? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, December 30, 2008

As-salamu... Satu Kalimah Ajaib.

SEMASA masih di bandar Guangzhou, tengahari itu saya agak keletihan merayau-rayau, saya singgah di kaki lima tepi jalan tempat penjaja-penjaja kecil berjaja. "As-salamu 'alaikum?" Saya memberi salam kepada salah seorang dari mereka yang memakai ketayap lebai. Dia menjual makanan ringan seperti kismis, kacang cerdik dan banyak jenis lagi yang saya tak kenal. Sudah tentu dia beragama Islam.


"Wa 'alaimussalam." Dia jawab dengan begitu ramah, bersopan dan mesra sekali. Dia bertanya sesuatu, saya pun tak faham, entah bahasa apa dia guna. Entah Kazakhtan, Turkistan, tah apa-apa ...tan, tak tahu la, ...tak dengar macam bahasa Cina pun.


"... Malaysia." Saya jawab. Disalami saya dengan kedua-dua tangannya, seolah-olah tak mahu dilepaskan. "Masajid??" Saya tanya lagi. Dia seolah-olah tak dengar dan tak faham.


Dia tunduk dan mengambil sesuatu dari sebuah bungkusan di bawah tempat jualannya, di basikal surung roda tiga. Dikeluarkannya roti, diajak saya makan. Bila saya mengisyaratkan perut saya sudah penuh, tak mahu makan, disimpannya balik makanan itu. Dia terus bertanya sesuatu yang saya tidak faham, dan saya pun menjawab yang dia pun tidak faham. Macam ayam bercakap dengan itek..


Tiba-tiba dia terasa nak ke bilik air, dia mengisyaratkan saya supaya tolong ganti di tempat jualannya. Saya tiada syak apa-apa terus mengikutinya. Saya jaga jualannya, sehingga dia datang semula, baru dia isyaratkan di mana masjid.


Begitulah hebatnya kalimat salam yang disyariatkan Allah SWT kepada penganut agamaNya, hanya dengan sekali sebut...


1..Mampu menghubungkan dua jiwa yang berlainan negara, bangsa dan bahasa, walaupun sama-sama tak faham percakapan.
2..Sanggup menjemput seorang yang tidak dikenali makan, walaupun dia sendiri nampak macam miskin harta, tetapi kaya jiwa dalam bersedekah atau memberi orang lain makan haknya.
3...Hanya dengan kalimat salam, dia sudah menaruh kepercayaan, memberi amanah menjaga haknya, walaupun hanya beberapa minit baru dikenali.
4...Itulah bahasa antarabangsa penghubung sesama umat Islam.
5...Pada saya, itulah juga suatu kalimah ajaib yang menjadi bekal dan tangkal penyelamat untuk saya bermusafir di negara orang di perantauan, walaupun bukan dalam negara orang Islam, kerana orang Islam sekarang sudah ada di mana-mana.


Wallahu aklam.

Syahwat & Gejala Onani

Saya sebenarnya tidak begitu berkenan untuk menulis berkenaan isu ini. Kerana itu saya hanya memberikan jawapan oleh Syeikh Dr Yusoff Al-Qaradawi di web ini



Jawapan Oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi. KLIK SINI



Bagaimanapun, terlalu banyak persoalan berkenaan onani ini. Kotak email dan ruangan komentar di web saya ini juga tidak terlepas dari pertanyaan seumpama ini. Ada sebahagiannya terpaksa saya dan admin 'delete' kerana bahasa dan bentuk soalannya yang kurang sesuai.



Antara soalan-soalannya :-



1) " ...ustaz, saya ada masalah yang menimpa diri saya semalam iaitu saya telah melakukan onani di siang hari bulan ramadhan."



2) "Assalammualaikum... Saya sudah berumur 24 tahun, saya sering beronani sebelum ini sehinggakan dalam satu hari pernah saya buat perkara keji ini sampai 3 kali oleh sebab terasa ghairah melihat perempuan yang seksi.



3) "Saya tidak dapat menahan lalu saya melihat gambar porno untuk memuaskan nafsu saya dengan cara beronani. Dan ini pernah berlaku pada siang hari di bulan ramadhan.apa yang saya perlu buat dan apakah hukumnya serta hukumannya."



4) "Saya juga ada masalah pasal onani ni oleh kerana terlalu menyesal dah perbuatan saya, saya telah bernazar untuk berpuasa 1 hari bagi setiap kali saya beronani."



5) "Salam..ustaz adakah beronani perlu mandi wajib? apa bezanya air mazi dan mani?adakah kedua2 tu ada pada perempuan? harap ustaz dapat jelaskan.terima kasih"



6) "Salam, saya sudah berkahwin tetapi tinggal berjauhan dengan isteri..kadang kala apabila teringatkan isteri saya, saya merasa ghairah dan kadang kala sehingga melakukan onani..apakah hukumnya?"








Sebeban Alasan



Dalam masa yang sama, adakalanya terlalu banyak pula alasan dan sebab yang diberikan oleh si penanya dengan harapan saya atau mana-mana individu yang ditanya akan mengatakan harus baginya.



"Seolah-olah ingin menjadikan kita sebagai jambatannya 'ke neraka', then kat akhirat dok tuding jari kepada kita" kata seorang rakan saya yang juga seorang penceramah aktif di Lembah Klang.



Selain hukum khas bagi perbuatan tidak sihat ini. Lebih dari itu, kebanjiran soalan-soalan sebegini menyebabkan saya menjadi semakin bimbang dengan keadaan umat Islam di Malaysia terutamanya.



Virus Bermula



Ia secara langsung menunjukkan umat Islam samada lelaki dan wanita sedang menghidap sindrom lemah kawalan nafsu syahwat seksual terhadap perkara nafsu syahwat yang haram.



Melayani syahwat dengan cara haram adalah salah satu punca kehancuran kemanisan solat, tanpa kemanisan solat, runtuhlah 'tiang agama' dalam diri seseorang, tatkala itu nafsu kebinatangan dan syaitan akan mula menguasai sehingga lahirlah manusia binatang seperti pembunuh Nurin Jazlin dan lain-lain.



Terdapat hadis yang mengingatkan melayani syahwat mata kepada yang haram sahaja akan menghancurkan kelazatan dan kemanisan iman.



ما من مسلم ينظر إلى محاسن امرأة ثم يغض بصره إلا أخلف الله له عبادة يجد حلاوتها

Ertinya : Tiada seorang Muslim pun yang melihat kepada kecantikan wanita (aurat) kemudian ia mengalih pandangan matanya kecuali Allah s.w.t akan memberikan kepadanya kemanisan dalam ibadahnya (Riwayat Ahmad & At-Tabrani , Ibn kathir, 3/283, Ibn Kathir & Al-Munziri : Dhoif dan Ibn Kathir berkata , boleh diguna dalam hal galakkan)



Juga disebut dalam sebuah athar :



النظر سهم مسموم من سهام إبليس

Ertinya : "Pandangan mata adalah panah beracun dari panahan Iblis" ( Mirqatul Mafatih, 1/255; Ruhul Ma'ani, 22/7)



Malah ia juga bakal merosakkan hati :-



كل عين باكيه يوم القيامه الا عينان عين غضت عن محارم الله

Ertinya : Setiap mata akan menangis di hari kiamat kecuali mata yang dilindungi (berpaling) dari perkara yang diharamkan Allah s.w.t" ( at-taysir bi Syarhi al-Jami' as-Soghir, 2/216 : Hadis Hasan)



Ketahuilah saudara-saudariku, melayani onani merupakan permulaan kehancuran hati seseorang. Merupakan salah satu permulaan kepada zina.

Ia sering diwarwarkan kononnya sebagai penyelamat dari zina, hakikatnya ia juga merupakan pintu mula kepada zina.



Ia adalah pintu mula seseorang berjinak dengan melayani nafsu syahwat seksual mereka tanpa menurut arahan Allah dan RasulNya. Nafsu yang tidak dikawal ini adalah sentiasa meminta lebih dan lagi, akhirnya akan menjerumus kepada menonton gambar pornografi, video, mengintai dan ditamatkan dengan zina yang tiada had kepuasannya. Memang itu sifat nafsu syahwat samada seksual ataupuan harta. Sekali ia dilayan, tiada lagi pintu puas.



Sebagaimana hadis yang telah saya bawakan dahulu iaitu :-



لو كان لابن آدَمَ وَادِيَانِ من مَالٍ لَابْتَغَى ثَالِثًا ولا يَمْلَأُ جَوْفَ بن آدَمَ إلا التُّرَابُ

Ertinya : Sekrianya anak Adam itu punyai dua lembah dipenuhi emas, nescaya sudah tentu mereka akan inginkan yang ketiga, dan tidak disumbatkan diperutnya tanah (mati)( Riwayat al-Bukhari , 5/2364 )



Demikian juga perihalnya dengan nafsu syahwat seksual. Ia merupakan satu penyakit dalaman yang serius. Saya cuba memperkemaskan huraian berkenaan onani walaupun jawapan Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi terhadap masalah Onani yang telah saya siarkan di web ini.



Kesimpulan pandangan terkuat oleh pelbagai kumpulan ulama mendapati bahawa hukum Onani adalah : -

1) satu perbuatan yang haram, tetapi ia bukanlah satu jenis dosa besar seperti zina, rasuah, riba, membunuh dan sebagainya.

Ia dianggap melepaskan nafsu bukan pada tempatnya, ia adalah ditegah oleh Allah s.w.t :-



وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ



Ertinya : "dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap istri-istri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela; Barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. ( Al-Mukminun : 5-7)



Allah menyifatkan orang yang memuaskan nafsunya dengan cara selain dengan isteri atau suami yang sah sebagai :-



a) Malumin : Ertinya : "tercela"
b) Al-'adun : Ertinya : " orang-orang yang melampaui batas"
2) Hukum dosa ini sememangnya boleh berubah menjadi tidak berdosa sekiranya ia dilakukan dalam keadaan dharurat iaitu di ketika tanpa melakukan seseorang akan PASTI terjerumus dalam kancah zina.



Perlu diingat dharurat di sini hanya adalah di ketika 'pasti akan terjerumus' iaitu tatkala kemudaratan zina itu benar-benar BOLEH BERLAKU seperti ia telah tahu di mana boleh mendapatkan pelacur, bohsia atau teman wanitanya, punyai tempat yang strategik untuk maksiat dan lain-lain.



Maksud saya, jika sekadar ia rasa ingin berzina sahaja tetapi ia tidak punyai teman wanita, ia tidak pernah tahu di mana mahu melanggani pelacur, atau kesimpulan tiada mempunyai idea sebenarnya bagaimana ingin merealisasikan niat jahat berzinanya, disamping masih tidak yakin ia boleh terjerumus ke lembah sehina itu. Hukum keringanan (rukhsah) sementara akibat terdesak dan bagi mengelak zina yang disebutkan oleh sebahagian ulama itu TIDAK boleh dipakai sewenang-wenangnya.

3) Hukum dosa ini boleh menjadi bertambah besar apabila ia menjadi tabiat dan amalan kebiasaan disebabkan tindakannya sendiri seperti menjadi kegemarannya untuk melihat gambar dan video lucah. Akibat dari tindakannya itu, ia terdorong ingin berzina lalu beronani. Tatkala itu, tindakan onaninya bukan lagi terdesak tetapi dirinya sendiri yang sengaja mendorong kepada terdesak itu.



Ia berbeza dengan seseorang yang terangsang syahwat akibat ternampak dan sukar mengelakkan pandangan matanya dari permandangan kurang elok di tempat kerja atau dalam perjalanannya ke tempat kerja dan pulang.

4) Hukum dosa atau haram melakukan onani bagi lelaki dan wanita juga menjadi bertambah serius apabila dapat disahkan perbuatan onani tadi mempunyai kesan negatif kepada kesihatan. Kompilasi artikel berguna untuk suami isteri, ibu bapa dan mereka yang bakal memasuki alam rumahtangga.

Bagi menguatkan fatwa hukum, kenyataan doktor sakit tuan, Dr.Ismail Thamby boleh dijadikan panduan fakta iaitu :-

1) kesan buruk kepada kehidupan seksual apabila berumahtangga

Beliau menyebut :-

Jika anda lakukan onani secara luar biasa seperti melakukan rangsangan seksual secara kasar dan kuat untuk mengecapi klimaks, mungkin apabila beristeri, anda akan mendapati bersetubuh dengannya tidak memberi kepuasan seperti anda kecapi secara onani.

Masalah ini dikenali sebagai ‘Traumatic Masturbatory Syndrome'. Yang menimbulkan masalah ialah onani mengakibatkan klimaks anda berlaku dengan cepat, yang jika berterusan dan diamalkan akan mengakibatkan anda tidak dapat bertahan lama apabila mengadakan hubungan seksual sebenar.

2) Tahap kesihatan kemaluan boleh terjejas hingga Mati Pucuk

Beliau menyebut :-

Selain itu, jika agak ganas dengan cara merangsang anggota sulit anda sehingga mengakibatkan anggota itu sakit dan bengkak, kemungkinan satu hari anda akan mengalami mati pucuk apabila kerosakan lama menunjukkan kesannya.

Ini kerana anggota sulit adalah organ vaskular dan tidak boleh diurut atau dirangsang dengan keras. Ia hanya sesuai untuk dirangsang melalui salur faraj perempuan.

3) Boleh Mandul kerana kerosakan buah zakar lelaki

Beliau berkata :

Namun, saya ingin mengingatkan yang kerosakan buah zakar boleh berlaku pada bila-bila masa ketika melakukan onani, dan jika ia berlaku dan menjejaskan kilang sperma, sudah tentu anda akan mandul kerana sperma tidak lagi dihasilkan ‘kilang'.

Sebagai contoh, anda melakukan onani dalam keadaan tidak terkawal seperti pengaruh alkohol, menyebabkan tidak tahu atau sedar ketika itu anda teragut buah zakar atau mencederakan buah zakar.

Anda hanya menyedari selepas beberapa lama yang buah zakar anda menjadi semakin kecil atau bengkak, dan jika kilang sperma terjejas, anda akan menjadi mandul.

Sudah tentu perkara yang menyeronokkan sukar untuk dihentikan, kecuali berlaku sesuatu perkara yang memudaratkan seperti keradangan buah zakar, kecederaan zakar seperti kebengkakan zakar.

Bagaimanapun, ia sudah terlewat jika tiada cara perawatannya. Mungkin jika zakar terkulai, bengkok atau patah, ada cara rawatan seperti pemulihan dengan pembedahan atau penggunaan alat pemulih.

Namun, jika kilang sudah rosak dan buah zakar mengecil, tiada penawarnya. Jadi cuba kurangkan amalan onani, terutama secara kasar. Anda perlu ingat, anda hanya ada satu zakar, bukan sepasang. Jika zakar itu tidak berguna, hidup anda merana selama-lamanya!

Rujukan



Penutup

Sebagai akhirnya, antara fungsi Ramadhan adalah mendidik hati dan diri agar mampu mengawal nafsu berikut :-

1) Nafsu marah apabila Nabi menegah kita dari melayani ajakan pergaduhan semasa berpuasa.
2) Nafsu makan dan minum. Apabila kita di tegah makan dan minum di siang hari.
3) Nafsu tidur. Apabila kita dianjurkan untuk bangun sahur.
4) Nafsu Syahwat. Apabila kita diarahkan untuk elakkan ‘bersama' isteri di siang hari Ramadhan.
Amat diharapkan Ramadhan yang baru berlalu dapat menghasilkan kemampuan kekangan segala nafsu melampau dalam hal yang disebut di atas.

Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

11 Syawwal 1428 H

Sekeping Hati Milik Ibrahim

“Selawat Allah ke atas junjungan Muhammad, dan keluarga Muhammad, sebagaimana selawat-Mu ya Allah ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim,” bicara tasyahhud kita saban masa.

“Kami berpagi-pagian di atas fitrah al-Islam, dan kalimah al-Ikhlas, dan agama Nabi kami Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam, dan di atas jalan agama Ibrahim yang Haneef, tidak sekali-kali baginda itu dari kalangan manusia yang menyekutukan-Mu”, zikir kita mengiring terbitnya fajar pagi.

Ibrahim bapa sekalian Anbiya’.

Aidiladha mengangkat syiar memperingati pengorbanan dan kemuliaannya.

Ibrahim pemilik Hati yang Saleem.

Hati yang sejahtera.



QALBUN SALEEM

Allah SWT menyebut di dalam Al-Quran tentang hati yang sejahtera () sebanyak dua. Sebutan yang pertama adalah berkenaan dengan hati yang sejahtera di dunia, manakala sebutan yang kedua menyentuh tentang Akhirat.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Saafaat [37: 83-84]:



“Dan di antara golongan yang mendokong (seruannya Nuh) itu adalah Ibrahim. Iaitu tatkala beliau mendatangi Tuhannya dengan membawa hati yang sejahtera”

Ayat ini dinyatakan oleh Allah SWT berkenaan dengan titik tolak Ibrahim Alayhi as-Salaam mencari kebenaran, melukis garis pemisah dirinya dengan syirik bapa dan kaumnya, serta asas perjuangan Baginda AS sebagai seorang Rasul.

Firman Allah SWT lagi di dalam surah al-Shu’araa’ [26: 88-89]:



“Hari (Akhirat adalah hari) yang tidak bermanfaat lagi harta mahu pun anak pinak. Kecuali seseorang yang datang kepada Allah dengan membawa hati yang sejahtera”

Ayat kedua ini pula menyatakan tentang kemutlakan hati sebagai satu-satunya bekalan bermanfaat yang dibawa oleh seseorang semasa mengadap Allah Azza wa Jalla di hari Akhirat nanti.

HATI YANG SEJAHTERA

Ia adalah terjemahan Bahasa Melayu kepada istilah asalnya Qalbun Saleem…. Hati yang bernilai tinggi itu diistilahkan sebagai hati yang ‘Saleem’. Ia berasal daripada perkataan umbi Sa-Li-Ma… yang menghasilkan makna linguistik:

i. Selamat

ii. Penyerahan / kepasrahan / keakuran

Oleh yang demikian, hati yang sejahtera ini terbentuk dengan asasnya yang utama iaitu penyerahan dan ketundukan yang mutlak kepada Allah SWT. Justeru itu hati yang sempurna tidak disebut sebagai ‘hati yang bahagia’ atau(Qalbun Sa’eed), bahkan tidak juga ‘hati yang sihat’ atau (Qalbun Saheeh)! Ini adalah kerana, kedua-kedua karakter itu hanyalah serpihan daripada makna yang terkandung di dalam pengertian hati yang sejahtera (Qalbun Saleem).

Memahami maksud yang terkandung di dalam makna hati yang sejahtera adalah amat penting kerana ia adalah kesimpulan kepada bekalan hidup dan bekalan akhirat. Bagi kehidupan di dunia, Allah SWT menyatakan bahawa, Ibrahim Alayhi as-Salaam, khalilNya, mencari Rububiyyah dan Uluhiyyah, menggariskan kebenaran dan menetapkan langkah di dalam perjuangan Baginda sebagai Rasul dengan berbekalkan hati yang sejahtera.

Firman Allah SWT:



“Dan di antara golongan yang mendokong (seruannya Nuh) itu adalah Ibrahim. Iaitu tatkala beliau mendatangi Tuhannya dengan membawa hati yang sejahtera” [Al-Saaffaat 37: 83-84]



HATI YANG SEJAHTERA DI DUNIA

Ulama’ Tafsir telah menghuraikan tentang pengertian atau sifat-sifat yang terkandung di dalam hati yang sejahtera itu. Ia adalah hati yang menyerah kepada Allah, tunduk kepada kehendak dan kemahuan Allah SWT. Apabila hati itu menurut segala kehendak Penciptanya, maka dengan sendirinya ia terpelihara daripada segala yang mencemari pengabdiannya kepada Allah. Menurut Qatadah, ia adalah hati yang bebas merdeka dari syirik dan nifaq. [Fath al-Qadeer, Ash-Shaukani, j4 ms. 460, Dar al-Kalim at-Tayyib, 1998]

Hati yang bebas merdeka ini adalah hati yang murni dengan fitrahnya. Ia adalah hati yang suci bersih dari syirik yang mengelirukan manusia tentang ketuhanan. Ia juga adalah hati yang lepas bebas dari sifat nifaq yang melahirkan prejudis dan karakter dusta dan menipu. Menipu Alllah sedangkan yang sebenar-benarnya ditipu itu adalah dirinya sendiri.

HATI SEJAHTERA SEORANG YANG MENCARI KETUHANAN

Ibrahim Alayhi as-Salaam mendapat keupayaan untuk menemui jawapannya terhadap ketuhanan kerana Baginda membawa hati yang sejahtera, iaitu hati yang suci dari prasangka. Selepas kukuh berpegang dengan hidayah Allah, hati yang sejahtera itu juga tunduk sepenuhnya kepada ketentuan Allah yang memilih Baginda sebagai Rasul. Baginda tidak mempertikaikan pemilihan itu walaupun dengan ketentuan Allah tersebut, bererti Baginda akan berhadapan dengan musuhnya yang paling sukar iaitu bapanya sendiri, si pengukir berhala. Hati yang sejahtera tidak prejudis atau membantah-bantah ketentuan Allah.

Tegasnya, hati yang sejahtera bagi seorang yang sedang mencari ketuhanan bererti hati yang tiada prasangka atau prejudis terhadap Tuhan. Hati seperti ini adalah kunci utama untuk menemukan pemiliknya kepada kebenaran kerana ia membuka luas-luas pintu kepada segala input untuk dianalisa dengan adil dan saksama. Bagi seorang manusia yang sedang ‘mencari Tuhan’, hatinya tidak boleh prejudis. Prejudis adalah perkataan yang datang dari kalimah Bahasa Inggeris iaitu ‘prejudice‘ yang terbentuk dari dua perkataan iaitu ‘pre’ dan ‘judgement’. Prejudice ini bermaksud membuat keputusan terhadap sesuatu perkara yang sedang di dalam pertimbangan, sebelum sampai kepadanya bukti-bukti dan maklumat yang lengkap. Ia telah membuat sekatan mental, lantas menyempitkan pintu dirinya untuk menganalisa.

Kerana itulah, Allah SWT memilih untuk menjadikan bangsa Arab sebagai kader umat Muhammad SAW yang pertama. Bangsa Arab Jahiliah tidak berpemikiran sebagaimana kaum Rom dan Parsi yang sudah mempunyai mindset berasaskan falsafah dan kepercayaan mereka yang sudah begitu tersimpul dan berakar umbi. Bangsa Arab Jahiliah mensyirikkan Allah dalam bentuk yang mudah, hati mereka senang untuk sampai kepada hati yang sejahtera kerana mereka tidak prejudis kepada ketuhanan. Tiada mulhid atau atheist di dalam masyarakat mereka bahkan semuanya percaya kepada Rububiyyah Allah. Mereka mengiyakan Allah sebagai Tuhan yang menurunkan hujan dan mencipta langit dan bumi. Namun yang masih belum selesai hanyalah Uluhiyyah dan disiplin pengabdian mereka kepada Allah.

Seorang saintis yang luhur di dalam pengkajiannya, akan dengan mudah sampai kepada ‘menemui Tuhan’. Namun bagi saintis yang sudah ada mindset yang prejudis, hatinya akan sentiasa dilarikan daripada akur kepada Allah. Seorang pakar kejuruteraan genetik merasakan kewujudan Tuhan sudah tidak relevan kerana menemui upaya untuk mencipta makhluk mengikut kehendak dirinya. Tetapi prasangka dan prejudis telah membutakan dirinya dari suatu hakikat bahawa manusia yang paling cerdik hanya mampu mencipta sesuatu daripada ada kepada ada. Namun Tuhan mencipta sesuatu dari tiada kepada ada. Sesuatu yang mustahil bagi manusia, walaupun sekadar sebelah kepak nyamuk!

HATI SEJAHTERA SEORANG MUKMIN

Manakala bagi seorang mukmin yang memiliki hati yang sejahtera, hatinya akur, tunduk dan patuh kepada segala ketetapan Allah SWT. Keputusan Al-Quran dan Sunnah NabiNya diterima dengan hati yang tunduk pasrah dan tidak lagi berbantah-bantah dan mempersoalkan “kenapa mesti aku?”, “kenapa mesti begitu” dan sebagainya.

Mungkin hati yang sejahtera inilah yang gagal dimiliki oleh seseorang yang terlalu gemar mempersoalkan suruhan dan larangan Allah ke atas dirinya. Hatinya bukan hati seorang hamba, kerana fitrah seorang hamba adalah akur sahaja kepada suruhan tuannya. Hamba Allah berasa gembira, sejahtera dengan segala apa yang diperuntukkan Allah kepadanya. Jika lelaki diwajibkan dan digesa solat berjemaah di masjid, hatinya dengan ghairah mahu patuh kerana penyerahan hatinya kepada Allah menjadikan dirinya terbuka untuk “menerima apa sahaja” dan diperlakukan semahunya oleh Tuan iaitu Tuhannya.

Namun, seorang hamba yang hilang sifat kehambaan, lebih suka mencari hak-hak untuk manfaat dirinya berbanding dengan peranan dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan. Sering mencari “APA UNTUK AKU” dan lupa kepada “AKU UNTUK APA”.

Hati yang sejahtera, adalah hati yang tidak malas dari beribadah. Ia adalah hati yang bingkas bangun ketika mendengar seruan Allah. Ia bukan hati nifaq yang bangun mendirikan solat dengan penuh rasa malas, serta amat sedikit mahu ingat kepada Allah Tuhannya [AL-Nisaa; 4: 142]

Hati yang sejahtera ini jugalah yang melahirkan suatu keazaman yang kukuh umpama keazaman Ulul Azmi seperti Ibrahim Alayhi as-Salaam yang melaksanakan perjuangannya di Iraq, Palestin, Mesir dan Hijaz dengan penuh sabar, ta’aluq cinta khullah yang mutlaq kepada Allah SWT.

Sesungguhnya hati yang sejahtera ini adalah hati yang berjaya memenuhi tujuan penciptaannya iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.



MENGAPA HATI?

Manusia itu memiliki pelbagai unsur di dalam dirinya. Manusia itu adalah kombinasi tubuh badan fizikal, akal, nafsu dan hati. Namun keseluruhan kerajaan diri manusia itu, rajanya adalah hati. Akal yang beroleh maklumat menghasilkan ‘tahu’. Akan tetapi manusia tidak bertindak mengikut apa yang dirinya tahu. Pengetahuan tidak menjana tindakan apatah lagi untuk tindakan itu sampai menjadi tabiat atau sikap yang konsisten. Lazimnya manusia akan bertindak berdasarkan kepada kehendak hatinya. Hati itu akan membuat keputusan atas nasihat sama ada oleh akal atau sebaliknya, nafsu.

Maka segala perlakuan manusia itu, sebenarnya adalah natijah kepada kerja hati dan bukannya kerja akal. Dengan demikian itu, amat wajarlah untuk hati menjadi fokus. Ia tempat jatuh pandangan Allah, ia tempat terbit perilaku patuh kepada Allah. Maka segala perintah Allah berupa undang-undang, hukum hakam, suruhan dan larangan, semuanya akan muncul dengan titah hati sebagai raja kepada kerajaan diri seorang insan. Jika hatinya mengikut akal yang terpimpin oleh wahyu, terbentuk dengan ‘rasa’ yang terbit dari ketundukan nafsu, maka terbitlah taat dan istiqamah di dalam melaksanakan perintah Allah. Sesungguhnya taat atau maksiat, sangat bergantung kepada tahap kesejahteraan hati seorang manusia. Manusia yang bertemu Allah dengan membawa hati yang sejahtera adalah manusia yang mempersembahkan pita rakaman kepada segala ketaatan dan kepatuhannya kepada Allah semasa menunaikan kewajipan hidup di dunia.

HATI YANG SEJAHTERA DI AKHIRAT

Firman Allah SWT:



“Hari (Akhirat adalah hari) yang tidak bermanfaat lagi harta mahu pun anak pinak. Kecuali seseorang yang datang kepada Allah dengan membawa hati yang sejahtera” [AL-Shu'araa' 26: 88-89]

Alam Mahsyar adalah alam penilaian terhadap manusia. Ia adalah hati pengisytiharan keputusan bagi ujian yang telah ditempuhi oleh manusia semasa hidupnya di dunia. Seandainya manusia hidup di dunia dengan berbekalkan hati yang sejahtera, maka hati itulah yang akan menjadi persembahannya kepada Allah di akhirat.

Prasangka manusia terhadap peri pentingnya harta dan anak-anak semasa hidup di dunia, akhirnya akan dihadapkan kepada kenyataan bahawa semuanya tidak bermanfaat lagi, kecuali bagi yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera. Hati yang sejahtera di dunia, akan menguruskan harta sebagai amanah Allah, lantas segala tuntutan dan tanggungjawab infaq ditunaikan. Hati yang sejahtera di dunia juga, akan menguruskan anak-anak sehingga terdidik dan membesar sebagai manusia soleh dan bertaqwa, memiliki hati-hati yang juga sejahtera kepada Allah.

Maka hati yang sejahtera di akhirat, adalah indikasi kepada nilai amalan seseorang. Hiduplah di dunia ini dengan hati yang sejahtera, dan temuilah Allah di alam mendatang juga dengan hati yang sejahtera, kerana di situlah letaknya kebahagian dan keselamatan yang kekal abadi.

Itulah hati seorang IBRAHIM, yang kita tinggikan namanya pada hening AIDILADHA ini.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Kota Kinabalu, Sabah
14 April 2005

Bukan Tidak Tega, Tapi Terlalu Cinta!

Beratnya untuk melepaskan dia pergi. Selama ini, tangan ini yang membelainya. Selama ini, hati ini yang selalu bimbangkannya. Sejak suara tangisnya yang pertama, sejak ku laungkan azan di telinganya, aku begitu mengasihinya. Ya, dia adalah permata hatiku. Namun, dia bukan selamanya milikku….

Rumah ini, cuma persinggahan dalam perjalanannya menuju kedewasaan. Dan kini sudah hampir masanya kau pamit. Walaupun di hatiku tercalar sedikit rasa pahit, tapi siapalah aku yang boleh menahan perjalanan waktu? Siapakah aku untuk menahan realiti kedewasaan? Maafkan aku wahai anak…. Bukan aku tidak tega, tetapi kerana terlalu cinta!

Hatiku tertanya-tanya, apakah ada insan lain yang boleh menjaganya sepenuh hati. Sejak bertatih, aku melihat jatuh bangunnya tanpa rasa letih. Siapakah yang membalut luka hatinya dalam kembara itu nanti? Aku jauh……bila segalanya bertukar tangan, amanah akan diserahkan. Aku tahu saat itu aku mesti mula melepaskan. Itu satu hakikat.



Cinta seorang ayah bukan bererti mengikat..



Cinta bukan bereti mengikat… tetapi melepaskan, membebaskan. Kau umpama anak burung yang telah bersayap, telah mampu terbang membelah awan, meninggalkan sarang. Apakah aku terlalu dungu untuk terus membelenggu?

Puteriku… kau terpaksa ku lepaskan…. Apakah si dia mampu menyayanginya seperti aku? Ah, mengapa rasa curiga ini datang bertandang. Bukankah segalanya telah di putuskan sejak dia membisikkan bahawa hatinya telah diserahkan kepada ‘si dia’- lelaki pilihannya? Bukankah segala perbincangan musim lalu telah terungkai dan keputusannya telah dimeterai?

Namun… hati ayah…. Hati abah… pasti ada gundah. Sudah pasrah, tapi diguris goyah. Bolak-balik hati ini wahai anak… terlalu laju untuk dipaku.

Tepatkah plihanmu? Tepatkah keputusanku? Namun siapakah kita yang boleh membaca masa depan? Layakkah kita mengukur kesudahan di batas permulaan?

Sangka baik jadi penawar. Kau anak yang baik, insyaAllah pilihanmu juga baik. Tuhan tidak akan mengecewakanmu. Jodohmu telah ditentukan. Dan ketentuan Allah itu pasti ada kebaikan!

Kekadang, aku diserbu seribu pertanyaan. Apakah aku masih di hatinya setelah dia bersuami nanti? Atau aku hanya akan menjadi tugu kenangan yang dijengah sekali-sekala? Bukan, bukan aku membangkit, jauh sekali mengungkit…upayaku mendidikmu bukan suatu jasa. Itu hanya satu amanah.

Namun, ketika usia menjangkau senja, aku pasti semakin sepi…… aku akan mengulang-ulang kisah lama yang penuh nostalgia. Diulit oleh kenangan indah musim lalu, ketika dia begitu manja di sisi. Aku ingin mendengar lagi suaranya yang dulu-dulu. Mengadu tentang ini dan itu. Bercerita dan berkisah, dengan lidahmu yang petah dan lagak yang penuh keletah.

Pergilah. Aku rela. Allah bersamamu.

Doaku mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu nanti. Moga si dia akan menjaganya seperti aku menjaga ibunya.umminya. aku akan bersangka baik. Justeru Allah itu menurut sangkaan hamba-hambaNya. Aku bersangka baik, insyaAllah, dia dan aku akan mendapat yang terbaik. Di situ, noktahlah kebimbangan hati seorang ayah. Seorang abah!



Ayah nyanyian AeMan


*Beliau adalah penulis jemputan Majalah ANIS. Artikel ini telah disiarkan dalam majalah tersebut, edisi Mac 2008.

Bayi Yang Berwajah Ular




Anda pasti pernah melihat video tentang kelahiran seorang bayi yang berwajah ular di atas. Diceritakan bahawa kejadian yang pelik ini berlaku di sebuah hospital di Mekah. Berikut saya salin semula kisahnya.

Kejadian ini benar-benar berlaku di Makkah. Seorang rakan sepejabat pergi ke Makkah menunaikan Umrah. Bertolak 10 Jun 2007 dan pulang ke Malaysia 27 Jun 2007. Ceritanya berlaku di hospital Makkah. Ibu malang ini telah mempunyai 2 orang anak perempuan dan mengandungkan anak ketiganya yang menurut kata doktor anak itu juga seorang perempuan. Memandangkan ibu itu sudah mempunyai 2 anak perempuan jadi dia teringin pula anak lelaki. Oleh kerana doktor mengatakan anak yang dikandungnya adalah perempuan, dia merasa sedih dan setiap kali orang tanyakan kandungannya lelaki ke perempuan (semasa dia mengandung) dengan berseloroh dia menjawab dia mengandungkan anak ular. Tiba hari yang ditentukan Allah untuk dia melahirkan bayi di dalam kandungannya itu, maka dia telah melahirkan anak yang menyerupai wajah ular.

Sebagai seorang yang pelajar beraliran sains dan mempelajari ilmu perubatan, amat sukar sekali bagi saya untuk mempercayai cerita-cerita yang boleh dikategorikan sebagai tahyul edisi Mastika ini. Saya yakin dan percaya sesuatu yang berlaku meski perkara paling ajaib di dunia sekalipun pasti ada penjelasan logik dan saintifik kerana Allah tidak menjadikan dan mengatur alam ini melainkan dengan sunnah-Nya. Alhamdulillah, setelah melakukan pencarian akhirnya saya menemui punca berlaku kejadian tersebut. Dan hakikatnya kejadian di atas tiada kaitan dengan unsur-unsur mistik seperti yang digembar-gemburkan sebaliknya, ia termasuk dalam ilmu perubatan.


Harlequin type ichthyosis






Harlequin type ichthyosis (atau sinonimnya harlequin ichthyosis, ichthyosis congenita, keratosis diffusa fetalis) adalah sindrom penyakit kulit yang paling parah dan hanya berlaku pada bayi yang baru lahir. Ciri-ciri Harlequin dapat dilihat pada penebalan pada lapisan keratin kulit bayi yang membentuk sisik-sisik tebal kemerah-merahan dan berbentuk seperti berlian (diamond). Sisik tebal pada kulit bayi ini sangat membataskan pergerakan bayi malah menyukarkannya untuk bernafas dan makan. Bayi Harlequin selalunya tidak dapat bertahan untuk hidup lama. Hal ini kerana rekahan-rekahan pada kulit yang mengeras tersebut memudahkan bakteria atau bahan tercemar menembusi badan seterusnya mengakibatkan jangkitan yang membawa maut. Untuk memanjangkan hayat, bayi Harlequin perlu dimasukkan ke dalam neonatal intensive care unit dengan segera. Penyakit ini amat jarang sekali berlaku dengan kadar satu per 300 000 dan insidennya juga tidak cenderung pada mana-mana jantina atau bangsa.

Sejarah

Kelahiran pertama bayi Harlequin dicatatkan pada tahun 1750 oleh seorang Reverend Oliver Hart dari Charleston, South Carolina yang menulis dalam diarinya:

On Thursday, April ye 5, 1750, I went to see a most deplorable object of a child, born the night before of one Mary Evans in 'Chas'town. It was surprising to all who beheld it, and I scarcely know how to describe it. The skin was dry and hard and seemed to be cracked in many places, somewhat resembling the scales of a fish. The mouth was large and round and open. It had no external nose, but two holes where the nose should have been. The eyes appeared to be lumps of coagulated blood, turned out, about the bigness of a plum, ghastly to behold. It had no external ears, but holes where the ears should be. The hands and feet appeared to be swollen, were cramped up and felt quite hard. The back part of the head was much open. It made a strange kind of noise, very low, which I cannot describe. It lived about forty-eight hours and was alive when I saw it.


Punca
Kajian terkini oleh kumpulan pengkaji yang diketuai oleh Queen Mary's School of Medicine and Dentistry di London telah mengenalpasti bahawa penyakit ini disebabkan berlakunya mutasi pada gen ABCA 12. Gen ABCA 12 berfungsi menghasilkan protein yang diperlukan untuk pertumbuhan kulit yang normal. Walaupun protein yang dihasilkan itu masih belum lagi diketahui fungsi sebenarnya, namun para pengkaji percaya bahawa protein tersebut memainkan peranan penting dalam pengangkutan lipid ke bahagian paling luar kulit (epidermis). Mutasi pada gen ABCA12 mengakibatkan protein ABCA12 kehilangan fungsi dalam menghasilkan epidermis yang normal. Hal ini menghalang kulit dari mendapatkan perlindungan yang berkesan lalu menyebabkan kulit menjadi keras dan bersisik.


Diagnosis






Diagnosis terhadap Harlequin mestilah dilaksanakan seawal 17 minggu selepas kehamilan. Tanda-tanda kelahiran Harlequin dapat dikesan apabila terdapat penghasilan keratin yang berlebihan (overproduction) dan titisan lipid yang abnormal dalam sampel cecair amniotik yang diperoleh. Ibu bapa akan diberi pilihan sama ada untuk menggugurkan kandungan fetus setelah diagnosis benar-benar disahkan. Kini, ciri-ciri umum Harlequin dapat dikenalpasti dengan bantuan alat ultrasound diikuti dengan pemeriksaan 3D ultrasound.

Rawatan

Bayi Harlequin memerlukan penjagaan yang intensif dan berterusan. Selain pengawasan yang berterusan, mata mereka perlu sentiasa dilindungi dengan ophthalmic lubricant (pelincir mata). Mereka juga memerlukan nutrien dengan cara intubation atau IV drips kerana sukar untuk memberi makan secara normal kepada mereka.

Sikap Masyarakat
Sesetengah masyarakat kita yang masih dibelenggui fahaman animisme dan khurafat gemar sekali mengaitkan kejadian-kejadian ganjil seperti ini dengan sumpahan, buatan orang, jin atau syaitan, kenan atau lainnya. Jauh sekali mereka mahu melihat perkara ini dari aspek saintifik. Lebih teruk lagi, terdapat mereka yang memanipulasikan perkara ini sebagai alat mainan untuk gurauan atau menakut-nakutkan masyarakat. Sedangkan di Barat sudahpun ditubuhkan institusi-institusi yang menyelidik penyakit ini secara khusus demi mencari punca dan penawarnya. Kita pula masih rela dibodohkan dengan kisah-kisah khayalan dan kayangan yang tidak berpijak di bumi nyata. Malah dengan membuta-tuli mempercayai hikayat-hikayat tersebut tanpa berusaha memastikan kebenaran dan kesahihannya.

Bukanlah saya menafikan "kun fayakun" Allah, akan tetapi seperti yang saya jelaskan tadi Allah sekali-kali tidak akan melanggar sunnah-Nya dalam mencipta dan mengatur alam. Segala-galanya pasti terdapat penjelasan yang logik dan saintifik. Bukankah Allah banyak menekankan kita untuk memaksimakan penggunaan akal untuk menghayati ciptaan-Nya?

Romantik, Kasih Sayang dan Cinta

Romantik


Hari ini, aku ada kelas therapy di hospital. Perjalanan menaiki bas dan tramvai sedikit sebanyak agak meletihkan, lebih-lebih lagi aku terpaksa berkejar ke sana, kerana waktu jumaat yang agak lewat berbanding waktu kelas yang bermula 2.40 ptg. Solat jumaat habis jam 2.00 petang.


Setelah turun dari tramvai, aku menyusuri lorong pejalan kaki yang agak licin dek salji yang mengeras. Dalam berkejarannya aku ke hospital, aku terpandang satu pasangan tua (dalam 50/60 tahun lebih) yang berpegangan tangan menyusuri jalan yang licin. Keramahan yang ditunjukkan oleh pakcik itu pada pasangannya amat menyentuh hati. Manakan tidak, walaupun umur sudah lanjut, tetapi kemesraan dan keramahan yang ditunjukkan seolah-olah mereka pasangan muda yang melayari rumah tangga.

Aku memikir-mikirkan situasi tersebut dan menyimpulkan, sungguh bahagia pasangan yang berjaya kekalkan kemesraan sehingga hari tua.


Kasih sayang


Setahun yang lalu, satu hari yang serabut dalam musim sejuk yang menyengat tulang, aku mengambil keputusan untuk berjalan-jalan mengelilingi metropolitan Moscow dengan menaiki tramvai. Melihat-lihat keindahan cahaya lampu waktu malam. Sedang aku asyik dengan keindahan lampu tepi jalan dan keindahan warna warni bangunan-bangunan sepanjang jalanan, dua beranak naik tramvai yang kunaiki. Seorang ibu yang aku kira dalam lingkungan 30-an dan anaknya yang kurasakan sekitar 7@8 tahun.


Si kecil mengambil tempat dihadapanku, manakala si ibu mengambil keputusan duduk di sebelahku. Selepas itu, aku menyambung lamunanku ke luar tingkap yang sangat dingin. Lamunanku terganggu dengan kelincahan si kecil yang tidak henti-henti bertanya si ibu tentang apa yang dia lihat di sepanjang jalan yang dilalui. Si ibu pula tidak jemu menjawab pertanyaan si kecil yang jika aku berada di tempat tersebut, mungkin sudah tidakku layan.

Sedang sibuk aku meneliti apa yang diperbualkan oleh kecil dengan ibunya, tiba-tiba si kecil menunjukkan ke satu arah yang bertentangan dengan si ibu, arah yang bagi aku, tidak pasti apa yang menarik ada di sana. Tatkala ibu sudah mengalihkan ke arah yang ditunjukkan oleh anaknya, sambil mencari-cari apakah gerangan yang dimaksudkan oleh anaknya, si kecil terus mengucup pipi si ibu tanpa sempat si ibu berpaling semula ke arah anaknya. Kemudian si kecil terus katakan “я тебя люблю” ("saya sayang mama") sambil memeluk ibunya. Ibu muda ini, membalas pelukan si kecil dengan penuh kemesraan.




Melihatkan situasi ini, aku tumpang bahagia melihat kasih sayang yang ditunjukkan. Senyuman yang dilemparkan oleh si ibu jelas kelihatan yang dia bahagia kerana tahu anaknya juga menyayanginya seperti dia menyayangi si kecil itu. Dalam keserabutan institusi keluarga yang teruk membelenggu masyarakat barat, tersimpan kasih sayang yang bagiku sungguh bernilai dalam kekalutan kota Moscow yang kian tahun mencengkam kehidupan rakyat dengan nilai inflasi yang tinggi. Hmm.. kasih sayang.. makin hilang dari masyarakat yang tidak memandang kepentingan institusi kekeluargaan dalam menangangi masalah sosial yang kian parah.


Cinta


Satu fitrah manusia untuk sayang dan disayangi. Aku juga tidak terlepas dari perasaan ini. Sepanjang tiga tahun di bumi Rusia ini, aku mengintai-intai disebalik sikap dan perangai masayarakat Rusia yang boleh ku ambil dalam memberi maksud cinta. Ku lihat, keberanian masyarakat meluahkan rasa cinta dan bercumbu-cumbuan di mana sahaja yang kulalui, tidak banyak mengajar aku erti cinta. Tetapi situasi tersebut membuatkan diriku memaksa diri untuk menundukkan pandangan dan berpuasa dalam mencari erti cinta yang sejati.


Rupa-rupanya, dalam gejolak yang membelunggu jiwa mudaku ini, tersimpan satu rahsia untuk mengendurkannya. Iaitu, PUASA. Ketika inilah aku rasakan besarnya hikmah berpuasa dalam menangani gejolak jiwa dan fitnah yang berlaku disekeliling. Bila berpuasa, perasaan untuk mengekalkan erti puasa itu membuatkan mata hanya difokuskan pada lantai dan kaki-kaki.


Menundukkan pandangan. Puasa dan menundukkan pandangan sangat memberi kesan dalam menjaga hati. Bila zina mata berjaya dikurangkan, maka berkuranglah hati dari titik-titik hitam yang sebenarnya sebagai tempat bermaharajalelanya nafsu dalam jiwa. Dua perkara yang aku baru kurasakan hikmah disebalik pesan Nabi kepada generasi muda yang punya kehendak tetapi tidak mampu untuk mendirikan ‘masjid’ yang suci.



* Umar Al-Fateh; nama pena bagi Mohammad Syazwan bin Maamin merupakan salah seorang penulis jemputan iluvislam.com. Beliau kini merupakan seorang pelajar perubatan di Russian State Medical University, Moscow. Artikel dipetik daripada blog beliau.

Jika Batu Takutkan Allah

“Mana dia?” saya bertanya.

“Tu, celah pokok tu!” balas Adib, teman saya.

Semenjak pulang ke Malaysia dan bertugas di Kuala Lumpur, perasaan saya sentiasa gerun tatkala melintasi Lebuhraya Lingkaran Tengah II (MRR2). Berulang alik dari Cheras ke pejabat di Setapak, mata saya lekat memandang ke arah bangunan ‘berhantu’ yang masih tersisa, Highland Towers yang rebah tersungkur ke bumi pada 11 Disember 1993 yang lalu.

Gerun membayangkannya.



Sebahagian yang tersisa [hakcipta]

Terkenang kembali betapa gemparnya kami tatkala baru sahaja tiba ke bumi Anbiya’ di Jordan, tanpa kemudahan internet, saya dan rakan-rakan terkejut dengan siaran berita di Televisyen Jordan tentang sebuah bangunan kondominium 12 tingkat rebah ke bumi… mengerikan!

Perasaan ngeri itu jadi bertambah-tambah apabila setiap hari saya melihat bertambahnya pembinaan bangunan yang besar dan tinggi di sekitar lereng yang sama, sisi Titiwangsa bernama Bukit Antarabangsa dan kawasan sekitarnya.



Rebah ke bumi

Apakah mereka tidak mengambil iktibar?

Mereka berupa kerajaan pusat, kerajaan negeri, PBT, pemaju dan pembeli sendiri.

Ini bukanlah masa yang betul untuk mengecilkan skop kesalahan, sebaliknya seluruh komuniti manusia harus memikulnya, termasuk penghuni kawasan itu sendiri. Saya sendiri semasa mencari-cari rumah untuk dibeli, teruja dengan projek perumahan di Bukit Antarabangsa yang lebih murah berbanding spesifikasinya. Tetapi di kepala ini sentiasa ada igauan tentang sejarah lereng Titiwangsa yang teruk ditarah itu. Justeru saya sendiri tahu, jika saya mahukan rumah yang biliknya begini, luasnya begini, maka saya mesti berbelanja lebih sedikit kerana Bukit Antarabangsa adalah kawasan ‘wabak’ yang tidak wajar didera lagi.

Saya akhirnya membeli rumah yang setakat hitungan ilmu manusia yang serba terhad ini, berada di kawasan yang tidak mendera alam. Tawakkal kepada Allah.

Pembeli harus ada pertimbangan itu di kepala mereka semasa membeli.

Pemaju sudah tentu juga.

PBT ada bidang kuasa yang mesti dimainkannya.

Kerajaan Negeri dan Pusat juga memikul keputusan pembangunan di situ.

Kesimpulannya, seluruh komuniti manusia harus sama-sama mengambil muhasabah, dan jangan menunding jari melepas diri.

KENAPA TENANG?

Terkenang kembali pengalaman hidup di Jordan, tatkala bas Amman ke Karak yang tidak berlesen, mengambil jalan belakang dengan menggunakan laluan Wadi Mujib yang sangat menggerunkan. Pernah seketika, bas yang kami naiki dibrek secara mengejut, kerana seketul batu yang hampir menyamai separuh saiz bas kami jatuh bergolek dari lereng gunung.



Wadi Mujib yang menggerunkan

Lereng bukit, sentiasa menggerunkan.

Hanya sesetengah manusia yang menafsirkannya sebagai lokasi mewah penemu ‘bahagia’.

Kawasan yang dekat dengan alam semulajadi memang lebih memberikan ketenangan. Baik Muslim, mahu pun yang tidak beragama, semuanya berasa tenang dengan kicauan burung, desiran angin dan segala bahasa alam itu. Soalnya mengapa?



Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. [al-Israa' 17: 44]

Ya, seluruh alam itu bertasbih dan berzikir.

Akal kita tidak memahaminya, namun roh manusia dapat mengecapnya. Biar apa sekali pun anutan kefahaman manusia, jiwanya tidak dapat menafikan bahasa universal alam yang mendamaikan kerana semua itu adalah tasbih memuji Pencipta mereka. Jika seluruh alam bertasbih memuji Allah, apa pula aktiviti dan kelakuan manusia di sisinya?

Bayangkan, ketika sekumpulan manusia duduk berkumpul membaca al-Quran, berzikir dan memuji Allah, tiba-tiba datang sepasang lelaki dan perempuan berzina di tengah-tengah gelanggang! Apa perasaan kita? Tentu sahaja itu sejahat-jahat makhluk yang layak dihukum. Biadab kepada majlis, apatah lagi majlis zikir memuji Allah. Justeru, ketika flora dan fauna di sisi Titiwangsa berzikir memuji Allah, mengangungkan-Nya, apa aktiviti manusia di sana? Berzikir samakah mereka?

Saya tidak berada di kapasiti menjawabnya, hanya melontarkan soalan untuk menjadi titik renungan.

SALAH BATU?

Apakah salah batu dan tanah yang datang bergolek, atau manusia yang salah memilih tempat? Tidak beradab kepada alam yang beradab kepada Tuhan?

Sesungguhnya sebagai khalifah yang memikul amanah menjaga bumi, manusialah yang seharusnya menanggung kesalahan atas amukan alam ini.



“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut akibat apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (Timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” [al-Room 30: 41]

Hatta manusia yang gagal mengaitkan alam dengan Tuhan sekali pun, dapat melihat hubung kait bencana semua ini dengan tangan-tangan mereka sendiri. Manusia yang melanggar hukum alam, yang merupakan hukum Pencipta alam.

Alam menangis, siapa yang tahu?

Renungilah hakikat ini, yang hanya mampu difahami andai manusia merenung dengan mata hati:





“… Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan” [al-Baqarah 2: 74]

Batu yang keras itu, ada yang mengalir air di celah-celahnya.

Batu yang keras itu, ada yang terbelah dan memancar air keluar daripadanya.

Batu yang keras itu, ada yang pecah berderai dan jatuh bergolek ke bawah.

Semuanya kerana takut dan gerun alam kepada Allah, Penciptanya.

Runtuh kerana gerunkan Allah.

Bagaimana dengan hati manusia?

Keras lembutnya bagaimana?

Terpancar titik khusyuk daripadanya?

Atau keras mengalahkah batu, hingga perlu menerima amaran bahasa batu?





Takziah buat seluruh mereka yang terbabit dengan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa baru-baru ini. Namun, singkaplah bicara Allah di sebalik segalanya.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Antara Kemahuan dan Redha

"Pokwe, nak tanye sket...Apa pendapat ko kalau aku kahwin senyap-senyap??"

‘Hmm...sebelum tu, aku nak tanye ko dulu soalan ni. Apa pendapat ko misalkata ko ni seorang ayah, dan tau-tau je, anak ko dah kahwin tanpa pengetahuan ko??..Apa ko buat??'

Sunyi sepi....

"Ala, aku bukan apa, dah setahun dah aku pujuk mak ayah aku nak kahwin, diorang tak bagi, terutama mak aku."

'Hmm...ade ko tanya kenapa mak ko tak bagi?'

"Itulah, aku dah tanya, alasan dia, suruh habis belajar dulu. Lepas tu, baru boleh nak fikir pasal kahwin-kahwin ni.."

‘Aku tak rasa satu tu je sebab yang mak kau tak nak bagi..Ko kena fikir dalam-dalam pandangan seorang ibu ni macamana..'

"Aku tak fahamlah mak ayah zaman sekarang ni, diorang tak faham keadaan kita. Aku takut tak dapat kawal diri je ni, tu yang aku fikir nak teruskan niat aku"..

Serba sedikit dialog yang pernah terjadi suatu ketika dahulu. Konflik tentang perkahwinan, sentiasa membelenggu para pemuda zaman ini. Antara kemahuan diri dan restu keluarga, sentiasa membelenggu pemikiran anak-anak muda, lebih-lebih lagi yang sedang hanyut dibuai cinta.


Mengapa Dihalang?

Inilah antara persoalan utama yang menjadi titik punca. Pandangan seorang ayah, selalunya dalam hal perkahwinan anak-anak mereka sangat ringkas dan tidak banyak kerenah. Kalau ada pun, hanya berkaitan dengan soal calonnya, berkenan atau tidak , dan selalunya apa yang menjadi pilihan si anak, ayah akan bersetuju. Apa yang dirasakan oleh si ayah, adalah mungkin sudah sampai masanya si anak belajar untuk membina keluarga sendiri.

Berbanding si ibu. Ibu , mendengar namanya sudah sayu. Dialah yang membesarkan, dialah yang mengandungkan kita, dialah yang menyusukan kita, dan ada kala, ketika si ibu sedang makan, terdengar sahaja rengekan anak kecil, anak disegerakan jamahan makanan itu, tetapi selalunya akan ditinggalkan terus juadahnya hanya untuk anak tercinta. Seorang ibu, membesarkan anak-anaknya sepenuh kasih sayang yang ada padanya. Sedihnya anak, pilu baginya, gembira si anak, senyuman dibibirnya, bak kata, setiap perilaku si anak, semuanya berbekas di hati seorang ibu.

"Mak kau tak bagi mungkin sebab sayang sangat kat kau kot, tu yang tak nak lepas tu"

Mungkin ada benar dan mungkin perlu diselidik apa yang menyebabkan terhalangnya kita meneruskan hasrat untuk berumah tangga. Seorang ibu, jarang menolak permintaan anaknya. Buruk-buruk anaknya, itulah buah hatinya. Sebut sahaja permintaan dari si anak, nak masak lemak la, nak nasi beriyani la, nak jajan ( makanan ringan ), apa sahaja kalau dihitung pasti kita akan mengakui seorang ibu jarang menolak permintaan anaknya. Tetapi, mengapakah pada permintaan yang satu ini sangat susah baginya untuk dia menyatakan persetujuannya?

Seorang ibu, apabila dia menyatakan ketidak setujuannya, pasti ada sesuatu yang tersimpul di sebalik itu. Seorang ibu, apabila menolak permintaan anaknya untuk mendirikan rumah tangga, dia tahu anaknya belum tiba masa lagi untuk diteruskan hajatnya. Ketika ini, apa yang bermain di fikirannya, apakah anakku ini boleh menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab? Mungkin soalan ini timbul kerana, dia akan membandingkan sikap suaminya (ayah kita) dengan sikap kita. Jika dia tidak bersetuju, pasti ada yang kurang pada diri kita yang menyebabkan kurangnya keyakinan dia untuk bersetuju dengan hasrat kita.

Bagaimana sikap Kita ?

Selepas subuh, tarik selimut kembali. Selepas makan , letak pinggan di dalam sinki sahaja, mengharapkan ada orang tolong basuhkan. Baju-baju kotor dibiarkan sahaja bersepah tanpa ada inisiatif untuk basuh. Jika inilah sikap kita di rumah, bagaimanakah seorang ibu mahu membenarkan anaknya untuk mendirikan rumah tangga jika dirinya tidak ada sifat bertanggungjawab sekurang-kurangnya pada diri sendiri, inikan pula bila sudah berumah tangga...

Sikap yang ada ini perlulah diubah dalam memberikan keyakinan si ibu bahawa anaknya sudah kenal erti tanggungjawab. Balik rumah , dalam seminggu dua, pujuklah hati si ibu dengan kerja-kerja rumah yang dilakukan. Unjurkan apa sahaja kerja-kerja rumah dari ibu, bahawa biar sahaja kita yang buat. Belikan sedikit cendera hati pada ibu, untuk menarik hatinya. Bila balik rumah, salam tangan ibu, cium tangan ibu. Kalau boleh buat lebih lagi, kucup pipi ibu, bisikkan pada telinganya ‘bang cik sayang mama'. Usahakan cara-cara yang boleh menarik hati ibu ataupun ayah. Keras mana hati ibu untuk melepaskan kita, pasti akan lembut jua akhirnya jika kita memujuk dengan kerja-kerja, kata-kata kita, dan yang terpenting bahawa kita takkan melupakan mereka walaupun sudah berkahwin nanti.

Mengapa Mahu Tergesa-gesa?

Leceh. Mungkin itulah antara yang terbit dari mulut kita bila diberikan penyelesaian untuk masalah yang timbul. Tetapi, perlu ditanya semula, mengapa mahu tergesa-gesa? Mungkin dengan kelecehan itulah, tersingkap suatu keberkatan. Perkahwinan bukan hanya kita berkahwin dengan pasangan kita, tetapi kita juga 'berkahwin' dengan keluarganya. Selain itu juga, kita membesarkan keluarga kita. Kalau sebelum ini, kita hanya ada 3 orang adik, selepas berkahwin, ada 10 orang adik, sebelum kahwin , hanya ada seorang ibu dan seorang ayah, tetapi selepas berkahwin, kita ada dua orang ayah dan dua orang ibu. Dengan kata lain, keluarga kita membesar. Dengan membesarnya keluarga ini, benda paling utama kena jaga adalah hati.

Jika dengan kahwin senyap-senyap itu boleh menyelesaikan ‘perasaan' itu, boleh mengelakkan zina, maka itu hanya satu segi. Tetapi mengapakah dalam bab ini, kita membelakangkan keluarga yang selama ini membesarkan kita? Kita sanggup bersama pasangan kita yang hanya dikenali tidak terlalu lama, dan membelakangkan kasih sayang yang selama ini dicurahkan kepada kita sejak kecil?

Kita mudah mendapat syurga, tetapi kita ikut jalan yang tidak membawa ke syurga. Syurga ada pada ibu, tetapi kita tidak cuba mendapat syurga itu. Redha Allah pada redha kedua ibu bapa, maka apakah dengan membelakangkan keluarga dalam hal membina keluarga ini kita akan mendapat redha Allah pada keluarga yang kita mahu bina itu? Perkahwinan bukanlah sehari dua, tetapi kalau boleh sehingga hujung nyawa dan sehingga ke syurga. Jika berkahwinnya dengan tergesa-gesa itu atas alasan kerana tidak mahu terjebak dengan zina atau dengan kata lain, kerana nafsu, maka renunglah kembali. Selama manakah nafsu itu akan bertahan. Apakah sampai mati? Apakah kesabaran dalam berpuasa itu tidak boleh mengatasi nafsu yang mengawal diri, aduh, sungguh lemah dirimu.

Jika perkahwinan itu dibina atas agama, maka agama tidak akan terlepas dari diri kita sehingga ke syurga kelak. Setiap hari seseorang itu perlukan agama. Agamalah yang membimbing manusia. Apakah kita mahu membimbing anak-anak dengan nafsu atau agama? Perkahwinan yang dibina di atas kecil hati keluarga, kejayaan rumah tangga yang dibina sangatlah tipis berjaya. Tidak ada bukti bahawa perkahwinan yang dibina di atas tergurisnya hati keluarga membina keturunan yang memberi manfaat pada masyarakat. Jika kita berkahwin di kala ini tanpa pengetahuan ibu dan ayah, maka bolehkah kita boleh menjamin anak-anak yang akan dilahirkan dari sulbi isteri kita tidak akan mengulangi apa yang kita lakukan pada ibu bapa kita? Mungkin ianya boleh jadi, lebih teruk dari apa yang kita lakukan pada kedua ibubapa kita?








Bagaimana Jika Sudah Terjadi

Perkahwinan yang telah berlaku tanpa pengetahuan ibu bapa, eloklah dibawa berbincang kembali dengan kedua ibu bapa. Cubalah sedaya mungkin untuk mengambil hati mereka yang terguris. Mohonlah kemaafan dari mereka. Ceritakan kesilapan yang dilakukan bahawa memang betul-betul kesilapan kita. Pokok utama disini, adalah perbincangan dua mata antara kita dan kedua-dua belah keluarga. Mungkin kesilapan yang yang dirasakan kecil itu,boleh menyebabkan dua keluarga berperang. Berbincanglah dengan nada merendah diri, akui kesilapan yang dilakukan. Moga dengan kesilapan yang dilakukan itu, mematangkan lagi kita. Manusia bukan makhluk sempurna, tetapi ketika melakukan kesilapan itulah yang perlu difikir semula dimana silapnya selama ini.

Yang penting disini, sikap berlapang dada kita dalam menilai sesuatu masalah. Walau sebesar manapun masalah itu, ingatlah , bahawa masalah itu, pemiliknya Allah. Dia memberikan kita masalah agar kita untuk menilai kita sejauh mana keimanan kita, sejauh mana kebergantungan kita kepadanya. Semua benda yang berlaku di atas muka bumi ini, ada sebab musababnya. Jika kita yakin dengan keputusan Allah, kita yakin dengan janji Allah, maka di situ kita akan dapat lihat jalan keluar pada setiap masalah yang timbul. Apa yang penting, cekalkan hati, tingkatkan amal agar keteguhan hati bertambah dan lapangkan dada dalam menilai sesuatu, insyaallah, pasti kita akan nampak jalan keluar di dalam kekusutan yang dihadapi.



--------------------------------------------------------------------------------

*Umar alfateh merupakan salah seorang penulis jemputan iLuvislam.com. Berdakwah melalui penulisan di http://umaralfateh.wordpress.com. Bagi mereka yang berminat menjadi penulis jemputan iLuvislam, boleh berikan biodata anda ke spica_gen[at]yahoo[dot]com atau ImKoyube[at]iluvislam[dot]com

Kahwin Semasa Belajar

“Ustaz, saya buntu memikirkan bagaimanakah caranya untuk melembutkan hati bapa saya yang degil, enggan membenarkan saya berkahwin semasa belajar. Sedangkan kami sudah bersedia dan ayah pun ilmu agamanya bukan gitu-gitu,” keluh seorang pelajar kepada saya.

“Pujuk dulu. Kalau ayah tak setuju, berhenti sebulan dua. Kemudian tanya lagi,”, saya memberikan cadangan.

“Kalau tak setuju juga?” soalnya.

“Berhenti dua tiga bulan, kemudian tanya lagi,” saya meneruskan ‘nasihat’.

“Kalau macam itu, sempatlah saya habis belajar dibuatnya!” rungut pelajar itu, bosan dengan nasihat saya.

“Baguslah. Itulah trick ustaz!” saya ketawa.

MALAS

“Ustaz macam malas nak beri nasihat sahaja gayanya,” duga beliau.

“Memang malas pun. Banyak kali sangat cerita yang sama. Kenapa tiba-tiba sahaja ramai yang kahwin awal masa belajar setahun dua ni?” saya berterus terang.

“Eh, kenapa pula? Ustaz tak setuju ke pelajar kahwin awal? Bukan sunnah ke kahwin awal ni?” tanya beliau. Nadanya seperti tidak berpuas hati.

“Kahwin itu sunnah. Kahwin awal itu, terserah. Mungkin bagus mungkin tidak. Bergantung kepada keadaan,” saya melangsaikan penjelasan.

Beliau terdiam.

Mungkin faham dengan kebosanan saya untuk menyambung bicara tentang isu ini.

Saya tidak pernah menafikan faedah berkahwin awal. Banyak bagusnya.

Cepat dapat sakinah.

Cepat serba serbinya.

PILIHAN PERIBADI

Tetapi jika saya diberi pilihan, berkahwin semasa belajar dan berkahwin selepas habis belajar, tanpa ada apa-apa situasi yang mendesak, maka saya akan memilih dan mencadangkan pilihan berkahwin selepas habis belajar.

“Wah, kenapa pula ustaz?” tanya seorang sahabat ketika saya berprogram di luar negara.

“Idea ini kontroversi. Dan ia khusus untuk pelajar di luar negara macam kalian sahaja. Dalam negara, ustaz tak komen apa-apa setakat ini,” saya menjawab.

“Idea apa?” soal beliau lagi. Bersemangat sekali mahu mendapatkan jawapan.

“Kahwin awal ini boleh menjadikan kita lembab!” saya memberikan kenyataan.

“Haaa! Ini sudah jadi panas ni ustaz. Kahwin melembabkan? Kali pertama saya dengar. Ramai yang marah nanti ni,” katanya.

“Itu laaa. Tanya lagi. Sebenarnya hal ini berbalik kepada nature seseorang,” saya menyambung jawapan.

“Nature yang bagaimana, ustaz?” soalnya lagi.

“Kalau dia seorang yang tidak adventurous, maka eloklah kahwin awal. Daripada melangut, termenung, mengulang rutin setiap kali musim belajar dan musim cuti, elok benarlah dia berkahwin. Tapi kalian duduk di luar negara, banyak perkara yang boleh diteroka, tengok dunia, pergi merantau, cabar diri! Kalau sudah berumahtangga, apatah lagi sudah beranak pinak, maka sulit sekali untuk semua benda ini nak dibuat,” saya meneruskan jawapan.

Beliau mengangguk. Rakan-rakan yang lain pun tersenyum.



Diskusi panas bersama Amad di pagi itu!

PELUANG SEKALI SEUMUR HIDUP

Peluang belajar di luar negara bukan semua orang berpeluang merasainya. Malah jika belajar di dalam negara sekali pun, peluang menuntut di Menara Gading bukan peluang yang sebarangan. Usia awal 20′an ini adalah peluang yang besar untuk kita mencabar diri. Meneroka dan mencari pengalaman kehidupan.

Itu menjadi sebab utama, mengapa saya tidak langsung mempertimbangkan idea berkahwin semasa belajar.

Bukan tidak terusik hati ini, melihat seorang demi seorang teman berumahtangga. Tambah-tambah pula di musim cuti musim panas. Arab kahwin, Melayu kahwin, semua kahwin. Minggu ini makan mansaf, minggu depan nasi beriyani dengan ayam masak merah!

Tetapi pilihan berkahwin semasa belajar, bukan untuk saya.

Ya, memang zaman belajar adalah untuk belajar. Tetapi definisi belajar itu luas. Bagi yang meletakkan pembelajarannya adalah terfokus kepada kuliah dan pengajian yang formal sahaja, maka fokuslah kepada semua itu dan berkahwin semasa belajar mungkin bisa menambah keelokan hidup belajar begitu.



Namun bagi manusia ‘bertahi lalat’ di tapak kaki seperti saya, zaman belajar itu adalah satu-satunya peluang untuk saya meluaskan horizon kehidupan. Mengembara dengan bebas ke mana-mana sahaja, secara spontan, dengan belanja yang kecil, bukan untuk melancong, tetapi untuk belajar tentang kehidupan.

Segala pengalaman yang saya perolehi dari kembara itulah yang menjadikan saya sebagai SAYA pada har ini. Saifulislam.Com yang saya coretkan hampir satu artikel sehari di musim-musim puncaknya, juga adalah hasil KEMBARA itu. Dan saya tidak dapat membayangkan kembara untuk misi dan visi begitu berlangsung dalam keadaan saya berkahwin dan beranak pinak.

Kerana sifat adventurous yang sama itu jugalah saya terpelanting ke bumi Eropah. Di sana, kebebasan semasa belum berumahtangga itu saya gunakan sepenuhnya untuk memberi dan menerima pada kehidupan di perantauan yang pengalamannya tidak mungkin dapat dibayar dengan wang ringgit.

SARANAN MENGEMBARA

Aktiviti mengembara dianggap sebagai suatu bentuk pembelajaran yang sangat tinggi nilainya bagi sesetengah orang. Kembara itulah yang membuka matanya, membuka tempurung fikirannya, dan belajar mengenal manusia sebagai sasaran ilmu dan teori. Mengenal manusia bukan boleh sekadar membacanya di kertas, sebaliknya ia menuntut pergaulan, interaksi, komunikasi, menikmati kemanisannya, dan menyabarkan diri terhadap kesakitan akibatnya.

Mengembara itu saranan Allah:



Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang silam; kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik” [al-Room 30: 42]

Saranan yang sama disebut berulang kali oleh Allah SWT di dalam surah aal-’Imraan [3: 137], al-An’aam [6: 11], al-Nahl [16: 36], al-Naml [27: 69] dan al-’Ankaboot [29: 20]. Para Nabi dan Rasul mengembara, para sahabat Nabi SAW juga bertebaran di serata dunia, alim ulama’ mengembara dan sekalian mereka yang hidupnya ada visi dan misi besar, akan mengembara.

Kembara itu tidak terikat kepada idea merentas sempadan. Mengembara itu adalah perjalanan seorang manusia yang keluar dari zon selesa kepada zon cabaran, keluar daripada kebiasaan kepada dunia baru, keluar dari rutin seharian, kepada mencari mutiara hikmah daripada sebuah kehidupan, dan semua itu sangat sinonim dengan penuntut ilmu zaman berzaman.

BAGI YANG TIDAK

Namun, tetap aktiviti mengembara itu hanya menjadi keghairahan segelintir kita. Justeru bagi segelintir yang lain, mengembara diterjemahkan sebagai membuang masa dan harta, lagha dan tiada kepentingannya.

Terpulang…

Akan tetapi, biar pun seseorang itu tidak mengembara di usia mudanya, dia mempunyai pelbagai aktiviti berkaitan dakwah, tarbiyah, menuntut ilmu dan 1001 cabang-cabang aktivisma siang dan malam yang wajar dimanfaatkan sebanyak-banyaknya. Justeru, menangguhkan seketika plan untuk berkahwin muda, tidak merugikan apa-apa. Ia bukan soal halal haram, tetapi soal mencari yang terbaik dalam hidup.

Tambahan pula dengan demonstrasi ketidak matangan yang dipamerkan oleh segelintir mereka yang merancang untuk berkahwin muda ini tatkala menyatakan keinginan mereka. Tidak berani bersemuka dengan ibu bapa, baru sekali cuba sudah kecewa dan berputus asa, yang mana semua ini menunjukkan kelemahan jati diri yang perlu dirawat sebelum menggalas tanggungjawab perkahwinan. Rawatan itu sebahagiannya berkait rapat dengan pendedahan diri kepada realiti kehidupan.

Mengembara dan beraktivisma adalah salah satu wasilah besarnya.

SUDAH BERSEDIA

Ketika saya mengambil keputusan untuk berumahtangga, salah satu perkara yang menjadi pertimbangan saya adalah pada kesediaan diri untuk menamatkan kembara.

Bersediakah saya?

Sudah puaskah saya berkelana?

Di pertengahan usia 20′an, beberapa kejayaan hidup yang saya capai selepas 1001 mehnah kehidupan, terasa hambar apabila kejayaan itu tidak dapat dikongsi bersama. Sebagaimana manusia paling jahat dihukum penjara agar terseksa oleh sebuah kesunyian, perasaan sunyi itulah yang menggerakkan diri saya untuk mencari teman pelengkap hidup.

Berkahwin, adalah titik pengubah corak hidup saya.

Memang benar langkah kaki menjadi pendek, kebebasan bergerak dan membuat keputusan spontan sudah tidak mungkin berulang lagi. Tetapi ketika itu, ‘batasan’ yang terbentuk mengiringi sebuah komitmen kepada perkahwinan, bukan lagi menjadi sesuatu kekurangan kerana segalanya sudah tiba pada masanya.

Apa yang ingin saya cari, telah saya cari.

Berumahtangga adalah fasa baru untuk peningkatan hidup dan diri.



Lepas kahwin pun masih boleh menulis Diari Kembara, cuma lain sedikit catatannya

Di sinilah saya katakan, bahawa jika seseorang itu ada keinginan untuk adventurous di dalam diri, maka berkahwin semasa belajar sesungguhnya akan menjadikan kita lembab. Tetapi jika seseorang itu secara peribadinya adalah seorang yang tidak menjadikan pendedahan diri kepada dunia luar sebagai salah satu agenda yang ada kepentingannya kepada diri, maka keseluruhan artikel ini tidak relevan buatnya.

“Lepas berkahwin pun boleh juga terus aktif, ustaz!” seorang pelajar mencabar teori saya.

“Hai, baru sahaja kita ‘mengumpat’ tentang sahabat-sahabat yang baru berkahwin ni, susah benar nak panggil mesyuarat, kan?” saya mengusik.

Semua ketawa. Bukan mengumpat, tetapi cuba mencari punca.

“Lagi pun, kalau nak travel, kena fikir tiket pasangan, apatah lagi campur anak-anak. Sekali travel, beribu-ribu ringgit jawabnya”, saya menambah.

“Apalah sangat travel tu, nak dibandingkan dengan nikmat beristeri dan menimang cahaya mata!” katanya penuh semangat.

“Idea ana hanya untuk mereka yang sanggup menangguhkan nikmat beristeri dan menimang cahaya mata itu dari mengecapinya pada awal 20′an kepada pertengahan 20′an, kerana ada visi dan misi tertentu”, saya mengulangi pra syarat diskusi tadi.

“Jadi, kesimpulan ustaz, berkahwin awal ini melembabkan orang macam ustaz betul tak?” katanya penuh berani.

“Haha. Betul! Cuma, apa yang dikatakan sebagai ‘orang macam ustaz’ tu, terserah kepada anta mendefinisikannya,” saya mengakhiri perbualan.

NASIHAT PERIBADI

Nasihat peribadi saya kepada adik-adik di bangku pengajian, terutamanya buat mereka yang menuntut di luar negara, gunakanlah peluang semasa belajar ini untuk meneroka kehidupan habis-habisan. Mengembara, mencari pelajaran dari sebuah pengalaman, keluar dari kelompok sebangsa seagama untuk mempelajari realiti, lakukan semua ini pada setiap detik dan masa yang terhad itu.

Justeru, selesaikanlah dulu pengajian sebelum bernikah. Dengan ibu bapa pun mudah cerita, prospek diri sebagai manusia da’i juga banyak kelebihannya.

Mungkin dengan lima tahun penangguhan keinginan berumahtangga itu, membolehkan anda menawarkan lebih banyak bahan perkongsian berupa pengalaman dan kebaikan buat diri, keluarga, masyarakat dan ummah.

Apa yang penting, jangan tergesa-gesa, jangan bertangguh-tangguh.

Berkahwin jangan kerana terikut-ikut.

Taqlid buta dalam beragama mengundang binasa, taqlid buta dalam berumahtangga juga mengundang bencana.

Panas! Panas!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.





Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

*petikan dari e-mel yg dikirimkan oleh seorg sahabat

Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita

Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.


Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.


Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalia

Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.







"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...




Sumber : Sekretariat NYDP2 MPP Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Bila Sifat Malu Tidak Berfungsi.... buat GADISKU

Gadisku, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk
Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang
kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bias menarik sang kumbang
untuk mendekatimu. Namun...tidak semua bunga senang didekati sang kumbang
lantaran duri yg memagari diri, umpama mawar merah, dari jauh sudah terhidu
keharumannya. Penahan warnanya yg terselah indah mengundang kekaguman
kepada sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Gadisku, aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah.
Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yg bertunjangkan keimanan dan
keindahan takwa kepada Allah...hiasilah wajahmu dengan titisan wuduk.
Ingatilah ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki
dan lelaki tidak melihat kepadannya. Sesuatu yg tertutup itu lebih berharga
jika dibandingkan dengan sesuatu yg terdedah, umpama sebutir permata yg
didedahkan untuk perhatian umum dengan suatu permata yg diletakkan dalam
bekas tertutup. Sudah pasti keinginan naluri lebih kuat untuk melihat
sesuatu yg tersembunyi, melebihi sesuatu yg terdedah. Wanita solehah yg
patuh dan taat kepada AL-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya
adalah harapan setiap insan yg bernama Adam. Namun segalanya memerlukan
pengorbanan dan mujahadah yg tinggi kerana bertentangan dengan nafsu
serakah yg bersarang dalam dirimu. Lebih-lebih lagi dgn title gadis yg
engkau miliki, sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yg ada.
Namun ingatlah gadisku...sesiapa yg inginkan kebaikan, maka Allah akan
memudahkan jalan-jalan baginya ke arah itu. Yang penting gadisku engkau
miliki azam, usaha dan istiqamah..

Gadisku, akuilah dirimu menjadi fitnah kpd kebanyakan lelaki. Seandainya
pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu, maka sudah tidak ada perisai yg
dapat membetengimu. Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahaya dirimu "tidak
ada suatu fitnah yang lebih besar, yg lebih bermaharajalela selepas wafatku
terhadap kaum lelaki selain fitnah yg berpunca dari kaum wanita." Oleh itu
gadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan Al-Quran dan
As-Sunah. Jgn biarkan sekali sesiapa mengeksploitasikan dirimu untuk
kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah Taala telah mengangkat martabatmu
setaraf kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan
mujahidah yg bakal menggocang dunia dgn sentuhan lembut tanganmu.

Gadisku, dalam hidupmu engkau ingin menyayangi dan disayangi. Itulah fitrah
semulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yg tewas kerana
cinta....bercinta tidak salah, tetapi memuja cinta itu salah. Ini adalah
kerana, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah
tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian
besarnya kerana cinta. Benarlah sabda Rasulullah membawa maksud,
"Sesungguhnya cinta itu buta." Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu
dalam membezakan perkara yg hak dan baril, jika engkau meletakkan cinta itu
atas dasar nafsu semata-mata dan bukan kerana Allah swt. Sebelum engkau
mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu. Cintailah dirimu yg unik
itu dgn mengkaji hakikat kejadianmu yg begitu simbolik. Asal kejadian dari
setittis air yg tidak berharga, lalu mengalami proses pembentukkan yg
sempurna hasil rencana ALLAH. Semoga perasaan sebegitu dapat melahirkan
rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan dgn itu akan timbul cinta
dan kasihmu terhadap penciptamu.

Gadisku, menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah
cinta yg hakiki dan abadi...

Terhutang Budi ?

Salam.


Saya kurang senang dengan nada 'terhutang budi'. Frasa yang lebih sedap didengar, barangkali, ialah 'mengenang budi'. Kalimat 'hutang' itu seolah-olah menekan sesiapa yang pernah menerima kebaikan daripada pihak lain untuk berasa terbeban dan terpaksa untuk membalas kebaikan tersebut, walaupun melibatkan logika yang karut.

Pada pendapat saya, budi bukan untuk dipulangkan atau dikembalikan. Itu bukan kewajiban. Kalau kamu pernah menolong saya dalam satu-satu perkara, tidak ada autoriti yang boleh menyuruh saya menolong kamu suatu hari nanti apabila kamu memerlukan, hanya kerana pertolongan itu.

Mengapa? Kebaikan yang dilakukan itu adalah pilihan individu untuk melakukannya, si penerima tidak akan dapat memaksa pemberi, jika budi diberi dengan paksaan maka ia bukan lagi budi. Mengapa penerima perlu dibebankan oleh keputusan bebas oleh si pemberi? (Ini terutamanya boleh diaplikasikan dalam konteks "termakan budi, tergadai body" - perhatian dan wang ringgit yang dicurahkan menyebabkan penerima rasa bersalah untuk menolak permintaan pemberi. Hello, budi itu diberi atas kerelaan sendiri, kenapa mesti dibalas? Ini jual beli ke? Saya tidak faham dengan orang yang rasa bersalah tidak tentu hala begini, apatah lagi sampai merosakkan diri!)

Satu lagi sebab mengapa saya berpendapat budi bukanlah sesuatu yang boleh dihutang-hutangkan, atau dijadikan bahan peras ugut emosi (emotional blackmail), adalah kerana konsep PEMBALASAN bagi orang yang berTuhan adalah hak mutlak Tuhan. Tidakkah silap jika si pemberi berharap budinya akan dibalas oleh si penerima, atau si penerima menyangka perbuatan baiknya kepada si pemberi dapat menebus budi yang ditaburkan? Ganjaran untuk orang yang berbudi, tidak kiralah kepada siapa budinya diberi, adalah anugerah dan rahmat Tuhan. Manusia - terutamanya Muslim - perlu belajar membentuk pandangan dunia (worldview) bahawa daripada tangan siapapun sesuatu sampai, ia digerakkan oleh Allah S.W.T., supaya tidak timbul masalah pergantungan melampau dengan manusia sampai lupa apa yang Allah suruh buat.

Berbalik kepada institusi atau organisasi yang 'berbudi', di sini saya lihat ada kesilapan (fallacy) juga. Budi adalah sesuatu yang dilakukan dengan pilihan, di mana pemberi boleh memilih sama ada hendak melakukannya atau tidak. Jika kebaikan itu adalah tanggungjawab, saya ulang, tanggungjawab, obligasi, kewajiban, maka, ia bukan lagi budi. Malah menjadi kesalahan jika ia tidak dilakukan oleh institusi terbabit.

Walaupun saya tidak bersetuju dengan konsep 'hutang' budi, tetapi saya mencadangkan konsep 'kenang' budi sebagai gantian. Kita tidak bergantung dengan manusia, tetapi kita diajar Allah mengamalkan sikap tolong-menolong dan berterima kasih. Sepertimana tidak ada paksaan untuk orang berbudi kepada kita, tetapi mereka memilih untuk menabur kebaikan, demikian jugalah tidak ada paksaan untuk kita berbudi kembali, tetapi sebagai manusia yang berperikemanusiaan, sewajarnyalah kita memilih untuk sentiasa melakukan kebaikan, walau kepada sesiapapun - sama ada penerimanya pernah berbudi kepada kita atau tidak. Bukan kerana budi yang pernah kita terima, tetapi kerana Allah menganjurkan, malah memerintahkan supaya berbuat baik sesama manusia.

Kita tahu kebaikan yang dilakukan oleh ibu bapa, institusi, organisasi, semuanya adalah kewajiban mereka, bukannya budi yang sukarela, tetapi kita diperintahkan oleh Allah supaya berbuat baik, menghormati, dan mentaati figura-figura autoriti ini. Malah dalam sesetengah sistem - seperti kekeluargaan dan pendidikan - ketaatan dan penghormatan yang dituntut adalah hampir mutlak, dengan pengecualian hanya dalam satu aspek - jangan sampai bertentangan dengan suruhan dan larangan Allah keseluruhannya. Jangan kita lupa dengan ingatan (caveat) ini apabila menjadikan ketaatan dan penghormatan itu sebagai justifikasi untuk melakukan sesuatu.


Dan Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.





Post-Script: Memandangkan saya ada menyebut 'ibu bapa' dalam bahagian untuk 'tanggungjawab vs budi sukarela' - saya akui, amnya kasih sayang ibu bapa dalam mengasuh dan bermesra dengan anak-anak adalah ikhlas dan sukarela, malah lebih daripada apa yang diwajibkan. Malah ketaatan kepada ibu bapa diberi perhatian khusus dalam ajaran Islam, walaupun caveat yang sama tetap dikenakan.


* Adibah Abdullah merupakan seorang penulis jemputan di iLuvisLam.com. Entry asal diambil dari blog beliau.

Holocaust, Kehabisan Ubat & Mahmoud Abbas

GAZA, (Pusat Maklumat Palestin) - Angka korban 'holocaust' Israel laknatullah di Semenanjung Gaza telah mencapai 360 orang termasuk 30 kanak-kanak tidak berdosa, sehingga subuh Selasa. Bilangan yang cedera meningkat kepada lebih 1700 orang, menurut sumber sahih dari Palestin.





Kapal terbang perang Israel laknatullah telah melancarkan serangan udara terhadap bangunan-bangunan kerajaan ketika waktu Subuh(Selasa). Serangan tersebut telah mengorbankan 10 orang dan 10 orang turut cedera.

Selain itu, mereka mempergiatkan lagi serangan bom di bahagian barat Bandar Gaza dan sasaran mereka adalah kemudahan sukan dan pejabat kerajaan. Dalam masa 3 minit sahaja, terlalu banyak serangan bom udara dilancarkan.

Beberapa saksi melaporkan bahawa sebuah F16 telah melancarkan 20 roket terhadap kompleks kerajaan, Kelab Sukan al-Shams, kuarters polis dan kuarters pasukan keselamatan(yang tidak lagi digunakan).

Menurut mereka, kesemua roket tersebut dilancarkan dalam masa 5 minit dan mengakibatkan ramai penduduk setempat yang cedera. Situasi tersebut telah menyukarkan operasi ambulans di sana.

Sebelum itu pasukan tentera Israel laknatullah memusatkan serangan mereka kepada barat Semenanjung Gaza termasuk bangunan tentera awam Palestin dan menyebabkan kemusnahan yang dahsyat di kawasan tersebut.

Mereka telah mengebumikan 5 orang wanita muda di bawah keruntuhan rumah mereka yang telah hancur berkecai selepas rumah mereka dibom bersama sebuah masjid berhampiran rumah tersebut. Mayat kelima-lima wanita muda itu hancur berkecai(tidak dapat dikenali lagi) disebabkan serangan itu.

Walaupun kerajaan Israel laknatullah mengatakan bahawa mereka tidak mensasarkan rakyat biasa Gaza, agensi-agensi antarabangsa termasuklah UNRWA dan lain-lain menyalahkan Israel atas kematian ramai kanak-kanak dan rakyat biasa.

Dr. Basim Naim, menteri kesihatan, mengesahkan bahawa hospital di Gaza kehabisan ubat di samping masalah kekurangan perkakas dan elektrik. Beliau turut menyalahkan askar di sempadan kerana menggantung perkhidmatan separuh daripada ambulan-ambulan Palestin.

Sementara itu, sebuah laporan rahsia kepada Palestinian Information Center(PIC) mengatakan bahawa Mahmoud Abas, Presiden pasti pembangkang di Palestin(PA), telah memerintahkan pegawainya di Ramallah untuk bersiap sedia untuk membentuk pasukan darurat untuk mengisi kekosongan apabila kerajaan Hamas berjaya ditewaskan oleh Israel.

Abbas dijangka kembali ke Mesir untuk membincangkan perkara tersebut. Walaubagaimanapun, sumber di Ramallah memberitahu PIC bahawa Nimir Hammad, penasihat Abbas, telah menelefon Amos Gilad, penyelaras operasi Israel di kawasan jajahan Israel dan penasihat politik menteri perang Israel, Ehud Barak pada malam Sabtu.

Berdasarkan laporan tersebut, Nimir Hammad telah memberitahu Amos Gilad bahawa ketuanya percaya akan hak Israel untuk menyerang dan menghancurkan Hamas tetapi meminta mereka untuk fokuskan serangan kepada kuarters dan pejabat Hamas selain mengelak serangan terhadap rakyat biasa.

Mushir Al-Masri : Mahmoud Abbas tahu tarikh serangan

Dalam satu sidang media, ahli parlimen Hamas Mushir Al-Masri mengatakan bahawa Mahmoud Abbas telah tahu berkenaan tarikh serangan Israel sebelum Gaza diserang.

Tambah beliau, maklumat tersebut bukan rahsia dan Mahmoud Abbas telah meninggalkan Palestin(ke Arab Saudi) sebelum Israel memulakan serangan beberapa hari lepas. Apabila setiap peristiwa besar berlaku di Palestin(serangan Israel), pasti dia akan meninggalkan tanah Palestin.





* Berita berkenaan maklumat terbaru Palestin di atas diterjemah dan disunting dari Palestinian Information Center


--------------------------------------------------------------------------------

iLuvislam.com menyeru semua pengunjung untuk membaca Qunut Nazilah setiap kali kita solat fardhu. Ini salah satu usaha kita untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin.


اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا الله

اللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم



Ya Allah,

Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,

Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,

Ya Allah,

Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,

Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,

Goncangkan pendirian mereka,

Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,

Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,

Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,

Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,

Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Dan menangkan kami ke atas mereka.

Amien…!

Tuesday, December 23, 2008

sejauh mana kita menyedari hakikat cinta itu

Bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaykum semue..semoge ceria2 slalu..huhu..

emm, sape eh malaikat yg cabut nyawe kite??sape lg kalau bukan malaikat Izrail..bile ajal seseorg tu dah sampai,die la yg in charge..tak kire la kite kat mane,brape usia kite..






namun, rasulAllah s.a.w. sgt2 mulia..time akhir hayat baginda,masa malaikat Izrail nak cabut nyawe baginda,Izrail siap ketuk pintu umah lg nak masuk umah rasulAllah s.a.w..ketika tu saidatina Aishah lah yg sedang menjage rasulAllah s.a.w..memule Aisyah kate,"jangan ganggu rasulAllah,die tgh sakit"..tp rasulAllah kate kat Aisyah,"biarkan dia masuk"..maka malaikat Izrail pun masuk dan ketika itu beliau ditemani malaikat Jibril...sesungguhnya Jibril nak sgt besame rasulA llah s.a.w. di akhir hayat baginde..

time malaikat Izrail dah nak amik nyawe rasulAllah,baginda x ingat pun isteri2 n anak2 nye,tp baginda tanye Jibril,"apekah kelebihan yg Allah dah janjikan utk umat2ku??"..baginda xde pun cakap kat Jibril,"eh,ko tolong jagekan isteri kesayanganku ye"...sememangnya rasulAllah s.a.w sgt2 syg kat kite selaku umatnya..

pastu,time nyawa baginda ditarik oleh malaikat Izrail,time tgh2 sakit2 tu,rasulAllah s.a.w. ckp,"kalau begini lah sakitnya nyawa ditarik,biarlah aku menanggung kesemue kesakitan yang dirasai oleh umatku ketika mrk mghadapinya"...sampai camtu skali syg nye rasulAllah s.a.w. kat kite..

namun, sejauh mana kita menyayangi Rasul junjungan kita itu???berapa banyak pengorbanan yang telah kita sumbangkan untuk meneruskan perjuangan insan kesayangan itu?hanye Allah dan diri kite sendiri yg tau...byk sungguh pengorbanan insan terunggul itu utk kite..slalu ke kite beselawat keatasnya??ke asyik dengar lagu2 yg melalaikan??tanye lah diri kite sendiri ye...

diakhir2 hayat rasulAllah s.a.w.,terdapat satu perkara yang baginda ingatkan untuk kita semua.."ummati,ummati(umatku,umatku)...assolah,assolah(solat,solat)"...
sahabat yg disayangi, sesungguhnya solat itu penting sgt2..xde pun baginda ingatkan kite spy kite jgn lupe sms pelajar2 akadema fantasia ...tul tak??same2 lah kite jage solat kite ye...marilah kite berushe menanamkan sifat syg yg amat mendalam kpd junjungan besar kita krn pasti dan pasti,jike kita syg baginda, maknenye kite syg kat Tuhan kite,Allah S.W.T..insyaAllah...moge selembar tulisan ini mampu mmberi peringata kepada kita semua...wallahua'lam...semue yg diatas diriwayatkn oleh saidatina Aisyah..if ade salah,tlg betulkan ye..:-)

'May Allah sprinkles His blessing over us'

solat berjemaah=bersosial

PILIH SOLAT SENDIRIAN ATAU JEMAAH?

Dari ibnu umar r.a bahwa Rasulullah S.A.W bersabda:

صَلاةُ الجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاةِ الفًذِّ بِسَبْعِ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً –متفق عليه

Solat berjemaah itu lebih utama daripada solat sendirian sebanyak dua puluh darjat.



Kalau rasa diri tu dah banyak pahala, dah banyak beribadat, dan terjamin masuk syurga, maka bolehlah bersolat sendirian dan meninggalkan solat jemaah yang jauh lebih utama.

BUTA KE PEKAK?

“ada seorang buta datang mendapatkan nabi S.A.W katanya: “ya Rasulullah, saya tidak mempunyai penuntun yang akan membimbing saya ke masjid.” Lalu dimohonnya kelonggaran untuk bersembahyang di rumah sahaja. Permintaannya itu dikabulkan oleh nabi. Tapi baru sahaja ia pergi, tiba-tiba dia dipanggil kembali oleh nabi yang menanyakan: “adakah anda dengar panggilan azan?” ujarnya: “ya.” Maka sabda baginda pula: “kalau demikian, datang sajalah!” (riwayat muslim)

Sedangkan orang yang buta pun nabi suruh solat berjemaah di masjid, inikan lagi orang yang sempurna. So, diri tu kan tak buta dan boleh mendengar, pergi la ke masjid!

OK.. ADA EXCUSE..

Dalam keadaan-keadaan berikut diberikan keringanan:

Masa dingin atau kehujanan

Kami keluar bersama Rasulullah s.a.w. dalam suatu perjalanan, kemudian kehujanan, maka beliau pun bersabda: “siapa yang suka di antaramu, boleh bersembahyang dalam khemahnya sendiri-sendiri.” Diriwayatkan oleh ahmad, muslim, abu daud, dan turmidzi.





Hidangan telah tersedia

“apabila seseorang di antaramu sedang makan, janganlah tergesa-gesa hingga selesai melakukannya sekalipun solat telah dibacakan qamatnya.” Riwayat bukhari

Desakan dua macam buang air

“tidak sempurna solat seseorang yang di mukanya telah tersedia makanan, demikian pula di waktu ia sedang menahan dua macam buang air.” Riwayat ahmad, muslim, dan abu daud

TAK NAK PERGI MASJIG JUGAK?

Ok. Kalau degil sangat tetap tak nak pergi masjid solat jamaah, boleh. Takpe. Dengan syarat, sehari semalam tu buat la kerja sendirian, tak payah jumpa, berurusan, hatta bercakap dengan sesiapa. Nak sangat sendiri-sendiri kan?

solat jemaah=bersosial..islam tidak mengajar anti-sosial!

Berapa agaknya jumlah kekayaan para sahabat Nabi

“Islam suruh umatnya hidup sederhana, tidak perlulah ada duit banyak-banyak. Buat apa nak jadi kaya.”

“Dalam Islam mana ada suruh umatnya jadi kaya-raya.”

Ini antara pendapat yang sering saya dengar bila saya mengajak kawan saya berbual tentang bisnes ataupun tentang kewangan. Memandangkan mereka memberi jawapan begitu, saya tidaklah berhasrat untuk bertengkar lidah.

Tetapi betulkah yang Islam tidak suruh umatnya jadi kaya? Mungkin ramai yang tersalah anggap tentang hidup para sahabat Nabi Muhammad.


Berapa agaknya jumlah kekayaan para sahabat Nabi


Mereka memang hidup bersederhana tetapi mereka sebenarnya tersangat kaya. Itu yang dinamakan zuhud. Zuhud bukannya bermaksud asal dapat hidup, itu sudah mencukupi. Zuhud bukannya menyuruh umat Islam menjadi miskin.

Tetapi Zuhud mengajar umatnya menjadi kaya tetapi hidup sederhana. Contoh paling mudah saya mampu berikan, walaupun harta seseorang itu membolehkannya membeli kereta berharga RM200,000 sekalipun tetapi dia tetap membeli kereta Proton Wira.

Sewaktu membuat persiapan untuk Perang Tabuk, Saidina Abu Bakar telah membelanjakan seluruh hartanya. Manakala Saidina Usman pula telah menyediakan persiapan lengkap 900 ekor unta dan 100 ekor kuda perang.

Kalau hendak dibandingkan dengan zaman sekarang, harga seekor kuda yang sudah dilatih untuh perang sudah mencecah sekurang-kurangnya RM20,000. Itu harga paling murah. Harga unta juga lebih kurang sama dengan harga kuda.

Kemudian cuba darabkan dengan jumlah kuda dan unta yang diberi oleh Saidina Usman; RM20,000 X 1000 = RM20,000,000.

Tidakkah anda dapat bayangkan, itu baru 1/4 daripada harta Saidina Usman. Bayangkan berapa agaknya jumlah harta sebenar Saidina Usman.

Cuba kita fikirkan berapa pula agaknya harta Saidina Abu Bakar yang telah memberikan semua sekali hartanya. Bagaimana pula Saidina Abu Bakar akan meneruskan kehidupan selepas Perang Tabuk?


Ikuti sambungan artikel ini di www.studiomuslim.com :D

Berapa agaknya jumlah kekayaan para sahabat Nabi

“Islam suruh umatnya hidup sederhana, tidak perlulah ada duit banyak-banyak. Buat apa nak jadi kaya.”

“Dalam Islam mana ada suruh umatnya jadi kaya-raya.”

Ini antara pendapat yang sering saya dengar bila saya mengajak kawan saya berbual tentang bisnes ataupun tentang kewangan. Memandangkan mereka memberi jawapan begitu, saya tidaklah berhasrat untuk bertengkar lidah.

Tetapi betulkah yang Islam tidak suruh umatnya jadi kaya? Mungkin ramai yang tersalah anggap tentang hidup para sahabat Nabi Muhammad.


Berapa agaknya jumlah kekayaan para sahabat Nabi


Mereka memang hidup bersederhana tetapi mereka sebenarnya tersangat kaya. Itu yang dinamakan zuhud. Zuhud bukannya bermaksud asal dapat hidup, itu sudah mencukupi. Zuhud bukannya menyuruh umat Islam menjadi miskin.

Tetapi Zuhud mengajar umatnya menjadi kaya tetapi hidup sederhana. Contoh paling mudah saya mampu berikan, walaupun harta seseorang itu membolehkannya membeli kereta berharga RM200,000 sekalipun tetapi dia tetap membeli kereta Proton Wira.

Sewaktu membuat persiapan untuk Perang Tabuk, Saidina Abu Bakar telah membelanjakan seluruh hartanya. Manakala Saidina Usman pula telah menyediakan persiapan lengkap 900 ekor unta dan 100 ekor kuda perang.

Kalau hendak dibandingkan dengan zaman sekarang, harga seekor kuda yang sudah dilatih untuh perang sudah mencecah sekurang-kurangnya RM20,000. Itu harga paling murah. Harga unta juga lebih kurang sama dengan harga kuda.

Kemudian cuba darabkan dengan jumlah kuda dan unta yang diberi oleh Saidina Usman; RM20,000 X 1000 = RM20,000,000.

Tidakkah anda dapat bayangkan, itu baru 1/4 daripada harta Saidina Usman. Bayangkan berapa agaknya jumlah harta sebenar Saidina Usman.

Cuba kita fikirkan berapa pula agaknya harta Saidina Abu Bakar yang telah memberikan semua sekali hartanya. Bagaimana pula Saidina Abu Bakar akan meneruskan kehidupan selepas Perang Tabuk?


Ikuti sambungan artikel ini di www.studiomuslim.com :D

Kita bertanya..Al-Quran Sudah Menjawab..

JANGAN MENGELUH....
Kita selalu bertanya...dan Al-Quran sudah menjawabnya...





--------------------------------------------------------------------------------

KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,"Kami telah beriman."("I am full of faith to Allah")sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


--------------------------------------------------------------------------------

KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216


--------------------------------------------------------------------------------

KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,"
-Surah Al-Baqarah ayat 286


--------------------------------------------------------------------------------

KITA BERTANYA: KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah. dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139


--------------------------------------------------------------------------------

KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembhyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
-Surah Al-Baqarah ayat 45


--------------------------------------------------------------------------------

KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ?
-Surah At-Taubat ayat 111


--------------------------------------------------------------------------------

KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
'Cukuplah Allah bagiku,tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubat ayat 129


--------------------------------------------------------------------------------

KITA BERKATA: AKU TAK DAPAT TAHAN!!!!!!

QURAN MENJAWAB
"......dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12