? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, December 24, 2010

Remaja cenderung bunuh diri

Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

ANGGARAN Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menunjukkan hampir satu juta orang membunuh diri setiap tahun. Dalam tempoh satu jam, kira-kira 90 orang membunuh diri dan seorang melakukan tindakan sama pada setiap 40 saat.

Manakala, sebanyak 60 peratus daripada jumlah tahunan kes bunuh diri berlaku di Asia yang mana kebanyakannya di China iaitu hampir 200,000 kes, India (100,000 kes) dan Jepun (32,000 kes).

Di Malaysia pula, dalam tempoh sepuluh tahun, antara 10 hingga 13 orang daripada 100,000 penduduknya dianggarkan membunuh diri.

Namun, kadar itu dikatakan kurang tepat dan dianggarkan lebih banyak kerana hasil kajian di beberapa kawasan menunjukkan, ada kes bunuh diri di negara ini yang dikategorikan sebagai kematian yang tidak diketahui puncanya.

Satu perkara mengejut dan membimbangkan adalah apabila remaja berusia 16 hingga 19 tahun menjadi golongan paling tinggi dalam masyarakat yang mempunyai idea membunuh diri.

Pakar Psikiatri dan Terapi Kognitif, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Maniam Thambu berkata, semua statistik dikeluarkan WHO dan perkembangan mengenai bunuh diri menunjukkan kejadian itu menjadi satu masalah kesihatan masyarakat yang serius.

Katanya, membunuh diri seolah-olah dilihat sebagai satu cara penyelesaian terbaik dan kekal ketika seseorang berdepan masalah hidup yang bersifat sementara.

Dr. Maniam berkata, laporan WHO membuktikan kejadian bunuh diri berlaku di semua negara dan dalam mana-mana agama, bangsa serta kaum.

"Istilah tingkah laku bunuh diri boleh ditafsirkan sebagai merangkumi tingkah laku idea untuk bunuh diri, merancang untuk bunuh diri, mencederakan diri sendiri, percubaan bunuh diri dan bunuh diri.

"Pada masa sama, tingkah laku yang berisiko kepada kesihatan dan mengamalkan cara hidup tidak sihat yang dilakukan secara sengaja juga dikategorikan sebagai bunuh diri.

"Contohnya terbaik, seorang wanita yang cuba membunuh diri tetapi gagal dan kemudian sengaja berkahwin dengan seorang penagih dadah dijangkiti HIV, jadi wanita ini sebenarnya berniat mahu dijangkiti HIV serta mati akibat AIDS," katanya.

Beliau berkata demikian pada Syarahan Perdana Profesor Dr. Maniam Thambu bertajuk Hidup Atau Mati: Masalah Bunuh Diri Dari Perspektif Psikiatri di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), baru-baru ini.

Dr. Maniam berkata, terdapat beberapa faktor utama yang mempengaruhi seseorang untuk membunuh diri iaitu sosiobudaya, ekologi, masalah kesihatan fizikal (perubatan) dan masalah kesihatan mental (psikologi atau psikiatri).

Dari segi faktor sosiobudaya, bunuh diri berlaku apabila ketiadaan kepercayaan budaya dalam agama yang mengharamkan secara tegas tindakan itu.

Selain itu, melalui jangkitan iaitu kekerapan kes bunuh diri yang berlaku akan mendorong orang lain melakukannya.

Ia juga berlaku apabila wanita merasa tertekan apabila dianggap tidak setaraf dengan lelaki dan sebagai bantahan moral kerana merasakan tidak mempunyai kuasa untuk membela diri.

Tegasnya, antara faktor utama lain masalah itu adalah pengaruh media massa terutama Internet yang mana maklumatnya boleh diakses secara terperinci dan tanpa kawalan sehingga menggalakkan pengetahuan seseorang mengenai sesuatu perkara termasuk cara membunuh diri.

Antara contohnya apabila sesebuah akhbar melaporkan bagaimana seseorang individu terjun dari tingkat tertentu bangunan tinggi atau mengelar tangan yang mana boleh dijadikan panduan kepada mereka yang berniat membunuh diri.

"Pada 2003, seorang ayah menemui anak lelakinya membunuh diri di dalam bilik dan skrin komputernya tertera cara terperinci bagaimana membunuh diri yang dimuat turut dan ditiru.

"Kes lain menunjukkan pada 2002, seorang lelaki yang berkomunikasi melalui laman bual di Internet memberitahu seorang wanita mengenai rancangannya membunuh diri serta mengajak wanita itu menemaninya, jadi kerana terpengaruh, wanita berkenaan bersetuju dan mereka membunuh diri bersama-sama dengan terjun dari tebing yang tinggi.

"Faktor lain adalah kemiskinan, penyerpihan masyarakat, alkohol, isu kasta, masalah sosial dan kesan migrain," ujarnya.

0 comments: