RUKSHAH berlaku apabila berada dalam keadaan darurat atau terdesak. Setelah hilangnya keadaan itu, maka hilanglah keizinan syariah untuk mengambil rukhsah.
Sebagai contoh, sekiranya berada di tempat yang tidak mempunyai air atau berada dalam keadaan sakit yang tidak boleh terkena air, maka diharuskan kepada seseorang itu untuk bertayamum.
Setelah menemui air atau sakit sudah sembuh, maka tidak dibolehkan lagi untuk bertayamum.
Begitu juga bagi mereka yang berada dalam keadaan musafir, maka diberikan rukhsah untuk mengqasarkan solat dan berbuka puasa. Namun, setelah selesai musafir, mereka perlu kembali kepada hukum asal iaitu solat secara sempurna dan kembali berpuasa.
Beberapa contoh yang dikemukakan ini memberikan maksud bahawa Islam memberikan keringanan dan kemudahan bagi umatnya dalam melaksanakan perintah Allah SWT tanpa membebankan mereka sehingga merumitkan keadaan.
Firman Allah SWT: Allah SWT tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya. (al-Baqarah: 286).
Inilah rahmat Allah SWT yang amat mengasihi hamba-Nya. Dia tidak membebankan hamba-Nya dengan sesuatu perkara melainkan hamba tersebut mampu dan berkelayakan untuk memikulnya.
Selagi mana dia tidak berada pada tahap kemampuan yang sepatutnya, selagi itu dia tidak diwajibkan untuk melakukan beberapa tanggungjawab tertentu seperti yang diterangkan di atas.
Allah SWT telah mengatur agama-Nya dengan mengambil kira kasih sayang terhadap hamba-Nya, maka patuhilah agama Allah dengan perasaan kasih sayang terhadap-Nya.
Wednesday, September 29, 2010
Rukhsah dibenarkan jika terdesak
Posted by Allahyarham achit at 7:07 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment