? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, June 25, 2008

KIsah Saiyidina Ali DEngan kaum Khawarij

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud"Aku adalah perbendaraan ilmu dan Ali adalah pintunya."Hadith ini menceritakan tentang kealiman Sayidina Ali,menimbulkan rasa iri hati dan keraguan dikalangan kaum khawarij.Untuk mempastikannya,sepuluh orang bijak pandai daripada mereka pergi menemui Saiyidina Ali secara berasingan dan mengemukakan soalan yang sama kepada Saiyidina Ali.Mereka sepakat mengatakan,sekiranya saiyidina Ali dapat memberi jawapan yang berlainan terhadap soalan itu,maka sabitlah dia seorang yang alim saperti tersebut dalam hadith itu. Berikut adalah dialog antara mereka dengan Saidina Ali: Orang pertama:Ya,Ali.Apakah yang lebih afdal,ilmu atau harta? SAiyidina Ali:Ilmu lebih baik daripada harta,kerana ilmu itu pusaka daripada Qarun dan Fira'aun. Orang kedua:Ya,Ali.Apakah yang lebih afdal,ilmu atau harta? Saiyidina Ali:Ilmu lebih baik daripada harta,kerana harta itu sangat susah bagi engkau mengawalnya,sedangkan ilmu itu dapat mengawal engkau. Orang ketiga:Ya Ali,Apakah yang lebih afdal,ilmu atau harta? Saiyidina Ali:Ilmu lebih baik daripada harta kerana hartawan mempunyai ramai musuh,manakala ilmuwan mempunyai ramai sahabat. Orang keempat:Ya,Ali.Apakah yang lebih afdal,ilmu atau harta? Saiyidina Ali:ilmu lebih baik daripada harta,kerana harta akan menjadi kurang,apabila dibiayai,manakala ilmu akan bertambah banyak apabila dibiayai. Orang kelima:Ya Ali.Apakah yang lebih afdal,ilmu atau harta? Saiyidina Ali:ILmu lebih baik daripada harta,kerana hartawan dipadankan dengan nama kikir atau bakhil,sedangkan ilmuwan dipadankan dengan nama mulia dan agung. Orang keenam:Ya,Ali,Apakah yang lebih afdal,ilmu atau harta? Saiyidina Ali:ilmu lebih baik daripada harta,kerana harta dapat dicuri,sedangkan ilmu tidak dapat dicuri. Orang ketujuh:Ya Ali,Apakah yang lebih afdal,ilmu atau harta. Saiyidina Ali:ilmu lebih baik daripada harta,kerana hartawan akan dihisab hartanya pada hari hari kiamat,manakala ilmuwan tidak akan dihisab ilmunya,malah akan memberi syafaat kepada sekalian manusia. Orang kelapan:Ya Ali.Apakah yang lebih afdal,ilmu atau harta.? Saiyidina Ali:ilmu lebih baik daripada harta,kerana hartawan senantiasa teringat-ingat tentang keselamatan hartanya,sedangkan ilmuwan tidak demikian. Orang kesembilan:Ya Ali.Apakah yang lebih afdal,ilmu atau harta? Saiyidina Ali:Ilmu lebih baik daripada harta,kerana ilmuwan dipadankan dengan nama 'ubudiyyah,manakala hartawan dipadankan dengan nama rabubiyyah. Orang kesepuluh:Ya,Alli.Apakah yang lebih afdal,ilmu atau harta? Saiyidina Ali:Ilmu lebih baik daripada harta,kerana ilmu menjadi kita bagi diri.Tetapi harta tidak demikian.ketahuilah,jika engkau bertanya tentang masalah ini sampai akhir pun,akan aku beri jawapan yang berlainan juga.

0 comments: