الحَمْدُ ِللهِِ الَّذِيْ هَدَانَا لِهَذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْ لاَ أَنْ هَدَانَا الله. أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَه، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُه، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَىْ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُوْنَ، إِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. قَالَ اللهُ تَعَالىَ:-
Bahwa rumah adalah suatu institusi tarbiah yang ulung dan terawal dalam membentuk sahsiah peribadi Muslim. individu yang terdidik melalui institusi keluaga ini akan memberi kesan positif kepada pembinaan masyarakat keseluruhannya, seterusnya memacu pembangunan negara yang seimbang dari sudut rohani dan pembangunan material. Ayat al-Quran dari surah al-Alaq yang dibacakan tadi mengambarkan berapa pentingnya membaca, mempelajari, mengkaji dan menghayati al-Quran. Kepentingan membaca dan mempelajari seterusnya membudayakan al-Quran dalam kehidupan adalah kesuatu kewajipan yang tidak boleh sama sekali dipertikaikan. Kegemilangan ummat Islam pada kesuatu masa dahulu adalah kerana mereka berpegang teguh dan menghayati al-Quran. Ummat Islam pernah kejayaan demi kejayaan dan mampu mengubah tamadun dunia berkurun-kurun lamanya.
Al-Quran diturunkan bertujuan untuk memandu manusia ke jalan yang benar, memberi petunjuk, rahmat, membawa berita gembira, menjadi penawar, peringatan dan cahaya yang menjadi pedoman dan panduan hidup.
Firman Allah s.w.t. dalam surah Yunus ayat 57 yang berbunyi :
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،
Maksudnya : " Wahai ummat manusia ! sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakat batin yang ada didalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman ".
Usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilakukan bagi merealisasikan pembudayaan al-Quran di rumah antaranya :-
1. Adalah menjadi kewajipan ibu bapa menunjukkan contoh teladan kepada ahli keluarganya. Ibu bapa hendaklah sentiasa membaca al-Quran di rumah dan memastikan al-Quran dibaca oleh ahli keluarga. Mengapa kita mempunyai masa untuk membaca akhbar, majalah, menonton telivision (TV), melayari internet dan lain-lain ? Kenapa tidak boleh kita memperuntukkan sedikit masa antuk membaca al-Quran? marilah sama-sama kita mengambil iktibar dari Sabda Rasulullah s.a.w. yang berbunyi :
ِاقْرَوُوا القُرْءآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِيْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيْعًا ِلأَصْحَابِهِ.
Maksudnya : " Bacalah kamu akan Al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada pembaca-pembacanya ".
(Riwayat Muslimi )
Kita sebagai ummat Islam sepatutnya menjadikan al-Quran sebagai bacaan utama setiap masa. Mereka yang membaca al-Quran, mendengar malah melihat al-Quran pun akan diberi pahala oleh Allah s.w.t.. Sabda Rasulullah s.a.w. yang berbunyi :
مَنْ قَرَأَ حَرفًا مِنْ كِتَابِ اللهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنةٌ، والحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا، لآ أَقُوْلُ ( ألم ) حَرْفٌ، وَلَكِنَّ أَلِفٌ حَرْفٌ وَ لاَمٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ.
( Riwayat al-Tirmizi )
Maksud hadis tersebut : " Sesiapa yang membaca satu huruf dari al-Quran, maka bagi-nya diberi sepuluh pahala dan ditambah sepuluh lagi kewajiban seumpamanya, tidak aku katakan( alif, lam, mim ) itu satu huruf, akan tatapi alif satu huruf dan lam satu huruf dan mim satu huruf ".
( Hadis riwayat Muslim )
2. Ibu bapa perlu memprogramkan penghayatan al-Quran di rumah secara bersistematik dengan memperuntukkan masa selepas solat Maghrib umpamanya sebagai waktu membaca, mempelajari dan mentadabbur al-Quran dengan memanfaatkan masa tersebut bersama ahli keluaga. Selain itu, galakkan kepada anak-anak dan ahli keluaga dengan memberi hadiah atau seumpamanya sebagai motivasi kepada mereka untuk mendekatkan dengan al-Quran. Mengapa ada dikalangan kita sebagai ibu bapa merasa sangat sedih, kecewa atau dukacita sekiranya anak-anak kita gagal dalam pelajaran akademik ? Dan kenapa tidak ramai merasa sedih atau kecewa jika anak-anak tidak tahu atau buta membaca al-Quran ? .
Pelbagai usaha dan program dilaksanakan untuk menggalakkan umat Islam agar sentiasa membaca, mencintai dan menghayati al-Quran. Ini termasuklah melalui program-program kelas pengajian al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), penubuhan kelas-kelas pengajian al-Quran di Masjid, Ma'ahad Tahfiz dan program yang terbaru di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain (J-QAF). Ini semua menunjukkan komitmen yang telah diberikan oleh berbagi pihak yang hanya memerlukan sokongan dan dokungan dari kita semua .
Bolehlah disimpulkan :
1. Rumah yang tidakdibacakan al-Quran bagaikan tanah kubur yang sunyi sepi dan akan terhindar dari rahmat Allah s.w.t.
2. Ibu bapa adalah contoh terbaik bagi anak-anak. Mereka hendaklah memulakan amalan membaca al-Quran dan sentiasa memberi galakkan kepada ahli keluaga mereka.
3. Membaca al-Quran bukan sahaja merupakan suatu ibadah, bahkan dalam masa yang sama ia juga mampu menjadi penawar kepada segala penyakit, seperti penyakit jiwa, emosi, kecelaruan fikiran, penyakit social termasuklah penyakit hati.
Maksudnya : " Dan kami turunkan al-Quran sesuatu yang boleh menyembuhkan penyakit ( hati ) dan menjadi rahmat kepada orang-orang yang beriman dan al-Quran itu tidak menambahkan orang-orang yang zalim ( disebabkan keingkaran mereka ) melainkan kerugian jua " .
( Surah al-Isra' ayat : 82 )
Saturday, May 15, 2010
PEMBUDAYAAN AL-QURAN BERMULA DARI RUMAH
Posted by Allahyarham achit at 6:24 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment