? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, July 4, 2010

HAIWAN DALAM SIRAH RASULULLAH

BAGI menarik minat terutama kanak-kanak meminati sirah Rasulullah s.a.w, buku ini menghidangkan penceritaan yang diolah bagi menjadikan roh perjuangan Rasulullah dan sahabatnya sebagai ikutan.
Buku ini menampilkan sirah dalam dua set yang membabitkan haiwan di Makkah serta di Madinah. Setiap satu dipersembahkan dengan gambaran menerusi ilustrasi bergambar yang menarik.

Disebabkan ramai yang masih membayangkan mata pelajaran sejarah subjek membosankan, buku ini membayangkan hal sebaliknya.

Pembelajaran atau pengkajian sejarah menjadi lebih ringan dan menghiburkan kerana sebahagian besar buku ini dilukis dalam bentuk epik yang luas.

Anak sebenarnya sangat suka kepada haiwan. Jadi tidak hairanlah mereka gemar untuk memelihara kucing, burung atau arnab.

Malah jika diajak pergi melawat zoo, sarkas atau safari merekalah orang yang begitu gembira sekali.
Haiwan juga banyak berkait rapat dengan sejarah Rasulullah s.a.w. Dalam siri ini, penulisnya membawa perspektif sirah Rasulullah melalui kaitan dengan haiwan yang pernah bertemu Baginda atau hidup sezaman dengannya.

Siri ini turut memaparkan nilai tambahan dengan membawa objek serta tema tertentu yang diterangkan dengan begitu jelas.
Pada masa sama ia dapat meningkatkan mutu dan ilmu pengetahuan serta perbendaharaan kata mereka. Yang menarik, buku ini ditulis dengan dua teks iaitu rumi dan jawi.

Oleh itu, buku ini sangat sesuai dijadikan teks rujukan kepada anak sama ada di peringkat rendah atau menengah yang sedang mempelajari tulisan jawi.

Manakala ia turut menggunakan kaedah ejaan dan sebutan Dewan Bahasa terbaru termasuk menggunakan font huruf jawi yang betul.

Ia bertepatan usaha meletakkan hala tuju serta matlamat kehidupan selain menyusun tatatertib dan akhlak mereka.

Tajuk: Kisah Haiwan Makkah
Penulis: Fatimah Syarha Mohd Nordin
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd
Cetakan: Pertama
Harga: RM45.00 (Semenanjung) RM47.00 (Sabah dan Sarawak)
Muka Surat: 193 muka surat

0 comments: