? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, July 2, 2010

JUDI UNDANG MASALAH SOSIAL

Kalau sudah ketagih judi, pelbagai cara dan usaha dilakukan untuk berjudi. Lebih-lebih lagi sempena sukan berprestij sempena Bola Sepak Piala Dunia 2010 yang rancak sekarang.
Dilaporkan, terdapat lebih 500 laman web pertaruhan sempena Bola Sepak Piala Dunia 2010 selama sebulan bermula 11 Jun lalu. Kebanyakannya didapati beroperasi dari Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom.
Ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia bertaruh dengan selesa melalui komputer masing-masing di rumah.
Yang pasti, judi juga adalah satu lagi penyakit sosial yang perlu segera ditangani. Jika tidak, ia berupaya merosak dan menjejaskan keharmonian masyarakat.
Sebab judi, orang hidup tidak tentu arah kerana hutang keliling pinggang termasuk dengan ah long. Sebab judi juga ada bapa yang sanggup melacurkan anak gadis mereka apabila kalah bertaruh. Itu tidak termasuk berapa banyak rumah tangga yang berantakan gara-gara suami tahi judi.
Laporan akhbar The New York Post pada 16 Jun menyebut ada usaha untuk 'tidak menjenayahkan' perjudian Internet di sebalik bantahan keras daripada Jabatan Kehakiman dan ahli-ahli Persatuan Peguam-peguam Kebangsaan AS.
Ini kerana jika diluluskan ia akan meningkatkan jumlah kaki judi dengan jumlah pertaruhan antara RM56 bilion ke RM70 bilion setahun.
Jumlah pertaruhan sebanyak itu boleh merosakkan hidup ramai rakyat serta menjejaskan ekonominya yang rapuh.
Di Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengisytiharkan laman-laman web pertaruhan tempatan adalah tidak sah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin percaya lebih tujuh orang kenamaan terlibat mengendalikan pertaruhan secara haram dan melarikan diri ke negara jiran berikutan operasi besar-besaran polis membanteras kegiatan itu.
Menurut polis, sekurang-kurangnya 10 sindiket utama pertaruhan pada Piala Dunia kali ini menggunakan laman web tidak sah dengan menggunakan jenama peralatan sukan dan nombor sebagai nama laman web mereka.
Setakat 18 Jun lalu, operasi besar-besaran di seluruh negara bagi membanteras judi bola sepak Piala Dunia 2010, berjaya menumpaskan beberapa lagi sindiket itu yang melibatkan pertaruhan RM23.1 juta di Selangor dan Perak.
Apa yang pasti, judi, tidak kira menang atau kalah, tetap membawa padah kepada mereka yang terlibat.

0 comments: