? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, February 25, 2009

Common Sense: Kebiasaan Yang Kini Luar Biasa

“Assalamualaikum. Saya nak tanya, baru-baru ini saya ada ke hospital untuk membuat pemeriksaan kerana ada sedikit bintil di bahagian lengan. Kata doktor itu, ia masalah kelenjar. Apa yang pelik, ketika doktor itu membuat pemeriksaan, dia menanggalkan pakaian saya. Ketika itu hanya kami berdua dalam bilik tersebut. Saya tidak mengesyaki apa-apa. Doktor tersebut ada menggesel alat sulit saya dan berkata sedap kalau kahwin. Saya terkedu… adakah ini dibenarkan dalam etika kedoktoran?” tanya seorang pengunjung di blog ummusaif.com

Saya hampir pitam membacanya.

Bukan pitam akibat perbuatan doktor ‘bangsat’ itu. Tetapi kaget dengan ‘reaksi’ yang ditunjukkan oleh si mangsa. Mempersoalkan kewajaran tindakan doktor tersebut berbuat demikian? Apakah ini soalan yang selayaknya ditanya oleh seorang mangsa seperti beliau.

Apakah dia tidak sedar bahawa dirinya telah dicabul?




Apa faedahnya untuk dipersoalkan etika profesionalisma seorang doktor. Ia bukan lagi soal etika, tetapi ia adalah jenayah yang amat jelas dan berat. Berat sekali!

“Doktor tersebut telah menghantar sms ke telefon saya dengan bahasa-bahasa yang cuba menggoda saya. Saya telah membalas sms tersebut, menasihatinya supaya menghentikan perbuatan seperti itu. Saya berasa sangat sedih. Semua sms doktor tersebut telah saya padam!” tambah si mangsa sebagai reaksi kepada bom tangan yang saya lontarkan kepadanya.

Bom tangan kerana saya ‘menjerit’ di kotak jerit bahawa, “ketahuilah, bahawa kamu telah dicabul!”

Namun reaksi yang saya dapat ialah sebuah kesedihan, dan pengakuan bahawa bukti-bukti penting perbuatan doktor tersebut ke atasnya telah dipadam.

MENGGANGGU FIKIRAN

Kejadian berkenaan sangat mengganggu fikiran saya. Sudah tentu saya marah dan benci dengan perbuatan doktor tersebut. Andaikata kisah si mangsa itu benar, sesungguhnya ia adalah sebuah kes jenayah yang mesti dibawa ke muka pengadilan. Tetapi apa yang lebih menyeksa fikiran dan perasaan saya ialah kenaifan si mangsa yang seolah-olah tidak sedar apa sebenarnya yang sedang berlaku ke atas dirinya.

Dicabul itu suatu bencana yang malang. Tetapi tidak sedar yang diri dicabul adalah seribu kali malang dan malang.

Pengalaman sedekad berinteraksi di internet dengan generasi muda dan saban hari mengadakan program dengan anak-anak muda ini, menyampaikan saya kepada suatu kesimpulan yang menakutkan. Mereka kehilangan common sense!



source

Common sense itu jika dibahaskan dari aspek falsafah memang panjang lebar diskusi mengenainya. Tetapi cukuplah saya ringkaskan iaitu suatu PERSEPSI yang dikongsi bersama oleh kebanyakan manusia akan betulnya penilaian mereka terhadap sesuatu itu.

Sesuatu yang tidak mengundang debat yang tidak perlu, bahawa memandang perbuatan tipu dan pecah amanah sebagai suatu kejahatan. Ia satu contoh mudah tentang apa yang dianggap sebagai common sense. Upaya untuk mempunyai persepsi yang sejahtera terhadap norma-norma kehidupan, adalah suatu keperluan yang besar dalam menjalani kehidupan seharian. Common sense itu perlu semasa memandu di jalan raya, semasa berkomunikasi sesama manusia, semasa membuat keputusan-keputusan rutin dalam satu hari, banyak di antara hal ini yang selesai dengan satu bentuk fikir yang hampir bersifat universal penggarapannya.

Bahawa apa sahaja agama dan keturunan bangsa seseorang, perbuatan membelok tanpa memberikan lampu signal itu adalah suatu perkara yang negatif dan merbahaya. Tanpa dibatasi kepercayaan dan budaya, semua orang faham mengapa sebelum tidur, api di dapur dan peralatan elektrik mesti dipadamkan, untuk keselamatan. Ia tidak perlu diajar, masing-masing boleh bertindak dengan betul kerana pertimbangan seperti ini adalah pertimbangan normal, seorang manusia yang normal.

Meraba anggota sulit oleh seorang doktor lelaki ke atas seorang pesakit perempuan yang mengadu kegatalan di tangan, adalah suatu common sense bahawa ia merupakan sebuah jenayah dan pencabulan maruah yang terang lagi bersuluh. Apakah seseorang itu tidak mampu memikirkan tentang hal ini?

IBU BAPA

Kecacatan common sense ini juga boleh mencetuskan musibah yang besar kepada sebuah keluarga. Kerana tiada common sense, ibu bapa membiarkan anak kecil yang lembik akibat muntah dan cirit birit tanpa rawatan acute di hospital, tetapi bergegas mengheret anak yang demam ke wad kecemasan pada pukul tiga pagi semata-mata mencari paracetamol.

Orang yang pengsan akibat jatuh longkang dibawa ke klinik sahaja, sedangkan orang yang sembelit semenjak tiga bulan sudah dikejarkan ke hospital.

Memanglah ilmu pengetahuan itu boleh membantu menyelesaikan kejadian seumpama ini, tetapi sebelum ilmu pengetahuan itu diajar, minda yang sejahtera sudah boleh mendesak seorang ibu dan bapa untuk bertindak sesuatu sesuai dengan keadaan yang menimpa diri atau ahli keluarganya.

Pertaruhannya adalah NYAWA.



source: tathamgroup.wordpress.com

AMAL ISLAMI

Kerosakan common sense ini menjadi semakin ketara apabila saya cuba meneropong generasi muda dari sudut amal Islami. Mungkin ‘kecacatan’ ini tidak dipandang serius apabila generasi muda ini dinilai dari kegiatan-kegiatan kurikulum dan ko kurikulum mereka. Tetapi apabila garis pengukurnya adalah pembaris amal Islami, kecacatan common sense menjadi sangat ketara dan serius.

Memperjuangkan Islam memerlukan satu tahap kematangan fikiran di kalangan pendukungnya. Kecacatan common sense ini menjadi amat ketara tatkala ia diteropong dari kaca mata dakwah dan perjuangan.

Semasa berinteraksi dengan mahasiswa dan mahasiswi yang menjemput saya ke program, saya sering mengurut dada menahan sabar tatkala berdepan dengan kecacatan common sense ini.

“Ustaz, esok pukul 10 kami akan berada di KL untuk berjumpa dengan ustaz. Harap ustaz dapat lapangkan masa berbincang dengan kami!” kata sekumpulan AJK sebuah program melalui sms kepada saya.

Apakah mereka ini menyangka yang saya ini goyang kaki tidak punya sebarang aktiviti hingga semudah itu di’jemput’ menerima jemputan mereka?

“Ustaz, kami harap ustaz dapat beri pengisian ke kursus kepimpinan kami di Hulu Langat, Isnin 9:30 pagi!” pinta sekumpulan mahasiswa universiti terkemuka.

Sangka mereka, apabila mereka bercuti semester, maka seluruh dunia juga sedang bercuti semester. Apakah saya tidak bekerja pada pagi Isnin jam 9:30 pagi?

Itu belum lagi dikira mahasiswa yang memberikan saya miss call sebanyak 15 kali dalam tempoh 20 minit. Atau menawarkan saya tidur di stor tilam kerana tidak berfikir tentang keperluan accomodation memandangkan ceramah saya tamat jam 11 malam, beratus kilometer dari Kuala Lumpur.

DEMI SEBUAH HARAPAN

Jika tidak kerana cita-cita dan harapan yang tinggi saya untuk membentuk generasi pelapis ini, mungkin sudah bertahun yang lalu saya give up dan putus asa melayan kerenah kaum bijak pandai ini. Mereka mempunyai koleksi A yang membanggakan di sijil akademik. Tetapi mereka kehilangan salah satu definisi manusia mukallaf iaitu sebuah common sense.

Saya tidak suka untuk merungut tanpa penyelesaian. Justeru saya sedang bersungguh-sungguh mencari jawapan, kepada punca ‘penyakit’ misteri ini.



source

“Isy isy isy, baik betul askar Yahudi tu. Orang Islam sembahyang di dalam masjid, mereka di luar menjaga keselamatan orang di dalam masjid!” ulas seorang manusia yang kehilangan common sense semasa menonton berita antarabangsa tentang krisis di Palestin.

“Laa, malam ini mestilah Ustaz Hasrizal ceramah tentang Michael Jackson. Bukankah dia baru sahaja mengIslamkan Michael Jackson”, komen seorang pembaca saifulislam.com yang kehilangan common sense.

Saya benar-benar sedang mencari jawapan, apakah yang sebenarnya sedang membelenggu generasi pemikul 15A dalam SPM ini, yang kehilangan common sense dalam kehidupan mereka.

Common sense is no longer a common thing nowadays…

Apakah era al-ma’loom min al-deen bi al-dharoorah juga sudah berakhir?

Saya bingung memikirkannya.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang


__ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Perkongsian anda, biar pun hanya secawan kopi amat bermakna dalam usaha menampung perjalanan saifulislam.com ini. Terima kasih

0 comments: