"Husband saya Cina...kahwin laa campur nanti anak comel-comel, bijak-bijak tau.",ujar guru kelas saya yang berbangsa Siam sewaktu di tingkatan 3.
Dalam perjalanan ke rumah, saya ceritakan pada abah. Balas abah, "try not to study and let us see how's your result then". Ok, setuju.
Pelbagai reaksi kita dapat lihat hari ini tentang kahwin campur (muslim & non-muslim). Ada yang menyokong dan tak kurang juga yang menentang. Saya sendiri belum berkahwin dan pendapat saya pasti ada yang tempang. Penulisan saya lebih kepada pandangan seorang anak remaja berdasarkan pengalaman yang sedikit tentang, "ada apa dengan mixed marriage".
Petikan akhbar sering memaparkan pasangan yang berkahwin campur akhirnya bercerai selepas tinggal sebumbung. Rata-rata beralasankan, "tiada keserasian dan sefahaman". Sungguh, waktu bercinta ramai yang buta. Yang indah-indah saja terlihat. Hidung mancung, dahi licin, mata biru. Kurang nampak aspek perbezaan fahaman dan budaya yang nyata antara mereka. Bila sudah berkahwin, si isteri marahkan suami yang makan petai. Busuk, kata dia. Si suami pula sudah sampai ke tahap mengidam, contoh dan akhirnya bergaduh dek hal seremeh ini.
Ada juga yang memeluk agama Islam semata-mata kerana hendak berkahwin. Selepas itu, solat dan puasa entah ke mana. Keberkatan rumahtangga menjadi taruhan. Si isteri tidak menghormati suami yang muallaf sebagai ketua keluarga dan si suami tadi ego untuk berguru dengan isteri demi mengenal Allah dan rasul. Si suami yang mukallaf pula tak bersedia mendidik isteri untuk menepati garis panduan Islam dan isteri pula gagal mencorak anak seiring dengan kehendak agama. Pola seumpama ini yang berterusan, langsung membawa keretakan sesebuah institusi perkahwinan yang dituntut Islam.
Selepas mendirikan rumahtangga, perlu di fikirkan pula bagaimana hubungan dengan pihak keluarga yang bukan Islam. Pergaulan macam mana? Aurat macam mana? Bagaimana dengan sambutan perayaan, yang mana boleh yang mana tidak? Bagaimanakah mendidik anak untuk menghormati keluarga kedua-dua belah pihak, dalam masa yang sama mengekalkan jati diri seorang muslim? Takut-takut perkahwinan yang bertujuan dakwah dan menyambung silaturrahim terputus dek kejahilan sendiri. Perkara yang Islam halalkan kita haramkan dek kurang kefahaman dan kesediaan. Dan -naudzubillahimindzalik- andai kata si isteri mahupun anak-anak menarik si ayah ke neraka kerana didikan agama yang kurang sempurna. Jadi, bukanlah mudah berkahwin campur.
Tak boleh ke kahwin campur?
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Janganlah engkau nikahi orang-orang yang masih berkerabat kerana anak diciptakan laksana cahaya. Carilah wanita-wanita yang jauh dan janganlah engkau memilih yang dekat hubungannya."
(Riwayat Ahmad, Malik & Al-Nasai)
Islam sendiri menganjurkan kahwin jauh, dan perkahwinan campur mampu membawa lebih ramai insan kembali mentauhidkan Allah SWT selain mengurangkan risiko penyakit keturunan dan mendapat anak-anak yang comel sebagai bonus. Sejarah menunjukkan Nabi SAW sendiri berkahwin dengan Shafiyah binti Huyai, seorang yang baru memeluk Islam dan berbangsa Yahudi.
"Kami tidak serasi" "Budaya kami tidak sama" adalah antara alasan yang biasa didengari akibat penceraian. Selepas itu mula terdengar bisikan, "Orang Melayu ramai, mat saleh/Cina/India tu jugak yang die nak. kan dah bercerai.."
Wednesday, May 26, 2010
Ada Apa Dengan Mixed Marriage
Posted by Allahyarham achit at 9:45 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment