? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, January 27, 2010

sejarah-kemunculan-orientalisme

PN3362

1 SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME.

1. Pengenalan. Dua kata dasar yang digabungkan , iaitu oreint dan isme. Oreint adalah bermaksud Timur, atau negara-negara sebelah timur daripada Meditteranie terutama sebelah Asia Timur (Hawkins 1985, 591) Sementara isme pula adalah suatu penambahan yang boleh membentuk satu kata nama bagi membawa maksud sebarang doktrin atau praktis yang tertentu. Sebagai contoh ia ditambah untuk menunjukkan sesuatu sistem atau prinsip (Conservatism), sebarang keadaan atau kualiti (Barbarisme , Heroisme) atau yang menunjukkan seuatu kelainan , yakni pemusatan sifat-sifat istimewa yang ada pada seseorang individu atau hakmilik secara ekslusif yang tiada pada yang lain ( Americanism) (Hawkins 1989,434) Ungkapan Oreintalis secara umumnya disebut untuk orang-orang barat yang pakar dalam mengkaji ilmu Timur, sama ada kepakaran mereka sampai kepuncaknya, pertengahan atau peringkat rendah , sama ada dalam bidang bahasa, sastera, tamaddun dan agama . Walau pun pengajian Timur itu boleh diberikan pengertian yang begitu luas, namun yang penting dalam kajian ini ialah tentang kajian barat yang berkaitan dengan Islam dan penganutnya , sama ada menyentuh bidang bahasa , sastera, akidah , syariah dan tamadun secara umum . Makna inilah yang terlintas dalam pemikiran dunia Islam apabila menyebut ungkapan oreintalis ( al Isytishraq) . Bagi Edward W. Said , Terdapat tiga Oreintalime: iPengertian yang lebih bersifat akademik . Sesiapa sahaja yang memberi pengertian yang biasa diinterpritasi untuk

pengajaran , menulis dan mengkaji mengenai Timur, tidak kira sama ada ia seorang ahli antropologi, sosiologi, ahli sejarah, filologi dan lain-lain , maka ia digelar sebagai oreintalis dan hasilan aktiviti mereka itu disebut Oreintalisme.

PN3362

2 iiOreintalisme ialah suatu stail pemikiran yang diasaskan kepada perbezaanperbezaan ontologikal episitmologikal yang dilakukan di antara oreint dan Occident. Di sini didapati sejumlah besar penulis –penulis , antaranya penyair , novelis, ahli falsafah, politik dan ekonomi telah menerima perbezaan asas di antara Timur dan barat sebagai garis permulaan untuk mereka menghuraikan teori , epik, novel , sosial , politik, adat , matlamat dan minda orang-orang Timur. iiiPengetian yang lebih bercorak sejarah dan material berbanding dengan kedua-dua definisi yang awal di atas . Dengan memandang suasana akhir di abad ke 18 , Oreintalisme boleh didiskusi dan di analisakan sebagai institusi koporat yang berurusan dengan Timur,sama ada dalam bentuk membuat kenyataan terhadap Timur, mengulas, mengajar, menguasai dan mengawalnya. Atau dalam kata lain ia adalah satu stail Barat yang bertujuan untuk mendominasi, mengatur dan memilikkuasa ke atas Timur.

2. Bilakah Bermulanya Gerakan Oreintalis: Tidak ada satu tarikh yang tepat dan jelas bila ia bermula. Bagi sejarawan barat mereka mencatatkan kemunculannya secara resmi adalah selepas Vienna Church Cionference yang telah memutuskan untuk membentuk Jabatan bahasa Arab , Greek, Hebrew dan Syria dibeberapa buah Universiti di Eropah (Said 1978,50) Sebenarnya gerakan oreintalime gereja memang telah wujud lama sebelum tarikh

perhimpunan gereja di Vienna itu lagi , tetapi ia merupakan suatu aktiviti atau gerakan yang tidak resmi. Oleh itulah para pengkaji Eropah tidak mahu berpegang dengan tarikh itu dan kajian terus dijalankan bagi menentukan tarikh permulaan oreintalisme berdasarkan tahun-tahun anggran . Menurut rekod kristian, golongan pendita kristian yang terawal mengkaji Islam ialah Yuhana al Dimashqi (676-749M) yang telah menghasilkan beberapa buah buku yang berbentuk panduan untuk mengadakan dialog atau panduan untuk berurusan dengan kaum Muslimin. Oleh kerana Yuhana adalah seorang kristian dari Timur yang hidup di

PN3362

3 zaman kerajaan umawiyyah dan pernah berkhidmat di istana kerajaan itu , maka ia tidak boleh dikira sebagai tarikh permulaan yang sebenar . Ada Sesetengah pengkaji mengatakan ia bermula pada kurun yang ke sebelas Mesihi, sementara Rodi Poret berpendapat bahawa permulaan kajian tentang Islam dan Bahasa arab di Eropah bermula pada kurun ke dua belas . pada masa yang sama juga al Quran telah diterjemah ke Bahasa Latindan satu kamus Bahasa Arab-Latin telah disusun.(Dr Mustafa Mahir, 1967 .al Dirasat al Islamiyah Fi al Jamicah al cIlmaniyah) Ada juga yang pengkaji yang mengatakan orentalisme telah bermula pada kurun yang ke sepuluh Masihi. Pendapat ini di dokong oleh Najib al cAqiqi yang mengatakan bahawa oreintalisme telah wujud sejak seribu tahun dulu lagi bersandarkan kepada wujudnya seorang Pederi dari Perancis (940-1003) yang telah pergi menuntut ke Andalusia di Sevilla dan Cordova sehingga menjadi alim di kalangan pendita di Eropah pada zaman itu. Beliau adalah mahir dalam Bahasa Arab , Ilmu Hisab dan Ilmu Falak. Beliau kemudiannya memegang jawatan ketua pederi di Rom dengan memakai nama Silvester II pada tahun 999-1003 Masihi. (al cAqiqi, al Mushtashriqun , 1:110) Sementara mengikut penelitian Sheikh Mahmud Hamdi Zaqzuq tarikh yang tepat

terhadap kemunculan oreintalisme ini pada tahun 1799M di Britain dan sejurus selepas itu lahir pula di Perancis . Pada tahun 1883M oreintalisme telah menjadi maddah akademik secara resmi di Perancis ( Zaqzuq 1984 , 7).

3. Faktor Kelahiran Oreintalisme : Kalau dirujuk kepada perbincangan tentang kelahiran oreintalisme tadi, maka kita dapati ada dua sudut yang perlu diperhatikan : i- Yang diterima barat sebagai aktiviti resmi iaitu selepas berlakunya perhimpunan gereja yang memutuskan untuk mewujudkan pengajian oreintal di pusat-pusat pengajian di barat. ii . Aktiviti yang dicatatkan sebelum itu , iaitu yang berlaku sebelum keputusan

PN3362

4 perhimpunan Veinna tersebut . Meskipun dari satu sudut, oreintalime ini dikaitkan dengan bidang akademik dan usahausaha akademik, tetapi kelahirannya secara rasmi mempunyai tujuan, matlamat dan faktor-faktor lain yang bukan semata-mata akademik tersbut. Ia bertaut dengan sejarah hubungan diantara Barat dan Timur atau lebih tepat lagi antara Islam dan Kristian. Pergeseran yang berpanjangan berlaku di antara kedua-duanya sehingga membawa kepada perang salib dan seumpamanya adalah merupakan faktor pendorong yang sangat besar kepada lahirnya keputusan oleh perhimpunan gereja di Veinna itu. Ia kemudian dikuti dan dilaksana dengan matlamat dan strategi yang diatur bagi mencapai tujuan yang melampaui matlamat akademik dan keilmuan semata-mata . Kita akan lihat selepas ini bahawa oreintalisme dengan maksud yang eksklusif , bukan sahaja bermaksud untuk memahami dan mendalami Islam , tetapi adalah mempunyai kaitan rapat dengan penjajahan politik dan ekonomi, Ia juga sangat berkait rapat dengan gerakan dakwah kristian . Ini akan kita bincangkan dalam oreintalisme nanti . tujuan dan matlamat

PN3362

5 DORONGAN DAN TUJUAN ORIENTALIS.

1. Tujuan Akademik, Aktiviti dan usaha penyelidikan dan pengajian tentang Timur oleh kalangan Barat adalah didorong oleh matlamat keilmuan dan akademik iaitu untuk memahami dan mendalami selok belok Timur, termasuk bahasa, budaya dan adat resam mereka telah berlaku dan berjalan sejak lama dahulu iaitu sejak berlaku perhubungan dan keilmuan diantara orang-orang Timur khususnya Orang Islam dan Barat melalui pertukaran maklumat , penterjemahan dan sebagainya . Tetapi pengajian dengan maksud yang lain disebaliknya tidak berlaku hanya setelah resolosi dibuat dalam Perhimpunan gerejagereja di Veianna yang telah berlaku pada tahun 1312 M.

2. Tujuan Keagamaan ; Seikh Hamdi Zaqzuq telah menjelaskan bahawa para sejarawan oreintalis meyakini bahawa tujuan agama adalah merupakan motif besar bagi perkembangan fahaman oreintalisme dan peubuhan akademi pengajian dan pengajaran Bahasa arab dan Kajian Islam di Eropah. Motif keagamaan oreintalis ini dapat dihuraikan sebagai berikut : (zaqzuq 1984 , 66) :iMenyerang Islam dan mencari titik kelemahannya, meyakinkan orang lain bahawa Islam adalah agama yang merendah-rendahkan Islam dan lain-lain . iiMemelihara penganut nasrani atau kristian daripada bahaya Islam dengan cara menutup kebenaran Islam , meyakinkan penganut kristian tentang kekurangan Islam serta memperingatkan mereka supaya tidah menyerah kalah kepada Islam . diambil dari agama Nasrani dan Yahudi, dan menjatuhkan martabat Nabi-nabi nilai-nilai Islam

PN3362

6 iiiDi sana ada lagi satu matalamat yang sentiasa tidak dilupai oleh golongan oreintalis dalam setiap kegiatan dan kajian “ilmiah” yang mereka lakukan iaitu matlamat untuk menyebarkan agama kristian dikalangan orang timur, Oleh itu mereka telah cuba sedaya upaya mereka untuk merosakkan kemuliaan Islam dan menanamkan keraguan dalam hati pengikut dan penganutnya.

Dorongan keagaman ini adalah kerana kegiatan oreintalais itu sendiri adalah dimulakan oleh gereja, Pada mereka . Islam adalah merupakan satu-satunya musuh yang mengancam kristian dan ia adalah satu agama yang sepatutnya tidak boleh berkembang, Kegiatan oreintalis yang didorong oleh tujuan keagamaan ini dapat dirumuskan daripada kenyataan-kenyataan yang telah dibuat oleh kalangan tokoh-tokoh oreintalis sendiri tentang tujuan mereka dan juga penelitian terhadap hasil-hasil kajian mereka berkaitan dengan Islam. Kenyataan dan pandangan yang dikemukakan oleh oreintalis tentang Islam dan ajarannya , tentang dasar-dasar dan perundangannya , berkaitan dengan Nabi, al-Quran, al-Hadis dan lain-lain yang dibuat secara memutarbelitkan sebenarnya, adalah memperlihatkan matlamat dan tujun ini. Antara kenyataan oleh para oreintalis yang mendedahkan tujuan mereka adalah : iKenyataan oleh Pierri Clury tentang tujuan usaha dan aktiviti beliau yang apa yang

mempelopori usaha terjemahan al Quran ke bahasa Latin yang dimulakan pada tahun 1143 M bersama Robert Ketton beliau mengatakan : “ Jika usaha ini ternyata di antara perkara-perkara tambahan, dan keduanya kerana musuh tidak perlu diserang dengan senjata , tetapi aku berhasrat supaya dinegeri yang ada raja yang agung mestilah ada benteng sama ada untuk pertahanan atau perhiasan atau kedua-duanya sekali. Nabi Sulaiman membuat senjata untuk pertahanan walaupun ia tidak perlu pada zaman itu Nabi Daud membuat perhiasan walau pun bukan untuk , kegunaan zamannya ….. Begitu jugalah halnya dengan usaha ini, walau pun tidak boleh mengkristiankan umat Islam, tetapi cukup sekadar pihak gereja dapat memberikan pertolongan kepada orang yang lemah dan susah “

PN3362

7 ii- Seorang oreiantlis Jerman menyatakan : “Memang wujud sikap perseteruan Kristian terhadap Islam , kerana sewaktu Islam berkembang di kurun pertengahan ia telah mendirikan satu benteng yang kukuh menghalang penjajahan dan perkembangan kristian, kemudian Islam telah menyelinap pula ke negara-negara yang dulunya dibawa kedaulatan kristian” iii-Lawrans Brown juga menyatakan: “Bahaya yang sebenar adalah wujud dalam sistem Islam yang berkemampuan untuk berkembang dan mempengaruhi serta kesesuaiannya yang mana ia dengan ini dapat menjadi satu-satunya benteng yang boleh menyekat penjajahan Eropah” Dalam hasil penulisan dan kajian yang dibuat oleh kalangan oreintalis pula dapat dilihat terlalu banyak penyelewengan yang sengaja dibuat bagi menyerang dan memburuk-burukkan Islam dari pelbagai sudut. (Saudara boleh melihat kenyataan yang dibuat oleh mereka ini dan jawapan terhadapnya dalam buku-buku yang telah ditulis oleh ulama Islam bagi menjawab tuduhan-tuduhan mereka : Antara buku-buku berkenaan ialah : Iftira’at al Mushtashriqin ‘ala al Islam oleh Dr Abdul ‘Azim Ibrahim Difa’ an al ‘Aqidah wa al Syari’ah Did mata’in alMushtashriqin oleh Muhamad al Ghazali. Al Islam Bayn Shubahat al Dallin , Yusuf al Qardawi Al Islam Wa al-mushtashriqun oleh Muhamad al Dusuqiy.

3. Dorongan Penjajahan Peperangan salib telah berlaku dalam tujuh pusingan dan berakhir dengan kekalahan di pihak musuh Islam, Ia pada zahirnya adalah peperang yang berlaku atas sebab agama tetapi pada hakikatnya adalah merupakan peperangan untuk matlamat penjajahan , Bagaimana pun barat tidak berputus asa untuk terus kembali dan menjajah negaranegara arab dan Islam setelah kekalahan dan kejatuhan kerajaan Othmanyah turki yang menjadi pelindung dan penaung kepad umat Islam , Mereka telah menjajah negara-negara Arab dan negara-negara Islam yang lain. Selepas itu mereka telah berusaha untuk

PN3362

8 mengkaji semua aspek yang ada di negara-negara berkenaan , sama ada di sudut akidah , adatresam , corak dan perangai masyarakat juga hasil bumi yang ada , Tujuannya ialah untuk mengenalpasti sudut kekuatan yang ada untuk melaksanakan tujuan mereka . supaya dapat dilemahkan dan dikuasai , Juga di selidikan aspek-aspek kel;emahannya agar dapat digunakan bagi

4.

Dorongan Perniagaan . Diantara faktor yang mendorong kegiatan oreitalis ialah keinginan barat untuk

berdagang dengan orang Islam sama ada untuk melariskan barangan keluaran mereka dan juga untuk memperolehi dan membeli barangan mentah yang ada pada orang Islam dengan harga yang murah disamping dapat mematikan diserata tempat dinegara Islam . 5. Dorongan Siasah ( Politik). Pada masa kini setelah negara-negara Arab dan negara-negara Islam telah mencapai kebebasan , maka terserlah pula satu lagi pendorong baru untuk kegiatan oreintalis ini. Di kedutaan-kedutaan barat yang terdapay dinegara-negara Arab dan negara Islam terdapat pegawai khas yang fasih berbahasa arab atau bahasa umat Islam di negaranegara yang berkenaan. Dengan itu membolehkan mereka berhubung secara terus dengan para pemikir, wartawan dan ahli politik untuk mereka menyelami arah pemikiran mereka . Mereka akan berusaha untuk menyuntik pemikiran yang selari dengan siasah dan kemahuan negara mereka . Di negara-negara arab misalnya mereka berusaha untuk menanam pemikiran yang bertentangan dan memecah belahkan pemimpin-pemimpin negara Arab agar saling bertentang antara satu dengan yang lain. Hal ini dilakukan dalam bentuk nasihat dan menyampaikan bantuan . Ia dilakuakn setekah mereka dapat kebanyak pemimpin utama yang bertanggungan jawab dalam mengenali sikap kilang-kilang perusahaan setempat yang bersaing dengan kilang-kilang mereka yang besar-besar yang diwujudkan

mengatus strategi negara.

PN3362

9

3. Matlamat dan Tujuan Oreintalis. Ada tiga bentuk tujuan dan matlamat golongan oreitalis ini mengikut kelompok mereka. Pertama: Golongan yang dikuasaioleh rasa fanatik dan mempunyai rasa permusuhan yang jelas terhadap Islam dan penganutnya . Kegiatan golongan ini adalah bermatlamat untuk : iMenimbulkan keraguan tentang kesahihan kerasuluan Nabi Muhamad s.a.w. dan menanam prasangka terhadap sumbernya. Kebanyakan mereka menyangkal bahawa nabi Muhamad itu seorang Rasul yang menerima wahyu dari Allah S.W.T. Mereka berusaha untuk membuat pelbagai tafsiran yang menyeleweng tentang wahyu dan al-Quran . iiPenolakan mereka terhadap al-Quran yang sebagai yang datang dari langit membawa kepada usaha mereka menolak Islam sebagai agama Allah . Islam didakwa sebagai hasil ciplakan dari dua agama sebelumnya iaiatu Yahudi dan Nasrani. iiiMenimbulkan keraguan terhadap kesahihan hadith yang menjadi asas pegangan umat Islam dan asas perundangan hukumnya. Mereka bersandarkan kepada wujudnya hadis palsu dengan membutakan matanya terhadap usaha yang membersihkan hadith daripada semua dilakukan oleh para ulama hadith teliti dan kemas

pemalsuan itu. Ia dibuat oleh para ulama dengan kaedah dan metod yang cukup yang belum pernah ada tandingannya. Sebenarnya mereka merasa iri hati melihat hadith Nabi yang lengakap dan sempurna serta kaya dengan khazanah perundangan yang begitu mengkagumkan sedang mereka tidak mahu mengakui tentang kerasulan Nabi Muhamad s.a.w. lalu mereka dakwa adalah tidak munasabah ia datang dari seorang yang ummiy yang tak tahu membaca dan manulis.

PN3362

10 ivMenanam keraguan tentang sepanjang zaman. vMenanam keraguan terhadap kemampuan Bahasa Arab untuk mengikuti nilai Fiqh Islam itu sendiri. Iaitu suatu

perbendaharan yang begitu agung dan tidak pernah ada pada mana-mana umat di

perkembangan dan kemajuan akademik . Dengan adanya keyakinan demikian maka umat Islam khas umat Arab akan sentiasa mengemis untuk menggunakan istilah dan bahasa mereka . Orang Islam akan merasa mereka tidak akan mampu menandingi barat dalam semua bidang . Kedua : Golongan oreintalis yang mempunyai sikap yang tidak fanatik. Golongan ini melakukan kajian dan penyelidikan mereka semata-mata kerana keinginan untuk mengetahui secara tepat tentang Islam . Dengan kata lain kegiatan mereka adalah didorong oleh maksud akademik . Walau bagaimana pun terkadang-kadang terdapa juga fakta-fakta yang kurang tepat berhubung dengan Islam . Ini adalah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan mereka tentang Bhasa Arab dan selok beloknya , atau pun disebabkan kejahialan mereka tentang iklim yang ada dalam sejarah Islam dan kedudukan suasana masyarakat yang berbeza . Apabila mereka cuba enggambarkan makaia cuba digambar dalam suasana dan iklim yang mereka alami . Merekalupa dan tidak dapat dapat menghayati . Bezanya diantara kumpulan ini dengan kumpulan pertama ialah mereka akan segera mengakui kesilapan mereka dan membetuklkan tanggapan mereka apabila dijelaskan dengan fakta yang mempunyai bukti dan asas yang sebenar, tidak berkeras dengan kebatilan dan pembohongan walau pun ternyata ia tidak berasas. Tidak dapat dinafikan bahawa setelah beberapa abad wujudnya jabatan-jabatan pengajian Timur yang ditubuhkan melalui keputusan gereja , maka lahir pula sekumpulan pelajar dan penyelidik yang mempunyai sikap yang tidak fanatik terhadap kristian dan yang tidak mahu terjebak dengan tujuan dan matlamat yang tidak ilmiyah. Golongan ini telah menjalankan kajian mereka dengan tujuan yang bersih dari kebencian dan dengki kesumat tetapi dengan tujuan-tujuan dan kepentingan yang lain . Antara tujuan dan matlamat ini ialah

PN3362

11 i- Kajian yang dibuat dengan tujuan ilmiyah semata-mata . Motif ilmiah ini muncul di abad keemasan oreintalis iaitu zaman perkembagan penulisan dan penerbitan . ii- Tujuan Perdagangan : Motif ini menjadi keutamaan oreiantalis di abad ke 19 dan 20 ketika misi perdagangan dan pelayaran giat dilaksanakan oleh pemerintah . Perdagangan dengan Timur banyak memberikan kuntungan kepada oreintalis selain daripada memperolehi bahan-bahan mentah yang diperlukan . Mereka juga menimba pengalaman denagn mengenali geografi dan kebudayaan Timur. iii- Tujuan Politik : Pihak pemerintah memberi sokongan dan dokongan sepenuhnya kepada oreintalis untuk mendalami dan mempelajari bahasa, tradisi , agama Timur dengan tujuan supaya dapat mengenali teknik-teknik dan tektik yang sesuai bagi mendekati, mempengaruhi dan menguasai penduduk tempatan yang dijajah.

Ketiga : Golongan Oreitalis Yang Mendapat Hidayat . Golongan ini adalah merupakan mereka yang menyelidik dan mengkaji dengan maksud untuk mencaari kebenaran . Apabila kajian mereka menjelaskan kebenaran apa yang dibawa oleh Islam maka mereka untuk menerima dan menganut Islam dengan rela hati .

PN3362

12 MATLAMAT DAN STARTEGI ORIENTALIS

Apabila

orang Islam berbicara tentang orientalis , maka pembicaraan mereka adalah mereka terhadap Islam dan penganutnya,

tertumpu kepada golongan orientalis yang sikap dan tindak tanduk serta aktiviti mereka adalah digerakkan oleh sikap fanatik dan perseteruan sehingga mereka dengan sengaja melancarkan berbagai-bagai serangan yang tidak berasaskan terhadap Islam dan apa saja yang berkaitan dengan agama ini dan penganutnya. Fokus yang akan di berikan penekanan dalam pembicaraan ini ialah perancangan dan strategi golongan orientalis yang mempunyai matlamat dan tujuan menjadikan Islam sebagai sasaran mereka dalam usaha mereka menyekat pengaruh dan kewibawaan Islam terhadap manusia sejagat. Kelahiran gerakan orietalisme adalah berkait rapat dengan gerakan untuk penyebaran agama kristian dan juga penjajahan, maka strategi gerakan dan usaha awal mereka adalah diatur untuk mencapai matlamat bersama . Apa yang diatur oleh pihak pengembang kristian adalah mendapat dokongan berbentuk akademik dari golongan orientalis. Pendakwah kristian telah menggunakan pelbagai cara dalam menjayakan misi mereka terhadap bangsa Timur. Antaranya ialah dengan mengiksploitasi semua bidang keperluan manusia untuk tujuannya, termasuklah melalui bidang pendidikan dengan menubuhkan institusi pendidikan di semua peringkat dengan kurikulum dan pengisian yang sesuai dengan agama kristian, mengiksploitasi pelajar-pelajar yang dihantar ke barat untuk mengubah pendirian dan pemikiran mereka terhadap ajaran Islam yang sedia ada dalam diri mereka agar menerima pandangan , pemikiran yang sesuai dengan anutan mereka . Selain dari bidang pendidikan , maka bidang-bidang seperti perubatan , media dan kewartawanan , penerbitan majallah dan sebaran digunakan untuk maksud tersebut . Selain daripada gerak kerja yang dilaksanakan melalui kegiatan missionari ini ,maka orientalis juga menjalankan kegiatan mereka dalam bidang akademik yang meliputi pelbagai bidang . Al Sayid Mustafa al Siba’y telah mengemukakan 5 aktiviti yang dijalankan oleh orientalis i) meliputi pengajian di Universiti , ii) pengumpulan manuskrip dan membut katlog, iii) penyuntingan dan penerbitan , iv) penterjemahan dari bahasa Arab ke Bahasa Eropah , v) Penulisan dalam berbagai-bagai bidang ilmu Islam .

PN3362

13 orang barat termasuk golongan orientalis sejak awal lagi adalah merupakan

Matlamat

serampang dua mata : i- Untuk menyekat masyarakat barat atau kristian daripada terpengaruh dengan ajaran Islam dan menerima Islam sebagai anutan mereka . Dalam hal ini mereka menumpukan kerjakerja yang dilihat boleh memburukkan wajah Islam serta menutup semua keindahan dan keistimewaannya agar dapat meyakinkan kaum kristian bahawa Islam adalah tidak sesuai untuk mereka. ii- Menumpukan kajian mereka tentang umat Islam dan mereka mula menimbulkan dan membuat pelbagai dakwaan dan pembohongan terhadap akidah dan syariah Islam juga sumber-sumber Islam . Tujuan mereka adalah bagi melemahkan pegangan umat Islam terhadap agama serta menimbulkan perpecahan dikalangan umat Islam . Disamping itu ia disertai dengan usaha yang kuat dan bersungguh-sungguh ke arah menjadikan mereka sebagai penganut kristian . iii. Menjadi konco kepada penjajah dan berusaha bagi membuka jalan dan memudahkan pihak penjajah menundukkan negara-negara umat Islam agar menerima pemikiran mereka yang akhirnya mereka akan turut mendewa-dewakan nilai-nilai barat , dan pada waktu yang sama mengurangkan pegangan mereka kepada nilai dan ajaran Islam . Berikut adalah huraian ringkas tentang beberapa strtegi yang dilaksasanakan oleh orientalis dalam gerak kerja mereka . Polisi Pendidikan . Barat yang telah berjaya menguasai negeri-negeri umat Islam secara leceknya menyusun dan mengatur strategi mereka melalui pendidikan disemua peringkat pengajian kepada masyarakat. . Mereka membangun dan mendirikan sekolah-sekolah di semua peringkat dari pra persekolahan sehingga peringkat tinggi. Banyak sekolah yang kemudahan yang lengkap didirikan dan diletakkan dibawah kendalian pihak gereja atau misionari kristian . Di tanah Melayu semasa dibawah penjajahan , sekolah-sekolah yang baik dan lengkap kemudahannya adalah dikendalikan oleh pihak gereja dan diletakkan berhampiran dengan gereja . Bangunan sekolah pula kadang-kadang merupakan sebahagian daripada kawasan

PN3362

14

gerejaitu sendiri . Ia selalunya dilengkapi dengan corak dan bentuknya. Terdapat banyak bangunan sekolah yang diletakkan dipuncaknya lambang salib sama seperti bangunan gereja sendiri. Paling tidak nama sekolah yang terkenal pada masa pnjajahan dan pada permulaan kemerdekaan seperti convent, Sent John, La Salle , dan sebagainya hingga kini masih kekal sebagai bukti. Peranan orientalis adalah membantu pihak penjajah dan pihak gereja atau misionari agar merangka kurikulum yang boleh diterima oleh masyarakat orng Islam dan juga yang akan memberikan hasil kepada mereka dalam jangka panjang . Penyusunan kurikulum adalah dengan tujuan untuk menanam secara halus nilai-nilai barat sehingga mereka membesar dengan pemikiran dan kecenderungan kepada barat dan diwaktu yang sama nilai-nilai Islam akan terhakis secara halus sedikit demi sedikit dari jiwa mereka . Sepanjang tempoh penjajahan oleh barat di negara-negara umat Islam , mereka telah juga menubuh dan mendirikan pusat-pusat pengajian tinggi. Bahkan kadang -kadang institusi pengajian tinggi itu didirikan dengan kerjasama rapat pihak misionari dan dalam bentuk yang jelas sebagai sebuah institusi kristian . Antara contohnya ialah : i. Amerikan Universiti di Qahirah . Ia didirikan di sana bagi menyaingi Universiti alAzhar yang dikira sebagai satu benteng kekuatan Umat Islam di Mesir . Institusi ini setiap tahun melahirkan para pendidik dan pendakwah untuk sekolah-sekolah yang mereka dirikan di seluruh pelosok negeri Timur dekat . ii. Universiti Amerika di Beirut. Ia dinamakan juga sebagai Fakulti Syria Injil dan selepas itu diubah nama sebagai Universiti Beirut . Institusi ini telah ditubuhkan pada tahun 1865 M ( Dr cAbd al Muncim : 2001) . Kedua-dua Uninversiti Amerika ini di katakan memaksa pelajar-pelajar yang

memasuki pengajiannya supaya mereka masuk ke gereja setiap pagi dan mengikuti upacara keagamaan yang dilakukan. Sewaktu di bantah oleh pelajar-elajar Islam , maka salah seorang dari pihak berkuasa dan pentadbirnya telah mengemukakan akta dan dokumen penubuhannya yang menyebut : « Faedah agama kristian wajib diberikan kepada setiap pelajar . Injil adalah antara mata pelajaran asas/ utama yang

PN3362

15 teras . Setiap palajar yang memasuki institusi ini perlu tahu sejak awal lagi apa yang diperlukan untuk lakukan oleh mereka. iii. Di Istambul Turki, Universiti yang serupa telah ditubuhkan oleh seorang pendakwah kristian dan sehingga kini ia terus diketuai oleh pihak misionari kristian. iv- Pusat-pusat pengajian tinggi seumpamanya ditubuhkan juga dinegara-negara umat Islam yang lain seperti di Sudan , di Lahore, di Lubnan dan lain-lain . Semua pusat pengajian tinggi dan institusi pendidikan lain adalah membantu

menyebarkan matlamat yang ingin dicapai oleh orientalis . Ia bekerja sepanjang masa bagi membantutkan pertumbuhan belia yang bersemangat Islam dan memelihara nilai-nilai agama Islam yang tulin . Penulisan Buku Dan Penerbitan . Satu kegiatan dan strategi yang sangat luas digunakan oleh golongan orientalis ialah penulisan dan penerbitan buku-buku dan apa yang dikatakan sebagai hasil kajian dan penyelidikan oleh kalangan mereka , tentang pelbagai aspek yang berkaitan dengan Islam dengan pelbagai arah bentuk dan jodol. Ianya menyentuh tentang Agama Islam secara menyeluruh atau Rasulullah atau tentang al Quran dan sebagainya . Kebanyakannya ditulis dan mereka dengan sengaja memutar belitkan fakta dan hakikat kebenaran yang ada, sama ada dengan mengubah maksud atau menafikan hakikat yang sebenar dan sebagainya . Kalangan orientalis sangat giat dan produktif dalam usaha mereka ini. Mereka secara berkumpulan menerbitkan beberapa Islam yang telah disusun hasil penulisan yang begitu besar dan menjadi kemudiannya pegangan dan rujukan oleh para pelajar Islam . Antaranya ialah The Encyclopaedia of pada mulanya dalam bahasa Inggeris dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Ia kemudian telah mula diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab pada tahun 1956.Penerbitan pertama dalam edisi Bahasa Arab mengandungi 13 Jilid. Banyak perkara dan fakta yang tidak tepat tentang Islam terkandung dalam buku ini..( Dr Mustafa al Sibaciy: Cet3 1985) Oleh kerana sistem

PN3362

16 kandungan yang begitu baik maka para penulis Islam telah berusaha untuk meneliti dan memperbetulkan semula fakta-fakta dan kandungan yang tidak tepat di dalamnya. Selain itu buku yang diberikan jodol lagi. Demikian juga dengan buku Mucjam Mufahras untuk hadis yang telah disusun oleh Wensink dan rakan-rakannya . Walau pun tujuan asalnya adalah untuk meneliti mencari hadis-hadis dan bagi meneliti aspek-aspek kelemahan yang boleh dipergunakan bagi menentang Islam, tetapi susunannya telah dapat digunakan oleh para pelajar Islam dalam penyelidikan dan pengajian mereka. Dalam usaha orientalis mencapai matlamat mereka , beberapa perkara menjadi tumpuan dan sangat dititikberatkan oleh mereka untuk dicapai: a- Menanam keraguan tentang kebenaran kerasulan Nabi Muhamad s.a.w. serta alQuran yang sumbernya dari Allah SWT. . Ini sentiasa diulang dan diwar-warkan oleh para orientalis dalam pelbagai bentuk dan ibarat. b. Penolakan terhadap al-Quran itu sebagai kitab yang diturunkan dari langit. Ini dibuat dengan pelbagai cara dan alasan . c. Ekoran dari itu maka usaha dilakukan bagi menolak Islam sebagai satu agama langit. d. Menimbulkan keraguan dan kesangsian tentang kesahihan hadis Nabi s.a.w. Ini disebabkan adanya apa yang disebutkan sebagai pemalsuan dalam hadis. e. f. Menanamkan keraguan tentang nilai fiqh dan perundangan Islam . Menimbulkan keraguan dan tidak yakin terhadap kemampuan Bahasa Arab dan bahasa umat Islam lain untuk mengikuti kepesatan dari perkembangan keilmuan . Orang lain - umat Islam khususnya- akhirnya tunduk mengakui dan terpaksa mengemis bahasa dan istilah ilmu dari mereka untuk mampu bersaing . Shorter Encyclopaedia of Islam , dan Encyclopaedia of Religion And Ethics, Encyclopaedia of Sosial Sciences dan banyak

PN3362

17

g. Menghakiskan penghormatan umat kepada tokoh-tokoh dan ulama-ulama Islam yang komited dan yang ulung. Penubuhan Kesatuan dan Penerbitan Majalah. Antara kegiatan yang dilaksanakan oleh orientalis dalam usaha mereka ialah

menerbitkan majalah untuk menjadi tatapan dan bahan bacaan masyarakat. Dalam Majalah ini dimuatkan pemikiran atau yang disebut sebagai hasil kajian mereka tentang sesuatu permasalahan yang mahu disampaikan kepada pembaca. Penerbitan majalah dilakukan oleh kesatuan orientalis . Kesatuan ini telah ditubuhkan di pelbagai negeri mengumpulkan tenaga orientalis. Antaranya ialah Kesatuan Orientalis Asia yang ditubuhkan di Paris pada tahuan 1822, Kesatuan Diraja Asia yang ditubuhkan di Britan dan Ireland pada tahun 1942 dan di German pada 1845 . Majalah yang mengandungi hasil kajian penyelidikan mereka tentang Islam ini diterbit dan diedarkan oleh kesatuan/ pertubuhan ini dalam jumlah yang besar. Antaranya ialah : 1. Majallah Orientalis yang pertama diterbitkan di veinna pada tahun 1809-1818M . 2. Majallah Islam diterbitkan oleh guru-guru bantuan Prancis yang dihantar ke Moroco pada tahun 1895. Ia kemudian digantikan dengan majallah « Dunia Islam » pada tahun 1906M yang kemudiannya ditukakan lagi jodolnya kepada majalah « Kajian Islam ». 3. Di German diterbitkan majalah « Derlslam » atau Islam . Ia diterbitkan pada tahun 1910M. 4. Di Rusia diterbitkan satu majalah pada tahun 1912M , yang diberikan jodol « Mirlslama » atau Dunia Islam . 5. Di Britan diterbitkan sejak 1911 majalah yang juga dinamaka sebagai « dunia Islam » The Muslim World. Ia di asaskan oleh S. Zweimer.

PN3362

18 Lebih jauh dari itu para orientalis juga telah merebut peluang menggunakan akhbarakhbar tempatan di negari-negeri umat Islam yang dibeli oleh mereka dan dikekalkan penerbitannya dengan pengisian dari pihak mereka. Di mesir misalnya mereka berjaya menggunakan akhbar-akhbar tertentu bagi menyetakan pandangan dan pendapat agama kristian secara lebih bebas dan meluas berbanding dengan negeri-negeri lain . (Dr Mustafa al Sibaciy: ) Mengadakan Muktamar Atau Persidangan. Atara Kegiatan yang sering di atur oleh orientalis ialah persidangan dan muktamar diperingkat dunia atau kawasan dan negeri tertentu menghimpunkan para tokoh-tokoh akademik bagi membincangan hasil kajian yang mereka buat berkaitan Islam . Kegiatan seperti ini telah lama dimulakan . Untuk peringkat antara bangsa ia telah dimulakan sejak 1763M dan berterusaan hingga kini . Sementara untuk peringkat wilayah atau negeri telah dimulakan di German 1849M.

6. Kegiatan Yang Berbaur Politik. Jika diperhatikan nama-nama orientalis yang begitu menonjol dan yang begitu terserlah pendapat dan pemikiran mereka tentang Islam dan umat Islam , maka didapati sebilangan mereka adalah merupakan tenaga yang bergiat dibawah kendalian kerjaan penjajah . Mereka menjadi ahli pemikir yang berpengaruh bagi mengatur strategi dalam menghadapi umat Islam di negeri-negeri yang terletak dibawah penjajahan kerajaan barat. Pembentukan dasar dan keputusan politik di negara-negara umat Islam sangat berkait rapat dengan kajian dan penyeliidikan oleh kalangan orietalis ini. Ramai kalangan orientalis yang bekerja sebagai penasihat atau atache di pejabat kedutaan mereka dinegara Islam yang dijajah . Antara mereka ialah : Snouck Hurgronje. Beliau merupakan seorang penasihat dalam merangka strtegi usaha

politik untuk kerajaan Belanda menghadapi umat Islam rakyat Indonesia yang dijajah. Beliau juga bertanggungjawab dalam merangka , menggalakkan agar mengkristiankan umat Islam di sana dilaksanakan peraturan dan undang-undang sekular untuk umat Islam Indonesia. disamping syor melaksanakan

PN3362

19 Macdonald pula adalah orientalis yang menjadi penasihat kepada kerajaan British bagi merangka dasar dan strategi politik menghadapi umat Islam di Benua kecil India . Orientalis Gibb pula adalah juga penasihat kepada kerajaan British dan merangka stategi politik untuk Britan dan Amerika yang bersekongkol dengan Isra’il memusuhi negara Arab dan Umat Islam. L. Massignon pula adalah merupakan penasihat kepada kerajaan Perancis dalam mengatur strategi mereka terhadap umat Islam di Afrika Utara terutama Algeria. Nasihat dan cadangan yang diberikan olehnya telah mengakibatkan lebih sejuta umat Islam di Algeria mati syahid dalam jihad mereka menentang penjajahan Perancis.

PN3362

20 SIKAP ORIENTALIS TERHADAP AL QURAN .

Pendahuluan : Al Quran adalah merupakan asas utama kepada Islam dan Syariatnya . Ia adalah sumber utama kepada semua ajarannya . Sikap golongan orientalis yang memusuhi Islam terhadap Al-Quran adalah sama seperti sikap mereka terhadap Rasulullah saw. dan hadithnya. Bagi mereka al Quran tidak patut dibiarkan menjadi pegangan umat Islam dan menguasai pemikiran mereka. Umat Islam harus dipisah atau dijauhi darinya. Atas sikap ini maka didapati pelbagai kekeliruan dan tuduhan tidak benar yang telah ajaran-ajaran yang terkandung di

dilemparkan secara berterusan oleh golongan orientalis terhadap al Quran ini, baik dari segi kedudukannya sebagai wahyu, isi kandungannya dan dalamnya . Semua kekeliruan yang ditimbulkan adalah untuk menafikan al Quran itu sebagai wahyu dari Allah dan untuk membukti atau mengithbatkan bahawa ia adalah hasil ciptaan Nabi Muhamad s.a.w. Berikut akan dilihat beberapa tuduhan dan kekeliruan yang telah ditimbulkan oleh mereka serta ulasan yang dibuat oleh penulis-penulis dan ilmuan Islam terhadapnya.

1. Al Quran Adalah Hasil Ciptaan Nabi Muhamad . Kaum orientalis sama ada mereka terdiri dari kalangan yahudi atau nasara memang tidak senang untuk menerima pandangan bahawa al Quran itu merupakan wahyu dari Allah. Mereka sendiri menganggap kitab suci mereka sebagai hasil dari susunan dan ciptaan yang dilakukan oleh para Nabi atau pendita mereka , maka begitu juga dakwaan mereka terhadap al Quran . Mereka seboleh-bolehnya mahu memadamkan keyakinan terhadap nilai ketinggian dan kesucian al-Quran dari hati sanubari penganut Islam .

PN3362

21 Tuduhan seperti ini dikemukakan oleh para orientalis dalam pelbagai cara. Montgomery Watt , Noldeke , Goldizher dan lain-lain membuat tuduhan sedemikian dalam bentuk yang berbeza tetapi maksudnya sama.. Ulasan ilmuan Islam terhadap tuduhan dan kekeliruan : Tuduhan yang dibuat oleh orientalis ini adalah tidak mempunyai sebarang asas yang kukuh. Tidak ada sebarang sandaran bukti sejarah . Ia hanya merupakan khayalan mereka semata-mata . Tuduhan itu tidak lebih dari ulangan semula terhadap apa yang pernah di katakan oleh kaum kafir quraisy dahulu seperti yang dijelaskan oleh al Quran dalam ayat 4-5 Surah al Furqan , dan telah pun dijawab oleh al Quran dalam ayat 6 . Jika tuduhan mengatakan bahawa Nabi belajar dari seseorang maka ia juga telah dijawab oleh al-Quran dalam ayat 103 surah al Nahl.

i-

Sejarah memang nyata bahawa Nabi Muhamad s.a.w. adalah seorang yang ummi – tak tahu membaca dan menulis- dan al –Qur’an mula dipaparkan oleh Rasulullah s.a.w setelah baginda berumur 40 tahun , sedang corak kehidupan Rasulullah dalam tempoh sebelum itu tidak memberikan sebarang peluang untuk baginda mempelajari dari mana-mana sumber. Bagaimana seorang yang ummi boleh mengarang dan mencipta suatu kitab yang sebegini unik bentuknya?.

ii-

Ada juga kalangan yang mendakwa bahawa Nabi telah meperolehi maklumat dari kalangan kaum ahl kitab ( Yahudi dan Nasara ) . Dakwaan ini boleh diberikan pertimbangan sekiranya dapat dibuktikan bahawa baginda ada peluang dan kesempatan yang cukup untuk berhubung dengan mereka yang dikatakan itu dan mendapatkan maklumat seperti yang terkandung dalam al-Quran itu!.

iii-

Kalau al Quran itu Nabi cipta hasil penglibatannya dengan kaum Yahudi dan Nasara, soalannya ; mengapa orang yang lebih lama dan lebih banyak bergaul dengan kaum berkenaan tidak mampu untuk mengemukakan hasil seperti itu. Dan mengapa tidak ada kalangan yahudi dan Nasara yang menjadi sumber itu sendiri yang mampu. Sedangkan mereka sangat-sangat ingin menyekat pengaruh dan ajaran Nabi Muhamad s.a.w. disamping dicabar untuk berbuat demikian.

PN3362

22

iv-

Kalau al Quran itu ciptaan Nabi Muhamad mengapa pula terdapat ayat-ayat yang mengkritik dan menegur baginda sendiri dalam al Quran itu.

v-

Secara logiknya apakah seorang yang ummi mampu untuk mengemukakan dalam al Quran itu perkara-perkara yang seluruh ahli ilmu di masa itu tidak mempunyai sebarang pengetahuan berhubung dengannya seperti ilmu yang berkaitan unsur alam / fakta sains dan sebagainya .

vi-

Dari sudut masa dan tempoh . Tempoh kerasulan adalah sekitar 23 tahun sahaja sedang Rasulullah s.a.w berada 13 tahun di Makkah dengan menghadapi dan berdepan dengan pelbagai tindakan oleh kaum kafir quraisy , sementara tempoh 10 tahun di Madinah di penuhi dengan pelbagai tugas yang dihadapi oleh Rasulullah saw. Dari pentadbiran, kepada megharungi medan perang , menguruskan berbagai-bagai perkara lain lagi . Logiknya bagaimana baginda mempunyai peluang untuk berfikir dan duduk merenung mencipta dan mengarang al –Quran , pada hal kitab ini begitu sempurna dan lengkap kandungannya mencakupi seluruh bidang kehidupan manusia yang tidak dapat ditandingi oleh mana-kitab pun sebelum dan sesudahnya .

2. Isi Kandungan Al Quran Adalah Di Saring Dari Kitab Taurat dan Injil. Di antara dakwaan dan kekeliruan yang mereka timbulkan berkaitan al-Quran adalah ; ia adalah saringan atau dengan lain ungkapan berasal dari kandungan kitah Taurat dan Injil . Sandaran yang menjadi latar belakang kepada dakwaan ini ialah iiiDakwaan mereka bahawa al Quran itu ciptaan Nabi . Adanya titik persamaan antara kandungan al-Quran dan kandungan kedua kitab berkenaan. Iaitu tentang kisah nabi-nabi dan umat dahulu.

PN3362

23 Matlamat dari tuduhan ini tetap bermaksud untuk mengisbatkan bahawa al Quran itu ciptaan Nabi Muhamad dan bukannya wahyu Allah . Tujuan akhirnya ialah menghakis keyakinan dan mengikis penghormatan manusia terhadap kitab suci ini.

Ulasan Terhadap Tuduhan : i- Tuduhan ini adalah berkait dengan anggapan mereka bahawa nabi Muhamad adalah pencipta dan pengarang kepada al Quran. Jika mereka menerima bahawa al-Quran itu datangnya dari Allah maka dakwaan bahawa al-Quran itu disaring atau diambil daripada apa yang terkandung di dalam Taurat dan Injil tidak timbul. Bila dakwaan itu dibuat sudah tentulah ada pihak atau orang yang mengambil atau menyaringnya . Maka yang mereka maksudkan ialah Nabi Muhamad sendiri. Anggapan dan dakwaan ini telah pun di ulas dan dijawab serta dinyatakan kepalsuannya . Oleh itu tak perlu dipanjangkan lagi jawapannya. ii- Kandungan Kisah yang Berbeza. Adapun tentang terdapatnya persamaan di antara kisah dan cerita-cerita yang terdapat dalam al-Quran dan dalam kedua kitab berkenaan berhubung dengan para nabi dan umat dahulu , maka adalah benar dan tak dapat dinafikan bahawa topik dan isu yang sama terdapat dalam al-Quran dan kitab-kitab sebelumnya . Persoalannya apakah keseluruhan cerita dan kandungan kisah itu benar-benar sama ? Jika diteliti maka persamaan yang ada hanya pada tajuk ceritanya dan mereka yang berkenaan sahaja, tetapi isi kandungannya adalah jauh berbeza. Cerita dan kisah yang terdapat di dalam al-Quran adalah tertumpu kepada pekara-perkara penting yang menjadi pengajaran dan perkara yang boleh dijadikan contoh teladan dan iktibar , sedang yang terdapat di dalam Taurat dan Injil adalah lebih tertumpu kepada jalan cerita dan kisah itu semata-mata tanpa sebarang penekanan kepada apa-apa aspek pengajaran. Bahkan kadang apa yang dikemukakan adalah suatu yang tidak munasabah dan bertentangan dengan logik dan kehormatan para Nabi dan Rasul .

PN3362

24 Bahkan terdapat perbezaan yang jelas di antara apa yang dipaparkan di dalam al-Quran dengan yang terdapat dalam kedua sumber ini walau pun tentang kisah yang sama. Seperti cerita yang berkaitan dengan Nabi Yusuf dengan isteri pembesar Mesir , kisah kelahiran Nabi Isa adalah sangat berbeza. Bahkan terdapat perkara-perkara yang dinyatakan oleh al Quran tentang kisah umatumat dahulu yang langsung tidak disebut di dalam Taurat dan Injil. Contohnya kisah tentang kaum cAd dan Thamud, Tentang Mariam yang dijaga oleh Nabi Zakaria , dan dialog yang berlaku antara Nabi Nuh dan juga anaknya sewaktu dilanda gelombang banjir besar . iii. Perbezaan dalam perkara asas yang penting. Selain perbezaan yang begitu ketara wujud dalam perkara yang pada mulanya dilihat ada kebetulannya, maka terdapat perbezaan dan pertentangan yang begitu jelas antara kedua kitab ini dalam perkara-perkara asas yang utama , seperti akidah , hukum syariah,

a- Dalam akidah : Al Quran memandu dan mengajar konsep tauhid yang tegas akidah dalam kedua kitab ini tidak menegakan tauhid. Dalam Injil tuhan itu berbilang . Ini dijelaskan dalam al Quran : . ‫وقالت اليهود عزير ابن ال وقالت النصارى المسيح ابن ال‬ Dalam injil yang menjadi pegangan mereka ( orientalis) konsep trinity adalah merupakan ajarannya. Sedang di dalam al-Quran konsep tauhid adalah suatu yang tidak ada tolak ansurnya. Al Quran menolak semua bentuk syirik terhadap Allah s.w.t. Al Quran menjadikan hak memberikan keampunan hanya oleh Allah – ajaran yang dipegang oleh nasara pula ialah , para padri mereka adalah diberikan hak untuk menerima pengakuan dosa oleh setiap orang dan boleh mengampunkan dosa mereka .

PN3362

25 Mengikut ajaran al-Quran ,dosa adalah ditanggung oleh yang melakukannya tidak seorang pun boleh menanggung dosa orang lain tapi dalam ajaran injil Isa yang dikira sebagai salah satu tuhan mereka adalah dibunuh dan disalib sebagai penebus kepada dosa yang yang ditangung oleh umat manusia. (Adam dan anak cucunya) Dalam Injil Nabi Isa dibunuh dan salib sedang di dalam al-Quran menegaskan abahawa Nabi Isa tidak dibunuh dan tidak disalib. Dalam ajaran al Quran para rasul di berikan nilai yang tinggi dan merupakan hamba yang maksum dan terpelihara dari dosa tetapi dalam ajaran taurat dan injil tidak melihat Nabi sedemikian bahkan kadang mereka di lihat sebagai penjenayah yang melakukan bebagai kejahatan .

b- Dalam Hukum /Perundangan / Dalam Taurat yang menjadi pegangan Yahudi tidak banyak peraturan hukum hakam yang mengatur penghidupan. Yang ada itu pun berbeza. Contohnya Taurat membenarkan kaum yahudi mengambil riba dari golongan lain tetapi tidak membenarkannya sesama yahudi. Ia berbeza dari yang ada dalam alQuran yang mengharamkan riba untuk semua . Di dalam al Quran peraturan hukum hakam yang mengatur semua aspek penghidupan adalah lengkap semantara di dalam Injil dan Taurat hampir tak ada.

c- Tentang Fakta Ilmiah . Al-Quran mengandungi fakta-fakta ilmu yang begitu tinggi dan nyata dan fakta-fakta yang menepati dengan hakikat yang diketahui itu tidak terdapat

PN3362

26 sedikit pun dalam kedua kitab yang didakwa menjadi sumbernya . Contohnya seperti ilmu berkaitan unsur alam, kejadian manusia dan lain-lain . Ilmu ilmu berkenaan yang termuat dalam al-Qur’an bukan sahaja tidak terdapat dalam Taurat dan Injil tetapi tidak terlintas pun dalam fikiran manusia pada masa itu, bahkan sebahagian daripada perkara yang terkandung dalam al-Quran itu hanya baru boleh difahami oleh manusia hampir seribu tahun selepas ia diturunkan. d- Penilaian al –Quran terhadap Kedua Kitab dan pengajarannya. Al-Quran telah mengkritik dan menjelaskan berbagai-bagai keburukan yang adalah dalam Taurat dan Injil . Al-Quran juga mendedahklan perbuatan kaum Yahudi dan Nasara dalam meminda dan mengubah kandungan kedua kitab ini. Dalam al-Quran dipenuhi dengan kritikan dan penjelasan terhadap keburukan amalan kaum yahudi dan nasara.

Adakah layak untuk mendakwa bahawa kandungan al-Quran itu diambil daripada Taurat dan Injil pada hal hampir keseluruhan kandungannya itu berbeza dan bahkan bertentangan dengan apa yang ada dalam kedua-dua kitab berkenaan. Apakah logik untuk dikatakan al Quran itu merupakan saringan atau dicedok dari kedua kitab itu sedangkan al Quran mendedah dan menelanjang segala keburukan dan kepincangan yang terdapat di dalam kedua-dua nya. Tentunya dakwaan itu tidak berasas langsung.

3. Pengharaman Arak Di Dalam Al Quran Ditangguhkan Kerana Takutkan Quraisy.

Suatu dakwaan yang dibuat oleh sebahagian orientalis khususnya oleh Montgomery Watt yang telah menulis dalam bukunya “ Muhamad di Makkah” mengatakan bahawa al

PN3362

27 Quran telah mendiamkan diri dan tidak mengharamkan arak dan riba secara tegas sebelum Nabi berhijrah ke Madinah . Ini adalah disebabkan oleh ketakutan dan kegerunan Islam terhadap kebengisan dan tindakan oleh kaum kafir Quraisy. Sekali lagi dakwaan ini dibuat atas landasan bahawa al Quran itu merupakan ciptaan nabi Muhamad s.a.w. dan berasaskan bahawa kedua perkara tersebut iaitu arak dan riba adalah merupakan dua perkara yang menjadi darah daging dalam amalan dan kehidupan kaum quraish di Makkah. Golongan kafir quraisy pula dilihat sebagai satu bangsa yang bengis dan ganas , melalui tindakan yang mereka lakukan terhadap pengikut Nabi. Contohnya terhadapBilal , terhadap keluarga Amamr dan lain-lain. Satu bangsa yang di lihat tidak berperik kemanusiaan apabila sanggup menanam ank perempuan mereka hidup-hidup . Yang nyata dakwaan ini adalah merupakan andaian palsu yang tidak berasaskan sesuatu alasan yang kukuh . Memang benar pengharaman arak dan riba tidak berlaku pada peringkat Makkah . Bukan sahaja dua perkara ini , bahkan semua pensyariatan hukum tidak dikemukakan oleh al Quran pada peringkat ini Bukan disebabkan ketakutan dan kegerunan terhadap kaum quraisy seperti yang di dakwa, tetapi disebabkan oleh hikmah yang Allah tentukan . Antara hikmat yang boleh difahami , bahawa Islam di peringkat Makkah adalah merupakan perinngkat memberikan tarbiyah . Ia menerap dan melaksanakan strategi mendahulu yang terpenting daripada yang penting dan kurang penting . Perkara yang paling penting diberikan tumpuan pada peringkat awal dakwah diMakkah ini ialah membetulkan akidah dan pegangan serta keyakinan terhadap keesaan Allah SWT. Kerana apabila akidah dapat diperbetulkan maka segala hukum hakam akan dapat dikemukakan dan ia akan dilaksanakan dengan mudah dan penuh kepatuhan . Apakah dengan pengharaman arak itu dilewatkan maka boleh dibua dakwaan wujud ketakutan dalam diri Muhamad? Sedangkan sejarah perjalanan dakwah di Makkah memang diketahui dengan jelas oleh semua termasuk orientalis ini. Yang manakah lebih utama antara arak dan riba yang di amalkan dengan akidah dan keyakinan yang menjadi

PN3362

28 tunjang kehidupan quraisy.Akidah penyembahan berhala . Tentunya akidah adalah lebih utama . Bagaimana boleh diterima dakwaan Nabi Muhamad gerun dan takut sedangkan dalam sepanjang tempoh 13 tahundi Makkah Al Quran yang disampaikan oleh Baginda adalah mengkritik dan menghentam perkara yang lebih asas dan terpenting bagi kaum quraisy ini, iaitu seluruh akidah yang menjadi pegangan hidup mereka sambil mepersendakan kebodohan mereka kerana menyembah berhala yang mereka bentuk dengan tangan mereka sendiri. Sedangkang sewaktu mengatakan tentang perkara ini Nabi Muhamad masih sendirian tanpa sebarang kekuatan atau hanya disokong oleh beberapa kerat pengikutnya sahaja. Nabi dan kaum muslimin berada di Makkah selama 13 tahun menghadapi pelbagai tindakan zalim yang dilakukan oleh kafir quraisy terhadap baginda dan pengikutnya , termasuk ejekan , penyiksaan , pemulauan dan sebagainya . Kalau ada rasa takut dan gerun masakan baginda terus berada di Makkah selama tempoh itu dan terus melakukan dakwah yang ditentang oleh kaum quraisy . Sejarah mengenali sikap Rasulullah s.a.w ini, yang terpancar dalam ungkapan baginda sewaktu menjawab tawaran yang dibuat oleh quraisy melalui bapa saudaranya Abu Talib supaya berhenti daripada dakwah Baginda . Baginda menegaskan “ Demi Allah jika mereka boleh meletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku supaya aku berhenti dari urusanku ini maka aku tetap tidak akan berhenti sehingga urusan ini selesai atau pun aku terkorban kerana mempertahan kannya “. Apakah orang yang bersikap begini boleh dituduh sebagai pengecut dan takut. Sesungguhnya melewatkan pengharaman arak itu tidak ada sangkut paut dengan perasaan demikian tetapi ia dilaksanakan mengikut perintah Allah yang mempunyai hikmatnya.

Orientalisma

PN3362

29

TA'RIF Orientalisma adalah gagasan pemikiran yang mencerminkan berbagai kajian tentang negaranegara timur Islam. Objek kajiannya meliputi peradaban, agama, seni, sastera, bahasa dan kebudayaannya. Gagasan pemikiran ini telah memberikan kesan yang besar dalam membentuk persepsi Barat terhadap Islam dan dunia Islam. Caranya ialah dengan menyebarkan kemunduran cara berfikir dunia Islam dalam pertarungan peradaban antara Timur (Islam) dengan Barat. SEJARAH KEMUCULAN DAN TOKOH-TOKOHNYA

1. Awal Kemunculannya

Amat sukar untuk menentukan secara pasti bilakan munculnya Orientalisma. Sebagian ahli sejarah berkecenderungan mengatakan bahwa Orientalisma bermula dari zaman Daulah Islamiyah di Andalusia (Sepanyol). Sedangkan sebagian ahli sejarah yang lain mengatakan ia muncul ketika terjadi Perang Salib. Orientalisma Ketuhanan (Lahuti) sudah wujud secara rasmi sejak dikeluarkan keputusan Perundingan Gereja Viena tahun 1312 M dengan memasukkan subjek bahasa Arab ke berbagai Universiti di Eropah. Orientalisma muncul di Eropah hanya pada penghujung abad ke 18 M di mana pertama kali muncul di England pada tahun 1779 M, di Perancis pada tahun 1799 dan dimasukkan ke dalam Kamus Akademi Perancis pada tahun 1838. Gerbert de Oraliac (938—1003 M), seorang paderi Venezia, pergi ke Andalusia. Di sana ia belajar dengan seorang profesor. Setelah kembali ke tanah air, dia dipilih sebagai Paderi Agung dengan gelaran Silvester II (999—1003) M. Beliau merupakan Paus yang pertama dari Perancis.

Tahun 1130 M, Ketua Paderi Toledo menterjemahkan beberapa buku ilmiah berbahasa Arab.

PN3362

30

Kemudiannya langkah ini diikuti oleh Gerard de Cremona (1114—1187 M) dari Itali. Dia telah pergi ke Toledo dan menterjemahkan buku-buku yang tidak kurang dari 87 judul di bidang falsafah, kedoktoran, astronomi dan geologi. Di Perancis, Pierre le Venerable (1094-1156), seorang paderi Venezia dan Kepala Biarawan Cluny, menubuhkan kumpulan penterjemah. Tujuannya ialah untuk memperolehi ilmu dan pengetahuan secara objektif tentang Islam. Dia sendiri adalah orang pertama yang menterjemahkan al-Qur'an ke dalam bahasa Latin (1143 M). Manakala penterjemahan al-Qur'an ke dalam bahasa Inggeris dilakukan pertama kali oleh Robert of Ketton. Juan de Sevilla, seorang Yahudi yang memeluk agama Kristian, muncul pada pertengahan abad ke-12 dan memberi perhatian dalam bidang astronomi. Ia telah menterjemah 4 buah buku berbahasa Arab karya Abu Ma'syar al-Balkhi (1133 M). Tugas penterjemahannya dibantu oleh Adelard. Roger Bacon (1214—1294 M), dari England . Menuntut ilmu di Oxford dan Paris dan mendapat gelaran doktor di bidang Theologi. Ia menterjemahkan buku berbahasa Arab berjudul ‘Mir'at alKimia’ dalam tahun 1251 M 2. Orientalis-orientalis yang Objektif (tidak berat sebelah)

Hardrian Roland (meninggal pada tahun 1718 M), adalah profesor bahasa-bahasa Timur di Universiti Utrecht, Belanda. Ia menulis buku Muhammadanism dalam bahasa Latin sebanyak dua jilid (1705 M). Gereja-gereja di Eropah telah mengharamkan buku tersebut. Johann J. Reiske (1716—1774 M), seorang orientalis Jerman pertama yang patut dikenang. Ia dituduh murtad (atheis) karena sikapnya yang adil terhadap Islam. Ia hidup menderita dan mati karena sakit paru-paru. Ia sangat berjasa dalam memperkenalkan dan mengembangkan pengajian Bahasa Arab di Jerman. Silvestre de Sacy (meninggal 1838 M), seorang orientalis yang memberi tumpuan kepada sastera dan nahu Arab. Ia mengelak dari terlibat dalam pengkajian tentang agama Islam. Ia juga sangat berjasa dalam menjadikan Paris sebagai pusat pengkajian Islam. Salah seorang yang

PN3362

31

pernah berurusan dengan beliau ialah Syaikh Rifa'ah Thanthawi. Thomas Arnold (1864—1930 M) dari England . Bukunya yang berjudul ‘Preaching in Islam’ telah diterjemahkan ke dalam bahasa Turki, Urdu dan Arab. Gustav le Bon, dikenal sebagai orientalis dan ahli falsafah materialisma. Ia tidak percaya kepada agama. Pada umumnya kajian dan buku-bukunya menyentuh tentang peradaban Islam. Disebabkan hasil kajian-kajiannya beliau tidak dipedulikan malah dibenci oleh orang Barat. Z. Honke dianggap tidak berat sebelah kerana buku-bukunya yang objektif yang memperkenalkan pengaruh peradaban Arab terhadap Barat. Di antara bukunya yang termasyhur ialah ‘Matahari Arab Bersinar di Barat’. Jack Burke, Anne Marie Simmel , Thomas Garlyle, Renier Ginaut, Dr. Granier dan Gocthe adalah orientalis-orientalis yang tergolong sederhana.

3. Orientalis Fanatik (Melampau)

Goldziher (1850—1920 M), orientalis berketurunan Yahudi, penulis buku Sejarah Aliran-aliran Tafsir dalam Islam, adalah tokoh Pengajian Islam di Eropah. Ketokohan dan juga kefanatikannya tidak dapat dipertikaikan J.Maynard, orientalis Amerika yang sangat fanatik ini termasuk salah seorang Pengarang Majalah ‘Islamic Studies’. S.M. Zwemer, orientalis dan pendawah Kristian , adalah pengasas majalah ‘Islamic World’ di Amerika. Di antara bukunya yang bernada fitnah ialah ‘Islam Memasung Aqidah’, terbit tahun 1908 M dan ‘Al-Islam’ yang merupakan kumpulan makalah yang disampaikan dalam Persidangan Kristianisasi II pada tahun 1911 M di Lucknow, India. G. Von Grunebaum, seorang Yahudi berbangsa Jerman yang pernah belajar di universiti-

PN3362

32

universiti Amerika. Tulisannya antara lain ialah ‘Upacara-upacara Agama Muhammad’, terbit tahun 1951 M dan ‘Beberapa Kajian Tentang Sejarah Kebudayaan Islam’ terbit pada tahun 1954 M. A.J. Wensinek adalah orientalis yang sangat memusuhi Islam. Bukunya yang berjudul ‘Aqidah Islam’ yang diterbitkan dalam tahun 1932, mengandungi banyak kecaman terhadap Islam. K.Cragg, orientalis Amerika yang sangat fanatik ini menulis buku ‘Da'wah dan Menara Azan’ yang diterbitkan pada tahun 1956 M. L. Massignon, pendakwah Kristian berbangsa Perancis, pernah menjadi penasihat kepada Departmen Jajahan Perancis Berkenaan Afrika Selatan. Bukunya yang terkenal ialah ‘Hallaj; Shufi yang Syahid dalam Islam’, terbit pada tahun 1922 M. D.B. Macdonald orientalis dan pendakwah Kristian berbangsa Amerika ialah seorang yang terkenal fanatik. Ia menulis buku ‘Perkembangan Ilmu Kalam’, ‘Fiqh dan Teori Undang-Undang Negara’, terbit pada tahun 1930 M, dan buku ‘Sikap Agama Terhadap Kehidupan Menurut Islam’, terbit pada tahun 1908 M. M. Green, setiausaha kepada Sidang Pengarang Majalah Timur Tengah.

D.S. Margoliouth (1885—1940 M), orientalis berbangsa Inggeris yang sangat fanatik ini pernah mendidik dan mengasuh Thaha Husain dan Ahmad Amin . Buku-bukunya antara lain: - Perkembangan Baru dalam Islam, terbit pada tahun 1913 M. - Muhammad Menjelang Kelahiran Islam, terbit pada tahun 1905 M. - Universiti Islam, terbit pada tahun 1912 M. A.J. Arberry, adalah orientalis Inggeris yang sangat fanatik memusuhi Islam. Bukunya terkenal antara lain; - Islam Dewasa Ini, terbit tahun 1943 M. - Tashawwuf, terbit pada tahun 1950 M.

PN3362

33

Baron Carra de Vaux adalah Orientalis Perancis yang sangat fanatik dan termasuk salah seorang tokoh penting Sidang Pengarang Ensiklopedia Islam. H.A.R. Gibb (1895—1965 M), orientalis berbangsa Inggeris penulis buku ‘Mohammedanism’, diterbitkan dalam. tahun 1947 M dan ‘Aliran-aliran Moden dalam Islam’ yang diterbitkan juga dalam tahun 1947 M. R.A. Nicholson, orientalis berbangsa Inggeris yang menolak aspek kerohanian Islam. la menganggap Islam sebagai agama materialistik dan tidak mengakui keluhuran manusia. Bukunya yang terkenal ialah ‘Shufi-Shufi Islam’ ( 1910 M) dan ‘Sejarah Kesusastraan Arab’ ( 1930 M ) Henry Lammens (1872—1937M), orientalis fanatik yang menulis buku ‘Al-Islam’ dan ‘Tha'if’. Dia juga salah seorang sidang pengarang Ensiklopedia Islam. J. Schacht, terkenal sebagai orientalis Jerman yang sangat fanatik memusuhi Islam. Penulis buku ‘Ushul Fiqh Islam’. Blacherc yang pernah bekerja untuk Kementerian Luar Negara Perancis sebagai staf untuk urusan Arab dan umat Islam. Alfred Guillaume orientalis Inggeris yang sangat fanatik memusuhi Islam, penulis buku AIIslam.

PEMIKIRAN DAN DOKTRIN-DOKTRINNYA

Pertama : Faktor-faktor munculnya Orientalisme 1. Faktor Agama

Faktor inilah yang menjadi asas kepada kemunculan dan pertumbuhan orientalisma yang berlangsung begitu lama. Sasarannya antara lain ialah :

PN3362

34

a. Menimbulkan keraguan ke atas kerasulan Muhammad s.a.w dan menganggap hadis Nabi sebagai amal perbuatan ummat Islam (bukannya daripada nabi) selama tiga abad pertama. b. Menimbulkan keraguan terhadap kebenaran al-Qur'an dan memutar belitnnya. c. Memperkecil nilai fiqh Islam dan menganggapnya sebagai saduran dari hukum Romawi. d. Menganaktirikan bahasa Arab dan menjauhkannya dari ilmu pengetahuan yang semakin berkembang. e. Memperkenalkan teori bahwa Islam adalah berasal dari agama Yahudi dan Nasrani f. Mengkristiankan ummat Islam. g. Menggunakan hadis-hadis dha'if dan maudhu' untuk menyokong pendapatnya dan mengembangkan teorinya. 2. Faktor ekonomi dan penjajahan

Institusi-institusi kewangan, industri-industri mega dan pihak pemerintah sendiri telah mengeluarkan banyak modal untuk kajian-kajian bagi mengenalpasti keadaan negara-negara Islam dengan lebih mendalam . Kajian tersebut sangat digalakkan terutamanya pada masa sebelum penjajahan Barat dalam abad 19 dan 20 M. 3. Faktor politik

a. Melemahkan semangat ukhuwah Islamiyah dan memecah belah ummat untuk membolehkan mereka (orang-orang Islam) dikuasai

b. Menghidupkan bahasa Arab 'amiyyah (bahasa pasar) dan mengubah adat istiadat yang diamalkan.

c. Para pegawai di negara-negara Islam diarahkan untuk mempelajari bahasa asing (iaitu bahasa penjajah) agar memahami kebudayaan dan agama penjajah. Tujuannya agar mereka mudah dipengaruhi dan dikuasai.

PN3362

35

4. Faktor keilmuan

a. Sebagian orientalis ada yang mengarahkan kajian dan analisanya semata-mata untuk menambah ilmu dan pengetahuan. Sebagian mereka ada yang memahami asas-asas dan roh Islam malah ada yang memeluk Islam, seperti Thomas Arnold yang mempunyai peranan yang besar dalam menyedarkan kaum muslimin dengan bukunya ‘The Preaching in Islam’, dan Dinet yang telah memeluk Islam dan tinggal di Algeria. la menulis, buku Sinar Khusus Cahaya Islam. Ia meninggal di Perancis dan dikebumikan di Algeria.

Kedua: Karya-karya Orientalis yang Penting

1. Sejarah Kesusasteraan Arab, Carl Brockelmann (meninggal 1956 M). 2. Ensiklopedia Islam, cetakan pertama terbit dalam bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman, antara tahun 1913—1938 M. Sedangkan cetakan berikutnya diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Perancis saja, 1945—1977 M. 3. Mu’jam Mufahras li Alfazhi al-Hadits, sebuah kamus untuk mencari lafaz-lafaz hadits. Mu’jam ini mencakup Kitab Sunan Sittah, kumpulan hadits yang terhimpun dalam kitab yang enam, ditambah dengan Musnad Darimi, Muwaththa' Imam Malik, Musnad Ahmad bin Hanbal. Mu’jam ini terdiri daripada tujuh jilid dan beredar sejak tahun 1936 M sampai sekarang.

Ketiga: Persidangan dan Organisasi

Pada tahun 1873 telah diadakan persidangan orientalis pertama di Paris. Setelah itu banyak kali persidangan-persidangan seumpamanya diadakan. Setakat ini tidak kurang dari 30 kali persidangan di peringkat antarabangsa dianjurkkan. Ini tidak termasuk sesi perbincangan, seminar dan pertemuan-pertemuan di peringkat serantau, seperti Persidangan Orientalis Jerman

PN3362

36

yang dianjurkan di Bandar Dresden, Jerman Barat, pada tahun 1849 M. Sampai sekarang persidangan-persidangan seperti itu masih tetap berjalan. Dalam persidangan-persidangan seperti ini disertai beratus cendikiawan orientalis. Misalnya, Persidangan Oxford yang dihadiri tidak kurang dari 900 cendikiawan dari 25 negara, 80 universiti dan 69 institusi ilmiah. Kegiatannya ditaja oleh institusi-institusi orientalisma, seperti Institut Asiatik di Perancis, ditubuhkan dalam tahun 1822 M. Lembaga Hak Milik Asia di England, ditubuhkan dalam tahun 1823 M, Institut Orientalisma Amerika, ditubuhkan pada tahun 1842 M dan Institute Orientalisma Jerman, didirikan tahun 1845 M. Keempat : Majalah-majalah Orientalis

Mereka menerbitkan majalah dan mempunyai banyak kilang-kilang penerbitan. Lebih dari 300 majalah yang beraneka ragam dan dalam berbagai bahasa diterbitkan, antara lain ;

1. The Muslim World, diasaskan oleh Samuel Zwemer (meninggal tahun 1952 M) di England . Dalam tahun 1911 M ia menjadi Ketua Gerakan Kristianisasi di Timur Tengah.

2. Mir Islama terbit di Petersburg pada tahun 1912 M. Tapi majalah ini tidak berumur panjang.

3. Sumber Air Timur, diterbitkan di Wina, 1809—1818 M.

4. Islam, terbit di Paris, pada tahun 1895 M. Kemudian dalam tahun 1906 M ditukar nama kepada ‘Islamic World’. Majalah ini diterbitkan oleh Missi Ilmiah Perancis di Morocco. Akhir sekali, namanya ditukar menjadi majalah Islamic Studies.

5. Tahun 1910 M di Jerman terbit sebuah majalah berbahasa Jerman, Der Islam.

PN3362

37

Kelima: Orientalisma Adalah Abdi kepada Penjajah

Carl Heinrich Becker (meninggal tahun 1933 M) adalah yang bertanggungjawab menubuhkan majalah Islam di Jerman. Ia melakukan kajian tentang Timur untuk kepentingan penjajah di Afrika. Barthold (meninggal tahun 1930 M), pengasas majalah The Muslim World Rusia, yang telah menjalankan kajian untuk menjaga kepentingan Rusia di Asia Tengah. Snouck Horgronje dari Belanda (1857—1936) pernah menziarahi Mekah pada tahun 1884 dengan nama Abdulghaffar. Ia tinggal di Mekah selama lebih kurang setengah tahun. Kemudian dia kembali ke Belanda dengan laporan-laporan untuk kepentingan penjajahan di dunia Islam bagian Timur. Sebelumnya ia pernah tinggal di Indonesia selama 17 tahun. Institut bahasa-bahasa Timur di Paris, ditubuhkan dalam tahun 1885 M, bertugas sebagai pengumpul data dan maklumat tentang negara-negara Timur dan Timur Jauh untuk memudahkan penjajah mengukuhkan cengkamannya di kawasan-kawasan tersebut. Keenam: Pemikiran-pemikiran Orientalisma yang Sangat Merbahaya

George Sale, dalam kata pengantar terjemahan al-Qur'annya (1736 M), menyatakan bahwa alQur'an adalah produk dan karangan Muhammad. Ini, katanya, tidak dapat dibantah. Richard Bell menuduh Muhammad menyusun al-Qur'an berasaskan sumber dari kitab Yahudi, khususnya Perjanjian Lama dan juga dari orang-orang Nasrani. Reinhart Dozy (Meninggal 1883 M) menganggap bahwa al-Qur'an mempunyai citarasa yang sangat buruk. Di dalamnya tidak ada yang baru, kecuali sedikit. Selain gaya bahasanya yang tidak menarik, kalimat-kalimatnya terlalu panjang dan membosankan. Menteri urusan koloni Inggeris di dalam salah satu laporannya yang disampaikan kepada Ketua

PN3362

38

Pemerintahan 9 Januari 1938 menyatakan, "Kami telah mendapat pelajaran dari perang” Ternyata perpaduan Islam adalah sangat berbahaya. Ianya mesti diperangi oleh kerajaan. Bukan hanya Kerajaan yang merasakan demikian, tetapi juga Perancis. Kami sangat gembira karena Khilafah Islamiyyah telah lumpuh. Saya berharap semoga ianya tidak akan bangkit kembali." Saledon Amous berkata,bahwa 'Ajaran Muhammad’ hanyalah merupakan ciplakan undangundang Romawi bagi sebuah kerajaan Timur, terutama dalam soal politik dan peraturan hak milik." Ia berkata lebih lanjut, "undang-undang Muhammad tidak lain hanyalah undang-undang Justinian yang berbaju Arab.' Ahli falsafah Perancis Ernest Renan berkata, "Falsafah Arab adalah falsafah Yunani yang ditulis dalam bahasa Arab." Sedangkan Louis Massignon, seorang tokoh perosak , menganjurkan agar bahasa Arab ditulis dengan huruf latin dan menggalakkan penggunaan bahasa 'Amiyyah. CATATAN

Walaupun demikian, para orientalis cukup berjasa dalam menggali buku-buku warisan Islam dan disebarkannya setelah ditahqiq dan disistematikkan. Banyak di antara mereka yang memiliki kaedah-kaedah ilmiah yang sangat berguna dalam menjalankan kajian. Sebagian mereka ada juga yang memiliki kesabaran, ketekunan dan ketelitian dalam mentahqiq, menyaring dan menganalisai bahan-bahan dan masalah-masalah. Seorang Muslim hendaknya bersikap kritis dalam menelaah karya-karya mereka, serta berhatihati terhadap hal-hal yang sesat dan menyimpang. Seorang Muslim hendaklah membuang yang salah atau membongkar kesalahannya kemudian dilakukan penolakan. "Hikmah adalah barang hilang milik kaum muslimin. Di mana saja ia ditemukan, kaum muslimin berhak memilikinya."

PN3362

39

ASAS PEMIKIRAN DAN SIFAT IDEOLOGINYA

Sebenarnya orientalisme adalah hasil pergeseran yang terjadi antara Timur yang Islam dan Barat yang Nashrani pada masa Perang Salib dengan melalui delegasi-delegasi resmi ataupun melalui perjalanan-perjalanan. Pendorong utamanya ialah ajaran Nasrani yang bercita-cita menghancurkan Islam dari dalam dengan cara tipu daya dan pembelotan. Tetapi pada akhir-akhir ini, orientalisme nampaknya mula cuba melepaskan diri dari belenggu tersebut dan beralih mendekati semangat ilmiah. PENYEBARAN DAN KAWASAN PENGARUHNYA

Barat merupakan medan gerakan kaum orientalis. Mereka terdiri daripada orang-orang Jerman, Inggeris, Perancis, Belanda dan Hungari. Sebahagiannya muncul di Itali dan Sepanyol. Sekarang, Amerika merupakan pusat orientalis yang terkemuka. Di sana banyak terdapat pusatpusat orientalisme dan pengkajian Islam. Pemerintah, lembaga-lembaga ekonomi, yayasan dan bahkan gereja tidak putus-putus menyediakan dana untuk kepentingan orientalisma. Selain mengeluarkan dana keuangan dan penajan , mereka juga menyediakan kemudahan untuk pengkajian tentang Islam di universitiuniversiti sehingga jumlah orientalis mecapai ribuan orang. Gerakan orientalisme diciptakan untuk mengabdi kepada penjajahan dan gerakan Kristianisasi. Akhir-akhir ini gerakan ini dimanfaatkan kaum Yahudi dan Zionisme untuk kepentingannya dalam rangka melumpuhkan Timur yang Islami dan mengukuhkan cengkamannya , baik langsung ataupun tidak langsung.

Saringan dari “Ensaiklopedia Gerakan Keagamaan dan Pemikiran” dari www.alahkam.net

PN3362

40

Mengenal Penentang Hadis
NIK ROSKIMAN ABDUL SAMAD

_____________________________________________________________________ ______
Golongan yang "meragui" hadis (mereka menafikan diri mereka sebagai golongan antihadis) sekali lagi muncul di persada negara, menggamatkan suasana hening dan damai masyarakat Islam di Malaysia - sehangat isu artis ditangkap melacur dan isu politik wang. Walaupun kini isunya reda lantaran tindakan bijak Pusat Islam untuk tidak menganjurkan sebarang dialog, namun ramai di kalangan masyarakat masih kabur tentang asal usul fahaman meragui hadis ini. Golongan seumpama ini pernah wujud di awal kurun Islam yang menggelari golongan mereka sebagai "Ahlul Quran", iaitu golongan yang menolak hadis, menolak pendapat dan tafsiran ulama serta menolak juga fakta sejarah. Kedudukan hadis sebagai sumber hukum Islam yang kedua selepas al-Quran sepatutnya tidak dipersoalkan lagi, lebih-lebih lagi bagi kita umat Islam. Saya melihat gerakan mempertikaikan autoriti hadis yang dihebohkan dewasa ini, khususnya di Malaysia, sebenarnya disebabkan oleh empat faktor utama iaitu sekularisme, sosialisme, orientalisme dan "bebalisme" (meminjam istilah Prof. Dr. Syed Husein Al-Attas). Sikap biadab golongan ini yang menolak pendirian ulama muktabar dan mengganggap mereka sebagai pembohong, sebenarnya mencerminkan kepada kita akan "kebebasan" (freedom) mutlak dan "tiada keterikatan" yang diperjuangkan oleh golongan ini. Sudah pasti dengan berpegang hanya kepada al-Quran, tidak hadis dan pendapat para ulama, menjadikan paradigma agama Islam itu semakin meluas berbanding dengan keadaan sebelumnya lantaran perincian (refinements) yang dikemukakan oleh hadis dan para ulama dibakulsampahkan. Dengan paradigama baru itu, sembahyang dari lima kali menjadi tiga kali sehari dan pelbagai lagi tafsiran baru yang karut-marut dibuat; membawa kepada agama yang dulunya "Islam" telah bertukar menjadi suatu ideologi atau agama baru. Menyingkap timbulnya aliran pemikiran menentang serta mencerca ulama ini sebenarnya adalah ciplakan daripada apa yang diistilahkan oleh Cornelis van Peursen sebagai "gerakan pembebasan" seperti mana gerakan yang dipimpin oleh Martin Luther (1485-1546) menentang para paderi gereja Katolik di awal abad ke-16 Masihi. Martin Luther menganggap bahawa para paderi telah melakukan banyak pembohongan terhadap masyarakat di dalam banyak perkara khususnya di dalam soal "pengampunan" - di mana paderi mengenakan bayaran (atas khidmatnya sebagai perantaraan dengan Tuhan) ke atas setiap orang yang ingin meminta ampun. Bagi mempengaruhi masyarakat menyokong perjuangannya, pada 1520, Martin Luther telah menerbitkan buku-buku mengkritik Pope Leo dan para paderi. Bukubuku itu telah dikecam hebat oleh Pope Leo dan Majlis Paderi sebagai sesat dan menyeleweng. Pun begitu, buku-buku itu telah mendapat sambutan hangat sekali di mana sekitar 300,000 naskhah telah dijual di Switzerland, Perancis, Sepanyol dan England. Sebaliknya buku-buku para

PN3362

41

paderi, seperti buku-buku Papal Bull, telah dibakar oleh para pengikut Luther dan akhirnya, kemuncak kepada penentangan untuk membebaskan masyarakat dari kongkongan paderi gereja itu ialah penubuhan Gereja Lutheran dan Gereja Protestan. "Semangat Reformasi Martin Luther" golongan meragui hadis itulah yang sekarang ini melanda negara ini ― bukan terhadap agama Kristian ― tetapi terhadap agama Islam yang suci bersih dan dijaga oleh Allah s.w.t. Dalam benak kepala golongan ini para ulama Islam adalah sama saja dengan para paderi Kristian. Lantas tuduhan membohong kini dihalakan pula kepada para ulama Islam semata-mata kerana berandaian bahawa mereka juga telah menokok tambahkan ajaran Islam seperti mana para paderi Kristian lakukan terhadap agama mereka. Lanjutan daripada perjuangan Martin Luther itu telah membibitkan benih-benih ideologi yang dipanggil "sekularisme", yang kemudiannya diperjuang dan dikembangkan lagi oleh para filsuf seperti Descartes dan yang seangkatan dengannya, membawa kepada "Revolusi Sains" di kurun ke-17. "Sekular" yang berasal dari perkataan Latin saeculum itu sebenarnya bermakna "masa" dan "tempat" iaitu dalam erti kata lain masa kini dan dunia ini. Oleh itu "sekularisme" adalah ideologi yang memperjuangkan pembebasan masa kini daripada apa jua bentuk kongkongan atau keterikatan sama ada terhadap nilai agama, politik, budaya dan termasuklah juga pembebasan dari ikatan sejarah. Lebih dari itu sejarah masa silam "dimatikan" dan "diputuskan" dari masa kini kerana ia juga merupakan suatu bentuk pengongkongan, sebaliknya mengambil dunia masa kini yang terbuka luas sebagaimana seadanya, dan mencorakkan masa depannya sebebas mungkin (lihat Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Islam and Secularism). Golongan Ahlul Quran juga adalah golongan yang menolak sejarah dan kini golongan yang "sefahaman" dengannya, iaitu golongan meragui hadis, muncul kembali di penghujung abad ke20 ini, bercita-cita untuk bertapak di bumi Malaysia. Elemen terpenting sekularisme iaitu pemutusan sejarah silam daripada kehidupan masa kini terus mendapat tempat di dalam masyarakat moden dengan dipelopori oleh para filasuf Barat seperti Jean-Paul Sartre, Albert Camus dan ramai lagi, malah telah berjaya menjajahi pemikiran umat Islam. Bahaya pemikiran seumpama ini dalam masyarakat Islam sebenarnya sudah lama dibimbangi, sejak dari 1972 lagi oleh cendekiawan agung zaman ini, Prof. Syed Muhammad Naquib apabila beliau memberi amaran: "Keadaan memutuskan diri dari sejarah lampau inilah yang di sini terlihat sebagai suatu bahaya besar, satu malapetaka telah menimpa jiwa kita dan akibatakibatnya nyata sekarang" (Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu) Bagi umat Islam, sejarah bukan sahaja penting malah ia diterima pakai sebagai fakta dan bukti kebenaran di dalam penghujahan. Kita lihat bagaimana kandungan Al-Quran sendiri diperuntukkan untuk menceritakan tentang sejarah umat yang silam. Amat malang dan hinanya bagi mereka yang menolak sejarah - lebih-lebih lagi sejarah agamanya, bangsanya dan keturunannya sendiri. Meminjam ungkapan Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud, " orang yang tidak tahu sejarah keturunannya sendiri …. Mungkin cuba menyembunyikan asal kejadiannya yang tidak sah".

PN3362

42

Api pemberontakan menentang para paderi yang dinyalakan oleh Martin Luther di abad ke-16 itu terus marak hingga ke abad ke-19, memperlihatkan satu zaman di mana berlakunya penerusan penentangan terhadap para paderi Kristian, kali ini di kalangan para pemikir Barat. Ekoran dari itu, lahirlah "sosialisme" iaitu suatu ideologi yang dipopularkan oleh Karl Marx (1818-1885) dan Engles (1820-1895) bagi melakukan peperangan ideologi terhadap para paderi dan juga agama itu sendiri dengan menggunakan kaedah yang dipanggil dialectical materialism, iaitu suatu scientific world outlook yang menentang sebarang kepercayaan terhadap kuasa ghaib. Sosialisme yang masih menjadi teras anutan para pemuka golongan meragui hadis di Malaysia ini, kini dijadikan asas bagi mereka untuk melihat Islam ini seperti mana Kristian. Kononnya telah wujudnya penindasan kelas ulama terhadap kelas Muslim awam sebagaimana wujudnya golongan paderi yang menindas golongan Kristian awam. Mereka melihat Islam itu dari kerangka atau "paradigma" sosialisme Barat. Kalau awal 70-an dahulu di Malaysia pejuang sosialis menjadi jaguh dan pujaan sebahagian besar daripada golongan intelektual dan mahasiswa, maka kini perjuangan Islam lebih mendapat tempat di kalangan masyarakat terpelajar. Diparahkan lagi dengan robohnya tembok Kremlin dan gelombang kapitalisme yang semakin hebat, aliran sosialisme menjadi semakin nazak bahkan jenama "sosialis" itu sendiri sudah tidak laku lagi. Justeru untuk kembali menarik perhatian masyarakat dan memberikan nafas baru kepada para pendokongnya di samping untuk merekrutkan ahli-ahli baru bagi golongan intelektual dan profesional, maka mereka turut terjun menangani persoalan agama, yang sebelum ini dianggap "candu masyarakat", kononnya bermatlamatkan untuk mengembalikan kesucian agama Islam itu dari "tangan kotor" para ulama. Dasar utama sosialisme, yang menentang pemilikan harta kekayaan oleh golongan kapitalis sebagai lesen untuk menindas golongan pekerja (J.M. Roberts, History of the World, hal. 605), kini digerakkan ke alam agama di mana golongan ulama pula kononnya dilihat berperanan sebagai "kapitalis" dalam agama. Hak untuk bercakap mengenai agama mestilah dibebaskan dari didominasikan oleh para ulama sahaja sebaliknya ia hendaklah dijadikan milik awam dalam masyarakat yang tiada kelas (classless society) . Lantaran itu, para ulama perlu ditentang dan digulingkan dari kedudukan mereka yang tinggi itu agar tiada lagi beza antara ulama dan massa. Fahaman sosialisme anutan golongan meragui hadis ini yang juga memberi penekanan yang begitu kuat terhadap kebebasan (liberty) dan persamaan (equality), telah berjaya menarik minat sebahagian golongan intelektual wanita Islam yang sudah sekian lama berjuang atas nama "pembebasan wanita" (women’s liberations/emancipation) untuk turut serta bersama mereka. Kemasukan intelektual wanita Islam itu ke dalam "kandang" sosialisme golongan meragui hadis ini, telah memberikan platform bagi mereka untuk bersuara dengan lebih lantang lagi atas nama pembebasan dan persamaan hak wanita Islam, dan sekali gus bekerjasama memporakperandakan kesucian, kemurnian dan keutuhan agama Islam.Golongan berlatarbelakangkan beginilah, yang mula ingin bercakap tentang Islam - bukan kerana cintakan Islam - tetapi kerana terpaksa ikut serta dalam arus kebangkitan Islam dengan masih mengekalkan kerangka atau "paradigma" sosialisme mereka. Namun malang kerana sosialisme usang tiada menyediakan apaapa buat mereka tentang agama.

PN3362

43

Justeru itu, mereka tercari-cari input agama bagi mengisinya di dalam kerangka yang kosong dan lantas menemukannya dalam orientalisma. Ditambah lagi dengan tiada kemahiran bahasa Arab, maka para orientalis Barat dan akal merekalah yang menjadi rujukan dan sandaran utama mereka bagi memahami agama Islam, termasuklah memahami kedudukan dan autoriti hadis. "Sumbangan" para orientalis Barat yang lebih banyak menimbulkan keraguan terhadap autoriti hadis ini telah diambil sebagai asas ilmiah untuk mereka membebaskan diri dari hadis yang dirasakan mengongkong kebebasan akal dan nafsu mereka dalam membuat tafsiran bebas tentang agama, manakala para ulama dan perawi hadis pula dijadikan sasaran serangan mereka seterusnya. Antara para orientalis Barat yang mempelopori gerakan meragui autoriti hadis, yang menjadi rujukan utama dan guru mereka ini ialah Ignaz Goldziher dan ramai lagi seperti Aloyer Sprenger dan James Robinson Sprenger dan Muir misalnya, mendakwa bahawa hadis hanya mula dikumpulkan oleh Abu Bakar bin Muhammad bin Amr bin Hazmi (meninggal 117H) atas arahan Khalifah Umar b. Abdul Aziz. Begitu juga dengan Goldziher dan Schact yang bersependapat bahawa hadis, khususnya yang berkaitan dengan hukum-hakam, hanya mula dikumpul dan dilakukan pada pertengahan kurun kedua selepas hijrah seperti oleh Imam Abu Hanifah (meninggal 150H), Abdul Malik bin Juraij (meninggal 150H) Imam Malik (meninggal 179H), Imam Shafei (meninggal 240H) dan lain-lain. Memandangkan hadis mengikut pengajian mereka hanya mula dikumpul dan dibukukan selepas lebih 150 tahun hijrah, besar kemungkinan berlakunya tokok-tambah dan pemalsuan hadis. Mereka juga khususnya Goldziher, menolak pendapat majoriti ulama hadis yang mengatakan pengumpulan hadis sudah bermula sejak dari zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq r.a lagi setelah menerima pandangan yang diberikan oleh Sayidina Umar r.a. agar pengumpulan hadis dibuat. Mereka berhujah bahawa memang benar Sayidina Umar pernah mengutus surat kepada Sayidina Abu Bakar mencadangkan sedemikian, tetapi bukti Sayidina Abu Bakar menerima cadangan Umar itu tidak dapat dikesan di dalam sejarah Islam. Hujah para orientalis itu sebenarnya telah lama dijawab oleh para ulama dan sarjana Islam, dan jika mereka (golongan yang meragui hadis itu) benar-benar berminat dan ikhlas mengkaji Islam, mereka juga sepatutnya turut merujuk kepada jawapan balas para ulama dan sarjana Islam yang telah mengemukakan bukti yang jelas menangkis tuduhan tersebut. Fuad Sezgin di dalam bukunya Tarikh al-Turath al-‘Arabi dan Muhammad Mustafa Azmi di dalam Studies In Early Hadis Literature misalnya, telah satu persatu mematahkan hujah Sprenger, Muir, Goldziher dan Schacht. Mengenai dakwaan para orientalis bahawa hadis mula dikumpulkan setelah lebih 150 tahun selepas hijrah, Mustafa Azmi menjawab dengan mendakwa bahawa para orientalis itu sebenarnya gagal memahami maksud sebenar bahasa Arab terhadap perkataan seperti Tadwin, Tasnif, Risalah, Sahifah dan juga Nuskhah. Pengumpulan hadis sebenarnya telah wujud sejak kurun pertama hijrah lagi, cuma ia di dalam bentuk Sahifah dan Nuskhah yang bertaburan dan tidak tersusun secara kemas dan sistematik seperti Sahifah Hammam Ibn. Munabbih, Sahifah alSadiqah, Nuskhah Salim bin Abdillah al-Khayyat dan seterusnya.

PN3362

44

Bertitik tolak dari sahifah dan nuskhah inilah para ulama hadis seawal kurun pertama lagi seperti Abdul Malik bin Abdul Aziz bin Juraij (80-1150h), Muhammad bin Ishaq (80-151H), Ma’mar bin Rashid (96-153H), Said bin Abi Aruba (80-155H), Muhammad bin Abdul Rahman Ibni abi. Dh’ib) (80-158H), Abdul Rahman bin Amr al-Auzai (88-158H), Sufyah bin Said al-Thauri (96161H) dan ramai lagi, mula menyusun dan mengkelaskan hadis-hadis yang sememangnya sedia terkumpul dalam bentuk sahifah dan naskhah itu tadi, kepada bentuk buku yang lebih kemas, sistematik dan tersusun. Kesilapan yang lebih besar yang terjadi pada kebanyakan orang ialah mereka beranggapan bahawa hadis hanya mula dikumpulkan di zaman enam ulama hadis. (Sihah Sittah) pada awal kurun ketiga hiujrah iaitu oleh Imam Bukhari (194-256H), Muslim (206-281H), al-Nasai (214303H) Abu Dawud (202-275H), al-Tkirmizi (209-274H) dan Ibn Majah (209-273H). Tanpa mengkaji sejarah, pasti akan timbul keraguan bagaimana mungkin keenam-enam imam tersebut yang hanya hidup setelah hampir 200 tahun kewafatan Rasulullah s.a.w (wafat 11H) dapat mengumpul hadis yang begitu banyak.Mereka tidak menyedari bahawa keenam-enam imam hadis itu tadi bukanlah di peringkat pengumpulan hadis, sebaliknya mereka adalah di peringkat memastikan kesahihan sesuatu hadis dan seterusnya mengklasifikasikan hadis-hadis tersebut mengikut bad-bad tertentu sesuai dengan disiplin ilmu dalam Islam yang kemudiannya di panggil Musnad dan Musannaf. Kita tegaskan sekali lagi bahawa pengumpulan hadis memang telah bermula sejak dari zaman pemerintahan Sayidina Abu Bakar lagi ( di dalam bentuk sahifah dan nuskhah seperti mana yang kita jelaskan sebelum ini), dan bukannya hanya baru bermula di zaman Khalifah Umar Abdul Aziz seperti mana yang didakwa oleh para orientalis, atau di zaman Imam hadis yang enam. Berhubung dengan kegagalan mengesan jawapan bertulis Sayidina Abu Bakar r.a. terhadap cadangan Sayidina Umar sepertimana yang didakwa oleh Goldziher, ia juga telah dijawab oleh Mustafa Azmi. Memang benar tiada bukti bertulis ( sama ada tidak diketahui atau sememangnya tiada) sebagai menandakan persetujuan Sayidina Abu Bakar terhadap cadangan pengumpulan hadis oleh Sayidina Umar. Namun persoalannya apakah bukti persetujuan itu mesti dalam bentuk bertulis?Kita berpendapat bahawa sama ada Sayidina Abu Bakar menjawab secara bertulis atau tidak, itu sepatutnya bukanlah perkara pokok. Apa yang lebih penting dari itu ialah apa yang sejarah telah catatkan terhadap tindakan Sayidina Abu Bakar selepas menerima cadangan itu. Apakah beliau hanya berpeluk tubuh dan mendiamkan diri, atau berbuat sesuatu ke arah pengumpulan hadis seperti dicadangkan Umar. Kajian sejarah secara teliti dan halusi khususnya terhadap manuskrip-manuskrip asal sejarah Islam, terutamanya sejarah perkembangan hadis, yang masih tersimpan di beberapa perpustakaan seperti di Maghrib, Turki, Mesir dan lain-lain telah menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 50 orang sahabat, 48 orang tabi’un kurun pertama hijrah, 86 orang para ‘ulama akhir kurun pertama dan awal kurun kedua hijrah dan 256 orang ulama awal kurun kedua telah mencatatkan di dalam kitab-kitab mereka bahawa Sayidina Abu Bakar pernah mengerahkan pengumpulan hadis dibuat, sekaligus membuktikan beliau menerima cadangan Umar itu tadi. Semua ini boleh dilihat di dalam menuskrip Kitab al-Maghazi oleh Musa bin Uqba (60-141H), manuskrip Kitab al-Siyar oleh Ibrahim b. Muhammad b. Harith al-Farasi yang masih selamat tersimpan di Perpustakaan Qarawiyyih, Fez, Maghribi. Begitu juga manuskrip Seerah oleh

PN3362

45

Muhammad bin Ishaq bin Yaser (80-151H) yang baru ditemui dan Nuskhah, kepunyaan Salim bin Abdillah al-Khayyat (85-150H). Inilah dia bukti dari segi sejarah. Bagi kita yang mengkaji sejarah, sejarah Islam itu ibarat mata rantai bersambung dari satu generasi ke generasi yang lain bermula dari Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat dan seterusnya. Kepentingan sejarah tidak dapat dinafikan lagi di dalam menentukan kebenaran perisitwa yang berlaku di zaman silam. Jika mereka yang meragui hadis juga meragui sejarah, maka manusia yang seumpama ini akan tiba suatu masa nanti turut meragui al-Quran dan sejarah penurunannya, Rasul dan sejarah (seerah) kerasulannya, dan akhir sekali meragui kewujudan Tuhan ini sendiri. Semuanya diragui, termasuk sejarah keturunannya sendiri. Oleh itu sikap pihak kerajaan, khususnya Pusat Islam menolak muzakarah dengan golongan ini bertepatan sekali dan patut dipuji. Golongan yang meragui hadis menolak ulama mu’tabar dan menolak apa juga fakta dari sejarah Isalam sebenarnya adalah golongan yang tidak boleh diajak berbincang bagi mencari kebenaran, kerana mereka seumpama golongan Sufastaiyah (Sophists) suatu golongan yang hanya inginkan kemenangan, bijak menggunakan teknik-teknik retorika dalam perdebatan untuk menampakkan kepalsuan itu suatu kebenaran dan kebenaran itu suatu kepalsuan, atau dalam istilah Prof. Dr. Syed Husein Al-Attas golongan yang mempunyai bentuk pemikiran bebalisme. (lihat Syed Husein Al-Atas, Intel-lectuals in Developing Societies, 1977, hal.25). Golongan Sufastaiyah ini percaya bahawa tiada "kebenaran mutlak" (absolute truth) kerana bagi mereka kebenaran itu bersifat relatif bergantung atas setiap individu. Justeru itu mereka sering bersikap skeptikal di dalam semua perkara sehinggalah kewujudan tuhan itu sendiri pun turut diragui, contohnya seperti Protagoras of Abdera di kurun ke-5 sebelum Masihi. Kesimpulannya, fahaman golongan ini telah melahirkan suatu "agama" (kalau pun masih mahu dipanggil agama) atau ideologi baru yang merangkumi empat elemen terpenting mendasari fahaman ini iaitu: Paradigmanya ialah sosialisme, inputnya pula dari para orientalis Barat, pendiriannya terhadap perkaitan antara dunia dengan agama, sejarah dan lain-lain adalah atas fahaman sekularisme, manakala pendukung ideologi baru ini pula adalah sejenis manusia yang degil dan bebal. [NIK ROSKIMAN ABDUL SAMAD adalah seorang pensyarah di Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains
Kemanusiaan, UIAM. Rencana ini pernah tersiar di akhbar Utusan Malaysia tanggal 17.08.1995]

Orientalisme TA'RIF Orientalisme adalah gelombang pemikiran yang mencerminkan berbagai studi ketimuran yang Islami. Yang dijadikan obyek studi mencakup peradaban, agama, seni, sastra, bahasa dan kebudayaannya. Gelombang pemikiran ini telah memberikan andil besar dalam membentuk persepsi Barat terhadap Islam dan dunia Islam. Caranya ialah dengan mengungkapkan kemunduran pola fikir dunia Islam dalam rangka pertarungan peradaban antara Timur (Islam) dengan Barat.

PN3362

46

SEJARAH BERDIRI DAN TOKOH-TOKOHNYA 1. Awal Pemunculannya Sungguh sulit menentukan secara pasti awal tumbuh Orientalisme. Sebagian sejarawan berkecenderungan bahwa Orientalisme bermula dari zaman Daulah Islamiyah di Andalusia (Spanyol). Sedangkan sebagian ahli lain mengatakan ketika terjadi Perang Salib. Khusus tentang Orientalisme Ketuhanan (Lahuti), keberadaannya sudah tampak secara resmi sejak dikeluarkannya keputusan Konsili Gereja Viena tahun 1312 M dengan memasukkan materi bahasa Arab ke berbagai Universitas di Eropa. Orientalisme muncul di Eropa baru pada penghujung abad 18 M. Pertama kali muncul di Inggris tahun 1779 M, di Perancis tahun 1799 dan dimasukkan ke dalam Kamus Akademi Perancis pada tahun 1838. Gerbert de Oraliac (938—1003 M), seorang pendeta Venezia, pergi ke Andalusia. Di sana ia belajar kepada seorang profesor. Setelah kembali, ia terpilih sebagai Pendeta Agung dengan gelar Silvester II (999—1003 M). Dengan demikian ia adalah Paus pertama dari Perancis. Tahun 1130 M, Kepala Uskup Toledo menerjemahkan beberapa buku ilmiah Arab. Kemudian jejak ini diikuti oleh Gerard de Cremona (1114—1187 M) dari Italia. Ia pergi ke Toledo dan menerjemahkan buku tidak kurang dari 87 judul di bidang filsafat, kedokteran, astronomi dan geologi. Di Perancis muncul Pierre le Venerable (1094-i-1156). seorang pendeta Venezia dan Kepala Biarawan Cluny, membentuk kelompok penerjemah. Tujuannya agar mendapat pengetahuan objektif tentang Islam. Ia sendiri adalah orang pertama yang menerjemahkan al-Qur'an ke dalam bahasa Latin (1143 M). Sedangkan penerjemahan al-Qur'an ke dalam bahasa Inggris dilakukan pertama kali oleh Robert of Ketton. Juan de Sevilla, Yahudi yang masuk Kristen ini muncul pada pertengahan abad ke-12 dan menaruh perhatian pada bidang astronomi. Ia telah menyadur 4 buah buku berbahasa Arab karya Abu Ma'syar al-Balkhi (1133 M). Tugas penerjemahannya dibantu oleh Adelard

PN3362

47

Roger Bacon (1214—1294 M), dari Inggris. Menuntut ilmu di Oxford dan Paris dan meraih gelar doktor di bidang theologi. Ia menerjemahkan buku berbahasa ArabMir'at al-Kimia tahun 1251 M

2. Orientalis-orientalis yang Objektif Hardrian Roland (meninggal tahun 1718 M), adalah profesor bahasa-bahasa Timur pada Universitas Utrecht, Belanda. Ia menulis buku Muhammadanism, dua jilid, dalam bahasa Latin (1705 M). Tetapi gereja-gereja di Eropa memasukkan buku tersebut sebagai buku terlarang. Johann J. Reiske (1716—1774 M), seorang orientalis Jerman pertama yang patut diingat. Ia dituduh zindik (atheis) karena sikapnya yang positif terhadap Islam. Ia hidup menderita dan mati karena sakit paru-paru. Ia sangat berjasa dalam mengembangkan dan menampilkan Arabic Studies di Jerman. Silvestre de Sacy (meninggal 1838 M), seorang orientalis yang menekuni sastera dan nahwu. Ia menghindari terlibat dalam pengkajian Islam. Ia juga sangat berjasa dalam menjadikan Paris sebagai pusat pengkajian Islam. Salah seorang yang pernah berhubungan dengan beliau ialah Syaikh Rifa'ah Thanthawi. Thomas Arnold (1864—1930 M) dari Inggris. Bukunya yang berjudul Preaching in Islam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Turki, Urdu dan Arab Gustav le Bon, dikenal sebagai orientalis dan filosof materialis. Ia tidak pernah percaya kepada agama. Pada umumnya kajian dan buku-bukunya menyoroti peradaban Islam. Kajiankajiannyalah yang menyebabkan orang-orang Barat tidak memperdulikan dan tidak menghargainya. Z. Honke buku-bukunya dinilai sebagai objektif dikarenakan menampilkan pengaruh peradaban Arab terhadap Barat. Di antara Bukunya yang termasyhur ialah Matahari Arab Bersinar di Barat. Jack Burke Anne Marie Simmel , Thomas Garlyle, Renier Ginaut Dr. Granier dan Gocthe adalah orientalis-orientalis yang tergolong moderat. 3. Orientalis Fanatik

PN3362

48

Goldziher (1850—1920 M), orientalis berdarah Yahudi, penulis buku Sejarah Aliran-aliran Tafsir dalam Islam, adalah tokoh Islamic Studies di Eropa. Ketokohan dan sekaligus kefanatikannya tidak dapat diingkari. J.Maynard, orientalis Amerika yang sangat fanatik ini termasuk salah seorang anggota Dewan Redaksi Majalah Islamic Studies. S.M. Zwemer, orientalis dan zending Kristen , adalah pendiri majalah Islamic World Amerika. Bukunya yang bernada fitnah antara lain Islam Memasung Aqidah, terbit tahun 1908 M dan AlIslam yang merupakan kumpulan makalah yang disampaikan pada mu'tamar Kristenisasi II tahun 1911 M di Lucknow India. G. Von Grunebaum, Yahudi berkebangsaan Jerman ini belajar di universitas-universitas Amerika. Tulisannya antara lain ; Upacara-upacara Agama Muhammad, terbit tahun 1951 M dan Beberapa Studi Tentang Sejarah Kebudayaan Islam, terbit tahun 1854 M. A.J. Wensinek, adalah orientalis yang sangat memusuhi Islam. Bukunya yang berjudul Aqidah Islam, terbit tahun 1932, mengandung banyak kecaman terhadap Islam. K.Cragg, orientalis Amerika yang sangat fanatik ini menulis buku Da'wah dan Menara Adzan yang terbit tahun 1956 M. L. Massignon, zending Kristen berkebangsaan Perancis ini pernah menjadi penasehat pada Departemen Koloni Perancis Urusan Afrika Selatan. Bukunya yang terkenal ialah Hallaj; Shufi yang Syahid dalam Islam, terbit tahun 1922 M. D.B. Macdonald orientalis dan zending Kristen yang terkenal fanatiknya ini berkebangsaan Amerika. Ia menulis buku Perkembangan Ilmu Kalam, Fiqh dan Teori Undang-Undang Negara, terbit pada tahun 1930 M, dan buku Sikap Agama Terhadap Kehidupan Menurut Islam, terbit tahun 1908 M. M. Green, sekretaris Dewan Redaksi Majalah Timur Tengah. D.S. Margoliouth (1885—1940 M), orientalis Inggris yang sangat fanatik ini pernah menelorkan Thaha Husain dan Ahmad Amin dari sekolahnya. Buku-bukunya antara lain:

PN3362

49

- Perkembangan Baru dalam Islam, terbit tahun 1913 M. - Muhammad Menjelang Kelahiran Islam, terbit tahun 1905 M. - Universitas Islam, terbit tahun 1912 M. A.J. Arberry, adalah orientalis Inggris yang sangat fanatik memusuhi Islam. Bukunya terkenal antara lain; - Islam Dewasa Ini, terbit tahun 1943 M. - Tashawwuf terbit tahun 1950 M. Baron Carra de Vaux Orientalis Perancis yang sangat fanatik dan termasuk seorang tokoh penting Dewan Redaksi Ensiklopedia Islam. H.A.R. Gibb (1895—1965 M), orientalis Inggris penulis buku Mohammedanizm, terbit. tahun 1947 M dan Aliran-aliran Modern dalam Islam terbit tahun 1947 M. R.A. Nicholson, orientalis Inggris yang menolak kespiritualan Islam. la menganggap Islam sebagai agama materialistik dan tidak mengakui keluhuran manusia. Bukunya yang terkenal ialah Shufi-Shufi Islam, 1910 dan Sejarah Kesusastraan Arab, 1930 M. Henry Lammens (1872—1937M), orientalis fanatik penulis buku Al-Islam dan Tha'if Ia juga termasuk Dewan Redaksi Ensiklopedia Islam. J. Schacht, terkenal sebagai orientalis Jerman yang sangat fanatik memusuhi Islam. Penulis buku Ushul Fiqh Islam. Blacherc yang pernah bekerja pada Departemen Luar Negeri Perancis sebagai staf ahli untuk urusan Arab dan ummat Islam. Alfred Guillaume orientalis Inggris yang sangat fanatik memusuhi Islam, penulis buku AI-Islam.

PEMIKIRAN DAN DOKTRIN-DOKTRINNYA Pertama : Motivasi Orientalisme 1. Motivasi Agama

PN3362

50

Motivasi inilah yang melatarbelakangi pertumbuhan orientalisme yang berlangsung begitu lama. Sasarannya antara lain : a. Menumbuhkan keragu-raguan atas kerasulan Muhammad SAW dan menganggap hadits Nabi sebagai perbuatan ummat Islam selama tiga abad pertama. b. Menumbuhkan keraguan terhadap kebenaran al-Qur'an dan memutar balikkannya. c. Memperkecil nilai fiqh Islam dan menganggapnya sebagai adopsi dari hukum Romawi. d. Memojokkan bahasa Arab dan menjauhkannya dari ilmu pengetahuan yang semakin berkembang. e. Mengembalikan Islam kepada sumber Yahudi dan Nashrani f. Mengkristenkan ummat Islam. g. Mengangkat hadits-hadits dha'if dan maudhu' untuk mendukung pendapatnya dan membangun teorinya. 2. Motivasi ekonomi dan penjajahan Lembaga-lembaga keuangan, perusahaan-perusahaan raksasa dan pihak pemerintah sendiri telah mengeluarkan biaya banyak untuk para peneliti dalam rangka mengenal lebih jauh tentang kondisi negara-negara Islam melalui laporan lengkap mereka. Penelitian tersebut sangat digalakkan terutama pada masa sebelum penjajahan Barat dalam abad 19 dan 20 M. 3. Motivasi politik a. Melemahkan semangat ukhuwah Islamiyah dan memecah belah ummat untuk dikuasai b. Menghidupkan bahasa Arab 'amiyyah (pasaran) dan mengkaji adat istiadat yang berlaku c. Para pegawai di negara-negara diarahkan untuk mempelajari bahasa asing agar memahami seni dan agama penjajah. Tujuannya agar mereka mudah dipengaruhi dan dikuasai. 4. Motivasi keilmuan a. Sebagian orientalis ada yang mengarahkan penelitian dan analisisnya semata-mata untuk pengetahuan. Sebagian mereka ada yang sampai kepada esensi Islam dan bahkan masuk Islam, seperti Thomas Arnold yang telah mempunyai andil dalam menyadarkan kaum muslimin dengan bukunya The Preaching in Islam, dan Dinet yang telah masuk Islam dan tinggal di Aljazair. la menulis, buku Sinar Khusus Cahaya Islam. Ia meninggal di Perancis dan dikubur di Aljazair.

Kedua: Karya Tulis Orientalis yang Penting

PN3362

51

1. Sejarah Kesustraan Arab, Carl Brockelmann (wafat 1956 M). 2. Ensiklopedia Islam, cetakan pertama terbit dalam bahasa Inggris, Perancis dan Jerman, antara tahun 1913—1938 M. Sedangkan cetakan berikutnya diterbitkan dalam bahasa Inggris dan Perancis saja, 1945—1977 M. 3. Mu jam Mufahras li Alfazhi al-Hadits, sebuah kamus untuk mencari lafaz-lafaz hadits. Mu jam ini mencakup Kutub al Sittah, kumpulan hadits yang terhimpun dalam kitab yang enam, ditambah dengan Musnad Darimi, Muwaththa' Imam Malik, Musnad Ahmad bin Hanbal. Mu jam ini terdiri atas tujuh jilid dan beredar sejak tahun 1936 M sampai sekarang. Ketiga: Mu'tamar dan Organisasi Pada tahun 1873 di Paris telah diselenggarakan Mu'tamar orientalis pertama. Setelah itu berulang kali mu'tamar-mu'tamar sejenis diselenggarakan. Sampai hari ini tidak kurang dari 30 kali mu'tamar tingkat internasional diselenggarakan. Belum lagi berupa diskusi, seminar dan pertemuan-pertemuan yang bersifat regional, seperti Mu'tamar Orientalis Jerman yang diselenggarakan di kota Dresden, Jerman Barat, tahun 1849 M. Sampai sekarang mu'tamarmu'tamar seperti itu masih tetap berlangsung. Dalam mu'tamar-mu'tamar semacam itu hadir ratusan ilmuwan orientalis. Misalnya, Mu'tamar Oxford. Dalam mu'tamar ini telah hadir tidak kurang dari 900 ilmuwan dari 25 negara, 80 universitas dan 69 lembaga ilmiah. Kegiatannya ditunjang oleh lembaga-lembaga orientalisme, seperti Lembaga Asiatik di Perancis, didirikan tahun 1822 M. Lembaga Hak Milik Asia di Inggris, didirikan tahun 1823 M, Lembaga Orientalisme Amerika, didirikan tahun 1842 M dan Lembaga Orientalisme Jerman, didirikan tahun 1845 M. Keempat : Majalah-majalah Orientalis Mereka memiliki majalah dan penerbitan dalam jumlah besar. Lebih dari 300 majalah dalam bentuknya yang beraneka ragam dan dalam berbagai bahasa, antara lain 1. The Muslim World, didirikan oleh Samuel Zwemer (meninggal tahun 1952 M) di Inggris. Tahun 1911 M ia menjadi Ketua Gerakan Kristenisasi di Timur Tengah. 2. Mir Islama terbit di Petersburg tahun 1912 M. Tapi majalah ini tidak berumtr panjang.

PN3362

52

3. Sumber Air Timur', diterbitkan di Wina, 1809—1818 M. 4. Islam, terbit di Paris, 1895 M. Kemudian tahun 1906 M diubah menjadi majalah Islamic World yang diterbitkan oleh Missi Ilmiah Perancis di Marokko. Terakhir berubah lagi menjadi majalah Islamic Studies. 5. Tahun 1910 M di Jerman terbit sebuah majalah berbahasa Jerman, Der Islam. Kelima: Orientalisme Mengabdi Penjajah Carl Heinrich Becker (meninggal tahun 1933 M) adalah pendiri majalah Islam di Jerman. Ia melakukan kajian tentang Timur untuk kepentingan penjajahan di Afrika. Barthold (meninggal tahun 1930 M), pendiri majalah The Muslim World Rusia, melakukan penelitian untuk kepentingan Rusia di Asia Tengah. Snouck Horgronje dari Belanda (1857—1936) pernah datang ke Makkah tahun 1884 dengan nama Abdulghaffar. Ia tinggal di Makkah selama kurang lebih setengah tahun. Kemudian kembali dengan sejumlah la.poran untuk kepentingan penjajahan di dunia Islam bagian Timur. Sebelumnya ia pernah tinggal di Indonesia selama 17 tahun. Lembaga bahasa-bahasa Timur di Paris, didirikan tahun 1885 M, bertugas sebagai pengumpul data dan informasi tentang negara-negara Timur dan Timur Jauh untuk memudahkan penjajah menancapkan kukunya di kawasan-kawasan tersebut. Keenam: Ide-ide Orientalisme yang Sangat Berbahaya George Sale, dalam kata pengantar terjemahan al-Qur'annya (1736 M), menyatakan bahwa alQur'an adalah produk dan karangan Muhammad. Ini, kata dia, tidak dapat dibantah. Richard Bell menganggap Muhammad dalam menyusun al-Qur'an telah mengambil sumber Yahudi, khususnya Perjanjian Lama dan sumber Nashrani. Reinhart Dozy (Meninggal 1883 M) menganggap bahwa al-Qur'an -mengandung selera sangat buruk. Di dalamnya tidak ada yang baru, kecuali sedikit. Selain gaya bahasanya yang tidak menarik, kalimat-kalimatnya terlalu panjang dan membosankan. Menteri urusan koloni Inggris di dalam salah satu isi laporannya yang disampaikan kepada

PN3362

53

Kepala Pemerintahan 9 Januari 1938 menyatakan, "Kami telah mengambil pelajaran dari perang.

Ternyata persatuan Islam adalah sangat berbahaya. Ini harus diperangi oleh kerajaan. Bukan hanya Kerajaan yang merasakan demikian, tetapi juga Perancis. Kami sangat bahagia karena Khilafah Islamiyyah telah hilang dari peredaran. Saya berharap semoga tidak akan muncul kembali." Saledon Amous berkata,'bahwa'Ajaran Muhammad hanyalah merupakan perundang-undangan Romawi bagi sebuah kerajaan Timur, terutama dalam soal politik dan peraturan hak milik." Ia berkata lebih lanjut, "Perundangundangan Muhammad tidak lain hanyalah perundang-undangan Justinianus yang berbaju Arab.' Filosof Perancis Ernest Renan berkata, "Filsafat Arab adalah filsafat Yunani yang ditulis dengan huruf Arab." Sedangkan Louis Massignon, tokoh perusak ini, menganjurkan agar bahasa Arab ditulis dengan huruf latin dan menggunakan bahasa 'Amiyyah. CATATAN Meski demikian, orang-orang orientalis cukup berjasa dalam menggali buku-buku warisan Islam dan disebarkannya setelah ditahqiq dan disistematikkan. Banyak diantara mereka yang memiliki metodologi ilmiah yang cukup membantu dalam penelitian. Sebagian mereka ada juga yang memiliki kesabaran, ketekunan dan ketelitian dalam mentahqiq, menyaring dan menelusuri persoalan. Seorang Muslim hendaknya kritis dalam menelaah karya-karya mereka, seraya berhati-hati terhadap hal-hal yang merusak dan menyimpang. Seorang Muslim harus membuang yang salah atau membongkar kesalahannya kemudian dilakukan penolakan. "Hikmah adalah barang hilang milik kaum muslimin. Di mana saja ia ditemukan, kaum muslimin berhak memilikinya."

PN3362

54

AKAR PEMIKIRAN DAN SIFAT IDEOLOGINYA Sebenarnya orientalisme adalah akibat gesekan yang terjadi antara Timur yang Islam dan Barat yang Nashrani pada masa Perang Salib dengan melalui delegasi-delegasi resmi ataupun melalui perjalanan-perjalanan. Pendorong utamanya ialah aspek theologi Nashrani yang berambisi menghancurkan Islam dari dalam dengan cara tipu daya dan kecurangan. Tetapi kemudian, pada masa-masa terakhir ini, orientalisme bagaimanapun juga mulai tampak melepaskan diri dari belenggu tersebut dan beralih mendekati semangat ilmiah. PENYEBARAN DAN KAWASAN PENGARUHNYA Barat merupakan arena gerakan kaum orientalis. Mereka terdiri atas orang-orang Jerman, Inggris, Perancis, Belanda dan Hongaria. Mereka sebagian muncul di Italia dan Spanyol. Sekarang, Amerika merupakan pusat orientalis yang tersohor. Di sana banyak terdapat pusatpusat orientalisme dan pengkajian Islam. Pemerintah, lembaga-lembaga ekonomi, yayasan dan bahkan gereja tidak segan-segan menguras dana untuk kepentingan orientalisme. Selain mengeluarkan dana keuangan dan dukungan, mereka juga menyediakan fasilitas untuk pengkajian keislaman di universitas-universitas, sampai jumlahorientalis menjadi ribuan orang. Gerakan orientalisme diciptakan untuk mengabdi kepada penjajahan dan gerakan Kristenisasi. Terakhir gerakan ini dimanfaatkan kaum Yahudi dan Zionisme untuk kepentingannya dalam rangka melumpuhkan Timur yang Islami dan menancapkan dominasinya, baik langsung ataupun tidak langsung. RESOLUSI SEMINAR ISLAM DAN ORIENTALISME Tarikh: 7/22/2002 RESOLUSI SEMINAR ISLAM DAN ORIENTALISME PERINGKAT KEBANGSAAN Anjuran: Persatuan Ulama’ Malaysia Pada: 20-21 Julai 2002

PN3362

55

Seminar yang dihadiri oleh 150 orang peserta daripada para alim ulama’, para cendiakawan, para profesional, para pelajar, para pemimpin dan ahli beberapa NGO Islam, para aktivis masyarakat dan lain-lain; Setelah mengambilkira beberapa pembentangan Kertas Kerja dan Majlis Forum seperti berikut: • Ucap Utama dan Perasmian: Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Ghani Samsudin ( Yang Dipertua Persatuan Ulama’ Malaysia) • Ustaz Mohd Darus Senawi (Institut Ibnu Khaldun) • Prof Madya Dr. Muhamed Redzuan Othman (UM) • Tn. Haji Mohd Azmi Abdul Hamid (TERAS) • Ustaz Uthman El- Muhammady (IKIM) • Profesor Zakaria Stapa (UKM) • Prof. Madya Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor (USM) • Prof. Madya Mohamad Kamil Ab. Majid (UM) • Professor Abd Fattah El- Awaisi (Al-Maktoum Institute, UK) • Professor Muhammad Abu Bakar (UM) • Ustaz Mat Taib Pa (UM) • Forum Perdana daripada ahli panel berikut: 1. Ustaz Hj. Abdul Ghani Samsudin (YDP PUM) 2. Ustaz Alias Zakaria (USM) 3. En Shahrum TM Sulaiman (UiTM)

Maka Dengan ini Seminar Meluluskan Resolusi seperti Berikut: 1. Memahami bahawa orientalisme merupakan gerakan dan ideologi gabungan institusi akademik, imperialis dan Kristianisasi yang mempunyai sikap permusuhan yang mendalam terhadap Islam dan Timur. Ia membuat kajian, menulis, mengajar tentang selok-belok Timur sama ada dalam bidang agama, sosiologi, sejarah, fisiologi, antropologi, bahasa dan lain-lain dengan tujuan–tujuan untuk menabur penyelewengan, menanam kekeliruan dan menjajah tanah air umat Timur serta Islam dalam usaha untuk mengubah wajar timur .

PN3362

56

2. Mengambil perhatian bahawa orientalis menggunakan pelbagai metod dan tindakan yang sistematik tetapi imiginatif dan tidak objektif untuk merealisasikan tujuan jahat mereka. Antaranya ialah menubuhkan pusat dan institut kajian, menerbitkan buku dan majalah, “merompak” manuskrip khazanah Islam dan membandingkan Barat dengan Timur. 3. Mengambil perhatian bahawa hubungan yang amat rapat antara orientalis dan Kristianisasi khususnya setelah perang Salib dalam usaha untuk mengkristiankan umat Islam dengan pelbagai cara termasuk melalui memecahbelah dan memporak perandakan umat Islam. 4. Berpendirian bahawa pihak orientalis sentiasa tunduk dan diperkudakan oleh kuasa-kuasa besar Barat, membenarkannya dan membantunya melalui hasil-hasil kajian mereka dalam mengekalkan penguasaan politik dan meluaskan pengaruh ekonomi terhadap dunia Timur khususnya umat Islam. 5. Mengingatkan bahawa gerakan orientalis telah menjalankan gerakan serangan pemikiran yang hebat melalui usaha-usaha untuk mengubah imej Islam dan menyelewengkan fakta-fakta sebenar mengenai Islam, al-Quran al-Karim, Hadis, akidah , Nabi Muhammad dan sebagainya melalui kajian dalam bidang teras disiplin ilmu Islam seperti pengkajian Al-Quran, Hadith, Bahasa Arab, Tasawwuf, Syariah dan lain-lain. 6. Mengambil perhatian bahawa gerakan orientalis berusaha mengurangkan perasaan sensitiviti umat Islam terhadap Islam, mengagongkan tamadun barat, menjuzu`kan Islam dan menghakis keyakinan umat Islam kepada sistem-sistem yang terdapat dalam Islam terutamanya dalam halhal perundangan Islam , Pentadbiran Islam, hak asasi dalam Islam dan lain-lain. 7. Menyedari bahawa pengaruh-pengaruh negatif orientalis khususnya orientalis Amerika terhadap masyarakat awam Islam melalui hiburan dan keseronokan yang disiarkan melalui media massa dengan meracuni dan mengubah budaya dan institusi kemasyarakatan umat Islam. 8. Mengambil perhatian orientalisme yang sentiasa menjadikan umat Islam di kalangan pemikir (cendiakiawan), pentadbir, pemimpin, pemilik-pemilik media sebagai penyampai idea-idea jahat orientalis.

PN3362

57

9. Menginsafi bahawa orientalisme adalah gerakan yang mendokong dan memperjuangkan ideaidea sekularis, liberalis, nasionalis dan modenis. 10. Menegaskan bahawa pengaruh orientalis di Malaysia amat jelas hari ini dengan pelbagai isu yang dibangkitkan oleh pengikut-pengikutnya seperti penentangan terhadap hukum Islam terutamanya hudud, penolakan Hadis dan penghinaan ulama’. 11. Menyedari bahawa pengaruh orientalis juga telah menular dalam sistem pendidikan di sekolah dan universiti di Malaysia terutamanya yang berkaitan dengan penyelewengan fakta sejarah Islam dan memberi penekanan kepada bahasa dan sastera Inggeris.

12. Mengambil perhatian bahawa bahasa Arab adalah bahasa Islam serta umat Islam dan tulisan Arab atau jawi mempunyai kaitan dengan warisan ilmu-ilmu Islam yang apabila ditinggalkannya akan memutuskan hubungan warisan tersebut. 13. Akur bahawa terdapat segelintir orientalis yang mengkaji dan menulis mengenai Islam dengan objektif dan bertanggungjawab yang boleh dimanfaatkan oleh umat Islam terutamanya dari aspek metodologi penyelidikan.

Maka Seminar Islam dan Orientalisme ini; 1. Menyeru umat Islam agar mengambil sikap kewaspadaan intelektual terhadap fakta-fakta, hujah-hujah dan rumusan-rumusan yang diutarakan oleh pihak orientalis melalui ilmu Islam yang sebenar dan memiliki kerohanian yang mantap. 2. Mendesak seluruh umat Islam bersepakat memusuhi orientalis dan menentang mereka melalui gerakan dan organisasi dengan usaha bersungguh-sungguh dan tekun yang setara atau lebih daripada apa yang dilakukan oleh orientalis itu sendiri. 3. Menyeru cendiakawan dan institusi-institusi Islam supaya bekerjasama dalam usaha menyebarkan maklumat yang sebenar mengenai Islam dan mengkaji tentang barat dengan

PN3362

58

mendalam dan ilmiah seperti menyediakan enskelopedia Islam dan menterjemah sebahagian daripada buku-buku utama mengenai orientalis. 4. Menegaskan perlunya umat Islam bersatu atas dasar akidah dan syariah supaya mereka menjadi umat yang kuat dan ditakuti musuh. 5. Menyeru pengkaji-pengkaji sejarah supaya mengkaji sejarah Melayu yang sebenarnya dan menilai semula fakta sejarah yang diajar di sekolah dan institusi pengajian tinggi. 6. Menolak orientasi Barat dalam pendidikan sama ada dalam bahasa atau mata pelajaran dan kursus yang diajar. 7. Mendesak institusi ilmiah dan gerakan Islam menyediakan sistem pendidikan Islam yang berkesan. 8. Mengingatkan orang Islam yang terpengaruh dengan orientalisme agar kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan mendesak pihak berkuasa mengatur dialog ilmiah dengan golongan ini serta mendedahkan kesilapan mereka kepada masyarakat umum sekiranya mereka masih terus mengambil sikap yang sama. 9. Menyeru badan-badan Islam dan institusi pengajian memperbanyakkan seminar-seminar berhubung dengan isme-isme dan aliran-aliran pemikiran moden yang bertentangan dengan Islam terutamanya orientalis serta mendedahkannya kepada masyarakat umum melalui kuliah dan ceramah. 10. Menegaskan keperluan memperbanyakkan pendakwah-pendakwah yang berwibawa dan profesional. 11. Mendesak semua pihak terutamanya ahli-ahli politik dan pemimpin negara mempertahankan Islam dengan penuh kejujuran. 12. Mendesak kerajaan Malaysia mendaulat tulisan jawi dan bahasa Arab.

PN3362

59

13. Mendesak Negara Arab mempermudahkan proses penerimaan pelajar asing khususnya dari negara umat Islam dan membuka ruang yang luas kepada mereka untuk belajar di universiti di sana.

Memahami Orientalis Kiriman pada Friday, February 03 @ 23:05:08 MYT Topik: Artikel Mohd Rumaizuddin Ghazali Menurut bahasa orientalisme diertikan dengan ilmu tentang ketimuran atau pengajian tentang dunia Islam manakala orientalis adalah orang yang pakar dalam bidang pengajian ketimuran atau pengajian Islam. Oleh itu, orientalisme adalah kajian akademik yang dilakukan oleh para ilmuan Barat mengenai Islam dan kaum Muslimin dari seluruh aspeknya termasuk akidah, syariah, kebudayaan, peradaban, sejarah dan manusia. Ia bertujuan untuk membentuk pandangan umum dan dalam hal-hal tertentu untuk menguasai dunia Islam yang mencerminkan latar belakang ideologi, sejarah dan kebudayaan antara Barat dan Timur. Orientalisme adalah disiplin akademik yang digunakan Barat untuk mendekati Timur secara sistematik sebagai topik ilmu ketimuran, penemuan dan pengalaman. Dengan pendekatan orientalisme pula, Barat berhasil memantapkan kehadirannya dalam bentuk ketenteraan, ekonomi, budaya dan ideologi di hampir seluruh dunia Islam yang kini pengaruhnya masih dirasakan kuat. Dalam buku Gerakan Keagamaan dan dan Pemikiran yang disusun oleh WAMY, orientalisme adalah gelombang pemikiran yang mencerminkan berbagai kajian ketimuran yang berkaitan dengan Islam.Biasanya aspek yang menjadi kajian golongan ini seperti agama, seni, bahasa dan kebudayaan. Kesan dari aktiviti orientalisme menghasilkan pandangan besar dalam membentuk persepsi Barat terhadap Islam dan dunia Islam. Persepsi yang terbentuk iaitu kemunduran pola fikir dunia Islam dalam rangka pertarungan peradaban antara Timur dan Barat. Kajian orientalisme memiliki karakteristik pokok yang tidak dapat dipisahkan dari pengertian khusus yang secara singkatnya adalah bahawa orientalisme merupakan kajian yang mempunyai ikatan yang kuat dengan penjajahan Barat ke atas dunia Timur, khususnya Britian dan Perancis sejak akhir abad ke 18 hingga akhir Perang Dunia Kedua. Kemudian diwariskan kepada Amerika

PN3362

60

Syarikat yang mewakili negara-negara imperialis pasca Perang Dunia Kedua hingga sekarang. Di samping itu, orientalisme juga berkait rapat dengan missionari. Hal ini dapat dilihat banyaknya kaum Kristian dan Yahudi yang bekerjasama dengan kaum orientalis untuk melakukan kajian Islam yang bertujuan untuk mengetahui celah-celah yang dapat dimasuki untuk memutar belit fakta kebenaran Islam, menaburkan keraguan dan berusaha untuk menjauhkan mereka daripada ajaran Islam. Tidak ada satu kajian akademik yang mendapat nasib lebih buruk daripada kajian mengenai keislaman di dunia Barat. Sejak awal memang telah terdapat akar-akar permusuhan Yahudi dan Kristian terhadap Islam. Golongan ahli Kitab ketika mengetahui kedatangan nabi Muhammad, mereka segera mendustakannya dan memutar belit peranan nabi sebagai pembawa amanah Allah dan al-Quran berkali-kali memberi tantangan atas tuduhan mereka. Oleh itu, sesuatu kajian yng bersifat apa pun di dunia Barat mengenai pengajian Islam baik yang bersifat polimek, agama, perdagangan, diplomatik, ilmiah dan akademik terus berlangsung sejak masa lalu yang sebahagian besarnya masih diwarnai oleh akar-akar kebencian yang mendalam. Mereka mendakwa kemunduran umat Islam adalah disebabkan mereka terpengaruh dengan tradisi Islam yang ketinggalan zaman. Oleh itu, kaum orientalis berkesimpulan bahawa satu-satunya jalan menuju kemajuan adalah dengan mengadopsi materialisme Barat dan tamadunnya. Mereka juga menimbulkan keraguan terhadap Islam dan kaum Muslimin yang berkisar pada; bahawa al-Quran adalah hasil karya nabi Muhammad, hadith nabi tidak boleh dijamin kebenarannya, Islam tidak lebih daripada gerakan politik di dunia Arab sahaja, Islam anti kehidupan metropolitan dan sebagainya. Anggapananggapan keliru hampir selalu mewarnai potret yang ditulis oleh kaum orientalis mengenai agama, kebudayaan, sejarah dan peradaban Islam. Satu-satunya jalan untuk mengatasi kebatilan yang digemburkan oleh Barat adalah tanggungjawab ilmuan Muslim untuk segera mendirikan pusat-pusat pengkajian yang menyelidik kebatilan dan kekeliruan ilmiah kaum orientalis. Dengan kata lain, untuk menghancurkan kebatilan pemikiran harus dengan pemikiran yang lurus berdasarkan logika dan hujah akal. Walaupun begitu, tidak kesemuanya orientalis adalah jahat. Orientalis turut memberi sumbangan yang bererti bagi kajian ketimuran dan keislaman. Dunia orientalis telah melahirkan sejumlah sarjana yang bersimpati yang mengabdikan sebahagian besar hidupnya untuk menkaji

PN3362

61

masalah-masalah keislaman semata-mata dengan tujuan ilmiah murni yang dijiwai semangat dan sikap objektif. Jika bukan kerana jasa-jasa mereka, banyak karya-karya ulamak Muslim klasik barang kali tidak dapat ditemukan sekarang. Yang lebih positif lagi, tidak sedikit di antara mereka yng memeluk Islam setelah terlebih dahulu mengadakan pengkajian. Kemudian mereka menangkis karya-karya orientalis yang lain yang diwarnai sikap bias dan kedengkian. Namun begitu, mempelajari orientalis juga merupakan keperluan kepada orang Islam bagi tujuan mengkaji dan menelaah sikap orang bukan Islam tentang Islam, al-Quran, kenabian dan umat Islam yang ilmiah. Perkara ini merupakan kewajipan bagi orang Islam untuk mengetahui penilaian pihak lain terhadap ajaran Islam dan merupakan haknya untuk nenelaah pandangan dan penilaian tersebut secara kritis. Di samping itu, menyanggah tuduhan-tuduhan kaum orientalis terhadap Islam dan umat Islam dengan mengungkap, menganalisisa dan meluruskan tuduhan-tuduhan baik disengaja ataupun kerana kesalahan metodologi dan material. Ia juga bertujuan menumbuhkan kesedaran terhadap kesalahan yang dilakukan oleh orientalis kerana kejahilan, salah faham atau kerana sempitnya wawasan keislaman yang mereka miliki. Orang Islam juga perlu mengambil manfaat hasil karya orientalis khususnya kajian objektif ilmiah murni yang tidak dicemari motif-motif misi keagamaan dan penjajahan terutama beberapa orientalis moden seperti Thomas Arnold. Orientalis yang menunjukkan sikap bermusuhan dan tidak ilmiah sebenarnya bukan sahaja merosakkan citra rasa Islam akan tetapi juga mencemari nama baik kaum orientalis yang objektif, sehingga setiap karya orientalis dipandang sebagai kumpulan sikap permusuhan terhadap Islam yang diilmiahkan. Sering kali juga kaum orientalis melemparkan Islam sebagai agama keganasan dan orang Islam sebagai ganas. Mereka mendakwa Islam masih ganas kepada mereka berdasarkan kepada hanya beberapa kerat pemimpin Islam yang berani tampil memberi pendapat yang bertentangan dengan pendapat mereka ataupun beberapa peristiwa ganas yang dilakukan oleh segelintir pejuang Islam kerana kezaliman Barat sendiri.

PN3362

62

Niat mereka adalah untuk memberi suatu persepsi terhadap Islam iaitu Islam itu ganas dan jahat.Mereka tidak perlu memberi alasan lagi jika mereka ingin melakukan sebarang kekejaman terhadap orang Islam. Justeru itu, orang Islam harus sentiasa berwaspada dan mengambil langkah yang positif dan strategik untuk mengatasi hal ini. Antara langkah yang harus diambil ialah menjelaskan tentang agama Islam melalui pelbagi cara termasuk penulisan dan media massa yang berdasarkan fakta dan bukan sekadar kata-kata retorik. Orang Islam juga harus berusaha meningkatkan keilmuan terutama dari segi sains dan teknologi yang boleh menandingi kemampuan orang-orang Barat dan menampilkan cara hidup yang lebih progresif, dinamik, mampu menangani krisis secara bijak dan mampu menggerakkan manusia ke arah kemajuan. Oleh itu, menjadi kewajipan orang Islam di Malaysia untuk berusaha mewujukan satu masyarakat yang harmonis dengan meningkatkan kemajuan dirinya melalui prinsip Islam. Islam harus dirasai oleh orang Islam dan orang bukan Muslim dalam segala aspek kehidupan di negara ini kerana agama Islam rahmat untuk alam sejagat. Akar Pemikiran Islam Liberal Posted by Administrator on 2006/4/11 18:40:56 (1242 reads) Oleh:Khalif Muammar A. Harris (KDH) Mukaddimah

Di akhir abad keduapuluh Masehi, Umat Islam dikejutkan dengan fenomena baru dalam pemikiran Islam. Golongan yang memperkenalkan diri dengan nama Islam Liberal telah menggemparkan dunia Islam dengan isu-isu yang kontroversial dan ide-ide yang berani. Gerakan Islam Liberal cukup popular di Indonesia, namun begitu tidak ramai yang menyedari sebenarnya gerakan ini mempunyai jaringan yang luas bukan sahaja di dunia Islam bahkan juga hampir di serata dunia: Mesir, India, Pakistan, Bangladesh, Amerika, Perancis, Malaysia, Turki, Jordan, Sudan, Syria, Moroko, Tunisia, Lebanon, Algeria, Nigeria dll. Pada dasarnya, Islam Liberal merupakan ‘produk’ baru untuk menjelmakan kembali modenisme di Abad ke-21. Modenisme Islam telah lama muncul di kalangan intelektual Muslim dan menjadi satu tren pemikiran yang berpengaruh dalam dunia Islam sejak Abad ke-19M. Tulisan ini

PN3362

63

bertujuan untuk melacak dan mencari penjelasan tentang akar ideologis gerakan Islam Liberal sekaligus menyorot perkembangan terbaru yang berlaku kepada tren pemikiran ini yang cukup banyak diperdebatkan dalam perbahasan ilmiah dewasa ini. Hipotesis kajian ini adalah bahawa adanya kesinambungan dan pengaruh yang kuat antara sekularisme, orientalisme, modenisme Islam dengan Islam Liberal. Kemunculan Modenisme Islam adalah akibat dari pertemuan yang tidak seimbang daripada dua dunia: Islam dan Barat. Penjajahan yang berlaku lebih 400 tahun terhadap umat Islam sedikit sebanyak menyebabkan sikap rendah diri atau inferiority-complex apabila berhadapan dengan peradaban yang canggih dan hebat. Perlu digarisbawahi di sini bahawa modenisme Islam bukanlah aliran pemikiran yang tunggal dan jelas, tetapi ia mencakupi beberapa aliran pemikiran sesuai dengan istilah modenisme itu sendiri yang kabur. Gerakan modenisme telah mengalami banyak perubahan setelah kemunculan Fazlur Rahman (1919-1988) yang telah merangka framework pemikiran neomodenisme pada awal 80an. Usaha beliau walaubagaimanapun telah ‘dimanfaatkan’ oleh orang-orang yang berkepentingan, untuk menjustifikasikan lahirnya pemikiran yang lebih radikal, liberal dan berani. Golongan ini kemudian diberi nama Islam Liberal. Modenisme Islam mengambil semangat pembaharuan dan reformasi. Dengan melihat model pembaharuan (modenisasi) yang telah berjaya merubah masyarakat di Barat. Modenisme di Barat telah menghasilkan apa yang dinamakan enlightenment, revolusi industri dan akhirnya telah meletakkan Barat sebagai negara yang maju dan pemimpin dunia. Menyedari kemunduran dan keterbelakangan Umat Islam, dan setelah mereka mengkaji faktor kemajuan Barat maka golongan modenis mengambil kesimpulan bahawa Umat Islam perlu bersikap terbuka terhadap tamadun Barat untuk menguasai sains Barat dan seterusnya mengikuti rentak kemajuan. Sikap keterbukaan ini didasari oleh pendirian bahawa ilmu itu bersifat bebas nilai atau neutral tidak diwarnai oleh ideologi pembawanya dan terserah sepenuhnya kepada pengguna sains tersebut untuk dapat digunakan sesuai kehendaknya. Apabila telah terbukti bahawa sains yang sama telah berjaya memberi kemajuan kepada masyarakat Barat, maka tentunya apabila digunakan oleh Umat Islam ianya juga akan dapat menjanjikan kemajuan. Modenisme Islam dan Modenisme Barat.

PN3362

64

Oleh kerana modenisme Islam sangat berkait rapat dengan modenisme Barat, maka sebelum membicarakan tentang modenisme Islam, sangat penting sekali untuk memahami konsep modenisme dan modenisasi dan kemunculannya di Barat. Perlu digaris bawahi di sini bahawa kemunculan modenisme Islam hanya berlaku sebagai satu konsekuensi daripada interaksi dunia Islam dengan tamadun Barat. Satu fakta yang perlu diingat adalah bahawa Umat Islam sejak abad ke 16/17M telah dijajah dan diinfiltrasi oleh pemikiran dan budaya yang asing daripada pemikiran, budaya dan agama mereka. Reaksi dari diri Umat pada ketika itu adalah di antara penolakan dan penerimaan. Golongan tradisionalis lebih cenderung untuk menentang dan mengasingkan diri dari segala bentuk pembaratan (Westernization). Adapun golongan modenis yang pada masa itu mempunyai latarbelakang pendidikan Barat, melihat segala kebaikan berada dalam tamadun Barat, dan adalah satu kerugian besar bahkan dianggap kekolotan berfikir apabila umat Islam tidak tampil untuk memperolehinya. Modenisme di Barat digerakkan oleh falsafah enlightenment-humanism yang berhasil mempengaruhi pemikiran sebagian masyarakat Barat dan majoriti intelektual mereka. Kemunculan ahli-ahli falsafah seperti Immanuel Kant, David Hume, Nietzsche dan lain-lain telah memberikan penekanan terhadap rasionalisme dan kebebasan (liberalisme) atau pembebasan manusia daripada tradisi dan dogma. Gerakan keintelektualan ini semakin kuat dengan munculnya falsafah eksistensialisme oleh Sartre dan logical-positivism oleh kelompok yang dikenali dengan Vienna Circle. Pada hari ini gerakan humanisme dipelopori oleh Council for Secular Humanism. Menurut mereka secular humanism bermaksud “cara berfikir dan cara hidup yang bertujuan untuk memberikan yang terbaik bagi manusia dengan menolak segala kepercayaan agama dan kuasa di luar tabi’i. Humanisme sekular menekankan rasio manusia dan pengkajian saintifik, kebebasan individu dan pertanggung-jawaban, nilai-nilai kemanusiaan dan kasih sayang dan keperluan terhadap toleransi dan kerjasama”. Penjelasan tentang humanisme sekular di atas memperlihatkan wujudnya dikotomi antara agama dan sains, antara moralitas dan kebebasan individu, antara Tuhan dan nilai-nilai kemanusiaan. Terlepas daripada elemen-elemen yang tampak baik yang terdapat dalam pemikiran ini, penumpuan kepada kerasionalan, penolakan terhadap agama, dan kebebasan individu dalam menentukan segala sesuatu, pastinya memberi kesan negatif khususnya bagi seorang Muslim. Oleh kerana itu, penilaian perlu dilakukan secara menyeluruh dan sebaiknya penjelasan tentang

PN3362

65

modenisme dilakukan dari dua sudut pandang yang berbeza: Barat dan Islam. Seorang penulis Muslim berasal dari Perancis dan menetap di Mesir, Renė Guenon, menjelaskan bahawa modenisme pada intinya adalah penolakan terhadap segala apa yang berbentuk divine, transcendent dan supernatural. Ia adalah penolakan yang dilakukan oleh enlightment-humanist terhadap tradisi dan otoriti, demi kepentingan akal dan sains tabi'i. Ia dicipta atas dasar perkiraan bahawa kuasa individu yang menjadi satu-satunya sumber bagi makna dan kebenaran. Demikianlah dapat disimpulkan bahawa pengaruh humanisme Barat sangat kuat dalam kerangka pemikiran modenisme Islam. Dalam menjelaskan hakikat liberalisme Islam, Leonard Binder menegaskan bahawa perbahasan rasional menjadi tonggak utama golongan Islam Liberal ini. Rasionalisme, dalam erti mendewakan akal fikiran dan menjadikannya kayu ukur dalam menilai segala sesuatu, yang menjadi asas peradaban Barat juga dianut oleh golongan modenis dan liberal Muslim. Dalam mendefinisikan modenisme Islam Charles Kurzman, seorang lagi ideolog Islam Liberal, dalam bukunya Modernist Islam mengatakan bahawa seorang modenis bukan sahaja menerima nilai-nilai moden dari Barat sebagai sesuatu yang benar melainkan juga usaha untuk memperjuangkan modenisme Barat (proponent of modernity) yang termasuk di dalamnya rasionaliti, sains, kedaulatan perlembagaan (constitutionalism), dan persamaan manusia. Bahkan peranan seorang modenis menurut beliau bukan sahaja dalam mencari persamaan di antara nilai-nilai moden dengan nilai-nilai atau ajaran Islam. Lebih dari itu, seorang modenis mesti berusaha untuk memperkasakan dan membangunkan teori yang kukuh yang dapat membuktikan adanya persamaan dan kesesuaian tersebut. Dari sini tampak jelas bahwa gerakan ini mempunyai prakonsepsi dalam memahami Islam. Penyatuan di antara modern values dan ajaran Islam pada realitinya dilakukan dengan tidak adil iaitu dengan memilih sebahagian tradisi dan teks-teks agama yang mampu menyokong nilai-nilai Barat. Sedangkan kajian terhadap tradisi Barat sendiri dilakukan dengan penuh apresiasi dan tidak kritis. Berkenaan dengan tema-tema Islam Liberal, mengikut tulisan mereka sendiri, dapat dilihat sebenarnya tidak jauh berbeda dengan modernist Islam. Di antaranya adalah demokrasi, pembelaan hak-hak perempuan, kebebasan bersuara, dan masa depan kemajuan manusia. Tematema yang diangkat memberikan impresi bahwa siapapun yang rasional tidak mungkin menolak perjuangan mereka. Di sebalik itu ada keinginan untuk memonopoli perjuangan untuk kemanusiaan, sedangkan agama Islam sejak mula telah memperjuangkan kepentingan manusia. Tema-tema di atas tampak menarik dan segar, tetapi ini berbeda dengan tema-tema yang selalu

PN3362

66

menjadi perdebatan hangat di kalangan umat Islam. Isu-isu seperti penolakan Syari'at, pluralisme agama, kebebasan berijtihad, penolakan otoriti agama dan hermeneutik sebenarya yang menjadi perbahasan utama gerakan ini. Pandangan bahawa perlunya penyesuaian di antara Islam dan nilai-nilai Barat, di antara wahyu dan kemodenan, adalah dengan andaian bahawa keduanya tidak bertentangan dan sesuai (compatible). Atas andaian inilah maka peranan menyesuaikan di antara keduanya bukan perkara yang rumit. Persoalannya adalah adakah andaian ini betul? Apakah tidak ada pertembungan nilai/ prinsip di antara worldview Islam dan worldview Barat. Pemikir Islam seperti Syed Muhammad Naquib al-Attas menyatakan bahawa Islam mempunyai pandangan hidup yang jauh berbeza dengan pandangan hidup Barat. Pandangan hidup Barat meletakkan falsafah humanisme, rasionalisme, sekularisme sebagai asas peradaban mereka. Sedangkan falsafah-falsafah ini amat asing dan tidak perlu dalam konteks umat yang beragama Islam. Isma'il al-Faruqi mengatakan bahawa humanisme Barat sekarang banyak dipengaruhi oleh humanisme Greco-Roman, yang terlalu mendewakan manusia dan sebagai reaksi kepada tradisi Kristian yang sebenarnya merendahkan nilai-nilai kemanusiaan. sebaliknya Islam telah dengan secara tidak langsung meninggikan martabat manusia, maka dari itu, al-Fa>ru>qi> menyimpulkan bahawa humanisme dalam Islam adalah satu-satunya yang asli dan terbaik. Dengan alasan kuatnya pengaruh sekularisme dan humanisme dalam tamadun Barat, al-Attas menekankan perlunya ilmu-ilmu Barat diIslamisasikan terlebih dahulu sebelum ianya diterima oleh umat Islam untuk mengelakkan berlakunya dikotomi dalam diri umat Islam dan wujudnya dilema atau krisis minda yang menjadikan umat Islam keliru, lemah dan berpecah belah. Untuk melihat sejauh manakah kesan dan pengaruh secular humanisme dan postmodenisme terhadap pemikiran Islam Liberal kita dapat lihat dalam tema-tema yang dibangkitkan oleh ideolog-ideolog Islam Liberal seperti Nasr Hamid Abu Zayd (lahir 1943), Muhammad Said alAshmawi (l. 1932), Muhammed Arkoun (l. 1928), Abdullahi Ahmed al-Nai'im (l. 1946) dan Asghar 'Ali Engineer (l. 1939). Abu Zayd misalnya mengatakan bahawa Islam adalah agama sekular (al-di>n al-ilma>ni>) dan hanya diskursus sekularisme ('ilma>niyyah), yang menurut beliau berasal dari perkataan ilmu ('ilm), yang dapat membawa Umat Islam kepada pemodenan dan kemajuan dan menyelamatkan mereka daripada kekolotan berfikir. Adapun Muhammad Arkoun, beliau banyak terpengaruh dengan pemikiran postmodenisme khususnya Jacques Derrida. Amat jelas terlihat metode deconstruct dan no truth-claim dalam pemikiran Arkoun. Robert D. Lee dalam kata pengantarnya terhadap buku Arkoun, Rethinking

PN3362

67

Islam, mengatakan: "In the world Arkoun proposes, there would be no margins and no center, no marginalized groups and no dominant ones, no inferior beliefs and no superior, truth-producing logic." Muhammad Said Ashmawi seperti pendahulunya 'Ali Abd al-Raziq, Wahid Ra'fat dan Faraj Fawdah menentang konsep Islam syumul (way of life), baginya permasalahan politik terpisah daripada agama. Beliau juga menolak keras pelaksanaan Syari'at Islam dengan alasan bahawa ia akan memberikan kuasa politik kepada golongan agama dan mengakibatkan lahirnya negara teokrasi. Dalam bukunya The Islamic State, Bagi Asghar Ali Engineer Hukum Islam adalah ciptaan fuqaha, pelaksanaan Shari'at Islam bermakna pemerintahan teokrasi. Dan beliau juga menyokong sepenuhnya pemerintahan sekular: Secularism is highly necessary if India has to survive as a nation. But apart from survival of Indian nationalism and Indian unity, secularism is necessary for modern democratic polity. And this need for secular polity becomes much greater if the country happens to be as diverse and plural as India. Secularism is a great need for democratic pluralism…. The most Orthodox Muslim 'Ulama of Deobandi school preferred secular India to Muslim homeland or theocratic Pakistan. They outright rejected the idea of Pakistan when mooted by Jinnah. They denounced two nation theory on the basis of religion.

Radwan Masmoudi, seorang presiden Center for the Study of Islam and Democracy (CSID) yang merupakan sebuah pertubuhan yang berpengaruh di Amerika dan baru-baru ini menjelaskan pendiriannya terhadap Islam Liberal. Beliau menjelaskan bahawa Liberal Islam memperjuangkan kerajaan yang bertanggungjawab, kebebasan individu, dan hak-hak asasi manusia. Oleh karena itu menurut beliau golongan ini merupakan Muslim majority di dunia Islam. Tentunya anggapan bahawa golongan Islam Liberal adalah golongan majoriti umat Islam tidak berasas dan boleh dipertikaikan. Ini kerana imej liberal yang mereka ketengahkan berbesa dengan apa yang mereka maksudkan. Dalam hal ini istilah yang tepat bagi golongan yang mereka sebutkan adalah progressif, bukan liberal. Jelas sekali istilah Islam Liberal itu sendiri sangat kabur dan kontradiktif. Bahkan tokoh-tokoh yang disebutkan oleh Masmoudi, yang mengikut kategorisasi Kurzman, seperti Muhammad Sali>m al-'Awwa>, Anwar Ibrahim dan Fathi Osman tidak pernah dikategorikan sebagai Islam Liberal, tidak ada indikasi yang dapat mengaitkan pemikiran mereka dengan pemikiran Islam Liberal. Tokoh-tokoh yang lain yang juga disebutkan seperti T}a>riq al-

PN3362

68

Bishri>, Abdul Karim Soroush, Abdulaziz Sachedina lebih dikenal sebagai modenis. Mungkin ada yang bertanya mengapa tokoh-tokoh seperti Muhammad Iqbal, Yu>suf al-Qarad}a>wi, Muhammad Natsir, Rashid Ghannouchi, Anwar Ibrahim disebut sebagai tokoh-tokoh dan pendukung Islam Liberal? Terlepas daripada samada ia adalah satu kesilapan yang disengajakan ataupun tidak, tentunya ia bertujuan untuk menarik perhatian umat Islam agar mudah terpengaruh. Ironisnya, kenyataan Kurzman tersebut disangkal oleh kalangan Barat sendiri yang majoritinya mengkategorikan al-Qaradawi sebagai fundamentalis. Agama dan Akal Islam Liberal beranggapan bahawa gerakan yang mereka lakukan adalah satu-satunya alternatif yang melakukan usaha penyatuan di antara agama (faith) dan akal fikiran (reason). Mereka melihat majoriti umat Islam mengikut aliran tradisionalis konservatif yang jumud dan tidak memberi ruang kepada akal fikiran untuk berperanan dan berijtihad. Lebih dari itu, golongan fundamentalis dikatakan telah berusaha untuk memonopoli pemahaman Islam, sehingga apa sahaja pandangan yang tidak sesuai dengan kerangka berfikir mereka akan dicap sebagai tidak Islamik. Kalau dilihat daripada sejarah pemikiran dan perundangan Islam, penyatuan agama dan akal bukan perkara yang baru, ia sememangnya telah ada dalam tradisi Islam. Terlalu banyak ayat alQur'an dan Hadith yang memberikan perhatian kepada penggunaan akal fikiran. Bahkan melihat kepada pelaksanaan Rasulullah s.a.w. terhadap text, dan pemahaman dan pelaksanaan para Sahabat tidak pernah membelakangi akal fikiran. Akal berfungsi dengan baik sebagai penterjemah dan memikirkan cara terbaik dalam melaksanakan tuntutan agama. Imam-imam mazhab mengenal dan mencipta istilah-istilah seperti qiya>s, istih}sa>n, mas}a>lih} al-mursalah dan maqa>s}id al-shari>‘ah yang merupakan sumber perundangan Islam yang diakui dalam tradisi Islam. Apabila adanya kecenderungan ulama’ masa kini yang kolot dan jumud dalam berfikir, ia tidak bermakna tradisi atau Islam sendiri yang menyebabkan perkara tersebut terjadi. Justeru, ajaran Islam menggalakkan penggunaan optimum akal fikiran dalam kerangka yang dibenarkan oleh syari’ah itu sendiri. Oleh sebab itu sebenarnya tidak timbul istilah literal Islam versus liberal Islam dalam memahami agama.

PN3362

69

Di sini dapat dikesan kecenderungan Islam Liberal dalam melihat agama dan akal sebagai dua entiti yang otonom dan independen. Agama ataupun shari’ah, kerana dilihat amat terbatas jumlah teksnya, bergerak dalam ruanglingkupnya yang tersendiri dan akal mempunyai peranan dalam kerangka yang lebih luas yang dapat memastikan kerelevanan agama dalam dunia masa kini. Oleh kerana itu kontradiksi berlaku di antara dua aliran pemikiran modenis atau Islam Liberal dan ramai ulama’ dan pemikir Islam yang meletakkan syarat penggunaan akal fikiran agar tidak bertentangan dengan mana-mana teks al-Qur’an dan al-Sunnah. Bagi Islam Liberal apabila pertentangan di antara keduanya berlaku, maka teks al-Qur’an ini perlu ditafsirkan melalui kaedah hermeneutik ataupun melalui pemahaman substantif agar tidak lagi terpaku kepada pemahaman literal terhadap shari’ah, akan tetapi pemahaman yang Liberal. Berangkat dari metodologi dan cara berfikir inilah, tidak sedikit daripada mereka yang hanya melihat daripada shari’ah itu nilai-nilai universal yang juga ada dalam tamadun Barat bahkan juga dikongsi bersama oleh mana-mana agama di dunia ini. Penolakan Terhadap Otoriti Agama. Liberalisme dan modernisme Islam menolak otoriti agama. Dalam wacana Islam Liberal banyak penekanan diberikan kepada kebebasan berpendapat oleh siapa saja tentang apapun permasalahan agama. Metodologi yang digunakan adalah relativisme, iaitu dengan mengatakan bahwa kebenaran itu relatif tidak boleh didakwa oleh mana-mana pihak. Penolakan otoriti agama ini penting agar kebebasan berpendapat/ ijtihad dapat dilakukan dan hanya dengan inilah liberalisasi Islam akan berhasil. Atas dasar kebebasan berpendapat dan berijtihad inilah maka Islam Liberal banyak merujuk kepada karya-karya orientalis-kristian kerana melihat mereka adalah otoriti yang cukup kritis dan telah dapat mengemukakan pendekatan yang lebih rasional dan berlainan. Islam menetapkan bahawa otoriti dalam ilmu pengetahuan sangat penting. Cukup banyak ayat dan hadis yang menuntut umatnya menghormati ilmuwan dan berpegang kepada disiplin ilmu. Disiplin ilmu apapun memerlukan otoriti. Islam adalah subjek ilmu yang cukup ketat dalam menentukan siapa yang layak dijadikan guru. Tanpa adanya kriteria-kriteria tertentu dalam pemilihan guru maka penyelewengan terhadap agama sangat mudah sekali berlaku. Setiap disiplin ilmu ada otoriti masing-masing. Kalau dalam bidang perubatan, kejuruteraan dsb. seseorang itu perlu merujuk kepada otoriti dan pakar-pakarnya maka sebenarnya tidak ada

PN3362

70

bezanya dengan agama Islam: shari>'ah, aqi>dah, tafsi>r, hadi>th, masing-masing cabang ilmu ini memerlukan kepakaran yang juga memakan energi dan masa yang tidak kurang daripada keperluan seseorang menguasai bidang perubatan dan sains. Bahkan dari ribuan orang yang berusaha menguasai cabang keilmuan Islam hanya segelintir saja yang diakui sebagai pakar dan otoriti yang menjadi rujukan. Golongan Islam Liberal melihat bahawa otoriti agama hanya akan memberi kesan negatif. Ini kerana ulama’ akan memonopoli kebenaran dan menghukum pandangan selain daripada ulama’ sebagai tidak islami, sesat dan sebagainya. Kekeliruan ini timbul akibat salah faham atau distorsi yang disengajakan. Wujudnya otoriti ilmu ini tidak mengisyaratkan wujudnya hirarki dalam Islam. Islam sama sekali tidak pernah meletakkan ulama’ sebagai wakil Tuhan atau pemegang kuasa menggantikan Tuhan sepertimana berlaku dalam tradisi Nasrani dan pemerintahan gereja di zaman kegelapan (Dark Ages). Dalam Islam ijtihad ulama’ tidak mutlak kebenarannya. Oleh itu pandangan ulama’ tidak semestinya benar. Pandangan ulama’ hanya boleh diterima sekiranya terbukti sesuai dengan kehendak syari’ah dan dipersetujui kebenarannya. Di sinilah dalam tradisi Islam kita mengenal konsep qawl al-jumhu>r (pandangan majoriti), dan ijma>' (kesepakatan ilmuwan) dan konsep ini sangat penting dalam tradisi keilmuan Islam. Penolakan terhadap otoriti agama memberi ruang yang luas kepada golongan Islam Liberal untuk berijtihad dengan bebas. Kurzman menggunakan istilah yang berlainan agar tampak sophisticated iaitu “freedom of thought” dan “freedom of religious interpretation”. Bertolak dari premis inilah golongan ini melihat perlunya umat Islam mempertimbangkan hermeneutika alQur’an di samping tafsir al-Qur’an yang dianggap tidak sesuai lagi pada zaman modern ini. Nasr Hamid Abu Zaid disebut sebagai tokoh hermeneutik Islam Liberal saat ini. Walaubagaimanapun buku beliau, Mafhu>m al-Nas} mendapat tentangan yang keras dari para sarjana Muslim. Konsep Pluralisme Agama Perdebatan tentang pluralime agama baru-baru ini cukup hangat di Indonesia. Aliran modenisme dan Islam Liberal mendukung kuat ide ini dan promosi besar-besaran telah dilakukan. Banyak buku-buku telah diterbitkan dan diseminarkan. Di antara tokoh utama dalam hal ini adalah Alwi Shihab yang telah menulis buku yang bertajuk: Islam Inklusif: Menuju Sikap Terbuka dalam Beragama. Alwi mengatakan bahawa pluralisme agama adalah tuntutan penting untuk mencapai kerukunan hidup beragama. Atas dasar ini seorang pluralis berusaha untuk tidak bersikap

PN3362

71

eksklusif dan tidak mengklaim kebenaran hanya terletak pada agama yang dianutnya. Setelah itu barulah dialog dan toleransi beragama dapat dilaksanakan dengan jayanya. Penulis melihat adanya pra-asumsi bahawa yang menyebabkan permusuhan antara agama berlaku adalah sematamata kerana wujudnya sikap ekslusif dalam beragama. Alwi menafikan bahawa syari'at yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. adalah penghapus bagi syari'at-syari'at yang telah diturunkan sebelumnya. Alwi juga mengatakan bahwa ayat al-Qur’an yang selalu digunakan untuk mengklaim eksklusivisme Islam yang bermaksud: “Barangsiapa yang mencari selain daripada Islam sebagai agama (di>nan) mereka maka tidak akan diterima (oleh Allah) daripadanya” dalam penjelasan terhadap ayat ini beliau mengatakan bahawa: hal itu (Islam) tidak hanya diperuntukkan bagi Muslim sahaja, tetapi bagi segenap mereka yang percaya kepada Tuhan sepanjang sejarah umat manusia. Alasan Alwi adalah bahawa Islam bermakna berserah diri, maka sesiapa sahaja yang dapat melaksanakan tuntutan iman ini dengan menyerahkan diri terhadap kehendak Tuhan adalah termasuk orang yang berserah diri. Kekeliruan timbul akibat daripada pemikiran bahawa kebenaran tidak bersifat mutlak, kebenaran tidak boleh dimiliki oleh mana-mana pihak lalu menafikan hak orang lain. Pemikiran relativisme ini yang menjadi dasar falsafah pluralisme beragama. Terdapat beberapa tokoh falsafah Barat dan Islam yang bertanggungjawab memperkenalkan ide ini antaranya adalah Frithjof Schuon dan Syed Husein Nasr. Apa yang mereka ketengahkan adalah lebih kepada ide kesatuan agama pada hakikatnya (the transcendent unity of religions) dan penekanan kepada agama Ibrahimiyyah. Akan tetapi, pendekatan yang digunakan oleh Alwi Shihab cukup berani dan radikal. Kerana beliau bukan sahaja bercakap dari segi pemikiran dan falsafah akan tetapi cuba untuk mengambil pendekatan dari dalam, dengan mempergunakan tradisi Islam khususnya teks-teks al-Qur’an dan mentafsirkannya dengan sewenang-wenang. Alasan yang dianggap oleh pluralis cukup kuat dan dapat menyokong pandangannya bahawa alQur’an mengakui keimanan komunitas beragama selain daripada umat Islam bahkan amalan mereka juga akan diterima sebagaimana umat Islam. Dengan bersandarkan kepada ayat alQur’an (al-Baqarah: 62 dan al-Ma>’idah: 69), Alwi menterjemahkan ayat tersebut sebagai berikut: “Sesungguhnya mereka telah beriman, Yahudi, Kristen, dan Kaum Shabiin; Mereka yang percaya pada tuhan dan hari akhir dan berbuat kebaikan, akan menerima pahala dari Tuhan mereka. Mereka tidak akan merugi dan tidak akan berduka cita”. Sekilas pandang ayat ini seolah

PN3362

72

menjustifikasikan pandangan beliau, akan tetapi sesiapa yang faham bahasa Arab akan sedar adanya kalimat yang sengaja ditambah dan tidak sesuai dengan kehendak ayat. Ayat tersebut bermula dengan Innallazi>na a>manu> wallazi>na ha>du wannas}a>ra> was}s}}a>bi’i>na man a>mana billa>h, jelas sekali ayat ini tidak mengatakan bahawa semua golongan yang dinyatakan adalah dianggap beriman, ayat tersebut hanya menyatakan bahawa ada kemungkinan di antara penganut agama tersebut ada orang-orang yang mempunyai keimanan (yang belum tercemari oleh kesesatan) terhadap Allah dan hari akhirat. Al-Qurtubi menjelaskan bahawa pendapat yang kuat berdasarkan pendapat Ibn Abbas mengatakan bahawa ayat ini telah dimansuhkan dengan ayat waman yabtaghi ghayr al-Isla>mi di>nan…Adapun pendapat yang mengatakan ia tidak dimansuhkan mengatakan bahawa terdapat syarat implisit bagi ayat tersebut iaitu beriman kepada kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Bahkan ulama’ dan ramai mufassir mengatakan bahawa ayat ini perlu difahami sebagai satu seruan agar ahlul Kitab yang masih mempunyai secebis keimanan tersebut hendaklah menyempurnakannya dengan beriman kepada nabi Muhammad s.a.w. kerana keimanan terhadap Allah tidak sempurna dan tidak akan diterima tanpa keimanan terhadap Rasulullah begitu juga amalan mereka tidak akan diterima sebagai amal saleh apabila mereka enggan mengikuti syari’at Rasulullah s.a.w. Pentafsiran seperti inilah yang sesuai dengan mesej keseluruhan dan objektif al-Qur’an. Ini kerana seorang mufassir dikehendaki melihat satu-satu ayat selari dengan ayat-ayat yang lain bukan mengasingkannya dan menutup mata dari melihat kepada nas}-nas} (teks) yang justeru bertentangan dengan pemahamannya. Mengenai kedudukan orang kafir baik Ahlul Kitab maupun Musyrikin terdapat banyak ayat-ayat al-Qur’an yang menjelaskan tentang kesesatan dan kekufuran mereka. Konsep pluralisme agama adalah selari dengan misi sekularisasi dan liberalisasi. Di Barat, masyarakat pada umumnya sudah hilang kepercayaan pada agama. Agama Kristian tidak lagi menjadi rujukan dalam masalah kemoralan apalagi masalah politik, dan sosial. Falsafah eksistensialisme dan pragmatisme telah mengambil alih peranan dalam menentukan nilai-nilai moral masyarakat Barat. Ini kerana agama secara umum telah disepakati merupakan produk manusia tidak luput daripada silap dan salah. Bahkan banyak ajaran Injil hanya dianggap mitos yang tidak rasional dan perlu ditinggalkan oleh orang yang telah bertamadun dan maju. Apabila telah menjadi kesepakatan umum bahawa 'all religions are human inventions' maka tidak ada lagi kebenaran mutlak, yang ada adalah kebenaran yang relatif, terserah kepada masing-masing individu untuk memilih sesuai dengan 'selera'nya. Penolakan terhadap Shari'at Islam

PN3362

73

Islam Liberal menolak pelaksanaan syari’at Islam, di Amerika al-Na’im pengikut setia tokoh kontroversial Mahmud Muhammad Taha dari Sudan, menulis buku beliau pada tahun 1990 berjudul Toward an Islamic Reformation yang intinya adalah merombak pemahaman orang Islam terhadap syari’at Islam. Menurut beliau syari’at Islam itu tidak suci (divine). Beliau menyuarakan perlunya syari’at Islam khususnya Islamic public law dirubah karena teks agama tidak perlu diikuti secara literal. Bahkan beliau mengatakan bahwa pelaksanaan hukum Islam pada saat ini hanya akan memberi kesan counter-productive. Karena pelaksanaannya sangat bertentangan dengan hak-hak asasi manusia dan tidak sesuai dengan perkembangan zaman. AlNa'im menjelaskan: I have shown that Shari'a was in fact constructed by Muslim jurists over the first three centuries of Islam. Although derived from the fundamental divine sources of Islam, the Qur'an and Sunna, Shari'a is not divine because it is the product of human interpretation of those sources. Moreover, this process of construction through human interpretation took place within a specific historical context which is drastically different from our own. It should therefore be possible for contemporary Muslims to undertake a similar process of interpretation and application of the Qur'an and Sunna in the present historical context to develop an alternative public law of Islam which is appropriate for implementation today. Di sini dapat dilihat pengaruh kajian Orientalist terhadap al-Na'im. Berasaskan kepada kajian orientalis seperti Goldziher, Schacht dan Coulson yang mengatakan bahawa Syari’at Islam adalah hasil ciptaan ulama’ dan fuqaha selama tiga ratus tahun. Malangnya amat kurang sekali tulisan-tulisan ilmiah yang dapat mendongkrak idea-idea seperti ini, kecuali beberapa tulisan yang masih perlu dilanjutkan seperti M. Mustafa al-Azami yang telahpun membatalkan premispremis Schacht tentang Shari'ah. Kajian mendalam orientalis terhadap hukum Islam membuahkan hasil dengan diterimanya premis-premis mereka sebagai sandaran untuk menolak hukum Islam. Penolakan hukum Islam sebenarnya berakar daripada keengganan meletakkan agama sebagai dasar kehidupan masyarakat. Oleh kerana itu penolakan syari'at Islam sebenarnya merupakan kesinambungan daripada pemikiran sekularisme dan bahkan juga diakui oleh al-Naim sendiri. Di Indonesia mesej penolakan Shari'at dikemukakan Jaringan Islam Liberal.

PN3362

74

Anggapan bahawa syari’at Islam tidak divine adalah disandarkan kepada kajian-kajian orientalis yang mengatakan bahwa formulasi syari’at Islam berlaku selama 300 tahun setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. Oleh itu mereka menyimpulkan bahwa syari’ah adalah produk ulama dan pemerintah yang tentunya bernuansa politik dan kekuasaan. Di sini sangat jelas kekeliruan mereka karena tidak membezakan Syari’ah dengan Fiqh, di antara thawabit dan mutaghayyirat, di antara perkara-perkara yang disepakati atau qat’iyyat dan perkara-perkara ijtihadi. Tanpa melihat perkara-perkara seperti ini maka tentunya kekeliruan tersebut timbul. Kesimpulan Terdapat perbezaan yang ketara di antara teori yang dikemukakan oleh Kurzman dan Binder dengan kenyataan lapangan. Teori Kurzman membawa mesej untuk mempopularkan gerakan ini dan memberi justifikasi atas setiap ide dan pemikiran Islam Liberal. Untuk tujuan ini, Kurzman telah berjaya mengelabui mata orang ramai dengan penggunaan istilah dan terminologi yang diterima ramai seperti: progress, freedom of thought, democracy dsb. Penumpuan pada hal-hal tersebut akan memberi kesan ketidakrelevenan golongan yang menolak Islam Liberal. Dan menutup mata orang ramai terhadap banyak lagi ide-ide yang justru menjadi ciri-ciri utama pemikiran Islam Liberal seperti: penolakan otoriti agama, pluralisme agama, penolakan Syari’ah dll. Hubungan dan pengaruh pemikiran Barat: sekularisme, orientalisme dan postmodernisme, terhadap pemikiran Islam Liberal adalah berdasarkan bukti yang nyata dan tidak dapat disangkal. Ini jelas dalam buku Kurzman Liberal Islam yang menjadikan tema-tema sekular sebagai elemen penting dalam gerakan ini. Oleh yang demikian, ada benarnya pernyataan Islamis bahwa Islam Liberal sebenarnya merupakan ‘produk’ Barat, dilahirkan dan dibentuk bukan di dalam paradigma Islam akan tetapi di dalam paradigma pemikiran Barat. Walaupun para ideolog dan promotor mereka mencoba untuk memberikan legitimasi daripada teks-teks agama untuk setiap ide yang dilontarkan, ia hanyalah sebagai satu strategi dan hanya digunakan dengan tujuan validasi. Adalah tidak benar jika dikatakan bahwa Islam Liberal tidak mempunyai metodologi dalam pemikirannya. Hasil kajian ini menunjukkan bahwa ideolog-ideolog Islam Liberal memakai metodologi yang telah tersedia dan disadur daripada pemikiran Barat. Sebuah framework pemikiran adalah hasil paradigma yang dibentuk oleh pemikir-pemikir yang berpengaruh dan

PN3362

75

tentunya ia tidak kelihatan, dalam bentuknya yang asli, pada gerakan ini. Kalau dalam diskursus Islamis banyak menyebut tentang serangan pemikiran (al-Ghazw al-Fikri>) dan menjadikan Orientalisme, sekularisme dan modernisme sebagian darinya, tentunya gerakan Islam Liberal ini merupakan satu jelmaan baru serangan Barat terhadap Islam. Pemikir-pemikir Islam seperti Syed Muhammad Naquib al-Attas telah memberikan penjelasan tentang worldview Islam dan worldview Barat, dengan tujuan bahawa umat Islam tidak keliru dan terpengaruh dengan pemikiran Barat yang pada intinya tidak mesra agama kalau bukan antiagama. Anggapan bahawa tidak adanya percanggahan di antara keduanya memberikan isyarat bahawa Islam tidak mempunyai identiti tersendiri dan tidak memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan manusia, dan anggapan ini tentunya tidak benar sama sekali.


sumber : http://www.scribd.com/doc/14163611/sejarah-kemunculan-orientalisme