? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, July 2, 2010

KEAGUNGAN AL-QURAN MELALUI SENI LAGUNYA

MALAYSIA terkenal di kalangan negara-negara Islam dengan penganjuran Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa.
Peserta yang mewakili negara kita untuk musabaqah antarabangsa ini sebenarnya telah melalui beberapa musabaqah iaitu di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Tahun ini, Sabah menjadi tuan rumah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-53 yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 26 Jun hingga 3 Julai.
Majlis tilawah al-Quran diadakan setiap tahun sebagai usaha berterusan kerajaan menggalak dan membudayakan minat membaca al-Quran di kalangan masyarakat Islam.
Ia juga bertujuan mencungkil bakat dan keupayaan para qari dan qariah bertarannum mengikut kaedah dan disiplin qiraat al-Quran yang betul. Seterusnya, mereka akan mewakili negara di peringkat antarabangsa.
Tema Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini adalah ‘Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah’.
Cabaran peserta menyertai tilawah di setiap peringkat adalah amat tinggi. Bacaan mereka dinilai dari sudut suara, tajwid, fasahah, persembahan dan seni lagu al-Quran.
Johan adalah yang terbaik membaca al-Quran dan tertinggi mendapat markah dalam semua aspek yang dinilai.
Galakan membaca al-Quran dengan suara yang merdu dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Baginda juga membaca al-Quran dengan suara yang merdu.
Al-Bara Ibn Azib ra menyatakan: Aku mendengar Nabi SAW membaca surah al-Tin ketika sembahyang Isyak dan aku tak pernah mendengar suara semerdu suaranya. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Baginda juga memuji sahabatnya yang membaca al-Quran dengan baik. Pernah satu ketika baginda mendengar Abu Musa al-Asyari membaca al-Quran dengan suara yang merdu lalu baginda bersabda: Sesungguhnya kamu dianugerahkan seruling dari seruling keluarga Daud a.s. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Tilawah al-Quran tidak sama dengan pertandingan nyanyian atau nasyid. Lagu terbaik dan johan adalah natijah daripada penyanyinya yang melagukan senikata tertentu dengan persembahan yang menarik minat juri dan penonton.
Jika senikata yang sama dinyanyikan oleh penyanyi lain sudah tentu berlaku kepincangan suara dan persembahan. Lagu yang mendapat johan tidak lagi dipertandingkan tahun seterusnya. Berlainan al-Quran, dimusabaqahkan setiap tahun dengan ayat yang sama dan seni bacaannya yang sama tetapi qarinya berbeza.
Peminat al-Quran tidak pernah jemu mendengar al-Quran dialunkan. Ibn Mas’ud ra pernah berkata: “Keajaiban al-Quran tidak pernah luput dan habis. al-Quran tidak jemu dibaca walaupun berulang kali dialunkan”.
Bacaan al-Quran dengan mantap dan memenuhi semua keperluannya seperti tajwid, fasahah, tarannum mampu menarik hati yang lalai.
Tokoh besar dalam bacaan al-Quran iaitu Sheikh Mahmud Khalil al-Husari (meninggal pada tahun 1980) pernah mengalunkan bacaan al-Quran di beberapa negara bukan Islam seperti Amerika dan Eropah.
Seusai beliau membaca al-Quran dengan suaranya yang merdu dan unik, beberapa orang mengucap syahadah di hadapannya.
Perkara yang sama berlaku kepada Sheikh Mahmud Ali al-Banna (meninggal pada tahun 1985) yang pernah membaca al-Quran dengan tarannum yang merdu di Masjid al-Aqsa, Palestin.
Sempena tilawah yang diadakan setiap tahun, sepatutnya umat Islam memberi perhatian mengikuti bacaan peserta. Cuba fahami maksud ayat yang dibaca melalui terjemahan yang disertakan di paparan.
Keagungan al-Quran akan meresap ke dalam jiwa mereka yang mengambil pengajarannya. Firman Allah SWt yang bermaksud: Dan apabila al-Quran itu dibacakan maka dengar dan diam supaya kamu peroleh rahmat. (al-A’raf: 204).

0 comments: