? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, September 22, 2008

One Heart, One Religion


One Heart, One Religion
iluvislam.com
oleh: Leokid




Maslenitsa (Gambar dari Wikipedia)


Hari tersebut hari minggu. Hari yang sepatutnya menjadi hari rehat, namun guru bahasa Russia saya ketika itu hendak mengadakan kelas ganti, berikutan cuti pada minggu sebelumnya. Katanya, dia hendak membawa kami ke sebuah lawatan sambil belajar.
Maka pada hari itu, kami dibawa pergi ke Nizhegorodskaya Yarmarka. Lebih kurang macam pasar besar Nizhny Novgorod la. Hari tersebut ada sambutan perayaan Maslenitsa. Kami berpeluang melihat sendiri bagaimana perayaan tradisional masyarakat Russia ini disambut.


Sedikit mengenai Maslenitsa. Ianya perayaan yang diadakan setiap tahun, antara bulan februari-march. Ia menandakan berakhirnya musim sejuk dan bermulanya musim bunga dalam kalendar tahunan Russia. Perayaan Kristian Ortodoks ini terkenal dengan simbolnya, iaitu blinni, sejenis makanan seperti lempeng. Sedap gak lempeng tu, macam kat Malaysia je. Hehe.

So dekat Nizhegorodskaya Yarmarka tu macam ada ekspo la mengenai perayaan ni. Sebab ni perayaan Kristian Ortodoks, so banyak la booth dari gereja serata tempat Nizhny ni. Diorang jual macam-macam, kebanyakannya madu (makanan rasmi perayaan ni selain blinni), barang2 perhiasan, pakaian tradisional, termasuklah kitab2 dan buku2 kristian -_-”

Maka kami pun berjalan-jalan di sekeliling tapak ekspo tersebut. Mencuba "blinni", serta merasai puluhan jenis madu yang berbeza! Terhibur juga melihat sebuah permainan tradisi Russia yang disertai oleh belasan kanak-kanak.

Sesudah itu, kami pun duduk rehat2 kat satu penjuru tu, sementara menunggu Larisa Nikolaevna makan. Saje lepak2 kepenatan. Kemudian datang seorang nenek tua, nak bersembang dengan kami. Biasalah, kadang2 diorang ni berminat nak kenal dgn orang asing, seronok juga bersembang dengan diorg. So nenek tua ni pun mulakan perbualan..

Nenek: Kamu dari mana? First time saya nampak orang macam kamu.
Aku: Kami dari Malaysia. Kami orang Malaysia.
Nenek: Malaysia? Itu nama negara ke? Ooo.. kamu fahaman apa?

Aku dah rasa pelik sket dah time tu.

Aku: Fahaman?
Nenek: Ya, fahaman. Agama? Tuhan apa?
Aku: Ooo..kami muslim. Kami semua Islam.
Nenek: Ooo..bagus..bagus. Islam, bagus. Seronok tengok kamu enjoy perayaan tradisi kami tadi.
Aku: Tiada apa-apa, kami cuma nak merasai tradisi Russia sahaja.
Nenek: Bagusla kalau camtu. Kamu tahu kan, kat dunia ni ada macam2 jenis agama. Ada Hindu, ada buddha, ada Islam.
Aku: Betul tu.
Nenek: Tapi tuhan ada satu kan? Kamu setuju? Tuhan ada satu.

Kami semua diam, tak berani nak menjawab sebenarnya sebab agak takut sikit dengan orang tua tu. So aku pun jawab, “Ya, betul. Saya setuju, tuhan ada satu.”

Nenek: Kalau macam tu, agama pun mestilah satu saja kan? Maksudnya agama mana yang betul, mana yang tidak? Hindu tak betul, Buddhism tak betul, Islam tak betul.. Kita semua ada hati. Kamu semua ada hati, hati yang suci. Tengok ke dalam hati kamu, fikirkan, agama mana yang betul. Siapa yang dapat menyelamatkan kita, kalau bukan Jesus. Renunglah dengan hati kamu. Kita ada satu hati, maka kita ada satu agama, iaitu kristian.

Woo..relek la makcik. Heheh. Aku dah agak dah, makcik ni bukan sebarang makcik, ni makcik missionary nih. Datang nak ber”dakwah”. =)

Kami dengar je ceramah dia dengan penuh teliti. Aku taknak cantas dia tiba2 terus, nak deal dengan diorang ni bukan boleh sebarangan.

Beberapa ketika lepas tu, datang cikgu aku Larisa Nikolaevna, yang baru habis makan. Dia join perbualan kami.

Cikgu: Diorang ni dari Malaysia. Pelajar2 yang bagus, baik2 belaka. Sekarang diorang belajar di Medical Academy. Nanti nak jadi doktor.
Nenek: Doktor? Kesiannya!

Kami semua terkejut. Kenapa, kesian kah nak jadi doctor? Larisa Nikolaevna bertanya lagi, kenapa kesian pula?

Nenek: Kalau jadi doctor, kamu hanya merawat manusia. Kamu merawat penyakit jasmani.
Cikgu: Baguslah macam tu. Mereka membantu sesama manusia. Itu impian mereka, menjadi doktor.
Nenek: Jadilah paderi. Paderi boleh merawat semua jenis penyakit. Penyakit jasmani, penyakit rohani. Boleh menghalau setan2, boleh merestui orang lain.
Cikgu: Eh, ade ke pulak macam tu. Macamana paderi nak merawat penyakit? Contohnya kalau orang ada selesema, ada tuberculosis, bolehkah merawat?
Nenek: Boleh! Kalau selesema kita bagi makan madu. Kalau TB, bagi sahaja makan bawang putih!

Shanjif yang turut ada ketika tu dah agak hangin sebenarnya. Dia memang tak suka orang merendah-rendahkan profesion kedoktoran ni. Cikgu aku dah nampak bosan juga. Yalah, makin dilayan orang tua ini, makin menjadi2 pula. Nak aja kami blah terus dari situ. Yang orang tua itu pula, tak berhenti2 meneruskan ceramah dia. So aku pun makin tertekan, aku cuba confront orang tua itu.

Aku: Makcik, mungkin makcik betul, kami semua ada hati yang baik. Kami dah ada asas yang kukuh dengan hati kami ini. Saya contohnya, saya Islam. Saya seronok menjadi Islam. Saya bahagia dengan Islam. Hati saya tenang. Begitu juga kami semua ini, kami semua seronok jadi Islam.

Kali ni makcik tu pula diam. Dia mengangguk-angguk je. Heheh.

Aku: Terima kasih kerana makcik ambil berat tentang kami. Tapi kami percaya dengan agama kami. Agama kami benar. Itu sudah cukup.

Dia terdiam. Aku mengajak rakan2ku beredar. Dalam itu, sempat lagi makcik itu mem”bless” 2 orang dari kami. Haha. Nasib baik bless je. Heish, macam2 la orang Russia ni.

Itu bukan kali pertama aku jumpa dengan missionary kat sini. Ada la 2,3 kali sebelum ni. Ada yang cuba mempersoalkan mengenai agama. Mengenai Tuhan. Semuanya bergantung kepada sikap kita dalam menangani mereka. Dan bergantung kepada iman kita sendiri. Muhasabahlah diri, di mana letaknya iman kita. Adakah akan goyah, sekiranya didatangi sedemikian rupa. Bagaimana kita nak berdepan dengan mereka? Apatah lagi, kita nak berdakwah pula kepada mereka? Sudah cukupkah persiapan kita?

One heart, one religion. Ya, nasihat dari nenek tua tersebut. Benar, saya setuju dengan nasihat tersebut. Masing-masing tanyalah pada hati sendiri, sudah cukupkah iman kita untuk mengakui Allah itulah satu-satunya yang berhak disembah.

Apakah kunci keimanan kita?

Kita lihat pada rukun iman kita. Ada 6 semuanya. Percaya pada Allah. Malaikat. Kitab. Rasul. Kiamat. Qada’ Qadar.

Kita hendak percaya pada Allah. Sedangkan Allah itu ghaib. Hendak percaya pada rasul, tapi zaman sekarang sudah tiada Rasul. Rasul terakhir, Muhammad wafat lebih seribu tahun lampau. Hendak percaya malaikat, itu juga perkara ghaib. Kita tak pernah nampak malaikat. Nak percayakan Kiamat, tiada orang pernah melihat bagaimana kiamat itu. Masih belum terjadi. Percaya pada qada’ dan qadar, belum tentu kita semua dapat melihat hikmah di sebalik setiap yang berlaku.

Maka apa kunci keimanan kita? Ya, alQuran.

AlQuranlah peninggalan Rasul. Di dalamnya dikisahkan semua yang lain - diceritakan mengenai Allah. Disirahkan mengenai kisah para Rasul. Diterangkan mengenai malaikat. Diberitakan mengenai kiamat. Dan dipenuhi dengan janji2 yang Maha Agung, mengenai qada’ dan qadar.

Singkaplah alQuran, dan binalah keyakinan iman dengannya. AlQuran bukan sekadar untuk dibaca. Bukan sekadar untuk menjadi penghias almari. Ianya untuk difahami. Kerana semua sumber keimanan, terkandung di dalamnya.

Dari iman yang kukuh, tersergamlah aqidah yang sejahtera. Kita mantapkan dengan ibadah yang sahih. Satu persatu muwasofat muslim kita capaikan. InshaAllah, kita akan berjaya.

Mereka itu tidak akan berputus asa. Selagi ada ruang, peluang, ketika dan masa, pasti akan dicari jalan untuk menyebarkan ajaran mereka kepada kita. Sebagaimana yang diberitakan dalam alQuran 2:120

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka."

Masih adakah masa untuk kita alpa?

Ya Muqallibal Qulub, thabbit qulubina a’la diinik!

Hutang Solat



Hutang Solat
www.iluvislam.com
di forward oleh : afdhal87


Sebuah keluarga di gemparkan dengan kehilangan anak lelaki mereka yang berumur 15tahun. Anak itu tidak pulang-pulang dari sekolah setelah tiga hari berlalu.setelah penduduk kampung mencari,mereka hanya menemui mayatnya dalam sebuah parit di pedalaman kampung,bersekali dengan basikal anak tersebut...

2-3 kali selepas majlis arwah diadakan, adik-adik arwah yang masih kecil berumur kurang dari 5 tahun sering menceritakan pada ibu bapa mereka bahawa arwah ada bersama dalam majlis tahlil tersebut. Ibu bapa hairan namun menganggap adik-adiknya sekadar bermain-main.. Dan terbayang wajah abang mereka..


Suatu hari(siang) semasa kakak arwah sedang menjemur pakaian di luar rumah, arwah betul-betul datang kepadanya. Dengan muka yang sedikit sugul,arwah bertanya kepada kakaknya,
"wahai kakakku.. mengapalah akak tidak selalu mengingatkan saya tentang sembahyang?
saya mengalami sedikit kesulitan dalam kubur ,kak.."


*****


Seperti kebiasaan anak-anak sekarang memang tahu bersolat,namun setengahnya tidak istiqamah.Arwah baru berumur 15tahun,bermakna mungkin baru 1-2 tahun mencapai umur baligh,dalam waktu yang singkat itu sekalipun, dosa pahala sudah dicatat malaikat dan kesannya sudah dialami di bilik 6 kaki bawah bumi...

Saya tinjau diri saya, sudah 10, 20 , 30 tahun amalan saya di catat malaikat..Berapa banyak waktu solat saya sudah tinggalkan dalam hidup mengejar dunia ini..Saya punya banyak masa untuk bersantai melihat TV berjam-jam, mengadap internet atau sembang mesra dengan kawan-kawan tak tentu hala..Namun pernahkah saya menggunakan waktu selepas solat atau waktu-waktu lapang lain untuk mengqada' solat-solat saya yang lepas-lepas? Jika 20 tahun selepas baligh dan saya hanya mula bersolat 10tahun lepas..? Atau mula beristiqamah dalam solat 5waktu.. Itupun tiada jaminan solat saya sekarang di terima Allah swt.. Hutang dengan Allah tetap hutang..

Contohnya selepas subuh, kita mungkin boleh qada 2 solat subuh , begitu juga dengan waktu solat yang lain. Selepas maghrib, at least 1 solat maghrib..Begitu juga dengan ibadah puasa(terutama kaum hawa).. Sebab itu kadang-kadang makin banyak kita berusaha, semakin tidak menjadi.. Makin banyak hutang piutang.. Memang kita sering dengar orang-orang yang tak menitikberatkan solat dan lali beragama tapi business flourish.. Malah semakin kaya.. Namun mahukah kita menjadi seperti mereka? Dalam keada menderhaka, Allah memberi rezeki secara marah..Dengan kata lain 'istidraj'.. Nikmat yang diberi semakin melalaikan malah membinasakan iman..

Lebih baik menjadi orang islam yang di uji.. Bilamana dengan ujian itu kita menjadi lebih teringatkan Allah,lebih rasa memerlukan,rasa kebergantungan kepada Allah dan lebih lunak hati kita serta meningkatkan rasa-rasa kehambaan. Kita sentiasa merasa kita sudah melakukan yang Allah suruh, sekurang-kurangnya bersolat 5 waktu.. Namun hidup kita masih tidak tenang serta silih berganti ujian kecil mahupun besar.. Mungkin antara sebabnya adalah hutang-hutang kita kepada Allah yang masih belum beres; solat sudah tentunya.. Bagaimana pula dengan zakat pendapatan dan haji (bagi yang sudah berkemampuan) ?

"Din, Bila Kau Nak Balik Beraya Dengan Mak?"


"Din, Bila Kau Nak Balik Beraya Dengan Mak?"
www.iLuvislam.com
oleh: Alang*



"Din, bila kau nak balik Malaysia ni? Mak dah lama benar tak nampak kau dalam rumah ni".

"Din tak dapat cutilah mak tahun ni. Tengoklah, Din cuba usahakan balik hujung tahun ni, ya mak?", jawabnya lemah. Dia mengeluh sekejap.

"Dah 3 tahun kau tak sambut raya kat rumah ni. Mak teringin nak kau ada kat sini waktu raya nanti. Mak bukan apa Din, mak sunyi kat sini," kata ibunya. Tersekat-sekat suaranya seolah menahan sebak di dada. "Sejak ayah kau dah tak ada, dah tak ada sapa-sapa lagi di rumah ni. Along selalu sibuk, tak habis-habis dengan kerjanya. Nak harap Angah datang bertandang ke sini, jauh sekali. Asyik dengan bininya saja. Tahun ni belum tentu lagi balik beraya di sini. Selalu sangat beraya di kampung bini dia. Si Hana jauh di UK sana belajar. Siapa lagi yang nak temankan mak ni Din".

"Mak, kalau Din boleh balik, memang Din balik rumah beraya tahun ni dengan mak. Tapi Din kerja jauh mak. Rezeki Din ada kat sini. Mak, Din janji dengan mak, Din minta cuti sebulan hujung tahun ni. Din balik M'sia dan duduk dengan mak untuk sebulan. Ya mak?". Itu saja yang mampu dia katakan pada ibunya.

Hari ini tinggal lagi seminggu untuk umat Islam menyambut Aidilfitri. Din masih lagi sibuk dengan tugasannya di pejabat. Kadang-kadang dia habiskan seharian suntuk di pejabat. Bidang tugasnya sebagai jurutera ternyata menghalang dia untuk bersenang-senangan seperti kawan-kawannya yang lain. Kebetulan dia telah pun ditugaskan untuk mengurusi satu projek baru. Lelah dirinya apabila terlalu banyak perkara yang perlu dia bereskan.

"Hello Along, assalamualaikum".
"Hello...haa..apa citer kau telefon ni? Kau balik tak raya ni, Lang?".
"Insya Allah balik. Tapi kau jangan cerita pada mak pulak pasal ni. Saja aku nak buat surprise kat mak," balas Din."Kau jangan Lang. Mak tu bukannya sihat sangat sejak dua menjak ni. Karang kau tiba-tiba tercegat depan pintu rumah tu, mati terkejut mak nanti!".
"Aishh, ada ke situ pulak. Nak sangat ke mak mati?!", Din meninggikan suaranya sedikit. "Idak ler, tapi sekurang-kurangnya kau bagi tahu pada mak dulu. Jangan nak buat terkejut-terkejut ni. Kau pun tahu perangai mak, bukannya suka sangat terkejut ni," jelas Along. "Haa, iya lah..iya lah. Eh, mak ada tak? Aku nak cakap dengan mak kejap".

"Haa, kau tunggu kejap. Aku panggil mak," balas Along lagi.

"Hello Din, ni mak ni". Sedikit-sedikit terdengar di cuping telinga Din suara ibunya serak."Mak, mak apa khabar?"."Mak sihat ni. Batuk sikit-sikit. Agaknya badan mak sejuk gamaknya. Eh, ni apa cerita telefon rumah rajin sangat ni? Selalu telefon sebulan sekali ajer," soal ibunya."Saja ajer mak. Hari ni Din kurang busy sikit. Kebetulan terasa nak sembang dengan mak pulak hari ni".

"Oh ye ke? Haa Din, ingat tak si Hafizah anak Pak Wan depan rumah tu? Dia dah nak nikah lepas raya ni"."Haa, Din ingat dia mak. Dia nikah dengan siapa mak? Alahai, rugilah Din macam ni mak! Dah la lawa budaknya tu. Putih gebu kan dia mak? Din baru ingat nak masuk mengurat anak makcik Ani tu," kata Din sambil tergelak-gelak. Geli hatinya bila dia menyebut tentang hal mengurat anak dara jirannya."Padan muka kau Din. Mak dah suruh dari dulu lagi tapi kau tak nak. Asyik sibuk memanjang pasal belajar. Kau ni pulak Din, bila nak kahwinnya? Umur dah nak masuk 30. Nak jadi bujang lapuk ke?", soal orang tuanya.

"Bujang lapuk pun famous mak. Macam P Ramlee tu kan mak? Mak tak nak ke anak bujang mak ni jadi famous?" sambung Din mengusik ibunya. "Haa..mak tak nak kau jadi macam P Ramlee. Nak kahwin, biar kahwin bini seorang. Kita nak berlaki berbini ni, biarlah kekal sampai akhir hayat bersama. Tak ada bercerai-berai," panjang pula ibunya menyambung 'ceramah'."Alah mak! Din ni, nak cari seorang pun payah gila. Ni kan pulak nak bertambah-tambah bininya. Lagi pun mak, siapalah nak ke Din ni. Muka macam getah sekerap!", jawab Din. Dia tertawa terkekeh-kekeh di hujung corong telefon. "Engkau ni kalau pasal merepek, memang nombor satu. Dari kecik sampai ke besar! Eh Din, mak sakit perut lah. Mak nak ke bilik air ni".

"Alaah mak. Nantilah dulu. Erm mak, hari raya dah dekat ni. Din nak minta ampun kat mak. Mintak ampun sangat-sangat. Din tak dapat balik cuti beraya. Halalkan makan-minum Din selama ni. Din cuma nak cakap, Din rindu sangat nak jumpa mak. Din janji dengan mak, hujung tahun ni Din balik M'sia. Din nak bawa mak balik kampung, gi ziarah kubur ayah sama-sama. Ya mak, ya?" kata Din. Dia cuba sedaya upaya menahan perasaan hibanya."Mak tahu kau kerja kat sana, Din. Mak tak paksa kau balik. Kau ada tanggungjawab kau di sana. Kalau ada salah silap kau dengan mak, dah lama mak ampunkan. Kau kan anak mak juga, sama macam Along, sama macam Angah dan Hana. Kau jangan risau semua tu. Kerja elok-elok sana. Jaga diri baik-baik, jangan lengah-lengahkan sembahyang tu. Itu ajer pesan mak", panjang lebar ibunya beri nasihat.

Ringan sedikit rasa hati Din. Sejuk hatinya bila mendengar tiap pesanan dari ibunya."Eh Din, mak ni sakit perut ni! Mak pergi bilik air dulu! Bercakap dengan kau ni, memang takkan sudah," ujar ibunya lagi. "Haa..ya lah mak. Din letak dulu ya mak? Selamat hari raya mak! Assalamualaikum," balas Din. Tup. Talian telefon sudah pun diputuskan. Din cuma menggelengkan kepalanya sahaja.




*****


28 Ramadhan, 1420.

Din sudah pun mengemaskan segala pakaian yang bakal dia bawa pulang. Segala dokumen perjalanan sudah pun diurusi sebaik mungkin. Dia sempat membeli-belah pada hari semalam untuk dibawa pulang sebagai ole-ole untuk adik-beradiknya. Din pun tak lupa membeli beberapa selendang sutera sebagai hadiah untuk ibunya. Hatinya sudah tidak sabar untuk kembali ke Malaysia. Dia juga membawa pulang seorang temannya untuk diperkenalkan kepada ibu di rumah nanti. Din mahu restu dari maknya sebelum dia meneruskan hubungannya dengan 'kawan'nya itu.

Resah sungguh hatinya ketika berada di Newark International Airport. "Ya Allah, janganlah delay flight lagi macam dulu," ngomelnya sendirian. "Hey Din, are you okay?". Din terkasima sebentar. "Yeah, I'm cool here. It's just that I don't feel easy about this. It has been quite sometimes I've been away from my family. A bit anxious here though!", balasnya lembut. Din tetap tersenyum memandang temannya itu. "By the way Din, did you tell your brother to fetch us at the airport", soal temannya lagi. "Oh yeah, yup. I told Along to be there at 10 am. I'm pretty sure by then we should be over with the immigration...".

"Flight MH90 from Newark to Kuala Lumpur is ready for boarding. All passengers are required to provide the tickets and IDs. Passengers will be called upon through their seat numbers. Row 33 till...."

Din bingkas bangun dari tempat duduknya. Hatinya sudah berasa tidak sabar untuk tiba ke tanahair. "Lisa, shall we?". Lisa menganggukkan kepalanya. Mereka berjalan segera menyertai barisan para penumpang yang bersedia untuk menaiki kapal terbang MAS. Senyuman di wajah Din tidak lekang sejak dia mula sampai ke lapangan terbang. Di hatinya terbayang reaksi wajah ibunya tatkala dia tiba di rumah nanti. "Mesti mak suka aku balik ni," katanya sendirian.

"Welcome to Malaysian Airlines sir, ma'am".

Sudah hampir 21 jam mereka berdua berada di dalam kapal terbang. Sebentar lagi penerbangan MH90 akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang. Pemandangan bandar Kelang yang berbalam-balam dari langit tinggi membuatkan Din semakin tidak sabar untuk mencecahkan kakinya semula ke tanah. Dari jauh lagi dia sudah nampak menara KLCC yang tersergam indah. Begitu juga dengan Menara Kuala Lumpur. Tidak berhenti-henti dari tadi Din menceritakan tentang kehebatan bangunan KLCC kepada Lisa. Lisa cuma tersenyum kelat. Ah, barangkali dia penat dalam kapal terbang. Terperenyuk di kerusi berjam-jam, siapa yang tidak akan lesu. Berkaca-kaca mata Din apabila dia melihat pemandangan KLIA dari tepi tingkat. Hatinya terasa begitu rindu sekali untuk melihat suasana di ibukota nanti. Ingin sekali dia menghirup udara Kuala Lumpur setelah bertahun-tahun meninggalkannya.

Setelah selesai menguruskan urusan paspot dengan Pegawai Immigresen, Din dan Lisa segera meninggalkan kaunter Immigresen dan bersiap untuk menunggu bagasi mereka. Selepas itu keduanya berjalan menuju ke Balai Ketibaan. Dari jauh lagi Din sudah dapat mengenal kelibat Along yang diam berdiri. Dia nampak Along tersenyum, tapi senyumannya tidak seceria seperti yang sepatutnya.

"Assalamualaikum. Lama ke tunggu kita orang?", tanya Din."Wa'alaikumsalam. Tak lama sangat. Dah, tak usah berlengah lagi. Kita balik rumah terus ya?" ujar Along. "Eh nanti dulu. Ni, perkenalkan, Lisa," kata Din. Along menganggukkan kepalanya seraya menatap wajah Lisa. Lisa tersenyum. "Lisa, this is my brother, Along". "Assalamu'aleikum, nice to meet you," katanya. Along sedikit terkejut. "Oh Long, dia saudara baru kita. Okay, cepatlah, orang pun tak sabar nak jumpa mak ni," ujar Din lagi.

Riak wajah Along segera berubah.

"Hmm..marilah. Cepat sampai, cepat kita jumpa mak," jawab Along.

Setibanya mereka di rumah, Din merasa hairan apabila melihatkan ramai orang berkumpul di halaman rumahnya. Ramai pula yang berketayap dan bersongkok hitam berhimpun seolah-olah ada keramaian. Hatinya mulai berdebar dan rusuh sekali.Kedengaran suara orang ramai membaca surah Yasin. Dia segera memandang Lisa dan abang sulungnya. Lisa sendiri keliru. "Along, kenapa ni? Ada apa kat rumah kita ni Long?". Din nampak Angah bersongkok sedang sibuk mengedarkan naskhah Yasin kepada orang ramai. Along berpaling dan memandang wajah Din."Lang, mak kita dah tak ada. Mak sakit tenat sejak dari malam tadi. Katanya perutnya sakit. Aku bawak mak pergi ke hospital tengah malam tadi," jelas Along. Nyata di wajahnya kemurungan yang teramat sangat.

Sejuk kepala lutut Din mendengarkan berita itu. Bergetar seluruh tubuhnya seolah-olah tidak mahu menerima berita kematian ibunya. "Mak sakit apa Long?". "Aku tak tahu. Doktor beritahu pagi tadi, perut mak ada banyak asid sampai berlubang dinding perutnya. Kata doktor lagi, mak lambat sangat dapatkan rawatan di hospital. Ulser di perut dia jadi makin parah. Aku cuba telefon kau malam tadi tapi tak dapat," jawap Along.

Belum sempat Along menghabiskan kata-katanya, Din sudah pun segera berlari masuk ke dalam rumah. Ditinggalkannya bagasi di luar begitu saja. Dia nampak sekujur tubuh ibunya terbaring di ruang tamu dengan ditutupi oleh sehelai kain batik jawa. Angah bangun segera dari tempat duduknya. Din terduduk di hujung kaki jenazah ibunya. Tak mampu lagi rasanya untuk dia berdiri lebih lama lagi. Pak Long datang menghampirinya dan cuba menenangkan keadaannya. Din bungkam seketika. Dia seperti keliru. Pak Long angkat sedikit hujung kain batik sehingga mendedahkan wajah pucat ibunya. Air mata segera terhambur keluar dari celah-celah kelopak mata Din.

"Mak..Din dah balik rumah ni. Kenapa mak pergi dulu? Sampai hati mak pergi dulu. Kenapa mak tak tunggu Din sampai rumah," Din memeluk jenazah arwah ibunya. Beberapa orang jirannya menyeka air mata mereka melihatkan ratapan Din. "Mak, Din bawa bakal menantu Mak. Nama dia Lisa, mak. Dia berhajat sangat nak jumpa dengan mak," rintih Din sambil dia mencium-cium wajah lesu dan kaku ibunya. Lisa berdiri tegak di pintu rumah. Dia sendiri mengalirkan air mata melihatkan keadaan Din meratap hiba kehilangan satu-satunya orang tuanya itu. Along segera meminta isteri Angah mendapatkan Lisa dan bawa dia masuk ke dalam bilik.

"Din, mak kita dah balik dijemput tuhan. Usah kita ratap-ratapkan lagi. Terseksa roh mak nanti, Din. Kita doakan arwah mak bahagia di sana," kata Along lembut. Din masih lagi tersedu-sedu. Dadanya terasakan sesak hingga dia berasa sukar untuk bernafas. "Din, kau banyak-banyakkan mengucap. Bawak bertenang Din," sambung Pak Long pula.

"Mak...Din minta ampun mak sebab Din tak bagitau mak yang Din nak balik. Din mintak ampun mak sebab Din tak beraya dengan mak lama dah," keluhnya lagi.

Perlahan-lahan Din melepaskan pelukannya. Along dan Angah memapah Din ke tepi. Jiran tetangganya mulai menyambung bacaan surah Yasin yang terhenti tadi. Angah hulurkan senaskhah surah Yasin kepadanya. Din menolak pemberian abangnya itu. Dia sendiri membacakan surah Yasin dengan tanpa dibantu bahan bacaan ayat suci Al Quran itu. Air matanya masih mengalir. Semakin lama semakin deras. Sesekali dia menyeka air matai yang membasahi pipinya. Hatinya hancur sekali apabila dia menyedari hakikat yang ibunya tidak dapat lagi bersamanya lagi. Tamat sudah tempoh emak di bumi Tuhan.

Kini sudah dua tahun emaknya kembali ke alam baqa. Setiap kali Ramadhan tiba ke penghujungnya, Din berasa sayu sekali kerana terkenangkan arwah ibu yang kini bersemadi jauh di dasar bumi itu. Lisa, yang kini menjadi isterinya, sangat-sangat memahami keadaan hati suaminya. "Honey, let's go home. It's about time to break our fast," sapanya lembut. Din berpaling menghadap isterinya, di pipinya masih lagi basah dengan air mata. Dia menatap kedua mata biru milik isterinya dan sejurus kemudian, dia bingkas bangun dan mendapatkan anaknya yang didukung oleh Lisa. "Yeah sure. We better get home before maghrib comes in," katanya seraya menghadiahkan sebuah ciuman ke pipi Lisa. Mereka berdua berjalan bergandingan tangan lalu meninggalkan kawasan perkuburan yang terbiar sepi dan sunyi itu.

rumah tangga cara baru dan lama

Ustaz dan Ummu Saif orang muda-muda, banyak pandangan diberikan berdasarkan ilmu dan teori (mungkin?). Cuba lihat orang-orang tua kita dulu yang tak pernah menerima tarbiyah (harakah or others), tak fikir pasal fikrah, tak dengar ceramah, tak baca buku, tapi ikatan perkahwinan mereka sangat solid.. yang saya kira masih sangat relevan untuk kita teroka keunikannya walau pun konteks dan masa telah berbeza, tetapi falsafahnya masih sesuai sepanjang zaman… tanyalah mereka, terokalah hubungan tersebut… pasti kita akan dapat banyak atau sedikit petuanya” - nurulyaqin.

Saya menyambut baik komen di atas, iaitu salah satu komen yang saya terima di dalam artikel “Setelah Pulang Dari Perantauan“. Di dalamnya terkandung beberapa isi penting yang memerlukan saya untuk menulis sebuah artikel berasingan mengenainya.

Apabila nurulyaqin menyebut soal ‘konteks dan masa yang berbeza’, maka di situlah titik penting untuk kita memahami mengapa petua orang tua penting, dan analisa orang muda melengkapinya.

LAWATAN PSIKIATRI

“Apa yang encik dan doktor buat semasa anak-anak senyap dan buat kerja masing-masing di rumah?”, tanya pakar psikiatri yang kami temui.

“Itulah masanya kami buat kerja masing-masing”, saya menjawab. Ummu Saif sama mengangguk.

“Bila masanya yang encik dan isteri menegur anak-anak?”, soal beliau lagi.

“Kalau mereka bergaduh sesama mereka atau buat bising, biasanya”, balas Ummu Saif. Giliran saya pula mengangguk sama.

“Apakah encik berdua dapat mengesan di mana silapnya?”, tanya doktor pakar tersebut?

Kami diam berfikir seketika.

Teringat kembali kepada ceramah-ceramah saya tentang kuasa CINTA antara ibu bapa dan anak. Terkenang kembali bahawa saya yang mendefinisikan CINTA itu sebagai PERHATIAN. Anak-anak menjadi gersang, mudah terjebak ke dalam cinta murahan dan segala yang tidak kena dalam dunia remaja hari ini, bermula daripada kurangnya PERHATIAN ibu bapa kepada mereka. Kurang cinta dan kasing sayang.

“Ya, saya rasa saya faham”, saya bersuara.

“Bagaimana?”, tanya doktor tersebut.

“Ketika mereka baik, kami biarkan. Ketika anak-anak buat perangai, masa itulah kami beri PERHATIAN. Sebab itulah anak-anak buat perangai, untuk menarik perhatian kami!”, saya membuat kesimpulan.

Saya dan Ummu Saif saling berpandangan. Faktor ini sangat menyentak fikiran kami. Biar pun ia sesuatu yang mudah dan berlaku tanpa sedar, impaknya besar sekali.

“Anak-anak semakin kreatif dalam mengusahakan perhatian kita sebagai ibu bapa. Itulah yang sepatutnya kita faham di sebalik kelakuan anak-anak”, simpul doktor tersebut.

KESAN RUTIN DAN KESIBUKAN

Sepanjang Julai dan Ogos lalu, jadual kerja saya sangat padat. Keadaan itu telah memberikan pelbagai implikasi kepada keluarga kami. Saya dan Ummu Saif bermujahadah untuk mengekalkan semangat masing-masing. Tidak terkecuali tiga cahaya mata saya yang turut menerima tempiasnya.



Saiful Islam menjadi marah. Pelbagai tingkah laku yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini, muncul dan meresahkan saya dan isteri. Setiap hari kami berdua berbincang, melakukan muhasabah dan mencari kesilapan-kesilapan yang berlaku. Saya akui, keletihan fizikal, emosi dan mental membawa kepada kelesuan spiritual… dan tingkah laku kita turut terkesan. Saya sering beransur-ansur menjadi pendiam dan hilang sentuhan yang ‘jujur’ dengan isteri dan anak-anak.

Saiful Islam sebagai anak sulung, terkesan dengan suasana ini dan beliau menjadi pemarah.

“Kita kena dapatkan bantuan profesional”, cadang Ummu Saif kepada saya.

“Setuju”, saya segera mengiyakannya. Sebelum terlambat!

Latar belakang inilah yang membawa kami bertiga bertemu dengan pakar psikiatri untuk mendapatkan nasihat yang lebih tersusun buat kami.

Sesungguhnya lawatan beberapa kali ini amat bermakna dan sangat membantu. Segala tingkah laku anak kita sebenarnya adalah refleks kepada masalah ibu dan bapa. Maka penyelesaiannya mungkin bukan dengan anak-anak, sebaliknya dengan membetulkan ibu bapa.

Kenyataan doktor itu tadi, bahawa kami sering mengambil peluang daripada ‘baik’nya kelakuan anak-anak dengan menumpukan perhatian kepada kerja masing-masing, sebaliknya marah atau menegur anak-anak apabila mereka bising dan bergaduh, adalah kaedah yang salah dalam memberikan perhatian anak-anak. Si anak sebenarnya mampu sampai ke tahap merelakan dirinya dimarah, dicubit malah mungkin dirotan, semata-mata untuk meraih perhatian ibu bapa…. dalam tangisan dan kesakitan. Begitulah dahaganya seorang anak kepada perhatian ibu bapa mereka.

Nasihat doktor pakar itu saya dan isteri terima dengan hati yang terbuka. Kami mengusahakan perubahan.



“Wah, baiknya anak-anak abi dan ummi ni”, kata Ummu Saif kepada anak-anak kami semasa mereka bertiga duduk bersama-sama melayan Play-Doh.

“Emm, tengah buat apa tu ya? Macam inilah keluarga bahagia, semua orang baik-baik belajar, main, tak gaduh-gaduh. Betul tak?”, saya menyapa anak-anak yang sedang khusyuk di meja dengan kertas dan pensel warna.

Saif dan Naurah sama-sama mengangguk. Kami semua tersenyum.

Tatkala mereka bertiga bergaduh dan buat perangai, jika sebelum ini kami marah atau menegur, sebaliknya di sepanjang Ramadan ini, saya dan isteri belajar menekan butang PAUSE dan tidak begitu mengendahkan mereka.

Sungguh… sedikit demi sedikit perubahan jadi ketara. Nasihat doktor pakar itu sangat membantu.

KETERBUKAAN MASYARAKAT

Sebagai pendakwah, saya mengambil kesempatan berbual dengan doktor tentang fakta-fakta yang penting untuk saya proses.

“Maafkan saya doktor, saya ingin bertanya sejauh manakah masyarakat kita datang ke wad psikiatri ini bagi mendapatkan nasihat pakar tentang masalah anak-anak?”, saya bertanya.

“Kalau masyarakat Cina, mereka sangat terbuka. Kami biasa menerima kunjungan ibu bapa berbangsa Cina, yang berdepan dengan masalah-masalah biasa anak mereka. Anak degil, tantrum, hiperaktif dan umumnya jika ada sahaja yang tidak kena dengan kelakuan anak-anak maka mereka akan datang ke sini. Tetapi tidak dengan orang Melayu, orang Islam”, kata doktor pakar tersebut.

Saya dan Ummu Saif mengangguk.

“Orang Melayu itu treshold (tahap menahan sakit) mereka tinggi. Ada banyak definisi untuk meneutralkan masalah. Degil, tak dengar cakap, buas, banyak kerenah dan lain-lain perkataan menjadikan masalah anak-anak tidak dilihat secara serius. Bila dah teruk, baru jumpa doktor”, ulas Ummu Saif.

“Benar sekali. Misalnya anak-anak yang autistik… sehingga anak mencecah usia lima hingga 6 tahun baru dibawa berjumpa doktor. Sedangkan semasa anak berusia dua tiga tahun, mereka sudah pun mengesan benda-benda yang tidak kena dengan si anak. Taboo dengan psikiatri dan kaunseling”, kata doktor pakar berkenaan.

Saya agak berdukacita dengan hal ini.

Saya sering didatangi dengan persoalan-persoalan mendidik anak dan urusan kekeluargaan sedangkan kemahiran serta pengetahuan saya amat terhad. Saya sedar akan kelemahan ini dan kerana itu saya tidak segan atau malu berjumpa dengan doktor pakar psikiatri kanak-kanak untuk mencari panduan.

KAEDAH LAMA VS KAEDAH BARU

“Doktor, saya ingin bertanya, apakah boleh kita katakan bahawa cara mendidik anak-anak dan mengendalikan rumahtangga ikut kaedah dulu-dulu, lebih berkesan dan mudah berbanding cara kita sekarang yang membabitkan kaunseling, psikologi dan sebagainya?”, tanya Ummu Saif kepada doktor pakar terbabit.

“Tidak juga”, jawab beliau.

Saya khusyuk mendengar.



Doktor pakar terbabit menjelaskan bahawa kita dan anak-anak hari ini hidup dalam masa dan konteks yang berbeza. Cabarannya lain, tekanannya juga lain. Malah exposure dan risiko juga berbeza. Maka pendekatan mesti disesuaikan dengan hal-hal seperti ini.

CABARAN DULU DAN SEKARANG

Suami dan isteri dulu-dulu lain keadaannya. Umumnya isteri tidak bekerja, atau kalau bekerja pun tidaklah sampai ke ranking yang sangat mencabar, memanjat tingkat-tingkat bangunan seperti KLCC dengan 1001 jenis manusia yang pelbagai. Suami pun sama.

Anak-anak tidak jauh bezanya. Antara ada televisyen dengan tiada televisyen, malah lihat sahaja kepada rancangan televisyennya. Apa yang diistilahkan ‘porno’ 50 tahun yang lalu adalah ’sopan’ dan terlebih tutup pada hari ini. Jika 20 tahun yang lalu, hiburan kanak-kanak adalah tikus, itik, anjing dalam kartun Walt Disney, atau rama-rama, monyet, harimau dan buaya dalam Cumi dan Ciki, kini watak yang mendampingi anak-anak adalah pembunuh, kaki gaduh, kaki pukul, syaitan, hantu dan makhluk asing yang menterjemahkan keganasan jiwa pencipta watak itu!

Malah selucah Sincan dan sebiadab South Park dan The Simpsons.

Pernah seorang profesor datang ke sekolah asalnya untuk memberi ceramah.

“Zaman kami dulu tak ada kemudahan, tetapi boleh berjaya. Apa masalahnya awak sekarang?”, ujar beliau dengan penuh yakin dan ‘angkuh’.

Tiba-tiba seorang pelajar tingkatan 4 bangun dan berkata, “Prof, zaman prof dulu cabarannya ialah Pop Yeh Yeh, manakala zaman kami sekarang cabarannya ialah Black Metal! Zaman kita tak sama, prof!”

Malah, kaedah dulu-dulu yang mengguna pakai pendekatan rotan, libas tali pinggang, atau ikat di pokok berkerengga… tidaklah berkesan sebaik yang kita sangka. Beliau menjelaskan bagaimana BANYAK kes psikiatri dewasa, yang apabila diakses hari ini, permulaan kepada segala masalah seperti kemurungan, rendah keyakinan diri, fobia, malah skizophernia dan dera mendera dalam rumahtangga serta lain-lain masalah psikiatri yang serius, adalah berkait rapat dengan pengalaman mereka semasa di alam kanak-kanak dan remaja.

Anak yang didera sangat cenderung untuk juga menjadi pendera!

KESIMPULAN

Persoalan ‘nurulyaqin’ yang mencadangkan kepada orang-orang muda supaya mencontohi cara orang-orang tua memerlukan kepada kita untuk mempertimbangkannya secara yang lebih objektif. Tidak semua yang disangka baik itu baik atas dua faktor:

Pertamanya, konteks dan masa yang berbeza menjadikan pengalaman kita, anak-anak dan datuk nenek mereka tidak sama.

Keduanya, banyak masalah hari ini, akar umbinya adalah pada kesilapan masa lampau.

Maka, apa yang diperlukan, adalah sikap terbuka ibu bapa hari ini untuk belajar dan belajar, bahawa sesungguhnya proses mendidik anak dan mengendalikan rumahtangga, adalah jauh lebih sulit dari mengejar segulung ijazah PhD, kerana pertaruhannya adalah anak-anak, insan-insan kurniaan Allah yang menjadi amanah di bahu kita untuk membentuk mereka menjadi khalifah Allah, berbekalkan ahsanu taqwim [Surah al-Tin 95: 4] yang disediakan Allah pada fitrah manusia yang unik, penuh potensi, tetapi misteri ini.

Sudikah anda bersusah payah?

Tepuk dada, kenang kembali erti di sebalik lafaz “AKU TERIMA NIKAHNYA” suatu ketika dulu!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur



__ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Perkongsian anda, biar pun hanya secawan kopi amat bermakna dalam usaha menampung perjalanan saifulislam.com ini. Terima kasih

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يقطع السارق في ربع دينار فصاعدا
حدثنا يحيى بن يحيى وإسحاق بن إبراهيم وابن أبي عمر واللفظ ليحيى قال بن أبي عمر حدثنا وقال الآخران أخبرنا سفيان بن عيينة عن الزهري عن عمرة عن عائشة قالت كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يقطع السارق في ربع دينار فصاعدا


بمثله في هذا الإسناد
وحدثنا إسحاق بن إبراهيم وعبد بن حميد قالا أخبرنا عبد الرزاق أخبرنا معمر ح وحدثنا أبو بكر بن أبي شيبة حدثنا يزيد بن هارون أخبرنا سليمان بن كثير وإبراهيم بن سعد كلهم عن الزهري بمثله في هذا الإسناد

لا تقطع يد السارق إلا في ربع دينار فصاعدا
وحدثني أبو الطاهر وحرملة بن يحيى وحدثنا الوليد بن شجاع واللفظ للوليد وحرملة قالوا حدثنا بن وهب أخبرني يونس عن بن شهاب عن عروة وعمرة عن عائشة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لا تقطع يد السارق إلا في ربع دينار فصاعدا

لا تقطع اليد إلا في ربع دينار فما فوقه
وحدثني أبو الطاهر وهارون بن سعيد الأيلي وأحمد بن عيسى واللفظ لهارون وأحمد قال أبو الطاهر أخبرنا وقال الآخران حدثنا بن وهب أخبرني مخرمة عن أبيه عن سليمان بن يسار عن عمرة أنها سمعت عائشة تحدث أنها سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول لا تقطع اليد إلا في ربع دينار فما فوقه

لا تقطع يد السارق إلا في ربع دينار فصاعدا
حدثني بشر بن الحكم العبدي حدثنا عبد العزيز بن محمد عن يزيد بن عبد الله بن الهاد عن أبي بكر بن محمد عن عمرة عن عائشة أنها سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول لا تقطع يد السارق إلا في ربع دينار فصاعدا

بهذا الإسناد مثله
وحدثنا إسحاق بن إبراهيم ومحمد بن المثنى وإسحاق بن منصور جميعا عن أبي عامر العقدي حدثنا عبد الله بن جعفر من ولد المسور بن مخرمة عن يزيد بن عبد الله بن الهاد بهذا الإسناد مثله

تقطع يد سارق في عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم في أقل من ثمن المجن جحفة أو ترس وكلاهما ذو ثمن
وحدثنا محمد بن عبد الله بن نمير حدثنا حميد بن عبد الرحمن الرؤاسي عن هشام بن عروة عن أبيه عن عائشة قالت لم تقطع يد سارق في عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم في أقل من ثمن المجن جحفة أو ترس وكلاهما ذو ثمن

بهذا الإسناد نحو حديث بن نمير عن حميد بن عبد الرحمن الرؤاسي وفي حديث عبد الرحيم أبي أسامة وهو يومئذ ذو ثمن
وحدثنا عثمان بن أبي شيبة أخبرنا عبدة بن سليمان وحميد بن عبد الرحمن ح وحدثنا أبو بكر بن أبي شيبة حدثنا عبد الرحيم بن سليمان ح وحدثنا أبو كريب حدثنا أبو أسامة كلهم عن هشام بهذا الإسناد نحو حديث بن نمير عن حميد بن عبد الرحمن الرؤاسي وفي حديث عبد الرحيم أبي أسامة وهو يومئذ ذو ثمن

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قطع سارقا في مجن قيمته ثلاثة دراهم
حدثنا يحيى بن يحيى قال قرأت على مالك عن نافع عن بن عمر أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قطع سارقا في مجن قيمته ثلاثة دراهم


بمثل حديث يحيى عن مالك غير أن بعضهم قال قيمته وبعضهم قال ثمنه ثلاثة دراهم
حدثنا قتيبة بن سعيد وابن رمح عن الليث بن سعد ح وحدثنا زهير بن حرب وابن المثنى قالا حدثنا يحيى وهو القطان ح وحدثنا بن نمير حدثنا أبي ح وحدثنا أبو بكر بن أبي شيبة حدثنا علي بن مسهر كلهم عن عبيد الله ح وحدثني زهير بن حرب حدثنا إسماعيل يعني بن علية ح وحدثنا أبو الربيع وأبو كامل قالا حدثنا حماد ح وحدثني محمد بن رافع حدثنا عبد الرزاق أخبرنا سفيان عن أيوب السختياني وأيوب بن موسى وإسماعيل بن أمية ح وحدثني عبد الله بن عبد الرحمن الدارمي أخبرنا أبو نعيم حدثنا سفيان عن أيوب وإسماعيل بن أمية وعبيد الله وموسى بن عقبة ح وحدثنا محمد بن رافع حدثنا عبد الرزاق أخبرنا بن جريج أخبرني إسماعيل بن أمية ح وحدثني أبو الطاهر أخبرنا بن وهب عن حنظلة بن أبي سفيان الجمحي وعبيد الله بن عمر ومالك بن أنس وأسامة بن زيد الليثي كلهم عن نافع عن بن عمر عن النبي صلى الله عليه وسلم بمثل حديث يحيى عن مالك غير أن بعضهم قال قيمته وبعضهم قال ثمنه ثلاثة دراهم

لعن الله السارق يسرق البيضة فتقطع يده ويسرق الحبل فتقطع يده
حدثنا أبو بكر بن أبي شيبة وأبو كريب قالا حدثنا أبو معاوية عن الأعمش عن أبي صالح عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لعن الله السارق يسرق البيضة فتقطع يده ويسرق الحبل فتقطع يده

بهذا الإسناد مثله غير أنه يقول إن سرق حبلا وإن سرق بيضة
حدثنا عمرو الناقد وإسحاق بن إبراهيم وعلي بن خشرم كلهم عن عيسى بن يونس عن الأعمش بهذا الإسناد مثله غير أنه يقول إن سرق حبلا وإن سرق بيض

صحيح مسلم

أبو الحسن مسلم بن الحجاج النيسابوري



هو أبو الحسين مسلم بن الحجاج النيسابوري ولد بمدينة نيسابور سنة 206هـ وتوفى بها سنة 261 هـ . رحل إلى الحجازومصر والشام والعراق في طلب الحديث ، وكان أحد أئمة الحديث وحفاظه ، اعترف علماء عصره ومن بعدهم له بالتقدم والإتقان في هذا العلم ، من شيوخه الكبار إسحاق بن راهويه ، و أحمد بن حنبل ، وسعيد بن منصور ، وغيرهم ، ومن الذين رووا عنه الترمذي و أبو حاتم الرازي و ابن خزيمة و كان إماماً جليلاً مهاباً ، غيوراً على السنة ذابَّاً عنها ، تتلمذ على البخاري وأفاد منه ولازمه ، وهجر من أجله من خالفه ، وكان في غاية الأدب مع إمامه البخاري حتى قال له يوماً : دعني أقبل رجلك يا إمام المحدثين وطبيب الحديث وعلله.



ثناء العلماء عليه :

أثنى أئمة العلم على الإمام مسلم ، وقدمه أبو زرعة و أبو حاتم على أئمة عصره . وقال شيخه محمد بن عبد الوهاب الفراء : كان مسلم من علماء الناس وأوعية العلم ، ما علمته إلا خيراً ، وقال مسلمة بن قاسم : ثقة جليل القدر من الأئمة ، و قال النووي : أجمعوا على جلالته وإمامته ، وعلو مرتبته وحذقه في الصنعة وتقدمه فيها.



كتابه الصحيح:

صنَّف الإمام مسلم كتبـًا كثيرة ، وأشهرها صحيحه الذي صنفه في خمس عشرة سنة ، وقد تأسى في تدوينه بالبخاري رحمه الله فلم يضع فيه إلا ما صح عنده.

وقد جمع مسلم في صحيحه روايات الحديث الواحد في مكان واحد لا براز الفوائد الاسنادية في كتابه ، ولذلك فإنه يروي الحديث في أنسب المواضع به ويجمع طرقه وأسانيده في ذلك الموضع، بخلاف البخاري فإنه فرق الروايات في مواضع مختلفة ، فصنيع مسلم يجعل كتابه أسهل تناولاً ، حيث تجد جميع طرق الحديث ومتونه في موضع واحد ، وصنيع البخاري أكثر فقهـًا ؛ لأنه عنى ببيان الأحكام ، واستنباط الفوائد والنكات ، مما جعله يذكر كل رواية في الباب الذي يناسبها ، ففرق روايات الحديث ، ويرويه في كل موطن بإسناد جديد أيضا.

وكتاب صحيح مسلم مقسم إلى كتب ، وكل كتاب يقسم إلى أبواب ، وعدد كتبه 54 كتابـًا ، أولها كتاب الإيمان وآخرها كتاب التفسير .

وعدد أحاديثه بدون المكرر نحو 4000 حديث ، وبالمكرر نحو 7275 حديثًا.



من شروح صحيح الإمام مسلم:

(1) المنهاج في شرح الجامع الصحيح للحسين بن الحجاج:

وهو شرح للإمام النووي الشافعي المتوفى سنة ( 676هـ) ، وهو شرح وسط جمع عدة شروح سبقته ، ومن أشهر شروح صحيح مسلم .



(2) المعلم بفوائد كتاب صحيح مسلم:

وهو شرح المازري أبي عبد الله محمد بن علي المتوفى سنة 536 هـ .



(3) إكمال المعلم في شرح صحيح مسلم :

وهو شرح للقاضي عياض بن موسى اليحصبي السبتي إمام المغرب المالكي المتوفى سنة ( 544هـ).



(4) المفهم لما أشكل من تلخيص كتاب مسلم :

شرح أبي العباس أحمد بن عمر بن إبراهيم القرطبي المتوفى سنة ( 611هـ) .



(5) إكمال إكمال المعلم :

وهو شرح الأبي المالكي وهو أبو عبد الله محمد بن خليفة من أهل تونس ـ و الأبي نسبة إلى " أبة " من قرى تونس ـ المتوفى سنة ( 728هـ) ، جمع في شرحه بين المازري و عياض و القرطبي و النووي .



(6) الديباج على صحيح مسلم بن الحجاج :

وهو شرح جلال الدين السيوطي المتوفى عام (911هـ)



(7) شرح شيخ الإسلام زكريا الأنصاري الشافعي المتوفى (926هـ).



(8) شرح الشيخ علي القاري الحنفي نزيل مكة المتوفى سنة (1016هـ) وشرحه في أربع مجلدات .

Menanti atau mencari dan memburunya?




Lailatul Qadar adalah malam yang pasti datang. Jika menantinya itu hanya dengan sekadar berjaga malam, maka orang-orang yang bersekang mata tanpa berbuat apa-apa itulah yang beruntung dilintas kehadiran malam itu. Sesungguhnya ia bukan malam penantian, tetapi malam pemburuan dan pencarian.

Entahlah di malam 21, atau malam 23, atau malam-malam ganjil yang lain… Lailatul Qadar dianugerahkan. 9 Ramadhan yang ditempuh Rasulullah SAW di sepanjang hayat Baginda selepas pensyariatan ibadah puasa, menyebabkan riwayat-riwayat tentang Lailatul Qadar hanya tersimpul sebagai suatu anugerah yang diberi pada 10 malam terakhir Ramadhan itu.

“Mengapa tidak ditetapkan sahaja satu malam yang khusus bahawa itulah malam Lailatul Qadar?”, ada yang bertanya.

“Anta cadangkan malam yang mana?”, saya pun bertanya seada-adanya.

“Malam 27 barangkali”, katanya.

“Maka beruntunglah penjual minyak tanah dan pelita untuk malam tujuh likur itu ya!”, saya bergurau.

“Eh, ke situ perginya ustaz”, kata beliau.

KEKELIRUAN E-BACAAN (ANTI HADITH)

Saya terbaca sebuah artikel yang dikarang di halaman web e-bacaan yang menolak hadith-hadith Nabi SAW termasuk hadith berkaitan Lailatul Qadar. Ulasan penulisnya mengatakan bahawa penantian atau pencarian Lailatul Qadar itu adalah sia-sia kerana kesemua hadith berkaitan, bertentangan di antara satu sama lain. Walhal hadith-hadith itu adalah himpunan dialog dan penjelasan Nabi SAW tentang Lailatul Qadar pada sekurang-kurangnya 9 kali ketibaan Ramadhan di sepanjang hayat Kerasulan Baginda SAW. Setiap hadith itu diungkapkan pada tahun-tahun yang berbeza, bukannya saling bertentangan seperti yang terfahamkan oleh golongan anti hadith ini.

Soalnya, bagaimana kalau ketidakpastian itu suatu kesengajaan? Ia bukan kejahilan tetapi ada rahsia besar di sebalik semuanya?

MAKAN GAJI VS KERJA SENDIRI

Lebih mudah untuk kita analogikan seorang yang makan gaji dengan seorang yang berniaga sendiri. Orang yang makan gaji, pendapatannya tetap setiap hujung bulan. Sama ada dirinya produktif atau tidak, hasilnya sama. Malah pada bulan Ramadhan ini, dengan membanyakkan tidur di pejabat dan pulang awal setiap hari, hasil pendapatan tetap sama. Sesuatu yang tetap dan pasti, rupa-rupanya boleh menjejaskan kesungguhan dan produktiviti, seiring dengan kurangnya rasa bersyukur atas kurniaan.

Berbeza pula dengan yang berniaga sendiri. Penghasilannya amat bergantung kepada kesungguhan, kerajinan dan produktiviti masing-masing. Kuat bekerja banyak hasilnya. Sedikit berusaha, terjejaslah pendapatannya.

Ketidakpastian adalah rahsia kesungguhan dan kerja keras yang diperlukan. Ketidakpastian + usaha keras = kemajuan, itu sifirnya.

Demikianlah hikmah sebuah ketidakpastian.



LIPATGANDA

30 hari yang terlalu panjang itu mungkin berat untuk sebuah pencarian. Justeru Islam memberitahu bahawa tingkatkan usaha mengejar Lailatul Qadar yang tidak pasti itu pada malam-malam 10 yang terakhir. Lantaran ia hadir pada malam-malam yang tidak ditentukan, manusia yang ada azam untuk berjaya akan melipatgandakan usaha untuk berhasil menemuinya. Malam Lailatul Qadar.

Kesungguhan itulah pelengkap proses Taqwa.

Kesungguhan yang diperlukan untuk sebuah kehidupan yang pasti ada jangka masa, tetapi persoalan bila itu dibiarkan sebagai sebuah ketidakpastian. Mati itu tentu, masanya tidak pasti. Antara ketentuan dan ketidakpastian ajal, seorang mukmin memajukan sebuah kehidupan.

Memikirkan peluang beramal berakhir pada jangka waktu yang tidak pasti, Nabi SAW memberi ingatan kepada kita agar mengerjakan solat dengan “SOLAT PERPISAHAN”. Bayangkan setiap solat yang didirikan sebagai solat terakhir kita, kerana mati itu tidak pasti. Kerana kita mati sentiasa di antara dua solat…

Ketidakpastian yang mendesak kesungguhan juga perubahan.

“Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! ” (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur



__ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Perkongsian anda, biar pun hanya secawan kopi amat bermakna dalam usaha menampung perjalanan saifulislam.com ini. Terima kasih

Monday, September 15, 2008

ANTAKYA: Senasib Kashmir dan Pattani

“Çay, çay! Buyrun ağabey, çay için ya!(Teh, teh! Silakan abang, minumlah teh ni)”, tiga orang budak muncul dan begitu ramah menyambut ketibaan kami.

Tentunya pelawaan budak botak bertiga ini disambut baik oleh rakan-rakan saya. Selepas 21 jam perjalanan dari Rize ke İskenderun, tiba-tiba mereka disambut oleh kanak-kanak itu dengan secawan teh panas. Aduh, tentunya enak sekali. Badan yang lenguh di sana sini, ditambah pula dengan cuaca yang agak sejuk pagi itu, seteguk teh Turki memang seperti kurniaan terbesar dari Ilahi. Saya hanya tersenyum melihat gelagat Arief, Abdul Rashid, Sabri, Baihaqi dan Munawwar melayan çaycılar (penjual teh) bertiga itu.




Saya, Baihaqi, Sabri, Munawwar dan Arief bergambar di stesyen bas Rize sebelum bertolak ke Ä°skenderun

“Wah, betullah Hasrizal. Memang orang Turki ni baik-baik. Mana nak jumpa dalam dunia ni, tiba sahaja di stesyen bas, disambut dengan secawan teh!”, kata Baihaqi.

Saya hanya tersengih mendengar komen Baihaqi. Perjalanan dari Rize memang memenatkan. Bas yang kami naiki tidaklah begitu baik. Namun cukup selesa bagi kami yang hanya mahu menunggu bas memulakan perjalanan untuk melelapkan mata. Saya tersedar semasa bas kami melalui Kayseri, pipi saya seperti hendak beku. Rupa-rupanya di luar bas, salji masih berlonggok di sepanjang jalan. Kayseri masih belum reda dari musim sejuknya walaupun ketika itu sudah masuk bulan Mei. Kami sebenarnya dalam perjalanan ke Hatay (Antakya) iaitu bandar paling selatan di timur Turki. Namun kami perlu menukar bas di Ä°skenderun untuk ke Hatay.

“Tamam, bana elli bin ver!”, kata budak botak bertiga itu kepada rakan-rakan saya. Mereka menghulurkan tangan seperti meminta sesuatu.

“Mereka minta apa, Hasrizal?”, Munawwar kebingungan.

“Itulah kamu semua, ana memang tak nafikan yang orang Turki ni baik-baik. Tapi tidaklah sampai menyediakan teh percuma untuk semua penumpang bas yang sampai ke stesyen. Nah, sekarang bayarlah TL50 ribu kepada mereka. 50 ribu untuk setiap cawan, ya!”, saya ketawa melihat karenah rakan-rakan saya ‘ditipu’ oleh kanak-kanak tersebut.

Mujurlah secawan teh pada masa itu hanya TL50 ribu. Pada masa tersebut TL50 ribu adalah hampir menyamai 50 sen duit kita. Selepas mencubit pipi budak botak tersebut, saya mengajak rakan-rakan saya ke kaunter tiket untuk mendapatkan tiket bas ke Antakya. Di sana nanti, kami akan disambut oleh rakan saya, Abdullah Sirt. Beliau baru sahaja menamatkan pengajiannya di Universiti of Jordan dan kini membantu bapanya mengendalikan operasi sekolah Tahfiz mereka.

Perjalanan dari Ä°skenderun ke Antakya hanya memakan masa 2 jam. Di sepanjang perjalanan menuju ke Antakya, mata saya terpaku melihat ombak Mediterranean di persisiran pantai. Air yang biru itu sungguh mendamaikan.Ya, akhirnya sampai juga saya ke pantai timur Mediterranean. Kawasan ini sememangnya penuh sejarah. Saya cuba membayangkan bagaimana tentera Islam di zaman Uthman bin Affan r.a. berjaya menyeberangi perairan ini untuk menawan Pulau Cyprus. Malah sebelum itu Antakya sendiri sudah jatuh ke tangan umat Islam iaitu pada tahun 638M. Antakya dicatatkan sebagai bandar pertama di mana kaum Nasrani digelar sebagai Kristian dengan terbinanya gereja pertama di situ. Ia pernah menjadi bandar ketiga terbesar di empayar Rom iaitu selepas Rome dan Iskandariah di Mesir.



Makan tembikai di pantai Iskenderun, persisiran Mediterranean

Memang banyak yang ingin saya ketahui tentang Antakya. Sebenarnya Turki lebih selesa memanggil Antakya sebagai Hatay, demi untuk menghilangkan identiti Arab pada nama Antakya itu. Paling menarik, saya difahamkan oleh Abdullah bahawa penduduk Antakya sebenarnya berbahasa Arab dengan dialek Halab, Syria. Antakya umpama anak angkat (anak tiri) Arab beribu bapakan Turki. Nantilah saya ceritakan mengenainya, Insya Allah.


Kira-kira jam 11 tengah hari, kami tiba di Antakya Otogar.

“Allah, akhirnya sampai juga kamu ke Antakya. Hoş geldiniz!”, Abdullah memeluk saya erat.

Walau pun saya dan Abdullah baru sahaja beberapa bulan berkenalan semasa di Amman, namun seperti biasa hubungan kami cepat mesra. Jika dengan sahabat-sahabat Turki, sememangnya tidak sukar untuk saya bersahabat. Tidak perlu mencari-cari, sahabat akan datang sendiri. Benarlah kata bijak pandai, “tidak perlu mencari sahabat, jadikan sahaja dirimu seorang yang mudah bersahabat, nescaya sahabat akan datang bertandang. Sahabat yang hakiki!”

“Hoş büldük”, saya menggenggam erat tangan Abdullah.

“Alhamdulillah, syukur saya kepada Allah. Bukan mudah untuk kami sampai ke sini. Sampai kena tipu dengan tiga budak botak tadi!”, saya tersenyum sinis sambil memperkenalkan Abdul Rasyid, Sabri, Arief , Baihaqi dan Munawwar kepada Abdullah.

Kami dibawa menuju ke rumah Abdullah yang terletak di dalam kawasan sekolah ayahnya. Ayah Abdullah, adalah pengetua sekolah tersebut. Saya sudah lupa nama ayahnya, tetapi saya menggelarkan beliau sebagai ‘Omar Mokhtar Turki’ kerana wajah mereka hampir serupa. Bukan Anthony Quinn, tetapi ‘Omar Mokhtar’ sebenar yang saya lihat di majalah lama, koleksi perpustakaan Universiti of Jordan, beberapa bulan yang lalu.



Kami disambut dengan penuh gembira oleh ayah Abdullah. Beliau menggenggam erat tangan setiap kami sambil merenung wajah kami dengan pandangan seorang bapa yang penyayang.

“Kamu semua adalah mujahid!”, katanya spontan.

“AMALAN MENGHAFAL AL-QURAN DI TURKI”

Pakcik ‘Omar Mokhtar Turki’ telah memperkenalkan kami kepada Selman, iaitu salah seorang pelajar di sekolah Tahfiz tersebut. Menurut beliau, Selman anak orang susah. Ibunya menghantar dia ke sekolah Tahfiz ini hampir setahun yang lalu, tanpa sebarang bekalan. Selman mencium tangan kami sambil berkata, “hurmetler!”



Bersama Pakcik Omar Mokhtar Turki kami di Lereng Bukit Antakya

“Hurmetler.”, saya membalas.

“Sudah berapa juzuk kamu menghafal, Selman?”, saya cuba meramahkan diri.

“Elhamdulillah saya sudah habis menghafal keseluruhan al-Quran!”, jawabnya sambil menundukkan kepala.

Wah, terkejut saya mendengarnya. Tidak sampai setahun, Selman, seorang anak kampung berusia 10 tahun sudah selesai menghafal al-Quran. Kata ayah Abdullah, Selman memang seorang yang cerdik. Namun, di Turki, cara kanak-kanak ini menghafal agak berbeza sebab mereka tidak boleh berbahasa Arab. Ya, ajaib bukan. Begitu ramai di dunia ini, mereka yang menghafal sebuah kitab yang bahasanya tidak dituturkan oleh si penghafal. Ini juga salah satu mukjizat al-Quran.

Di Turki, anak-anak ini lazimnya menghafal al-Quran pada usia di antara 8 ke 12 tahun. Mereka memulakan hafalan dengan menghafal muka surat pertama juzuk satu. Selepas itu mereka akan menghafal muka surat pertama juzuk dua. Kemudian, diikuti dengan muka surat pertama juzuk tiga, empat, lima dan akhirnya di juzuk ke-30. Selesai 30 muka surat, mereka akan berpatah balik dan mula menghafal muka surat terakhir juzuk satu, diikuti dengan muka surat akhir juzuk dua, tiga, empat dan hinggalah ke muka surat terakhir al-Quran. Sejurus itu, mereka akan berpatah ke belakang dan mula menghafal muka surat kedua setiap juzuk, dan kemudiannya berpindah ke muka surat kedua akhir di setiap juzuk. Akhirnya hafalan mereka menjadi lengkap di tengah-tengah setiap juzuk. Kaedah ini nampaknya pelik, namun ia menjadikan hafalan mereka begitu kuat, dan segera dihabiskan sebab anak-anak ini ghairah untuk menemukan dua bahagian yang dihafal di tengah-tengah setiap juzuk. Saya tidak pasti sama ada semua sekolah Tahfiz di Turki mengamalkan kaedah yang sama atau tidak, namun kaedah pelik ini memang menjadikan saya teruja seketika.

Menghafal al-Quran adalah perkara biasa di Turki, khususnya di bandar-bandar yang kuat Islam di timur Turki. Amat jarang kita mendengar orang bertanya, “kamu dah khatam al-Quran ke?”. Sebaliknya bagi mereka, menghafal al-Quran itulah sebenarnya yang patut dicapai oleh setiap anak muda. Memang masih banyak kampung yang boleh dikatakan semua penduduknya adalah hafiz belaka. Peladang, yang menarik kambing, yang menyapu sampah, yang menjadi kerani di Majlis Daerah, semuanya menghafal al-Quran belaka. Jangan terkejut jika saya katakan, masih ada di sesetengah kawasan, orang tua menawarkan agar kita berkahwin dengan anaknya, hanya semata-mata kerana kegembiraannya mendengar kita membaca al-Quran dengan baik. Tetapi Abdullah enggan membawa saya ke kampung itu!

Menurut Pakcik ‘Omar Mokhtar’, semasa era Atatürk orang ramai amat takut untuk membaca al-Quran secara terbuka. Malah ada yang terpaksa menanam mushaf al-Quran di dalam tanah di lantai rumah agar tidak dikesan oleh regim Atatürk. Di zaman itu, orang ramai berusaha keras untuk menghafal al-Quran kerana bimbang al-Quran pupus dari kehidupan mereka. Justeru hingga ke hari ini, menghafal al-Quran sudah sememangnya menjadi kebiasaan umat Islam di Turki. Saya fikir memang tidak ada sebuah negara yang mempunyai penghafal al-Quran seramai di Turki. Bayangkan di Istanbul sahaja ada lebih daripada 1000 buah masjid. Kebanyakan masjid mempunyai kelas Tahfiz dan setiap sekolah itu menghasilkan tidak kurang daripada 10 orang penghafal al-Quran pada setiap tahun!

“BELENGGU PEMBACA RISALAH AL-NUR AL-NURSI”

Pada musim panas, pelajar-pelajar sekolah Tahfiz ini akan dibawa ke premis sekolah di atas bukit di tepi lebuh raya Antakya – İskenderun. Perjalanan kami menaiki bukit tersebut amat menarik. Di sepanjang perjalanan, pelbagai kisah diceritakan oleh Pakcik ‘Omar Mokhtar’. Rupa-rupanya beliau adalah salah seorang anak murid Bediuzzaman Said al-Nursi yang masih hidup. Beliau menegaskan yang beliau kecewa dengan sikap kebanyakan ahli gerakan Fethüllah Gülen. Padanya, golongan ini yang lebih dikenali sebagai Nurcular, sebenarnya hanya menumpang nama Bediuzzaman Said al-Nursi tetapi tidak mengikut pengajarannya yang sebenar. Mereka asyik membaca Risalah al-Nur tetapi tidak berjihad seperti Bediuzzaman.

Saya sukar hendak menafikan komentar Pakcik ‘Omar Mokhtar’ tentang Nurcular ini. Saya mempunyai pengalaman saya sendiri dalam hal ini. Pernah semasa saya menumpang tidur di sebuah asrama milik pergerakan ini, saya hairan melihat mereka membaca Risalah al-Nur hampir 6 kali sehari sedangkan mereka tidak langsung kelihatan membaca buku-buku agama yang lain. Malah jarang benar kelihatan al-Quran disentuh. Saya cuba memberanikan diri dan bertanya kepada salah seorang daripada rakan di asrama tersebut tentang hal ini.

Katanya, “Bediuzzaman Said al-Nursi menuntut ilmu dengan ribuan Ulama untuk menulis Risalah al-Nur. Jadi, dengan kita membaca Risalah al-Nur ini, kita seakan-akan sudah menuntut ilmu dengan ribuan Ulama. Kita tidak perlu membaca buku lain sebab di dalam Risalah al-Nur ini ada jawapan kepada semua soalan yang manusia fikirkan!”

Inilah belenggu pemikiran yang menyedihkan saya.

Aduh, kepala saya memang pening mendengar kata-kata seperti ini. Saya akui, Risalah al-Nur memang hebat. Membacanya memang mengenyangkan akal dan hati, malah emosi. Namun, untuk berpuas hati dengan membaca Risalah al-Nur semata-mata, saya kira ini adalah satu sikap yang Bediuzzaman sendiri tidak merestuinya. Namun, saya tidaklah begitu mengendahkan soal tersebut kerana apa yang paling menghairankan saya ialah sikap gerakan Nurcular yang amat lantang menentang Parti Refah, senada dengan penentangan yang dibuat oleh golongan Sekular di Turki terhadap parti Islam pimpinan Necmettin Erbakan itu. Ya, jika tidak suka kepada politik, itu adalah pendirian biasa bagi sebuah gerakan Islam di mana-mana. Namun, penolakan terhadap siasah secara melukakan gerakan Islam yang lain, serta menyokong pula ahli politik seperti Mesud Yilmaz, saya memang kebingungan. Tambahan pula, saya amat meminati tulisan Fehmi Koru di akhbar Zaman. Akan tetapi, jika isu Refah, Necmettein Erbakan dan Recab Tayyib Erdogan yang dibincangkan, saya lebih suka menyelak muka surat ulasan bola sepak.

“Aku berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang terkutuk, dan daripada Siasah!” - Bediuzzaman Said al-Nursi

Nurcular hari ini suka mengulang-ulang ucapan Bediuzzaman Said al-Nursi yang masyhur itu untuk menyatakan penentangan mereka terhadap penglibatan orang Islam di dalam politik Turki. Sedangkan apa yang dimaksudkan oleh Bediuzzaman itu adalah politik Atatürk di zamannya. Kata-kata itu amat khusus konteksnya, tetapi telah diimplimentasikan oleh Nurcular kepada politik secara keseluruhannya. Itu pun, saya kira mereka menolak politik Refah sedangkan mereka selesa dengan politik Mesud Yilmaz. Memang mengelirukan…



Pemandangan di salah sebuah Yayla di kawasan Karadeniz

Akhirnya kami tiba di puncak bukit. Pemandangan di atas sana sangat indah. Ia adalah seumpama Yayla di Laut Hitam. Yayla adalah istilah yang merujuk kepada rumah atau pondok percutian di pergunungan kawasan Laut Hitam di Turki.

Di atas sana, kami memetik buah anggur, tembikai dan mengorek bawang di dalam tanah. Semuanya diangkut dan dikumpulkan di atas pangkin dan tengah hari itu, saya dan rakan-rakan menjamu selera dengan makan tengah hari yang paling unik di dalam hidup kami. Menjadi adat kebiasaan orang Turki makan tembikai bersama keju putih yang diperbuat daripada susu kambing. Rasa masam, masin dan manis itu sememangnya menyelerakan kami.

Di sebelah petang, kami diajak oleh Abdullah pergi ke air terjun di Serinyol untuk membasuh karpet sekolah. Beliau membawa saya dan rakan-rakan menaiki pick-up untuk ke Serinyol yang terletak tidak jauh dari pusat bandar Antakya.Serinyol mempunyai sejarah dan latar belakangnya yang ganjil. Hari ini ia merupakan kampung penginapan golongan Syiah Alevi (Alawiyyin) aliran Nusairiyyah yang sangat melampau. Golongan Alevi ini dikatakan hidup merempat di zaman Othmaniyyah, lantaran polisi Othmaniyyah yang amat keras terhadap Syiah. Mereka sering dijadikan hamba abdi dan tidak mempunyai hak untuk memiliki harta.Namun selepas kejatuhan kerajaan Othmaniyyah, golongan Alevi ini bangkit. Malah hingga salah seorang daripada mereka berjaya menjadi Presiden Syria iaitu Hafiz al-Asad.

Semasa pick-up kami merentasi perkampungan Serinyol, saya menyedari yang semua mata tertumpu kepada kami. Saya tidak dapat membayangkan adanya hubung kait penduduk Serinyol ini dengan Islam. Mereka minum arak secara terbuka, hampir setiap kedai mempamerkan gambar orang muda yang didakwa mereka sebagai Ali r.a. Kata Abdullah, ayahnya pernah nyaris dibunuh oleh orang Alevi kerana mempertikaikan amalan 10 Muharram mereka, semasa beliau mengajar di masjid. Abdullah menceritakan kepada kami bahawa pada 10 Muharram, penduduk Serinyol akan berkumpul di dewan orang ramai untuk mengadakan upacara menyeksa diri sempena memperingati syahidnya Saidina Husin di Karbala. Dan pada sebelah malamnya, mereka akan padamkan lampu lalu berzina beramai-ramai di dalam gelap. Astaghfirullah, takut saya mendengarnya. Setakut hati saya melihat mata puak Alevi yang merenung tajam ke arah kami.

Kalau sekadar menilai pada apa yang dilihat mata, saya tidak dapat merasakan langsung yang penduduk Serinyol ada kena mengena dengan Saidina Ali r.a. dan Islam sendiri.

Setibanya kami di air terjun itu, saya, rakan-rakan dan pelajar sekolah Tahfiz yang bersama kami, mengangkut turun karpet untuk dibasuh. Abdullah memang selalu membawa anak buahnya datang ke air terjun ini kerana ia jauh dari kawasan pelancongan. Tiada maksiat, iman selamat!

Wah, sejuk betul air di situ. Malah semasa kami berendam, badan terasa geli ‘dicubit’ anak-anak ikan yang berkeliaran di celah-celah kaki.



Kenangan di jeram Serinyol

Dekat sini ada tasik kecil. Di situ, ada banyak ikan yang menjadi doktor!”, Abdullah membuka cerita.

“Jadi doktor, macam mana tu?”, Sabri bertanya untuk mendapatkan kepastian.

“Ya, di kolam tersebut ada ikan-ikan yang akan menggigit badan orang yang berendam. Bukan sebarang gigit, ia umpama kita berbekam. Tapi beberapa tahun lepas, khabarnya ada orang Eropah berpenyakit AIDS yang berendam di situ. Semua ikan di situ mati. Hmm, saya pun tak tahu betul atau tidak kejadian tersebut. Cerita orang…!”, Abdullah bercerita dengan panjang lebar.

Keesokan harinya, Abdullah membawa kami melawat perkampungan pelarian Afghan yang bekerja menanam bawang. Tapi, bukanlah bawang itu yang menjadi sasaran. Sebenarnya kami ke kampung Afghan itu untuk membeli jaket kulit. Orang Afghan memang mahir menjahit jaket kulit dan kualitinya memang bagus. Jimatlah duit kami sebab jaket-jaket itu belum dibubuh jenama. Kalau sudah berjenama, hanya elit Istanbul sahaja yang mampu membelinya!

Lawatan kami ke Antakya ini memang penting bagi saya. Kali pertama saya mendengar tentang bandar ini ialah semasa membaca Tafsir Surah Yasin.

“Dan telah datanglah seorang lelaki secara bergegas-gegas dari sebuah pekan yang jauh. Dia berkata (kepada penduduk di situ): Wahai kaumku, ikut para utusan itu!”

Kisah Habib al-Najjar yang diceritakan di dalam surah Yasin ayat 20 itu, menceritakan bahawa ‘sejauh-jauh pekan’ yang disebutkan di dalam kisah tersebut adalah bandar Antakya. Ia disebut di dalam kitab Tafsir, namun status maklumat ini tetap sebuah Israiliyyat bagi saya. Mengiyakannya pun tidak, menafikannya juga tidak perlu.

“NASIB ANTAKYA SEPERTI KASHMIR DAN PATTANI”

Bandar Antakya ini, atau yang lebih dikenali sebagai Hatay oleh orang Turki, telah menjadi wilayah Othmaniyyah pada tahun 1516 di tangan Sultan Selim I. Ia kekal menjadi wilayah Othmaniyyah sehinggalah kepada berlakunya kebangkitan Arab 1916. 1918 menyaksikan bagaimana tentera Othmaniyyah berundur dari tanah Arab dan meninggalkan Halab yang merupakan sebahagian daripada Antakya pada masa itu. Namun, bak kata pensyarah saya semasa di Jordan, Revolusi Arab adalah kemuncak kebodohan bangsa Arab di sepanjang zaman.

Keinginan untuk memerintah sendiri, keluar daripada ‘penjajahan’ Turki, telah mendorong tentera Revolusi Arab untuk bekerjasama dengan Inggeris, Perancis dan kuasa-kuasa Imperialisma barat ketika itu. Selepas kuasa ‘Turki’ Othmaniyyah berjaya disingkirkan daripada Halab dan sekitar Antakya, pada tahun yang sama, 1918, Perjanjian Mondros telah ditandatangani. Akibatnya, İskenderun, Belen dan akhirnya juga Antakya jatuh ke tangan Perancis.

Tahun 1921 menyaksikan Perjanjian Ankara termetera di antara Turki dan Perancis. Ini membawa kepada berakhirnya penguasaan Perancis terhadap Syria. Akan tetapi Antakya di İskenderun Sancak kekal di tangan Perancis dan ini menjadi nanah yang menyakitkan Atatürk. Pada Julai 1938, Wilayah Hatay telah ditubuhkan secara rasmi. Selepas persidangan dan perjanjian 7 Julai 1939, Hatay secara rasminya menjadi wilayah Republik Turki.

Akan tetapi, seperti kata Abdullah, keAraban Antakya lebih menyerlah berbanding dengan sifat Turkinya. Bagi Syria, Antakya tetap sebahagian daripada wilayahnya. Saya sering tersenyum apabila melihat segmen ramalan cuaca yang disiarkan oleh berita di TV Syria. Mereka melukis peta Syria dengan memasukkan Antakya sebagai sebahagian wilayah Syria.

Ini mengingatkan saya kepada nasib yang sama di Kashmir dan Pattani. Kashmir itu Pakistan (Islam), tetapi penjajah sengaja meletakkannya di dalam pemerintahan India. Pattani itu Melayu (Islam) tetapi sengaja diletakkan di bawah pemerintahan Thailand. Semua ini menjadi sebahagian strategi jangka panjang divide and rule Imperialisma Barat. Antakya, Kashmir dan Pattani terus kekal sebagai wilayah panas dan tidak stabil, dan ini memberi suntikan racun yang membinasakan umat Islam. Paling kurang pun, pasaran industri senjata api boleh terus berlangsung mengikut selera kuasa Barat.

Malang sekali bagi saudara-saudaraku. Menjadi patung-patung catur di papan penjajahan musuh Allah. Saya dan Abdullah termenung memikirkan hal ini. Perbualan kami di bawah teduhan pangkin lereng bukit sekolah Tahfiz itu terhenti dan hening seketika. Pandangan saya jatuh jauh ke kaki bukit, merenung lebuhraya yang lesu dan sunyi dari kenderaan. Kekuningan sinar mentari melabuhkan rasa sayu di hati kami semua. Seperti biasa, dalam kegembiraan saya mengembara di Turki, hati sering dilanda duka. Terlalu banyak tragedi dan cerita pilu yang bertamu. Semuanya hasil tinggalan kematian sebuah Khilafah, yang menjadi simbol kuasa dan maruah, umat yang sepatutnya Izzah lantaran sujud dan tunduknya, hanya kepada Allah.

Bilakah kami semua boleh keluar dari papan catur Kuffar ini ya Allah?

Buat Abdullah dan ayahanda yang dihormati…

“Jangan ucapkan selamat tinggal,
Bahkan ucaplah hingga bertemu lagi;
Seandainya tidak di bumi Tuhan,
Mudah-mudahan di syurganya nanti!”

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

10 Februari 2006 / 11 Muharram 1427H

56000 Cheras, Kuala Lumpur



__ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Perkongsian anda, biar pun hanya secawan kopi amat bermakna dalam usaha menampung perjalanan saifulislam.com ini. Terima kasih

Politik Semasa: Komunikasi ICT dan Hati

“Apakah alat komunikasi tercanggih semasa?”, antara soalan yang pernah saya lontarkan kepada peserta program.

“Telefon 3G”, jawab seorang.

“Blackberry”, jawab seorang yang lain.

“HATI!”, itu jawapannya.

Kenapa hati? Apa hubungkaitnya hati dengan telefon, internet, email atau faks. Maaf telegram sudah pupus!

Jawapannya mudah, jika hati enggan berhubung maka dengan telefon 3G dan Blackberry itu pun, butang MERAH juga yang ditekan menolak panggilan. Andai hati mahu berhubung, bertukar bas loncat 3 kali pun sanggup dilakukan untuk membolehkan dua insan bertemu dan berhubung.

Itulah kuasa hati.

Apa alatnya, itu semua soal yang sekunder.

KOMUNIKASI DAN SAINS SOSIAL

Mungkin inilah penjelasan termudah mengapa komunikasi diletakkan sebagai disiplin sains sosial, sebelum ia dikembangkan di bawah teknologi maklumat. Mengkaji komunikasi, adalah mengkaji peranan individu di dalam sebuah masyarakat, bagaimana mereka berinteraksi dan hubung kaitnya semua itu dengan tingkah laku manusia sebagai subjek utama sains sosial.

Apabila subjek utama itu adalah manusia, maka segalanya kembali kepada soal AKAL, HATI dan NAFSU.

Justeru kenyataan bahawa sebahagian besar masalah manusia berpunca daripada masalah komunikasi, maka ia adalah manifestasi kepada kerenah akal, hati dan nafsu manusia.

KOMUNIKASI RUMAHTANGGA



“Ustaz, saya ingin bertanya… apakah yang patut dibuat, antara isteri tinggal di rumah menjaga anak-anak supaya suami boleh bertarawih di masjid, atau patutkah suami dan isteri pergi bersama-sama ke masjid dan bawa anak-anak yang nantinya akan buat bising”, tanya seorang muslimah dalam kuliah zohor yang saya kendalikan.

“Cadangan saya ialah… KOMUNIKASI”, saya menjawab.

“Kenapa komunikasi?”, timbul persoalan.

“Demi membezakan di antara presenting problem dengan real problem, saya melihat soalan ini bukan berlegar pada masalah HUKUM FEKAH. Ia adalah masalah komunikasi. Seeloknya bawalah berbincang dengan baik. Suami dan isteri harus duduk berbincang dan ketahui hasrat hati masing-masing”, saya memanjangkan penjelasan.

“Saya boleh berikan asas hukum, bahawa tarawih itu asalnya lebih utama dikerjakan pada satu pertiga terakhir malam dan tidak semestinya selepas solat Isyak. Tarawih boleh dikerjakan secara individu dan tidak semestinya berjemaah. Namun solat tarawih berjemaah di masjid selepas Isyak ada hikmah-hikmah serta manfaat yang signifikan untuk dikejar. Itu asas-asas hukum. Tetapi kuncinya ialah KOMUNIKASI”, saya menyudahkan jawapan.

Ya, ramai sekali yang membentangkan masalah mereka kepada kita tetapi jika dianalisa, isu utamanya bukanlah hukum yang tidak jelas, tetapi tiadanya perbincangan telus antara suami dan isteri. Suami boleh membuka mulut untuk berkongsi masalah dengan rakan karibnya, isteri pun sama. Atau mereka berhubung dengan pihak ketiga tetapi terlalu berat untuk mengusahakan perbincangan di antara mereka berdua.

Apa puncanya?

Bukan telefon, email, internet hatta masalah bahasa Mars dan Venus. Tetapi soal akal, hati dan nafsu… faktor-faktor psikologi manusia yang menjadi penghalangnya.

Bawalah berbincang…

KOMUNIKASI POLITIK SILAM



Selagi mana isunya adalah di antara manusia, maka skala besar dan skala kecil tetap berlegar pada faktor-faktor kemanusiaan. Termasuk komunikasi.

Itulah kesimpulan saya semasa mengharungi catatan-catatan sirah berkaitan dengan pertembungan yang berlaku di antara Ali dan Muawiyah Radhiyallahu ‘anhuma usai pembunuhan Uthman bin Affan radhiyallahu ‘anhu.

Muawiyah tidak mengingkari kelayakan Ali menjadi khalifah. Pertikaiannya hanya pada soal keutamaan di antara menguatkuasakan perlantikan Ali sebagai Amir al-Mu’minin dengan usaha mengesan, menangkap dan menghukum pembunuh Uthman, ahli keluarga Muawiyah. Manakala Ali pula mempertimbangkan keengganan Muawiyah sebagai sesuatu yang tidak kena kerana perlantikannya adalah sah atas persetujuan ahli Madinah. Justeru Muawiyah tiada sebab untuk mempersoalkan perlantikan beliau.

Masalahnya…

Bagaimanakah Ali di Madinah dan Muawiyah di Dimasyq itu boleh berkomunikasi bagi mengetahui point of view masing-masing? Pada masa itu tiada faks, tiada sms, tiada telefon atau telegram.

Terhimpunnya pelbagai riwayat di dalam kitab seperti Tarikh al-Thabari yang terpampang di depan mata kita hari ini, tidaklah semudah itu untuk ditelaah di hari-hari kejadian itu berlaku.

Bukan kerana permusuhan kesumat di dalam hati para sahabat, tetapi masalah komunikasi. Sesungguhnya dengan hati yang mencintai kebenaran dan persaudaraan Islam, jarak ribuan kilometer antara Madinah dan Dimasyq itu cuba diatasi secara beransur-ansur dengan beberapa siri perutusan termasuklah Majlis Tahkim di Daumah al-Jandal yang berusaha mencari titik temu.

Malah tatkala dua gerombolan tentera sudah bertemu dan bertembung di medan Siffin sekali pun, hati yang terpelihara di tubuh manusia sahabat yang dididik Nabi SAW itu mampu ‘menekan butang PAUSE’ untuk menyekat mudarat dari terus bertambah buruk.

Itulah kuasa hati yang mengatasi kelemahan teknologi komunikasi.

KOMUNIKASI POLITIK SEMASA



Di suatu peringkat, kita mendesak gerakan Islam seperti PAS untuk mengoptimumkan penggunaan teknologi maklumat. Era ini adalah era maklumat. Sesiapa yang menguasai maklumat, pihak itulah yang menguasai rakyat.

Umumnya bloggers yang pro kepada PAS dan Pakatan Rakyat telah memainkan peranan yang sangat signifikan di ambang PRU12. Kesannya semua tahu. BN akur dengan kuasa bloggers hinggalah tersumbatnya RPK ke kandang ISA.

Tetapi bagi kepimpinan PAS sendiri, upaya mereka menggunakan teknologi maklumat dalam komunikasi sesama ahli, pendukung juga penyokong, ia masih perlahan. Jika laju sekali pun, ia belum cukup laju.

Resah sekali rakyat apabila BERNAMA memainkan isu Hudud di Kedah, gelisah sekali untuk ahli PAS mengetahui keputusan mesyuarat Majlis Syura dalam isu Muzakarah / Muqabalah… di mana mahu dicari maklumat tersahih lagi terkini tentang parti mereka sendiri? Dalam lingkungan budaya sirr wa hazr, bagaimana maklumat yang perlu diketahui sepatutnya diberitahu?

Tahap keberkesanan kepimpinan PAS berkomunikasi dengan massa ketika timbulnya pelbagai isu yang sulit lagi rumit, amat menggusarkan. Tambahan pula dengan blog-blog pemimpin utama yang sudah wujud, beralamat, boleh diakses tetapi tiada maklumat terkini.

Malang sekali apabila ahli PAS terpaksa bergantung kepada Malaysiakini.Com untuk mengetahui keputusan kepimpinan mereka sendiri.

Tiba-tiba, segala keresahan itu tamat tatkala ramai pemimpin yang meluahkan pandangan mereka atas kapasiti yang pelbagai di blog masing-masing. Ia menamatkan keresahan tetapi mencetuskan kemalangan fikrah dan kesatuan.

Menyalahkan faktor Anwar Ibrahim dan agenda 16 September 2008 sebagai punca masalah yang sedang PAS hadapi hanyalah manifestasi sikap reaktif dan menonjolkan kelemahan sebuah gerakan yang terganggu oleh faktor individu. Justeru muhasabah dalaman itulah yang harus diberi perhatian.

Itulah bencana komunikasi.

Bukan soal teknologi mana yang diguna pakai. Tetapi soal hati yang perlu diluruskan kembali.


Benar sekali ungkapan Hasan al-Banna lama dulu:



“Kaum Muslimin itu mahukan kepada kebaikan, akan tetapi kelemahan adalah pada KEPIMPINAN”

MUNAJAT



Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini (orang yang telah dibayangkan tadi) telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhiMu, bersatu memikul beban da’wahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu. Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini dan tunjukkanlah hati ini akan jalanNya (yang sebenar). Penuhkan hati ini dengan cahayaMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentangMu. Dan matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai syuhada’ dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah, restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Amin.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur



__ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Perkongsian anda, biar pun hanya secawan kopi amat bermakna dalam usaha menampung perjalanan saifulislam.com ini. Terima kasih

Sunday, September 14, 2008

Permulaan Yang Baik Bukan Suatu Jaminan

Jika yang disuruh pilih, ukurannya adalah harta, maka harta itu mudah dikira.

Jika yang disuruh pilih, hitungannya adalah rupa, maka rupa tidak luput dinilai mata.

Andai yang disuruh pilih, ketentuannya adalah keturunan, maka keturunan itu sudah jelas di ketentuan.

Akhirnya yang disuruh pilih itu, adalah pada yang beragama. Sedangkan agama itu sulit sekali mahu diukur.

Kata Peter F. Drucker, “sesuatu yang tidak boleh diukur, sulit sekali untuk mengurusnya”.


Justeru bagaimanakah yang dikatakan seseorang itu beragama? Adakah pada pakaiannya, solatnya, ilmunya, bakatnya, usrahnya, atau apa? Amat payah, pilihan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW itu ialah pada sesuatu yang amat abstrak.

Namun akhirnya dalam sulit itu, segala puji bagi Allah kerana melorongkan ramai anak muda hari ini agar memilih yang sulit itu. Hatta yang tidak pernah kisah dengan tuntutan-tuntutan agama pun, masih mahu satu-satunya hari permulaan perkahwinan mereka, disimpan aurat agar berkat. Mahu pernikahan itu sandarannya adalah agama.

“Seorang pembaca bertanya, apakah setelah membaca buku AKU TERIMA NIKAHNYA, dan memulakan perkahwinan dengan baik, maka baiklah perkahwinan itu?”, tanya Encik Rushi, pegawai pemasaran Galeri Ilmu tatkala kami berbual selepas sesi tandatangan saya di Pesta Buku Selangor 2008 tempoh hari.

“Agaknya apa komen ustaz?”, tanya beliau kepada saya.

Senyap seketika.

IA HANYA PERMULAAN

“Permulaan yang baik, bukanlah suatu jaminan. Ia hanya suatu permulaan”, saya bersuara.

“Setelah rumahtangga dibina di atas dasar agama pun, tiada jaminan jugakah ustaz?”, tanyanya lagi.



Saya ingin menjawab TIDAK. Bahawa dengan memilih calon pasangan hidup yang beragama itu adalah jaminan kepada ketenangan dan kebahagiaan. Kerana memilih itu sendiri sudah dalam seribu kepayahan.

Tetapi realiti tidak mengizinkannya.

Entah mengapa, semenjak terbitnya buku AKU TERIMA NIKAHNYA, isu-isu berkaitan dengan rumahtangga muncul seperti subjek utama penulisan dan fikiran saya pula. Selain yang selaras dengan isi buku, banyak juga yang kontras menjelma. Perelokkan rumahtangga dengan agama, mesej awal saya. Kini saya dibentangkan dengan bab kedua, iaitu permulaan yang bersandarkan agama, belum cukup untuk menjamin bahagia!

Banyak benar perkara yang berlaku, dan menyaksikan perkara-perkara yang banyak itu, sungguh mendebarkan. Dan lantaran itu coretan ini saya nukilkan dengan mata yang basah tatkala mengenangkan kenalan dan taulan yang rumahtangganya dilambung ombak, biar pun zaman pernikahan dan awal rumahtangga mereka, kami bersama meliku dakwah!

SEPI

Ada kalanya, dalam kesibukan masing-masing kita dengan mudah menyebut, “no news is a good news“. Kalau kemalangan, atau sakit, atau mati, adalah berita yang kedengaran. Tapi kalau tiada sebarang khabar berita, tentu sahaja semuanya seperti biasa. Hakikatnya tidak… bahkan saya jadi paranoid pula apabila ada kenalan yang tiba-tiba senyap. Menyepikan diri. Lama tidak kedengaran sebarang berita, tiba-tiba apa yang sampai ke telinga tidak enak pula.

Masalah rumahtangga…



Sakit membisingkan persekitaran. Kemalangan mencetuskan kegemparan. Kematian pasti mengucar kacirkan keadaan. Tetapi jika ada teman yang berdepan dengan konflik rumahtangga, ia musibah yang mengundang diam. Menghasilkan sepi… dan kehilangan teman seperti ini sungguh misteri.

Berwaspadalah dengan teman yang sepi, menghilangkan diri, di dalam sunyi.

Suatu ketika, saya telah nukilkan kerisauan saya terhadap fenomena konflik rumahtangga di kalangan aktivis agama. Ia menjadi taboo yang sulit untuk diperkatakan secara terbuka. Sulit kerana sukar dunia mahu menerima hakikat bahawa perkahwinan yang dibina jauh dari dosa, bermula dengan segala keelokan di jalan dakwah, boleh goyah dan sebahagiannya runtuh tidak bertangguh.

Di manakah silapnya?

SYARIATULLAH DAN SUNNATULLAH

Silap pertama, adalah pada ketidak imbangan tunduk dan patuhnya aktivis dakwah kepada definisi dirinya sebagai Muslim. Patuhnya kepada Allah ditafsirkan sebagai kepatuhan diri kepada Syariatullah, tetapi tanpa sedar aspek Sunnatullah diabaikan. Jika pasangan yang ber’cintan cintun’ memulakan perkahwinannya dengan memencilkan tuntutan Syariatullah, pasangan aktivis dakwah pula memulakan perkahwinan mereka dengan mengabaikan tuntutan Sunnatullah.

Mungkin kerana dakwah itu memerlukan kepada karisma, mujahadah, keseriusan dan tumpuan, maka cuaca rumahtangga da’ie hanya mementingkan kualiti Syariatullah. Tentu sahaja aspek ini penting kerana setiap dosa mengundang resah. Lebih banyak Syariatullah dilanggar, lebih banyaklah asbab keresahan dalam kehidupan.

Tetapi golongan ini lupa kepada Sunnatullah. Bahawa dirinya yang da’ie, ustaz, ilmuan dan pejuang itu, tetap seorang lelaki.

Manakala sang isteri, biar sehebat mana pun dia di dalam penilaian beragama dan berjuang untuk agama, dia masih seorang perempuan dan akan terus menjadi seorang perempuan.

Maka sebuah rumahtangga Bait Muslim itu, tetap merupakan perkahwinan di antara seorang lelaki yang lelaki, serta perempuan yang perempuan. Antara lelaki dan perempuan, cara komunikasi, cara berfikir, cara bersikap…nyata amat berbeza. Maka Sunnatullah jualah yang menjadi ketetapan Allah untuk keelokan hubungan antara lelaki dan perempuan.

Tatkala rumahtangga ramai anak muda hari ini dibina dengan membelakangkan Syariatullah, soal dosa dan pahala, pada masa yang sama ramai jugalah insan yang sedar Islam, membina komuniti dengan membelakangkan Sunnatullah. Dua-duanya silap dan cacat di sisi Dia. Dua-duanya bisa dilambung gelombang ribut bencana dalam sebuah rumahtangga. Ketundukannya tidak menghasilkan kesejahteraan seperti yang didefinasikan oleh Islam, lantaran ketundukannya itu hanya pada separuh Islam.

Jika perkahwinan cara yang biasa-biasa itu datang dengan CINTA TANPA TANGGUNGJAWAB, kisah rumahtangga Islamik ini pula berdepan dengan TANGGUNGJAWAB TANPA CINTA!

BUKAN JAMINAN

Namun apa yang mahu saya kongsikan di sini ialah soal salah faham kita dalam melihat maksud sabda Nabi SAW, “pilihlah wanita yang memiliki agama, nescaya kamu beruntung” [Sahih al-Bukhari dan Muslim]

Setelah memilih wanita yang beragama, atau lelaki yang beragama juga, apakah bermakna rumahtangga kita sudah beroleh plan ‘takaful’ perlindungan dari musibah, pergaduhan dan penceraian? Tidak perlu diselak lembaran nas, kerana jawapannya ada pada rumahtangga kita dan rakan di sekeliling kita. Sesungguhnya permulaan yang baik, hanyalah suatu permulaan yang baik. Ia tidak mampu mengawal agar seluruh perjalanan rumahtangga itu kekal baik, melainkan usaha menjaga, memantau, dan membangunkan rumahtangga yang baik… kekal berterusan.

Inilah yang sering gagal diberikan perhatian.

“Saya telah menghadiahkan anak saya sebaik-baik hadiah buat mereka, iaitu dengan saya mengahwini seorang perempuan sebaik ‘dia’”, seorang pemuda bermadah pujangga.

Baik semasa berkahwin, bukan jaminan untuk terus baik di sepanjang perkahwinan.

KEADAAN HATI

Bagaimana mungkin kita boleh terlepas pandang, bahawa sang suami mahu pun isteri, ditentukan buruk baiknya oleh kuasa HATI. Dan tidakkah hati itu berbolak balik, berbelah bagi sifatnya? Maka fitrah manusia itu sendiri, sentiasa terdedah kepada berubahnya diri apabila berubah hati.

Ya Muqallib al-Quloob, tsabbit qalbi ‘ala tho’atik, wahai Tuhan yang Membolak balikkan hati ini, tetapkanlah hati ini di dalam ketaatan kepada-Mu.

Oleh kerana HATI itu juga berkait dengan intepretasi emosi, maka ia menambahkan lagi kebarangkalian tibanya badai dan taufan. Keadaan ini memerlukan seorang suami dan seorang isteri untuk saling bermuhasabah, membuat peniaian diri dari semasa ke semasa. Kebaikan yang dibebankan untuk menjadi jaminan kebahagian sebuah rumahtangga, kebaikan itu boleh pudar ditelan masa dan rasa.

Ditelan kehidupan yang sibuk…

Ditelan rasa jemu…

Rumahtangga dipertahankan, tetapi tanpa keghairahan dan kehangatan perasaan…




BERMUHASABAH

Mudah cerita, anggap sahaja semua orang kita ini fitrahnya tidak boleh membuka mulut bercakap tentang rumahtangga apabila berdepan dengan pasangan masing-masing. Kita bangsa yang bukan adatnya biasa menyebut I love you! Kita bangsa yang bijak memendam rasa. Segalanya dipendam dan diperam hingga menjadi dendam.

Susah benar untuk berkomunikasi, meluahkan isi hati dan kepala, membincangkan masalah dan meneroka penyelesaian. Itulah kita.

Tetapi jika kita sama-sama sedar bahawa pasangan masing-masing susah untuk berbincang, maka jadikanlah perbincangan itu sebagai suatu peningkatan yang mahu dicapai sejajar dengan rumahtangga yang menuju usia matang. Berjuanglah memperbaiki diri agar akhirnya terhasil upaya berbincang, kerana itulah SATU-SATUnya pelampung keselamatan di bahtera taufan kehidupan berumahtangga.

Usahakan perbincangan. Jadikan ia suatu cita-cita. Cairkan kebekuan dan kebisuan suami, didiklah isteri agar amuk dan rajuknya boleh diheret ke sebuah perbincangan.

MARAH VS BENCI

“Soalnya bagaimana, ustaz?”, tanya seorang teman.

“Pisahkan antara MARAH dan BENCI”, itu yang terdaya saya katakan.

Ya, jangan disembunyikan kemarahan. Suami berhak untuk marah kepada isteri. Isteri juga jangan simpan dan pendam marahnya terhadap suami. Meluahkan kemarahan dengan sebuah pertengkaran adalah jauh lebih sihat dari memendam lagi berdendam. Tetapi dalam pertengkaran itu, janganlah luahan kemarahan bertukar menjadi kebencian. Janganlah dibenci isteri yang sedang mengamuk, atau suami yang sedang membatu.

“Bagaimana mahu dibezakan di antara MARAH dan BENCI?”, soal sahabat saya ini lagi.

Syukur juga sesekali mendapat regu berbual tentang hal-hal sebegini.

“Marah itu adalah luahan rasa tidak puas hati dengan mengharapkan perubahan. Manakala benci pula adalah luahan rasa tidak puas hati tanpa mengharapkan perubahan. Putus asa dengan pasangan!”, saya menyambung bicara.

Sungguh tipis beza di antara MARAH dan BENCI. Namun untuk dibezakan antara keduanya, kembalilah kita kepada menyoal diri. Apakah yang dituntut semasa pertengkaran berlaku? Apakah luahan rasa tidak puas hati yang tidak tentu hala atau suatu proses yang meletakkan perubahan sebagai hasil yang diharapkan.

TANDA PUTUS ASA

Hilang harapan yang menjadikan pertengkaran itu suatu kebencian dan bukan lagi kemarahan, ada tanda-tandanya.

“Emm, tak apalah. Dah awak cakap macam tu, saya terima sahajalah!”, kata si isteri semasa membalas cakap suami.

“Kalau tak kerana anak-anak, tak tahulah apa yang saya akan buat. Sebab kesiankan mereka sahajalah saya bertahan seperti ini”, balas si suami.

Kedua-dua ayat ini adalah ayat putus asa. Ayat yang sudah tidak terkandung di dalamnya sebarang harapan. Persamaan di antara kedua-dua ayat ini ialah suami dan isteri memberhentikan proses berbincang sebelum sampai kepada penyelesaian. Membiarkan krisis antara mereka terbantut dan menjadi sampah yang disapu ke bawah karpet!

Sesungguhnya tatkala seorang suami dan isteri tiba kepada perbalahan yang kritikal seperti ini, ingatlah suatu perkara…tanyalah dengan jujur dan ikhlas ke dalam diri masing-masing APAKAH TIADA LAGI CINTA? Kenangkan kembali saat-saat cincin disarung ke jari, tatkala bibir suami mengucup dahi isteri… apakah semua itu sudah tiada makna? Saat melafazkan “AKU TERIMA NIKAHNYA”, rasakan kembali perasaan hati tatkala menyebut nama wanita yang melengkapkan ayat itu…

Moga pertengkaran hanya sebuah kemarahan, dan bukan kebencian.

BERASA CUKUP

Tatkala seorang suami berasa bahawa dirinya sudah melakukan yang terbaik, jangan sekali-kali usahanya dihentikan setakat ini. Usaha itu harus berterusan, bukan sahaja untuk melangsaikan tanggungjawab yang terpikul di bahu sendiri, malah untuk berdepan dengan dugaan kufr al-’asheer, yang diisyaratkan oleh Nabi SAW di dalam Sahih al-Bukhari, hadith ke-29:



“Diperlihatkan kepadaku Neraka, sesungguhnya kebanyakan penghuninya adalah wanita, mereka itu mengkufuri”. Lalu Baginda SAW ditanya: apakah mereka itu mengkufuri Allah? Rasulullah SAW menjawab, “mereka itu mengkufuri suami (atau nikmat-nikmat berumahtangga), dan mereka mengkufuri Ihsan. Tatkala kamu melakukan yang terbaik kepada salah seorang daripada mereka sepanjang tahun, tetapi kemudiannya dia melihat sesuatu yang tidak kena padamu, nescaya dia akan berkata (kepada suaminya): aku tidak nampak satu apa pun kebaikan padamu!”

Biar sebaik mana pun usaha suami, ada pula kecenderungan isteri untuk menafikannya. Ia disebut sebagai kufr al-’asheer!

Bukanlah soal jantina mana yang ramai di Neraka itu yang harus dipersoalkan. Tetapi apa yang lebih digusarkan adalah sebab yang menghantar kita ke Neraka itu sendiri. Baginda SAW mengungkapkannya sebagai ulasan terhadap kecenderungan ramai wanita yang mengkufuri suaminya.

Mengkufuri suami?

Ya, iaitulah penafian yang dibuat oleh seorang isteri terhadap usaha sang suami.Usaha yang diistilahkan sebagai Ihsan… iaitu usaha terbaik seorang suami. Pelbagai usaha, dilakukan oleh seorang suami untuk memperbaiki kelemahan dirinya sebagai suami dan ayah. Tetapi dek kerana satu perkara yang tidak kena, Rasulullah SAW menyebut bahawa mudah sangat untuk seorang perempuan berkata kepada suaminya, “aku tidak nampak satu apa pun kebaikan padamu!”

Teladannya, wahai suami, sentiasalah berlaku Ihsan, memberikan yang terbaik, dan terus bertanding dengan diri sendiri untuk mengatasi terbaik yang telah dilakukan sebelum ini. Namun bersabarlah andai isteri terlupa menghargainya. Jangan dibiarkan isteri berada dalam keburukan dengan membiarkan dirinya tenggelam dalam prasangka itu, kerana ia menjadi asbab seorang isteri terhumban ke neraka. Sebaliknya tenangkanlah dia, pegang tangannya, dan ajaklah dia kepada sifat syukur. Bagaimana mungkin seorang suami boleh bersabar dengan isteri yang melupakan kebaikannya?

Sifirnya mudah, buatnya payah… renungilah firman Allah:

“Dan sedikit sahaja dari kalangan hamba-Ku yang bersyukur” (Saba 34: 13)

Benar sekali, setelah begitu banyak kebaikan yang Allah curahkan kepada manusia, sedikit sahaja yang mahu berterima kasih kepada-Nya. Maka bagaimana pula kita, hamba Allah yang kerdil ini, boleh tidak lena malam hanya kerana jasanya tidak dikenang seseorang. Ingatkanlah kembali diri dan isteri, bahawa kita ini hamba-Nya.

KELEBIHAN SEBUAH PERMULAAN




“Habis, kalau kahwin dengan orang beragama pun banyak ragamnya, apa faedah berkahwin kerana nilai agama?”, perbualan kami menjadi semakin rancak.

Soalan ini penting. Jika tidak dijawab dengan baik, akan hilang kesediaan orang untuk bersusah payah memilih pasangan hidup atas faktor agama.

Namun bagi saya, sebuah rumahtangga yang bermula dengan baik, tetap ada kelebihannya. Tatkala segala badai dan pancaroba melanda, andai rumahtangga yang dahulunya dibina atas semangat dakwah, kini tersasar akibat kecuaian dan tekanan persekitaran dan masa, rumah tangga ini mudah mencari jalan pulang. Setelah mereka pernah sama-sama bahagia di awal jalan yang bersih dan indah dalam kehidupan beragama, pasti sejauh mana sekali pun rumahtangga itu tersasar, ia tetap jelas mencari JALAN PULANG.

Malah, ia menjadi sinar harapan. Bahawa suami dan isteri pernah soleh dan pernah solehah. Potensi itu ada, rujukannya masih segar di minda dan jiwa. Mudah-mudahan luput keraguan dari suami terhadap isteri, dari isteri terhadap suami… bahawa kedua-duanya berpotensi untuk KEMBALI. Pulang ke asal yang baik itu.

Permulaan yang baik itulah juga rujukan Syariatullah dan Sunnatullah. Sebagaimana rumahtangga di hari-hari pertama terhias dengan segala nikmat solat berjemaah bersama, mengaji al-Quran bersama, makan bersama dan pergi ke majlis ilmu bersama, kembalikanlah rumahtangga yang goyah itu kepada apa yang kita sendiri pernah rasai.

Begitu juga kerana nilai kasih sayang, seorang suami dan seorang isteri bisa membuka auratnya untuk ditatap pasangan yang baru dihalalkan, hidupkanlah kembali nilai kasih sayang yang sama untuk masing-masing membuka kelemahan dan keaiban diri, mengiktiraf kekurangan di depan pasangan yang sudah lama dinikahi…

Demi sebuah keredhaan Allah.

RUMAHTANGGA MEDAN BERJUANG

Terimalah rumahtangga sebagai sebuah medan perjuangan. Penyertaan kita ke dalamnya dengan segala kelengkapan, bukanlah jaminan kepada kemenangan. Kita tidak tahu apakah bentuk musuh yang bakal menyerang, tidak pasti bagaimanakah peritnya pertempuran yang bakal melanda. Namun sekurang-kurangnya dengan persediaan yang baik di sebuah permulaan, doa kita kepada-Nya tidak palsu kerana ia dilafaz selepas USAHA.

Sesungguhnya permulaan yang baik, bukanlah suatu jaminan. Ia hanya sebuah permulaan…

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Hadiah Terbaik Dari Isteriku

“Abang, Na nak tanya sikit ya. Abang jangan marah pula”, kata isteri saya pada suatu petang.



“Tanyalah. Kenapa abang nak marah pula?”, saya tersenyum.

“Masa abang baca pujian-pujian pembaca di ruangan komen Saifulislam.Com tu, apa perasaan abang?”, tanya isteri saya.

“Hmm… abang bosan sebenarnya. Sebab itu abang tak pernah komen atau balas mana-mana mesej yang sekadar memuji.”, saya menjawab.

“Komen macam mana yang abang prefer?”, tanya isteri saya lagi.

“Abang tak berminat dengan komen yang sekadar menyokong. Kalau boleh nyatakanlah sebab sokongan. Sejauh mana benarnya artikel abang yang disokongnya itu. Abang juga harap komen yang mengkritik. Tapi kritikan itu, biarlah membina lagi ada adab sopannya”, saya menyambung.

“Sopan macam mana?”, isteri saya menyoal.

“Islam dan adat Melayu kita bukan sahaja mengajar kita berbahasa semasa memuji, malah bersopan semasa ‘mengeji’. Maksud abang, sokong pun ada bahasanya. Tak sokong pun ada caranya”, saya menambah lagi.

“Oklah kalau macam tu”, isteri saya semacam sampai kepada suatu kesimpulan.

“Kenapa Na cakap macam tu? I mean, kenapa Na tanya soalan ni at the first place?”, saya kehairanan.

Isteri saya tersenyum.

Dia bimbang saya termakan pujian. Takut pujian-pujian itu memakan diri. Lupa pada kelemahan hingga lena tidur didodoi pujian dan sokongan.

“Na takut tengok kawan-kawan abang yang sesetengah tu. Bagi yang jadi tukang kempen parti politik tu, atau bermewah dan bermegah hasil mengubah prinsip hidup… itu satu hal. Tetapi yang sudah mewah, popular, apa peranan seorang isteri apabila suaminya duduk di puncak?”, isteri saya menampakkan kegusaran wajah.

“Entahlah… kalau isteri tidak menari rentak yang sama, tentu tertekan melihat suami berubah arah. Suami pula memandu kehidupan tanpa peduli pandangan isteri. Hmm…”, saya pun bimbang sama.

“Bukan apa, kalau dulu-dulu abang ada beberapa orang kawan yang berani menegur dan point out kesalahan abang. Sekarang ada lagi ke?”, tanya isteri saya lagi.

HIDUP DILAMBUNG KEJAYAAN DAN PUJIAN

Ya, bukan mudah hidup bertilamkan kejayaan dan berselimutkan puji-pujian. Kehidupan seperti ini amat memerlukan sahabat sejati yang sanggup menegur kesalahan diri.

Saya akui, semenjak kecil saya sering hidup dilambung puji-pujian. Semenjak hari pertama melangkah ke alam sekolah, saya sudah biasa mencapai yang terbaik. Setiap hujung tahun naik ke pentas menerima pelbagai anugerah, termasuklah kemuncaknya semasa di Darjah 6, saya menerima anugerah istimewa Dato’ Leong Ah Kau, iaitu anugerah berprestij untuk pelajar cemerlang di Ipoh. Julung-julung kali murid Melayu mendapat anugerah itu.

Semasa di sekolah menengah pun sama juga. Kejayaan demi kejayaan, naik ke pentas setiap tahun, mudah sekali untuk saya menjadi manusia yang lupa diri.

Namun syukur juga kerana Allah tidak membiarkan graf hidup saya lurus sentiasa. Saya banyak menerima ujian. Sebahagiannya tidak tergamak saya nukilkan dalam bentuk tulisan. Sekadar kenangan pahit yang rapi tersimpan.

Kepahitan-kepahitan itu amat membantu saya untuk tidak mudah lupa diri.

MENGUSAHAKAN KERENDAHAN DIRI

Malah, keputusan saya untuk bekerja membasuh pinggan dan mangkuk tandas semasa di London, adalah sebahagian usaha saya untuk belajar ‘menurunkan’ hidung dan muka dari puncak ke tanah manusia. Belajar jadi manusia dan benarkan diri dicederakan oleh realiti.

Perasaan merendah diri tidak datang sendiri. Ia mesti diasah pada jalan mujahadah.

Dan memiliki sahabat yang sanggup menegur salah, adalah kurniaan Allah agar kita kekal di jalan redha dan maghfirah.

“Entahlah Na. Sekarang ini, kawan-kawan itu sudah sibuk dengan kehidupan masing-masing. Isterilah yang kena main peranan. Jangan diiyakan sahaja semua keputusan suami”, saya tersenyum.

“Abang tak kisah kalau Na berperanan begitu?”, beliau mahukan kepastian.

“Itulah hikmah hidup ada suami ada isteri. Bukan hanya berkongsi kejayaan, malah bersama mengelak kegagalan. Lupa pada kelemahan, adalah sebuah kegagalan”, saya menyusun kata-kata dan benar-benar memaksudkannya.

Kereta meluncur laju di lebuh raya. Kami saling terdiam merenung ke hadapan. Mata di kepala membaca jalan raya dan hamparan bumi yang indah terbentang. Mata di hati menyelami tafakkur kami pada masa depan yang mendatang.

Syukur dan puji hanya untuk-Mu ya Allah.

Semoga isteri dan sahabat yang membimbing, lebih terkesan kepada hidupku, dari pujian sang manusia kepada manusia tanah sepertiku… Ameen.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur