? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, November 18, 2008

Husayn bin ‘Ali & Husayn bin Ali ‘AS – Cucunda Rasulullah ‘S.A.W

Husayn bin ‘Ali & Husayn bin Ali ‘AS – Cucunda Rasulullah ‘S.A.W

[Buku ini adalah hasil karya dan hak cipta kepada Ustaz Fadzlullah Shuib, Pustaka
Warisan, Kuala Lumpur, 1989]

PENDAHULUAN

Assalamu’alaikum warahmatüLlahi wabarakatuh.

Segala puji bagi Allah Tuhan Yang Memelihara sekelian alam, selawat dan
salam kepada Rasulullah s. ‘a.w. dan ahli keluarganya Do'a dan munajat kami
pohonkan kepada Allah ‘azza wajalla bahawa dengan kelahiran karya mengenai
Imarn al-Husayn a.s. ini akan memperbanyakkan lagi bahan rujukan dalam bahasa
Melayu rnengenai Rasulullah s.’a.w. dan para Imam dan kalangan ahl al-Bayt.
Sasaran pokok kami ialah di samping pengisytiharan kita kaum muslimin bahawa
Muhammad Rasulullah s.’a.w. sebagai pesuruh Allah dan Imam Umat Islam kita juga
turut menerima kepimpinan zuriat keturunannya seperti cucundanya Imam al-Hassan
dan al-Husayn ‘a.s. Lebih jauh dari itu dengan penulisan sejarah mengenai mereka
terlalu sedikit dilakukan dalam bahasa ibunda kita iaitu bahasa Melayu.

Sebenarnya persoalan dasar dalam karya ini menitikberatkan tentang
pergerakan Islam dan revolusi Islam yang didokong oleh Imam al-Husayn s.a. Malah
pada hemat kami revolusi Islam Al-Husayn yang dipanggil KARBALA dan ‘Asyura
merupakan kesinambungan dari revolusi Islam yang dilancarkan oleh datuknya
Muhammad Rasulullah s.’a.w. Pendek kata al-Husayn ‘a.s. benar-benar mengbayati
konsep jihad dan syahid yang diistiharkan oleh Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.
‘aw. Malah jihad dan syahid merupakan wasilah atau landasan yang syar’iyy dan
diredhai Allah S.W.T. dalam memperjuangkan Islam. Lebih jauh dari itu al-Husayn

r.a. telah menekankan bahawa revolusinya menentang pemerintah Thaghut Yazid
adalah bertujuan untuk mengembalikan kehidupan Islam dan meñghidupkan semula
SUNNAH Rasulullah s. '.a.w.
Revolusi Islam al-Husayn ‘a.s. yang merupakan cucunda késayangan Rasulullah
s.’a.w. putera Ali bin Abu Talib ‘a.s dan Fatimah ‘a.s itu telah membawa pengaruh
yang besar kepada jihad fi sabilillah dan perjuangan umat Islam. Seruan utama dari
revolusi KARBALA ialah setiap bumi Allah ini adalah bumi Karbala yang
mengorbankan darah para syuhada Islam dan setiap hari adalah Ashura yákni hari
yang kesepuluh dari bulan Muharnam yang membawa pengertian yang
mengisytiharkan kepimpinan pilihan Allah Muhammadur Rasulullah s.’a.w. Inspirasi
ini juga yang meniupkan semangat jihad umat Islam di Iran bangsa Salman al-Farsi
yang dengan jayanya di atas pertolongan Allah menegakkan Negara Islam Iran dan
inenghancurkan regim Monarki Shah yang zalim serta yang didokong oleh kuasa
super (besar) Amerika Dan Insyaallah dengan inspirasi ini juga kita melangkah dalam
perjuangan menegakkan syari’at Islam yang diturunkan oleh Allah dan dibawa oleh
Rasulullah s. ‘a.w. di mana-mana juga kita berada.

Perjuangan Islam tidak boleb berlingkar dalam sistem jahiliyah yang sekular
dan tidak boleh tunduk dengan tuntutan kebendaan. Ini disebabkan kehidupan kita
yang hakiki ialah kehidupan akhiratyang dijanjikan oleh Allah kejayaan dan
kemenangan kepada HIZBULLAH (Golongan Islam). Kematian di dunia menurut
Rasulullah s.á.w. dan cucundanya al-Husayn ‘a.s. ialah bermulanya kehidupan yang
hakiki itu. Rasulullah s.’a.w. menegaskan yang bererti Demi Allah yang nyawaku


Husayn bin ‘Ali – Cucunda Rasulullah SAWAW

ditanganNya bahawa kematian kerana ta’at kepada Allah lebih baik dari hidup
dalam maksiat kepada Allah. Manakalá al-Husayn a.s. menegaskan ketika beliau
melihat kemungkaran dan penyelewengan.

“Kehidupanku lihat penuh dengan duri, dan panggilan maut melambai
kedatanganku dengan penuh kerinduan... alangkah jika manusia menyedari bahawa
harta yang disqyanginya itu akan berpisah dari dirinya nescaya mereka akan
membelanjakan harta itu pada jalan Allah dan alangkah jika manusia insaf bahawa
nyawa yang dicintainya akan berpisah dari jasadnya nescaya mereka akan sanggup
mati dicincang pada jalan Allah”...

Demikianlah betapa segarnya konsep kehidupan menurut ajaran Islam dan di sinilah
kekuatan róh jihad dalam Islam apabila para mujahidnya menggangap kematian di
dunia sebagai nikmat bagi mereka untuk kembali menemui keredhaan Allah.
Kecintaan kepada mati inilah yang membangkitkan perjuangan Islam, apabila kita
menggangap kehidupan di dunia ini hanyalah suatu permainan dan sementara maka
demi menegakkan Islam kita sanggup mengorbankan apa saja yang kita miliki
termasuk harta dan nyawa sekalipun. Inilah jejak langkah Imam besar Umat Islam al-
Husayn cucunda Nabi Agong Islam Muhammad s. ‘a.w.

Sebagaimana Allah menyatakan dalam al-Quran bahawa kematian syahid dalam
perjuangan Islam adalah kehidupan yang sentiasa mendapat rezki dari Allah. Malah
kebudayaan syahid itu sendiri sebagai suatu kehidupan yang segar dan mekar demi
menegakkan hukum-hukum Allah di atas bumi ciptaanNya. Seandainya budaya
syahid itu mati dan berkubur tanpa nesan dalam kehidupan umat Islam maka lumpuh
dan lenyaplah kekuatan Islam dan jihad. Dengan itu kebudayaan umat Islam diganti
dengan kecintaan kepada dunia dan kebendaan dan takut mati. Menurut Nabi besar
kita Muhammad bin Abdullah s.’a.w. kebudayaan cinta dunia (materialisme) itu akan
mencampakkan umat Islam ke lembah kecelakaan, kehancuran dan kernunduran.
Inilah yang sedang menimpa kita dan barangkali sedang melanda ke dalam
kehidupan golongan yang mendakwa mereka sebagai pejuang Islam, sebab itulah
bertindak dan berfikir secara meterialisme dan sekular dalam usaha
memperjuangkan Islam.

Bingkisan karya mengenai Saidina al-Husayn bin Ali a.s. ini merupakan siri
kedua pihak kami mengenai keluarga Rasulullah s. ‘a.w. selepas karya mengenai
Imam Ali bin al-Husayn Zainal Abidin. Mudah-mudahan buku ini ditatapi dengan
penuh keikhlasan dan tentunya masih terdapat banyak kelemahan susunan dari
pihak kami sebagai hamba Allah s.w.t. serba da’if ini. Do’a kami semoga Allah
memasukkan ke dalam had kita dengan kesabaran dalam memperjuangkan Islam
dan memperkuatkan langkah-langkah kita demi menumpaskan pihak kafir (musuh
Allah), mudah-mudahan juga Allah mengurniakan kepada kita kecintaan untuk mad
syahid dan membelanjakan harta benda kita pada jalan menegakkan agama Allah.
Amin.

BAB 1
KELAHIRAN YANG DIBERKATI


Husayn bin ‘Ali – Cucunda Rasulullah SAWAW

Setahun selepas keputeraan Imam al-Hassan bin Ali bin AbuTalib ‘a.s. iaitu pada
hari ketiga bulan Sya’aban tahun keempat hijrah telah datang khabar penuh gembira
kepada Rasulullah s.’a.w dengan kelahiran cucundanya al-Hussayn putera Fatimah
az-Zahra ‘a.s. Setélah menerima berita itu lantas bersegeralah Rasulullah s.’aw
menuju ke rumah Fatimah dan Ali v.a. Sesampainya junjungan s. 'a.w. ke sana lantas
bersabda kepáda Asma’ binti ‘Amis; Wahai Asma’ berikanlah cucundaku itu
kepadaku, lalu Rasulullah s.’a.w. memangku al-Husayn as. dan diletakkan di atas
hamparan putih dan dengan penuh kesukacitaan Rasulullah s. ‘a.w. mengucup bayi
itu dan melaungkan azan ditelinga kanan bayi yang mulia dan iqamat ditelinga kirinya
dengan penuh kesukacitaan Rasulullah s. ‘a.w. meletakkan bayi itu di atas
pangkuanñya lalu menangis sehingga Asma’ pun bertanya; Mengapa dikau menangis
wahai Rasulullah? Sabda Rasulullah s. ‘a.w. Aku mènangis kerañan cucunda aku ini.
Lantas Asma’ bertanya Inilah bayi yang dilahirkan kena pada masanya. Rasulullah s.
‘a.w. bersabdá lagi; Wahai Asma’! Cucundaku ini akan. dibunuh oleh satu kumpulan
penderhaka selepas kewafatanku dan mereka itu tidak akan memperolehi syafa’atku.
Rasulullah s. ‘a.w. menyambung lagi Wahai Asma’ janganlah berita ini disampaikan
kepada puteriku Fatimah kerana ini merupakan satu peristiwa yang dijanjikan pada
masa kelahirannya [Dirujuk dari kitab I’lam al-Wara bi I’lam al-Huda karangan at-
Tibrasi, bab Keutamaan Imam Abu Abdullah al-Husayn cetakan tahun 1379, hlm.
217]

Berikutnya Rasulullah s.’a.w. menemui Imam Ali bin Abu Talib r.d., ayahanda kepada
Al-Husayn lantas bersabda kepadanya; Apakah yang ingin dinamakan cucundakau
ini? Lalu Imam Ali as. menjawab; Aku tidak akan mendahului dikau dalam
menamakannya wahai Rasulullah s.’a.w. Dengan peristiwa ini lalu turunlah wahyu
yang suci ke atas kekasih Allah Muhammad s. a.w yang membawa nama kepadanya
daripada Allah Azza wajalla, lantas Rasulullah s.’a.w. bersabda kepada Imam Ali as.:
Dinamakan dia Husayn.

Pada hari ketujuh selepas keputeraan al-Husayn bersegera pula Rasulullah
s.’a.w. pergi ke rumah puteranya az-Zahra ‘a.s. Di Sana junjungan menyembelih
seekor kambing untuk al-Husayn ‘a.s. dan mencukur rambut cucundanya itu serta
memberi sedekah perak sebanyak rambutnya itu. Demikian peristiwa kelahiran al-
Husayn ‘a.s. sebagaimana saudaranya al-Hasan ¶a.s. yang merupakan cucunda
kepada Nabi Besar Islam Muhammad s. ‘a.w.[Asyi’at min hayat al-Hasan bin Ali ‘a.s
diterbitkan oleh Dar At-Tauhid]

BAB 2
KEDUDUKAN AL-HUSAYN ‘A.S.


Al-Husayn ‘as. yang bergelar Abu Abdullah itu memiliki maqam serta
kedudukan yang agong. Kedudukannya yang demikian agong itu hanya boleh
disaingi oleh ayahandanya Imam All bin Abu Talib rd., bondanya Saidatina Fatimah
az-Zahra ‘a.s. dan para imam-imam dari zuriat Rasulullah s. ‘a.w. Adalah sukar bagi
para sejarawan untuk merakamkan keududkan al-Husayn ‘as. dari sudut pandangan
Islam. Mereka hanya mungkin terdaya mengkaji kebesaran maqam Imam al-Husayn
‘a.s. yang menjadi pemimpin para syuhada’ itu dari kacamata syari’at Islamiah
semata-mata.


Husayn bin ‘Ali – Cucunda Rasulullah SAWAW

Al-Qur’an al-karim sendiri yang merupakan kalam ‘Allah yang sentiasa
nienegakkan kebenaran telah merumuskan secara terang benderang mengenai
kedudukan ahi al-Bayt atau keluarga rumahtangga Rasulullah s.’a.w. yang diwakili
oleh Al-Husayn ‘a.:. Allah berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 33:
Ertinya: “Hanyasanya Allah ingin rnenghapuskan segala kekejian dari kamu (wahai)
ahl al-Bayt Rasulullah s.’a.w. dan menyucikan secara semurninya.”[Boleh dirujuk di
dalam kitab Sahih Muslim, Bab Fadhail as-Sahabah atau Sahih Tirmidzi, Juzu’ 2 atau
Musnad Ahmad bin Hanbal dan al-Hakim Naisaburi dalam kitabnya Mustadrak]

Para ahli hadith telah merumuskan sebab-sebab turunnya ayat di atas adalah
sehubungan dengan do’a Rasulullah S. ‘.a.w. yang dipanggil kisa’. Rasulullah s.’a.w.
menujukan do’anya itu terhadap Saidina Ali, Saidatina Fatimah dan kedua-dua
puteranya al-Hasan ‘a.s. dan al-Husayn ‘a.s. Maksud do’a tersebut ialah; Ya Allah
merekalah Ahl Baytku (ahli rumahtanggaku), oleh itu hapuskanlah kekejian dari
mereka dan sucikanlah mereka dengan sebenar-benarnya.)

Ayat tersebut diturunkan bersempena dengan do’a itu. Selanjutnya ayat yang
penuh keberkatan in menandakan penyaksian daripada Allah s.w.t. sendiri
berhubung dengan kesucian ahl Bayt ‘a.s. Rasulullah s. ‘a.w. serta ketinggian maqam
dan kedudukan mcrcka menurut kacamata Islam.

Suatu lagi ayat al-Qur’ãn yang menyatakan ketinggian martabat ahi bayt atau
ahli rumahtangga Rasulullab S. ‘a.u. yang diwakili oleh al-Imam al-Husayn ‘a.S. ialah
ayat Mubahilah (Sanggahan terhadap pendustaan orang-orang kafir) Allah s.w.t.
telah berfirman di dalam surah ‘Ali Imran ayat 61:

Ertinya: “Barangsiapa membantahmu tentangnya (kisah Nabi Isa ‘a.s.) sesudah
datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah kepadanya; “Marilah kita
memanggil anak-anak kami, dan anak-anak kamu, isteri-isteri (perempuan) kami dan
perempuan-perempuan kamu, diri-diri kami dan diri-diri kamu; kemudian marilah kita
bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada
orang-orang yang dusta.”

Dalam membicarakan sebab-sebab turunnya ayat ini, para ahli tafsir telah
berpendapat yang selaras dengan pandangan para ulama lainnya, bahawasanya
ayat ini turun ketika mana kaum Nasara dari Najran telah bersetuju untuk menemui
Rasulullah s.’a.w untuk bermubahalah atau membuktikan kebenaran dengan Allah

S.W.T. Demi untuk bermubahalah dan membuktikan kebenaran risalah yang
dibawanya lantas Rasulullah s. ‘a.w telah keluar menemui orang-orang Nasrani itu
bersama Ahl Baytnya ‘a.s.[Perkara ini boleh dirujuk dalam kumpulan hadith-hadith
sahih yang enam bab Fadhail al-Khamsah, boleh juga dirujuk dalam tafsir Az-
Zamakhshari, dan Imam Fakhur Razi serta Ad-Dar Manthur oleh al-Suyuti] Mereka
terdiri dari cucunda-cucundanya yang dikasihi iaitu al-Hasan dan al-Husayn ‘a.s
puterinya Fatimah az-Zahra ‘a.s yang berjalan di belakangnya dan saudaranya serta
menantunya Imam Ali bin Abu Talib ‘a.s yang berjalan di belakang mereka.
Lalu Nabi s. ‘a.w bersabda: Apabila aku menyeru kamu semua hendaklah
beriman…….Akan tetapi setetah orang-orang Nasara itu melihat wajah-wajah ahl
Bayt Rasulullah s. ‘a.w yang suci murni dan hebat itu menyebabkan jiwa mereka
menjadi goncang dan meminta supaya Rasulullah s. ‘a.w membatalkan tindakan


Husayn bin ‘Ali – Cucunda Rasulullah SAWAW

mubahalah (pembuktian kebenaran dan la’nat Allah). Berikutnya mereka menerima
dan taat terhadap pemerintahan Rasulullah s. ‘a.w dan mereka membayar jizyah
kepada pemerintahan Madinah.

Di dalam ayat tersebut anda akan dapat melihat bahawa diibaratkan Imam Hasan
dan Husayn ‘a.s sebagai anak-anak (Abna’), sedangkan Nabi Muhammad s. ‘a.w dan
Imam ‘Ali bin Abu Talib ‘a.s sebagai diri-diri kami (Anfusana). Adapun Fatimah az-
Zahra diibaratkan sebagai mewakili wanita Islam seluruhnya dengan lafaz (Nisa’ana).
Berdasarkan ayat tersebut dan huraiannya yang jelas itu telah memaparkan kepada
kita mengenai ketinggian maqam dan kedudukan Ahl Bayt Rasulullah s. ‘a.w
sehinggakan apabila Rasulullah s. ‘a.w ingin membuktikan kebenaran ajaran Islam
dan konsep Isa al-Masihi menurut al-Qur’an lantas Rasulullah s. ‘a.w mengajak
keempat-empat Ahl Baytnya iaitu Hasan dan Husayn ‘a.s serta Ali ‘a.s dan Fatimah
az-Zahra, untuk berdepan dengan orang-orang nasrani (kristian) dari Najran itu.

Gambaran ketinggian darjat ahli keluarga Rasulullah s. ‘a.w juga dapat diperhatikan
di dalam ayat 23 Surah asy-Syura firman Allah, bermaksud:

“Katakanlah, aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali
kasih sayang kepada keluarga yang terdekat (Ahl Bayt Rasulullah s. ‘a.w).”

Para ulama tafsir berpendapat bahawa ayat tersebut turun berhubung dengan Ali,
Fatimah, Hasan dan Husayn ‘a.s. Menurut riwayat seorang sahabat yang bernama
Jabir bin Abdullah r.d katanya, seorang Arab telah datang kepada Rasulullah s. ‘a.w
lantas berkata, wahai Muhammad, Kemukakan kepada saya apakah sebenarnya
Islam itu? Lalu Rasulullah s. ‘a.w bersabda; Engkau hendaklah bersaksi
bahawasanya Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa dan tidak ada sekutu
bagiNya dan bahawasanya Nabi Muhammad itu adalah hambaNya dan rasulNya.”
Orang Arab itu bertanya lagi, apakah upahnya ke atas perkara itu? Rasulullah s. ‘a.w
bersabda, Tidak ada upahnya melainkan engkau memberikan kasih sayangmu
kepada ahli keluargaku yang terdekat. Bertanya lagi lelaki itu: “Keluarga akukah
ataupun keluargamu? Seterusnya Rasulullah s. ‘a.w bersabda: Keluargaku.
Berikutnya lelaki itu berkata; Datanglah aku ingin memberi bai’ah (taat setiaku)
kepadamu, dan barang siapa yang tidak mengasihimu dan tidak mengasihi kum
kerabatmu yang terdekat nescaya akan menerima laknat Allah. Rasulullah s. ‘a.w
mengaminkan do’a lelaki tersebut.

Menurut kitab Musnad Imam Ahmad bin Hanbal, Sahih Bukhari dan Muslim, Kitab
ath-Tha’labi dan Tafsir At-Tibrasi yang kesemuanya meriwayatkan dari Abdullah bin
al-Abbas r.d yang berkata bahawasanya ketika turun ayat tersebut maka para
sahabat bertanya kepada Rasulullah s. ‘a.w; Wahai Rasulullah siapakah kerabatmu
yang terdekat yang wajib kami curahkan kasih sayang kepada mereka. Sabda
Rasulullah s. ‘a.w; Mereka ialah ‘Ali, Fatimah dan kedua-dua putera mereka al-
Hasan dan al-Husayn ‘a.s.

Berasaskan keterangan tersebut amat nyata dan jelas tentang kedudukan Imam al-
Husayn dan Ahl Bayt ‘a.s yang sedemikian tinggi di sisi Allah ‘Azza wa Jalla. Berikut
ini akan dibentangkan pula sikap dan pendirian Rasulullah sebagai datuk kepada al-
Husayn terhadap cucundanya yang tercinta itu. Tegasnya akan dikemukakan
kedudukan Imam Husayn menurut Sunnah Rasulullah s. ‘a.w:


Husayn bin ‘Ali – Cucunda Rasulullah SAWAW

1.
Menurut kitab Sahih at-Tirmidzi yang memetik riwayat dari Ya’la bin Murrah
yang berkata; Rasulullah s. ‘a.w telah bersabda yang bermaksud Husayn
daripadaku dan aku pula daripada Husayn, Allah mencintai sesiapa yang
mencintai al-Husayn, adapun al-Husayn zuriat keturunanku putera kepada
puteriku (az-Zahra).
2.
Seorang sahabat Rasulullah s. ‘a.w bersabda bermaksud, al-Hasan dan al-
Husayn adalah cucundaku, sesiapa yang mengasihi kedua-duanya maka
mereka mengasihiku dan sesiapa yang mengasihiku maka ia telah mengasihi
Allah dan sesiapa yang mengasihi Allah maka ia akan dimasukkan ke dalam
syurga; Dan sesiapa yang memusuhi kedua-duanya maka ia telah memusuhi
Allah, dan barang sesiapa memusuhi Allah maka ia akan dicampakkan ke
dalam api neraka mukanya akan terlempar dahulu.[ Lihat kitab I’lam al-Wara,
at-Tibrasi bab Fadhail as-Sabtin, m.s. 219]
3.
Seorang sahabat yang bernama al-Barra’ bin ‘Azib berkata; Aku telah melihat
Rasulullah s. ‘a.w mendokong al-Husayn cucundanya yang masih kecil dan
meletakkan di atas pangkuannya seraya berdo’a yang bermaksud; Ya Allah
sesungguhnya aku mengasihinya oleh itu kasihila dia.
4.
Manakala Abdullah bin Mas’ud r.a pula berkata; Sesungguhnya Rasulullah s.
‘a.w pernah bersabda mengenai al-Hasan dan al-Husayn ‘a.s; Inilah keduadua
cucundaku! Sesiapa yang mencintai kedua-duanya maka ia mencintaiku
dan sesiapa membenci kedua-duanya maka sesungguhnya ia membenciku.
5.
Putera al-Husayn yang bernama Ali Zainal ‘Abidin pula meriwayatkan dari
bapa dan datuknya, katanya bahawasanya Rasulullah s. ‘a.w telah
mengangkat tangan al-Hasan dan al-Husayn dan bersabda; sesiapa yang
mencintaiku maka hendaklah ia mencintai kedua-duanya akan menyertaiku
pada hari Qiamat.[Sila rujuk kitab Tazkiratul Khawas karangan Ibn al-Juzi,
Bab Mencintai Rasulullah dan al-Hasan dan al-Husayn]

Husayn bin ‘Ali – Cucunda Rasulullah SAWAW

BAB 3
KEMURNIAN PERIBADI AL-HUSAYN ‘A.S

Tidak dapat disangkal lagi bahawa kedua cucunda Rasulullah s. ‘a.w al-Hasan dan
al-Husayn ‘a.s telah membesar dan terasuh pada satu tahap yang dipersiapkan oleh
Allah ‘Azza wa Jalla. Ini disebabkan mereka akan menghadapi tugas yang besar
untuk memimpin umat Islam dan seluruh dunia selepas kewafatan datuk mereka
Rasulullah s. ‘a.w. Mereka juga berperanan besar untuk menegakkan dakwah dan
risalah Islam sebagai lanjutan peranan Rasulullah s. ‘a.w. Pendek kata kedua-dua
putera Fatimah az-Zahra ini telah melalui suatu proses tarbiyah dan asuhan
kerohanian dan pemikiran di bawah naungan nenda mereka Nabi Muhammad s. ‘a.w
dan kedua-dua ibu bapa mereka yang tercinta Imam Ali bin Abu Talib ‘a.s dan
Fatimah az-Zahra binti Rasulullah s. ‘a.w.

Oleh yang demikian kemurnian peribadi cucunda Rasul Islam yang agong s. ‘a.w itu
menjadi sebati dan sepadu dengan risalah Allah Tabaraka wa Ta’ala. Lebih-lebih lagi
sekiranya kita tinjau dari sudut aliran pemikiran mereka, tindakan dan perjuangan
mereka yang agong. Di sini akan dibentangkan beberapa gambaran mengenai
keperibadian as-Syahid Imam al-Husayn ‘a.s yang disoroti dari aspek pemikiran,
ideologi, keohanian dan amalan-amalannya.

Hubungan Imam a-Husayn ‘a.s dengan Allah SWT

Di sini pihak kami dengan batasan kemampuan yang ada ingin membentangkan
secara menyeluruh bagaimana mendalamnya hubungan al-Husayn ‘a.s, pemimpin
para Syuhuda ini dengan Tuhannya yang dirinduinya. Keperibadian dan sudut


Husayn bin ‘Ali – Cucunda Rasulullah SAWAW

kerohanian beliau ini boleh dikaitkan dengan asuhan datuknya Rasulullah s. ‘a.w
dan kedua-dua orang tuannya yang suci. Malah keperibadian ketiga-tiga
pengasuhnya itu terpancar nyata pada keperibadian al-Husayn ‘a.s.

Pernah pada suatu hari beliau ditanya oleh seseorang; Apakah yang
menyebabkan engkau sedemikian takut kepada Allah? Lantas Imam berkata;
Seseorang itu tidak akan mencapai kesejahteraan pada hari qiamat melainkan bagi
mereka yang benar-benar takut kepada Allah di dunia.

Pada suatu ketika yang lain Imam al-Husayn ‘a.s. dilihat.sedang mengambil
wudhu’ untuk bersembahyang lalu didapati berubah air mukanya dan menggeletar
seluruh jari-jarinya, lalu seseorang bertanya rnengenai kcadaannya yang demikian
itu. Berikutnya Imam bcrkata; Inilah hak bagi sesiapa Yang menyedari Allah yang
Maha Pcrkasa menguasai kedua-dua tangannya nescaya ia akan menghadapi
keadaan berubah air mukanya dan mcnggeletar jari-jarinya

Untuk melihat dengan lebih nyata perihal mendalamnya hubungan al-Husayn
‘a.s. dengan Allah ialah dengan memerhatikan kebesaran peribadinya pada peristiwa
KARBALA yang rncmhawa kepada kesyahidanriya. Pada malam kesepuluh bulan
Muharrãm yang suci (Asyura) Imam al-Husayn ‘a.s. yang sedang dikepung oleh
tentera Bani Umaiyah teiah meminta mereka membenarkannya dalam detik terakhir
dari kchidupannya untuk melakukan sesuatu. Katanva; Scsungguhnya kami
inginmenunaikan sembahyang dan berdo’a pada Tuhan kami pada malam ini serta
ingin benar kami memohon ampun kepadaNya. Kerana sesungguhnya Dia (Allah)
amat mengetahui bahawa aku amat rindu untuk scmbahyang kepadaNva, membaca
kitabNva serta memperbanyakkan do’a dan istighfar.

Malah dalam detik-detik terakhir hayatnya Imam al-Husayn ‘a.s masih sempat
hersembahyang zuhur pada siang hari di Padang Karhala dan meminta kepada para
penyerang memberinya kesempatan untuk berdo’a dan bermunajat kepada Allah.
Inilah jalan hidup yang dilalui olch imam umat islam, cucunda kepada Rasulullah s.
'a.w yang tercinta. Lihatlah bagaimana kuatnva kerinduan dan keasyikan Imam al-
Husayn ‘a.s. kepada khaliqnya, pencipta dan pendidiknya.

Antara do’a yang sering dikumandangkan oleh beliau adalah sebagaimana
berikut:

“Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku kerinduan dan kecintaan pada akhirat,
sehingga aku mengenali kebenarannya di dalam hatiku dengan timbulnya rasa zuhud
terhadap keseronokan duniaku. Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku melihat dengan
nyata segala urusan akhirat sehingga aku menuntut kebaikan-kebaikannya secara
bersungguh-sungguh dan hindarilah diriku dari kejahatan dengan penuh perasaan
takut untuk melakukannya…….Ya Rabbi…..”

Inilah sebahagian daripada kenyataan hubungan kerohanian di antara al-
Husayn ‘a.s dengan Tuhannya SWT dan ekoran dari hubungan ini kami akan
membentangkan pula keterampilan dan kecemerlangan pergerakan revolusi al-
Husayn ‘a.s, pengorbanannya untuk menegakkan Islam, dan kesastriannya dalam
menegakkan konsep jihad Islam yang sebenar-benarnya pada jalan Allah Subhanahu
wa-Ta’ala.


Husayn bin ‘Ali – Cucunda Rasulullah SAWAW

Hubungan Imam Husayn ‘a.s dengan manusia

Seandainya kita ingin mendalami aspek akhlak dari keperibadian Imam al-
Husayn ‘a.s maka amatlah wajar kita melihatnya dari segi perhubungan timbal balas
beliau dengan umat manusia yang ditinjau dari berbagai suasana berasaskan
bahawa beliau menjadi suri teladan kepada umah. Bolehlah dikatakan bahawa
keperibadian al-Husayn ‘a.s dari sudut ini sebagaimana juga yang dilalui oleh para
Imam umat Islam yang lain yang mana perhubungan dengan manusia dibataskan
oleh perundangan Allah SWT. Dengan kata-kata lain perlaksanaan amalan hidup
beliau ini tergambar secara nyata dalam dunia kenyataan.

Sungguhpun begitu di sini akan disoroti sebahagian dari aspek akhlak al-Imam
yang memaparkan ketinggian budi pekertinya.

Merendah diri

Apabila beliau melalui suatu perhimpuan orang-orang faqir miskin yang sedang
menjamu makanan, lantas beliau memberi salam ke atas mereka. Berikutnya orang-
orang faqir tadi menjemputnya untuk makan bersama mereka, lalu Imam al-Husayn
‘a.s duduk bersama mereka dan berkata; Kalaulah makanan ini tidak merupakan
sedekah dari orang ramai nescaya aku akan makan bersama anda semua. Kemudian
beliau berkata; Silalah datang ke rumah saya, lantas kesemua mereka berpergian ke
rumah al-Husayn ‘a.s dan menikmati jamuan yang lazat serta mereka dilayani
dengan sewajarnya.

Pendek kata di luar kemampuan kami untuk membentangkan secara terperinci
tentang sifat merendah diri, tawadhu’ dan ketinggian budi al-Husayn ‘a.s. Namun
begitu boleh dikatakan beliau telah mencapai tahap tertinggi sebagai pemimpin umat,
sumber rujukan pemikiran dan perjuangan umat Islam sebagaimana yang telah
digariskan oleh nas-nas al-Qur’an dan hadith-hadith Rasulullah s. ‘a.w.

Adapun pencapaian yang tertinggi di dalam masyarakat sezamannya tidak
mampu disaingi oleh tokoh-tokoh lain, walaupun oleh saudaranya Abdullah bin Abbas
sekalipun yang lebih tua darinya. Malah Ibn Abbas menghormati kedudukan al-
Husayn ‘a.s sehingga ia menarik tali tunggangan yang ditunggangi oleh al-Husayn
‘a.s sebagai tanda penghormatan dan kasih sayang.

Adapun kecintaan masyarakat Islam dan penghormatan mereka kepada al-
Husayn ‘a.s dapat dilihat ketika mana beliau sedang menunggang kenderaannya
untukmenunaikan fardhu haji di Mekah maka orang ramai telah turun dari kenderaan
masing-masing untuk menyatakan penghormatan mereka kepada cucunda
Rasulullah ‘s.a.w. Secara ringkas boleh dikatakan kemuliaan martabat beliau terletak
kepada sikap merendah dirinya sehingga boleh bergaul dengan masyarakat yang
paling sederhana pada zaman itu. Inilah jalan hidup seorang zahid yang dituntut oleh
Islam. Contoh yang paling dekat jika kita perhatikan bagaimana pada suatu ketika al-
Husayn ‘a.s melalui suatu perhimpunan orang-orang miskin yang sedang
menghadapi makanan mereka mengajak beliau makan bersama lantas al-Imam turun
dari kenderaannya dan makan bersama mereka seraya berkata; Sesungguhnya
Allah tidak menyukai orang-orang yang berbesar diri. Al-Husayn ‘a.s menyatakan
lagi; Sesungguhnya aku telah menerima pelawaan anda maka terimalah pula


Husayn bin ‘Ali – Cucunda Rasulullah SAWAW

pelawaanku. Mereka berkata; Boleh! Lalu mereka semua diajak ke rumahnya dan
menjemput mereka dengan katanya; Masuklah anda ke dalamnya dengan penuh
kelapangan.

Satu contoh lagi mengenai peranan positif beliau di dalam masyarakat
tergambar nyata dari keterangan Syu’aib bin Abdul Rahman katanya; Pada suatu hari
didapati suatu beban yang berat di atas bahu al-Husayn bin Ali, lantas orang
bertanya puteranya Zainal Abidin mengenainya. Kata beliau; Inilah tugas yang mesti
dilaksanakan bagi sesiapa yang memikul bebanan untuk meringankan penderitaan
yang dibawa ke rumah-rumah golongan miskin, yang terlantar dan anak-anak yatim.

Inilah gambaran tanggungjawab sosial Imam al-Husayn ‘a.s yang
mengisyaratkan ketinggian darjatnya di dalam masyarakat.

Al-Husayn ‘a.s Seorang Pemaaf

Pada suatu hari seorang budak yang melakukan kesilapannya kepada al-
Husayn ‘a.s telah berkata kepadanya: Wahai Tuan! Dan orang-orang yang menahan
amarahnya (Firman Allah Surah Ali Imran: 134). Imam al-Husayn ‘a.s berkata;
Terhindarlah aku daripadanya. Lantas budak itu berkata;…….Dan orang-orang
memaafkan (kesalahan) orang. Imam berkata; Aku telah memaafkan dikau. Budak itu
berkata: Wahai Tuan! Dan Allah menyukai golongan yang berbuat baik. Lalu Imam
berkata kepada khadamnya itu; Dan anda dimerdekakan kerana Allah, jika anda
kekurangan sesuatu bolehkah aku menolongmu.[Sumber Kasyful Ghimmah, Juzu’ 2,
hlm. 241]

Keindahan Jalan Pemikiran Al-Imam

Jalan pemikiran dan minhaj yang dilalui oleh al-Imam ialah jalan yang
disyariatkan oleh Allah, perhatikan dialog beliau dengan penentangnya dari puak
Khawarij iaitu Nafi’ bin al-Azraq yang berkata dengan angkuh kepadanya;
“Sifatkanlah aku ini sebagai Tuhanmu yang disembah olehmu!’ Dengan penuh
kebijaksanaan dan diplomasi al-Husayn ‘a.s menyatakan; Wahai Nafi’! Sesiapa yang
meletakkan agamanya di atas jalan kias, maka ia tidak akan mencapai apa-apa
faedahpun, ianya kosong tanpa jalan yang terang, terlonta-lonta tanpa pedoman,
sesat kehilangan arah tujuan, berkata-kata tanpa keindahan, Wahai Putera al-Azraq!
Sifatkanlah Ilahi Allah sebagaimana Dia menyifatkan diriNya, Dia tidak boleh dicapai
dengan pancaindera, dan tidak boleh dikiaskan atau dibandingkan, yang terlalu dekat
tanpa boleh disentuh, dan yang terlalu jauh tanpa hujungnya, Dia Maha Esa tanpa
memiliki bahagian, dikenaliNya berdasarkan tanda-tanda ciptaanNya, yang boleh
disifatkanNya dengan alamat-alamat dari makhlukNya, Tiada Tuhan Yang Layak di
sembah melainkan Dia yang Maha Besar lagi Maha Melaksanakan….”

Mendengar ucapan al-Husayn ‘a.s itu Ibn al-Azraq menangis tersedu-sedu
tanda penyesalannya yang tiada taranya seraya berkata; Alangkah indahnya katakatamu![
Lihat tulisan Abu ‘Ilm Ahl Bayt, Bab Keilmuan, Kefasihan dan Ketinggian
pidatonya]

Dalam perjalanannya menuju Karbala’, al-Imam mengungkapkan ucapannya
yang menggariskan pendirian dan sikapnya untuk menegakkan kebenaran Islam,


Husayn bin ‘Ali – Cucunda Rasulullah SAWAW

demi menentang kezaliman dan penipuan politik musuhnya yang durjana Yazid bin
Muawiyah. Dengarlah kata-kata al-Imam Husayn ‘a.s; “Sesungguhnya dunia ini telah
berubah dan mengingkari haq, kebenaran telah ditinggalkan, tidak ada lagi yang
tinggal padanya melainkan semut-semut dibekas-bekas makanan. Demikianlah
tandusnya kehidupan sebagai penggembala kehilangan ternakannya. Tidakkah anda
melihat kebenaran dan kenapakah tidak melaksanakannya? Akan tetapi kebatilan
dan kejahatan mengapa tidak boleh dihentikan……untuk menggembirakan seorang
beriman dalam pertemuan dengan Allah…..ianya suatu kepastian. Sesungguhnya
aku tidak melihat kematian, dan maut yang mendatang melainkan dengan penuh
kebahagiaan, hidupku bersama dengan si zalim bagaikan duri yang menikam serta
api yang membakar. Sesungguhnya manusia telah menjadi hamba dunia dan agama
hanya berputar di lidah-lidah mereka, demikian jalan kehidupan yang dijalani oleh
mereka, maka apabila mereka ditimpa dugaan hidup lantas mereka berkata telah
hampirnya kami kepada kematian.”[Al-Hirani, Tuhful ‘Uqul ‘an Ali Rasul, Bab Apa
yang ku lihat tentang al-Imam Husayn bin ‘Ali, hlm. 174]

Gambaran pemikirannya mengenai ibadah dan konsep perhubungan hamba
dengan Allah terlukis dengan menariknya di dalam satu rangkaian ucapannya:

“Sebenarnya suatu golongan yang beribadat kepada Allah dengan rasa
sukacita dan kelapangan maka itulah ibadat para pedagang. Adapun golongan
manusia yang beribadat kepada Allah dalam keadaan takut dan penuh pengharapan,
maka itulah ibadat golongan hamba Allah. Adapun suatu golongan yang beribadat
kepada Allah dengan rasa penuh kesyukuran maka itulah ibadat golongan yang
merdeka dan inilah bentuk ibadat yang paling utama.” [Al-Hirani, Tuhful ‘Uqul ‘an Ali
Rasul, Bab Apa yang ku lihat tentang al-Imam Husayn bin ‘Ali, hlm. 175]

Selanjutnya perhatikanlah pendirian politik Imam al-Husayn ‘a.s ketika beliau
mengupas perihal kerajaan Umaiyyah yang dilihat dari kacamata Islam; “Wahai
manusia sesungguhnya Rasulullah s. ‘a.w telah bersabda; sesiapa yang melihat
suatu pemerintahan yang menyimpang iaitu menghalalkan apa yang diharamkan oleh
Allah, mengengkari perjanjian dengan Allah serta menentang sunnah Rasulullah s.
‘a.w mereka pula melaksanakan perintah terhadap hamba-hamba Allah dengan
membawa unsur dosa dan permusuhan, sedangkan ia tidak membuat perubahan
sama ada dengan perbuatan dan perkataan, maka menjadi hak Allah untuk
memasukkannya ke dalam neraka.” Berkata Imam al-Husayn ‘a.s lagi; “Ketahuilah
bahawasanya mereka itu sentiasa menta’ati syaitan, serta meninggalkan ketaatan
kepada Allah Yang Maha Pemurah. Selanjutnya mereka melanggar undang-undang
Allah, suka menyebarkan fitnah, menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah serta
mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah. Ketahuilah bahawa aku
bertanggungjawab terhadap orang lain. Dan seterusnya aku telah difahamkan
dengan perutusan kamu dan aku juga telah menerima kedatangan utusan anda
semua yang menyatakan bai’at atau persetiaan kamu. Sesungguhnya mereka tidak
dapat menyelamatkan aku dan tidak juga dapat memecatku. Seandainya telah
sempurna bai’at kamu maka ikutilah pemikiran yang betul. Sesungguhnya aku ialah
al-Husayn ‘a.s bin Ali ‘a.s yang juga putera Fatimah binti Rasulullah s. ‘a.w, diriku
adalah berserta diri kamu semua, keluargaku bersama keluarga kamu. Aku adalah
suri teladan bagi kamu, lalu kamu semua telah mengikat perjanjian denganku dan
kamu semua telah mengikat perjanjian denganku, dan kamu semua juga telah terikat
untuk membai’atku. Oleh itu bagaimanakah kiranya anda semua telah mengengkari
semuanya. Sesungguhnya tindakan yang demikian itu ditujukan kepada ayahandaku,


Husayn bin ‘Ali – Cucunda Rasulullah SAWAW

saudaraku dan sepupuku Muslim bin ‘Aqil. Terpulanglah kepada kamu untuk
melaksanakan persetiaan itu. Sesiapa berusaha dan beramal maka kesemua itu
untuk kebaikan dirinya nescaya Allah akan mencukupkan kamu.” [Al-Hirani, Tuhful
‘Uqul ‘an Ali Rasul, Bab Apa yang ku lihat tentang al-Imam Husayn bin ‘Ali, hlm. 175]


Husayn bin ‘Ali – Cucunda Rasulullah SAWAW

BAB 4
PERANAN DAN PERJUANGAN AL-IMAM HUSAYN ‘A.S

Dalam hal kita mengikuti jejak-jejak kehidupan Al-Husayn ‘a.s. nescaya kita
akan mengesani betapa mendalamnya peranan beliau di dalam kehidupan Islam.
Lebih-lebih lagi sumbangan beliau untuk mengembalikan umat manusia ke jalan yang
lurus selepas didapati tunggak pemerintahan telah beralih ke tangan dinasti Umaiyah
yang menghancurkan konsep Khilafah dan Imamah yang murni sebagaimana yang
dikehendaki oleh syari’at Islam. Peranan yang didokongi oleh Imam al-Husayn ‘a.s.
sejak beliau masih muda remaja lagi iaitu ketika ayahandanya Irnam Ali bin Abu Talib

r.d. menegakkan pemerintahan Islam di Madinah. Imam al-Husayn ‘á.s. beserta
saudaranya Imam Hasan ‘a.s. turut mcnyertai beberapa peperangan untuk
menegakkan Imamah Amir al-Mu’minin Ali bin Abu Talib r.d. Umpamanya beliau
menyertai tiga peperangan yang amat penting iaitu Perang Jamal, Siffin dan
Nahrawan yang didokongi oleh ayahandanya Amir Mu’minin Ali, saudaranya al-
Hasan dan para sahabat Rasulullah (s. ‘a.w.) yang cintakan ahl Bayt rasutnya serta
para tabi’in radhiyaLlahu ‘anhum.
Selanjutnya, apabila saudaranya al-Hasan memegang amanah Imamah, maka Imam
al-Husayn tetap menjadi panglima tentera yang ta’at kepada saudaranya itu serta
turut merasai pahit maungnva perjuangan yang didokong oleh kekandanya itu.
Seluruh peristiwa yang dilalui menjadi sempadan dan pedoman baginya. Sehinggalah
beliau turut kembali semula ke Madinah dari Kufah yang menjadi pusat pemerintahan
ayahanda mereka. Demikianlah juga para anggota ahi Bayt 'a.s. turut
menyumbangkan peranan mereka dalam menegakkan dan mempcrtahankan
pengajaran Islam yang dibawa dan diasaskan otch datuk mereka Rasulullah s. ‘a.w.
Sumbangan mereka yang berpengaruh itu bolehlah diperhatikan dengan perjuangan
al-Husayn ‘a.s. yang sanggup mengorbankan harta, nyawa dan darah untuk
menegakkari syari’at Islam.

Selepas kesyahidan saudaranya Irnam Hassan ‘a.s. yang diracun oleh ejenejen
musuh ahl bayt maka peranan Imam Husayn ‘a.s. berada ditahap yang baru
pula. Ini disebabkan era kehidupan yang dilaluinya lebib mencabar akihat Bani
Umayyah semakin melampau menentang dasar Islam terutaman dalam bidang politik
dan pemerintahan. Keadaan ini sering terjadi dikalangan Iniarn-imam Ahl bayt ‘a.s.
yang membataskan peranan mcreka juga berasaskan situasi kemasyarakatan
pemikiran dan suasana politik semasa. Sesungguhnya Imam a!Husayn ‘a.s. telah
menemui satu jalan baru yang terbentang di hadapannya untuk mengembeling
harakah atau pergerakan Islam yang lebih maju dan radikal bagi menghadapi
konspirasi golongan munafiq yang memegang tampuk pemerintahan pada masa itu.
Pergerakan Islam semakin memerlukan tindakan yang lebih terkehadapan dan
matang berikutan suasana gawat ekoran kewafatan Imam Hassan a.s. Ini disebabkan
walaupun Bani Umayah menguasai pemerintahan secara formal, namun kepimpinan
umat secara rohaniah danhakiki berada ditangan Imam-imam Ahlul Bayt Rasulullah

s. ‘a.w. Dasar imam sememangnya telah ditetapkan oleh syari’at Islam untuk
memimpin umat Islam dan dunia. Garisan Ilahi ini telah digariskan dengau tegas oleli
Rasulullah s.’a.w. di dalam hadith-hadithnya serta sirahnya.

Husayn bin ‘Ali – Cucunda Rasulullah SAWAW

Antara hadith tersehut ialah yang diriwayatkan oleh Jahir bin Samrah r.d.
yang berkata; Aku telah menemui Rasulullah s. ‘aw. bersama dengan bapaku dan
aku mendengar Rasulullah s. ‘a.w. bersabda yang bermaksud Sesungguhnya Urusan
ini (Islam) tidak akan selesai dilaksanakan melainkan telah datang dikalangan
mereka dua belas orang khalifah. Berikutnya Rasulullah s. 'a.w. bercakap secara sulit
dengan bapaku. Kcmudiannya aku bertanya apakah yang disabdakan olehnya. Lalu
bapaku berkata Rasulullah s. ‘a.w. bersabda; Kesemua mereka itu adalah dari kaum
Quraisy.[Lihat Sahih Muslim, Juzu’ 2, Bab Imarah, hadith ini keluarkan dalam
berbagai sandaran dan jalan serta dengan berbagai lafaz yang hampir sama, lihat
juga Sahih Bukhari, at-Tirmidzi dan Abu Daud dalam bab yang sama.]

Di dalam suatu hadith yang lain Ubabah bin Rab’i meriwayatkan pula Jabir
katanya: Rasulullah s. ‘a.w. hersabda maksudnya; Aku adalah pemimpin para Nabi
dan Ali adalah pemimpin para pemegang wasiat., Adapun pemegang wasiatku
selepasku adalah seramai dua belas orang Ali adalah yang paling awal dikalangan
mereka dan yang akhirnya ialah Imam Al-Qaim Al-Mahdi.[Lihat kitab Yanabi’ al-
Mawaddah tulisan al-Hamawi, Juzu’ 11, bab 77]

Manakala Salman al-Farisi pula telah berkata; Aku telah datang menemui
Rasulullah s. ‘a.w sedangkan junjungan pada maa itu sedang meriba Saidina Husayn
‘a.s serta mengucup mulutnya lalu Rasulullah s. ‘a.w bersabda kepada al-Husayn
‘a.s, Engkau adalah pemimpin (sayyid) putera kepada sayyid dan saudara kepada
sayyid, dan engkau Imam putera kepada Imam seta saudara kepada imam, dan
engkau pemegang amanah Allah (hujjah) putera kepada hujjah serta saudara kepada
hujjah serta bapa kepada sembilan orang Imam, yang kesembilannya dibangkitkan
ialah al-Mahdi. [Lihat kitab yang sama dengan huraian oleh Ibn Khawarizmi]

Boleh dikatakan terdapat berpuluh-puluh hadith dan keterangan-keterangan
yang jelas mengenai konsep Imam dua belas khalifah 12 selepas Rasulullah s. ‘a.w.
Menurut Sheikh al-Qunduzi Rasulullah s. ‘a.w mengisytiharkan khalifah-khalifah
selepasnya berjumlah 12 orang sebanyak seratus hadith yang menyebut nama-nama
mereka dengan jelas, manakala seratus hadith yang lain disebut secara umum.[Sila
rujuk kitab Yanabi al-Mawaddah oleh Syeikh al-Qunduzi, Juzu’ 3 di dalam
menerangkan bab Imam dua belas dan nama-nama mereka]

Apabila kita kembali memperkatakan Imamah al-Husayn ‘a.s maka perhatikan
kita agak istimewa mengenai keistimewaan kepimpinan beliau dan situasi politik yang
wujud di zamannya sehingga tindakan-tindakannya menjadi terkehadapan dalam
menentang “Thoghut dan penguasa yang zalim serta menyeleweng pada masa itu.
Sungguhpun demikian tindakan dan peranan al-Husayn ‘a.s tetap dibataskan oleh
kehendak syariat Islam semata-mata. Berikut ini akan dikemukakan keadaan dan
latar belakang yang akan mencetuskan revolusi Islam al-Husayn ‘a.s yang dianggap
sebagai revolusioner Islam yang kedua selepas Rasulullah s. ‘a.w [Ath-Thair al-
Thani].

Peristiwa-Peristiwa Selepas Perjanjian

Selepas saja termeterai perjanjian di antara Imam al-Husayn ‘a.s dengan
Muawiyah yang berusaha merebut jawatan khalifah sejak dari zaman Amir al-
Mukminin Ali bin Abi Talib r.d. maka Muawiyah dan tenteranya pun memasuki kota
Kufah. Berikutnya Muawiyah mengemukakan ucapan yang berupa ancaman kepada
penduduk kota tersebut, katanya:


Husayn bin ‘Ali – Cucunda Rasulullah SAWAW

“Wahai penduduk Kufah! Adakah kamu melihat aku memerangi kamu kerana
kamu bersembahyang, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji. Sesungguhnya
aku mengetahui bahawasanya kamu sentiasa bersembahyang, mengeluarkan zakat
dan menunaikan haji. Akan tetapi aku memerangi kamu adalah untuk menguasai
kamu dan hamba-hamba kamu. Sesungguhnya aku telah diperintahkan oleh Allah
untuk melakukannya! Namun begitu kamu semua tetap berdegil. Ketahuilah,
sesungguhnya setiap harta atau darah yang tumpah kerana fitnah ini sudah menjadi
kelaziman. Ini disebabkan setiap kejadian dan perkara ada sebab dan akibat, dengan
ini kakiku melangkah ke mari…”[Syarh Nahjul Balaghah oleh ibnu Abil Hadid, Juzu’
16, hlm. 15, cetakan 1959, Dari Ihya’ al-Kutub al-Arabiyyah]

Sesungguhnya ucapan dan ancaman sedemikian itu merupakan suatu
pelanggaran terhadap perjanjiannya dengan al-Hasan bin Ali ‘a.s. Dan inilah corak
politik Muawiyah sehinggalah segala rancangannya untuk berkuasa penuh berjaya
dicapai. Inilah politik Machiavelli iaitu matlamat yang menghalalkan cara. Antara
rancangan itu ialah berusaha menghapuskan seluruh penentangan yang terdiri dari
pengikut Imam Ali bin Abi Talib ‘a.s Ahl Bayt seluruhnya yang selama ini menghalang
cita-citanya untuk berkuasa. Malah pernah Muawiyah berpesan kepada tenteranya
dalam menghadapi musuh-musuhnya:…….Hendaklah kamu bunuh siapa saja musuh
yang kamu temui, hancurkan kekuasaan dan sumber yang mengukuhkannya,
musnahkan harta benda mereka kerana dengan menghancurkan harta mereka
bererti melumpuhkan kekuatan mereka [Nahjul Balaghah, Juzu’ 11, hlm. 86]
gambaran politik Muawiyah ternyata dengan kata-katanya kepada gabenorgabenornya:
Hendaklah kamu perhatikan suatu golongan yang terlalu cintakan Ali
dan ahli-ahli keluarganya, hapuskanlah mereka dan sumber-sumber ekonomi
mereka. “Selanjutnya Muawiyah menyatakan lagi….Lumpuhkan kekuatan mereka
dengan mengadakan berbagai tipu daya serta hancurkanlah tempat tinggal mereka.”

Dalam hal ini Imam Muhammad al-Baqir ‘a.s menegaskan tentang corak
kekejaman Bani Umaiyyah katanya:….. “Golongan kami (Syi’ah Ali) telah dibunuh
dan diperangi di setiap penjuru negeri, tangan-tangan dan kaki-kaki kami dipotong
berdasarkan syak wasangka, malah sesiapa yang mencintai dan cenderung kepada
kami dipenjarakan, dimusnahkan harta benda mereka, dihancurkan kampung
halaman mereka….kekejaman itu mencapai puncaknya pada zaman Gabenor Yazid
yang bernama Ubaidillah bin Ziyad yang membunuh al-Husayn ‘a.s.

Kezaliman rejim Umawi begitu menonjol apabila mereka membunuh para
sahabat Rasulullah s. ‘a.w yang mencintai Ali dan Ahl Baytnya antara mereka ialah:
Hujr bin Adi serta 13 orang pengikutnya yang mula-mula digantung sampai mati oleh
Muawiyah, Rasyid al-Hijri, Amru bin Haq al-Khaza’e, Awfa bin Hisan dan ramai lagi
sebagaimana yang digambarkan oleh ahli sejarah yang terkenal at-Tabari dan kitab
Syarh Nahjul Balaghah.

Pendek kata polisi Bani Umaiyah iàlah menghancurkan semua kekuatañ
penentangnya termasuk harta benda mereka dengan mengugut peribadi muslim
untuk di bawah tekanan politik jahiliyah sekular mereka. Muawiyah yang mengupah
setengah ahli hadith àntuk memesungkan hadith Rasulullah s. ‘a.w. yang sahih serta
mencipta hadith-hadith palsu demi memperkuatkan kedudukan Bani Umayyah dan
bertujuan untuk memperkecil-kecilkan dan menyanggah All dan AhI Bayt Rasulullah

s. ‘a.w. Muawiyah juga menggunakan wang ringgit dan kekayaan untuk tujuan
politiknya. Sebagai contohnya beliau mengirimkan wang sebanyak 1000 dirham

Husayn bin ‘Ali – Cucunda Rasulullah SAWAW

kepada Malek Ibn Habfrah As-Sukuni supaya membunuh Hujur bin Adi r.a. yang
menjadi pengkritik Muawiyah yang paling berani. Demikianlah kebebasan bersuara
dimusnahkan oleh rejim Umawi dengan mewujudkan ancaman kepada para
penentang mereka.

Satu lagi perrnainan politik Umawi ialah mempersempitkan kedudukan ekonomi
dengaa memerangi musuh-musuh mereka dengan permulauan ekonomi serta
keperluan harian. Para penyokong Imam Ali ‘a.s dan ahl bayt ‘a.s. diboikot sehingga
mereka kelaparan dan mencatukan makanan. Inilah bentuk politik Muawiyah
sepanjang pemerintahan dari tahun 41 hingga 60 hijrah.

Muawiyah juga meniupkan api perkapman dan nasionalisme di kalangan umat
Islam. Umpamanya diwujudkan pertentangan di antara Arab, penduduk Yaman
dengan Madinah, Mesir, Iraq dan seterusnya... .Malah golongan bukan Arab yang
baru memeluk Islam dipanggil Mawali atau hamba tawanan oleh rejim Umawi.
Selanjutnya Muawiyah telah menyingkirkan cucunda Rasulullah s.a.w. iaitu Imam
Hassan Putera Fatimah az-Zahra daripada menjadi pemimpin umat Islam yang
bertepatan dengan syari’at Islam serta yang dihormati dan dikasihi oleh umat Islam.
Sebaliknya beliau mengangkat anaknya Yazid menjadi putera mahkota yang bakal
menggantikannya sebagai raja Bani Ummayah. Sudah tentu perlantikan itu terang-terang
berlawanan dengan syarat perjanjian dengan Imam Hassan a.s. yang
menegaskan bahawa pengganti beliau hendaklah diserahkan kepada Imam al-
Hassan ~a.s. Dan seandainya Imam at-Hassan ‘as. meninggal dunia maka adiknya
al-Husayn sepatutnya diangkat menjadi Amir al-Mu’minin.

Dengan ini Muawiyah telah menjalankan rancangan dan tektiknya yang kotor itu
untuk mencapai kekuasaan dengan berpaling dari hakikat ajaran Islam Dan sejak itu
jawatan khalifah atau raja telah menjadi warisan Bani Umaiyah, yang mengikuti
garisan sistem diktator atau kuku besi yang dipaksakan ke atas umat Islam dari saat
dan semakin hebat setelah kematian Muawiyah yang digan-tikan oleh puteranya
Yazid. Dengan pengangkatan Yazid sebagai raja atau ‘penguasa itu jelaslah semakin
muramnya kehidupan umat Islam dan semakin hebat setelah kematian Muawiyah
yang digantikan oleh puteranya Yazid. Dengan pengangkatan Yazid sebagai raja
atau penguasa ‘itu jelaslah semakin muramnya kehidupan umat Islam. Lebihlebih lagi
dengan keperibadian Yazid yang bertentangan dengan akhlak Islam. Ini bererti suatu
bentuk pengembalian kepada jahiliyah dalám bentuknya yang baru. Watak Abu
Jahal, Namrud, Fir’aun yang terjelma semula selepas kewafatan Rasulullah s. ‘a.w.
ini disebabkan Yazid tidak terdidik dengan asuhan Islam, sebaliknya kehidupannya
bergelumang dengan arak, zina dan berpoya-poya yang berlawanan dengan
keperibadian Islam. Hasil dan keperibadian yang negatif ini telah mencetuskan
suasana pemerintahan jahiliyah di zamannya, sehingga para penentangnya disiksa
dan “diburu... Kota Madinah turut menjadi mangsa kedurjanaan Yazid dan
tenteranya, demikian juga kota suci Makah telah dicerobohi dengan ganas. Suasana
seperti inilah yang menggerakkan dan mendorong Imam al-Husayn a.s. untuk bangkit
menentang arus jahiliyah yang dibawa oleh rejim Umawi dan tidak ada pilihan lain
melainkan berjihad pada jalan Allah dan melancarkan revolusi Islam untuk
mengembalikan kehidupan Islam serta meruntuhkan jahiliyah, kezaliman dan
kejahatan Bani Umaiyah dan kuncu-kuncunya.


Husayn bin ‘Ali – Cucunda Rasulullah SAWAW

Angin Revolusi Al-Husayn

Muawiyah dan puteranya Yazid telah menggunakan paksaan dan ancaman
untuk mendapatkán bai’at atau janji setia dari umat Islam. Malah al-Husayn ‘a.s.
dihadapi dengan keras oleh kedua-dua penguasa Umayah itu. Dengan itu kehidupan
Islam mula diganggu gugat oleh penguasa rejim Umawi. Selepas kematian Muawiyah
Yazid bertindak dengan lebih keras lagi untuk menghadapi musuh-musuh rejimnya.

Sebenarnya sebelum kematian MuawIyah, beliau telah mengangkat anaknya
Yazid menduduki jawatan penggantiannya. Muaawiyah telah memaksa semua’
golongan manusia untuk memberi keta’atan dan kesetiaan kepada Yazid. Maka
demikian juga Yazid setelah menjadi raja Bani Umaiyah lantas beliau melaksanakan
penntahnya untuk memperolehi bai’ah atau pensetiaan dan orang ramai demi
mengukuhkan kerajaannya~ Untuk tujuan itu Yazid pun menulis surat kepada
gebenornya di Madinah yang bernama al-Walid bin Utbah supaya beliau
mendapatkan bai’at dari penduduk Madinah secara umumnya dan mendapatkan
bai’at daripada al-Husayn ‘a.s.dalam bentuk yang khusus. Berikutnya al-Walid
bersegera melaksana kan perintah majikannya dan menghantarkan utusannya untuk
menemui al-Husayn ‘a.s. pada lewat malam. Pada ketika itu a!Husayn ‘a.s sedang
bermuzakarah dengan tiga puluh orang lelaki dari kalangan keluarga dan
pengikutnya. Imarn al-Husayn memberitahuku utusan itu bahawa beliau tidak alan
memberi bai’at secara bersendirian tetapi beliau akan meninjau sejauh manakah
orang ramai di Madinah sanggup memberi bài’at kerana persoalan orang ramai di
Madinah sanggup memberi bai’at kerana persoalan ini memerlukan penyatuan fikiran
seluruh umat Islam. Kenyataan Imam al-Husayn ‘a.s. itu adalah untuk melewatkan
tindakan Yazid kerana beliau memaklumj bahawa atas nasihat Mar-wan bin Hakkam
penasihat Yazid yang menggesanya mengambil tindakan keras dan pembunuhan
seandainya Imam Husayn tidak mahu memberi bai’at. [Kitab al-Irsyad, oleh Syeikh
al-Mufid, Bab Memperingati al-Husayn bin Ali, cetakan 1377H, hlm. 183]

Sungguhnya al-Imarn Husayn telah membuat keputusan untuk menolak dan
menentang Yazid secara terang-terangan. Beliau berazam untuk memikul
tanggungjawab sebagai Imam umat Islam yang melanjutkan peranan datuknya
Rasulullah s. ‘a.w. lántas mendirikan sembahyang ziarah diikuti dengan do’anya,
“...Ya Allah sesungguhnya inilah kubur Nabi Muhamad s. ‘a.w. dan aku adalah
putera kepada puteri Nabi Muhamad s. ‘a.w. dan aku hadir di sini dengan urusan
yang sememangnya dimaklumi olehMu. Ya Allah! Sesungguhnya aku mencintai
ma’ruf dan membenci kemungkaran, dan aku memohon kepadaMu wahai Yang
Maha Mülia dan Maha Perkasa dengan haq kubur nabiMU ini dan siapa yang ada
di dalamnya supaya aku pilih untuk menjalankan urusan yang diredhai olehMu dan
diredhaj oleh rasulMu..”[Kitab Maqtal al-Husayn, karya Abdul Razzaq, hlm. 147]

Dengan ini tergambar dengan jelas kesedaran aI-Husayn ‘a.s. untuk memikul
risalah Tuhannya, walaupun diketahui betapa beratnya bebanan itu. Di sisinya tiada
yang lain yang lebih berharga melainkan keredhaan Allah ta’ala jua. Berdasarkan
rangkaian do’a Imam al-Husayn. ‘a.s. itu akan dapat merasakan betapa be!iàu bersedia
nntuk menjadi pahlawan tentera Allah yang akan menyerahkan jiwa raganya
demi menegakkan risalah Ilahi yang dipertanggung.. jawabkan ke atasnya. Tidamkk
hairanlah mengapa Imam al-Husayn bersedia menjual dirinya kepada Allah ‘azza
wajalla dan demi kerana Allah jua.


Husayn bin ‘Ali – Cucunda Rasulullah SAWAW

Berikutnya Imam al-Husayn ‘a.s. mengumpulkan para ahl Bayt dan sahabatnya
yang setia mengarahkan mereka segera meninggalkan kota Madinah dan
memulakan perjalanan ke Makah... Sungguhpun ada pihak yang menggangap
langkah Imam membawa implikási buruk kepada dirinya namun al-Husayn dengan
penuh kecekalan bangkit untuk memperjuangkan hak dan kebenaran Islam walaupun
memaksa dirinya mengorbankan kepentingkan diri dan pengikutnya.

Inilah sebahagian dari siri revolusi Islam awal yang dirakamkan dari lembaran
kebangkitan al-Husayn ‘a.s. Kenyataan ini dapat dilukiskan dengin mengemukakan
sebahagian surat wasiat yang diutuskan oleh al-Husayn ‘a.s. pada saudaranya
Muhamad Ibnu al-Hanafiah... katanya “....Sesungguhnya daku tidak keluar ke medan
jihad dengan berniat jahat, Melakukan kerosakañ atau kezaliman. Sebaliknya aku
keluar untuk memperjuangkan kebaikan dan rahmat kepada umat datukku Nabi
Muhamad s. ‘a.w Aku berkeinginan untuk menyeru kepàda ma’ruf dan mencegah
kemungkaran. Sebenarnya aku sedang menjalani jalan datukku Muhammad s. ‘a.w.
ayahandaku Amir al-Mu’minin Ali bin Abu Talib ‘a.s. Tidak ada apa yang ku harapkan
melainkan kebenaran, dan Allah lebih berhak untuk kebenaran itu. Sesiapa yang
menentang gerakan ini maka bersabarlah sehingga Allah mendatangkan
ketetapannya di antaraku dengan golongan yang menegakkan kebenarañ dan Dialah
Allah Yang Maha Mengemukakan keadilan...”[Al-Wathaiq ar-Rasmiyyah Li Thawratul
Husayn karya Abdul Karim al-Qazwaini, hlm. 36 yang dipetik dari karya al-
Khawarizmi] Inilah garis revolusi Islam yang didokong oleh Imam al-Husayn ‘a.s.
cucunda Nabi besar kita Muhammad s. ‘a.w. Ianya menjelaskan sasaran dan
dorongan asasi ke arah pergerakan Islam yang dibangkitkan oleh Imam umat yang
suci itu.

Rombongan al-Husayn a.s. menghala ke kota suci Makah yang bersejarah,
rombongan yang lidah mereka berkumandang dengan zikrullah, dan hati mereka
dipenuhi dengan kerinduan kepada Allah. Ketika memasuki kota Makah al-Imam al-
Husayn ‘a.s. membaca Firman Allah:

Ertinya: “Dan ketikamana beliau menuju ke negeri Madyan, lalu Nabi Isa ‘a.s.
berkata; Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan kepadaku jalan yang lurus.” (Surah
al-Qashash ayat 22).

Setelah tiba di Makah rombongan tersebut memasuki perkampungan al-Abbas bin
Abdul Muttalib. Kedatangan al-Husayn ‘a.s dan pengikutnya itu telah disambut hangát
oleh penduduk Makah yang menyayangi dan menghormati cucunda Rasulullah s.
‘a.w. Ketika Imam Husayn a.s. berada di Makah. Ia telah mendengar penentangan
terhadap Pemerintahan Yazid .telah mencapai kemuncaknya di Kota Kufah ibu negeri
Iraq. Pergerakan penentangan dan revolusi bergelombang hebat untuk
menggulingkan regim thaghut Yazid mempengaruhi penyokong atau syi’ah ahl bayt
Rasulullah s. ‘a.w. Pemimpin golongan yang menantang Yazid di Kufah ialah,
Sulaiman bin Sard Al-Khuza’i, yang mengetahui kahawa Imam Al-Husayn ‘a.s. juga
turut menentang perlantikan Yazid sebagai khalifah atau pengausa ke atas umat
Islam. Dengan itu seluruh pengikut Imam mengisytiharkan pendirian Imam al-Husayn
'a.s untuk memerangi musuh-musuh mereka walaupun terpaksa mengorbankan
nyawa mereka sendiri.

Selepas sahaja penduduk Kufah bersepakat dan menyatukan pemikjran
mereka untuk memberi bai’at kepada al-Husayn 'a.s. maka para pemirnpin mereka


Husayn bin ‘Ali – Cucunda Rasulullah SAWAW

menulis surat menyatakan penentangan mereka terhadap pemerintahan
Yazid/Umawi. Mereka hanya redha berada di bawah pemerintahan al-Husayn ‘a.s.
Berikutnya mereka mengisytiharkan al-Husayn 'a.s sebagai khalifah dan Imam umat
Islam. Penduduk Kufah yang menyertai persetujuan itu berjumlah seratus ribu orang.

Dengan itu secara muktamad mereka memberi bai’at dan keta’atan kepada
al-Husayn a.s. tunduk tunduk di bawah kekuasaan ahl bayt Rasuluflah s. Rasulullah.
Penduduk Iraq juga bersedia untuk mengorbankan diri mereka demi menegakkan
risalah Islam dan demi menggembelingkan haq al-Husayn ‘a.s. pada tempatnya.

Setelah memperolehi gambaran yang positif itu al-Imam Husayn mengutuskan
sepupunya Muslim bin ‘Aqil seorang lelaki yang bertaqwa dan amanah serta memiliki
kepimpinan yang tinggi untuk menemui penduduk Kufah serta mengukuhkan lagi
dakwah dan pengajaran Islam di sana. Muslith bin ‘Aqil juga membawa perutusan
yang penting kepada penduduk Kufah yang antara lain hermaksud (Surat al-Husayn
bin Ali);

Bismillahir Rahmanir Rahim

Daripada al-Husqyn bin Ali ‘a.s. kepada para Pemimpin Islam dan orang-
orang yang beriman; Sesungguhnya aku merasa bahagia dan sukacita inenerima
surat-surat dan Perutusan kamu semua dan sukacita menerima surat-surat dan
perutusan kamu semua dan demikian juga telah tiba utusan kamu kepadaku.
Daku telah memahami apa .yang dinyatakan oleh anda semua bahawa di sisi
anda tidak memiliki seorang Imam. Terimalah mudah-mudahan Allah
menghimpunkan kita di alas kebenaran dan petunjukNya. Daku telah
mengutuskan kepada anda semua saudaraku, sepupuku daripada kalangan ahl
bayt iaitu Muslim bin ‘Aqil. Daku telah mengarahkannya supaya memberitahuku
hal ehwal dan Pendirian anda semua. Seandainya dia menulis surat kepadaku
bererti dia telah mengumpulkan seluruh pandangan para pemimpin anda yang
memiliki keutamaan dan kelebihan di kalangan anda. Mudah-mudahan
kesemuanya menyamai apa yang digambarkan oleh utusan-utusan anda.
Sebenarnya aku telah membaca semua surat-surat anda. Sesungguhnya aku
telah membaca semua surat-surat anda. Sesungguhnya aku telah mengutuskan
kepada anda seorang yang boleh menguruskan urusan anda Insya Allah ta ‘ala.
Demi usiaku bukanlah aku ini Imam melainkan menjadi hakim yang bersandarkan
kepada Al-Qur'an yang bangun menegakkan keadilan, pemegang amanah
agama dengan pengajaran Allah yang benar dan akan ku korbankan diriku demi
kerana Allah juga. wassalam.[Ma’a al-Husayn fi nahdlaatihi karya Asad Haidar fil
Kufah]

Penduduk Kufah dengan rela hátinya memberi keta’atan, al-wala’ dan
kepatuhan untuk membai’at al-Husayn ‘a.s. Mereka juga menerima Muslim bin ‘Aqil
sebagai pemimpin utusân al-Husayn untuk menegakkan risalah Allah dan kekuasaan
ahl bayt Rasulullah s. ‘a.w. Pada peringkat tidak ada perubahan langsung dalam
keta’atan mereka. Manakala Muslim juga merasa sungguh besar amanah yang
dipikulnya itu, antara suratnya kepada al-Husayn adalah seperti berikut;

“Sesungguhnya sesuatu kenderaan tidak akan membohongi tuannya,
sesungguhnya seluruh penduduk Kufah bersamaan denganmu. Mereka telah


Husayn bin ‘Ali – Cucunda Rasulullah SAWAW

memberi bai’at dan jumlah mereka ialah lapan puluh ribu orang. Bersegeralah
menerima khabar ini wassalamu ‘alaika warahmatuLlah wa
barakatuh.”

PenduduK Kufah Tergugat

Penguasa Parti Umawi di Iraq merasai betapa hebatnya gerakan
memperjuangan dan mengukuhkan risalah Islam di bawah pimpinan al-Husayn ‘a.s.
di Iraq sehingga pengaruh pergerakan itu meresapi keseluruhan anggota masyarakat
Kufah. Para pembesar rejim Umawi di Iraq segera melaporkan kesemua
perkembangan itu kepada Yazid bin Muwiyah Presiden Parti Umawi yang berpusat di
Damsyik Syria. Setelah menerima laporan rasmi dari kuncu-kuncunya di Iraq maka
bersegera Yazid mengutuskan Ubaidullah bin Ziyad menjadi gabenor Kufah yang
memiliki. keperibadian yang ganas, zalim dan tidak berperi kemanusiaan. Ibnu Ziyad
selanjutnya membawa api permusuhan terhadap ahl bayt Rasulullah s. ‘a.w. Beliau
bersama beratus-ratus orang tenteranya memasuki ke kota Kufah dengan memberi
ancaman dan ugutan kepada mereka. Sebahagian dari kata-katanya adalah seperti
berikut;

Sesungguhnya Amir al-mu'minin Yazid telah melantik aku untuk
memerintah hal ehwal kamu. Aku juga diperintahkan untuk menyedarkan dan
mengajar orang-orang yang dizalimi serta membuat kebaikan kepada mereka
yang ta’at kepada perintah kami. Akan tetapi pedang dan lembingku akan
menghadapi sesiapa yang berpaling dari perintahku dan membelakangi
perjanjian denganku maka terimalah padahnya kepada mereka yang
demikian...[Kitab al-Irsyad, oleh Syeikh al-Mufid]

Bermula dari saat itu situasi Kufah mula berubah dengan gelombang
pertentangan dan penekanan supaya kekuatan rejin Umawi bertapak semula.
Ancaman-ancaman yang dilakukan oleh kuncu-kuncu Umawi itu rupa-rupanya
telah menimbulkan rasa takut dan bimbang sebilangan besar penduduknya.
Sehingga ibu-ibu melarang anak-anaknya dari keluar membantu Muslim bin ‘Aqil
manakala golongan yang tamak pula telah berpaling dari kebenaran. Sebaliknya
mereka bertumpu ke istana gabenor Umawi untuk mendapatkan harta dan
kemewahan yang ditawarkan oleh Ibnu Ziyad. Gejala seperti ini mula bersemarak
di kota Kufah.

Adapun golongan yang ikhlas dengan dakwah dan risalah Islam mereka tetap
tidak berganjak dari memberi sokongan kepada Muslim bin ‘Aqil yang menjadi wakil
al-Imam al-Husayn ‘a.s; Sungguhpun demikian sokongan itu terpaksa diberi secara
rahsia dan bersembunyi.. sembunyi. Demikianlah berubahnya bai'at mereka.
Sehingga dakwah Islam yang benar itu telah bertukar menjadi dakwah secara
rahsia dan sulit. Muslim pula berpindah dari rumah Mukhtar bin Abu Ubaidah yang
menjadi orang yang pertama memberi bai’at ke rumah Hani bin Urwah. Tentunya
ini merupakan satu perubahan yang besar. Keikhlasan Hani bin Urwah menyokong
pergerakan Ahl Bayt tidak berganjak sejak zaman pemerintahan Amir Al-Mu’minin
Ali bin Abu Talib ‘a.s lagi. Dengan itu gerakan ahl bayt Rasulullah s. ‘a.w. mula
bergerak secara rahsia setelah mendapat sokongan terbuka penduduk Kufah
sebelumnya.


Husayn bin ‘Ali – Cucunda Rasulullah SAWAW

Bagi Ibnu Ziyad pula apa yang difikirkannya ialah bagaimana ingin
membongkar tempat tinggal atau markas Muslim bin ‘aqil r.a. Untuk tujuan itu beliau
mengutuskan ejen-ejen rahsianya untuk meresapi ke dalam gerakan ahlul bayt serta
berpura-pura menyokong perjuangan Islam di bawah pimpinan al-Husayn.

Dalam pada itu pendirian Muslim, bin ‘Aqil dan Hani’ bin Urwah tetap teguh untuk
menegakkan syari’at Islam dan menentang segala bentuk kemungkaran rejim umawi
dan kuncu-kuncunya Malangnya, walaupun tentera Muslim mempunyai bilangan
yang banyak tetapi anasir perpecahan akibat diresapi ejen Ibnu Ziyad membawa
kepada kelumpuhan pergerakannya di Kufah. Sebaliknya Ibnu Ziyad menggunakan
berbagai tipu helah dan tipu. daya untuk menguasai penduduk Kufah dan
melemahkan gerakan Muslim bin ‘Aqil sehingga tentera Muslim turut
dipecahbelahkan oleh taktikjahat Ibnu Ziyad. Sungguhpun dernikian Muslim bin ‘Aqil
dank Hani bin Urwah memilih jalan syahid pada jalan Allah demi mençgakkan pergerakan
Islam di bawah pimpinan Imam al-Hussayn ‘a.s. cucunda Rasuluilah s. ‘a.w.
Kesyahidan dan jihad pahiawan-pahiawan Islam ini adalah jalan yang sebaik-baiknyá
dipilih oleh mereka daripada menyerah diri dan melutut kepada kémungkaran
kerajaan Bani Umaiyah.

Perjalanan Menuju ke Iraq

Kebangkitan al-Husayn 'a.s tetap membimbangkan para pem besar Bani
Umaiyyah. Lébih-lebih bagi dengan kepimpinan dan keperibadian besar cucunda
Rasulullah s.’a.w. yang sedang memperkuatkan kegiatannya di Makah menjadi
ancaman kepada kestabilan kerajaan beraja Umawi. Oleh yang demikian Yazid
mengutuskan tenteranya dari Syria di bawah pimpinan Amru bin Sa’id bin al-’As
untük’ membunuh al-Husayn a.s. yang sedang berada di kota suci Makah dengan
apa cara sekalipun.

Setelah al-Imam al-Husayn mendengar berita rancangan jahat Bani Umaiyah
terhadapnya maka bersegera beliau menuju ke BaituL lah al-haram untuk beribadat
dan bermunajat kepada Allah ‘azza wa jalla. Sungguhpun begitu al-Imam
berkeyakinan bahawa Yazid dan tenteranya tidak akan memelihara kesucian Ka’abah
dan tidak menghormati para jemaah haji maka beliau bercadang untuk meninggalkan
kota Makkah dan menuju ke Iraq. Antara ucapan beliau sebelum keluar dari Makah
adalah sebagaimana berikut;

“Segala puji bagi Allah barang yang dikehendaki oleh Allah dan tidak ada
kekuatan yang lain melainkan Kekuasaan Allah, selawat dan salam kepada
rasulNya. Garisan maut ke atas Bani Adam umpama garisan perjuangan bagi
pemuda satria. bermula keadaanku hingga akhirnya sebagaimana kepimpinan
Ya’akub yang diwarisi oleh puteranya Yusuf Sebaik-baiknya bagiku ialah
perjuangan dan cahaya bumi Karbala bergemerlapan. Tidak dapat kalam
menggambarkan apa yang telah terjadi pada hari ini.”[Maqtal al-Husayn oleh
Abdul Razzaq al-Musawi, hlm. 193]

Banyak kalangan mengatakan bahawa pemergian al-Hussayn dari Makkah ke
Iraq kerana beliau takut dibunuh oleb tentera Yazid.


Husayn bin ‘Ali – Cucunda Rasulullah SAWAW

Sesungguhnya kenyataan ini adalah fitnah yang besar terhadap cucunda
Rasulullah s. ‘a.w. itu. Ini disebabkan Abdullah bin al-Abbas r.a. telah menyatakan
bahawa janji Allah pasti tiba dengan Iaknat terhadap golongan yang membunuh
al-Husayn ‘a.s. Demikian juga menurut pandangan Muhammad bin al-Hanafiah
yang ‘a.s. pernah memberitahunya dengan katanya; Pada suatu hari Rasulullah s.
‘a.w tdah mendatangiku dan bersabda; Wahai Hussayn keluarlah Sesungguhnya
Allah telah menghendaki bahawa dikau dilihat olehNya terbunuh. [Sumber yang
sama, hlm. 195]

Imam al-Husayn juga pernah berkata kepada Abdullah bin Az-Zubir Demi
Allah mereka akan mengeluarkanku dan memburuku serta menyeksaku
sebagaimana golongan Yahudi berpesta pada hari Sabtu. Demikianlah betapa al-
Husayn a.s. sudah maklum bahawa beliau akan dibunuh oleh puak Bani Umaiyah
sebagaimana yang diberitahu oleh dâtuknya Rasulullah s. ‘a.w, Oleb itu tidak
timbul lagi dakwaan yang mengatakan al-Husayn melarikan diri dan takut
menghadapi kematian atau syahid pada jalan Allah.

Perjalanan al-Husayn ‘a.s. sebenarnya menuju kepada kesyahidannyn yang
dijanjikan. Tetapi apa yang lebih penting beliau berazam untuk memperjuangkan
kebenaran risalah Allah, walaupun dalam menegakkannya terpaksa mengorbankan
nyawanya. Beliau tetap berazam untuk menjadi penolong agama Allah. Di atas jalan
pengorbanan dan kesyahidan ini al-Hussayn a.s bangkit untuk mengekalkan dan
mempertahankan maruah Islam.

Dalam perjalanannya menuju ke Iraq beliau mendengar kata-kata ugutan
bahawa pedang-pedang berada di pihak Bani Umaiyah dan hati-hati manusia
dipengaruhi oleh mereka, äl-Hussayn ‘a..c. amat maklum dengan keadaan itu.
Sungguhpun demikian al-Imam yakin dengan dua kekuatan dalam perjuangan
Pertamanya kekuatan Iman terhadap kebenaran risalah Islam dan haq ahl Bayt
Rasulullah s. ‘a.w. di dalam memimpin kehidupan Islam. Kekuatan yang kedua pula
bercanggah dengan kekuatan yang pertama itu iaitu kekuatan rasa takut terhadap
kekuasaan Bani. Umaiyah dan keganasan mereka, serta rasa cinta yang, melampau
terhadap dunia dan terlalu berkeinginan untuk berehat dan melarikan diri dari
perjuangan.

Imam al-Husayn 'a.s tetap berpegang dengan pendirian bahawa Umat Islam
tidak akan bangkit melainkan dengan mengemukakan pengorbanan yang besar
untuk kebangkitan mereka. Pengorbanan itu ialah kesyahidan golongan yang
bersama dengannya yang terdiri dari zuriat Rasulullah s. ‘a.w. dan para pengikut Ahl
Bayt s.’a.w.


Husayn bin ‘Ali – Cucunda Rasulullah SAWAW

BAB 5
MENGAPAKAH TERJADINYA REVOLUSI

Sepanjang kita mengikuti kehidupan aI-Husayn.'a.s. yang diselubungi oleh
peristiwa-peristiwa serta situasi pertentangannya dengan rejim thaghut Umawi,
nescaya kita tidak akan mendapati aspek-aspek keménangan kebendaan bagi pihak
Imam al-Husayn ‘a.s. Sehinggalah apabila penduduk Iraq menulis surat kepadanya
sekalipun dengan menyatakan sokongan mereka terhadap kebangkitan revolusi al-
Husayn. Tidak boleh kita mengatakan al-Husayn ‘a.s. telah mencapai kemenangan
fizikal yang besar dan sokongan itu. Sebaliknya kita dapati Imam al-Husayn ‘a.s.
telah mengisytiharkan revolusinya sebelum menerima berita dari Iraq.

Pergerakan al-Husayn ‘a.s. bermula di kota suci datuknya Rasulullah s’a.w.
Madinah. Di situ beliau menerima bai’at dari penduduk Kufah. Ketika berada di
Makah beliau mengisytiharkan kebangkitan revolusinya yang penuh berkat demi
mengembalikan kermurnian Islam.

Di sisi al-Husayn ‘a.s. bumi Hijaz tidak menjanjikan apa-apa kekuatan untuk
berdepan dengan kekuasaan rejim Umawi. Oleh yang demikian beliau bergerak
menuju ke Iraq supaya bumi Haram (Suci) Makah dan Madinah tidak digenangi
dengan darah-darah syahid keluarga Rasulullah s. ‘a.w. al-Husayn ‘a.s.
sememangnya memaklumi di atas maut yang akan ditempuhnya. Beliau
mengharapkan pergerakan dan kesyahidannya akan mencetuskan revolusi Islam
yang bererti demi menegakkan syari’at Allah di belikat bumi ini. Sungguhpun
demikian perlu dikemukakan persoalan mengapakah boleh terjadinya revolusi al-
Hussayn ‘a.s. ini

Untuk menjawab persoalan yang. besar ini memerlukan kepada penjelasan
mengenai hakikatnya yang muktamad, antaranya;

Pertama: Akibat dari perlantikan Vazid bin Muawiyah untuk menguruskan hal
ehwal urnat Islam sedangkan keperibadiannya yang menyimpang dari ajaran Islam.
Ini menyebabkan masa depan umat Islam berada dalam ancaman dan merbahaya
Lebih-lebih lagi Yazid berperibadi buruk lantaran tidak mendapat didikan Islam yang
sempurna. Beliau dibesarkan dalam rumahtangga yang tidak ada langsung pancaran
pertunjuk Islam. Tidak hairanlah andanya para sejarawan merakamkan bahawa
Yazid adalah penggemar arak kaki perempuan dan berbagai kegiatan maksiat yang
menjadi darah dagingnya. Kenyataan keperibadiañ Yazid sedemikian rupa amat
bertentangan dengan tanggunjawab yang diberikan kepadanya memimpin umat islam
dan mentadbirkan hal ehwal mereka mennrut syari’at Islam.


Husayn bin ‘Ali – Cucunda Rasulullah SAWAW

Mémandangkan kepada penyimpangan Yazid sebagai penguasa Bani
Umaiyah yang memaksakan kekuasaan jahiliyah mereka terhadap umat Islam dan
demi menegakkan risalah Islam yang agong yang pernah ditegakkan oleh datuknya
Rasulullah s. ‘a.w. maka Imam al-Hussayn 'a.s. bangkit melancarkan revolusi
penentangan terhadap rejim thaghut Yazid. Matlamat al-Husayn ‘a.s. tidak lain dari
mengekalkan kehormatan dan maruah Islam. Oleh yang demikian ketika beliau
berdepan dengan tentera Yazid yang dipimpin oleh al-Hurr bin Yazid ar-Riyahi Imam
al-Husayn 'a.s menggambarkan pendiriannya dengan penuh yakin dan keimanan,
katanya:’

Wahai manusia sesungguhnya Rasulullah s. ‘a.w. telah bersabda; Barangsiapa
melihat penguasa yang zalim yang menghalalkan apa yang diharamkan oleh
Allah serta menentang sunnah Rasulullah serta bertindak memusuhi dan
menyebarkan dosa kepada hamba-hamba Allah, sedangkan ia tidak melakukan
perubahan dengan perbuatan atau dengan perkataan nescaya Allah berhak
memasukkan ke dalam neraka. Ketahuilah mreka yang demikian itu sentiasa
mentaati syaitan serta meninggalkan ketaatan kepada Allah yang Maha
Pemurah, mereka juga menyebarkan kerosakan dan melanggar batasan
hukum Allah. Mereka juga menyebarkan dosa, menghalalkan apa yang
diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan olehNya

Berdasarkan kepada pendirian Imam al-Husayn ‘a.s. maka terserlahlah hakikat
sebenar mengapakah beliau menentang rejim Bani Umaiyah yang dimaklumi tidak
menjalankan pemerintahan berdasarkan syari’at Allah s.w.t.

Keduanya; Penentangan Imam al-Hussayn adalab didasarkan kepada keperluan
membangkitkan semangat, pemikiran dan jihad umat Islam secara keseluruhannya
serta menyedarkan mereka betapa perlunya irnenegakkan syari’at. dan risalah
Islam yang agung. Tanggungjawab
itu menjadi tugas keseluruhan mereka dan bukannya masalah peribadi Inilah
konsep kepimpinan yang’ mulia dalam masyarakat yang dikemukakan okh Imam
umat Islam ini iaitu cucunda Rasulullah s.’a.w.[Rujuk Kitab Murujuz Zahab, oleh al-
Masudi]

Dalam keadaan yang sama pula golongan pencinta kebendaan
mengumpulkan harta benda tanpa mempedulikan tugas Islam yang besar. Mereka
hanyut oleh arus kepentingan duniawi yang leka dengan kerehatan tanpa
pengertian jihad dan perjuangan untuk menegakkan kesucian syari’at Islam. Imam
al-Husayn a.s. ingin meniupkan ruh jihad Islami yang akan inelawan arus jahilliyah
yang ditiupkan oleh rejiin umawi yang menyebarkan faham metarialisme dan
nasionalisma yang menghanyutkan ummat Islam dan peranan dan tugas mereka
yang sebenar.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Abdullah bin Az-Zubir rd. dan Abdullah bin
Umar bin Al-Khattab r.d. kedua-duanya putera kepada sahabat Rasulullah s. 'a.w
yang menjadi sahabat kepada Imam al-Husayn ¶a.s. itu ianya telah membawa era
baru dalam perjuangan Islam untuk menghancurkan thaghut dan jahilliyah corak baru
yang timbul selepas wafatnya Rasulullah s. ‘a.w. Cucunda rasul Islam s. ‘a.w. yang
agong sendiri bangun untuk menjadi model mujahid Islam yang .sanggup syahid
dalam memgembalikan kedaulatan Islam yang diasaskan oleh datuknya s. ‘a.w. dan
ayahanda Amir al-Muminin Ali bin Abu Talib ‘a.s.


Husayn bin ‘Ali – Cucunda Rasulullah SAWAW

Dengan pengorbanan dan kesyahidan al-Husayn ‘a.s. itu maka benarlah kata
penyair Islam yang menyokong perjuangan ahl bayt Rasulullah s. ‘a.w yang
bernama Farazdak katanya: Hati mereka bersama kamu al-Husayn dan pedangpedang
mereka bersama Bani Umaiyyah Boleh dikatakan inilah sebab asasi
mengapa cucunda Rasulullah s. ‘a.w al-Husayn ‘a.s. mengisytiharkan revolusinya
yang penuh keberkatan. Al-Imam telah menyemarakkan perjuangan dan
pengorbanan yang dada bandingan demi menegakkan risalah suci Islam selaras
dengan firman Allah di dalam surah at-Taubah ayat 38 Ertinya;

“Wahai orang-orang yang beriman. Mengapakah jika dikatakan kepada kamu;
Berperanglah pada jalan Allah lantas kamu membëratkan diri kamu ke bumi?
Apakah kiranya karnü suka kehidupan di dunia ini dari kehidupan di akhirat.
Padahal kehidupan di dunia jika dibandingkan dengan ‘akhirat adalah terlalu
sedikit!”

Dalam hal yang sama Imam menolak, sikap tunduk kepada golongan yang
zalim dan membiarkan kezaliman itu berleluasa selaras dengan firman Allah di dalam
surah Hud ayat (113); Ertinya,

“Janganlah kami berdiam diri bersama dengan golongan yang zalim, nescaya
kamu nanti akan disentuh oleh api neraka.”

Selanjutnya Imam mengisytiharkan. bahawa orang-orang yang beriman
.semestinyá mengorbankan seluruh harta dan jiwa raganya untuk menegakkan
risalah Islam yang agung sebagaimama penegasan Allah di dalam surah At-Taubah
ayat (111);

Ertinya; ‘Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman diridiri
dan harta benda mereka dengan mengurniakan kepada. mereka syurga.. (Oleh
itu) hendaklah ‘mereka berpegang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh dan
sedia terbunuh, sebagai suatu, perjanjian yang benar….. Inilah balasan dan jalan.
yang menempa. kejayaan bagi orang-orang yang beriman dengan kebenaran risalah
Islam.”

Beginilah pegangan yang dianut oleh Imam al-Husayn ‘a.s. yang mulia sebagai
lanjutan dan pegangan datuknya Rasulüllah s. a.w dan pegangan ayahandanya
Imam Ali bin Abu Talib r.a. serta pegangan bondanya Fatimah az-Zahra ‘a.s Oleh
yang demikian al.-Hussayn ‘a.s. sanggup menolak segala bentuk kemungkaran dan
kezalirnan rejim umawi, walaupun ia, tahu bahawa penentangan itu akan memengorbankan
dirinya serta para pengikutnya yang setia.

Kesedaran al-Husayn a.s terhadap tanggungjawabnya itu merupákan garisan
atau rnanhaj Islam dalam konteks jihad pada jalan Allah. Sehingga .beliau sanggup
menolak realiti yang ada di sekeliling nya. Malah ada golongan yang mengatakan
tindakannya bertolak ke Iraq adaläh diluar strategi politik di dalain menghadapi tipu
daya rejim Umaiyah. Sungguh pun begitu jalan yang diambil oleh Irnam ummat Islam
ini bertepatan dengan keredhaan Allah bagi hambaNya yang ikhlas dan bersabar.

Ketiga; Gagasan yang penting dan kebangkaan Islam yang didokong oleh al-Husayn
‘a.s. ialah kesedaran urnat Islam untuk memaharni dasar-dasar. Islam mengenai
Imamah atau kepimpinan dalam Islam. Secara tidak langsung kesedaran itu menolak


Husayn bin ‘Ali – Cucunda Rasulullah SAWAW

perrnainàn politik yang dilancarkan oleh kerajaan beraja Bani Umaiyyah yang telah
menyimpang jauh dari dasar politik dan pemerintahan Islam.

Pergerakan al-Husayn ‘a.s. tidak lain adalah untuk memimpin ummah menerangkan
kepada mereka tentang betapa merbahaya corak pemerintahan :rejim umawi
terhadap kelangsungan kehidupan Islam yang hakiki. Al-Husayn ‘a.s. mendidik umat
Islam ‘untuk mengenal konsep Imamah yang digariskan oleh Allah serta lanjutan
muktamad. dan pemerintahan kenabian Muhammad Rasulullah s Sekaligus dengan
itu Umat Islam diajak untuk menolak bentuk pemerintahan monarki, kuku’ besi dan
sistem wansan yang rnembelakangr syura Islami yang dianut oleh rejim Umaiyah
Muawiyah dianggap oleh al-Husayn sebagai pengasas pohtik sekular yang dianut
oleh Bani Umaiyah itu telah membawa kesan yang negatif terhadap kehidupan umat
Islam dan mencatitkan sejarah yang hitam dalam kehidupan ummah. Untük tujuan
itu al-Husayn ‘a.s sanggup mencetuskan revolusi Islam yang mengorbankan diri dan
pengikutnya sebagai syuhada yang dibeli darah dan. nyawa mereka oleh Allah SWT.
Darah-darah syuhada karbala yang dirintis oleh al-Husayn ‘a.s. telah menitis ke
dalam jiwa masyarakat sebagai nadi yang menghidupkan ruh jihad yang berkembang
dan terus berkembang dari masa ke semasa. Konsep syahid al-Husayn ‘a.s. semakin
segar dan bersemarak sebagai suatu formula yang ampuh dalam mempertahankan
kedaulatan Islam sebagai sistem kehidupan yang diredhai oleh Allah.

Dálam hal ini Imam al-Husayn ‘a.s. menegaskan ‘dalam sàlah satu ucapannya;

“...Wahai manusia sesungguhnya andainya kamu bertaqwa dan mengenali
kebenaran nescaya itulah yang aku redha ke atas dirimu Dan kami ahl bayt
Rasulullah s. ‘a.w. Iebih utama untuk memegang tampuk wilayah dan ülil amri
(pemerintah) terhadap urusan kamu lebih layak dari golongan yang mendakwa
terhadap kekuasaan itu yang tidak wajar dimiliki oleh mereka yang menyebarkan
permusuhan dan kemungkaran itu.” Beliau meneruskan lagi ....“. Adapun Allah swt
telah memilih Muhammad .c. ‘a.w. di kalangan seluruh makhlukNya sebagai rasulNya
serta memuliakannya dengan kenabian dan memiihnya untuk membawa risalah
Islam. Kemudian Allah rnewafatkannya setelah baginda memberi pengajaran kepada
hamba-hamba Allah dan menyampaikan Islam. Sesungguhnya kedudukan. kami
adalah sebagai ahli keluarganya yang terdekat, wali-walinya dan pemegang
wasiatnya dan mewarisi kepimpinannya dan kami adalah golongan manusia yang
lebih berhak terhadap urusan pemerintahan Imamah ke atas umat manusia.
Walaupun segolongan kaum mengengkari hak kami, akan tetapi kami mengetahui
bahawa kami lebih berhak dari mereka yang melantik din mereka. Sesungguhnya aku
telah mengutuskan utusan ku kepada kamu. Dan kami menyeru kamu semua kepada
kitab Allah dan sunnah nabiNya Sesungguhnya sunnah hendaklah dihidupkan dan
bid’ah hendaklah dihapuskan. Seandainya kamu mendengar perkataan ku nescaya
kamu diberi petunjuk kejalan yang benar...”

Dengan ucapan dan tulisan Imam al-Husayn ‘a.s. itu beliau telah membongkar
dengan terang tentang tidak sahnya serta menyimpangnya kerajaan Bani Umaiyah
yang menyeleweng dari landasan Islam. Dalam masa yang sama Al-Imam
menjelaskan bahawa hak Imamah dan khilafah hanya terletak kepada golongan yang
mewarisi nubuwah dan melanjutkannya dengan Imamah atau kepimpinan yang
ditetapkan oleh syari’at Islam. Kenyataan ini bertentang dengan konsep demokrasi
yang dipaksakan ke atas ajaran politik Islam, kerana Allah dan rasulNya Iebih
mengetahui tentang kemaslahatan dan keperluan umat manusia terhadap Imamah.
Kepimpinan paksaan seperti rejim Bani Umaiyah terkeluar dan landasan yang


Husayn bin ‘Ali – Cucunda Rasulullah SAWAW

disebutkan ini. Dengan ini kebangkitan revolusi Islam Imam al-Husayn ‘a.s. yang
ditentang oleh Muawiyah ‘dan Yazid dari rejim umaiyah. Kebangkitan al-Husayn ‘a.s.
sekaligus menolak pengesahan palsu dan korup setengah parà pendakwa yang
mempertahankan keabsahan rejim Muawiyah dan anaknya Yazid. Pihak kami
bersedia untuk mengemukakan nas-nas al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah
s.’a.w. terhadap keabsahan Imamah al-Hasan ‘à.s. dan al-Husayn ‘a.s. dan juga
ayahanda mereka Amir al-Mu’minin Ali bin Abu Talib r.d. pada kesempatari yang lain.

Keempat; Kedudukan insan menurut risalah pengajaran Islam merupakan kelana
atau pengembara di muka bumi yang memerlukan bekalan dam pimpinan Ilahi.
Kefardhuan dan kewajipan menyeru kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran
serta beijihad pada jalan Allah merupakan penterjemahan yang hakiki terhadap
gagasan ini Demikian juga kita sebagai penganut dan pemeluk ajaran Islam yang
suci. Garisan perjuangan kita mesti ditumpahkan ke arah menegakkan risalah yang
sud itu dengan mempertaruhkan harta dan nyawa yang dipinjamkan oleh Allah
kepada kita.

Demikian juga al-Husayn a.s. yang mewarisi kepimpinan Nabi Muhammad s. ‘a.w.
telah menyahut seruan menegakkan risalah Islam secara amali Pada zaman yang
penuh begelora itu al-Husayn menjadi revolusiner terawal untuk mengekalkan
kedaulatan risalah Islam yang diasaskan oleh datuknya Rasulullah s. ‘a.w. Al-Imam
memilih jalan revolusi dalam menghadapi kezaliman dan kemungkaran para
penguasa. Di sisinya tanpa pergerakan revolusi maka tiada lagi perbaikan dan
rahmat untuk umat islam. Untuk membayangkan garisan revolusi Islamnya itu
dapat diamati dari kata-katanya: “Sesungguhnya aku tidak keluar ke medan
perjuangan dengan niat jahat atau tidak sekali-kali untuk membawa
kerosakan, juga tidak ingin menegakkan kezaliman Hanyasanya aku keluar
adalah untuk menuntut kebaikan kepada umat datukku Rasulullah s. ‘a.w.
Aku ingin menegakkan seruan kepada mengerjakan makruf dan mencegah
kemungkaran. Aku melalui jalan yang dilalui oleh datukku, dan ayabandaku
Ali bin Abu Talib r.a. ...“ Inilah sebahagian dari faktor kebangkitan revolusi Islam
yang didokong oleh al-Husayn a.s.


Husayn bin ‘Ali – Cucunda Rasulullah SAWAW

BAB 6

PERANAN WANITA DALAM

REVOLUSI ISLAM AL-HUSSAYN ‘A.S

Di samping golongan lelaki sebagai penyokong dan pejuang al-Husayn ‘a.s.
dalam perjalanannya dari Makkah ke Karbala maka kaum wanita ahl bayt dan kanakkanak
merupakan golongan yang tidak boleh dipisahkan dari pergerakan penuh
berkat itu. Malah menurut Al-Husayn 'a.s sebagaimana kata-katanya kepada
saudaranya Muhammad bin Al-Hanafiah bahawa kaum wanita itu dilihat sebagai
pengukuh dan pendorong kepada revolusi Islam. Peranan Wanita revolusiener itu


Husayn bin ‘Ali – Cucunda Rasulullah SAWAW

boleh diperhatikan dalam perjalanan husainiyah itu dengan memerhatikan peranan
tokoh-tokoh seperti Zainab Al-Kubra binti Ali, juga cucunda Rasulullah s. ‘a.w.
Peranan itu dapat dikutip dalam ucapannya;

“Segala puji bagi Allah, selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.’a.w. dan ahli
keluarganya yang suci: Wahai penduduk Kufah! Adakah anda menangis tanpa air
mata atau meratap penuh kepiluan. Kamu sebenarnya diumpamakan golongan yang
tercabut kekuatannya. Adakah kamu menjadikan sumpah-sumpah kamu sebagai
perisai-perisai untuk menutup kepalsuan. Ketahuilah perkara buruk akan menimpa
kamu di mana Allah menetapkan ke atas kamu azab yang kekal dengan penipuan itu.
Ya Allah!! Orang yang menangis terlalu banyak sedangkan yang ketawa terlalu
sedikit. Alangkah malangnya pendirian kamu di hadapan pembunuhan keturunan
nabimu s. ‘a.w. zuriat nabi penamat segala Anbiya’, perbendaharaan risalah dan
pemimpin pemuda syurga. Hilanglah pelita yang menyuluh kamu, pomimpin ulung
yang menghidupkan sunnah Alangkah buruknya apa yang kamu bawa, kerugian
memenuhi kedua tanganmu. Adakah kamu sanggup berhadapan dengan kemurkaan
Allah dan RasulNya Kamu sebenarnya telah drnmpa kehinaan dan kecelakaan,
alangkah celakanya nasib kamu. Adakah kamu seanggup melihat hati jantung
Rasulullah s. ‘a.w. dikunyah, adakah kamu sanggup mengorbankan kemuliaannya
Manakah darah yang telah kamu turnpahkan dan manakah kehormatan yang telab
kamu. pertahankan??! Telah datang kepada kamu bibit-bibit yang kehitaman,
gerombolan hitam seperti cahaya bumi dan pancaran dari langit Tetapi alangkah
hairannya hujan darah telah turun dari langit dan alangkah azab akhirat akan bakal
ditempuh.

Demikianlah pendirian Zainab Kubra 'a.s. terhadap pendudak Kufah yang
berdepan dengan tanggungjawab menegakkan revolusi Islam. Pendirian Zainab
semakin mara ke hadapan selepas kesyahidan al-Husayn ‘a.s. saudaranya dengan
para pengikutnya di dalam menghadapi kemungkaran dan kedurjanaan Yazid dan
Rejim Umaiyah.

Perhatikan pula ucapan puten Imam, al-Hussayn a.s. yang hernama Fatimah
binti Al-Husayn ‘a.s.;

“Wahai penduduk Kufah; wahai penduduk yang penuh dengan muslihat dan tipu
daya. Sesungguhnya kami ahl bayt Rasulullah s.’a.w. telah diuji oleh Allah dengan
pendirian kamu yang curang. Kamu semua telah membawa mala petaka kepada
kami. Namun begitu segala dugaan itu membawa kebaikan kepada kami dan Allah
mengurniakan ilmuNya kepada kami dan kamilah perbendaharaan ilmu dan hikmat
serta kami menjadi hujjah dan tanda kebesaran Allah ku atas hamba-hambaNya
Allah telah memuliakan kami dengan kemuliaan kami Rasulullah s. 'a.w yang
mempunyai kemuliaan mengatasi segala makhluk Sebaliknya kamu mendustai
memperdayakan kami dan kamu melihat pembunuhan ke atas kami sebagai halal
dan harta benda kami dirampas. Kami seolah-olah anak-anak yang ditinggalkan atau
sebagaimana unta-unta. Demikianlah sebagaimana datuk kami (Imam Ali r.d telah
kamu bunuh. Sesungguhnya pedang-pedang kamu telah mengalirkan darah-darah
kami Ahl Bayt 'a.s untuk melepaskan dendam kesumnat kamu. Dalam keadaan itu
mata kamu melihat dengan gembira dan hati-hati kamu merasa riang. Pembalasan
yang setimpal akan dijatuhkan oleh Allah ke atas kamu. Allah mempunydi muslihat
yang mengatasi tipu daya kamu. Janganlah membersihkan tangan kamu yang telah
membawa kepada tumpahnya darah-darah kami. Apa yang menimpa kami
merupakan kenyataan yang telah disebut oleh Al-Qur'an Sebenarnya menjadi
perkara yang senang di sisi Allah untuk melepaskan kami daripadanya. Firman Allah
yang (bermaksud),”Usahlah merasa putus am di alas apa yang luput daripada kamu


Husayn bin ‘Ali – Cucunda Rasulullah SAWAW

dan janganlah pula terlalu bergembira dan bangga dengan .apa yang dikurniakan
kepada kamu... sesungguhnya Allah tidak menyukai setiap seseorang yang angkuh
dan berbangga-bangga. Celakalah bagi kamu dan tunggulah laknat dan azab Allah
yang akan ditimpakan ke atas kamu. kecelakaan akan menimpa kamu seperti hujan
langit sejajar dengan apa yang kamu dustakan dan pengkhianatan kamu, Lalu Allah
menyempitkan jalan bagi kamu dan kamu kekal menderita di di dalam azab yang
sungguh pedih pada hari qiamat sejajar dengan kezaliman yang telah kamu lakukan.
Ketahuilah laknat Allah akan dikemukakan kepada golongan yang zalim.”

Demikianlah peranan dan sikap wanita Islam dari keluarga Räsulullah s.'a.w di
dalam pergerakan revolusi Islam yang dicetuskan oleh Imam al-Husayn ‘a.s. Untuk
memerhatikan pendirian jihad wanitä Muslimah Ahli Bayt maka perhatikan ucapan
Saidatina Zainab binti A1i bin Abu Talib ‘a.s yang disampaikan di hadapan Yazid bin
Muawiyah di istana penguasa yang zalim itu. Serikandi Muslimah itu menegaskan;

Segala puji itu tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alám, selawat dan salam ke atas
Rasulullah s. ‘a.w. dan ahli keluarganya: Benarlah firman Allah yang menegaskan;

Ertinya: “Kemudian, kejahatanlah akibat bagi orang-orang yang mengerjakan
kejahatan, lantaran merèka mèndustakan ayat-ayat Allah dan mereka memperolokolokkan
(ayat-ayat Allah itu).” (dalamSurah ar-Rum, ayat 10)

Adakah engkau menyangka wahai YAZID...! untuk melemparkan kami ke seluruh
ceruk bumi dan rnembuang kami ke ufuk langit serta menjadikan kami binatang
ternak yang dipandu. Adakah engkau rnenyangka bahawa kami terhina di sisi Allah
dan engkau menjadi mulia dengan perlakuan ini. Sungguh besar kedurjanaanmu di
sisi Allah, walaupun dikau bergembira deagan keadaan ini tetapi engkau memandang
dunia penuh kekacauan dan segala urussanmu dalam kesempitan Walaupun engkau
menguasai kami tetapi tunggulah dan tunggulah... Adakah engkau lupa dengan
firman Allah di dalam Al-Quran: (Surah A’li Imran ayat 178). Ertinya: “Dan janganlah
orang-orang kafir itu menyangka, bahawa kami membiarkan mereka itu menganggap
mereka lebih baik untuk diri-diri mereka. Kami tidak biarkan mereka melainkan
supaya mereka bertambah dosa dan adalah bagi mereka azab yang menghinakan.”
Adakah engkau berlaku adil wahai anak golongan yang ditawan?? (Maksudnya
golongan Tulaqa’ ialah golongan yang ditawan oleh Rasulullah s. ‘a.w. pada tahun 8
hijrah ketika pembukaan Makkah, kerana Yazid adalah cucu Abu Sufyan yang
ditawan oleh pihak Islam dan dilayan dengan baik oleh Rasulullah s. 'a.w Golongan
kamu telah dibebaskan dan dilayan dengan baik suatu ketika dahulu tetapi engkau
pula menjadikan anak-anak perempuan Rasulullah s. 'a.w sebagai tawanan yang
dilayan dengan penghinaan dan digari ke belakang. Kami telah diseret dan satu
negeri ke satu negen lain dengan wajah-wajah kami yang terbuka dan tercemar.
Kami telah ditawan tanpa di sisi kami seorang pelindung dan kaum lelaki dan kami
diseret bersama darah-darah pãra syuhada’....”

“....Sesungguhnya Allah akan menghukum kamu dan Rasulullah s ‘a.w. akan
memusuhi kamu serta Jibril akan menentang kamu dan kamu ..akan mengetahui
kedudukan engkau yang membelenggu umat Islam dan seburuk-buruk keadaan bagi
golongan yang melakukan kezaliman. Di manakah tempat yang seburuk-buruknya
bagi kamu dan jalan yang menyesatkan. Walaupun dengan kekuasaanmu untuk
menghina kami dan mata-mata kaum muslimin memandang pilu kepada kami dan
hati-hati mereka bersimpati dengan kami. Lakukanlah semahu engkau segala


Husayn bin ‘Ali – Cucunda Rasulullah SAWAW

muslihat, demi Allah yang telah memuliakan kami dengan wahyuNya, Al-Quran
dan Nubuwah kamu tidak akan dapat mengatasi kami di sisi Allah dan kamu tidak
akan dapat menghapuskan kami. Semua yang engkau lihat akan binasa dan hariharimu
boleh dihitung, tunggulah pada suatu hari di mana dipanggil méreka yangdipanggil
dan laknat Allah itu ditujukan kepada orang yang zalim.”

Begitulah sebahagian dari catitan sejarah mengenai tokoh besar Islam cucunda
Rasulullah s. ‘a.w. iaitu al-Imam asy-Syahid HUSSAYN ‘alaihissalain serta sekelumit
mengenai perjuangan jihadnya mengembalikan kedaulatan dan kemurnian Islam
sebagaimana katanya... “Hanya dengan kematianku dan darahku, kebenaran Islam
dan Sunnah datukku Muhammad Rasulullah s. ‘a.w. dapat dipertahankan...” Dan lagi
katanya: ‘....Seandainya manusia mengetahui bahawa harta yang dicarinya akan
hilang nescaya mereka akan membelanjakannya pada jalán Aliah, dan seandainya
manusia menyedari bahawa nyawa mereka akan berpisah dengan jasadnya nescaya
mereka akan sanggup mati dicincang pada jalan ALLAH ‘azza wa jalla. Mudahmudahan
Allah SWT memasukkan kita ke dalam pergerakan revolusi Islam al-
Husayn ‘a.s. yang menentang musuh-musuh Allah dan menegakkan pemerintahan
Allah dan Islam di atas muka bumi ini.

ALLAHUAKBAR!

0 comments: