? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, August 13, 2009

ZAMAN PERANG

Perang sudah dimulai bermakna “Zaman Perang ‘’ akan berterusan sehinggalah menjelangnya kiamat , maka tiada masa lagi untuk berlengah dan duduk bersenang-senang di rumah bersama anak-anak dan isteri –isteri . Tiada masa “ say no “ untuk menuruti sistem yg sedia ada , pada ketika itu Ummat Islam wajib mentaati Pemerintah Yg Baru Muncul iaitu Imam Mahdi r.a walaupun merangkak di atas salju , sekiranya kita mengabaikan seruannya , maka kita akan terdedah dengan kesesatan yang di bawa oleh pemimpin yg lain iaitu Al Masih Dajjal /anti chirst ataupun termasuk di dlm golongan yg memusuhinya . Kini ( pada masa itu ) dunia mengalami proses pembersihan fizikal dan pegangan ( kepercayaan) . Pilih salah satu Islam secara keseluruhannya atau pedang / perang

Secara ringkasnya Imam Mahdi r.a bersama ummat Islam akan meneruskan siri-siri peperangan Jihad di seluruh dunia dan peperangan itu akan dilaksanakan secara berperingkat -peringkat. Di bawah ini , saya senaraikan siri – siri peperangan yg akan berlaku pada zaman itu berdasarkan hadis nabi s.a.w pada siri yg lepas .

- Imam Mahdi r.a akan memerangi Semenanjung Arab ( Arab Saudi )
- Imam Mahdi r.a akan memerangi Persia ( Iran)
- Imam Mahdi r.a akan memerangi Rom ( Usa & Eropah )
- Imam Mahdi r.a akan memerangi Istanbul ( Turki)
- Imam Mahdi r.a akan memerangi ( Dajjal ) Yahudi
- Imam Mahdi r.a akan memerangi Bangsa Ajam ( Rusia ,China , Jepun Korea , Melayu dsb)

Apabila Imam Mahdi r.a Berjaya membebaskan Arab Saudi ( termasuklah Yamen dan Oman) serta mendapat pengikut yg tidak sedikit drp peperangan itu , Imam Mahdi r.a meneruskan lagi kemaraan nya ke Iran melalui Iraq . Dengan Izin Allah Imam Mahdi r.a dan pengikutnya dapat menumpaskan tentera Iran . Semuanya itu berlaku selama lebih kurang 9 bulan sahaja . Empayar Al Mahdi setakat ini meliputi Arab Saudi ,Yamen,Oman Iraq dan Iran . Disamping itu pengikut Imam Mahdi bertambah berlipat kali ganda.( Dipercayai pengikut /tentera Imam Mahdi r.a terdiri drp kaum Arab dan Kaum Ajam dari pelusuk dunia Islam ) .
Persolannya mengapa Imam Mahdi r.a memerangi Arab Saudi . Adakah penduduk Arab Saudi bukan beragama Islam? . Adakah ada masalah dengan fahamannya/pegangannya ? . Adakah di dalam hati mereka tebal dengan cinta dunia ? Adakah Arab Saudi boneka kepada Amerika Syarikat( ROM)? .
Begitu juga mengapa Imam Mahdi r.a memerangi Iran ? adakah mereka bukan beragama Islam ? adakah ada masalah dengan fahamannya /peganganya ? adakah Iran sekutu dengan Israil ? . Sama –sama lah kita mencari jawapannya . Imam Mahdi r.a tidak akan membunuh/memerangi orang yg beriman kepada Allah s.w.t dengan sebenar-sebenarnya . Imam Mahdi r.a akan memerangi manusia yg menjadikan Islam hanya sebagai topengnya /batu loncatannya / kuda-kudanya .

PERANG ARMAGEDDON BERMULA
Pada masa yg sama ketika Imam Mahdi memerangi 2 buah negara itu iaitu selama 9 bulan. Tentera Rom ( USA & EROPAH ) bersiap sedia dengan kelengkapan ketenteraan , mula bergerak ke arah suatu lembah yg dikenali sebagai A’maq / Dabiq , mereka berkumpul di situ .... Menurut ramalan ahli kitab tentera Rom ( USA & EROPAH ) akan berkumpul di satu lembah yg dikenali sebagai ARMAGEDDON . Armageddon adalah satu kawasan lembah yg sangat strategik ,sesiapa yg dapat menguasai ,mereka akan tidak terkalahkan oleh lawannya . Persoalannya adakah A’maq atau Dabiq itu kawasan yg sama dengan lembah Armageddon ? . Sekiranya sama maka kita ( Muslim dan Rom) sama- sama telah mengetahui akan perkara ini .

Seperti maksud hadis Rasulallah s.a.w yg diriawayatkan oleh Imam Muslim bermaksud ,


“ Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga Kaum Rom ( USA & EROPAH) sampai di Amaq atau Dabiq (nama tempat) untuk menyerang kamu ,maka datanglah suatu pasukan yg akan menghadapi mereka dr Kota Madinah yg mana mereka pada waktu itu adalah manusia –manusia yg terbaik di bumi ini .

Apabila mereka sudah bersiap-siap berbaris ( siap untuk berperang) berkatalah orang Rom , biarkan kami membuat perhitungan kepada saudara-saudara kami yg tertawan ( kaum Rom yg sudah masuk Islam ).Kemudian kaum Muslimin berkata ,kami tidak akan membiarkan kamu mengusik saudara-saudara kami .

Lalu Kaum Muslimim memerangi mereka ,Dalam pertempuran itu 1/3 dr tentera Islam melarikan diri , di mana mereka tidak diampunkan oleh Allah akan dosa mereka selama-lamanya ,1/3 dr tentera Islam akan tewas sebagai syuhada’ yg paling baik di sisi Allah s.w.t . Sedangkan baki 1/3 baki tentera Islam itu lagi mendapat kemenangan yg mereka tidak akan tersesat selama-lamanya ( apabila menghadapi fitnah Dajjal nanti).

Kemudian mereka ( Imam Mahdi r.a dan tentera Islam ) menakluki Kota Konstantin( Istanbul) dan ketika mereka sedang membahagi-bahagikan harta rampasan perang dan Mereka telah menggantungkan pedang mereka di pohon Zaitun ,Ketika itu syaitan berteriak “ sesungguhnya Al Masih Dajjal telah menguasai keluarga-keluarga kamu “ Kemudian mereka ( tentera Islam bersama Al Mahdi ) bergerak pulang ,

Sampai sahaja di Syam ( Syria ) keluarlah ia ( Dajjal) dan ketika kaum Muslimin bersiap sedia berperang tiba-tiba masuklah waktu Subuh . Maka turunlah Nabi Isa a.s . Kemudian Nabi Isa menuju dan menghadap mereka dan apabila ia ( Nabi Isa a.s ) dilihat musuh Allah ( Dajjal) akan melelehlah ia ( hancur) seperti garam yg mencair . dan sekiranya ia ( nabi Isa a.s ) membiarkan nya meleleh terus maka akan binasalah terus ( dajjal) akan tetapi Allah mengkehendaki untuk membunuhnya di tangan Isa Ibnu Maryam . maka Nabi Isa memperlihatkan darah ( dajjal) di tombaknya.

Suatu hadis yg panjang selepas ini saya akan tuliskan satu hadis lagi yg ,menerangkan keadaan perang ARMAGEDDON ini , Kemudian barulah saya akan cuba mengulasnya . Saya akan ulaskannya pada siri yg akan datang InsyaAllah . Bersambung>>>

--------------------------------------------------------------------------------

Suka artikel ni?Silalah komen,beri pendapat anda/tweet @ bookmark...Jom sertai Projek Klik Amal kami di sini.Semoga bermanfaat untuk anda ^_^.

0 comments: