Dari Abi Abdir Rahman Abdillah bin Mas’ud r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda –dialah yang benar lagi dibenarkan -; Sesungguhnya, tiap-tiap kalian dikumpulkan penciptaannya di dalam rahim ibunya selama 40 hari berupa nuthfah (segumpal darah) , kemudian menjadi ‘alaqah selama itu juga, kemudian menjadi mudhghah (segumpal daging) selama itu juga, kemudian diutuskan malaikat untuk meniupkan roh padanya. Lalu diperintahkan untuk menuliskan empat perkara; rezekinya, ajalnya, amalnya dan celaka atau bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selainNya, ada seseorang di antara kalian mengerjakan amalan ahli syurga, sehingga tidak ada jarak antara dirinya dan syurga kecuali sehasta sahaja. Maka dahululah atasnya takdir Allah, lalu dia melakukan perbuatan ahli neraka. Ada seseorang di antara kalian mengerjakan amalan ahli neraka, sehingga tidak ada lagi jarak antara dirinya dan neraka kecuali sehasta sahaja. Maka dahululah ketentuan Allah, lalu dia melakukan perbuatan ahli syurga, diapun masuk ke dalam syurga.( HR al-Bukhari dan Muslim )
HURAIAN
Kalimat “dan beliaulah yang selalu benar dan yang dibenarkan” maksudnya adalah bahawa Rasulullah s.a.w. adalah orang yang selalu benar dan apa yang turun kepada beliau adalah benar-benar wahyu Allah. Sebahagian ulama berkata: “Maksud kalimat ‘sesungguhnya setiap orang di antara kamu dikumpulkan kejadiannya di dalam rahim ibunya” iaitu air mani yang memancar ke dalam rahim, lalu Allah pertemukan di dalam rahim tersebut selama masa empat puluh hari.”
Diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa dia mentafsirkan kalimat di atas dengan menyatakan: “Nuthfah yang dipancarkan ke dalam rahim bila Allah mengkehendaki untuk dijadikan seorang manusia, maka nuthfah tersebut mengalir pada seluruh pembuluh darah perempuan sampai kepada kuku dan rambut kepalanya, kemudian tinggal selama empat puluh hari, lalu berubah menjadi darah yang tinggal di dalam rahim. Itulah yang dimaksud dengan “Allah mengumpulkannya”. Setelah empat puluh hari, nuthfah kemudian menjadi ‘alaqah (segumpal drah).”
Kalimat “kemudian diutus malaikat kepadanya” iaitu malaikat yang mengurus rahim.
Kalimat “sesungguhnya ada seseorang di antara kamu melakukan amalan ahli syurga...” secara jelasnya menunjukkan bahawa orang tersebut melakukan amalan yang benar dan amal itu mendekatkan pelakunya ke syurga sehingga dia hampir dapat masuk ke syurga dengan jarak yang terlalu hampir iaitu kurang satu hasta. Malangnya dia terhalang untuk memasukinya kerana takdir yang telah ditetapkan bagi dirinya di akhir masa hayatnya dengan melakukan perbuatan ahli neraka. Dengan demikian, perhitungan semua amal baik itu tergantung pada apa yang telah dilakukannya. Akan tetapi, bila ternyata pada akhirnya tertutup dengan amal buruk, maka seperti yang dikatakan pada sebuah Hadis:
“segala amal perbuatan itu perhitungannya tergantung pada amal terakhirnya.”
Maksudnya, perkara seperti ini terbatas buat orang-orang tertentu dan keadaan tertentu sahaja.
Adapun Hadis yang disebut Imam Muslim dalam Kitabul Iman dari Kitab Sahihnya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Seseorang melakukan amalan ahli syurga dalam pandangan manusia, tetapi sebenarnya dia adalah ahli neraka,”
Ini menunjukkan bahawa perbuatan yang dilakukannya itu pada dasarnya tidak benar. Dia melakukannya dengan riyak semata-mata untuk mendapat pujian atau terkenal. Hadis tersebut menunjukkan bahawa seseorang itu mesti memantau niatnya agar sentiasa ikhlas bukan zahir perbuatannya semata-mata untuk dinilai orang bahwa dia ikhlas.Kita perlu menanamkan dalam diri kita bahwa orang yang selamat dari riya’ adalah semata-mata kerana kurnia dan rahmat Allah.
Kalimah “maka demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya ada seseorang di antara kamu melakukan amal ahli syurga... lalu dia melakukan amalan ahli neraka sehingga dia masuk ke dalamnya”, maksudnya bahawa hal seperti ini sangat jarang dan bukan merupakan hal yang umum. Perkara ini disebabkan kemurahan, keluasan, dan rahmat Allah kepada manusia sehingga yang lebih banyak terjadi adalah manusia sehingga yang lebih banyak terjadi adalah orang yang tidak baik berubah menjadi baik, tetapi sangat jarang orang yang baik berubah menjadi tidak baik. Segala puji dan kurniaan adalah milik Allah semata.
Kalimat “rahmat-Ku mendahului kemurkaan-Ku” adalah menunjukkan adanya kepastian takdir sebagaimana telah menjadi pendirian ahli sunnah bahawa segala kejadian berlangsung dengan ketetapan Allah dan takdir-Nya, dalam hal kebaikan atau keburukan, juga dalam hal yang bermanfaat atau berbahaya.Ini selari dengan firman Allah:
“Dan Ddiatidak diminta bertanggungjawab atas segala tindakan-Nya tetapi mereka akan diminta tanggungjawab.” (Al Anbiya’ (21) ayat 23)
Sunday, February 1, 2009
YA ALLAH PERELOKKANLAH KESUDAHAN HIDUPKU
Posted by Allahyarham achit at 10:11 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment