? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, September 7, 2010

Dua Blok Iskandar Zulkarnain



Baru-baru ini PTS Publication telah menerbitkan satu lagi buku yang dikira menjadi hits iaitu Alexander Adalah Zulkarnain. Buku yang tajuknya berunsurkan penegasan teori ini ditulis oleh seorang penulis bestseller dari Indonesia iaitu Muhammad Alexander.


Buku ini sudah pasti membawa hujah-hujah yang tersendiri dalam mendepani blok teori yang mengatakan Alexander The Great bukan Iskandar Zulkarnain. Blok teori pertama ini pernah diterbitkan oleh PTS sendiri pada April 2009 lepas dengan tajuk Benarkah Iskandar Bukan Alexander?

Terbitnya dua blok teori ini bukanlah bermaksud berkembangnya persilihan pendapat yang kronik tetapi ia merupakan tanda-tanda berlakunya percambahan ilmu secara sihat dan positif disamping membentuk mekanisme perdebatan yang sangat ilmiah.

Kewujudan dua blok pemikiran yang berpegang di atas hujah masing-masing ini juga akan memberi ruang perbincangan forum-forum di internet sarat dengan pelbagai ilmu yang konkrit dan kontemporari.

Apa yang perlu ditekankan di sini ialah sejauh mana para pembaca akan membentuk blok-blok pemikiran tersebut dan bagaimana mereka membawa sokongan mereka terhadap hujah-hujah yang dikemukan oleh dua penulis hebat ini.
Sebaik-baiknya di dalam menerima hujah kedua-dua penulis ini para pembaca haruslah berpemikiran demikian:

Menerima kedua-dua hujah sebagai ijtihad penulis dalam kajian masing-masing.
Pembaca tidak boleh mengatakan salah seorang penulis tidak tepat atau tidak betul. Apabila kita mengatakan seorang betul dan seorang lagi tidak, ia seolah-olah kita telah melantik diri kita sebagai hakim dalam satu perdebatan sedangkan di tangan kita tiada satu kajian pun yang dibuat terhadap isu-isu tersebut.
Tidak membentuk blok-blok penyokong yang ekstrem yang menghentam kredibiliti penulis-penulis tersebut di dalam blog-blog. Persoalan setuju atau tidak boleh diketengahkan tetapi dalam menyatakan pendapat itu haruslah ia disulami dengan rasa rendah diri, berhemah dan berfikiran terbuka.
Ia sama halnya dengan perdebatan hal ehwal Dajjal, walaupun blog ini menetapkan pendirian bahawa Dajjal itu manusia dengan pelbagai hujah-hujah berlandaskan Al-Quran tetapi pendapat yang menyatakan sebaliknya harus juga dihormati kerana pendapat-pendapat itu tetap merujuk kepada nas-nas Al-Quran dan hadith. Perkara ini telah pun kami bentangnya dalam artikel terdahulu.

Perbezaan pendapat satu perkara yang biasa malah di dalam perbahasan fiqh Islam, Imam Syafie juga berbeza pendapat dengan Imam Malik dalam pelbagai hal misalnya soal memakan daging gajah. Imam Syafie berpendapat gajah tidak boleh dimakan atas alasan ia mempunyai gading manakala Imam Malik berpendapat sebaliknya tetapi wajib terlebih dahulu disembelih.

Perbezaan pendapat ini dihujahkan melalui kitab-kitab fiqh mereka yang masyur itu. Manakala soal pendapat mana harus diikut adalah berasaskan ulama-ulama yang mentafsirkan kitab-kitab mereka.

(moga ruh kedua-duanya dirahmati Allah SWT)

Malah kedua-dua buku ini juga mempamerkan perdebatan yang sangat sihat dalam membentangkan hujah masing-masing. Memandangkan ia persoalan yang bersangkutan rahsia cerita-cerita dari Al-Quran maka kami sukacita menggalakkan para pembaca budiman mendapatkan kedua-dua buku ini di pasaran.

Wallahu’alam ...

0 comments: