? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, September 14, 2008

Kalau Fiqh Ada Usul Fiqh…

Sejarah bukan hanya membaca peristiwa, menghafal nama dan tempat. Ia adalah proses memahami dan menganalisa tabiat manusia. Belajar sejarah bererti belajar tentang manusia.


Ilmu sejarah di dalam tradisi Barat berbeza dengan ilmu sejarah di dalam tradisi Islam. Barat mengambil masa yang panjang untuk menentukan apakah Sejarah ini Sains atau tidak? Sains dalam erti kata ada manhaj, ada pemerhatian, ada pengumpulan data dan ada kaedah analisis. Jika Sejarah itu Sains, adakah ia sebahagian daripada Sains Sosial dan apa bezanya Sejarah berbanding dengan cabang Sains Sosial yang lain seperti Psikologi, Sosiologi, Antropologi, Sains Politik, Komunikasi dan sebagainya? Hal ini dibahaskan dengan panjang lebar apabila sejarah kepada Sejarah, dikaji dari kacamata Barat. Untuk memahami perbincangan ini, saya berasak dan berasap kepala untuk memahami diskusi R.G. Collingwood di dalam bukunya The Idea of History.

Ilmu sejarah di dalam tradisi Islam tidak begitu. Oleh kerana hubungan manusia dengan Tuhan, manusia dengan alam, dan manusia secara peribadinya, begitu jelas di dalam al-Quran, maka kekaburan seperti diskusi di atas tidak berlaku. Sejarah terus berkembang sebagai 15-20% daripada kehendak al-Quran, dan terus menjadi subjek tumpuan ilmuan.

Jika kita mempelajari Fiqh, kita harus terlebih dahulu membiasakan diri dengan kaedah-kaedah yang membentuk Fiqh itu sendiri. Fiqh tidak boleh difahami hanya dengan menghafal hukum A, B dan C. Fiqh tidak boleh difahami tanpa terlebih dahulu mempelajari Usul Fiqh iaitu ilmu yang mengajar bagaimana isu A hukumnya menjadi A, dan isu B hukumnya B.

Maka begitu jugalah dengan Sejarah. Jika sesiapa cuba mendekati sejarah hanya dengan membaca peristiwa, tanpa jelas kepada dirinya bagaimana peristiwa itu direkod dan kemudian bagaimana ia patut ditafsir… sejarah akan menjadi beku dan jumud… membosankan dan membuang usia. Untuk itu, kita perlu kepada Usul al-Tarikh, atau kadang-kadang disebut juga sebagai Fiqh al-Tarikh. Di IIUM, ia dimasukkan sebagai topik di bawah subjek Research Methodology.

Siang tadi, saya telah selesai menduduki peperiksaan akhir untuk subjek Research Methodology yang memperkatakan tentang hal-hal di atas. Di sepanjang semester ini, subjek Research Methodology adalah subjek yang paling mencabar saya. Bukanlah semata-mata kerana kesulitan memahami falsafahnya, tetapi kerana kelas itu bermula pada jam 2 petang dan berlanjutan hingga jam 5.

Waktu yang sangat dahsyat untuk bermujahadah!

Isteri saya pula sering bekerja shif malam pada Rabu malam Khamis, maka setiap malam itu saya tidak nyenyak tidur melayan anak-anak. Akibatnya, Research Methodology sering menonton kejadian syahidnya saya di meja bulat kami. Kadang-kadang sampai Dr. Ahmed Elyas Husein terpaksa berhenti sekejap untuk memberi laluan kepada saya kembali ke alam nyata.

Rupa-rupanya bukan di dalam kelas sahaja saya sering kecundang, malah semasa peperiksaan akhir tadi juga saya tertidur! Allah… mujurlah hanya 10 minit saya terlelap. Syukur Alhamdulillah soalan yang diberikan berada di dalam jangkaan saya. Apa yang saya bimbangkan ialah jika tajuk Qualitative and Quantitative Methodology, keluar sebagai soalan wajib. Sukar sedikit untuk saya mensyarahkan sesuatu yang berbau teknikal dalam keadaan yang sangat mengantuk.

Berikut adalah soalan yang diberikan untuk saya menjawabnya:

Explain the contribution of al-Quran to the early Muslim understanding and writing of history.
Analyze the methodology adopted by early Muslim historians in studying ancient history.
The study of change is one of the main issues in Western historical thought. Discuss this statement with special reference to the factors of historical changes.
Analyze Khalid Blankinship’s views on “The Need for an Islamic Theory and Methodology of History”.
Alhamdulillah, saya memilih soalan 1, 2 dan 4 untuk dijawab kerana bagi soalan ketiga, saya keletihan untuk memikirkan manhaj Karl Marx di dalam menghuraikan tafsirannya terhadap historical change. 7 helai kertas pad, selama 2 jam 40 minit saya selesai menjawab. 10 minit saya tertidur dan untuk itu saya tidak bertangguh dan terus keluar sebagai pelajar pertama yang meninggalkan dewan peperiksaan. Mahu segera berkejar balik untuk qadha’ tidur.

Subjek ini akan diperdalamkan lagi melalui subjek Muslim Historiography yang akan saya pelajari pada semester 1 2007 / 2008 bermula Julai akan datang Insya Allah.

Sementara itu, untuk malam ini mujahadah diteruskan bagi peperiksaan subjek Modern History of the Arab World esok jam 9 pagi. Wallahu al-Musta’aan.

ABU SAIF @ www.hasrizal.com
56000 Kuala Lumpur

0 comments: