? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, December 16, 2010

Perawi Qiraat Abu Amru

DR Fadl Hasan Abbas melalui kitabnya al-Qiraat al-Quraniyyah amat memberi perhatian kepada penjelasan biodata Imam Abu Amru. Huraian yang luas berkaitan pandangan ulama terhadap Imam Abu Amru dan disiplin ilmu yang dikuasai Imam Abu Amru juga dikupas melebihi huraian kepada imam Qurra yang lain.

Imam Sayuti membawa satu riwayat dari Sufyan Ibn 'Uyainah yang berkata aku bermimpi melihat Rasulullah SAW dan aku berkata: Wahai Rasulullah sesungguhnya aku keliru tentang qiraat. Qiraat apakah kamu mengarah ku membacanya? Baginda menjawab: Qiraat Abi Amru Ibn al-Ala'.

Selain ilmu qiraat dan nahu, Imam Abu Amru juga menguasai ilmu hadis. Namanya disebut oleh Imam Bukhari dalam kitabnya al-Kuna yang terhimpun dalam kitabnya Tarikh al-Kabir.

Al-Sayuti juga menyebut dalam kitabnya Bughiyah al-Wu'ah hadis yang diriwayat Imam Abu Amru.

Perawi pertama Imam Abu Amru ialah Al-Duri. Beliau lahir pada tahun 150 hijrah dan meninggal pada tahun 246 hijrah. Nama penuhnya ialah Hafs Ibn Umar Ibn Abdul Aziz al-Duri.

Mendalami ilmu Qiraat dengan beberapa guru antaranya Ismail Ibn Jaafar, Imam al-Kisai dan Yahya al-Yazidi. Yahya al-Yazidi adalah murid Imam Abu Amru.

Riwayat al-Duri masih diamalkan hingga ke hari ini oleh penduduk Islam di Somalia. Antara percetakan yang mengeluarkan al-Quran riwayat al-Duri adalah Percetakan Malik Fahd di Madinah al-Munawarah.

Perawi kedua Imam Abu Amru ialah al-Susi. Beliau lahir sekitar tahun 170 hijrah dan meninggal pada tahun 261 hijrah.

Nama penuh beliau ialah Salih Ibn Ziyad Ibn Abdullah Ibn Ismail Ibn al-Jarud. Mempelajari Qiraat Abu Amru daripada gurunya Yahya al-Yazidi yang merupakan murid kepada Imam Abu Amru.

Metod atau usul Qiraat Abu Amru melalui riwayat al-Susi yang tidak ada dalam qiraat tujuh yang lain adalah idgham kabir.

Idgham bermaksud memasukkan huruf pertama ke dalam huruf yang kedua seperti ?? ????????? iaitu memasukkan huruf nun ke dalam huruf ra. Ia dinamakan idgham saghir kerana huruf pertama sakin atau tidak berbaris.

Jika kedua-dua huruf berbaris seperti ???? ???? kedua-dua huruf ha berbaris dan mempunyai ciri tamathul iaitu sama pada makhraj dan sifat maka al-Susi membacanya dengan idgham.

Qiraat Abu Amru juga mengamalkan bacaan taqlil dan imalah pada kalimah tertentu. Berlainan dengan Riwayat Warsy umpamanya yang hanya membaca dengan taqlil.

Begitu juga dengan Qiraat Imam Hamzah dan Imam al-Kisai yang hanya membaca dengan imalah sahaja.

0 comments: