? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, July 2, 2010

MENYALAKAN LILIN YANG SATU

Terdapat satu Ancient Chinese Proverb yang amat mendalam maksudnya..dan proverb inilah yang diri ini ambil sebagai asas untuk entry kali ini ..

" It is Better To Light One Candle Than To Curse The Darkness "


Terbaru, kekejaman dan kezaliman Regim Zionis yang menghalang Misi Keselamatan ke Gaza telah membuatkan pelbagai macam 'Paradigma' melanda seluruh warga dunia. Sama ada yang Islam, mahupun yang bukan Islam, kesemuanya mencintai keamanan dan kemakmuran. Maka, tindakan dan kerakusan askar-askar Israel mengganggu perjalanan Flotilla di tengah lautan sememangnya telah membuka mata dunia akan kebenaran definisi 'terrorist' yang hakiki.

Bukan pada 31 Mei itu sahaja kekejaman Zionis dapat dilihat, malah tiap-tiap hari sebelum mahupun selepas peristiwa tersebut. Kezaliman mereka terhadap saudara-saudara kita di Palestin telah terserlah. Cuma pada hari tersebut, mereka benar-benar telah 'membuka topeng' mereka sendiri dan membuatkan seluruh penduduk dunia terbangkit sebentar daripada tempat duduk mereka.


Maka, bermulalah lagi musim demonstrasi itu..

Bermulalah lagi musim membakar bendera dan poster itu..


Status FB / FS / Twitter bertukar daripada 'semalam aku jalan-jalan kat Sunway' terdengar jeritan dan laungan takbir. Pelbagai update dan berita berkenaan peristiwa tersebut mula disebarkan. Gambar profile picture ditukar dan suara keprihatinan serta kesedihan kita terhadap aktivis keamanan mula kita serlahkan.


Alhamdulillah... Masih wujud lagi kecintaan kita terhadap ad-deen ini..

Alhamdulillah.... Masih prihatin lagi kita perihal saudara-saudara kita yang sedang berjuang nun jauh di sana..

Tetapi, seperti kata Brother Hilal Asyraf dalam blognya (http://www.ms.langitilahi.com) ;

"Jerit, laung, doa, yang kini hangat di alam maya, itu semua hanyalah pembakar semangat. Namun begitu, janganlah kita lupa betapa api, tetap akan padam jika tiada bahan bakarnya yang konsisten"


Buktinya, sudah berapa siri demonstrasi 'bermusim' yang kita buat sejak kezaliman para musuh menjajah maruah dan keamanan saudara kita di Iraq, Afghanistan dan Palestin itu berakhir dengan diri kita kembali kepada fasa yang sama, yakni fasa jahiliyyah moden.


Demonstrasi dan jeritan kita hanyalah sekadar ilusi, hakikatnya diri dan hati kita masih terpahat kepada dunia dan hiburan...

Laungan takbir dan kesatuan kita hanyalah ilusi semata-mata, hakikatnya diri kita masih lemah dalam melawan nafsu dan 'perang pemikiran' yang dilancarkan musuh2 kita..

Realitinya..fasa-fasa kesedaran dan keprihatinan kita 'datang dan pergi' begitu sahaja..

Selepas ini..status FB / FS / Twitter tadi akan bertukar kepada komentar tentang kelincahan Rio Ferdinand atau Wayne Rooney menggelecek bola di padang..

Laungan dan jeritan takbir tadi akan bertukar kepada jeritan 'GOLLLLLL' ..

Topik perbincangan berkenaan kekejaman Israel di kedai kopi dan restoran bertukar kepada ketidakpuas-hatian terhadap keputusan pengadil yang kononnya berat sebelah..

Isu-isu saudara kita luput semula. Luput dek bola dan statistik kemenangan pasukan kegemaran kita..


Keprihatinan kita bertukar kepada kepekaan 'Keeper' yang menjaga tiang gol...Kata semangat kita beralih kepada 'striker' pasukan kegemaran kita..berita-berita Palestin hanya sekadar 'berita' buat diri kita..berita yang tidak ada bezanya dengan berita buang bayi yang hanya boleh kita tangisi di depan kaca televisyen..


Mana perginya semangat-semangat tadi? Mana hilangnya jeritan dan takbir kita itu? Takkanlah secepat itu segala-galanya berakhir?

Adakah kesemua usaha kita tadi sekadar ilusi dan fatamorgana dunia sahaja?

Tidak ada salahnya kita ingin menonton pemain kegemaran kita membolos tiang gol pasukan lawan..tetapi takkanlah sehingga masa utk kita beribadah dan tarbiyyah diri kita turut sama tergadai kerana perkara yang kita sendiri tidak ada perkaitan secara langsung?

Kita takkan menang, meskipun England menjuarai World Cup pada tahun ini..

Israel takkan berhenti menzalimi saudara2 kita, meskipun Brazil menjulang piala emas itu..

Dan iman kita takkan naik, walaupun Germany berjaya masuk ke final...


Dalam keghairahan dan kegembiraan kita menonton pasukan bola kegemaran kita menjaringkan gol, janganlah dilupa akan nasib saudara kita yang melihat darah dan ahli keluarga mereka mati di depan mata mereka. Janganlah dilupa akan perihal musuh-musuh kita yang takkan pernah redha, selagi kita tidak mengikuti cara hidup mereka yang jauh daripada kebenaran Islam.


Ditambah lagi dengan isu boikot yang 'ditimbulkan' semula setelah sekian lama senyap, bermulalah lagi 'musim' yang entah sampai bila akan bertahan..

Kita prihatin kerana memboikot produk-produk Yahudi, tetapi takkanlah 'memboikot' peringatan dan sunnah-sunnah Rasulullah itu juga dikira prihatin? Takkanlah malas mengkaji Al-Quran dan beribadah itu juga dikira prihatin? Apakah agaknya erti 'prihatin' dalam kamus hidup kita ini?






Kita sedarilah betapa kutukan dan boikot kita itu belum cukup untuk memastikan kemenangan yang sejati. Alangkah baiknya sekiranya kita 'menyalakan lilin yang satu' itu. Lilin yang menjamin kesejahteraan dan keamanan yang sebenar. Yakni, lilin 'kembali ke jalan Allah SWT' daripada terus mencaci, mengutuk dan memaki golongan zalim itu tanpa batas..

Saya berminat dengan karya Sayyid Qutb , 'Petunjuk Sepanjang Jalan' yang banyak menghuraikan teknik dan strategi mantap Rasulullah SAW dalam menyebarkan akidah Islam yang sebenar selama 23 tahun perjuangan baginda.


Baginda tidak ada lagi di muka bumi ini sewaktu 2/3 dunia dikuasai islam..

Baginda juga tidak ada semasa Salahuddin Al-Ayubi menawan Jerusalem. Apatah lagi semasa Sultan Muhammad Al-Fateh membuka Kota Constatinople.

Tetapi baginda tahu, betapa dengan 'menyalakan lilin yang satu itu' lah yang bakal membawa kepada ternyalanya lilin-lilin yang lain, menghasilkan cahaya yang terangnya begitu jelas sehingga mampu memandu jalan di dalam kegelapan.


Meskipun ditawarkan kuasa sebagai pemerintah kaum Arab yang boleh sahaja memaksa penduduk Mekah untuk menganuti Islam semasa awal penyebaran ajaran Islam dahulu, baginda tetap menolak tawaran itu. Ini kerana baginda tahu, untuk mengekalkan kejituan dan kebenaran ajaran Islam itu berkekalan, baginda memerlukan pengikut yang benar-benar mantap akidahnya, mantap akhlaknya, dan mantap ketaatannya kepada Allah SWT seperti Abu Bakar dan Umar Al-Khattab. Kemudian barulah baginda melangkah setapak lagi dengan memimpin penduduk Madinah, yakni tatkala syariat dan keagungan Islam telah terserlah.

Oleh sebab itulah kita dapat melihat perbezaan yang ketara antara ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan di Mekah, dengan ayat yang diturunkan di Madinah...Ayat di Mekah lebih menjurus kepada akidah, akhlak dan ketuhanan, yakni sesuatu yang amat vital dalam pembentukan 'pemuda islam' sebenar. Kemudian barulah tidak menjadi masalah untuk mensyariatkan hukum-hukum muamalat, aurat, pembahagian harta pusaka, hudud, perkahwinan, dan kepimpinan yang diturunkan di Madinah..kerana mereka faham betapa perundangan yang terbaik adalah perundangan yang datangnya daripada Allah SWT..

Selagi kita masih boleh bekerja, bertenaga dan berkemampuan ini, segeralah kita membuat pilihan masing-masing. Sama ada kita ingin terus berada dalam zon jahiliyyah kita, meneruskan perjuangan 'ilusi' kita yang sekadar mengutuk dan mencaci pihak zalim (cursing the darkness)? Ataupun kita ingin melakukan sesuatu yang bermakna buat ad-deen ini (lighting a candle), yakni dengan kembali kepada Islam yang sebenar, Islam yang kaffah (menyeluruh), dan Islam yang ditempuhi oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda..

Saya berminat untuk berkongsi pengalaman diri yang baru 10 bulan menetap di bumi Moscow ini. Melihat sendiri bagaimana Islam telah membentuk saudara-saudara kita di bandar yang serba moden ini. Saya sempat melawat dan menziarahi beberapa masjid di sini, dan ternyata walaupun baru beberapa minit bersama dengan para penduduk islam di sini, keindahan dan kebenaran islam dalam membentuk peribadi mereka benar-benar terserlah.

Diri ini berasa amat malu, melihat mereka yang walaupun gagap membaca al-quran, menghafal hanya satu atau dua surah sahaja daripada al-quran, malah ada yang belum fasih membaca 'Alif..Ba..Ta' , tetapi keimanan dan keteguhan mereka dalam mempraktikkan islam yang sebenar betul2 boleh dilihat daripada sikap mereka yang sopan santun, tidak membazir, bahasa yang lembut dan berhikmah benar-benar membuatkan diri ini berasa sangat rendah sekali.

Betapa beruntungnya kita dapat mempelajari ilmu agama di sekolah dan kelas-kelas agama, berbanding mereka yang perlu berjalan jauh ke masjid untuk bertemu imam dan syeikh mereka semata-mata kerana ingin mendalami islam. Namun, fikrah dan keimanan mereka nampaknya lebih tinggi daripada kita yang boleh membaca al-quran dengan berlagu dan indah, tetapi tetap berpaling dengan suruhan Allah dalam kitabNya itu.

Walaupun mereka mendapat tentangan daripada kawan-kawan dan keluarga, tetap ditabahkan juga hati itu demi mendapat keredhaan Allah SWT. Ya Allah, diri ini sendiri tidak dapat membayangkan bagaimanakah agaknya nasib sekiranya keluarga dan kawan kita sendiri mencaci dan mengejek agama yang kita anuti ini. Malah, ada antara mereka yang sehingga dihalau daripada rumah, kesemuanya hanya kerana Islam.



Kita pula bagaimana?
Apakah bukti kesetiaan dan ketaatan kita kepada Allah SWT?
Apakah bukti perjuangan dan kecintaan kita kepada ad-deen Allah ini?


Perjuangan Ilusi ataupun Pejuangan Hakiki..

Cursing The Darkness or Lighting a Candle..

Kesemuanya itu bergantung kepada permulaan dan kesedaran kita untuk kembali kepada ad-deen Allah ini..

Diri saya yang menaip ini juga ada kurangnya, tetap dibelenggu dengan pelbagai perkara jahil yang perlu dibuang dengan segera. (kurniakanlah kekuatan kepada hambaMu ini ya Allah)..


InsyaAllah, sama-sama kita mengkaji di manakah agaknya silap kita dalam membangunkan islam dalam diri kita ini. Kita semua membaca al-quran dan hadis yang sama, tetapi ternyata wujud suatu 'gap' yang agak besar antara keimanan kita dan keimanan para sahabat Rasulullah..


Rakan-rakan pembaca semua,


Marilah sama-sama 'Shift Paradigm' kita. 'Shift Keimanan dan Niat' kita. InsyaAllah, pasti kemenangan islam itu nanti, akan tertulisnya nama kita sebagai salah seorang daripada pengusahanya. Sama-sama membuat pilihan yang tepat, bukan esok atau lusa, tetapi pada saat ini juga.



" Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu " (Muhammad 47:7)

0 comments: