maaf aku sibuk
urusan dunia yang menekan
urusan akhirat tiada kesempatan
aku ingin cepat berakhir
sistem keduniaan yang
tak beri nafas buat ketenangan
buat jiwa pada Tuhan
buat jiwa pada tersayang
buat hidup yang bererti
dengan seruan Ilahi
namun aku tak berdaya
apa yang aku ada cuma mengikutnya
tidak lama lagi akan berakhir
kita pasti akan bersama
jika Allah mengizinkannya
jangan kau duka lagi nestapa
kita akan berjuang bersama
kau tulang belakangku
tanpa kau aku lentok
dengan perancangan dan cita-cita
ini halatuju kita
untuk kematian yang sempurna
dunia pasti akan terima pembalasannya
atas kezaliman mereka menekan kita
IBN MUKHTAR
27 Ogos 2009
Sunday, February 28, 2010
SIBUK
Posted by Allahyarham achit at 11:45 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment