? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, April 12, 2010

Berkata Yang Baik-baik, Atau Diam Sahaja

Seminggu dua ini, saya menjadi tidak cukup tangan untuk menyelesaikan pelbagai write up untuk pelbagai pihak. Dan saya menjangkakan ia akan berterusan untuk seminggu dua lagi kerana jadual bulan April saya yang padat.

Saya cuba menulis satu dua artikel, tetapi nyata sekali menulis tanpa HATI dan perHATIan, sukar sekali. Maka ada baiknya saya praktikkan ingatan Nabi Sallallaahu ‘alayhi wa sallam:



Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu berkata yang baik-baik atau diam sahaja. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia itu memuliakan jirannya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu memuliakan tetamunya” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jangan nanti terjebak pada kejahatan lisan yang diterjemahkan oleh tangan, pada menyatakan perkara yang sia-sia, apatah lagi yang mengundang dosa. Lihat sahaja video klip di bawah:



“Apakah sesiapa dari kalanganmu sanggup memakan daging saudaranya sendiri yang telah mati, sedangkan kamu amat membenci perlakuan itu?”

Saudara yang diumpat itu dianggap sebagai mayat kerana mayat tidak berupaya untuk mempertahankan dirinya ketika disakiti. Begitulah perihalnya pada memperkatakan benda-benda yang tidak elok tentang seseorang di belakangnya.

Di alam internet yang serba mudah ini, berkatalah yang baik-baik, atau diam sahaja….

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

0 comments: