? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, December 24, 2010

KRISMAS DAN PELUANG DAKWAH

Saya teringat kepada pesanan Said Hawwa di dalam risalah Maulid beliau yang terhimpun di dalam kitab Kay Laa Namdhee Ba’eedan ‘an Ihtiyaajaat al-’Asr. Al-Marhum berpesan, biar pun Maulid tidak disambut di zaman Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam atas sebab yang makruf, ia tidak seharusnya menjadi alasan untuk tarikh yang difahami sebagai Maulid al-Rasul itu dibiarkan begitu sahaja. Ramai manusia yang secara otomatik tertanya-tanya apakah tiada sambutan, tiada ceramah, tiada kenduri.

Kesediaan masyarakat untuk ‘diprogramkan’ itu mesti dimanfaatkan oleh pendakwah. Tolaklah ke tepi anasir-anasir yang bersalahan dengan Sunnah. Namun mengapa tidak diadakan majlis ilmu mengingati Rasul sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Mengapa tidak baginda dipuji dan dikenang bersama selawat dengan bahasa syair yang indah, selagi syair itu tidak mengungkapkan syirik dan bid’ah?

Demikian juga perihal Krismas.

Ketika sahabat handai malah mungkin ada yang sanak saudara dan ahli keluarga yang menyambut Krismas kerana agama mereka, mengapa tidak sentimen dan emosi yang wujud dimanfaatkan sebagai peluang dakwah?

Umat Islam harus sudah mampu keluar daripada berulang kali memperdebatkan persoalan hukum mengucap tahniah kepada non-Muslim.

Jadikan sahaja ia peluang dakwah, ungkapkan sesuatu yang lebih Islamik.

Hantarkan kad Krismas yang disertakan dengan petikan-petikan ayat al-Quran yang berbicara tentang Isa dan Maryam.

Beritahu rakan Kristian anda bahawa kita kaum Muslimin juga memuliakan Jesus dan Mary. Namun Risalah Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam datang memurnikan kepercayaan kami mengenainya. Hadiahkan buku-buku yang baik pada menjelaskan tentang Islam serta hubungkaitnya dengan Risalah Jesus. Buku yang sedap dibaca, buku yang tidak mencederakan kasih sayang mereka kepada Jesus dan Mary, tetapi menggunakan kasih sayang itu untuk mengajak mereka kepada Aqidah yang lebih memurnikan cinta seorang mukmin kepada sekalian Rasul, di samping Isa juga bondanya Maryam.

Seperti kata Amir, “saya terasa lebih Kristian selepas memeluk Islam. Lebih dekat dengan Jesus Christ”

Mungkin sudah agak terlambat, tetapi malam itu saya mengerjakan Photoshop untuk membuat kad Krismas berserta petikan al-Quran tentang Jesus dan Mary. Kad itu dikongsikan bersama Jamal, Presiden Belfast Islamic Centre untuk dihantar kepada beberapa klien yang biasa berurusan dengan kami daripada kalangan agensi tempatan.

“Dan peringatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. “Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur” [Ibrahim 14: 5]

0 comments: