkau akan
terlupa.” Moalla berkata dia akan berserah kepada Allah dan akan berusaha
sedaya upaya. Kemudian Imam AS berkata, “Seorang mu’min mempunyai tujuh
hak ke atas saudaranya yang mu’min. Semua hak-hak ini adalah wajib. Jika
sesiapa tidak menerima salah satu daripada hak-hak ke atas saudaranya itu,
maka dia akan jauh daripada cinta kepada Allah dan ketaatan kepadaNya.

Pertama, dan yang paling mudah adalah untuk menyukai saudara mu’minnya
umpama apa yang engkau sukai untuk dirimu sendiri dan tidak menyukai untuk
dirinya apa yang dirimu sendiri tidak suka.
Kedua, engkau menolongnya dengan dirimu, wangmu, lidahmu, tanganmu dan
kakimu apa sahaja yang diperlukan.
Ketiga, engkau berusaha mendapatkan kesukaannya dan menjauhi perkara
yang dia benci dan memenuhi kepada kehendaknya.


Keempat, engkau menjadi penuntunnya dan wakilnya apa sahaja yang
diperlukan.
Kelima, engkau tidak makan ketika dia lapar, engkau tidak minum apabila dia
dahaga dan engkau tidak mengenakan pakaian (baru) untuk dirimu pada ketika
dia tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai.
Keenam, jika engkau mempunyai seorang hamba dan saudaramu tidak ada,
engkau hendaklah mengirimkan hamba milikmu untuk membasuh pakaiannya
dan menyediakan makanan dan tempat tidurnya.
Ketujuh, engkau berusaha melunaskan janjinya, menyahut jemputannya,
merawatnya jika dia jatuh sakit dan mengiringi jenazahnya jika dia meninggal
dunia. Jika saudaramu mempunyai sesuatu hajat, engkau hendaklah
menyempurnakan hajat keperluannya sebelum dia memintamu melakukannya.”


“Wahai Moalla, jika engkau menerima hak-hak ini dan menganggapnya sebagai
kewajipanmu maka engkau telah memenuhi hal-hak keperluan saudaramu.”


Dalam hadith lain yang seperti ini, Imam AS berkata, “Jika engkau menerima
hak-hak saudara mu’minnya dan engkau memenuhi hak-hak tersebut, maka
engkau telah memenuhi hak-hak yang diperlukan ke atas cintanya dan dengan
memenuhi cintanya, engkau mendapat cinta dari Allah.”


2. Isa bin Mansoor meriwayatkan bahawa bersama Abdullah bin Abi Yafoor dan
Abdullah bin Talha pada suatu majlis Imam Ja’far al-Sadiq AS. Imam AS berkata
kepada Abdullah bin Abi Yafoor dan berkata, “Wahai putera Abi Yafoor, Nabi
SAWA berkata barang siapa yang memiliki enam sifat, mereka akan nanti
berada di sebelah kanan Krusi Allah SWT. Ibn Abi Yafoor meminta Imam AS
menerangkan enam sifat tersebut. Imam AS berkata, “Pertama, anda menyukai
saudara mu’min anda itu seperti mana anda menyukai saudara terdekat dalam
keluarga anda. Kedua, anda tidak menyukai sesuatu untuknya seperti mana
anda tidak menyukai sesuatu menimpa saudara terdekat dalam keluarga anda.
Dan ketiga, anda ikhlas kepada saudara mu’min anda.
Pada ketika ini, Ibn Abi Yafoor berasa terharu dan air mata gugur dari kelopak
matanya. Dia meminta Imam AS menjelaskan sejauhmana keikhlasan tersebut.
Imam AS berkata, “Keikhlasan anda kepada saudara anda hendaklah
merangkumi tiga perkara. Pertama, anda hendaklah berduka dengan
kedukaannya. Kedua, anda berasa gembira dengan kegembiraannya, dan
ketiga, anda menangis untuk melegakan kesedihannya dan jika anda mampu,
dan jika anda tidak mampu melapangkan kesedihannya, anda hendaklah berdoa
kepada Allah supaya menghapuskan kesedihannya.

Selepas beberapa ketika , Imam AS sekali lag berkata, “Tiga sifat yang
disebutkan itu menyentuh tentang diri anda tetapi yang tiga lagi ini menyentuh
tentang diri kami. Pertama, anda mengakui hak keutamaan kami. Kedua, anda
bersikap lembut kepada keturunan kami dan ketiga anda menantikan ketibaan
masa depan kita.


Mereka yang mempunyai semua sifat-sifat ini akan dihimpunkan di hadapan
Arasy Allah dan orang ramai akan meminta cahaya daripada mereka. Dan
mereka yang hanya memiliki sebahagian daripda sifat-sifat ini akan berada di sisi
kanan Krusi Allah. Mereka ini akan juga dimuliakan dan jika orang lain
menyaksikan kedudukan mereka, mereka pasti lebih suka kepada kematian
untuk mencapainya.” Pada saat ini Ibn Abi Yafoor bertanya Imam AS mengapa
yang lain tidak dapat melihat kedudukan mereka yang akan berada di sisi Krusi
Allah. Imam AS menjawab, “Mereka akan ditutupi dengan cahaya Allah.
Tidakkan anda mendengar Nabi SAWA berkata bahawa orang-orang mu’min
akan berada di hadapan dan sisi Krusi Allah, dan wajah-wajah mereka akan
bersinar dengan terang lebih daripada cahaya matahari? Orang ramai akan
berkata-kata tentang mereka dan mereka akan diberitahu bahawa inilah orang-
orang yang cinta sesama mereka kerana Allah semata-mata.”

3. Imam Ja’far Sadiq AS berkata, “Demi Allah, ibadah yang terbaik ialah
memenuhi tanggungjawab terhadap orang mu’min. Seorang mu’min lebih berhak
daripada Ka’bah, Baitullah. Seorang mu’min adalah saudara kepada mu’min
yang lain. Dia adalah mata dan pemandu kepada saudaranya. Dia tidak pernah
memperdayakannya atau membiarkannya. Di antara hak seorang mu’min
kepada saudaranya ialah dia tidak makan ketika saudaranya lapar, dia tidak
minum ketika saudaranya dahaga dan dia tidak mengenakan pakaian untuk
dirinya ketika saudaranya tidak memiliki pakaian. Pada hakikatnya hak-hak
seorang mu’min adalah besar.”
Imam AS selanjutnya berkata, “Kalian menyukai sesuatu untuk saudara kalian
seperti mana kalian menyukai sesuatu untuk diri kalian. Jika kalian inginkan
sesuatu, hendaklah kalian meminta dari saudaramu. Dan jika dia berhajatkan
sesuatu daripada dirimu, maka engkau hendaklah memberikannya tanpa
menyusahkan hatinya. Tolonglah saudara kamu, nescaya dia akan menolong
kamu. Jika dia jauh, maka anda hendaklah menjaga kepentingannyaa, dan jika
dia bersama anda, akan memuliakannya apabila menemuinya, kerana dia
daripada anda dan anda daripadanya. Jika dia marah kepada anda, anda tidak
harus meninggalkannya sehingga dia kembali menyukai anda. Jika dia
mendapat wang, anda hendaklah bersyukur kepada Allah, dan dia dia
mengalami kerugian, anda hendaklah berusaha menggantikannya, bersabar dan
memberikan keutamaan kepadanya.

4. Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata seorang mu’min adalah saudara kepada
orang-orang mu’min yang lain dan adalah menjadi haknya saudara-saudaranya
bersifat ikhlas dan simpati ke atasnya. Mereka juga harus membantunya dari
musuh-musuhnya.
5. Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata, ibadah yang paling baik ialah melunaskan
tanggungjawab seseorang ke atas orang-orang mu’min.
6. Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata bahawa Nabi SAWA mengisytiharkan
bahawa seorang Muslim adalah saudara kepada muslim-muslim yang lain. Dia

tidak menipu mereka atau menjauhkan diri daripada menolong mereka, tidak
menghalang mereka daripada memperolehi sesuatu atau mengkhianati mereka.

7. Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata, “Adalah menjadi hak orang Islam ke atas
saudaranya dan andainya dia bersin, saudaranya hendaklah mengucapkan,
“Semoga Allah mengasihi anda (Yarham ka-llah),” dan jiak dia jatuh sakit,
saudaranya hendaklah merawatnya dan jika dia meninggal dunia saudaranya
hendaklah mengiringi jenazahnya.”
8. Imam Mohammad al-Baqir AS berkata pada suatu hari orang-orang Islam
sedang dalam perjalanan mereka. Mereka tersesat di padang pasir dan dalam
keadaan amat dahaga. Dalam keadaan hampir putus harapan, mereka duduk
berhampiran batang pokok yang yang kering. Pada ketika itu seorang tua yang
berpakaian jubah putih muncul dan memberitahu mereka tentang sebuah matair
yang berada di hadapan mereka. Mereka bergegas menuju ke tempat itu dan
minum airnya sepuas hati. Kemudian mereka bertanya nama orang tua itu dan
tempat tinggalnya. Orang tua itu memberitahu mereka bahawa dia sebenarnya
adalah jin yang memeluk Islam di tangan Nabi SAWA. Dia selanjutnya
menerangkan kepada mereka bahawa dia telah mendengar Nabi yang mulia
SAWA berkata bahawa seorang mu’min adalah saudara kepada mu’min-mu’min
yang lain; dia menjadi mata dan pemandu baginya. Justeru, dia menyatakan
kepada mereka bahawa mereka tidak akan binasa selagi dia ada di tempat itu.
9. Simaah meriwayatkan bahawa dia memberitahu Imam AS bahawa ada di
kalangan saudaranya yang mempunyai wang yang lebih sedangkan yang lain
amat memerlukan wang. Mereka tidak boleh hidup dengan wang zakat dan
adalah tidak wajar mereka kelaparan sedangkan saudara mereka bersenanglenang.
Pada masa adalah masa susah.
Mendengar hal ini, Imam AS berkata, “Seorang Muslim adalah saudara kepada
Muslim yang lain. Dia tidak melakukan kezaliman kepadanya atau dia tidak
mengelakkan diri daripada menolongnya. Adalah menjadi kewajipan kepada
umat Islam menolong saudara mereka yang miskin, dan bersimpati kepada
mereka. Mereka hendaklah mengasihani sesama mereka seperti mana yang
Allah perintahkan. Mereka hendaklah melakukan sesama mereka seperti
golongan Ansar Nabi SAWA melakukan.”

Tolonglah Saudara Mu’minmu

10. Perawi meriwayatkan bahawa dia berkata kepada Imam AS, “Ada di
kalangan kami yang hanya mempunyai makanan untuk sehari tetapi ada yang
mempunyai makanan untuk sebulan. Tetapi ada di kalangan kami yang
mempunyai bekalan makanan untuk setahun. Adakah mereka ini yang
mempunyai bekalan makanan untuk sehari, memberikan makanan untuk mereka
yang langsung tidak mempunyai makanan atau adakah mereka yang
mempunyai bekalan makanan untuk sebulan memberikan makanan untuk
mereka yang mempunyai bekalan makanan untuk sehari?” Imam AS berkata,

“Tidak ada kewajipan untuk berbuata demikian. Tetapi mereka yang pemurah
adalah lebih besar tanggungjawabnya. Allah SWT berfirman tentang makhluk
pilihanNya,
“Mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) daripada diri mereka sendiri
walaupun diri mereka sendiri kesusahan.” (59:9)

Dan jika, ada di antara mereka tidak mahu menjadi dermawan, dia tidaklah
dicerca. Tetapi tangan yang memberi itu lebih tinggi darjatnya daripada tangan
yang menerima. Dan sifat dermawan itu hendaklah bermula kepada orang yang
terdekat.”

11. Imam Mohammad al-Baqir AS bertanya kepada perawi, “Adakah kalian
mempunyai hubungan yang akrab dan kasih sayang di kalangan orang-orang
mu’min sehingga jika salah seorang daripada kalian memasukkan tangannya ke
dalam poket pakaian saudaranya, mengambil apa yang dia perlukan dan
saudaranya tidak melarang perbuatannya itu?” Perawi menjawab bahawa dia
tidak mengetahui akan hubungan yang seakrab itu di kalangan saudarasaudaranya.
Imam AS menjawab, “Jika demikian belum ada kasih sayang di
kalangan kalian.” Perawi bertanya, “Adakah mereka akan binasa dengan sikap
mereka itu?” Imam AS menjawab, “Tidak, tidaklah sampai demikian. Mereka
tidak mempunyai kebijaksanaan yang betul.”
12. Amirul Mu’minin Ali AS berkata Allah telah menjadikan kesabaran sebagai
kewajipan kepada makhluk-makhlukNya yang baik. Mereka bertanya Imam AS
tentang keadaan tersebut. Imam AS berkata, “Pada ketika kalian memohon
kepada orang lain yang untuk orang yang memerlukan sedangkan diri kalian
sendiri lebih memerlukannya.
Allah SWT berfirman, “Mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) daripada
diri mereka sendiri walaupun diri mereka sendiri kesusahan.” (59:9)

13. Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata, “Seorang Muslim adalah saudara kepada
Muslim yang lain. Dia tidak membenarkan ketidakadilan kepada mereka atau dia
tidak akan mengelakkan pertolongan mereka. Dia tidak akan memburukkan
mereka atau menikam dari belakang. Dan dia tidak akan menghalang hak
mereka atau menipu mereka. Adalah menjadi hak orang Muslim ke atas
saudaranya iaitu dia memberi salam ketika bertemu, menziarahinya ketika dia
sakit, menjaga kepentingannya ketika dia tidak ada, mendoakannya ketika dia
bersin, mengalu-alukan seruannya dan mengiringi jenazahnya apabila dia
meninggal dunia.”
14. Imam Mohammad al-Baqir AS bertanya kepada Abu Ismail, “Adakah masih
ada cinta dan belas kasihan di kalangan kalian jika salah seorang daripada
kalian tidak memunyai jubah atau pakaian sedangkan kalian mempunyainya,
yang kaya memberikan jubah atau pakaian kepada yang miskin?” Abu Ismail
menjawab dengan jawapan yang negatif. Imam AS amat terkejut mendengar
jawapannya dan berkata, “Oleh yang demikian mereka bukanlah bersaudara.”

Bab V

Balasan Syurga Bagi Orang Yang Membantu Memenuhi Keperluan Dan
KesusahanOrang-orang Mu’min Serta Memberikan kemudahan Kepada
Mereka

1.
Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata, “Seseorang yang melakukan sesuatu
secara ikhlas kepada seorang Muslim, maka Allah SWT menulis dalam
kitabnya satu kebaikan untuk setiap langkah dan menghapuskan satu
keburukan untuk setiap langkah seterusnya tidak kira sama ada dia
berjaya dalam urusannya itu atau tidak. Tetapi jika tidak ikhlas, bermakna
dia menipu Allah dan RasulNya. Maka mereka akan menjadi musuhnya.”
2.
Imam yang sama AS berkata, “Allah telah memilih di kalangan manusia
untuk memberikan kemudahan (pertolongan) kepada Syi’ah Ali AS yang
memerlukan dan mereka akan masuk ke syurga disebabkan perbuatan
mereka ini.”
3.
Imam yang sama AS berkata, “Seorang mu’min yang memberikan
kemudahan (pertolongan) kepada saudaranya yang berada dalam
kesusahan akan dipermudahkan Allah SWT 70 kali kesusahan dunia dan
akhirat. Barang siapa yang memberikan sesuatu kepada orang mu’min
yang miskin, Allah akan memudahkan keperluan untuknya di dunia dan di
akhirat nanti. Barang siapa memberikan pakaian kepada orang mu’min
yang miskin, dia akan diberikan 70 pakaian oleh Allah. Allah menolong
orang yang menolong orang mu’min. Maka sewajarnya kalian berusaha
mendapatkan pemberian ini.”
4.
Imam Mohammad Baqir AS berkata, “Berusaha satu langkah ke arah
kepentingan seorang mu’min adalah umpama melakukan 10 amal
kebaikan, dan adalah lebih baik daripada membebaskan 10 orang hamba,
berpuasa sebulan dan melakukan I’tikaf di masjid Ka’bah (Masjidil
Haram).”
5.
Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata, “memberikan kemudahan kepada
seorang mu’min untuk keperluannya adalah lebih baik daripada
menyediakan seribu ekor kuda di jalan Allah dan membebaskan seribu
hamba.” Imam yang sama berkata seorang mu’min yang berusaha untuk
melakukan sesuatu kebaikan untuk saudara mu’minnya, Allah akan
mencatatkan dalam kitabnya satu kebaikan pada setiap langkah yang dia
lakukan untuk melakukan kebaikan itu, menghapuskan satu keburukan
pada setiap langkah dan menaikkan darjatnya. Imam AS selanjutnya
berkata bahawa seorang mu’min yang memberikan kemudahan kepada
seorang mu’min lain yang dalam kesusahan, Allah akan
membebaskannya daripada 70 kesusahan di dunia ini dan di akhirat
kelak. Beliau AS berkata bahawa menolong seorang yang mu’min yang

mustad’fin adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dan
menunaikan E’tikaf di Masjidil Haram Ka’bah.

6.
Nasr bin Qaboos meriwayatkan bahawa dia berkata kepada Imam Musa
al-Kazim AS, “Kami diberitahu bahawa seorang lelaki datang menemui
Imam Husayn AS meminta bantuan beliau AS. Tetapi pada ketika itu dia
beritahu khabar Imam Husayn AS sedang ber’itikaf. Justeru lelaki itu pergi
menemui Imam Hasan AS meminta bantuan beliau AS. Imam Hasan AS
ketika menunaikan permintaan lelaki itu menyatakan bahawa adalah lebih
baik melakukan sesuatu untuk keperluan seorang mu’min daripada
ber’tikaf selama dua bulan di Masjidil Haram Ka’bah. Pada ketika ini,
Imam Musa al-Kasim AS berkata, “Memang benar, ia adalah lebih baik
daripada ber’tikaf untuk masa yang panjang.”
7.
Seorang lelaki dari Huiwan meriwayatkan bahawa ketika dia sedang
bertawaf mengelilingi Ka’bah, seorang daripada saudara Syi’ah
mendekatinya dan memintanya meminjamkan wang kepadanya sebanyak
dua dinar. Perawi ini memberitahu lelaki itu supaya menunggunya selesai
mengerjakan tawaf. Pada ketika itu beliau telah bertawaf lima kali dan
sedang melakukan yang keenam. Pada ketika itu Imam Ja’far al-Sadiq AS
datang dan meletakkan tangannya di bahu perawi tersebut, dan mulai
berbicara dengannya. Apabila mereka sampai ke tempat lelaki itu dan
perawi itu memberikan isyarat tangan kepadanya, Imam AS bertanya
tentang hal itu. Perawi itu memberitahu kepada Imam AS tentang perkara
tersebut. Imam Ja’far al-Sadiq AS pada ketika mengangkat tangannya
dari bahu perawi itu dan mengarahkannya meninggalkan tawaf dan
menunaikan permintaan lelaki tersebut. Perawi itu pun menunaikan
permintaan lelaki tersebut. Pada keesokan harinya apabila perawi tiu
menemui Imam AS, Imam AS memendekkan perbualan dengan sahabatsahabatnya,
berkata kepada lelaki tu, “Tidakkah engkau tahu?
Memberikan kemudahan kepada seorang mu’min demi keperluannya
adalah lebih baik daripada membebaskan seribu hamba dan
menyediakan seribu kuda dengan segala kelengkapannya untuk pergi ke
jalan Allah.”
8.
Imam Muhammad al-Baqir AS meriwayatkan bahawa Nabi SAWA
berkata, “Barang siapa yang menyenangkan seorang mu’min, telah
menyenangku, dan barang siapa yang menyenangkanku, telah
menyenangkan Allah.”
9.
Musmey meriwayatkan bahawa dia mendengar Imam Ja’far al-Sadiq AS
berkata, “Barang siapa yang menyenangkan seorang mu’min yang
menghadapi kesusahan di dunia ini, Allah akan menyenangkan mereka
pada kesusahan di akhirat dan mereka akan keluar dari kuburan mereka
dengan hati yang gembira.”
10. Imam Ja’far al-Sadiq AS AS berkata, “ Barang siapa yang bertawaf di
sekeliling Ka’bah, Allah menuliskan dalam kitabnya, enam ribu kebaikan,

menghapuskan enam ribu kejahatan, dan menaikkan darjatnya enam ribu
darjat. Tetapi menyenangkan seorang mu’min untuk keperluannya, adalah
lebih baik daripada sepuluh ribu tawaf.”

11. Imam yang sama AS berkata, “Memberikan kemudahan kepada seorang
mu’min untuk keperluannya adalah lebih baik daripada membebaskan
seribu hamba dan menyediakan seribu kuda untuk Fi-Sabillah.”
12. Imam Mohammad al-Baqir AS berkata, “Barang siapa yang memberikan
kemudahan kepada seorang Muslim, Allah janjikan syurga untuknya.”
13. Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata, “ Seorang mu’min yang tidak berusaha
membantu saudaranya yang memerlukan bantuan sedangkan dia ketika
itu berkemampuan, Allah akan mengirimkan ular di kuburnya untuk
mengigit jejarinya.”
14. Imam
Mohammad al-Baqir AS berkata, “Seseorang yang menolong
saudaranya yang memerlukan, Allah akan menuliskan dalam kitabnya
sepuluh amal baik, menghapuskan sepuluh amal buruk, dan menaikkan
darjatnya sepuluh darjat. Perbuatannya itu sama seperti membebaskan
sepuluh orang hamba, berpuasa selama sebulan dan melakukan E’tikaf di
Masjidil Haram Ka’bah.”
15. Imam
Ja’far al-Sadiq AS berkata, “Seseorang yang memberikan
pertolongan kepada seorang Muslim untuk mengatasi kesusahan di dunia
ini, Allah akan memudahkan baginya kesusahan yang bakal ditempuhinya
di Hari Pembalasan, dan dia akan keluar dari kuburnya dengan hatinya
sejahtera.”
16. Imam
Musa al-Kazim AS berkata, “ Seseorang yang memberikan
kemudahan kepada seorang Muslim untuk keperluan duniawinya, Allah
akan memberikan kemudahan baginya ketika menghadapi kesusahan di
Hari Pembalasan.”
17. Imam Mohammad al-Baqir AS berkata, “Allah mendedahkan kepada Nabi
Musa AS, “Ada di kalangan makhluk-makhluk pilihanKu yang Aku
memberikan kebebasan kepadanya di Syurga dan ada Aku lantik mereka
menjadi pemerintah. Nabi Musa AS bertanya tentang orang-orang yang
dmaksudkan itu. Allah berfirman, “Mereka ada orang-orang yang
membawa kebahagian kepada saudara-saudara mereka orang-orang
yang beriman.” Imam kemudian menceritakan tentang kisah seorang
mu’min yang lari dari kerajaan yang zalim dan meminta perlindungan dari
kerajaan kafir. Orang kafir itu menerima orang mu’min dengan kasih
sayang dan diberikan kehormatan yang sewajarnya. Apabila orang kafir
itu meninggal dunia, Allah berkata kepadanya, “Walaupun tidak ada
tempat di Syurga bagi orang kafir, namun disebabkan kebaikan yang
telah engkau lakukan kepada orang mu’min itu, maka engkau akan

diselamatkan dari kepanasan api neraka dan diberikan makanan untukmu
dua kali sehari.”

18. Imam
Ja’far al-Sadiq AS berkata, “Orang yang membantu untuk
keperluan saudara Muslim, nescaya Allah akan menuliskan dalam
kitabnya sepuluh kebaikan, menghapuskan sepuluh amal buruk,
menaikkan darjatnya sepuluh darjat dan memberikannya sepuluh darjat
dasn memberikannya perlindungan Pada Hari Pengadilan ketika tidak ada
perlindungan (selain daripada perlindunganNya).”
19. Abu Hamzah meriwayatkan daripda Imam Kelima atau Keenam bahawa
beliau AS berkata, “Seseorang yang memberikan sesuatu kepada orang
mu’min dalam jual-belinya, Allah akan memberikan pemberianNya Pada
Hari Pengadilan.”
20. Imam
Ja’far al-Sadiq As berkata, “Barang siapa yang membawa
kegembiraan kepada seorang mu’min, Allah akan menciptakan satu imej
daripada kegembiraan itu dan memerintahkannya berada di sisinya
sepanjang hayatnya dan selepas kematiannya untuk memberikan
kesukaan kepadanya dan memberikannya nasihat dan bimbingan ketika
dalam kesusahan dan malapetaka.”
21. Imam yang sama AS berkata, “Amal yang paling baik adalah membawa
kegembiraan kepada seorang mu’min, memberikannya makanan,
memberikannya bantuan ketika dia dalam kesusahan atau membayar
hutang-hutangnya.”
22. Imam Mohammad al-Baqir AS berkata,
“Seseorang yang menghormati
saudara seMuslimnya dalam sesuatu majlis dengan kata-kata atau
seumpamanya, dia akan diberikan perlindungan oleh dua malaikat.”
23. Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata, “Allah menyatakan kepada Nabi Musa
AS, “Ada berkata yang dekat denganKu disebabkan amal baik mereka.
Nabi Musa AS bertanya tentang amal baik tersebut. Allah berfirman, “Iaitu
memberikan kegembiraan kepada seorang mu’min.”
24. Imam
yang sama AS berkata, “Bergegas melangkah untuk membantu
seorang Muslim adalah lebih baik daripada tawaf di sekeliling Ka’bah.”
25. Imam yang sama AS, berkata, “Membawa kegembiraan kepada seorang
mu’min adalah satu daripada perbuatan yang disukai Allah.”
26. Safwan
berkata bahawa ketika dia bersama Imam Ja’far al-Sadiq AS
pada hari Tarwih apabila Harun al-Qaddah datang dan menyatakan
kepadanya tentang kesukaran untuk melakukan perjalanan (kerana tidak
ada haiwan tunggangan). Imam AS memerintahkan Safwan pergi
membantunya. Safwan pergi dan menyediakan pengangkutan haiwan
kepadanya untuk di sewa dan kemudian dia kembali kepada Imam AS.

Imam AS amat berpuas hati dalam hal tersebut, berkata kepada Safwan,
“Menolong seorang saudara Muslim adalah lebih baik daripada bertawaf
di sekeliling Ka’bah selama seminggu.” Seorang lelaki datang kepada
Imam Hasan AS dan meminta pertolongannya dalam sesuatu pekara.
Imam Hasan AS pada ketika itu segera menolongnya. Ketika dalam
perjalanannya, dia melihat saudaranya Imam Husayn AS sedang bersolat
di masjid. Dia bertanya kepada orang itu kenapa dia tidak meminta
bantuan daripada Imam Husayn AS. Orang itu menjawab bahawa dia
telah pergi untuk meminta bantuan daripadanya tetapi seseorang
memberitahunya bahawa Imam Husayn AS sedang melakukan Ei’tikaf di
masjid. Pada ketika ini, Imam Hasan AS berkata, “Jika saudaraku Husayn
mahu membantumu, ia adalah lebih baik kepadanya daripada melakukan
E’tikaf selama sebulan.

27. Imam
Mohammad al-Baqir AS berkata, “Perbuatan yang paling baik
kepada seorang Muslim ialah membawa kegembiraan kepada saudara
seMuslimnya. Dan barang siapa memberikan kesukaan kepada seorang
Muslim, Allah akan menyukainya.”
28. Abul Hasan AS berkata, “Allah telah menyediakan satu tempat di syurga
untuk tiga jenis golongan. Pertama, adalah para Imam. Kedua, adalah
orang-orang Islam yang mengizinkan saudaranya menggunakan
wangnya. Dan ketika ialah golongan Islam yang melangkah keluar untuk
membantu saudara-saudaranya sama ada dia berjaya atau tidak.”
29. Mohammad bin Marwan meriwayatkan bahawa Imam Ja’far al-Sadiq AS
berkata, “Barang siapa yang melangkah keluar untuk membantu saudara
seMuslimnya, Allah akan menuliskan dalam kitabnya sepuluh amal baik,
menghapuskan sepuluh amal buruk dan menaikkan darjatnya sepuluh
darjat. Perbuatannya ini adalah lebih baik daripada membebaskan
sepuluh orang hamba, melakukan E’tikaf di Masjidil Haram Ka’bah dan
berpuasa selama sebulan.”
30. Imam
Mohammad al-Baqir AS berkata, “Seseorang yang melangkah
keluar untuk melakukan perkerjaan untuk saudara seMuslimnya dan sam
ada dia berjaya atau tidak, Allah tetap memberikannya ganjaran satu
kedudukan yang kukuh di sisiNya Pada Hari Pengadilan.”
31. Imam
Ja’far al-Sadiq AS meriwayatkan bahawa Nabi SAWA berkata,
“Barang siapa yang membantu saudaranya yang tertindas dan
meringankannya daripada kesusahan, Allah menyediakannya dengan
tujuh puluh dua rahmat yang mana satu sahaja daripadanya cukup untuk
membawa kebahagiaannya di dunia dan tujuh puluh satu lagi adalah
untuk kehidupanya di akhirat.”
32. Imam yang sama AS meriwayatkan Nabi SAWA berkata, “Barang siapa
yang memberikan penghormatan kepada seorang mu’min, dia telah
memberikan penghormatan kepada Allah Yang Maha Berkuasa.”

33. Imam
Ja’far al-Sadiq AS berkata, “Apabila kalian melakukan sesuatu
untuk seorang mu’min, kalian hendaklah menjaga tiga perkara. Pertama,
kalian bersegera terhadap perkara yang akan kalian lakukan itu. Kedua,
kalian menganggap keperluannya itu dan pertolongan kalian adalah
perkara kecil dan Ketiga kalian menyembunyikannya dari pengetahuan
orang lain.”
34. Imam yang sama AS, “Barang siapa yang memberikan pinjaman kepada
seorang mu’min demi kerana Allah, akan diberikan ganjaran olehNya
dengan ganjaran kebajikan. Mendoakan seorang mu’min ialah
menjauhkannya daripada kesusahan dan mendatangkan kepadanya
kemakmuran.”
35. Ibrahim-at-Taimy berkata bahawa pada suatu ketika beliau bertawaf di
sekeliling Ka’bah, apabila Imam Ja’far al-Sadiq AS meletakkan bahunya di
atas bahu beliau dan berkata, “Adakah anda ingin mengetahui kebaikan
daripada tawaf ini?” Ibrahim berkata beliau amat ingin mengetahuinya.
Imam AS berkata, “Seorang Muslim yang melakukan tawaf di sekeliling
rumah ini (Ka’bah) tujuh kali, kemudian meneruskannya dengan bersolat
dua rakaat di Maqam Ibrahim AS, Allah akan menuliskan dalam kitabnya
seribu amal kebaikan, menghapuskan seribu amal buruk, dan menaikkan
darjatnya seribu darjat.” Kemudian Imam AS bertanya Ibrahim Tamiy
sama ada beliau mahu mengetahui tentang sesuatu yang lebih tinggi
ganjarannya dan Ibrahim menjawab beliau mahu mengetahuinya. Imam
AS berkata, “Membantu seorang mu’min daripada kemelut kesusahannya,
adalah lebih baik daripada tujuh tawaf di sekeliling Ka’bah, sepuluh kali
dan sepuluh kali.”
36. Aban
bin Taghlib bertanya Ima Ja’far al-Sadiq AS tentang hak-hak
seorang mu’min di atas saudaranya. Imam AS berkata, “Hak-hak seorang
mu’min ada amat besar dan aku bimbang anda tidak akan
mempercayainya jika aku nyatakan kepada anda. Apabila seorang
mu’min keluar dari kuburnya, satu rupa bentuk manusia keluar
bersamanya dan memberikannya berita gembira dan kebahagiaan dari
Penciptanya. Kemudian lembaga itu mengiringinya dalam perjalanannya.
Apabila dia berasa takut sesuatu perkara, ia akan memberikannya katakata
semangat bahawa perkara itu bukan untuknya. Dan apabila dia
menemui hal yang menyenangkannya, ia akan berkata hal ini adalah
sesuai untuknya. Dengan cara ini, ia sentiasa mendampinginya sehingga
dia di masukkan ke dalam syurga. Pada masa itu orang mu’min itu
bertanya lembaga manusia itu tentang identitinya. Lembaga manusia ini
menyatakan bahawa dia adalaah suatu rupa bentuk kebahagiaan yang
diciptakan Allah kerana sikapnya memberikan kesenangan kepada
saudaranya semu’minnya dalam urusan keduniaan.
37. Imam
Ja’far al-Sadiq AS berkata bahawa Allah mendedahkan kepada
Nabi Daud AS, “Ada di kalangan makhluk-makhlukKu datang kepadaKu

dengan amal baik yang dengannya sahaja akan melayakkannya masuk
ke syurga.” Nabi Daud AS menyatakan keinginannya untuk mengetahui
lebih lanjut. Allah SWT berfirman, “Ia adalah memberikan kebahagian
kepada seorang mu’min walaupun dengan sebiji buah kurma.” Pada
peringkat ini, Nabi Daud AS menyeru, “Wahai Tuhanku, ia adalah tugas
suci kepada orang-orang yang mengenaliMu dan tidak berputus asa.”

38. Imam yang sama AS berkata,”Apabila seorang Muslim datang kepada
saudara seMuslimnya dalam sesuatu urusan, dan saudaranya bersamasamanya
dalam urusan tersebut, dia umpama seperti seorang yang
berjihad di medan perang demi untuk Allah.”
39. Imam yang sama AS berkata, “Barang siapa yang membantu saudaranya
yang dizalimi dan menyenangkan hatinya daripada penderitaan dan
memenuhi keperluannya, maka dijamin oleh Allah tujuh puluh dua rahmat.
Satu sahaja sudah mencukupi untuk memberikan kehidupannya di dunia
bahagia. Baki tujuh puluh satu rahmat disediakan untuknya Pada Hari
Keadilan yang akan menyelamatkannya daripada malapetaka yang
dahsyat pada hari tersebut.”
Bab VI

Ziarah Orang Mu’min Yang Sakit

1.
Nabi SAWA berkata, “Seorang mu’min yang pergi menziarahi seorang
mu’min yang sakit, adalah berada dalam rahmat kasih sayang Allah SWT,
dan apabila dia berada bersama-samanya dan bertanya tentang keadaan
kesihatannya, beribu-ribu malaikat mendoakannya pada sepanjang hari
atau sepanjang malam.”
2.
Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata, “Seorang mu’min yang melawat
saudaranya bertanya khabar tentang kesihatannya dan duduk bersamasamanya,
adalah berada dala rahmat kasih sayang Allah SWT dan
beribu-ribu malaikat mendoakannya dari pagi hingga ke petang, dan jika
dia mengulangi lawatannya itu pada waktu petang, mereka
mendoakannya untuk sepanjang malam.”
3.
Imam Mohammad al-Baqir AS berkata, “Apabila seorang Muslim datang
menziarahi rumah saudaranya demi kerana Allah, nescaya Allah melantik
tujuh puluh ribu malaikat untuknya supaya mengikutinya dan
mengucapkan tahniah kepadanya dari belakang dan berkata,
“Bergembiralah. Syurga adalah untukmu.”
4.
Diriwayatkan Amirul Mu’minin Ali AS ketika beliau meminta salah seorang
sahabatnya menemaninya melawat seorang yang sakit. Orang itu
menemani Amirul Mu’minin pergi ke rumah orang sakit tersebut. Apabila

Amirul Mu’minin masuk ke dalam, beliau mendapati Aba Musa berada di
dalam bersama orang sakit itu. Amirul Mu’minin bertanya Aba Musa sama
ada dia datang untuk bertanya khabar tentang kesihatan orang itu atau
tentang urusan lain. Aba Musa menjawab, dia datang ke rumah orang itu
untuk bertanya khabar tentang kesihatannya. Pada ketika ini, Amirul
Mu’minin AS berkata, “Apabila seorang mu’min datang untuk bertanya
khabar tentang kesihatan saudaranya, maka beribu malaikat berdoa
untuknya sehingga dia kembali ke rumahnya.”

5.
Imam Mohammad Al-Baqir AS meriwayatkan dari ayahandanya Imam Ali
Zainal Abidin AS, dari ayahandanya Imam Husayn AS, dari Nabi SAWA
dari Jibril AS bahawa Allah mengirimkan seorang malaikat ke bumi dan
ketika dia sampai ke pintu rumah seseorang, seorang lain juga sedang
meminta izin untuk masuk ke dalam rumah tersebut. Malaikat berhenti
sebentar dan bertanya orang itu mengapa dia mahu masuk ke dalam
rumah tersebut. Orang itu menjawab bahawa tuan rumah tersebut adalah
saudara se Muslimnya dan dia sedang sakit. Justeru, dia mahu
melihatnya dan bertanya khabar tentang kesihatannya hanya kerana Allah
SWT. Malaikat itu memberitahu orang tersebut bahawa dia adalah utusan
Allah kepadanya dan telah membawa salam Allah kepadanya kerana
tindakannya ini. Malaikat itu seterusnya menyatakan kepadanya bahawa
Allah telah menjamin syurga baginya dan adalah menjadi ketetapan Allah
bahawa barang siapa di kalangan Muslim yang mahu melihat saudara
seMuslimnya yang sedang sakit, diumpamakan seperti dia menziarahi
Allah SWT dan diberikan ganjaran syurga.”
6.
Imam Ja’far al-Sadiq AS meriwayatkan Nabi SAWA berkata kepada
sahabat-sahabatnya, “ Adakah kalian suka aku nyatakan kepada kalian
tentang orang-orang yang akan masuk ke syurga?” Mereka adalah Nabinabi,
para pendokong mereka, para syuhuda, orang yang tidak bersalah
dan orang-orang yang menziarahi saudaranya dari satu tempat yang jauh
di sebuah kota demi kerana Allah.”
7.
Abu Hamzah meriwayatkan bahawa dia mendengar Imam AS berkata,
“Barang siapa yang pergi melawat saudara semu’minnya demi kerana
Allah, bagi mendapatkan ganjaran pahala, Allah melantik tujuh puluh ribu
malaikat untuknya apabila dia keluar dari rumahnya. Mereka memberikan
tahniah kepadanya dan berkata, “Bergembiralah. Syurga adalah untuk
anda. Anda telah mendapat satu tempat di sana.”
8.
Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata, “Seorang mu’min yang melawat saudara
semu’min, Allah berkata kepadanya, “Bergembiralah. Kesenangan syurga
adalah untukmu.”
9.
Imam yang sama AS meriwayatkan bahawa Nabi SAWA berkata,
“Seorang Muslim yang pergi menziarahi saudaranya yang sedang
menderita sakit dan duduk dekat dengannya untuk menyenangkan
hatinya akan mendapat rahmat Allah yang amat besar, dan apabila dia

kembali ke rumahnya, tujuh puluh ribu malaikat berjalan bersamasamanya
dan berkata, “Tahniah, ke atas kejayaan anda mendapat
syurga.”

10.Imam Mohammad al-Baqir AS berkata bahawa Allah menyediakan satu
tempat yang tinggi di syurga untuk tiga jenis manusia. Mereka adalah
orang-orang tidak mementingkan kehendak dirinya sendiri, mereka yang
melawat saudaranya untuk mendapat kebaikan dan mereka yang
melakukan amal baik untuk saudara mereka semata-mata untuk
mendapat keredhaan Allah.”

11.Diriwayatkan kedua-dua Imam Mohammad al-Baqir AS dan Imam Ja’far
al-Sadiq AS berkata, “Pada Hari Keadilan kelak, Allah akan menyeru
orang-orang beriman ke SinggahsanaNya, menghisabnya dengan hisab
yang mudah, dan Dia akan berkata, “Mengapa engkau tidak menziarahiKu
ketika aku sakit?” Orang Mu’min itu berkata,”Engkau adalah Tuhan
PenciptaKu dan aku adalah makhlukMu yang lemah. Tidak ada sakit dan
kesakitan yang boleh menimpa ke atasMu.” Allah SWT berkata, “Benar,
memang demikian. Tetapi tidakkah engkau ingat tentang seseorang –
anak kepada seseorang?”Allah SWT berkata, “Mengapa engkau tidak
pergi menziarahinya ketika dia sedang sakit? Jika engkau pergi ke sana
maka engkau akan dapati Aku ada di sana untuk memberikan segala
keperluanmu, memenuhi permintaanmu dan mengkabulkan doa-doamu.”

12.Imam Mohammad al-Baqir AS berkata, seorang malaikat berlalu di
hadapan seorang lelaki yang sedang berdiri di pintu rumah lelaki lain.
Malaikat itu bertanya orang itu alasan dia berdiri di situ. Orang itu
menjawab bahawa rumah itu yang dia hendak ziarahi itu didiami oleh
seorang saudara Muslim. Malaikat bertanya adakah ada hubungan
tertentu di antara mereka atau dia ada sesuatu urusan dengan orang
tersebut. Lelaki itu menjawab tidak sama sekali dan berkata dia tidak ada
sebarang urusan dengan lelaki itu dan hanya ada satu alasan sahaja yang
menghubungkan mereka iaitu Islam. Dia selanjutnya menyatakan dia
menziarahi orang itu hanya kerana Allah semata-mata. Pada ketika ini,
malaikat tersebut memberitahu kepadanya bahawa dia (malaikat) adalah
utusan Allah dan telah membawa salam dari Allah dan dengan
disebabkan dia menziarahi lelaki itu hanya kerana Allah, maka Allah
menjaminnya dengan syurga dan menyelamatkannya dari bencana api
Neraka.”

13.Imam Mohammad al-Baqir As berkata, “Seorang Mu’min yang menziarahi
seorang Mu’min yang lain, diumpamakan seperti dia telah menziarahi
Allah SWT. Dan seorang Mu’min, yang melawat saudaranya yang sakit
dan duduk di sampingnya untuk menenangkan dan mengembirakan
hatinya, adalah berada dalam rahmat Allah yang melimpah-ruah; dan
apabila dia kembali ke rumahnya, tujuh puluh ribu malaikat dilantik untuk
mendoakannya. Mereka mengucapkan tahniah ke atasnya di atas
pencapaiannya mendapat tempat yang luas di Syurga.”


Bab VII

Tentang Balasan Syurga Kerana Memberi Makan dan Pakaian Serta
Membayarkan Hutang Orang Mu’min

1.
Imam Mohammad al-Baqir AS berkata, “Memberi makan kepada orang-
orang Islam adalah sama dengan membebaskan seorang hamba yang
dimiliki oleh ahli keluarga keturunan Nabi Ismail iaitu Nabi (Muhammad
SAWA).”
2.
Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata, “Mengalu-alukan dua orang Mu’min
masuk ke rumah dan memberikan makanan kepada mereka adalah lebih
baik daripada membebaskan seorang hamba.”
3.
Imam Zainal Abidin AS berkata,”Seseorang yang memberikan makanan
untuk seorang Mu’min yang lapar, nescaya Allah akan memberikan
makanan untuknya dengan buah-buahan syurga. Barang siapa yang
memberikan minuman kepada seorang Mu’min yang dahaga, nescaya
Allah akan menghilangkan kehausannya Pada Hari Keadilan dengan
minuman-minuman Syurga. Pada barang siapa, yang memberikan
beberapa pakaian kepada seorang Mu’min yang memerlukan, akan
berada di bawah perlindungan Allah selagi (pemberian itu) masih ada.”
4.
Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata, “Barang siapa yang memberikan
makanan kepada seorang Mu’min yang lapar nescaya akan diberikan
buah-buahan Syurga, barang siapa yang memberikan minuman kepada
seorang Mu’min yang dahaga, akan disediakan dengan minuman dari
Syurga dan barang siapa yang memberikan pakaian kepada seorang
Mu’min yang memerlukan, akan berada di bawah perlindungan Allah
selagi (pemberian itu) masih ada.”
5.
Imam yang sama AS berkata kepada salah seorang sahabatnya,”Wahai
Tsabit, dapatkah anda membebaskan seorang hamba setiap hari?” Thabit
menjawab bahawa dia tidak mampu berbua demikian. Kemudian Imam
AS berkata, “Bolehkan anda memberikan makanan kepada empat orang
Mu’min pada setiap hari dan malam?” Thabit menjawab bahawa dia boleh
berbuat demikian. Imam AS berkata,”Perbuatan itu adalah sama dengan
membebaskan seorang hamba.”
6.
Imam yang sama AS berkata, “Barang siapa yang memberikan seorang
Mu’min pakaian, akan berada di bawah rahmat Allah selagi pakaian
tersebut masih ada. Barang siapa yang memberikan minuman kepada
seorang Mu’min, nescaya Allah akan menghilangkan dahaganya dengan
minuman dari Syurga, dan barang siapa yang memberikan makanan
kepada seorang Mu’min nescaya akan diberikan makanan dari buahbuahan
Syurga.”

7.
Amirul Mu’minin AS berkata, “Memberikan makanan kepada saudara
anda adalah lebih baik daripada memberikan wang sedirham kepada
orang lain, dan memberikan sedirham wang kepada saudara anda adalah
lebih baik daripada memberikan sepuluh dirham kepada orang lain, dan
memberikannya sepuluh dirham adalah lebih baik daripada
membebaskan seorang hamba.”
8.
Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata, “Seorang Mu’min, yang memberikan
makanan kepada orang lain sehingga ia berasa puas hati, nescaya Allah
akan memberikannya makanan buah-buahan dari Syurga, dan orang
yang memberikan minuman kepadanya akan mendapat minuman dari
Syurga daripada Allah, dan orang yang memberikannya pakaian, akan
mendapat pakaian berwarna hijau dari Syurga dan akan berada di bawah
perlindungan Allah.”
9.
Imam Mohammad al-Baqir AS berkata, “Ada tiga perkara yang disukai
Allah. Ia adalah memberikan makanan kepada orang-orang Islam yang
lapar, menghilangkan penderitaannya dan membayarkan hutanghutangnya.”
10.Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata, “Berita baik yang mula-mula sekali
diperolehi oleh seorang Mu’min dalam kuburnya adalah (dosa-dosa)
orang-orang yang mengiringinya ke tanah perkuburan itu akan
diampunkan.”

11.Sudair berkata bahawa Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata kepadanya,
“Dapatkah anda membebaskan seorang hamba setiap hari?”Sudair
menjawab bahawa dia tidak dapat berbuat demikian. Imam al-Sadiq AS
berkata, “Lantaran itu hendaklah anda memberikan makanan kepada
seorang Mu’min pada setiap hari.” Sudair bertanya kepada Imam AS
adakah dia patut memberikan makanan hanya kepada orang Mu’min yang
miskin atau yang kaya juga?” Imam AS berkata, “Orang yang kaya dapat
membeli makanan mereka setiap hari.”

12.Imam Mohammad al-Baqir AS berkata, “Memberikan makanan kepada
seorang Muslim adalah umpama membebaskan seorang hamba.”

Bab VIII

Tentang Perkara Yang Tidak Patut Dilakukan Kepada Orang-orang Mu’min

1.
Zurarah berkata dia mendengar Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata,
“Seorang Mu’min yang setiap mencari kesalahan saudaranya untuk
mencelanya adalah lebih hampir kepada kekufuran.”

2.
Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata,”Barang siapa yang mencela seorang
Mu’min sedangkan hal itu tidak benar sama sekali, akan dibangkitkan dari
kuburnya Pada Hari Kebangkitan dengan kakinya dipenuhi dengan lumpur
kotor.”
3.
Imam Ja’far al-Sadiq AS meriwayatkan bahawa Nabi SAWA berkata,
“Barang siapa yang dengan sengaja menyebarkan keburukan orang lain
adalah umpama dirinya sendiri yang melakukannya, dan barang siapa
yang mencela dan menghina seorang Mu’min nescaya dirinya sendiri
akan dihina dengan cara yang sama sebelum kematiannya.”
4.
Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata, “Hendaklah wujud saling menghormati
di antara dua orang Mu’min. Jika seorang Mu’min memutuskan hubungan
persaudaraan dengan saudaranya yang Mu’min itu, dia telah membawa
dirinya di tepi jurang kekufuran. Dan jika dia tidak sengaja mencaci
saudaranya, imannya sendiri telah larut seperti larutnya seketul garam
dalam air.”
5.
Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata, “Apabila seorang mencela saudaranya
tanpa sebab, dia telah memotong hubungannya dengan saudaranya itu.
Jika dia mengisytiharkan saudaranya itu sebagai musuh, maka dia telah
melakukan perbuatan kufur. Dan jika dia secara tidak betul mencelanya,
maka imannya sendiri telah larut seperti seketul garam melarut dalam
air.”
6.
Nabi SAWA berkata, “Barang siapa yang tidak menyukai sesuatu perkara
kepada saudaranya sama seperti dirinya sendiri adalah sebenarnya
bukan saudaranya.”
7.
Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata, “Mengharapkan sesuatu kebaikan dari
orang Mu’min adalah perkara yang sukai Allah dan mencela seorang
Mu’min selepas kematiannya adalah seperti mencelanya pada ketika
hidupnya.”
8.
Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata, “Seorang Mu’min yang tidak membantu
saudara Mu’minnya apabila dia berkemampuan tidak akan memperolehi
pertolongan Allah, sama ada di dunia atau di akhirat.”
9.
Imam J’afar al-Sadiq AS berkata, “Seorang Mu’min yang diminta
bantuannya oleh saudaranya, berkemampuan melakukannya tetapi tidak
melakukannya, nescaya Allah akan mengirimkan ular di kuburnya untuk
mengigit jari-jarinya.”
10.Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata, “Seorang Mu’min yang tidak ikhlas
terhadap saudara Mu’minnya adalah tidak ikhlas kepada Allah dan
NabiNya SAWA.”


11.Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata, “Janganlah kamu meremehkan
saudaramu yang miskin, kerana Allah mempunyai kasih sayang
terhadapnya disebabkan tindakan kamu kepadanya dan kekayaanmu
mungkin akan hapus.”

12.Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata, “Barang siapa yang mencela seorang
Mu’min yang miskin, nescaya Allah membencinya sehingga dia
membayar kaffarah di atas perbuatannya itu.”

13.Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata, “Memberikan kegembiraan kepada
seorang Mu’min adalah umpama memberikan kegembiraan kepada Nabi
SAWA dan barang siapa yang memberikan kegembiraan kepada Nabi
SAWA, dia telah memberikan kegembiraan kepada Allah, begitu juga
perbuatan yang menyebabkan orang Mu’min tidak suka adalah umpama
menyebabkan Nabi SAWA tidak suka.”

14.Imam Ja’far al-Sadiq AS meriwayatkan bahawa Nabi SAWA berkata,
“Allah mengisytiharkan bahawa barang siapa yang menghina ‘sahabatsahabat’Nya,
telah mengisytiharkan perang terhadapNya.”

15.Moalla bin Khunais meriwayatkan bahawa dia mendengar Imam AS
berkata,”Adalah menjadi ketetapan Allah bahawa barang siapa yang
menghina ‘sahabat-sahabat’Nya, telah mengisytiharkan perang
terhadapNya dan akan membantu sahabat-sahabatNya tanpa
ditangguhkan lagi.”

16.Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata, “Bahawa malaikat Jibril AS datang
kepada Nabi SAWA dan berkata,”Wahai Mohammad, Tuhan anda berkata
bahawa barang siapa yang menghina sahabat-sahabatNya bererti
berperang denganNya.”

17.Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata, “Barang siapa, yang menutup kesalahan
orang-orang Mu’min (tidak menghebohkannya kepada umum), Allah akan
menutup dosa-dosanya pada Hari Pengadilan, dan barang siapa yang
mendedahkannya, Allah akan mendedahkan dosa-dosanya pada hari itu.”

18.Imam Mohammad al-Baqir AS berkata, “Janganlah anda menyalahkan
orang-orang Mu’min, dan janganlah mencari-cari kesalahan mereka,
kerana barang siapa yang mencari-cari kesalahan orang-orang Mu’min,
Allah akan mendedahkan dosa-dosa mereka dan mereka akan dihina di
antara empat dinding rumah-rumah mereka.”

19.Imam Mohammad Baqir AS berkata, “Barang siapa yang memberikan
kegembiraan kepada Syi’ah kita, memberikan kegembiraan kepada Nabi
SAWA dan barang siapa yang menyakiti Syi’ah kita, telah menyakiti Nabi
SAWA.”


20.Abdullah bin Sinan bertanya Imam Ja’far al-Sadiq AS adakah perbuatan
mendedahkan rahsia orang-orang Mu’min dilarang. Imam AS berkata,
“Benar, ia amat dilarang.”

21.Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata, “Barang siapa yang mencari kesalahan
seorang Mu’min tentang sesuatu perbuatan yang tidak dilakukannya, akan
dibangkitkan dari kubur dan kakinya akan diselaputi dengan lumur kotor.”
Imam AS selanjutnya berkata, “Perbuatan mengumpat adalah
menyatakan keburukan dan kesalahan seseorang yang benar-benar ada
pada dirinya ketika dia tidak hadir; tetapi menyatakan ha-hal yang tidak
ada pada diri seseorang adalah fitnah, di mana Allah berfirman, “Dan
barang siapa yang mengerjakan kesalahan atau dosa, kemudian
dituduhkannya kepada orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya ia
telah berbuat sesuatu kebohongan dan dosa yang nyata.” (4:112).

22.Imam Ja’far al-Sadiq AS meriwayatkan bahawa Nabi SAWA
berkata,”Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Pembalasan,
mereka hendaklah tidak berada dalam majlis yang mencela Imam-imam
dan mengumpat orang-orang Mu’min kerana Allah berfirman dalam Kitab
Suci, “Apabila kamu melihat orang-orang yang memperolok-olok ayat-ayat
Kami, maka tinggalkan mereka sehingga mereka membicarakan
pembicaraan yang lain. Dan jika syaitan menjadikan kamu lupa, maka
janganlah kamu duduk bersama orang-orang yang zalim itu sesudah
teringat.” (6: 68)

23.Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata, “Orang yang mengada-adakan cerita
palsu tentang orang Mu’min dengan tujuan untuk menghinanya, Allah
akan menghinanya pada Hari Pengadilan.”

24.Imam Ja’far al-Sadiq AS meriwayatkan bahawa Nabi SAWA memberikan
amaran kepada orang-orang munafik supaya tidak mencari-cari kesalahan
orang-orang Mu’min, nescaya Allah akan menghina mereka secara
terang-terangan dan di antara empat dinding rumah mereka.”

25.Mohammad bin Muslim meriwayatkan bahawa beliau mendengar Imam
AS berkata bahawa Nabi SAWA berkata, “Tidak ada orang yang dapat
menjadi Mu’min sejati sehinggalah jirannya berasa aman daripada
kemarahan dan berlebih-lebihan.”

26.Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata, “Rahsia-rahsia seorang Mu’min adalah
sesuatu yang kudus kepada orang-orang Mu’min yang lain, iaitu tidak ada
seseorang pun yang boleh mendedahkannya.”

27.Imam Mohammad al-Baqir AS berkata, “Barang siapa, saudara
Mu’minnya mengumpat di belakangnnya dan dia tidak melakukan untuk
menghentikan perbuatan tersebut, akan di hina di dunia dan di akhirat.”


28.Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata, “Apabila seorang Mu’min secara tidak
benar mencela saudaranya, dia akan jauh daripada persahabatan di
antara mereka. Apabila seorang Mu’min memanggil saudaranya sebagai
musuh, sama ada salah seorang daripada mereka kafir. Allah tidak
menerima doa-doa orang-orang yang mencela orang-orang Mu’min. Dia
juga tidak menerima doa-doa yang membenci dan meletakkan
permusuhan dalam hati-hati mereka terhadap orang-orang Mu’min.” Jika
orang ramai dapat melihat perkara sebenarnya, mereka akan dapat
melihat suatu kedudukan tinggi bagi orang-orang Mu’min, di mana mereka
akan menundukkan kepada di hadapan mereka sebagai tanda hormat.
Mereka akan melihat bahawa tidak ada satu amal pun yang diterima Allah
kecuali orang-orang Mu’min.”

29.Imam Ja’far al-Sadiq AS meriwayatkan bahawa Nabi SAWA berkata,
“Kehidupan, kehormatan dan harta orang-orang Mu’min akan terpelihara.”

30.Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata, “Janganlah berasa gembira terhadap
penderitaan saudaramu orang Mu’min, nescaya Allah akan belas ke
atasnya dan anda akan menderita. Orang-orang yang berasa gembira
terhadap penderitaan saudaranya tidak akan meninggalkan dunia ini
melainkan dalam keadaan menderita juga.”

31.Akhu Tirbal berkata bahawa dia mendengar Imam Ali AS berkata, “Ada
beberapa perkara yang suci milik Allah di dunia ini. Mereka adalah alQur’an,
Nabi SAWA dan Imam-imam Ahlul Bait AS, Ka’abah dan Mu’min
yang sejati.” Allah telah menjadikan di kalangan hamba-hambaNya yang
memenuhi keperluan orang-orang yang suka kepada amal baik dan
menganggap amal kebajikan itu adalah suatu kebaikan dari Allah dan
akhlak yang mulia. Kebaikan adalah untuk orang Mu’min dan
memperolehi kekayaan tanpa melibatkan perkara dosa dan
membelanjakannya tanpa melakukan dosa. Hati orang Mu’min sejati
adalah lunak dan cinta kepada kelunakan (kelembutan). Orang yang
terbaik ialah orang yang darinya kebaikan terpancar untuk manusia.
Orang yang mendatang kesedihan kepada seorang Mu’min dan kemudian
cuba pula untuk membayar kaffarah (setelah menyesal) kepadanya, maka
kaffarahnya itu tidak akan diterima dan dia tidak akan diberikan balasan
dari perbuatannya itu. Orang yang mendatangkan kesusahan kepada
orang Mu’min tanpa sebab umpama orang yang telah memusnahkan
Mekah dan Baitul Makmur sepuluh kali dan umpama dia telah membunuh
seribu malaikat Allah. Mengasihi seorang Mu’min demi kerana Allah
semata-mata adalah sebahagian daripada iman. Ingatlah barang siapa
yang cinta kerana redha Allah semata-mata, membenci kerana Allah
semata-mata, memberikan sesuatu demi kerana Allah, dan menjauhi
pemberian hanya kerana Allah (apabila dia tahu bahawa Allah tidak
menyukainya) adalah salah seorang daripada hamba-hamba pilihanNya.
Dia adalah salah seorang daripada orang-orang Islam yang sempurna,
yang mana budi pekertinya amat disukai orang orang-orang lain.

0 comments: