? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, June 25, 2008

HURAIAN PENGENALAN SYIAH

Adakah harus seseorang islam berpegang kepada pendapat mazhab yang lain dari mazhab Ahli sunnah waljamaah dalam soal iktikad?. >>alam soal iktikad tidak dinamakan mazhab,bahkan dinamakan puak.Pendapat puak2 yang lain dari puak Ahli sunnah Waljammaah dalam masaalah iktikad saperti puak jabariah,kadariah,muktazilah dan lainnya adalah kebanyakannya menyelweng dari iktikad yang sebenar2 menurut Al-Quran dan hadis dan yang dipegang oleh para sahabat dan tabiin.Oleh itu tidaklah harus bagi seseorang Islam berpegang kepada pendapat puak-puak yang lain.Junjungan kita nabi MUhammad s.a.w pernah bersabda maksudnya: >>umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga puak,kesemuanya dalam neraka,melainkan satu puak sahaja yang selamat,iaitu puak yang mengikut jalanku dan sahabat-sahabatku. >>soal iktikad adalah berlainan dari soal ibadat dan hukum-hakam kerana iktikad adalah soal pokok yang mesti diyakini dengan putusnya,tidak boleh diterima sesuatu pendapat yang disangka-sangkakan benarnya sahaja.Pendapat Ahli Sunnah adalah merupakan pendapat yang dipegang oleh golongan sahabat-sahabat.Tabiin dan juga oleh tokoh-tokoh ulamak yang terkemuka ditiap-tiap zaman. >>puak-puak yang lain dari Ahli Sunnah Waljamaah itu ada yang banyak penyelewengannya hingga terkeluar dari landasan Islam,dan ada pula yang tidak banyak penyelewengannya maka dinamakan ahli bidaah sahaja saperti Al-muktazilah dan mereka tidaklah dihukum keluar dari landasan Islam..

Siapakah pengasas puak Ahli Sunnah Waljamaah dan kerana apakah dinamakan puaknya dengan nama tersebut? >>>Pengasas puak Ahli Sunnah Waljamaah ialah Al-Syeikh Abu Hassan Al-Asyari yang wafat pada tahun 324 hijrah dan As-Syeikh Abu Mansur Al-Maturidi yang hidup dalam zaman yang sama.Dua orang tokok inilah yang mengaturkan masalah-masalah iktikad dan mengembalikan penyelewengan yang dibuat oleh pengikut-pengikut puak muktazilah dan lainnya kepada iktikad yang berdasarkan Al-Quran dan sunnah nabi serta dipegang oleh golongan yang terbesar dari sahabat -sahabat nabi s.a.w. >>puak muktazilah walaupun telah memainkan peranan yang penting untuk mempertahankan akidah dari dihancurkan oleh musuh-musuh Islam dengan menggunakan segala hujjah dan lojik yang diterjemahkan daripada bahasa greek,tetapi puak ini pada akhirnya telah melampaui hingga meletakkan nilai akal lebih dari nilai syarak.Dari segi itu timbullah beberapa penyelewengan dalam soal-soal iktikad.sebagai tindak balas dari gerakkan muktazilah yang melulu itulah tampilnya Abu Hasan Al-Asyari dan Abu Mansur Al-Maturidi untuk menegak kembali iktikad yang berdasarkan Quran dan untuk Hadis yang telah dipegang oleh sahabat dab tabiin dahulunya. >>>Adapun sebab puaknya dinamakan puak Ahli Sunnah Waljamaah ialah kerana puak inilah berseru kembali kepada sunnah nabi dan kepada pegangan Jammatul Muslimin tidak hanya mengagungkan akal yang berdasakan lojik-lojik orang Greek sahaja.

Silsilah IMAM_IMAM KAUM SYI'AH Kaum syi'ah berpendapat dan beryakinan bahawa silsiliah imam-imam itu adalah; 1.Saidina Ali bin Abi Thalib. 2.Saidina Hasan bin Ali bin abi thalib(wafat 50h) 3.Saidina hussein bin Ali Abi Thalib(wafat 61h) 4.Ali zainal abidin bin hussein bin Ali bin Abi Thalib(wafat94h.) 5.Mohd Al baqir bin Ali zainal abidin(wafat 117h) 6.Ja'far shaddiz bin muhammad al baqir(wafat 148h.) 7.Musa al kazhim bin Ja'far shaddiq(wafat202h) 8.Ali redha bin musa al kazhim(wafat 202h.) 9.Muhammad al jawwad bin ali redha(wafat 254h.) 10.Ali biin muhammad bin ali redha(wafat254h.) 11.hasan bin Ali bin muhammad al askari(wafat260h) 12.muhammad bin hassan al mahdi(lenyap 260h.) Inilah susunan silsilah imam kaum syi'ah 12,sebagai yang disiarkan oleh majalah kaum syi'ah di najaf iraq,"najatul muslimin". >>Imam yang ke12,itulah Imam mahdi yang ditunggu-tunggu akan lahir membawa keadilan dan kebenaran pada akhir zaman oleh kaum syi'ah.menurut kepercayaan kaum syi'ah imam yang ke12 ini tidak mati,melainkan lenyap bersembunyi disesuatu tempat persembunyian disebuah rumah dikota samara'(iraq)dan lenyap sampai sekarang tidak diketahui dimana tempat tinggalnya.. >>menurut kepercayan kaum syi'ah beliau ini pada waktu berusia dibawah umur,menerima wasiat dari bapanya untuk menjadi imam.bapanya meninggal dan ia bersembunyi. >>menurut faham syi'ah ai akan lahir kedunia untuk menegakkan akan kebenaran akan menghukum sekalian orang yang tidak menerima fahaman syi'ah. >>kaum syi'ah di samara'sampai waktu sekarang tiap malam berkumpul suatu lobang dalam rumah itu dan memanggil-manggil agar imam itu lekas ke luar,kerana dunia sekarang sudah dipenuhi kezaliman..

SAidina Ali kw,bukan imam kaum syi'ah. >>Saidina Ali Kw dan siti fatimah Rda,hasan dan hussien(cucu-cucu nabi)dan Abbas muthalib bukanlah kaum syi'ah kerana beliau itu tidak sefaham dengan kaum syi'ah. Sejarah telah membuktikan: 1.saidina 'Ali Kw,dan siti fatimah Rda,ikut membai'ah(mengangkat)saidina abu bakar menjadi khalifah yang pertama,walaupun agak sedikit terlambat. 2.saidina 'ali kw ikut membai'ah khalifah yang kedua,yaitu saidina umar bin khatab rda. 3.saidina 'Ali kw ikut membai'ah saidina utsman,khalifah yang ketiga,walaupun beliau termasuk salah seorang calon untuk itu dan termasuk salah seorang anggota pemilih. beliau tidak mencalonkan dirinya dan tidak memilih dirinya.andaikata ada wasiat nabi muhammad s.a.w. kepadanya,bahawa yang harus menjadi khalifah sesudah nabi wafat adalah ia sendiri tentulah beliau tidak akan membai'ah saidina abu bakar,umar dan utsman rda. >>Andaikata ada wasiat itu tentulah beliau kemukakan kepada sahabat-sahabat yang berkumpul disaqifah bani sa'idah uuntuk memilih khalifah yang pertama. >>saidina Ali kw,mengetahui bahawa nabi muhammad s.a.w. sebelum wafat tidak ada berwasiat bahawa khalifah sesudah beliau meninggal adalah 'Ali >>alam kitab hadiths bukhari,yaitu kitab yang dianggap oleh ummat islam sebagai kitab yang kedua sesudah Al-Quran tersebut begini: yang bermaksud:dari sahabat nabi ibnu 'abbas,beliau mengabarkan,bahawasnya 'Ali bin Abi thalib keluar dari rumah nabi ketika beliau sakit akan wafat,maka orang bertanya kepada saidina 'Ali:bagaimana keadaan Rasulullahsaidina 'Ali menjawab :Alhamdulillah,beliau beransur sembuh.pada ketika itu dipegang tangan saidina ali oleh saidina Abbas bin Abdul muthalib,lalu beliau berkata:"Engkau sesudah tiga hari lagi akan menjadi "hamba tongkat"(akan diperintah orang lain)demi Allah saya tahu bahawa Rasulullah akan wafat dalam sakit ini,saya tahu keadaan muka anak-anak Abdul muthalib pada ketika akan wafat.ayuh mari kita masuk kembali kepada Rasulullah dan kita tanyakan kepada beliau siapakah gerangan yanh akan memegang jabatan ini sesudah beliau meninggal.kalau kepada kita diserahkan maka kita sudah tahu dan kalau kepada orang lain maka kita pun sudah tahu atau (kita desak)beliau mewasiatkan untuk kita. >>Saidina Ali menjawab:kalau kita minta dan nabi tidak memberikannya maka jabatan ini selamanya tidak akan diberikan orang kepada kita,demi Allah saya tidak akan memintanya kepada Rasulullah"(hadits sahih riwayat imam bukhari,(lihat fathul bari juz9,pg20 >>Nyatalah dalam keterangan yang disebutkan dalam kitab bukhari ini,bahawa 'Ali tak pernah menerima wasiat dari Nabi untuk menjadi khalifah,bahawa Nabi tak pernah menunjuk saidina 'Ali sebagai khalifah yang pertama,bahawa 'Ali,Abbas dan Ibnu 'Abbas(karib-karib nabi yang terdekat)tidak pernah meminta-minta jabatan khalifah kepada nabi. >.Dapat juga dipetik dari keterangan ini,bahawa saidina 'Ali bukanlah orang yang berfaham serupa Syia'h yang mei'iitiqadkan bahawa jabatan imam adalah dari tunjukan nabi,dan bahawa beliau ditunjuk oleh nabi untuk jabatan itu. >>kerana itu dapat disimpulkan bahawa saidina 'Ali bukan penganut fahaman Syia'ah,bukan termasuk golongan Syia'ah,dan bukan Imam kaum Syia'h saja,tetapi juga Imam kaum Ahlussunnah wal Jama'ah dalam arti yang luas.

0 comments: