? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, September 29, 2010

Rukhsah dalam ibadah

Dalam kehidupan, kadang-kala kita terpaksa atau perlu membuat pilihan. Pilihan tersebut terpaksa atau perlu dibuat mengikut kemampuan dan keterbatasan yang dihadapi.

Islam bukanlah agama yang zalim. Islam itu mudah dan mempermudahkan penganutnya untuk mempraktikkan Islam.

Islam meraikan suasana dan keadaan manusia yang berbeza kemampuannya antara satu sama lain. Oleh sebab itu, Islam tidak mewajibkan membayar zakat kecuali bagi harta yang telah mencapai nisab dan haul.

Begitu juga tidak diwajibkan seseorang itu untuk menunaikan haji kecuali telah mencapai tahap kemampuan yang sewajarnya (istitho'ah). Ia berdasarkan firman Allah SWT: Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan haji ke Baitullah bagi sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya. (ali-'Imran: 97).

Ahli Majlis Fatwa al-Lajnatu al-Da'imatu Lilbuhusi al-Ilmiyyati wa al-Ifta' berpandangan bahawa, kemampuan dalam haji ialah sihat dari segi fizikal, memiliki kenderaan yang boleh sampai ke sana serta mempunyai bekalan yang mencukupi baginya untuk pergi dan balik dengan syarat bekalan itu melebihi daripada sara hidup mereka yang di bawah tanggungannya sehingga dia pulang dari mengerjakan haji.

Islam juga mewajibkan jihad kepada mereka yang berkemampuan dan mencukupi syarat-syaratnya. Bahkan, Allah SWT membezakan orang yang berjihad dengan orang tidak turut berjihad dan memuliakan mereka yang berjihad dengan firman-Nya: Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berjihad) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang mempunyai keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. (an-Nisa': 95)

Namun begitu, Allah SWT memberi pengecualian kepada mereka yang berada dalam keadaan keuzuran untuk tidak menyertai barisan jihad mempertahankan agama dengan firman-Nya ….kecuali orang-orang yang mempunyai keuzuran.

Rukhsah bermaksud keringanan yang diberikan oleh Allah SWT dalam keadaan-keadaan tertentu. Ia juga bermaksud hukum syarak yang diberi pengecualian disebabkan keuzuran yang berat, sebagai pengecualian dari hukum asal. Secara umumnya, terdapat tujuh jenis rukhsah.

0 comments: