Pernahkah kita tergambar bagaimana mungkin suatu hari kini para Ulama memakai kalungan penghormatan dari bangsa dan agama lain? Apatah lagi ianya datang dari penganut agama hindu yang dilabel ekstrim memusuhi Islam. Sesiapa yang menyayangi dan mengikuti perkembangan Islam tidak mungkin melupakan traggedi runtuhan masjid Babri di India. Mungkin masih lagi tergambar riak permusuhan Islam - hindu yang merebak ke Malaysia khususnya di Kelang dan Pulau Pinang suatu ketika dulu. Api itu begitu marak hingga berlaku beberapa tragedi perkauman dan agama yang tidak disiarkan akhbar atas tujuan keselamatan.
Secara peribadi, saya sendiri mempunyai prasangka yang tinggi dan agak keterlaluan dengan penganut hindu apatah lagi setelah menyertai satu program yang diselitkan taklimat keselamatan. Pegawai dari Bukit Aman tersebut menjelaskan ancaman ekstremis hindu khususnya setelah kemenangan BJP di India. Banyak maklumat kononnya sulit di dedahkan. Api prasangka yang sememangnya ada semakin marak.
Detik pilihanraya ke 13 telah mengubah semuanya. Bermula kehadiran orang India di Markaz Klebang di samping beberapa pertemuan dan dialog dengan mereka selepas itu. Ketika suasana kempen pilihanraya berjalan, saya seringkali berkempen di sekitar Perak bersama dua orang India yang di atur Dewan Pemuda Negeri. Masih ingat nama mereka... Tanimalai dan Pritam Singh. Bersama ke estet termasuk kawasan Pasir Panjang yang diwakili oleh MB Perak sekarang. Berceramah di rumah India Hindu yang tak pernah saya fikirkan sebagai seorang yang berlatarbelakang agama. Namun hakikat tetap hakikat! Kehendak Allah tiada siapa yang mampu menghalangnya malah mungkin sukar difikir. Bukankah ALLAH MAHA BERKUASA??.
Kini ruang dakwah semakin terbuka lebar. Ketika singgah di Kelantan dalam suatu program bulan Mei lalu, saya berkesempatan menghadiri kuliah pagi Jumaat Tg MB Kelantan. Antara yang hadir duduk dan berdiri pada hari itu mendengar kuliah agama ialah rombongan Cina dari Kedah.
Orng India dan cina tidak lagi kekok duduk bersimpuh mendengar ceramah dari orang agama kerana tiada lagi curiga terhadap mereka. Seorang makcik tua India mengakui bahawa dulu dia terlalu takut berada di tengah orang betudung kepala.kini tidak lagi, malah seronok pula ...katanya.
Semua ini bermula dari perubahan pola politik tanahair. Benteng perkauman yang sekian lama berakar umbi telah dicabut... Sejak UMNO dan BN di tolak. Jelas.... kepompong perkauman dan agama adalah senjata BN yang mewarisi kuasa hasil pecah perintah dari datuk mereka Inggeris.Sebagai golongan yang mengikuti politik...perubahan ini kita ikuti dengan penuh minat. Peluang politik ini direbut dan dimanafaatkan sepenuhnya khusus oleh PKR, PAS dan DAP.
Sebagai golongan Dai...adakah pemikiran politik mati setakat itu sahaja. Bagaimana dengan ruang dakwah yang terbuka luas??? Sebagai parti siasah dan dakwah tentunya PAS tidak leka melihat situasi ini. Bukankah dakwah merupakan keutamaan dan tujuan tertubuhnya PAS? Matlamat dari dakwah pula ialah tegaknya syariat Allah bagi menaungi ummah...Islam dan bukan Islam....
Kini ia sedang terbuka luas... seperti ombak ...mungkin ianya tidak lama..namun cukup untuk memberi bekas dan membina asas untuk berubah.Yang penting... jangan kerana terlalu menjaga hati kononnya...peluang dakwah itu terlepas begitu sahaja. kini masanya kita melontar persolan agama kepada mereka. kebijaksanaan uslub dakwa sangat kita perlukan kini.Tidakkah kita meyakini bahawa Islam hanya mampu ditegakkan oleh pendokongnya sahaja. Sebagaimana dijelaskan oleh oleh Dr Said Ramadhan dalam Fiqhu sirrah mengenai peristiwa pembelotan Munafiqin dalam Uhud, Rasulullah tidak meminta pertolongan kepada orang kafir.Ulama tidak mengharamkan secara mutlak jika kafir itu boleh dipercayai dan baik. Peristiwa hijrah mengambarkan rasulullah menggunakan khidmat Abdullah bin uraqit menunjuk jalan. Kini orang bukan Islam bukan hanya menunjukkan minat terhadap keadilan politik PAS tetapi juga tidak kekok bersama dalam majlis PAS yang ceramahnya berkisar kebaikan Islam.
Kalau dulu kita bimbang menyuarakan tentang Islam walaupun kepada kawan rapat kita yang bukan Islam. Kita terlalu menjaga hati mereka. Rupanya mereka tidak terlalu kisah jika kita sudi membicarakan Islam dengan mereka...malah mungkin ada yang yang menunggu dan menanti Islam keluar dari lidah kita. Mampukah kita beralasan di hadapan Allah di akhirat nanti jika mereka mendakwa mereka tidak mendapat Islam kerana tiada orang Islam yang memperkenalkan Islam kepada mereka . Walaupun rakan mereka di dunia dulu adalah SEORANG PEJUANG ISLAM! Kini Masanya.....
Posted by dato' at 8:42 PM 0 comments
Labels: INSPIRASI DAKWAH
Sunday, September 14, 2008
DAKWAH YANG TERBUKA.
Posted by Allahyarham achit at 9:16 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment