? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, March 2, 2011

Salinan Matan Ummul Barahin (Bab Makrifatullah)

Assalamualaikum. Disini disertakan salinan dari matan Ummul Barahin karangan Al-Imam Abu Abdillah Muhammad bin Yusuf bin ‘Umar bin Syu’aib Al-Sanusi Al-Tilimsani Al- Hasani Al-Maliki (832-895H/1428-1490M). Ataupun lebih dikenali sebagai Imam Sanusi.....

Segala puji bagi Allah SWT serta Kerahmatan dan Kesejahteraan ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Ketahuilah bahawa sesungguhnya hukum ‘aqal itu terbahagi kepada tiga bahagian:

1. Wujub (Wajib)
2. Mustahil
3. Harus.

Wajib merupakan perkara yang ketiadaannya tidak boleh diterima oleh ‘aqal fikiran manusia.
Mustahil merupakan perkara yang kewujudannya tidak boleh diterima oleh ‘aqal fikiran manusia.
Harus ialah perkara yang kewujudan dan ketiadaannya boleh diterima oleh ‘aqal fikiran manusia.

Wajib dari segi syara’ ke atas setiap mukallaf mengetahui perkarayang wajib pada hak Allah Yang Maha Besar dan Maha Mulia,perkara yang mustahil dan perkara yang harus. Begitu juga wajib kita mengetahui perkara pada hak Para Rasul.

Di antara perkara yang wajib bagi Allah SWT ialah dua puluh sifat:

1. Wujud (Ada)
2. Qidam (Sedia ada)
3. Baqa (Kekal)
4. Mukhalafatuhulilhawadits (Bersalahan yang Maha Tinggi bagi segala yang baharu)
- Allah sesekali tidak serupa makhluk
5. Qiyamuhu binafsihi (Berdiri Allah SWT dengan sendirinya).
- Dia tidak berhajat kepada zat dan tidak berhajat kepada fa’il atau pembuat yang
menjadikanNya.
6. Wahdaniah (Esa)
- Ertinya tiada sekutu bagi zatNya, sifatNya dan segala perbuatanNya.

Sifat pertama dinamai sifat Nafsiah dan lima seterusnya dinamai sifat Salbiah
Dan seterusnya 7 sifat waib bagi Allah dinamai sifat Ma'ani iaitu:

7. Qudrat (Kuasa)
8. Iradat (Kehendak)

Kedua-dua sifat ini berta`alluq (berhubung) dengan segala benda-benda " harus " iaitu perkara yang
kewujudan dan ketiadaannya boleh diterima oleh akal fikiran manusia.

9. Ilmi (Ilmu)

Sifat ini berta`alluq dengan segala perkara iaitu : wajib, mustahil, harus.

10. Hayat (Hidup)

Sifat ini tidak berta’alluq dengan sesuatu apa pun

11. Sama’ (Mendengar)
12. Basor (Melihat)

Keduanya berta`alluq dengan semua maujudat.

13. Kalam (Pekata yang tidak bersuara dan berhuruf)

Sifat ini berta`alluq dengan perkara yang sama seperti sifat ilmu.
Kemudian tujuh (7) sifat dinamakan sifat Ma’nawiyyah yang melazimi tujuh sifat yang pertama iaitu melazimi sifat-sifat Ma’ani iaitulah:

14. Keadaan Allah SWT Yang Berkuasa
15. Keadaan Yang Berkehendak
16. Keadaan Yang Mengetahui
17. Keadaan Yang Hidup
18. Keadaan Yang Mendengar
19. Keadaan Yang Melihat
20. Keadaan Allah Yang Berkata.

Di antara perkara yang mustahil bagi Allah SWT ialah dua puluh sifat. Ianya merupakan sifat-sifat yang berlawanan dengan dua puluh sifat yang wajib bagi Allah SWT. Sifat yang mustahil ini ialah:

1. Tiada
2. Baharu
3. Binasa
4. Serupa dengan makhluk
- Dengan menggambarkan Allah SWT sebagai jirim:bermaksud - zat Allah SWT mempunyai isipadu, ataupun dengan
menggambarkan Allah SWT sebagai satu sifat baharu yang wujud pada jirim, ataupun berada pada sesuatu arah
bagi sesuatu jirim ( objek ), atau Dia mempunyai jihat atau arah, atau terikat dengan suatu tempat, atau terikat
dengan sesuatu masa, ataupun zat Allah SWT bersifat dengan sesuatu yang baharu, atau bersifat kecil, atau
bersifat besar, ataupun Allah SWT mempunyai sebab dan tujuan dari segala perbuatannya dan
hukumhakamnya.
5. Dia tidak berdiri dengan sendiriNya, seperti sifatNya berdiri dengan zat, atau memerlukan kepada pembuat yang
menjadikanNya.
6. Berbilang-bilang, dengan menggambarkan zat Allah SWT tersusun dari sesuatu benda, Ataupun Allah SWT
mempunyai sekutu (menyerupai) pada zatNya atau sifat-sifatNya, Ataupun ada bersama-samaNya di dalam wujud
sesuatu kuasa lain yang memberi kesan pada sesuatu perbuatan.
7. Lemah (tidak berkuasa) menciptakan atau membinasakan sesuatu yang harus. tidak mahukan kewujudannya atau
ketiadaan berkehendak Allah SWT, atau pun Allah SWT melakukannya dalam keadaan terlupa, Ataupun Allah SWT
melakukannya secara tidak sengaja, Ataupun Allah SWT melakukannya dengan tersebab, Ataupun Allah SWT
melakukannya dengan secara semula jadi.
9. Tidak mengetahui dengan tepat sesuatu yang sudah dimaklumi, dan yang seerti dengannya.
10. Mati
11. Tuli
12. Buta
13. Bisu

Dengan keterangan ini, jelaslah segala sifat yang berlawanan dengan Sifat Ma`nawiyyah.

Adapun perkara yang harus bagi Allah SWT ialah mewujudkan perkara harus (mumkin) atau tidak mewujudkannya

Adapun dalil (bukti) yang menerangkan tentang kewujudan Allah SWT ialah penciptaan (tidak Qadim) alam semesta.
Sekiranya alam semesta ini tidak mempunyai pencipta, bahkan terjadi dengan sendirinya, maka pasti akan berat
sebelah salah satu dari dua perkara yang bersamaan tanpa sebab. Keadaan ini mustahil pada ‘aqal fikiran manusia.

Dalil yang menunjukkan kepada penciptaan (tidak Qadim) alam semesta ialah kemestian wujudnya alam berserta
dengan sifat-sifat yang baharu (tidak Qadim) seperti pergerakan, tidak bergerak dan lain-lain.

Dalil yang menunjukkan kepada penciptaan sifat-sifat yang ada pada alam semesta ialah perubahannya yang dapat
dilihat dengan pancaindera manusia.

Dalil yang menunjukkan kewujudan Allah SWT tidak ada permulaannya ialah sekiranya Allah SWT baru diciptakan, maka pastilah ia berhajat kepada penciptanya.Perkara ini akan membawa kepada masalah daur atau tasalsul.
Kedua-dua perkara ini mustahil pada ‘aqal fikiran manusia.

Dalil yang menunjukkan kewujudan Allah SWT tidak ada pengakhirannya ialah sekiranya Allah SWT binasa, maka ternafi
daripada-Nya sifat Qidam kerana kewujudannya tatkala itu hanyalah harus sahaja, tidaklah wajib seperti yang telah
dibincangkan. Kewujudan-Nya yang harus ini mustahil kerana telah diyakini bahawa sesungguhnya Allah SWT bersifat
dengan Qidam dan Baqa’.

Dalil yang menyatakan bahawa Allah SWT tidak menyerupai makhluknya ialah sekiranya Allah SWT menyerupai sesuatu
yang baharu (tidak qadim) maka pasti Allah SWT juga baharu (tidak qadim). Perkara ini mustahil berdasarkan dalil-dalil
yang menyatakan bahawa Allah SWT bersifat dengan Qidam dan Baqa’.

Dalil yangmenyatakan bahawa kewujudan Allah SWT itu tidak berhajat kepada sesuatu yang lain ialah :
a) Sekiranya kewujudan-Nya berhajat kepada tempat nescaya tuhan itu sifat. Mustahil pada ‘aqal fikiran manusia
sesuatu sifat bersifat dengan Sifat Ma`nawiyyah dan Sifat Ma`ani. Allah SWT bersifat dengan kedua-dua sifat
tersebut. Maka mustahil Allah SWT wujud sebagai sifat.
b) Dan sekiranya Allah I berhajat kepada penentu, nescaya Allah SWT itu baharu (tidak qadim). Perkara ini mustahil
kerana telah nyata bahawa Allah SWT bersifat dengan Qidam dan Baqa’.

Dalil yang menunjukkan keesaan Allah SWT ialah sekiranya Allah SWT itu tidak esa nescaya tidak akan wujud sesuatu apa pun dari alam semesta ini. Ini kerana kesemua tuhan tersebut lemah apabila berhajat kepada sesuatu yang lain.

Dalil yang menunjukkan kepada wajibnya Allah SWT bersifat dengan Qudrat, Iradat,Ilmu dan Hayat ialah sekiranya ternafi daripada Allah SWT salah satu dari sifat-sifat tersebut nescaya tidak akan wujud sedikit pun dari alam ini.

Dalil yang menunjukkan kepada wajibnya Allah SWT bersifat dengan Sama’, Basor dan Kalam ialah nas-nas Al-Quran,
Hadis dan Ijma’. Disamping itu sekiranya Allah SWT tidak bersifat dengan sifat-sifat ini, nescaya Allah SWT akan bersifat
dengan sifat-sifat yang berlawan dengannya. Telah maklum yang Allah SWT itu mustahil bersifat dengan segala sifat
kekurangan.

Dalil yang menjelaskan keharusan Allah SWT melaksanakan perkara yang harus dan meninggalkannya ialah,
sekiranya wajib dari segi ‘aqal ke atas Allah SWT melaksanakan sesuatu perkara atau wajib meninggalkannya, nescaya
akan bertukar hakikat sesuatu yang harus kepada wajib atau mustahil. Perkara ini tidak dapat diterima oleh ‘aqal fikiran
manusia.

0 comments: