? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, May 29, 2010

Krisis keturunan, pewarisan

DALAM pembinaan masyarakat dan negara, institusi keluarga sangat penting. Dalam Islam, ia bukan sahaja terbatas sebagai penerus keturunan, malah merupakan struktur asas bagi keseluruhan sistem sosial dan kebudayaan.

Firman Allah SWT: Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan mu yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. (an-Nisa': 1)

Berdasarkan ayat tersebut, jelas institusi keluarga amat penting dalam pembentukan watak dan peribadi setiap anggotanya.

Ia mengekalkan kehidupan manusia dan kebudayaan, meneruskan peranan manusia sebagai khalifah Allah di atas muka bumi serta sebagai sumber modal insan yang berguna pada umat, bangsa dan negara pada masa depan.

Krisis keturunan

Justeru, pembinaan institusi keluarga bukanlah sesuatu boleh dianggap enteng dalam kesibukan kita mengejar kekayaan dunia.

Terdapat kecenderungan pada manusia hari ini untuk tidak percaya kepada institusi kekeluargaan kerana menganggap ia menyusahkan disebabkan terikat dengan komitmen yang banyak. Sememangnya perubahan zaman sedikit sebanyak menjejaskan pembentukan institusi keluarga.

Manusia menjadi lebih sibuk untuk menyara diri dan keluarga, menjadi punca mengapa institusi kekeluargaan semakin mengecil.

Statistik kesuburan wanita dan kadar kelahiran di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) misalnya, menunjukkan penurunan daripada purata empat kelahiran setiap wanita pada 1960 kepada 2.1 kelahiran pada 2008.

Begitu juga dengan di negara maju lain seperti Jerman, Australia, Kanada, Hong Kong dan di negara-negara yang mempunyai kaedah perancangan keluarga yang lebih baik.

Malaysia juga tidak lari daripada masalah ini, iaitu dari purata tujuh kelahiran bagi setiap wanita pada 1960 kepada purata 2.56 kelahiran pada 2008.

Malah di negara-negara membangun dan miskin, kadar kesuburan wanita dijangka terus menurun. Namun ada juga yang menunjukkan peningkatan kesuburan. Contohnya, Israel iaitu purata 2.96 kelahiran setahun. (Dipetik dari World Bank, World Development Indicators 2010)

Sekiranya ini berlarutan dalam jangka panjang, kita akan menghadapi krisis genetik dan pewarisan. Pembinaan keluarga boleh menjadi suatu masalah besar pada masa akan datang.

Pada masa yang sama amalan berkeluarga besar semakin menghadapi masalah. Malah ia diburukkan pula dengan budaya lesbian dan gay yang semakin meningkat.

Semua ini memberi kesan kepada keturunan dan genetik pada masa akan datang.

Allah telah menjelaskan dalam al-Quran bahawa manusia dijadikan berbangsa-bangsa supaya adanya lita'arafu yakni saling berkenalan (al-Hujurat: 13)

Allah juga memberi asas kisah sejarah yang sangat jelas seperti yang terjadi pada kaum Nabi Lut. Kisah kaum Nabi Lut adalah satu teladan tentang perbuatan manusia yang ingkar dan akhirnya Allah telah menghancurkan kaum ini. Bahkan kesannya dikatakan dapat dilihat secara jelas di Laut Mati.

Kerosakan akhlak yang terjadi dan percubaan manusia untuk mengubah hakikat dan fitrah manusia, akhirnya dibinasakan oleh Allah dengan bala yang dahsyat.

Tanpa kawalan

Krisis pewarisan yang terjadi pada hari ini juga adalah akibat corak pergaulan dan perhubungan bebas tanpa batasan. Ia menyumbang kepada penyakit sosial dan penyakit-penyakit seperti HIV/Aids yang tiada penawar.

Inilah yang terjadi sekiranya manusia cuba melanggar hukum alam yang telah Allah tetapkan.

Untuk mengatasinya, para saintis berusaha mencari jalan untuk mencari kaedah-kaedah saintifik untuk mengembangkan keluarga.

Tradisi saintifik memberi fokus kepada kajian genetik, teknik klon, bayi tabung uji berkembang sehingga terdapat kalangan gen artis-artis popular dijadikan sebagai bayi tabung uji tanpa ikatan perkahwinan.

Begitu juga dengan isu ibu tumpang, yang jelas menyalahi nasab dan keturunan seseorang.

Di Barat, institusi keluarga sedang bergelut dengan masalah ini kerana meningkatnya kelahiran tanpa nikah. Begitu juga di negara-negara membangun seperti Malaysia yang dibincangkan pada siri yang lalu.

Kajian saintifik untuk kebaikan tidak salah. Tetapi jika untuk mengubah fitrah yang Allah tetapkan dan mengikut nafsu hasilnya boleh membawa kesan lebih buruk. Apatah lagi jika dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk kepentingan nafsu dan diri.

Kita tidak menafikan perubahan dalam masyarakat turut merubah struktur keluarga. Khususnya pada keluarga nukleus, ayah dan ibu adalah pemindah model daripada budaya genetik kepada anak-anak mereka.

Dalam masyarakat hari ini, ayah terus bekerja di luar rumah untuk menunjang anggota keluarganya.

Taraf hidup yang tinggi

Namun taraf hidup yang tinggi menyebabkan ibu juga berperanan mencari rezeki. Apatah lagi sekiranya ibu mempunyai pendidikan tinggi. Tugas ibu bapa menjana intelek anak menjadi lebih ringan dan dilepaskan pada pihak lain.

Ada anak-anak yang diabaikan dan membesar dalam kepincangan kasih sayang ibu bapa, lalu menjadi manusia yang kuat memberontak dan degil. Natijahnya bukanlah sesuatu yang baik dalam pembinaan peribadi seseorang manusia.

Bagaimana untuk mewujudkan masyarakat yang seimbang dan harmoni sekiranya institusi kekeluargaan tidak dibina secara baik?

Untuk mempunyai struktur kekeluargaan yang baik perlu ada pendidikan, pembentukan keperibadian, pembinaan nilai dan pengarahan ke arah ciri ciri keagamaan dan kebudayaan.

Tidak ada institusi lain yang dapat mengambil alih peranan institusi keluarga secara menyeluruh.

la diasaskan atas rasa tanggungjawab di kalangan setiap ahli.

Membentuk institusi keluarga yang seimbang dan berkualiti bukan sesuatu yang mudah, tetapi ia bukan sesuatu yang mustahil sekiranya dilakukan dengan komitmen yang penuh dan berterusan.

Institusi keluarga adalah tiang asas pembinaan masyarakat dan negara. Peranan keluarga dalam pembentukan seseorang adalah sangat penting bagi menjana modal insan yang lebih berjaya dan bermutu.

Malah, Islam memberi penekanan yang tinggi kepada pembinaan keluarga kerana setiap anggota keluarga mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap diri sendiri, sesama anggota lain dan masyarakat.

Sekiranya asas ini rosak akibat kelalaian manusia yang terlalu mengikut nafsu, maka akan berlaku kepincangan dalam membina sebuah negara bertamadun dan berjaya.

Asal usul Bani Israel

BANI Israel berasal daripada keturunan Nabi Yaakub. Mereka telah menerima Taurat daripada Nabi Musa. Kesan daripada penerimaan kitab Taurat telah menyebabkan mereka menganggap agama yang dipusakai daripada nenek moyang mereka itu diturunkan untuk mereka semata-mata. Di antara dua belas suku Bani Israel, yang terbesar sekali adalah keturunan suku yang kedua iaitu Yahuda. Daripada Yahuda, lama-kelamaan menjadi kebiasaan bagi mereka menyebut diri mereka sebagai Yahudi dan agama mereka iaitu agama Yahudi.

Selain menyampaikan dakwah kepada orang Arab, Qahthan dan Adnan, para nabi pada zaman itu diperintahkan oleh Allah untuk menyampaikan dakwah kepada Bani Israel. Ini kerana mereka mempunyai satu suku yang terbesar di Madinah iaitu terdiri daripada Bani Nadhir, Bani Qainuqa, Bani Quraizah dan lain-lain suku yang kecil.

Pada zaman itu, kaum Bani Israel merupakan satu bangsa di dunia yang paling banyak menerima rahmat dan nikmat serta tuntutan-tuntutan daripada Allah. Bukan hanya nikmat yang merupakan hasil bumi dan binatang-binatang serta kekayaan-kekayaan alam sahaja, yang dianugerahkan Allah kepada mereka tetapi juga kekuasaan, kepintaran dan sebagainya.

Allah juga memberi rahmat kepada mereka dengan melepaskan mereka daripada beberapa seksaan ketika mereka berada di Mesir di bawah jajahan Firaun. Mereka dilepaskan dan dimerdekakan daripada kehinaan dan ketakutan di bawah pimpinan Nabi Musa dan Harun. Mereka disesatkan oleh Samiri, kemudian ditunjukkan yang benar oleh Allah dan diampuni dosa mereka.

Begitu juga sewaktu mereka dikepung oleh tentera Firaun sehingga ke tepi laut. Maka dibentangkan Allah jalan di lautan itu, lalu Allah menghancurkan Firaun serta tenteranya di hadapan mata kepala mereka sendiri, agar mereka dapat hidup aman di atas bumi ini. Kepada mereka diturunkan oleh Allah makanan dari langit ketika mereka sedang berada di tengah-tengah padang pasir yang mana tidak ada makanan dan minuman ketika itu. Jika tidak demikian, mereka akan mati kelaparan di tengah-tengah padang pasir yang terik itu.

Lebih besar dan hebat rahmat dan nikmat Allah kepada Bani Israel kerana orang-orang bangsa Bani Israellah yang diangkat oleh Allah menjadi orang-orang mulia, menjadi nabi-nabi dan rasul-rasul yang besar, untuk memimpin mereka, mengeluarkan mereka daripada lembah kebodohan, kesesatan, kesengsaraan selain menjadi bangsa yang maju dan bangsa yang memimpin. Berulang kali nikmat dan rahmat itu silih berganti diturunkan oleh Allah kepada mereka. Tetapi berulang-kali pula mereka silih berganti sesat dan menderhakai ajaran Allah. Sungguhpun begitu, Allah masih memberikan keampunan kepada mereka, berkat doa daripada nabi dan rasul mereka.

Untuk menyempurnakan rahmat dan nikmat Allah terhadap mereka, Allah telah menyediakan sebuah negeri yang dinamakan negeri suci iaitu Suria. Di situlah mereka akan hidup aman dan tenteram serta bahagia, berkuasa dan tidak dikuasai bangsa lain. Maka mereka diperintahkan oleh Allah supaya berada di bawah pimpinan para utusan Allah. Ini adalah suatu perintah Allah yang wajib ditaati bersama-sama dengan Nabi Musa dan Harun.

Suara di sebalik Tembok Berlin

Orang Jerman adalah bangsa yang amat berbangga dan mendahulukan bahasa ibunda mereka.

Kembara saya kali ini adalah mewakili Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menghadiri Persidangan Eropah Mengenai Nasib Rakyat Palestin kali ke-8.

Ia merupakan acara tahunan terbesar di peringkat Eropah yang membincangkan isu Palestin. Saya dimaklumkan bahawa komuniti Palestin yang menetap di Jerman merupakan yang terbesar di luar Palestin.

Angkanya hampir mencecah 100,000 orang. Mereka ini dulunya berpindah ke Jerman dari kem pelarian yang terletak di sekitar negara-negara Arab terutamanya Lebanon.

Hampir satu perempat atau 25,000 daripada mereka menetap di Berlin, ibu kota yang pernah diperintah oleh Adolf Hitler ini.

Persidangan julung-julung kali anjuran Sekretariat Umum Persidangan Isu Palestin adalah untuk menuntut keadilan bagi rakyat Palestin. Seterusnya, membawa masyarakat Eropah agar mendapat maklumat sebenar tentang isu penindasan zionis ke atas perjuangan rakyat Palestin.

Justeru, selain membariskan tokoh-tokoh pejuang Palestin dan tokoh akademik, apa yang menarik, persidangan kali ini turut membariskan Evelyn Hecht-Galinski, aktivis keamanan yang anti-Zionis dan Annette Groth iaitu Jurucakap Hak Asasi berhaluan kiri dalam Parlimen Jerman.

Ini menggambarkan rakyat Palestin tidak berseorangan dalam perjuangan mereka. Bahkan mendapat simpati daripada tokoh-tokoh bukan Islam yang cintakan keamanan sejagat.

Namun saya gagal mengambil intipati ucapan mereka berdua kerana mereka menggunakan bahasa Jerman manakala tokoh-tokoh lain menggunakan bahasa Arab. Bahasa Arab bolehlah faham sedikit hasil belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dahulu.

Saya kagum dengan kehadiran yang luar biasa ke persidangan ini. Dianggarkan lebih 10,000 orang hadir menggamatkan Stadium Tertutup Tempodrom tersebut.

Sedang asyik mengira jumlah hadir, mata saya tiba-tiba tertumpu kepada seorang tokoh yang baru masuk ke dalam stadium. Kehadiran beliau mendapat sorakan semangat bergemuruh daripada hadirin yang hadir seolah-olah seperti seorang 'bintang'.

Kebanyakan hadirin bangun memberikan tepukan, sorakan dan laungan bersemangat kepada Sheikh Raed Salah. Begitu juga ketika Sheikh Raed berucap, majoriti hadirin memberi perhatian dan tumpuan umpama ucapan kemuncak yang amat dinanti-nantikan.

Memang ucapan beliau penuh semangat dan keikhlasan namun saya tertanya-tanya siapakah tokoh yang berjaya menaikkan bulu roma saya ini?

Bila saya balik semula ke United Kingdom, saya bertanya pada Maszlee Malik yang agak jaguh dalam isu Palestin ini tentang siapakah Sheikh Raed ini.

Beliau berkata, "Sheikh Raed ialah pengasas dan Ketua Gerakan Islam di Israel. Beliau pernah dipenjarakan kerana membongkar rahsia gerakan mengorek terowong bawah tanah Masjid al-Aqsa kononnya untuk mencari tapak Haikal Nabi Sulaiman".

Kesan korekan ini mampu meruntuhkan struktur binaan Masjid al-Aqsa secara tidak langsung. Beliau ditawarkan untuk dibebaskan dengan syarat tidak dibenarkan masuk ke kawasan Masjid al-Aqsa.

Pada awalnya beliau enggan menerima syarat tersebut. Namun setelah dipujuk oleh rakan-rakan dengan meyakinkan beliau bahawa lebih banyak usaha di luar sana yang beliau dapat lakukan jika beliau menerima tawaran tersebut dan dibebaskan. Akhirnya beliau menerima tawaran pembebasan bersyarat tersebut.

Hari kedua di Kota Berlin, saya dibawa oleh Nazjimee menghadiri program Satay Somay anjuran Masjid al-Falah dan Masyarakat Indonesia.

Menurut Ahli Jawtaankuasa Masjid al-Falah, Pak Dody Hardiman, masyarakat Indonesia berjumlah hampir 2,000 orang di sekitar Berlin. Ia merupakan program dwi-tahunan masjid bagi mengumpul dana bagi membiayai perjalanan aktiviti Masjid dan dakwah.

Banyak sajian Indonesia yang dijual dan ia mendapat sambutan baik berdasarkan kehadiran masyarakat Indonesia, Muslim Jerman dan masyarakat Jerman yang bukan beragama Islam.

Suasana amat meriah dan jualan mendapat keuntungan menggalakkan sehingga mencecah 4,000 Euro (RM16,445)! Saya sempat berbual dengan Aminah al-Farabi dan Azizah Askandi yang mana kedua-duanya menerima hidayah Islam dan berkahwin dengan orang Indonesia serta menetap di Berlin.

Seronok apabila melihat kedua-dua rakyat Jerman ini menutup auratnya dengan baik. Saya membuat kesimpulan bahawa kedua-duanya amat komited beragama.

Islam adalah agama ketiga terbesar di Jerman selepas Protestan dan Roman Katolik. Islam semakin berkembang pesat dan jumlah umat Islam mencecah 3 juta orang. Angka tersebut mewakili 3.2 peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat Jerman. 1.9 juta daripadanya berketurunan Turki.

Umat Islam lebih banyak mendiami kawasan Barat Jerman. Kebanyakan pasangan Jerman yang berkahwin tidak suka mempunyai anak dan jika ada anak pun hanyalah terhad kepada seorang sahaja.

"Mereka lebih senang membela anjing daripada menjaga anak," kata Nazjimee kepada saya.

Kaedah tradisional juga penting

HENDAK seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Peribahasa ini menggambarkan situasi sebenar dalam membudayakan ilmu waima ilmu agama. Usia bukan penghalangh asalkan ada kemahuan.

Apatah lagi dengan kecanggihan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), ilmu boleh diperoleh daripada hujung jari.

Kelas al-Quran secara online atau dikenali i-ngaji.net membawa sinar baru serta jawapan kepada mereka yang sebelum ini memberi alasan sibuk serta tiada masa untuk belajar al-Quran.

Penolong Pengarah Kanan Masjid Negara, Ehsan Mohd. Hosni, 38, yang juga Imam Masjid Negara mengakui pengajian al-Quran secara dalam talian (online), adalah pendekatan yang baik.

Katanya, ia satu pembaharuan dan pendekatan yang selari dengan perkembangan zaman.

Malah katanya, pendekatan itu amat sesuai kepada masyarakat sekarang.

Walau bagaimanapun, penekanan kepada kaedah tradisional juga tidak boleh diabaikan kerana ia merupakan kaedah yang diambil secara talaqi (berdepan) dan musyafahah (mulut ke mulut).

Lagi pula ia merupakan kaedah turun temurun yang selari dengan sejarah penerimaan wahyu Allah yang disampaikan oleh Jibrail kepada Rasulullah SAW.

"Pendekatan moden itu memang baik bagi mereka yang telah pandai membaca al-Quran.

"Tetapi bagi mereka yang baru hendak mengenal al-Quran, cara yang terbaik adalah dengan mencari guru walaupun dalam kesibukan.

"Seharusnya kita perlu mencari ruang waktu untuk tujuan mencari ilmu," katanya kepada Mega, baru-baru ini.

Menurut Ehsan, sistem pengajian al-Quran hari ini seiring dengan berkembangnya ICT sekali gus tidak dinafikan kesesuaiannya dengan kesibukan warga kota, khasnya dan sebahagian kecil warga desa, yang mengambil kesempatan tersebut untuk sama-sama menyemarakkan lagi kaedah pengajian tersebut.

"Jadi dari satu segi kita dapat melihat bahawa masyarakat dapat mengambil manfaat daripada sistem yang diperkenalkan. Begitu juga di pihak kerajaan dari segi komunikasi itu, kita dapat menyediakan satu ruang kepada orang ramai untuk memperbaiki bacaan al-Quran mereka.

"Kita tidak menafikan sumbangan kemajuan teknologi. Tetapi pada masa sama kita juga tidak menafikan bahawa sejarah kaedah pembudayaan al-Quran daripada zaman Rasulullah itu adalah cara yang terbaik untuk kita memahami serta mempelajari sebutan huruf-huruf al-Quran secara tepat.

"Sebenarnya Masjid Negara sudah menyediakan tempat dan ruang kepada orang dewasa untuk mendalami kaedah-kaedah pengajian al-Quran secara tradisional," kata Ehsan.

Tambahnya, masyarakat Melayu telah memperkenalkan al-Quran kepada generasi mudanya seawal usia enam tahun tetapi sayangnya, budaya itu hanya setakat usia 12 tahun.

Sebaik melangkah ke sekolah menengah, ia sudah ditinggalkan sehingga menyebabkan seolah-olah pembacaan al-Quran terhenti di situ.

Hakikatnya, al-Quran itu bukan sekadar dibaca, tetapi perlu memahami terjemahan dan tafsirnya agar lebih memahami tuntutan-tuntutan, perintah-perintah dan larangan-larangan daripada Allah SWT.

Ehsan turut mengakui dengan kecanggihan ICT, tidak mustahil suatu hari nanti akan ada pula tadarus secara sidang video.

Begitu juga dalam pengajian ilmu-ilmu agama lain katanya, ia boleh dilakukan secara maya oleh ulama dan tokoh agama tersohor dari benua berbeza.

Namun kata Ehsan, di sebalik pelbagai kaedah moden yang ditawarkan, umat Islam mesti menekankan kepada penjagaan tata susila, berinteraksi dan muamalah.

Beliau yang pernah menjadi tenaga pengajar di kelas-kelas pengajian al-Quran dewasa di Masjid Negara selama lima tahun mengakui sambutan orang ramai amatlah menggalakkan.

"Bermula tahun 1998, setiap kelas hanya mengehadkan pelajar seramai antara 25 hingga 30 orang. Tujuannya untuk meningkatkan kualiti pembelajaran. Ini dengan harapan supaya pelajar dewasa ini dapat membaca al-Quran dengan baik.

"Malah setiap pelajar dikehendaki membaca kerana mempelajari al-Quran tidak sempurna dengan hanya mendengar sahaja, ia perlu diamalkan.

"Sehingga kini kelas pengajian al-Quran terbahagi kepada dua iaitu peringkat asas dan peringkat lanjutan yang mengambil masa dua tahun pengajian.

"Para pelajar diberi pilihan masa dan kelas sama ada Isnin dan Rabu atau Selasa dan Khamis. Masa pengajiannya ialah, 5 petang hingga 7 malam dan 8 hingga 10 malam," katanya sehingga kini terdapat seramai 288 orang pelajar.

Hari Sabtu atau Ahad pula akan diadakan kelas Talaqi al-Quran bagi pelajar yang sudah melepasi ujian pada peringkat asas dan lanjutan.

"Kita berharap dengan adanya kelas pengajian dewasa ini sekurang-kurangnya ibu bapa atau mereka yang bujang sekalipun, dalam jangka masa yang diperuntukan itu, dapat mendalami kaedah-kaedah pembelajaran, dan ilmu itu dapat diterjemahkan dan diamalkan di kalangan keluarga mereka.

"Kelas ini juga membuka peluang kepada para pelajar mengambil daya usaha atau inisiatif sendiri untuk mengajar ataupun membuka kelas-kelas pengajian. Ini kerana setiap pelajar akan menempuh peperiksaan, sama ada di peringkat asas dan lanjutan dan setelah berjaya mereka akan dianugerahkan sijil.

"Sijil ini sebenarnya sebagai satu sokongan supaya ilmu ini dipanjangkan kepada masyarakat. Malah sijil ini melayakkan mereka untuk memperoleh pengiktirafan dan pentauliahan daripada pihak berautoriti agama negeri berkenaan," katanya.

Masjid Kini Sudah Hilang Fungsi Sebenarnya Tanpa Khilafah

France’s biggest mosque

Di Tengah-Tengah Larangan Burqa, Masjid Terbesar di Perancis Mula Dibangun

Meskipun masih dilanda kontroversi tentang larangan hijab, umat Islam Perancis dapat bernafas sedikit kerana masjid terbesar akan dibangunkan di Marseille. Acara peletakan batu pertama pembangunan masjid itu dihadiri oleh para pemuka agama Islam di Perancis serta para pegawai kerajaan Perancis.

Marseille merupakan kota kedua terbesar di Negara Menara Eiffel itu, dengan jumlah warga muslimnya sekitar 250,000 orang. Pembangunan masjid di Marseille, bukan hanya akan menjadi masjid terbesar tapi juga akan menjadi simbol Islam di tengah masyarakat moden Perancis.

Dengan dibangunkannya masjid itu, masyarakat Islam di Marseille tidak perlu lagi melaungkan azan salat jamaah di ruang-ruang bawah tanah, tempat-tempat sewaan atau garaj. Uniknya, masjid di Marseille akan dilengkapi dengan menara setinggi 25 meter, mengingatkan kepada beberapa negara Eropah yang kebelakangan ini sangat menentang pembinaan menara masjid.

Kompleks masjid terdiri dewan utama untuk solat yang mampu menampung sekitar 7,000 orang, ruang perpustakaan, ruang kelas untuk belajar Al-Quran, restoran dan kantin. Pembangunan masjid ini dijangka selesai pada tahun 2012.

Masjid Marseille adalah hasil dari perjuangan umat Islam di Perancis yang sudah selama 60 tahun mengidamkan pembangunan masjid raya di negeri itu. Perjuangan itu menampakkan kejayaannya pada tahun 2001, di mana Jean-Claude Gaudin mendukung rencana pembangunan projek masjid dengan pembiayaan sebanyak 27 juta dollar AS. Gaudin berpendapat, dengan mendukung pembangunan masjid baru ini akan membantu meningkatkan integrasi masyarakat umat Islam ke dalam masyarakat Perancis.

"Masjid ini adalah wajah Islam yang nyata di Perancis, sebuah pengakuan bahawa masyarakat Islam memiliki status yang sama dengan penganut agama Katolik dan penganut agama lainnya di negeri ini," kata Nourredine Cheikh, presiden kesatuan yang mendukung kempen pembangunan masjid besar di Perancis.

Warga muslim Perancis menyambut gembira pelaksanaan pembangunan masjid di Marseille. "Kami sangat bahagia, masjid itu akhirnya menjadi kenyataan. Masjid ini akan membantu meredam mereka yang selama ini takut pada agama Islam," kata Salima Bassousilia, seorang warga muslim Perancis.

Masjid di Marseille ini tidak akan menlaungkan suara azan dengan pembesar suara, tapi akan menyalakam lampu yang akan berkelip lima kali untuk menandakan masuknya waktu salat. Cheikh, muslim Perancis kelahiran Algeria yang merupakan seorang usahawan berharap negara-negara seperti Arab Saudi dan Malaysia serta negara-negara di Afrika mampu untuk memyumbangkan dana pembangunan masjid itu. (ln/ CNA)

Sumber: eramuslim.com

Apa yang ada pada masjid terbesar tanpa naungan negara Khilafah?

Sesetengah umat Islam mempunyai pendapat bahawa pembinaan dan pencantikkan masjid menjadi bukti teguhnya Islam di sesebuah negara, sehingga para pelancong asing yang melawat negara tersebut tidak ketinggalan menziariahi masjid-masjid yang pembinaannya menelan berjuta-juta ringgit.

Namun begitu, secara realitinya, fungsi masjid di zaman ini telah disempitkan hanya kepada amalan ibadat. Di kebanyakan masjid kita melihat kaum Muslimin dilarang berbincang tentang permasalahan umat Islam. Sama sepertimana penganut agama Kristian yang menunaikan ibadat mereka di dalam gereja atau penganut agama Yahudi beribadat di dalam biara mereka, umat Islam sekarang ini berbangga dengan masjid-masjid yang menelan berjuta-juta ringgit yang dihiasi dengan berbagai corak dan lambang seolah-olah kebesaran, keagungan dan identiti umat Islam terletak pada struktur dan kecantikan corak yang terdapat pada masjid tersebut. Namun amat menyedihkan apabila di tempat-tempat di mana masjid-masjid ini dibina, hukum shara’ yang menjadi sepatutnya menjadi identiti umat Islam dan bukti perlaksanaan Islam di kawasan tersebut, dilupakan. Abu Daud meriwayatkan bahawa Ibnu Abbas telah mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda “Aku tidak diarahkan untuk menghiasi masjid. Dan kamu akan menghiasi masjid-masjid sebagaimana kaum Yahudi dan Nasrani”. Dan dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Tidak berlaku (terjadi) hari Qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid" [H.R. Abu Daud)]

Masjid yang pertama didirikan oleh Rasulullah SAW di Madinah hanya dibina dengan menggunakan pelepah tamar sahaja. Namun begitu, masjid tersebut menepati fungsinya sebagai sebuah masjid di dalam Islam. Masjid yang dibina oleh Rasulullah (SAW) di Daulah Islam di Madinah itu yang tidak menelan berjuta-juta ringgit sepertimana masjid sekarang dengan hiasan dan corak yang bermacam-macam, tetapi menjadi pusat di mana Rasulullah (SAW) dan para sahabatnya merancang perluasan dakwah Islam di seluruh tanah Arab dan sentiasa menjadi pusat untuk membincangkan dan memerhatikan keadaan terkini dan permasalahan umat Islam.

Hanya di dalam Daulah Khilafah sahaja peranan masjid yang sebenarnya dapat dikembalikan, di mana nama Allah dan Hukum Allah diperjuangkan dan permasalahan umat Islam dapat dibincangkan dan diperhatikan. Masjid bukan sahaja bukan sahaja menjadi tempat menunaikan amal ibadat khusus, namun ia merupakan pusat aktiviti sosio-politik kaum Muslimin.

Marilah kita sama-sama memperingati diri kita dengan amaran daripada Hadis Rasulullah berkenaan dengan peristiwa-peristiwa buruk yang akan menimpa umat Islam. Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama yang ada adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali". [H.R. al-Baihaqi]

Wa Allahu A’lam

Wednesday, May 26, 2010

Perbuatan zina bunuh rasa malu

BUAT dosa siang malam tidak kira masa. Apa sudah jadi dengan umat Islam kini? Bersolat tetapi berzina. Ketika umat Islam berpuasa dia pula buat kerja laknat.

BUAT dosa siang malam tidak kira masa. Apa sudah jadi dengan umat Islam kini? Bersolat tetapi berzina. Ketika umat Islam berpuasa dia pula buat kerja laknat.

Ini yang diberitahu kepada saya seorang ibu yang mengadu mengenai anaknya dan aduan seorang isteri dengan perangai suami yang bermalam dan mengaku berzina dengan “kekasih baru.”

Saya masih ingat lagi kata-kata datuk saya ketika beliau mengajar di rumahnya dengan katanya, berzina seronok sekejap tetapi derita sampai ke neraka.

Tazkirah kali ini ingin saya menulis mengenai akibat berzina yang nampaknya sudah menjadi perkara biasa dan semacam tidak ada apa-apa perasaan pada pasangan sama ada remaja, dewasa atau tua.

Percayalah, kalau Allah marah mesti ada azab sama ada azab sementara di dunia dan apa lagi di akhirat. Di antara akibat buruk dan bahaya terbabit ialah:

1. Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan iaitu berkurangnya agama si penzina, hilanga sikap warak (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.

2. Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu adalah suatu yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

3. Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

4. Membuatkan hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.

5. Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan sehingga tidak pernah berasa cukup dengan apa yang diterimanya.

6. Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya, baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.

7. Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.

8. Penzina akan dipandang manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.

9. Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki qalbun salim (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.

10. Kesempitan hati dan dada selalu meliputi penzina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya.

Ini kerana orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan sebaliknya dari apa yang dia inginkan dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan serta kebahagiaan.

11. Penzina mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari jelita di syurga kelak.

12. Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan.

Bahkan, ia boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.

13. Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.

14. Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih meninggalkan kesan dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya.

Tetapi dosa zina akan benar-benar meninggalkan kesan di dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku itu bertaubat dan membersihkan diri, dia masih berasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya?

Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkannya. Dia berzina dan membunuh jiwa yang tidak berdosa.

Sekiranya dia ialah seorang wanita yang bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir, dia memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Na'udzubillahi min dzaalik.

15. Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit seperti Aids, siphilis dan gonorhea atau kencing bernanah.

16. Di antara azab di akhirat nanti penzina akan dibesarkan kemaluan, baik lelaki atau perempuan sebesar Bukit Uhud. Anda tahu besar mana Bukit Uhud? Semoga kita dan anak keturunan kita terselamat dari bencana durjana ini.

Solat dan lima jenis manusia

SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.

SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.

Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: “Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2)

Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak remaja dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat.

Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.

* Jenis Pertama

Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

* Jenis Kedua



Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.

Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

* Jenis Ketiga

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

* Jenis Keempat

Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.

Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

* Jenis Kelima

Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.

Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.

Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.

Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.

Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.

Amalan rasuah bawa kepada syirik

APA guna dipanggil moden sekiranya cara hidup, pemikiran, akhlak dan sifat mulia kemanusiaan kita makin terhakis?

Kemudahan sepatutnya menyenangkan penyebaran kebaikan, keluhuran dan kesusilaan, barulah hidup mengalami kemajuan.

Bagaimana hendak mencapai kemajuan dalam masa sama mengetepikan akhlak murni terus berciciran?

Eloklah kita menilai kembali erti kemodenan yang sedang kita impikan.
Kemodenan hakiki adalah kebebasan akal menerawang mengenali Tuhan pencipta, hidup tertakluk kepada peraturan yang sarat dengan nilai mulia sejagat, sesuai di semua tempat, hidup berpandukan peraturan yang tahan diuji sepanjang zaman.

Bukan saja bertahan lama, tetapi berjaya menyisihkan cara hidup buatan manusia yang terbatas laksana buah bermusim, sekejap ada dan sekejap tidak ada, kadang-kadang putik kadang-kadang berulat.

Adakah moden sekiranya pemikiran masih terbelenggu dengan sial terhadap sesuatu yang langsung tidak punya kuasa? Bukan sekadar terbelenggu, tetapi sudah percaya dan menjadi rujukan serta penentuan dalam membuat keputusan.

Bayangkan remaja percaya kepada nombor 13 membawa sial dan majal. Imam Bukhari pernah meriwayatkan daripada Rasulullah yang bersabda, maksudnya: "Tiada sial dan majal dalam Islam."

Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, maksudnya: "Tiada kesialan pada sesuatu burung."

Malah, mempercayai sial dan majal membawa kepada syirik sebaliknya Allah menggantikan dengan konsep tawakal.

Patut atau tidak seseorang remaja bersiap untuk ke tempat temuduga tiba-tiba sampai ke tempat itu, didapatinya bilik temuduga itu bernombor 13, lalu tidak jadi masuk menghadapi temuduga dan terus pulang kerana berpendapat nombor itu membawa sial.

Berkahwin pada bulan Safar, katanya membawa sial adalah bercanggah dengan prinsip agama. Begitu juga sesetengah daripada kita tidak jadi hendak membeli rumah semata-mata kerana dianggap sial.

Dalam suasana payah hendak mendapat kerja dan pasangan, ada yang beranggapan dengan memakai gelang dia akan memberi 'semangat.'

Tidak kurang juga yang percaya kepada kuasa bunga dengan nama 'mandi bunga.'
Bunga untuk hiasan dan kecantikan bukannya ada kuasa luar biasa. Begitu juga dengan kebolehan doktor. Islam tidak pernah menolak kemajuan yang berasaskan kajian dan penemuan moden. Perubatan moden diharuskan. Pun begitu kuasa penyembuh hanyalah pada tangan Allah.
Doktor hanya merawat dan berikhtiar, tetapi yang menyembuh hanyalah Allah. Kita boleh memilih doktor mana yang serasi untuk merawat kita, tetapi bukan dia yang menyembuh. Jika betul ikhtiar dan ubat bertepatan dengan kehendak Allah akan sembuhlah apabila sampai masanya.

Menjadi kesalahan besar sekiranya seorang gadis atau wanita sanggup berbuat apa sahaja, terpaksa menyerah maruah dan diri demi menagih cinta dari kekasihnya. Fikirnya jika tidak ikut kehendak si dia nanti tidak dicintai pula dan ada risiko ditinggalkan.

Yang menentukan jodoh bukannya manusia. Manusia hanya merancang kerana yang menentukan adalah Allah. Kekolotan minda akidah remaja inilah menyebabkan berlakunya persundalan yang akhirnya mereka sendiri yang merana.

Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan amalan memberi rasuah membawa kepada syirik. Ia berdosa besar yang membawa kepada syirik kerana anggapan pemberi rasuah 'jika aku tidak beri, maka pasti tidak dapat.'

Ini yang merosakkan iman. Mereka menganggap pemberi rezeki sudah beralih daripada Allah kepada manusia. Bagi melariskan kedai perniagaan, ada yang menggunakan pelaris termasuk ayat seribu dinar. Peniaga mungkin terlupa bagaimana nabi menjalankan perniagaan, untung besar tetapi tidak guna pelaris.

Begitu juga sahabat nabi, Abd Rahman bin Auf buat untung besar tanpa menggantung apa-apa ayat. Sebenarnya rahsia kejayaan mereka adalah ilmu, kemahiran dan tawakal kepada Allah.

25 tahun selindung nafsu

PENDEDAHAN demi pendedahan yang dilakukan oleh media tentang gejala seksual luar tabii di negara ini menunjukkan budaya songsang ini semakin menular dengan kadar serius di kalangan masyarakat. Sama ada media cetak mahupun media elektronik berterusan mendedahkan perlakuan songsang ini atas tujuan menyedarkan masyarakat bahawa perlakuan ini bukan sahaja dilarang dari sudut perundangan malah lebih penting lagi ia juga dilaknat dari sudut agama.

Mungkin bagi mereka yang tidak memahami kecenderungan seksual mereka beranggapan perlakuan seks di luar tabii adalah satu perkara normal seperti mana yang berlaku di negara Barat yang bukan sahaja menghalalkan seks di luar tabii malah menolak sama sekali agama dalam kehidupan mereka.

Inilah antara perkara jelas yang membezakan negara ini dengan dunia Barat. Walaupun kita diulit dengan pelbagai kecanggihan teknologi, didedahkan dengan peranan demokrasi, hak asasi, kebebasan bersuara serta merasai nikmat kebebasan ekonomi namun pada masa yang sama tetap jelas dan tegas tentang pendirian dan larangan agama.

Seks luar tabii yang dilihat semakin menular di kalangan masyarakat perlu dibanteras sepenuhnya bagi mengelakkan musibah yang lebih teruk. Secara khususnya setiap agama menolak sama sekali perlakuan keji ini dan dalam Islam sendiri kita boleh lihat bagaimana Allah SWT begitu murka kepada umat Nabi Luth sehingga mereka dimusnahkan dengan bencana yang sangat mengerikan dan dahsyat.

Lebih menyedihkan pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat turut terlibat dalam perlakuan sebegini. Memang terdapat pemimpin yang mengakui terang-terangan terlibat dalam kegiatan seks luar tabii dipilih menjadi pemimpin. Melihat keadaan ini kita sendiri pun kecewa di mana kewarasan masyarakat Barat yang sanggup memilih pemimpin yang tidak bermoral dan tidak faham kecenderungan seksual mereka sendiri. Namun bukan semua pemimpin yang tidak faham kecenderungan seksual mereka diterima oleh masyarakatnya.

Itulah yang berlaku kepada seorang menteri kerajaan New South Wales, David Campbell yeng meletakkan jawatan setelah kecenderungan seksual luar tabiinya terdedah kepada umum. Lebih mengejutkan Campbell yang juga Menteri Pengangkutan dalam kerajaan negeri New South Wales akhirnya mengakui beliau telah berselindung mengenai naluri songsangnya selama 25 tahun.

Lelaki berusia 52 tahun ini telah berkahwin dan mempunyai dua anak lelaki yang kini masih belum dapat menerima hakikat lelaki yang dianggap sebagai penyayang oleh ahli keluarganya hidup dalam "dua alam" sejak sekian lama. Lebih menyedihkan isterinya Edna yang dikahwini sejak 33 tahun lalu masih lagi menjalani rawatan akibat penyakit kanser yang dialaminya sejak beberapa tahun lalu.

Melawat

Peristiwa peletakan jawatan Campbell bermula apabila seorang wartawan dari televisyen Channel Seven, merakamkan gambar Campbell melawat sebuah kelab gay, Ken's at Kensington di Anzac Parade.

Dalam kejadian yang berlaku pada malam Selasa lepas beliau dilihat berada di kelab yang menawarkan pelbagai khidmat untuk lelaki yang mempunyai kecenderungan seksual luar tabii selama lebih dua jam.

Akibatnya dalam tempoh setengah jam sebelum berita mengenai skandal itu didedahkan dalam berita utama keesokan harinya, Campbell telah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan. Namun menurut laporan berita berkenaan pihak media lebih menumpukan kepada tuduhan menggunakan kereta kerajaan untuk tujuan peribadi di sebalik hakikat sebenar yang berlaku di kelab itu.

Namun tidak timbul sebarang masalah dalam isu itu kerana ia adalah hak sepenuhnya menteri terbabit untuk menggunakan kenderaan walaupun perkara yang dibangkitkan adalah ia membabitkan penggunaan wang rakyat.

Akhirnya bagi menjelaskan perkara ini dengan lebih mendalam Ketua Menteri New South Wales, Kristina Keneally memberitahu dalam satu sidang akhbar bahawa tindakan Campbell meletakkan jawatan adalah satu tindakan yang tepat.

Ini kerana beliau telah menjalani kehidupan "dua alam" sejak lebih dua dekad lalu dan dalam kejadian tempoh hari Campbell didapati menggunakan kereta kerajaan untuk berkunjung ke sebuah kelab gay.

"Campbell telah menemui saya dan berterus terang rahsia yang disimpannya sejak sekian lama. Saya beranggapan beliau telah membuat keputusan yang tepat bagi dirinya dan keluarga," ujar Keneally.

Beliau juga menjelaskan bahawa kejadian tersebut telah memberi tekanan kepada ahli keluarga Campbell dan ternyata mereka sangat terkejut dengan pendedahan tersebut. Namun beliau juga menjelaskan cara kejadian ini didedahkan adalah sangat memalukan namun tidak timbul sebarang isu sama ada semua ini berlaku kerana terdapat sebarang unsur-unsur peras ugut.

"Apa yang berlaku adalah satu kejadian kemanusiaan dan tidak boleh dimaafkan dan saya bersama barisan Kabinet terkejut dengan pendedahan ini.

"Kes ini adalah sesuatu yang unik namun saya sangat bersedih dengan apa yang berlaku terutama kepada isterinya apatah lagi mengenangkan cara bagaimana kejadian ini didedahkan," katanya.

Didedahkan

Campbell dalam pertemuan dengan wartawan buat pertama kali selepas skandal itu didedahkan menjelaskan beliau bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Namun beliau tidak menjelaskan tentang kecenderungan seksualnya dan hanya menjawab "terdapat beberapa pilihan yang telah saya lakukan, dan ia telah memberi saya malu yang amat sangat".

"Kini saya akan cuba menyelesaikan apa yang telah berlaku dengan keluarga saya. Saat ini adalah masa yang sukar dan kami memerlukan waktu untuk bersendirian.

"Bagi saya perkara ini telah berlaku dan saya yang meletakkan mereka dalam situasi ini. Saya akan bertanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku," kata Campbell.

Bagi lelaki yang dipilih sebagai Ahli Parlimen wilayah Keira sejak 1999, kejadian memalukan ini telah menguburkan kerjaya politiknya sebelum sempat sampai ke penghujung. Walaupun terdapat desakan sama ada dari masyarakat setempat, anggota Kabinet mahupun golongan gay sendiri supaya beliau terus berkhidmat namun perlu diakui apa yang dilakukan Campbell ini adalah satu keputusan yang tepat.

Mungkin ada yang sinikal tetapi jelas masyarakat di New South Wales sendiri tidak boleh menerima pemimpin yang berpura-pura hidup dalam "dua alam" seperti ini untuk memimpin mereka. Namun sekurang-kurangnya beliau mengaku, meminta maaf dan bertanggungjawab dengan apa yang terjadi.

Vagina kembali anjal, muda

PILIHAN isu Kesihatan KALI ini sememangnya mengundang perbahasan dan tarikan di kalangan rakan-rakan. Ia seolah-olah satu benda baru yang tidak pernah diperkatakan sebelum ini. Sedangkan hakikatnya sejak zaman nenek moyang kita lagi, perihal penjagaan vagina amat dititikberatkan lantaran hubungkaitnya dengan keharmonian rumahtangga.

Apatah lagi di kalangan masyarakat rantau Asia. Orang Melayu misalnya amat terkenal dengan ramuan akar kayu untuk penjagaan vagina, baik untuk mengetatkan mahupun dari sudut penjagaan kebersihan. Ambil sahaja contoh mudah - bersihkan vagina dengan air daun sirih dan amalkan air akar kayu serta pengambilan jamu selepas bersalin untuk mengetatkan vagina.

Manakala herba tertentu dikatakan mampu mengetatkan vagina. Begitu juga teknik urutan yang dikatakan mampu memudakan vagina.

Amalan tradisional itu kini dipanjangkan pula dalam dunia perubatan moden menerusi

Perkembangan lebih menarik apabila dikhabarkan ada teknologi yang mampu mengembalikan dara wanita. Benarkah begitu?

Dr. Rushmini Ismail ketika ditanya tentang perkembangan menarik dalam teknologi kesihatan itu mengakui trend wanita alaf baru mahukan kesempurnaan dari hujung rambut ke hujung jari. Apatah lagi dalam dunia moden yang memungkinkan segala-galanya termasuk dalam hal menganjalkan semula vagina atau memudakan vagina yang dalam dunia perubatan estetik popular dengan nama vaginal rejuvenation atau vaginal reshaping.

Prosedur itu kini menjadi kegilaan wanita yang sanggup berbelanja beribu-ribu ringgit termasuk ke negara jiran untuk memulihkan vagina demi kepuasan diri biarpun ia tiada kaitan dengan penampilan luaran.

Dr. Rushmini yang berpengalaman luas dalam bidang estetik dan pernah mengikuti bengkel berkaitan di luar negara memberitahu, prosedur menganjal dan memudakan vagina telah lama melanda dunia Hollywood dan salah seorang pakar terkenal yang menjadi rujukan dalam bidang tersebut adalah Profesor Nicola Zibernati.

Dalam ceramah eksklusif profesor itu di sebuah hospital swasta baru-baru ini, pakar tersebut berkongsi pengalaman mengenai topik panas itu terutama di rantau Asia khususnya di Malaysia lantaran ia disifatkan masih baru.

Menurut Dr. Rushmini, teknologi V2LR (Vulvo-Vaginal Laser Reshaping) digunakan dalam prosedur untuk menganjalkan vagina. Biarpun kedengaran agak baru di negara ini namun secara diam-diam semakin banyak pakar menawarkan perkhidmatan tersebut.

''Sehebat mana keanjalan yang boleh di capai bergantung kepada jenis laser dan teknik yang digunakan,'' kata Dr. Rushmini.

Beliau memberitahu, teknik laser berkuasa rendah langsung tidak menyakitkan namun mampu memberi kesan yang sama dengan cara kuasa tinggi yang kuat dan sering mengundang kesakitan. Dengan kuasa rendah pesakit akan berasa sangat selesa. Aktiviti harian dapat dilakukan serta merta dan hanya perlu mengelak hubungan seks selama tiga hari sahaja selepas rawatan. Selepas tiga hari kita akan pulih sepenuhnya.

Teknik V2LR

Teknik LVR memerlukan tiga kali rawatan yang diulang sebulan sekali untuk mendapatkan kesan maksimum. Ia bukan saja meningkatkan keanjalan pada vagina tetapi membuatkan warna kulit sekitar nya menjadi kemerahan dan tidak gelap lagi. Dengan kata lain warna sekitar vagina tampak cantik dan menarik.

Apabila usia meningkat dan setelah melahirkan anak kesan regangan terhadap dinding vagina menyebabkan keanjalan tisu-tisunya hilang. Vagina menjadi kendur, kurang elastik dan warnanya sekitarnya menjadi gelap. Pengaruh hormon juga menjadikan keadaan lebih teruk dengan pengumpulan pigmen di situ.

Apabila laser dipancarkan warna sekitar vagina berubah menjadi cerah semula. Menurut Dr. Rushmini selain kecantikan otot dinding vagina juga menjadi lebih kuat dan tidak mudah mengalami masalah kelonggaran. Nikmat hubungan seks juga meningkat selepas rawatan seumpama itu.

Dr. Rushmini turut berkongsi maklumat mengenai prosedur menjahit semula selaput dara yang dikatakan mampu mengembalikan kegadisan seseorang wanita.

Katanya, selaput baru itu dibina dari kulit tipis pada vagina namun kaedahnya rumit dan tidak semudah teknik laser. Mungkin pada suatu masa nanti kaedah ini akan menjadi pilihan wanita yang inginkan kesejahteraan rumahtangga.

Sementara itu Dr. Shaharom Sulaiman yang mengendalikan Thalia Clinic di Kuantan turut berkongsi maklumat mengenai teknologi merawat vagina di kalangan wanita masa kini.

Beliau yang juga berkecimpung dalam bidang estetik memberitahu, penggunaan laser dalam bidang kecantikan dan perubatan semakin mendapat tempat di Malaysia.

Menurut beliau masyarakat di China, Korea, negara-negara Eropah dan Amerika sudah terdedah dan menerima bahawa rawatan laser adalah sebahagian daripada kaedah terkini yang berkesan dan selamat.

Beliau menarik perhatian mengenai kaedah V2LR yang sangat popular di Eropah disebabkan dua faktor iaitu berkesan dan proses penyembuhan yang cepat.

Secara terperinci Dr. Shaharom menjelaskan definisi vulvo yang bermaksud bahagian luar organ wanita manakala vagina pula merujuk bahagian dalaman. Oleh itu prosedur V2LR bermaksud rejuvenasi bahagian luar dan dalam organ wanita.

Hayati maksud ayat al-Fatihah

DOA terkadang tidak serupa minta, minta lain tapi buat lain, malah ada juga bertentangan dengan apa yang kita minta dan sebut "amiin".


Bila imam baca doa kita di belakang main sebut saja, "amin" tidak tahu dan faham apa yang imam berkenaan baca.

Doa sebenarnya permintaan, ia perlu difahami kemudian baru ia dapat masuk ke dalam hati.

Kalau main minta atau main angkat tangan saja tetapi tidak memahami apa-apa isi kandungan doa berkenaan ia dianggap sebagai bermain-main ketika berdoa.

Sudah berpuluh tahun kita meminta perkara sama tetapi masih tidak dapat-dapat. Sebenarnya, bukan Allah tidak perkenankan tetapi kita sendiri hanya pandai meminta tetapi tidak pandai mencari.

Minta tetapi tidak mencari sama halnya dengan berangan-angan. Antara yang wajib kita minta setiap hari adalah ayat "ihdinassiratal mustaqim" yang dibaca 17 kali setiap hari.

Maksudnya adalah tunjuklah kami jalan yang lurus. Kita wajib membacanya setiap kali sembahyang. Besarnya makna doa ini adalah ia tidak didahulukan melainkan selepas kita memuji Allah terlebih dahulu.

Bahawa segala pujian itu meliputi pada-Nya dan Dia itu adalah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Doa ini tidak didahulukan ia, melainkan setelah kita berikrar mengaku sebenar-benarnya bahawa hanya Allah, Tuhan yang kita sembah dan tempat kita meminta pertolongan.



Setiap hari minta "jalan yang lurus" tahukah kita apa jalan yang lurus itu? Kalau tidak tahu kena belajar dan membaca. Jalan yang lurus itu sangat penting.

Setengah remaja hanya tahu jalan betul saja, jumpa jalan betul terus merempit. Orang Palestin mati di jalan Allah tetapi kita mati di jalan betul.

Kalau kita perhatikan sebaik saja meminta jalan yang lurus, "ihdinassiratal mustaqim" Allah mentafsirkan jalan lurus itu adalah Allah sudah berikan nikmat-Nya kepada orang yang terdahulu. Siapakah orang-orang ini?

Mereka adalah Rasul, Nabi, sahabat dan Aulia' . Apakah itu nikmat? Itulah nikmat Iman, Islam dan Ihsan. Hanya dengan jalan iman, Islam dan ihsan, barulah kita dapat mengikut jalan yang lurus.

Rasul, Nabi, sahabat dan Aulia melalui jalan itu dan Allah tunjukkan jalannya. Maka yang kita minta itu adalah untuk mengikut jalan seperti mereka supaya kita benar-benar sampai kepada Allah.

Jalan yang lurus inilah yang akan sampai kepada Allah. Selain itu, ada juga jalan tetapi tidak sampai kepada Allah. Allah terangkan lagi dalam surah Al-Fatihah ini, minta dijauhkan kita daripada dua jalan yang tidak sampai kepada Allah.

Itulah dia jalan orang yang Allah dimurkai dan jalan orang yang sesat yang tidak mempercayai Allah seperti Namrud dan Firaun.

Mereka menolak Allah dan mereka adalah orang yang mendapat laknat Allah. Jalan orang yang sesat pula adalah Yahudi dan Nasrani (kristian).

Walaupun mereka percaya Tuhan, tetapi jalan yang mereka lalui itu adalah bertentangan dengan kehendak Tuhan. Justeru, mereka tidak akan sampai kepada Tuhan.

Orang yang boleh sampai kepada Tuhan adalah mereka yang mengikuti jalan yang lurus. Jalan ini ditempuh oleh Nabi, Rasul, Sahabat, Tabiin dan juga wali Allah sebelum ini.

Maka, kita mengharapkan belas kasihan agar Allah tunjukkan kita jalan supaya kita boleh sampai kepada Allah. Dinyatakan tadi jalan itu adalah Iman, Islam dan Ihsan.

Ketiga-tiganya adalah nikmat besar Allah berikan jika kita mendapatkannya. Namun, ketiga-tiganya mestilah difahami dan dihayati seterusnya menjadi amalan dan perjuangan hidup kita. Barulah kita mendapat jalan yang lurus.

Kalau sekadar slogan atau cakap-cakap saja, itu dikira belum dapat lagi. Cubalah muhasabah diri kita sejauh mana kita bersungguh ketika berkomunikasi dengan Allah.

Paling kurang ayat al-Fatihah yang kita baca seharian, antara faham, kehendak dan realiti biarlah ia selari seiring dan sejalan. Fahamilah, hayatilah, amalkanlah serta perjuangkanlah.

" BERILAH PELUANG AKU HIDUP "

Dunia ini pernah dicemarkan oleh sejarah hitam dalam tamadun manusia disebabkan ketiadaan aqidah dalam kehidupan. Masyarakat ketika itu hilang sifat kemanusiaan sehingga sanggup membunuh dengan menanam anak-anak terutama anak-anak perempuan hidup-hidup kononnya mempertahankan maruah diri, keluarga dan kabilah. Amalan jahiliyah tersebut kini berulang lagi malah lebih dahsyat di mana sesetengah bayi dibuang di merata-rata tempat kerana malu kepada masyarakat. Tempat-tempat pembuangan ialah di belakang rumah, di tepi jalan, di tepi hospital, di masjid, di tepi sungai, dikedai, ditempat pembuangan sampah, dihentian bas, ditandas dan lain-lain lagi.
Menurut statistik daripada pihak berkuasa di dapati jenayah membuang bayi terus meningkat dari tahun ketahun. Umpamanya pada tahun 2009 sebanyak 79 kes berbanding 76 kes pada 2007 di seluruh negara. Sepanjang tempoh 2004 sehingga 2009 sebanyak 485 kes . Sebilangan besar suspek tergolong dalam kumpulan umur 18 hingga 25 tahun.

Kepada kita dan remaja khasnya, mimbar ini ingin mengingatkan bahawa zina dan tindakan membuang bayi adalah merupakan perbuatan jenayah yang amat besar dosanya serta berat hukumannya di sisi Islam. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Isra’ ayat 32:

Maksudnya: " Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat." .

Manakala firman Allah SWT di dalam surah An-Nisa' ayat 93 pula ialah:


Maksudnya: " Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar " .

Mengikut kajian terdapat beberapa faktor menyebabkan berlakunya jenayah ini. Faktor terbesar ialah keterlanjuran dalam menjalin hubungan percintaan, pergaulan dan amalan seks bebas sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah mengikut hukum syarak, institusi keluarga yang bermasalah tiada persefahaman, bergaduh atau bercerai. Oleh itu setiap ibubapa perlu sedar bahawa masa hadapan anak-anak terletak kepada suasana tarbiyah dalam rumahtangga yang mereka bina. Jika suasana keimanan, keharmonian dan kasih sayang, nescaya Allah SWT akan mengurniakan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Firman Allah SWT di dalam surah At-Thuur ayat 21:

Maksudnya: " Dan orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, kami hubungkan dengan mereka zuriat mereka dan kami tidak mengurangi sedikit pun dari pahala amal-amal mereka tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya " .

Selain itu, faktor dalaman diri remaja juga merupakan punca kepada gejala ini. Kurang fahaman agama dan akhlak yang luhur menyebabkan mereka dikuasai oleh nafsu jahat sehingga berlakunya zina dan menyebabkan lahirnya anak luar nikah yang akhirnya dibuang kerana takut dan malu kepada keluarga serta masyarakat.

Penayangan filem berunsur seks oleh media elektronik, ( VCD ) lucah serta gambar pornografi di dalam internet juga menjadi punca yang turut merangsang para remaja terjebak ke lembah perzinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah di samping berleluasanya program-program hiburan yang melampau dalam masyarakat.

Perbuatan membuang bayi dimerata tempat dan terdedah kepada berbagai risiko termasuk kematian; di samping ada di antaranya menjadi mangsa binatang buas adalah satu jenayah yang amat zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan. Malah haiwan lebih baik kerana mengasihani dan memelihara anak dan sanggup mati demi keselamatan anak-anak. Inilah implikasinya apabila rohani para remaja tidak di isi dengan ajaran agama. Renungilah amaran Allah SWT di dalam surah Al-A'raf ayat 179:

Maksudnya: " Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi) neraka jahanam kebanyakkan dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi ) tidak mahu memahami dengannya dan mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai " .

Justeru itu, saya menyeru semua pihak di negara ini agar sama-sama memainkan peranan dalam menangani kemelut ini dengan mengambil langkah-langkah berikut :

Pertama -
Menjadi masyarakat yang prihatin dengan situasi yang berlaku di sekeliling kita;

Kedua -
Program-program dakwah perlulah dipertingkatkan dan digerakkan secara bersepadu;

Ketiga -
Pihak yang bertanggungjawab perlulah mengawal pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama remaja;

Keempat -
Program-program hiburan melampau yang merosakkan akhlak perlulah dikawal;

Kelima -
Ibu bapa perlulah mengawal pergerakan anak-anak daripada terlibat dengan pergaulan bebas;

Keenam -
Hukuman berat kepada mereka yang terlibat dalam melakukan jenayah pembuangan bayi perlulah diadakan;

Ketujuh -
Bagi remaja yang terlanjur diinginkan janganlah membunuh bayi yang tidak berdosa. Berilah mereka peluang untuk hidup dan bersedialah untuk bertanggungjawab atas kesilapan diri bersama dengan pasangan masing-masing;

Kelapan-
Masyarakat seterusnya tidak menghukum dan meminggir mereka yang tersilap malah memberi peluang kepada mereka kembali ke pangkal jalan.

Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 104:

Maksudnya: " Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang demikian ialah orang yang berjaya " .

Nazar Tidak Dapat Mengubah Takdir

Kategori : IBADAH Akidah
Tajuk :
Nazar Tidak Dapat Mengubah Takdir
Hadith :
Dari Abu Hurairah katanya, nabi s.a.w bersabda:”Sesungguhnya nazar itu tidak dapat mendekatkan seseorang kepada sesuatu yang ditakdirkan Allah belum akan menjadi miliknya. Tetapi nazar itu sesuai dengan qadar. Dengan nazar dapat dipungut pembayaran dari orang-orang bakhil yang sebelumnya tidak bersedia membayarnya.”

(Muslim)

Huraian
Setiap pergerakan, langkah dan perjalanan kita di muka bumi ini telah ditentukan oleh Allah S.W.T iaitu qada’ dan qadar-Nya. Maka tidaklah menjadi suatu yang menghairankan jika sesuatu yang tidak disangka-sangka tiba-tiba berlaku ke atas diri kita sama ada yang baik atau sebaliknya. Namun begitu kita sebagai hamba-NYA mempunyai hak untuk berusaha agar dijauhkan daripada sesuatu yang buruk atau meminta diberikan sesuatu yang dihajatkan. Dalam hal ini ada orang yang suka menazarkan sesuatu sekiranya hajatnya terlaksana atau terlepas daripada sesuatu yang tidak diingininya dan ini dilakukan dengan menggantung sepenuh harapan kepada belas ihsan dan kasih sayang Allah S.W.T. Namun begitu nazar bukanlah suatu gantian yang semestinya diperolehi atau dipenuhi seperti yang diminta bahkan ia hanya sekadar suatu bentuk didikan jiwa agar seseorang itu sentiasa mengingati kekuasaan Allah dan mensyukuri nikmat-Nya.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Tajuk : Kembali Ke Asalnya

Kategori : AKIDAH Usuluddin
Tajuk :
Kembali Ke Asalnya
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Allah Taala menjadikan Adam pada permulaan kejadiannya ialah seperti rupanya di bumi, tingginya enam puluh hasta. Setelah dia selesai tercipta, Allah Taala berfirman kepadanya:”Pergilah kepada kelompok malaikat yang sedang duduk. Dengarkan jawapan mereka menjawab salammu. Begitulah cara kamu dan cara anak cucumu nanti memberi salam (penghormatan).” Maka pergilah Adam kepada kelompok malaikat itu, lalu diucapkannya salam:”Assalamualaikum” (selamat sejahtera ke atasmu). Jawab para malaikat:”Assalamualaika warahmatullah” (selamat sejahtera ke atas kamu juga dan beroleh rahmat Allah). Firman Allah:”Setiap orang yang masuk syurga bentuknya seperti Adam. Tingginya enam puluh hasta, sekalipun makhluk kemudian semakin pendek hingga sekarang.”

(Muslim)

Huraian
Allah menciptakan manusia dengan sempurna iaitu diberikan bentuk tubuh yang baik, akal fikiran dan nafsu, kemudian manusia itu sendiri yang menentukan mampu atau tidaknya menggunakan pemberian Allah itu dengan baik. Roh adalah penggerak yang menghidupkan seluruh anggota badan. Firman Allah yang bermaksud:"Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya, kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya " (al Bayyinah:4-6).

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Suka Kaum Sejenis

Dua insan sama jantina mencintai antara satu sama lain adalah dibenarkan jika cinta tersebut adalah kerana ALLAH. TETAPI jika cinta tersebut adalah kerana nafsu / berahi, maka mesti dijauhi.

Cinta seseorang kerana ALLAH adalah suatu sifat yang mulia. Namun janganlah dicampur adukkan dengan nafsu/berahi. Cinta kerana ALLAH, hamba-hamba ALLAH tersebut akan berusaha untuk mendekatkan diri kepada ALLAH demi mencari keredhaan ALLAH swt.

Bertuahlah sesiapa yang ALLAH swt mencampakkan di dalam hatinya mencintai saudara Islamnya kerana NYA (yakni ALLAH swt). Dia akan selalu mendo'akan kesejahteraan kehidupan dunia dan akhirat saudaranya. Jika terdapat saudaranya mempunyai sesuatu keperluan, dia akan cuba membantu memenuhi keperluan saudaranya KERANA ALLAH. Sama-sama mengalakkan dan memberi peransang agar lebih berusaha dan bersungguh-sungguh dalam ketaatan kepada ALLAH.

Kelebihan / Fadhilat:
1- Hadith riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a. yang maksudnya lebih kurang... diceritakan,
“Dahulu ada seorang laki-laki yang berkunjung kepada saudara (temannya) di desa lain. Lalu ditanyakan kepadanya, ‘Ke mana anda hendak pergi?
Saya akan mengunjungi teman saya di desa ini’, jawabnya,
‘Adakah suatu kenikmatan yang anda harap darinya?’
‘Tidak ada, selain bahwa saya mencintainya karena Allah Azza wa Jalla’, jawabnya.
Maka orang yang bertanya ini mengaku, “Sesungguhnya saya ini adalah utusan Allah kepadamu (untuk menyampaikan) bahwasanya Allah telah mencintaimu sebagaimana engkau telah mencintai temanmu karena Dia.” - riwayat Muslim
2- Hadith sahih riwayat Muslim yang maksudnya lebih kurang
"Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya Allah pada Hari Kiamat berseru, ‘Di mana orang-orang yang saling mencintai karena keagungan-Ku? Pada hari ini akan Aku lindungi mereka dalam lindungan-Ku, pada hari yang tidak ada perlindungan, kecuali per-lindungan-Ku.”
3- Hadith Bokhari-Muslim yang maksudnya lebihkurang:
Dari Anas ra., bersabda nabi SAW. : Tiga sifat siapa yang ia memilikinya akan merasakan kelazatan iman;
(1) ia mencintai Allah dan Rasulullah lebih dari lain-lainNya.
(2) Jika ia mencintai sesama manusia semata-mata karena Allah.
(3) Enggan kembali kepada kafir setelah diselamatkan Allah daripadanya, sebagaimana enggan dimasukkan ke dalam neraka.

Juga suatu sunnah jika kita benar-benar mencintai seseorang itu kerana ALLAH swt, hendaklah beritahu kepadanya bahwa ia mengasihinya kerana ALLAH. (yakni "Ana uhibbuka fillaah" .. kalau perempuan "uhibbuki", yakni "daku mengasihi kamu kerana ALLAH"
Dan orang itu pula menjawab "Ahabbakallaah fii maa ahbabtanii fiih" (kalau perempuan, "ahabbaki..." maksudnya "Semoga ALLAH mencintai kamu sebagaimana kamu mengasihi daku kerana NYA"

Namun jika kita khuatir sekiranya kita memberitahu sahabat kita bahwa kita mencintainya kerana ALLAH ... ini mungkin menimbulkan salah faham, kita tangguhkanlah untuk memberitahukannya sehingga suatu masa di mana dia bersedia untuk menerima ucapan cinta kita kerana ALLAH.

Jelaskan Salah Faham Mereka!

Sebuah Kisah Dari Seberang...

Beberapa hari lepas, seorang user ILuvIslam meluahkan pengalaman/permasalahannya di salah sebuah thread di sana. User tersebut, twee_cute, merupakan seorang pekerja di luar negara. Justeru, beliau banyak menghabiskan masa dalam persekitaran yang majmuk, bercampur dengan pekerja lain berbangsa Cina, berbangsa India, termasuklah rakyat tempatan.

Diceritakan bahawa pada suatu hari,beliau bersama seorang rakan berbangsa India dan seorang rakan berbangsa Cina sedang makan malam bersama. Dalam perbualan mereka, antara topik yang dibualkan adalah mengenai ketuhanan. Rakan India beliau berkata, bahawa tuhan orang India adalah lembu, dan kerana itu orang India tidak boleh makan daging lembu.

Terdengarkan sedemikian, rakan Cina beliau lantas berkata, bahawa tuhan orang Islam itu khinzir agaknya, kerana orang Islam tidak boleh makan khinzir!

Jadi user twee_cute merasakan sangat terkejut dengan salah faham yang terjadi pada rakan Cina beliau tersebut, namun beliau tidak melatah dan terus memarahi rakannya itu. Beliau mengambil langkah berhati-hati dengan meminta pendapat rakan-rakan di ILuvIslam.com mengenai cara terbaik untuk berhadapan dan menjelaskan salah faham tersebut kepada rakan Cina beliau itu.

Dan alhamdulillah, saya telahpun menyuarakan pendapat saya kepada beliau di thread berkenaan. Namun bukanlah kes spesifik user twee_cute yang ingin saya bawakan di sini, sebaliknya suka saya bawakan secara umum, mengenai teknik dan sikap kita dalam berhadapan dengan salah faham sama ada oleh orang bukan Muslim, mahupun oleh Muslim sendiri.

Filem Fitna, kemuncak manifestasi salah faham terhadap Islam.


Berhadapan Dengan Salah Faham.

Tidak dinafikan, memang banyak salah faham dalam kalangan masyarakat bukan Islam, terhadap Islam. Ada antara salah faham tersebut, berasal dari kejahilan atau atas dasar tidak tahu. Ada juga salah faham yang sengaja ditimbulkan untuk mengelirukan masyarakat dunia sebagai satu bentuk serangan terhadap Islam. Ada juga salah faham tersebut, yang ditimbulkan/disebabkan oleh umat Islam itu sendiri sama ada sedar atau tidak.

Pun begitu, walau dari mana pun asal-usul salah faham tersebut, kita umat Islam kena ada common ground dalam menghadapi tanggapan dan salah faham mereka tersebut. Sering saya sebutkan, bahawa kita tidak dapat mengawal apa yang mereka fikirkan/lakukan, tetapi kita dapat mengawal bagaimana cara kita bereaksi apabila berhadapan dengan mereka.

Antara common ground yang dapat saya fikirkan adalah:

1. Jangan Melatah.

Salah faham dalam kalangan masyarakat bukan Islam ini, memang banyak. Sesetengahnya memang membuatkan kita rasa terganggu, offended dsb. Contohnya, salah faham oleh rakan twee_cute itu, yang pada menyangkakan tuhan bagi umat Islam itu adalah babi. Banyak juga, saya pernah mendengar salah faham yang agak sensitif dan offending ini. Salah satunya yang saya pernah dengar (mungkin agak censored sedikit), "Lelaki Islam ini anunya semuanya kontot2, kerana telah berkhatan!" Disturbing bukan?


Teringat saya akan sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang mengatakan, gagahnya seorang lelaki bukan kerana kekuatannya bergusti, tetapi pada keupayaannya mengawal diri dari marah.

Sesetengah mereka, gemar memprovok. Sengaja mengapi-apikan dan membuat kita marah. Dalam kes ini, kita kena bersabar lah. Orang putih kata,


''Don't stand down to their level''

2. Jangan judge niat mereka.

Ada sesentengah tu, bila ditanyakan soalan yang provocative, membalas atau memandang sinis akan persoalan tersebut. "Ala dia tu saja je tanya nak provoke, bukan betul2 nak tahu pun."

Bagi kita, kita anggap mereka sama. Kalau betul mereka sengaja nak provoke pun, kita layan mereka dengan baik. Kalau betul mereka jujur nak tahu, kita pun layan mereka dengan baik juga. Bukan hak kita, untuk menghakimi apa niat mereka. Sebaliknya adalah menjadi tanggungjawab kita, untuk berlaku adil, serta menjelaskan mengenai apa jua persoalan yang diajukan.

Walaupun kadang-kadang ayat yang mereka gunakan, sememangnya ayat yang berbentuk provokasi, yang membuatkan kita ingin marah. "Korang kata kami bodoh sembah tokong, korang lagi bodoh sembah kotak batu kat arab" (contoh ayat yang provokasi). Elakkan dari terpengaruh dengan emosi, dan hendaklah kita bersabar. Pertama sekali, minta maaf dulu kepadanya, bagi pihak muslim yang memanggilnya bodoh itu. Kemudiannya, barulah kita cuba terangkan konsep kaabah dalam Islam.

Sama ada dia dapat terima atau tidak, bukan kita yang menentukan. Bagi kita, kita cuma menyampaikan. Sama ada mereka menerima hidayah ke tidak, biar Allah yang tentukan.

3. Jangan memandai-mandai.

Sememangnya diakui, kita ini bukan muslim yang sempurna, yang tahu serba-serbi. Tambah-tambah pula, jika kita ini bukan ustaz, bukan lulusan timur tengah dan sebagainya, iaitu bukan ahli dalam bidang-bidang agama ini. Namun begitu, berhadapan dengan masyarakat bukan Islam, bukan lagi merupakan pilihan. Tambah-tambah dalam negara Malaysia yang berbilang bangsa ini. Mahu atau tidak, mereka akan menjadi rakan sekerja kita, mereka akan menjadi jiran kita dan sebagainya.

Justeru, setiap daripada kita mestilah bersedia untuk memberi kefahaman Islam yang sebenarnya. Tanggungjawab "berdakwah" bukan lagi terletak di bahu ustaz-ustaz sahaja, namun tergalas pada pundak kita semua. Namun begitu, dalam keadaan pengetahuan agama kita yang terhad, maka hendaklah kita merujuk kepada mereka yang ahli (ustaz-ustaz, ulama' dsb).

Maka atas sebab itulah, jika kita ditanyakan soalan-soalan yang kita tidak tahu jawapannya, maka sewajarnya lah kita mengakui bahawa kita tidak tahu. Bak kata pepatah Inggeris,

"there's no shame in admitting what we don't know."

Malahan, sebenarnya pengakuan bahawa kita tidak tahu itu memberi gambaran bahawa umat Islam itu jujur. Ia juga memberi tanggapan bahawa umat Islam tidak boleh memandai-mandai memberi jawapan, serta bahawa kita ini berpegang kepada kebenaran, bukannya semata-mata hendak menang dalam perdebatan!

Pun begitu, janganlah pula tinggalkan persoalan individu tersebut tergantung tanpa jawapan. Rujuklah ustaz atau mereka yang lebih mengetahui, dan setelah mendapat jawapan baru kita olah agar dapat disampaikan kepada individu tersebut dengan seringkas dan seoptimum mungkin dengan kefahamannya.

4. Jangan merendah-rendahkan @ offend agama mereka.

Kadang-kadang, kita ni bersemangat sangat nak cerita macam-macam sampai tidak sedar yang kita offend agama mereka. Contohnya, seperti persoalan yang ditimbulkan rakan twee_cute di awal post ini tersebut. Jika kita menjawab "eh taklah, takkanlah babi tu tuhan kitorang, u all orang cina sembelih pun dia tak melawan. takkan binatang jadi tuhan". Dalam tak sedar, kita dah offend rakan twee_cute yang beragama Hindu tersebut.

Hormat agama orang lain. Kita tidak disuruh mengakui @ mempercayai agama mereka, tapi kita disuruh menghormati agama mereka. Dalilnya, rujuk surah al-an'am ayat 108. Begitu juga dengan surah Al-Kafirun.


Jalan yang baik, adalah dengan menceritakan mengenai Islam, cukup. Tak perlu nak banding-bandingkan dengan agama2 lain. Kalau nak sentuh mengenai agama lain juga, perlulah berhati-hati dan "berlapik".

Permudahkanlah, jangan kamu susahkan!

Antara punca berlakunya salah faham terhadap Islam, adalah kerana banyak persepsi negatif yang ditonjolkan dan difokuskan mengenai Islam. Seolah-olah itulah asas kepada Islam. Hasilnya, agama Islam dilihat sebagai sebuah agama yang mengongkong, agama yang menunjukkan keganasan, yang menyekat kebebasan, yang menindas gender dan sebagainya.

Pengalaman peribadi, berbual dengan seorang remaja bukan Islam yang menghubungi saya melalui contact-form blog saya ini, menzahirkan mengenai minat beliau terhadap Islam. Siapa sangka, soalan pertama beliau, adalah mengenai khatan! "Berkhatan itu, sakit ke?"

Sesungguhnya, Islam itu agama yang indah. Agama yang mempermudahkan, bukan menyusahkan. Namun dikesali, adanya segelintir umat Islam yang gemar menakut-nakutkan. Suka benar, menceritakan mengenai azab kubur, mengenai seksaan di neraka, mengenai balasan kepada orang yang berdosa, dan sebagainya.

Sungguhpun atas niat untuk mencegah kemungkaran dan sebagainya, namun konsep pahala dan dosa itu mestilah diterangkan dan difahami terlebih dahulu. Menceritakan mengenai azab balasan dan sebagainya kepada orang yang baru mendekati Islam atau yang baru bertatih hendak kembali ke pangkal jalan, hanya memberikan impressi kepada mereka bahawa Islam itu zalim. Bahawa Tuhan itu kejam!

Teringat saya akan sebuah penulisan Ustaz Hasrizal (Ke Syurga Bukan Dengan Jantina) yang ada mengupas mengenai salah satu daripada salah faham ini. Akibat terlalu gopoh dalam dakwah, menyebabkan ada yang mengatakan Islam itu gender-biased kerana adanya hadis bahawa perempuan adalah yang paling ramai masuk ke neraka.

Justeru itulah, sekiranya kita berhadapan dengan audiens yang kefahamannya terhadap Islam adalah minimal - contohnya mad'u yang baru nak berjinak-jinak dengan Islam, non-muslim yang baru nak mengenali Islam dan sebagainya, sewajarnya lah kita memperlihatkan keindahan Islam itu dengan menceritakan perkara-perkara yang baik dan indah. Bukan menggula-gulakan, tetapi adil (kena pada tempatnya), iaitu sesuai dengan kefahaman audience.

Islam itu mudah!

Banyak sebenarnya perkara-perkara yang mudah dalam Islam ini. Banyak sebenarnya, perkara-perkara yang indah dalam Islam ini.

"Barangsiapa memberikan petunjuk kepada kebaikan, maka baginya adalah seperti pahala orang yang melakukan kebaikan itu."

"Mendamaikan dua orang itu sedekah, menolong mengangkat barang orang itu sedekah, membersihkan jalan dari halangan itu sedekah"

"Barangsiapa yang mendoakan mu'min laki-laki atau perempuan miscaya Allah akan memberi pahala kebaikan dari setiap mu'min laki-laki dan perempuan yang didoakan"

"Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitab Al-Quran maka ia akan mendapat sepuluh kebaikan dan setiap kebaikan memilki sepuluh kelipatan pahala. Aku tidak berkata Alif Laam mim itu satu huruf tapi Alif satu huruf, Lam sati huruf, dan mim satu huruf"

Serta pelbagai lagi offer, rewards, bonus dan sebagainya yang ditawarkan kepada umat Islam! Tunjukilah kepada orang Islam dan kepada sesama Islam itu sendiri, bahawasanya Islam itu mudah sebenarnya!

"Permudahkanlah, dan jangan menyusahkan. Gembirakanlah, dan jangan menakutkan." (HR Bukhari no. 69)

Jom buat latihan sedikit!

Bagi mengakhiri penulisan ini, saya sertakan beberapa contoh mengenai salah faham yang sering berlaku terhadap Islam. Jom kita sama-sama cuba fikir, apa yang akan kita jawab/terangkan untuk menjelaskan salah faham ini. Para pembaca boleh berkongsi jawapan di ruangan komen.

1. Umat Islam sembah Kaabah?
2. Nabi Muhammad itu Pedophile?
3. Lelaki umat Islam itu gila seks, sebab boleh kahwin empat?
4. Umat islam menyekat kebebasan wanita (aurat, hijab, niqab dsb)?
5. Umat islam membenci kafir, kalau jumpa orang kafir kat mana je kena bunuh mereka (rujuk surah taubah ayat 5), kalau jumpa kena pancung mereka (rujuk surah muhammad ayat 4)

Sekian, sekadar buah fikiran dari saya. Wallahua'lam. Wassalam.

DEADLINE BUAT KITA

Dialog Harian,

Encik A: iskh..sibuk betul la skrg ni, banyak betul DEADLINE nak kejar, tak kejar jadinya...

Encik B: ye la, bila la nak rileks nih...

Sibuk, kerja banyak, tak sempat siapkan tugasan...deadline, deadline, deadline...... Itulah luahan yang biasa didengar, bukan sahaja di kalangan pelajar, tapi juga di kalangan pekerja.

Sebelum lebih lanjut berbicara, suka saya mengajak sahabat-sahabat semua memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana masih berpeluang untuk hidup pada hari ini. Allah masih menyambung talian hayat kita, sedar tak sedar umur kita bertambah dengan pertambahan hari. Saban hari kita mengejar deadline yang ditetapkan di dunia ini. Siapkan tugasan sekolah, universiti, projek di tempat kerja, dan pelbagai lagi.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang deadline yang sedikit berbeza dari deadline yang biasanya kita fahami, iaitu deadline yang pasti tapi kita tidak mengetahui bila tarikhnya. Pelik bukan? Ada deadline tapi tiada tarikhnya. Sebenarnya tarikh itu diketahui, tapi hanya oleh pencipta kita, Allah. Deadline yang saya maksudkan di sini ialah KEMATIAN.

Ya, kematian yang sering menghambat kita saban hari. Namun, akibat kita tidak tahu tarikhnya, kita tidak selalu mengikuti deadline atau menunggu tarikh "menghantarnya".

Firman Allah dalam Surah An-Nisaa' (4:78):
di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada Dalam benteng-benteng Yang tinggi lagi kukuh. dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" ini adalah dari (sesuatu nahas) Yang ada padamu". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". maka apakah Yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?

Sahabat-sahabat sekalian,

Saya ingin bertanya kepada anda:

1) Adakah kita sering mengingati deadline yang paling akhir ini?

2) Sedarkah kita selepas deadline ini, terputus segala deadline yang lain di dunia ini?

3) Bagaimana persediaan kita menghadapi deadline yang terakhir ini?

Saya juga kadang-kala terlupa dengan deadline ini, dengan segala nikmat di dunia, kita terleka, terbawa dengan keseronokan sementara. Tetapi apabila difikirkan, bila kita mengingatinya kita akan dianjak ke hadapan. Bagaimana? Dengan "zikrul maut", iaitu mengingati mati. Jadi, apakah kepentingan mengingati mati?

1) Mengingati dapat menghidupkan hati kerana kita sering sedar kekurangan dan kelemahan diri, lantas sentiasa berusaha untuk menambah amal.

2) Orang yang paling cerdik adalah orang yang mengingati mati dan bersiap untuk menghadapinya. Niat bagi setiap amalannya sentiasa diluruskan hanya kepada Allah.

3) Melahirkan perasaan berhati-hati. Ibaratnya sebelum kita keluar rumah kita akan memastikan kita telah mengunci rumah sebagai langkah berhati-hati dan mengelakkan kecurian. Begitulah juga kita berhati-hati dalam setiap perbuatan kita.

Jika urusan dunia kita meletakkan perhatian sepenuhnya terhadap tindak tanduk kita, apa lagi urusan akhirat yang akan menentukan nasib kita akhirnya nanti. Kita hanya ada dua pilihan; syurga atau neraka. Tiada pilihan di pertengahan, tiada talian hayat.

Oleh itu, sahabat-sahabatku, kejarlah deadline di dunia ini, tapi jangan dilupakan deadline Allah yang sangat pasti. Peganglah dunia di tanganmu dan peganglah akhirat di hatimu. Bila berjauhan dari dunia, hati tidak terasa sempit kerana adanya akhirat yang lebih dekat dengan diri. Walaupun kita tidak mengetahui tarikhnya, yakinlah kematian itu sentiasa menjemput tanpa mengira persiapan kita.

Saya mengingatkan diri saya dan sahabat-sahabat untuk sama-sama mengkoreksi diri dan memperbanyak taubat, dalam apa jua keadaan. Jadilah seperti orang yang bertaqwa yang dinyatakan dalam firmanNYA.

firman-Nya (Surah Qaf (50:33):
"(Iaitu) orang Yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah, serta ia datang (kepada Allah) Dengan hati Yang tunduk taat".

Sebelum berakhir, saya ingin berkongsi doa yang dinamakan sebagai penghulu istighfar. Mengambil isi dari buku doa, zikir dan munajat; sekiranya seseorang itu mengucapkan istighfar ini dengan yakin pada setiap pagi, lalu jika dia meninggal dunia, nescaya dia akan masuk syurga dan sekiranya dia mengucapkan dengan yakin pada setiap petang, nescaya dia akan masuk syurga (Riwayat An-Nasa'i).

Moga kita sama-sama dapat mengamalkannya sebagai taubat kita dalam setiap amalan yang telah kita lakukan. Jika perbuatan kita buruk moga Allah ampunkan kita, jika amalannya baik, moga Allah ikhlaskan niat kita dalam mengamalkannya.

Bersiap sedialah sahabatku..apabila Izrael datang memanggil, tiada apa yang dapat menghalang...

Noda Yang Menghancurkan Ibadah

Ramai orang beranggapan bahwa kualiti ibadah hanya ditentukan oleh syarat, rukun, dan kekhusyukan dalam pelaksanaannya. Misalnya, solat yang berkualiti adalah yang didahului oleh wudhu yang betul, suci pakaian dan tempatnya, serta khusyuk dalam melakukan setiap rukunnya. Demikian pula dengan ibadah-ibadah yang lain.

Saad bin Abi Waqqash RA bertanya kepada Rasulullah SAW tentang rahsia agar ibadah dan doa-doanya cepat dikabulkan. Rasulullah SAW tidak mengajari Sa'ad tentang syarat, rukun, ataupun kekhusyukan. Rasulullah SAW mengatakan, "Perbaikilah apa yang kamu makan, hai Sa'ad." (HR Thabrani).

Ada sindiran yang hendak disampaikan Rasulullah SAW lewat hadis di atas. Iaitu, bahwa kebanyakan manusia cenderung memperhatikan 'kulit luar', tapi lupa akan hal-hal yang lebih penting dan fundamental.

Setiap Muslim pasti mengetahui bahwa solat atau haji mesti dilakukan dengan pakaian yang suci. Pakaian yang kotor akan menyebabkan ibadah tersebut tidak sah atau ditolak. Namun, betapa banyak di antara kaum Muslim yang lupa dan lalai bahwa makanan yang diperolehi dari cara-cara yang kotor juga akan berakhir dengan ditolaknya ibadah dan munajat kita.

Rasulullah SAW telah mengingatkan, "Demi Zat Yang menguasai diriku, jika seseorang memakan harta yang haram, maka tidak akan diterima amal ibadahnya selama 40 hari." (HR Thabrani).

Dalam hadis lain yang dinukil Ibnu Rajab al-Hanbali, Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang di dalam tubuhnya terdapat bagian yang tumbuh dari harta yang tidak halal, maka nerakalah tempat yang layak baginya."

Di sinilah terlihat dengan jelas, perhubungani antara kualitas ibadah dan sumber penghasilan. Bahkan, kerana ingin memastikan bahwa semua yang dimakan berasal dari sumber yang halal, para Nabi dan Rasul menekuni suatu pekerjaan secara langsung untuk menghidupi diri dan keluarga mereka.

Nabi Daud a.s adalah seorang penempa besi dan penjahit, Nabi Zakaria a.s seorang tukang kayu, Rasulullah SAW adalah seorang pedagang, dan seterusnya. Demikian pula dengan para sahabat yang mulia; majoriti kaum Muhajirin berkerja sebagai pedagang, sementara kaum Ansar mengendalikan hidupnya dari pertanian.

Selain daripada itu, ketika seseorang bergelumang dengan harta yang haram, dan dia menafkahi keluarganya dengan harta tersebut, sebenarnya ia tidak hanya menodai ibadahnya sendiri. Tapi, juga menodai ibadah dan masa depan anak-isterinya.

Seperti komentar Syekh 'Athiyah dalam Syarh al-Arbain an-Nawawiyah, "Orang tua seperti itu secara sengaja membuat ibadah dan doa anak-anaknya tertolak. Sebab, ia menjadikan tubuh mereka tumbuh dari harta yang haram."

Wa Allahu a'lam

Sumber Artikel* : KCB Yahoo groups, Abdullah Hakam Shah MA, republik

KAFAN UNTUK NENEK

Awan mendung yang berarak lalu bagai tidak lagi mampu menanggung beban, lalu memuntahkan segala isi yang tersimpan sekian lama. Hujan lebat membasahi bumi. Namun lebat lagi hujan di dalam hatiku, deras lagi airmata yang mengalir di kedua belah pipiku. Allahu Allah.. Hebatnya dugaan-Mu kali ini. Betapa lemahnya aku, betapa sesungguhnya terbukti bahawa aku tidak sekuat mana.

Berkali-kali aku cuba memujuk diri, beristighfar. Berulang-kali menyebut nama Allah, kalimah suci Tiada Tuhan melainkan Allah, dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali. Allah Maha Besar, Maha Suci Allah, namun tetap jua tidak mampu meredhakan kesedihan yang terbuku di dada. Allahu Allah.. Ampunkan dosaku Ya Allah, ampunkan dosa kedua ibu bapaku, ampunkanlah dosa nenekku.

Nenek... Airmata kian meluncur laju tatkala bayangan wajah nenek menjelma. Ya Allah, nenek sudah tiada, Ya Allah, nenek sudah pergi tinggalkan kami, Ya Allah, aku tidak mungkin dapat melihat nenek lagi, tidak mungkin dapat memeluk nenek lagi, tidak mungkin dapat mendengar celoteh nenek lagi, aku sayang nenek, aku pasti rindukan nenek..

"Naufal, tolong nenek sekejap," Suara nenek memanggil kedengaran sayup dari ruang tamu rumah.

Tanpa berlengah lagi, aku segera meletakkan pen yang aku pegang. "Biarlah, malam nanti boleh sambung isi borang UPU ni, nenek belum tentu boleh menanti aku sampai malam." Bisik hatiku. Segera aku percepatkan langkah. Aku menyusun langkah menuju ke arah nenek.

"Ada apa Nek?" Aku bertanya sambil melabuhkan punggungku di sebelah nenek. Kedut wajah nenek tampak jelas kelihatan, namun nenek tetap jua mengukir senyuman yang paling manis buatku. Dia memang begitu, suka senyum.

"Naufal dah habis isi borang ke?" Nenek bertanya. Aku sekadar menggelengkan kepala, tersenyum kepada nenek. "Belum Nek, tapi takpe, malam nanti boleh sambung isi, IPT boleh di cari ganti, tapi Nenek Naufal ni sorang je kat dunia ni.." Ujarku sambil melentokkan kepala ke bahu nenek. Nenek cuma tergelak kecil, aku senang melihat nenek gembira.

Nenek sudah dimamah usia, umurnya kini hampir mencecah 70 tahun. Arwah atuk sudah lama pergi meninggalkan kami, kembali ke rahmatullah hampir 20 tahun yang lepas, namun nenek tetap setia sendiri. Tidak pernah terniat mencari pengganti atuk. Walaupun pernah ada yang mencuba nasib merisik khabar, dengan tenang nenek menolak.

"Biarlah aku sendirian sampai mati, aku sayangkan ayah kamu, semoga di syurga nanti kami akan bersatu lagi.." Itulah kata-kata nenek yang disampaikan oleh ayahku kepadaku. Sejak itu, ayah selaku anak sulung dan adik beradiknya yang lain tidak lagi berniat untuk menjodohkan nenek. Mereka kagum dan hormati pendirian nenek. Nenek seorang yang setia pada cintanya.

Sejak Mak Su mendirikan rumah tangga, mengikut suaminya ke utara tanah air, nenek tinggal sendirian. Sejak itu juga, aku pulang ke kampung, menetap di kampung menemani nenek. Selaku cucu sulung, aku rasa bertanggungjawab untuk bersama nenek setiap masa. Tak sanggup aku biarkan nenek keseorangan, kesepian. Tak tergamak aku biarkan nenek menghabiskan sisa-sisa usianya menghitung detik waktu seorang diri. Ibu dan ayah serta pakcik dan makcik terpaksa bertugas di bandar, jauh dari kampung, aku mengerti kekangan tugas mereka, nenek juga begitu. Jadi biarlah aku bersekolah di kampung, menemani nenek di rumah pusaka arwah atuk. Nyaman. Damai.

"Naufal! Termenungkan apa?" Lamunanku tersentak bila nenek memanggil namaku. Aku tergelak kecil. Tersipu malu. Jauh benar melayan emosi, sehinggakan nenek juga perasan.

"Takdelah Nek, Naufal teringat kuih bingka yang nenek selalu buat, sedap...." Aku cuba berselindung sambil buat-buat muka kasihan. Nenek mula bersimpati.

"La, betul ke? kalau macam tu nenek boleh buat sekarang," Cepat pula nenek menyahut. Aduh, perasaan bersalah mula menyelinap ke lubuk jiwaku.

".Hehehe..Mana ada Nek, Fa gurau je la nek, saja nak tengok Nenek sayang Fa ke tidak, hehe.." Ujarku. Pantas nenek mencubit bahuku, aku mengekek kegelian. Mengelak tidak, seronok menyakat nenek petang-petang begitu.

"Naufal, tolong nenek ambilkan beg atas almari boleh?" Pinta nenek setelah tawa kami terlerai. Aku memusatkan pandangan mataku ke wajah sayu nenek.

"Beg mana Nek?" Aku bertanya sambil menggaru-garu kepala.

"Beg hijau atas almari nenek, ada dalam bilik, bawa ke sini kejap," Terang nenek lagi. Aku menangguk-angguk kepala lalu mengatur langkah menuju masuk ke bilik nenek. Mendongak kepala melilau pandangan ke atas almari nenek, tanpa berlengah-lengah, beg hijau itu aku capai lalu membawanya kepada nenek.

Nenek menarik zip pada beg dengan penuh teliti. Tangan nenek menggigil, betul nenek sudah dimakan usia. Sayu pula aku melihat nenek. Makin lama aku menatapnya, makin hati ini bagai di hiris-hiris. Aku sayangkan nenek.

Bertambah sayu dan pilu bila tangan lemah nenek menarik keluar sehelai kain putih yang kekuning-kuningan. Seperti kain kapan, tapi tak mungkin. Aku cuba menidakkan namun dadaku mula terasa sebak. Aku tetap cuba bertahan.

"Kain apa ni Nek?" Aku bertanya, minta kepastian. Perhatianku tepat kepada kain putih itu.

"Ini kain kapan nenek, dah lama nenek simpan.. tunggu saat ajal tiba..bila nenek dah tiada nanti, Fa tolong bagitau ayah Fa, guna kain kapan ni ya.. " Lemah suara nenek menjawab. Tidak semena-mena butir-butir jernih mengalir dari kedua kelopak mataku. Tidak mampu tertahan lagi, air mata mengalir deras. Tak sanggup mendengar suara nenek menyebut ajal.

"Nenek, kenapa cakap macam tu, jangan tinggalkan Naufal.." Bagaikan anak kecil aku tersedu-sedu menahan tangisan.

"Isk Fa, istighfar.. Mana boleh cakap macam tu, ajal itu pasti, sudah di tentukan Allah, di dunia ini kita cuma sementara, di dunia ini kita cuma menumpang, sampai masa, kita semua, nenek dan Fa juga akan dijemput pulang.. Nenek sudah lama hidup di muka bumi ini, bila-bila masa saja nyawa nenek akan diambil, itu suratan takdir, kita kena redha.." Merdu suara nenek menyentuh gegendang telingaku.

Aku merebahkan kepala ke riba nenek. Seperti selalu, nenek membelai-belai rambutku. Andai nenek tiada, saat ini pastinya paling aku rindui. Ya Allah, mampukah aku menghadapi kenyataan itu ya Allah, mampukah aku melepaskan nenek pergi? Berulang kali suara hatiku berbisik sayu.

"Naufal, ketika Allah ciptakan kita, Allah dah tulis dah, semuanya termasuk ajal kita. Hidup kita umpama berlari 100 meter, makin kita berlari, makin kita dekat dengan garis penamat. Hari ke hari kita hidup, kita makin dekat dengan ajal kita. Fa tahu kan, perkara yang paling jauh dengan kita adalah masa silam kita dan perkara yang paling dekat, makin dekat dengan kita adalah mati.." Nenek menyambung bicara, di riba nenek aku cuma mendengar. Katalah apa saja nenek, aku akan simpan semua kata-kata nenek kemas dalam kotak ingatanku.

"Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati. Takut membuat kemungkaran kerana takut bila mati kelak di azab, sungguh-sungguh buat kebaikan, kumpul pahala buat bekalan di akhirat sana sebab tahu, hidup di dunia cuma sekali. Bila dah mati, dah tak boleh undur lagi dah.. Menyesal bagaimana sekalipun, kita tak mungkin boleh undur masa.."

"Nenek berdoa, moga mati nanti tempat untuk nenek berehat.. Nenek bermohon agar segala dosa nenek terampun, sebelum masa itu tiba.. Nenek pun tak tahu bila masanya nenek akan dijemput pulang, mungkin esok atau lusa.." Suara nenek tersekat-sekat. Airmata nenek menitis jatuh ke pipiku. Aku angkat kepala menatap wajah nenek. Pilu hatiku melihat wajah nenek berbasahkan airmata. Sayu. Cepat-cepat aku sapu airmata nenek.

"Nenek jangan menangis, Fa sayang nenek.." Aku cuba memujuk nenek. Namun desah gelora jiwaku ternyata lebih hebat. Aku turut menangis lalu memeluk nenek erat. Dalam pelukan nenek aku menangis semahunya.

"Fa jangan nangis, tidak kira samada nenek hidup atau tidak, kalau Fa betul-betul sayangkan nenek, sedekahkan doa untuk nenek, sedekah fatihah untuk nenek.. InsyaAllah.. kasih sayang antara kita tidak akan terputus sampai bila-bila," Ujar nenek sambil mengelap pipiku dengan tangannya yang penuh rasa kasih. Nenek mengukir senyum, senyuman yang paling manis. Walaupun sukar, aku memaksa diri membalas senyuman terindah nenek.

Bas bagaikan berjalan terlalu perlahan. Setiap sela waktu bagaikan menghiris, menikam jantungku. Menyeksakan. Kenangan bersama nenek satu persatu berlegar-legar di kotak ingatanku. Wajah nenek di segenap penjuru ruang. Aku ingin segera pulang ke pangkuan nenek, aku ingin cepat sampai ke rumah kesayangan nenek. Ya Allah, tabahkanlah hatiku.. Tempatkanlah nenekku dalam golongan yang Engkau kasihi.

Amin ya rabbal alamin..

Walimatul Urus

Resepsi pernikahan atau walimah merupakan tradisi yang telah diajarkan Rasulullah SAW kepada umatnya. Perintah untuk menggelar waliwah disampaikan Nabi Muhammad SAW ketika putrinya, Fatimah RA dipinang Ali bin Abi Thalib RA. Rasulullah SAW bersabda :

"Sesungguhnya pada perkawinan harus diadakan walimah".

Di era sekarang ini, resepsi pernikahan diselenggarakan umat Muslim dengan bermacam ragam. Ada yang menggelar walimah secara sederhana di rumah dan ada pula yang melakukan walimah di dewan bahkan hingga di hotel bintang lima yang menghabiskan dana sampai puluhan ribu ringgit.

Agar sebuah walimah atau resepsi pernikahan tidak terjerumus ke dalam perkara yang dilarang, ajaran Islam telah menetapkan adab dalam menyelenggarakan walimah. Syekh Abdul Aziz bin Fathi as-Sayyid Nada dalam Mausuu'atul Aadaab al-Islaamiyyah, mengungkapkan, adab atau tata cara walimah atau resepsi pernikahan berdasarkan syariat Islam :

Pertama , kata Syekh as-Sayyid Nada, hendaknya sebuah walimah diselenggarakan dengan niat yang benar. "Niatkan walimah itu sebagai sunah Rasulullah SAW dan memberi makan orang-orang," tuturnya. Sesuatu yang diniatkan dengan baik akan menjadi amal saleh. Sehingga, harta yang dibelanjakan dan waktu yang diluangkan akan diganti dengan pahala.

Kedua , membuat dan menyediakan hidangan yang sesuai dengan kemampuan. Menurut Syekh as Sayyid Nada, seseorang tuan rumah tidak perlu memberatkan diri di luar batas kemampuannya untuk menyediakan hidangan bagi para undangan. Kesederhanaan dalam menyelenggarakan walimah telah dicontohkan Rasulullah SAW.Ketika memiliki rezeki, Rasulullah SAW menyembelih kambing sebagai sumber hidangan. Namun, saat tidak memiliki apa-apa, walimah pun digelar sesuai kemampuan. Semua contoh berwalimah sesuai kemampuan itu dijelaskan dalam hadis.Diriwayatkan dari Anas bin Malik RA, ia berkata ,

"Aku melihat Rasulullah SAW mengadakan walimah untuk Zainab, yang tidak pernah diadakan untuk isteri-isteri beliau lainnya, dan beliau menyembelih seekor kambing."


Namun, saat mengadakan walimah dengan Shafiyyah binti Huyay RA, Rasulullah SAW tidak menyembelih apa pun. Menurut Anas RA, Nabi SAW pernah menginap tiga hari di suatu tempat antara Khabir dan Madinah untuk menyelenggarakan perkawinan dengan Shafiyah.

Rasulullah SAW lalu mengundang kaum Muslimin untuk menghadiri walimahnya. Dalam walimah itu para undangan tidak dijamu roti mahu pun daging. Hidangan yang disajikan bagi para tamu undangan hanyalah kurma kering, gandum dan minyak samin. Hal ini diajarkan Rasulullah SAW untuk menghindarkan umat Islam terjerat dari hutang, kerana memaksa diri mengadakan walimah di luar batas kemampuan.

Ketiga , seorang Muslim yang mengadakan walimah hendaknya mengundang karib kerabat, tetangga dan rakan-rakan seagama. Menurut Syekh as-Sayyid Nada, mengundang karib kerabat dalam acara walimah akan mengeratkan tali silaturahim. Sedangkan, mengundang tetangga dapat mendatangkan kebaikan. "Selain itu, mengundang rakan-rakan seagama akan mencambahkan rasa kasih sayang dan menambah rasa cinta," papar ulama terkemuka itu.

Keempat , Rasulullah SAW mengingatkan agar seorang Muslim tidak hanya mengundang orang-orang kaya saja. Nabi menekankan agar saat walimah orang miskin pun harus diundang. Syekh as-Sayyid Nada, menuturkan, meninggalkan atau melupakan orang miskin dari sebuah walimah bukanlah ajaran Islam. Mengabaikan orang-orang miskin, menurut beliau, dapat mematahkan hati mereka. Sehingga, mereka yang mengadakan walimah namun mengabaikan orang miskin dicap Islam sebagai orang-orang yang sombong.Bahkan, hidangan walimah yang mengabaikan orang fakir dan miskin disebut Rasulullah SAW sebagai makanan paling buruk. Rasulullah SAW bersabda,


"Seburuk-buruknya hidangan adalah makanan walimah, yang diundang untuk menghadirinya hanyalah orang-orang kaya, sedangkan orang-orang fakir tidak diundang..." (HR Bukhari-Muslim) .

Kelima , Rasulullah mengajarkan agar sebuah acara walimah tidak diselenggarakan secara berlebih-lebihan. Dalam Al-Quran surat al-A'raaf, Allah SWT berfirman,

"... Dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan."

Saat ini, kata Syekh as-Sayyid Nada, begitu banyak orang yang menggelar walimah secara berlebih-lebihan.Bahkan ada yang menggelar walimah sampai menghabiskan duit dengan banyaknya.Tegas beliau,

"Berbangga-bangga dan menunjuk-nunjuk di hadapan manusia untuk menjaga kedudukan dan status, merupakan bentuk mengkufuri nikmat Allah SWT".

Alangkah baiknya, jika kelebihan itu diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Keenam , sebuah acara walimah tidak boleh berbaur perkara mungkar. Menurutnya, jika undangan sebuah walimah berisi perkara-perkara mungkar, seperti menghidangkan arak dan makanan dari binatang yang haram untuk dimakan, maka wajib bagi yang diundang untuk tidak menghadirinya.

Ketujuh , wajib mendatangi undangan bagi yang diundang. Rasulullah SAW bersabda,

"Apabila salah seorang dari kalian diundang ke walimah, hendaklah ia mendatanginya."
(HR Bukhari dan Muslim).

Begitulah, Islam mengajarkan Adab Walimah.