? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, January 21, 2010

1 MALAYSIA

Soalan:

Slm Ustaz, saya tramat ingin tahu mengenai satu perjuangan berslogankan GAGASAN SATU MALAYSIA yg dilaungkn oleh Perdana Menteri Malaysia sekarang Dato’ Seri Najib Abd Razak. Apa pandangan Islam mengenainya? Dan adakah harus kita mengucap SALAM SATU MALAYSIA seperti yg amat kerap kita dengar sejak akhir-akhir ini?

Jawapan:

Wa’alaikumsalam. Saya sebenarnya sejak awal slogan tersebut dilaungankan (GAGASAN SATU MALAYSIA) tidak berminat untuk menjawab soalan-soalan mengenainya kerana walaupun sudah puluhan kali ditanya melalui email dan telefon saya tidak menjawabnya tetapi lebih minat menjawab soalan hukum-hakam yang lain kerana kebanyakan soalan mengenainya yang ditanya wujud unsur-unsur ketidakpuasan dalam politik masing-masing dari penyoal dan sifat sengaja atau sahaja mementingkan diri atau puak masing-masing dalam politik amatlah saya kurang berminat melayan soalan berbau politik ini. Walau macam mana pun saya akan cuba jelaskan pandangan yang dinilai perlu diterangkan dalam hal konsep Gagasan Satu Malaysia atau 1Malaysia waktu yang sama saya cuba jauhkan penyelebelahan kepada mana-mana parti politik.

1MALAYSIA
Dilihat teras Gagasan Satu Malaysia ini disusun kepada 8 perkara ;

1- Budaya Cemerlang

2- Ketabahan

3- Rendah Hati

4- Penerimaan

5- Kesetian

6- Meritokrasi

7- Pendidikan

8- Integriti.

Dan apabila slogan Gagasan Satu Malaysia itu dilihat meng-arah kepada perpaduan maka diletakkan pada teras perpaduan itu kepada 3 teras;

1- Penerimaan antara semua kaum dan rakyat Malaysia

2- Prinsip-prinsip kenegaraan berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara

3- Keadilan Sosial.

Turut dirangkumkan 6 aspirasi didalamnya iaitu;

1- Budaya kecemerlangan dalam melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab.

2- Budaya ketepatan dari segi menghormati waktu dan meningkatkan kecekapan.

3- Keberanian untuk berinovasi dan meneroka peluang-peluang baru.

4- Meritokrasi dalam memberikan tugasan kepada yang paling layak melaksanakannya berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan dasar negara.

5- Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara.

6- Ketabahan mengharungi cabaran mendatang dan integriti dalam segala urusan dan transaksi.

Hakikatnya kebanyakan yang dinyatakan dalam Gagasan Satu Malaysia itu memang ada baiknya dan tersernah keazaman murni untuk dilaksanakannya yang disusun dalam bentuk yang dianggap bersistematik. Ini berlaku setelah mempelajari pengalaman lama dan inginkan kepada perubahan yang dilihat agar menjadi lebih baik dari sebelum-sebelum ini.

Ya, jika ditanya adakah pada semua perkara dalam konsep 1Malaysia itu mempunyai dalil dari al-Quran, al-Hadith serta al-Ijmak sudah pasti boleh sahaja mana-mana seorang ahli ilmu agama itu memetik mana-mana nas wahyu kemudian diolahnya sehingga kelihatan menyokong isi dalaman gagasan tersebut. Saya sendiri mempunyai teks dalil-dalil tersebut dari al-Quran, al-Hadith dan al-Ijmak yang jika diolah mampu kelihatan menyokong banyak konsep Gagasan 1Malaysia dari perspektif Islam (sekiranya diolah).

Namun dalam hal Gagasan Satu Malaysia ini bukan tugas para ilmuan agama memperlihatkan dirinya seolah mengampu mana-mana pihak. Tetapi tugas para ilmuan agama Islam adalah merialisasikan mana-mana impian yang baik dari segi Islam untuk manusia sejagat DAN! menasihati apa yang dilihat perlu khususnya diera yang penuh fitnah dan akhir zaman ini.

Menjawab soalan apa pandangan Islam mengenai Gagasan Satu Malaysia itu adalah terletak didalam pengamatan firman Allah: “ Dan hendaklah kamu saling tolong menolong dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan janganlah kamu saling tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan." (Al-Maidah: 2).

Maka apa yang baik daripada gagasan tersebut sama-samalah kita membangunkannya dan juga jika ternyata terdapat apa-apa perkara yang kurang tepat dari segi Islam dari gagasan tersebut dan perlaksanaannya maka berikanlah ‘kemenangan’ dan bantuan dengan menasihati dan melarang apa yang terdapat kezaliman dalamnya dan perlaksanaannya. Rasulullah bersabda: “Menangkanlah saudara kamu yang menzalimi dan yang dizalimi, sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, memenangkan yang dizalimi telah diketahui bagaimana memenangkan yang menzalimi? Rasulullah menjawab: Menghalang dan melarang dia melakukan kezaliman adalah memenangkan dia”. Riwayat Bukhari.

NASIHAT
Dalam pada memperjuangkan kerialitian apa yang disusun dari konsep gagasan tersebut hendaklah dipelihara, dijaga, diutama dan dititik-beratkan 5 perkara yang amat penting iaitu;

1- Keimanan dengan iman yang sebenar (Rukun Iman&Islam menurut Ahli Sunnah Wal Jama'ah Bukan Syiah, Wahhabi atau ajaran sesat).

2- Menjaga dan menyalurkan harta dengan tepat.

3- Mendirikan solat (ibadah wajib).

4- Menunaikan janji.

5- Bersabar khususnya dalam hal menahan diri dari melakukan maksiat.

Allah berfirman: “Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu merupakan suatu kebaikan, akan tetapi, sesungguhnya kebaikan itu adalah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat,kitab-kitab, nabi-nabi, dan memberikan harta yang dicintai kepada kerabat, anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan), orang yang meminta-minta; memerdekakan hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.” (QS. Al-Baqarah [2]:177).

Mengenai ucapan SALAM SATU MALAYSIA pula adalah sebaiknya umat Islam mengucap salam yang diajar dan dijanjikan kebaikan iaitu ucapan Assalamu’alaikum dan sekiranya selepas itu pula (iaitu selepas mengucap Assalamu’alaikum) seseorang itu mahu juga menyebut SALAM SATU MALAYSIA dengan niat yang baik maka ia tidak mengapa tetapi mulailah dengan tahiyyat islam (Assalamu’alaikum) dahulu. Rasulullah bersabda: “Ucapkanlah salam…”.

Wallahu ‘alam, akan bersambung…dan sekiranya ada perkara yang perlu saya perbaiki atau soalan tambahan sila emailkan ke m_syiq@yahoo.com atau m_shiq@yahoo.com.
Wassalam.
SUMBER : http://www.ustaz-rasyiq.blogspot.com/

0 comments: