? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, April 13, 2010

Ulasan Buku: 100 pahlawan syurga

REMAJA hari ini lebih mengenali tokoh dari Barat terutama artis dan ikon sukan. Namun, ramai yang alpa dengan ketokohan yang dimiliki umat Islam kerana kurang pendedahan media massa.

TAJUK:
Singa Siang Hari (Jilid 1)
Penegak Kebenaran (Jilid 2)
Teman Bidadari (Jilid 3)i
PENULIS:
Harun Arrasyid Tuskan
HARGA:
RM34 (Semenanjung).


RM36 (Sabah/Sarawak)
PENERBIT:
Yamani Angle Sdn Bhd

Harus diakui, Barat menguasai media massa sehingga tokoh yang agung dalam sejarah Islam terlindung dan kurang popular.

Mungkin kita kenal Rasulullah s.a.w, tetapi bagaimana dengan isteri-isteri baginda dan golongan sahabat yang banyak membantu meningkatkan syiar Islam.

Apabila Rasulullah s.a.w wafat, mereka yang bertanggungjawab meneruskan perjuangan baginda sehingga Islam tersebar ke seluruh pelosok bumi.

Semangat juang, kesabaran, disiplin dan cara hidup mereka mengambil contoh Nabi Muhammad s.a.w. Inilah tokoh yang patut kita jadikan ikon dan sanjungan.

Namun, tiada nilai komersial menyebabkan nama-mana seperti Abu Bakar Al-Siddiq, Umar Al-Khattab, Ali bin Abi Talib dan Uthman Affan seperti buih yang timbul dan hilang selepas itu.

Justeru, usaha menerbitkan Siri 100 Pahlawan Syurga adalah usaha yang patut dipuji kerana kesungguhan untuk memartabatkan pejuang Islam yang bersama-sama Rasulullah s.a.w membangunkan Islam.

Jilid 1 berjudul Singa Siang Hari menghimpunkan 33 tokoh yang pernah bersama Rasulullah untuk mengibar panji-panji keagungan Islam walaupun terpaksa berkorban nyawa.

Siapa tidak kenal Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah s.a.w, yang memberi jiwa dan raga termasuk harta benda untuk membantu baginda menyebarkan Islam.

Khadijah adalah wanita pertama beriman kepada Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud: "Khadijah beriman kepadaku ketika orang lain ingkar, dia membenarkan aku ketika orang lain mendustakan dan dia menolongku dengan hartanya ketika orang lain tidak memberiku apa-apa."

Begitu juga dengan Aisyah Abu Bakar yang dikahwini baginda ketika gadis itu berusia 10 tahun selepas menerima wahyu daripada Allah.

Ketinggian darjat Aisyah dapat dilihat apabila menjelang kewafatan baginda, Rasulullah memilih untuk tinggal bersama Aisyah sehingga akhir hayat.

Isteri baginda yang lain ialah Hafshah binti Umar Al-Khattab, Saudah binti Zamah dan Zainab binti Jahsi.

Kisah ketokohan sahabat tidak lengkap jika tidak menulis kisah Saidina Abu Bakar al-Siddiq, sahabat yang paling rapat dan sanggup menanggung suka duka bersama baginda.

Abu Bakar adalah antara yang pertama memeluk Islam. Dia mempercayai Rasulullah s.a.w ketika orang lain menganggap baginda gila.

Abu Bakar sanggup mengorbankan nyawanya untuk membela Rasulullah s.a.w pada ketika ramai orang kafir mahu membunuh baginda.

Inilah tokoh yang patut dibaca umat Islam terutama golongan muda supaya jiwa mereka lebih dekat dan kagum dengan Islam.

Banyak pengajaran dan panduan boleh dikutip daripada kisah tokoh yang pernah bersama Rasulullah s.a.w ini kerana mereka adalah calon penghuni syurga.

Tokoh lain yang boleh anda baca dalam jilid 1 ini ialah Hamzah bin Abdul Mutalib, Abdullah bin Abbas, Abu Darda, Zaid bin Thabit dan Amr bin Ash.

Sementara itu, Jilid 2 Siri 100 Pahlawan Syurga mengandungi 342 helaian manakala Jilid 3 mempunyai 304 helaian.

Anda boleh mendapatkan ketiga-tiga buku itu di kedai buku berhampiran tempat anda atau hubungi Yamani Angle Sdn Bhd di talian 03-42709721.

0 comments: