? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, July 2, 2010

PENGISLAMAN JAGUH KRIKET



BINTANG kriket Pakistan, Yousuf Youhana digeruni rakan dan lawan setiap kali dia beraksi di gelanggang terutama di peringkat antarabangsa.
Pukulan mantap dan larian bertenaga ketua pasukan kriket Pakistan itu, terbukti dengan pencapaian cemerlangnya pada 2006, ketika dia memecahkan rekod larian untuk musim itu.
Sebelum menganut Islam pada 2005, Yousuf atau nama Islamnya, Mohammad Yousuf ialah pemain tunggal pasukan kriket Pakistan yang beragama Kristian.
Walaupun dia merupakan antara pemain terhandal dalam pasukan kriket Pakistan, namun pelbagai kontroversi yang melanda menyebabkan dia bersara awal.
Bermula pada Mac 2010, Yousuf digantung oleh Lembaga Kriket Pakistan daripada mewakili negaranya di peringkat antarabangsa, gara-gara pasukannya kalah pada kejohanan kriket di Australia serta atas alasan masalah dalaman pasukan. Lebih malang, tempoh penggantungan itu tidak dijelaskan sehingga bila.
Ekoran itu pada penghujung Mac 2010, Yousuf mengumumkan persaraannya dalam sukan kriket antarabangsa, sebagai reaksi langsung daripada tindakan ke atas penggantungannya itu.
Namun dalam ruangan kali ini, topik yang tidak kurang hangat diperkatakan umum, khasnya di kalangan kenalan dan peminat pemain itu ialah tentang kisah penghijrahan akidah Mohammad Yousuf daripada Kristian kepada Islam.
Mohammad Yousuf yang dilahirkan pada 27 Ogos 1974 di Sargodha. Punjab, Pakistan mengakui, dia memeluk Islam selepas menghadiri siri ceramah kumpulan keagamaan terkenal di negara itu, Tablighi Jamaat.
Akhirnya, Muhammad Yousuf dan isteri mengisytiharkan pengislaman mereka pada September 2005. Malah turut dilaporkan pengislaman isterinya, Tania dengan menggunakan nama Islam, Fatima Yousuf. Cuma ia tidak diberitahu kepada umum demi menjaga hati keluarga masing-masing.
Muhammad Yousuf dikatakan berpindah dari rumah keluarganya tetapi ada laporan lain mengatakan, dia telah berpindah semula.
Walau bagaimanapun, menerusi laporan media tempatan, keluarga mereka dikatakan meradang dengan keputusan pasangan tersebut.
“Saya tidak akan memberikan nama saya dengan apa yang telah dia (Muhammad Yusouf) lakukan. Malah kami mengetahui tentang pengislamannya apabila dia menerima pelawaan melaksanakan solat Jumaat di sebuah masjid di sini. Ini adalah satu kejutan,” kata ibunya yang dipetik dalam akhbar Daily Times.
Namun, kesalahan itu diletakkan kepada abang salah seorang bekas pemain kriket Pakistan, Saeed Anwar yang didakwa oleh keluarga Muhammad Yusouf sebagai perosak kepada kehidupan anak lelaki mereka.
Saeed Anwar dan abangnya telah bergelar Muslim dan semenjak itu menyampaikan ceramah atas platform pendakwah Tablighi Jamaat.
Muhammad Yousuf bagaimanapun memberitahu media, dia mengucap syahadah dengan kerelaan.
Tablighi Jamaat adalah kumpulan keagamaan yang bebas politik terbesar di Pakistan. Ia turut dianggotai rakan sepasukan yang dahulunya juga bekas pemain kriket negara itu, Saeed Anwar.
“Tidak dapat saya gambarkan gembira dan tenang perasaan saya sekarang ini. Malah saya juga berharap dan berdoa agar ahli keluarga saya juga menerima Islam,” kata Muhammad Yousuf kepada BBC.
Malah, kenyataan rasmi Lembaga Kriket Pakistan mengesahkan kehadiran anggota kumpulan Tablighi Jamaat ke kem-kem latihan secara kerap, sejak beberapa tahun lalu.
Pun begitu, katanya lagi, hidayah Allah ke atasnya datang secara berperingkat iaitu dalam tempoh tujuh hingga lapan bulan.
“Saya tertarik dengan tugas para pendakwah ini. Mereka sentiasa mengikut al-Quran dan sunnah. Malah sepanjang mengenali kumpulan ini, mereka tidak pernah menyuruh saya untuk memeluk Islam.
“Malah semasa bermain kriket, saya pernah berjumpa seorang Yahudi yang memeluk Islam pada tahun 1970. Menurut ceritanya lagi, dia mengenali Islam menerusi dakwah tabligh yang pergi ke California, Amerika Syarikat dan apa yang dipraktis ini telah membuka lorong hidayah kepada teman Muslim saya itu,” akuinya yang masih perlu mendalami Islam.
Muhammad Yousuf menyedari bahawa Islam adalah satu cara hidup yang sempurna. Tambahnya, Islam membawa mesej keamanan, mendoakan kebaikan sesama manusia bila bertemu, berbuat baik dengan orang lain, kod etika dan mengambil berat terhadap orang lain sepanjang masa.

0 comments: